BAB 29
“Betul bos. Memang tak syak lagi. Perempuan itu dah balik semula ke sini. Untuk pengetahuan bos, Tommy adik bos pun ada
bersama perempuan itu ketika kami buat intipan.”
“Apa! Tom pun ada bersama mereka?”
“Yea bos, saya nampak mereka
sekeluarga gembira betul.”tokok orang suruhannya lagi.
“Maknanya Tom dah jumpa Nyla sebelum
dia. Cis, bedebah!. Ini tak boleh jadi aku kena bertindak sebelum
mereka..”belum sempat Vince menyambung kata, tempat persembunyiannya telah
diserbu.
“Jangan bergerak, kalian semua sudah
dikepung. Sila berikan
kerjasama.”kedengaran suara pihak berkuasa mengunakan speaker. Vince panik, malah anak-anak buahnya juga
turut sama panik. Ada yang lari ikut
pintu belakang membuatkan keadaan menjadi kecoh. Vince tidak berganjak, keadaan dirinya
memaksanya untuk tidak bertindak jauh.
Salahnya juga, tidak berhati-hati.
Setelah pihak polis berjaya
memberkas Vince dan konco-konconya, mereka dibawa ke balai polis untuk disoal
siasat. Rupa-rupanya, Tommy telah
membuat laporan polis mengenai abangnya Vince.
Segala bukti mengenai Vince talah diserahkan kepada pihak polis. Kebetulan juga pihak peguam syarikat telah
mengadu kepadanya tentang adanya penyelewengan wang yang berlaku disyarikat
miliknya. Dan orang yang telah
mengelapkan sejumlah wang itu adalah abangnya sendiri. Tommy terpaksa bertindak lagipun Nyla kini
sudah berada disini, dia tak mahu keselamatan anak dan isterinya menjadi
taruhan. Lebih baik dia bertindak cepat.
“Alhamdulillah, terima kasih
tuan. Nanti saya akan menyusul ke balai
untuk membuat pengecaman. Sekali lagi
terima kasih saya ucapkan diatas kecekapan pihak polis menangkap penjenayah.”Talian
dimatikan, Tommy menarik nafas lega.
Akhirnya Vince ditangkap oleh pihak berkuasa. Bermakna selepas ini tiada lagi ganguan dari
Vince dan keselamantan anak serta isterinya terjamin.
“Siapa tu bang.”soal Nyla sebaik
melihat suaminya memutuskan talian.
“Inspektor Dazim”
“Siapa Inspektor Dazim?”soal Nyla
lagi. Dia tidak pernah dengar nama itu
disebut.
“Inspektor Dazim Zulkarnain
merupakan ketua penyiasat dari Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman. Dia yang mengendalikan kes abang Vince.”
“Kes abang Vince? Kes apa
bang?”pertanyaan Nyla membuatkan Tommy resah.
Perlukah dia berterus-terang kepada isterinya. Adakah perkara ini patut dirahsiakan dahulu
demi keselamatan anak dan isterinya.
Tommy terdiam sebentar, masih buntu memikirkan keputusannya. Akhirnya Tommy memilih untuk menceritakan
tentang perihal syarikat.
Sejak kepulangan Nyla dan anaknya,
perubahan diri Tommy turut sama berubah.
Dia semakin ceria dan tidak lagi termenung seperti selalu. Perubahannya turut sama dirasakan oleh pekerja-pekerjanya.
“Ayu, kau perasan tak sekarang bos
kita tu ceria aje.”
“Betul tu Dilla. Muka dia dah tak ketat macam dulu, asyik senyum-senyum saja. Itu belum lagi masa bertembung dengan dia,
belum sempat aku ucap dia dah ucap dulu bersama senyuman manis pulak tu.”komen
Ayu yang merupakan penyambut tetamu disyarikat kepunyaan Tommy.
“Dia tengah fall in love kot?”
“Jatuh cinta maksud kau.”
“Yelah, jatuh cinta dengan klien
terbesar kita tu, kalau tak silap aku Cik Amyza nama dia.”
“Hish..mana kau tahu. Setahu aku Encik Aiden tak layan pun Cik
Amyza tu. Banyak kali aku tengok Cik
Amyza cuba ajak bos kita keluar. Tapi
haram tak pernah dia ikut. Kalau ikut
pun mesti dia bawa kak Fizah sama.”
“Habis tu, kalau bukan Cik Amyza
siapa?”
“Entah..mana aku tahu. Dah.. baik kau pergi sambung kerja. Masa rehat dah nak habis, kejap lagi bos
masuk”
“Yelah…yelah..kau ni kan suka
menghalau aku. Nak gossip panjang pun
susuah.”
“Bukan tak boleh bergosip, tapi lunch hour sejam aje. Lagipun aku duduk kat reception kau kat dalam. Tak
sama beb.”
“Okay, nanti kita sambung lagi. Aku masuk dulu.”Tommy yang berada tidak jauh
dari tempat pekerja tersenyum lebar.
“Betul ke aku dah berubah?”soalnya dalam hati. Belum sempat Tommy melangkah masuk, dia
disapa Amyza.
“Hai hensem, mana you nak pergi.”sapaan Amyza turut sama
didengar Ayu yang berada ditempatnya.
Cepat-cepat Ayu berpura-pura menyelak file yang berada diatas mejanya.
“Amy, what did I told you. This is my
office, please behave yourself.”tegur Tommy perlahan, takut Amyza terasa
pula.
“Tak salahkan, memang you kacak. Tak percaya? cuba tanya your girl.”Tommy terkedu, perkataan girl membuatkan dia teringat
akan isterinya. Hmm..apa sayang tengah
buat sekarang, rasa macam nak terbang ke rumah Tan Sri Aiyuddin bertemu dengan si
buah hati.
“You..I’m talking to you. Dengar tak?”
“Dengar..come to my room. I need to discuss something with you.”ajakan Tommy
membuatkan hati Amyza gembira. Macam ada
peluang saja untuk dia memikat hati lelaki ini.
Langkah keduanya menuju ke arah bilik kepunyaan Tommy.
“Huh! Menyampah aku tengok. Jangan bos kahwin dengan minah rambut karat
ni sudah. Kalau tidak hari-hari melekat
kat opis ni.”omel Ayu setelah keduanya beredar meninggalkan kaunter penyambut
tetamu.
Sebaik
sahaja Amyza melabuh duduk disofa, Tommy memulakan bicaranya. “We need to talk.”
“About us?”Amyza
teruja. Tommy menarik nafas, cuba
mengurangkan keresahan yang melanda.
Wanita ini perlu tahu dimana kedudukan dia. Bukan Amyza tidak cantik, malah lebih cantik
dan menawan dari isteriya. Tapi ruang
hatinya telah terisi dengan kehadiran cinta buat Nyla, isteri yang amat dia
cintai.
“Yup,
about us. But..”
“But what Aiden?”
“Seperti yang saya
katakan dulu Amy, I’m somebody husband
and always be. We are not meant for each
other. I still in love with my wife.”
“Yeyaa..bla..bla..itu
yang you selalu cakap kan? But where is she? She’s not here Aiden. Only me!”tegas Amyza cuba membawa Tommy
kea lam reality tanpa mengetahui hal sebenar.
Tommy mengeleng-gelengkan kepalanya tanda tidak setuju. Amyza begang.
“You
salah. She already here, and I meet her few week ago.”tersentak Amyza,
terus dia bangun dari duduk.
“You
did what?”
“I meet with my wife and my lovely daughter.”yakin
dan tulus Tommy mengakui semuanya.
“Since
when? Setahu I, she already left you for quiet sometimes.”
“Just recently.
And I’m glad that Allah makbulkan
doa-doa I selama ini.” Amyza duduk semua. Perasaan kecewa menyelubungi hatinya. Terasa perit dan sakit hatinya apabila
melihat wajah gembira Tommy menceritakan pertemuan lelaki itu dengan isterinya.
“I
tak percaya. You just make up story supaya I mengalah. No
Aiden, I tak akan mengalah.”Tommy merengus.
Amyza tidak mempercayai kata-katanya.
“Amy, I betul-betul jumpa isteri dan
anak I. And I’m happy to tell you that we are going to stay together tak
lama lagi.”Amyza mengeleng-geleng kepalanya tanda tidak percaya. Tommy mengeluh lagi. Tidak tahu bagaimana harus dia katakan lagi
supaya wanita ini percaya akan kata-katanya.
Tiba-tiba dia teringat akan gambar yang diambil ketika berkunjung
dirumah Tan Sri Aiyuddin baru-baru ini.
Dengan pantas dia mengeluar IPhone dari poket seluarnya. Dibuka gambar yang diambil lalu dihulurkan
telefon bimbitnya kepada Amyza.
Teragak-agak wanita itu mengambilnya.
Alangkah terkejutnya Amyza melihat
gambar keluarga bahagia Tommy diskrin layar telefon bimbit kepunyaan lelaki
itu. Tarikh dan waktu gambar itu diambil
kira-kira seminggu yang lalu. Jadi
benarlah apa yang dikatakan oleh lelaki itu.
Perlahan-lahan dihulurkan telefon iu kepada tuanya. Lantas Amyza bangkit tanpa pamitan dia
berlari keluar meninggalkan Tommy yang masih terpinga-pinga dengan reaksinya
itu.
“Maafkan I Amy.”hanya itu yang mampu
dia luahkan setelah kelibat wanita itu menghilang dibalik pintu biliknya.
~Bersambung~
Problem..huhu
ReplyDeleteNak lagi hehe
best nak lagi.
ReplyDeletesambung lagi tau
ReplyDeleteBile nak sambung ni huhuhu pls tuan tanah
ReplyDelete