Monday, 8 April 2013

SPEED - Cintaku Bukan Sekadar Di Meter Jalanan (Bab 28)


Bab 28

            Amar Amsyar meraup wajahnya, selesai solat subuh dia ketiduran diatas sejadah.  Sudah seminggu tidurnya tidak lena.  Seringkali tidur lewat, kadang-kadang matanya tidak mahu lelap walaupun mindanya kepenatan.  Bayangan wajah Kazrina menghantui mindanya sehinggakan dia terpaksa mengambil pil tidur.


            Ingatannya semakin pulih dari sehari ke sehari.  Itu yang membimbangkan dirinya, kerana itulah mimpi ngerinya.  Wajah manis Kazrina yang menguit hatinya, wajah comel Kazrina yang cantik ketika merajuk dan juga wajah polos itu cantik ketika tidur semuanya terbayang diruang matanya.  Sayang sekali, semuanya telah terlambat.  Harapan untuk memiliki Kazrina hampir musnah setelah pertemuannya dengan bekas isterinya tempoh hari.


            Wajah ceria Kazrina mengambarkan kegembiraannya disamping Tengku Mikhail.  Hatinya luluh bagai disiat-siat apabila berada diantara mereka berdua.  Cintanya dikhianati dengan sewenang-wenangnya.  Takkan Kazrina sudah lupa janji-janji mereka, apakah harga cintanya murah dimata wanita itu.  Bayi itu, anak mereka berdua.  Tidakkah boleh Kazrina menerimaku semula demi anak kami.


            “Memang cinta awak cinta speed.  Tapi disebabkan kecurangan awak, cinta kita terbiar begitu saja.  Sekarang cinta awak dah jadi cinta yang diukur dijalanan seperti mana awak mengukur meter kereta lumba dilitar.”Kata-kata dari Kazrina pedih dan ngilu.  Hati ini bagai dihiris sehingga terluka dan berdarah. Hilang panggilan ‘abang’ digantikan dengan nama ‘awak’


            “Sampai hati Kazrina mengatakan cinta abang seperti  itu, walhal abang sangat cintakan sayang.  Abang minta maaf, waktu abang lafazkan kata-kata marah dan cela itu abang dalam keadaan tidak sihat.  Ingatan abang masih samar-samar.”bela Amar Amsyar.  Dia ingin menjelaskan semuanya pada Kazrina tentang tindak-tanduknya dulu.


            “Itu bukan alasannya, awak patut tahu dimana kedudukan saya ketika itu.  Saya dihalau macam kucing kurap apabila tidak diperlukan lagi.  Mana hak saya sebagai isteri awak jika saya dihalau tanpa belas kasihan.”bidas Kazrina lagi.
 

            “Sayang..”Amar Amsyar cuba menyentuh tangan Kazrina diatas meja.  Tapi ditepis wanita itu, Amar Amsyar kecewa.
 

            “Abang betul-betul minta maaf.  Maafkan abang, abang khilaf.  Abang janji, selepas ini kita bina semula hidup baru bersama bayi yang bakal lahir ini.”pujuk Amar Amsyar, Kazrina menggeleng-geleng tanda tidak setuju.  Hatinya masih sakit lagi, tidak ada tanda-tanda sembuh.  Amar Amsyar mengeluh, Kazrina masih tidak mahu memaafkan dirinya.


            “Sudah Encik Amar Amsyar, saya rasa baik encik balik.  Dah tak apa-apa kat sini lagi yang tinggal untuk encik.  Sebaik saja bayi ini lahir, hubungan kita secara rasminya putus.  Walau bagaimanapun, hak Encik pada bayi ini tidak saya nafikan.  Encik masih boleh datang untuk melihat dia dengan keizinan saya.  Saya anggap antara kita sudah tiada apa-apa lagi, Encik dengan haluan Encik dan saya dengan haluan saya.”Kata-kata itulah bermain difikiran Amar Amsyar.  Dia tidak boleh menerima kenyataan cinta Kazrina padanya telah berkubur.


            “Kazrina sayang…”nama itu juga yang disebut juga.
 

            Pintu biliknya terbuka, muncul Datin Azimah bersama sarapan.  Amar Amsyar bangkit dari baringaan, senyuman tawar terukir dibibirnya.
 

            “Selamat pagi anak Mama.  Lena tidur?”sapa Datin Azimah.  Dulang makanan diletakkan atas meja sisi Amar Amsyar.
 

            “Macam biasalah ma.  Mata ni agak sukar nak lelap, mungkin Amar dah lama tak tidur kat sini itu yang jadi tak biasa kot.”dalih Amar Amsyar.  Dia tidak mahu menyusahkan Mamanya lagi.  Sudah cukup Mamanya menderita dengan perbuataannya.
 

            “Takpelah, lama-lama nanti biasalah tu.  Am, bila nak masuk ofis, papa risaukan Am.”soal Datin Azimah lembut.
 

            “Insyaallah esok Am masuk ofis.  Lagipun Am dah janji dengan papa nak bantu dia.  Dah lama Am berjanji, sekarang kenalah tepati.”tutur Amar Amsyar yakin.  Datin Azimah mengusap kepala anak bujang, rindu akan Amar Amsyar kini.  Anaknya dah banyak berubah sejak suaminya dimasukkan hospital.  Dan lebih bersyukur lagi, ingatan Am kian pulih.  Itulah doanya saban hari ketika menunaikan solat, dia turut berdoa agar Kazrina mahu kembali kepada Amar Amsyar semula.


            “Am…ada jumpa Kazrina?”pertanyaan Datin Azimah membuatkan Amar Amsyar tersentak.  Itulah yang cuba dielakkannya.  Tidak mahu Mamanya tahu tentang pertemuannya dengan Kazrina seminggu yang lalu.
 

            “Belum lagi ma..”bohong Amar Amsyar.
 

            “Pergilah jumpa dia cepat-cepat.  Bawa dia kemari, Mama dah lama rindu pada dia.”pujuk Datin Azimah.

 
            “Bagilah Kaz rehat dulu ma.  Am tak mahu kandungan dia terjejas.”balas Amar Amsyar. 


            “Eloklah tu, dah berapa bulan kandungan dia sekarang?”


            Amar Amasyar berjeda… “Kandungan saya dah nak masuk 7 bulan baru awak nak tanya.”itulah jawapan Kazrina kepada pertanyaannya tempoh hari. 


            “Am..Am…Mama tanya ni.”Datin Azimah menggoyang-goyangkan lengan anaknya.


            “Mama..maaf Am terpegun kejap.  Kalau tak silap Am, dah masuk 7 bulan kandungan dia.”kalut-kalut Amar Amsyar menjawabnya.
 

            “Am..Am..apa yang fikirkan pun Mama tak tahu.  Asyik menyelamun aje Mama tengok.”komen Datin Azimah.

 
            “Mana ada, Am biasa-biasa saja ma.  Eh! Mama dah makan?”soal Amar Amsyar mengalih topik ke arah lain.


            Datin Azimah tahu anaknya cuba larikan diri setiap kali bercerita tentang Kazrina.  “Am makanlah dulu, Mama dengan papa dah makan tadi kat bawah.  Mama tengok dah jam 10 Am masih tak turun-turun lagi, tu yang Mama bawa sarapan ke atas.”


            “Terima kasih Mama."


            Datin Azimah tahu anaknya cuba larikan diri setiap kali bercerita tentang Kazrina.  “Am makanlah dulu, Mama dengan papa dah makan tadi kat bawah.  Mama tengok dah jam 10 pagi Am masih tak turun-turun lagi, tu yang Mama bawa sarapan ke atas.”
 

            “Terima kasih Mama. Bisimillah…”Amar Amsyar meneguk mug berisi Milo panas.  Terasa sedap aromanya, namun masih tidak sama dengan air bancuhan Kazrina.
 

            “Mama turun dulu ya Am.  Kejap lagi jangan lupa makan sarapan tu.  Mama tengok Am dah makin kurus, tak elok untuk kesihatan.”pesan Datin Azimah sebelum melangkah keluar dari bilik Amar Amsyar.
 

            “Baik ma.  Terima kasih sekali lagi.”Datin Azimah mengangguk.  Pintu bilik Amar Amsyar dirapatkan.

 
            Satu keluhan berat terlepas dari bibir Amar Amsyar.  Mug berisi Milo panas dipandang sepi, sepiring mihun tidak dijamahnya.  Seleranya mati, tiada nafsu hendak menjamahnya.
 

            “Am dah bangun?”soal Dato’ Azizuddin ketika melihat kelibat isterinya diruang tamu.


            “Dah bang.  Tapi masih mengelamun.  Sampai bila kita nak biarkan Am begini bang, kesian Azi tengok dia.  Hidupnya tak tentu hala sejak ingatannya pulih.”adu Datin Azimah sayu.  Dato’ Azizuddin mengamit tangan agar isterinya mendekatinya.  Datin Azimah lantas melabuh duduk disisi suaminya.
 

            “Berikan sedikit masa untuk Am sesuaikan dirinya semula.  Abang yakin, kalau jodohnya dengan Kazrina masih ada.  Kita haruslah berdoa untuk mereka sentiasa.”pesan Dato’ Azizuddin.  Bahu isterinya dipaut dan dirapatkan tubuh mereka agar bersatu.  Datin Azimah melentokkan kepalanya kedada suaminya itu. 
 

            “Azi selalu doakan mereka bang.  Walaupun kita tak berapa mengenali Kazrina, tapi Azi suka pada menantu kita tu.  Orangnya lemah lembut dan bersopan pula.”luah Datin Azimah.


            “Abang pun dah sayang kat menantu kita tu.  Nak buat macam mana, nasi dah jadi bubur.  Talak dah dilafazkan cuma tunggu masa Kazrina melahir anaknya saja, selepas itu dia bukan lagi menantu keluarga ni.”Dato’ Azizuddin menyatakan kekesalannya.


            “Apa kata kita pula pujuk Kazrina.”cadang Datin Azimah pula.


            “Tak Azi, abang tak setuju.  Biarlah Am selesaikan masalahnya sendiri, kita hanya boleh memberikan nasihat saja.  Abang tak mahu campur tangan dalam hal rumah tangga mereka berdua.”bantah Dato’ Azizuddin lembut.  Datin Azimah terdiam sejenak, mengakui kebenaran disebalik kata-kata suaminya itu.
 

            “Azi bukannya apa bang.  Rugi rasanya jika Am dan Kazrina berpisah.  Bayi yang Kazrina kandungkan tu, anak Am bang.  Tak kesian ke, pada baby tu.”selar Datin Azimah.


            “Azi, itulah harga yang harus Am bayar diatas kesilapannya itu.”jawab Dato’ Azizuddin lemah.


            “Azi rindu pada Kazrina bang.  Azi berharap sangat dia kembali kepangkuan kita.”luah Datin Azimah sekali lagi bersama kesal tidak bertepi.  Dato’’ Azizuddin memeluk bahu isterinya.  Perbulaan mereka didengari Amar Amsyar yang berada tiada jauh dari tempat mereka berdua.  Ketika Amar Amsyar turun tangga, dia secara tidak sengaja terdengar butir bicara kedua-dua papa dan Mamanya.  Kalau Mamanya sedih, dia lebih lagi.  Cuma tidak ditunjukkan rasa sedihnya.

           
            Amar Amsyar mendaki anak tangga menuju kebiliknya semula.  Sampai biliknya dia menukar baju t’shirt  berkolar dan memakai seluar jean biru.  Dia mencapai dompet dan kunci kereta diatas meja solek.  Sempat dia menilik penampilannya dicermin, terdapat jambangan misai tumbuh meliar.”Esok kena cukur ni sebelum masuk kerja.  Nanti marah pula papa.”omelnya.

             Sewaktu menuruni anak tangga, Datin Azimah sempat menegur anak bujang.

            ”Am nak  kemana?


           “Am nak keluar kejap ma.  Ada hal sikit.”

 
            “Jangan balik lambat, malam nanti papa nak bincang sesuatu dengan Am.”pesan Datin Azimah pula.
 

            “Hmmm…”
 

            Enjin kereta dihidupkan, Evo Amar Amsyar meluncur keluar dari perkarang banglo kepunyaan Dato’ Azizuddin.
 

            Ketika memandu, telefon bimbit Amar Amsyar berbunyi.  Ditenung skrin, terpapar nama Julia.  Amar Amsyar mengeluh, “Apa perempuan ni nak?”
 

            “Hello”
 

            “Darling, kenapa tak angkat telefon bila I call.”terdengar suara rengek Julia ditalian.
 

            “Kan I dah jawab, you nak apa?”jawab Amar Amsyar malas.


            “I nak you, I nak jumpa you darling.”ujar Julia manja.  Amar Amsyar merengus, malas betul nak layan karenah perempuan sorang ni.


            “I’m busy, not today.”balas Amar Amsyar.
 

            “Busy dengan janda you.”bentak Julia.
 

            “I punya pasal lah, yang you nak sibuk kenapa?”marah Amar Amsyar.  


            “You jangan lupa Am, you masih berhutang dengan I.”ugut Julia pula.

 
            “Hutang apa ? I tak faham.”

 
            “I’m pregnant. Anak yang I kandung, anak you.  So, I nak you bertanggungjawab sepenuhnya.”kata-kata Julia membuatkan Amar Amsyar menghentikan keretanya mengejut.  Mujur tiada kenderaan dibelakang, jika tidak pasti ada kemalangan berlaku.  Menyedari keretanya berada ditengah-tengah jalanraya, Amar Amsyar memberi signal lantas masuk ke bahu jalan sebelah kirinya. 
 

            Suara Julia yang menjerit-jerit ditalian bimbitnya tidak dihiraukan.  Dalam fikirannya terbayang wajah kecewa Kazrina apabila mengetahui semua ini.  Pantas dia mematikan talian, tidak mahu mendengar lagi suara Julia yang terjerit-jerit memanggil namanya.

 
            Wajahnya diraup kasar, kereta yang sedari tadi masih berada di bahu jalan.  Tiada tanda ingin beredar dari situ. Hatinya bercelaru bila mengenangkan panggilan telefon dari Julia tadi.  Wajah muram Kazrina Atirah mula terbayang diruang matanya.  Apa yang harus dia lakukan, nasi sudah menjadi bubur.  Perkara itu sudah terjadi, jalan penyelesaiannya pastilah buntu kerana dia sendiri tidak tahu bagaimana.
 

            “Mike, I need your help?”itulah pertanyaan yang keluar dari mulutnya. 
 

            “What for? There is nothing to say about..”Suara sinis Tengku Mikhail menerpa.


            “Please Mike,  hanya kau saja yang boleh tolong aku.” rayu Amar Amsyar.   Suara rengusan Tengku Mikhail menyapa telinganya.  Pasti lelaki itu marah kerana menganggu hujung minggunya.


            “Meet me at Garden Hotel in 30 minute. Don’t be late!”Tengku Mikhail mengeluarkan arahan.  Amar Amsyar pada mulanya agak keberatan turut setuju.  Amar Amsyar memandu keretanya menuju lebuhraya persekutuan untuk ke Mid Valley. 


            Tak sampai 20 minit, dia sudah berada diluar perkarangan Hotel Garden.  Diberikan kunci kereta pada ‘jockey’yang ada disitu, lantas kaki menlangkah masuk ke lobi hotel.  Bayangan wajah Tengku Mikhail dicari,  masih tidak kelihatan.  Dia duduk disofa berdekatan, dalam hati berharap agar Tengku Mikhail sudi datang menemuinya tanpa Kazrina bersama.


            Tengku Mikhail melangkah masuk ke lobi Hotel Garden selepas beberapa minit.  Dia terpandang Amar Amsyar sedang duduk disalah satu sofa yang berdekatan kaunter penyambut tetamu.


            “Mike”tegur Amar Amsyar ketika terlihat kelibat lelaki itu.  Tengku Mikhail hanya mengangguk.  Langkah kaki mereka menuju ke lif.  Apabila pintu lift tertutup, masing-masing masih lagi membisu.  Sampai ditingkat 6, mereka melangkah masuk The Spread. 


            “ Ada apa kau nak jumpa aku.”soal Tengku Mikhail kasar.  Nasib baik pelayan itu sudah berlalu, jika tidak tentu pelayan itu fikir kami berdua dalam situasi tegang. Seperti gaya nak bertumbuk pun ada juga.


            “Aku perlukan pertolongan kau.”


            “Split out.”balas Tengku Mikhial.
 

            “Julia.”apabila mendengar nama itu, Tengku Mikhail sudah dapat mengangak apa yang bermain difikiran Amar Amsyar.

 
            “Kenapa dengan dia?”soal Tengku Mikhail pura-pura.  Walhal, dia sudah tahu apa yang ingin Amar Amsyar katakan.

 
            “She’s pregnant.”


            “So.”


            “She says that I’m the father of the baby.  But that’s not truth, coz I didn’t slept with her even once.”terang Amar Amsyar jujur namun sebaliknya dia sendri tidak pasti akan kebenarannya.


            “Jadi kau nak kata itu anak orang lain, begitu?”selar Tengku Mikhail pula.


             “Of course. Sebab itu lah kebenarannya.  Aku tak pernah tidur dengan dia bro. Dan untuk pengetahuan kau, perempuan yang aku tiduri hanyalah Kazrina Atirah.  No one else.”tegas Amar Amsyar.  Tengku Mikhail menggeleng-geleng kepalanya, tidak setuju dengan kata-kata Amar Amsyar.
 

            “You were wrong bro.  Dulu masa kat luar negeri kau pernah tidur dengan Melinda, the Irish girl yang Kimi tergila-gilakan dulu. Do you remember?” Amar Amsyar terkedu. 

            Dia terlupa tentang itu.  Ya, dia pernah tidur dengan Melinda Gordon.  Wanita kulit putih yang digilai oleh Hakimi Lufti menjadi one night stand nya selepas lelaki itu kalah dalam pertaruhan.
 

            “Itu dulu Mike, tapi sejak aku balik ke sini aku dah tak buat kerja-kerja tu lagi.”ujar Amar Amsyar sungguh-sungguh.
 

            “Kau mana ingat, bila dah mabuk semuanya kau tibai.  Sampai aku pun kau lupa bila dah mabuk.”marah Tengku Mikhail.


            “Aku..aku..”Amar Amsyar hilang kata.  Ada kebenaran dengan kata-kata Tengku Mikhail.

 
            “Sudahlah Am, apa yang berlaku dah pun berlaku.  Aku harap kau terima dengan hati terbuka.  Pasal Julia, kau carilah penyelesaiannya. Aku bukan tak mahu bantu. Tapi aku tak mampu, ini melibatkan hati dan perasaan orang.”tutur Tengku Mikhail tenang.  Amar Amsyar mengeluh, ingat boleh minta tolong sepupunya, tapi tidak.

 
            “Kazrina tahu tentang hal ini?”soal Amar Amsyar.


            “Yup, kebetulan kami terserempak dengan Julia dihospital kelmarin.  And Julia did confess that is your baby.”jawab Tengku Mikhail tanpa selindung lagi.  Amar Amsyar meraup kasar wajahnya, terkilan dengan apa yang berlaku.


            “Am, Kazrina dah bebas.  She’s not your wife anymore as soon she give birth to your child. Dan selepas 3 bulan, aku akan jadikan dia isteriku. Aku harap kau faham.”Amar Amsyar terkedu, ayat yang keluar dari mulut Tengku Mikhail menyentap sanubarinya.

 
            ”Benarkah”tanya Amar Amsyar dalam hati.

 
            “I hope you understand Am.  Life must go on, Kazrina also.  Dia perlukan seseorang dalam hidupnya dan anaknya juga.  Dan aku sentiasa berdoa orang itu adalah aku.  Kata-kata Tengku Mikhail kali ini bagai mengelar seluruh hatinya.  Terasa amat perit dan pedih.


            “Mike, aku nak kembali kepangkuan Kazrina dan anak kami.  Aku nak kau tahu yang aku benar-benar dah insaf.  Aku khilaf sehingga aku terlupa siapa Kazrina dalam hidup aku."


            "Please Mike, I need her by my side.”pohon Amar Amsyar mendayu.  Meminta ihsan dari Tengku Mikhail agar mengerti dia amat memerlukan Kazrina dan anaknya.
 

            “Aku minta maaf Am.  Aku tak boleh nak tunaikan permintaan kau tu.  Lagipun macam mana dengan Julia.  Tak kan kau nak lepaskan tangungjawab kau begitu saja. Dia mengandungkan anak kau Am,  kau sedar tak?”ujar Tengku Mikhail.

 
            “Habis tu, Kazrina juga mengandungkan anak aku.  Apa bezanya?”soal Amar Amsyar memulang paku buah keras.

 
            “Bezanya, Kazrina dah tak cintakan kau.  Dan Julia pula mengharapkan kau. Itu bezanya Am.  Dan aku harap kau mengerti.”balas Tengku Mikhail.  Terus lelaki itu bangkit meninggalkan Amar Amsyar disitu bersama hati yang sebak.

 
            “Kazrina Atirah…”keluh Amar Amsyar.

~Bersambung~

Monday, 1 April 2013

SPEED - Cintaku Bukan Sekadar Di Meter Jalanan (Bab 27)


Bab 27
 
            Julia melemparkan telefon bimbitnya diatas katil.  Hatinya sebal, sudah berminggu-minggu dia tidak dapat menghubungi Amar Amsyar.  Kali terakhir sewaktu mereka bercuti bersama-sama itupun terpaksa pulang awal disebabkan panggilan daripada Datin Azimah.  Amar Amsyar meninggalkannya sendirian diresort itu semata-mata ingin pulang ke KL gara-gara Dato’ Azizuddin dimasukkan ke hospital.


            Dia merengus geram, badannya dihempas ke katil empuknya.  Dalam fikirannya berputar-putar mencari idea bagaimana hendak menjerat Amar Amsyar.  Kali ini dia mahu Amar Amsyar bersamanya, dia mahu Amar Amsyar menjadi suaminya dengan ataupun tanpa kemahuan lelaki itu. 

            Sempat dia mengusap-usap perutnya yang agak memboyot, anak ini akan aku jadikan alat untuk mengungut Amar Amsyar.  Juia ketawa jahat, dalam hati sudah tahu bagaimana memulakan permainan ini.  Walaupun dia tahu Amar Amsyar tidak pernah menidurinya, tapi dia tahu macam mana hendak buat Amar Amsyar menjadi ‘pak sanggup’ untuk anaknya ini.

            Telefon bimbit dicapai, didail nombor seseorang yang boleh membantunya.”Hello,  I need you help darling.”suara lunaknya dijawab dengan ketawa oleh orang dihujung sana.

            “Aku dah tahu, ini mesti pasal Amar Amsyar kan?”soal Lim dihujung talian.  Ketawanya masih bersisa, dia tahu Julia perempuan jenis yang macam mana.

            “As usual, Kali ini aku nak kau adakan game untuk dia macam biasa.  Selepas itu, tahulah aku bagaimana nak uruskan dia.  Ingat, ini adalah urusan diantara aku dengan dia.  Dan aku tak mahu kau campur tangan.”ugut Julia. 

            Namun ugutan itu sedikit pun tidak menggugat Lim, dia kenal Julia.  Perempuan ini materialistik, mata duitan.  Amar Amsyar seperti lubuk emas bagi Julia sebab itu perempuan itu mahu menjerat Amar Amsyar.

            “Aku tahu, kau jangan risau.  As long kau tak lupa bahagian untuk aku.”ujar Lim tegas.

            “Itu kau jangan risau, semuanya akan aku bagi sebaik saja kerja kau selesai.”balas Julia lagi.  Rokok dimeja sisi dicapai. 

            “Okay, deal.  Aku hubungi kau bila dah settle.”Lim mematikan talian.  Julia mengeluarkan seputung rokok, diletakkan dibibirnya lantas dinyalakan api.  Asap rokok disedut dalam-dalam sebelum dihembus keluar seperti keluar semua masalah yang dia hadapi.

            “Kau tunggu Amar Amsyar, aku tak akan lepaskan kau.”desis hatinya bersama kepulan-kepulan asap rokok yang dihembus.

            Lim disebelah sana tersenyum senang, wang ganjaran untuk pekerjaan itu pasti lumayan.  Dia mendail nombor Amar Amsyar, agak lama baru dijawab lelaki itu.

            “Hah..Lim, ada apa?”soalnya malas.

            “Aku ada game baru, kau nak join tak?” suara Lim gembira Lim ditalian menyesak Amar Amsyar.  Dia tidak sangka Lim akan menelefonnya lagi setelah beberapa minggu.

            “Sorry bro,  aku tak nak join. Papa aku sakit, lagipun aku kena tolong dia uruskan kerja-kerja dipejabat.  Tak ada masa lagi macam dulu-dulu.”tolak Amar Amsyar lembut.  Lim mati kutu, macam mana hendak buat Amar Amsyar setuju dengan tawarannya.  Idea jahatnya datang.
          
            “Kau join lah bro, kali ini pertaruhan hebat. Worth 100K  bro.”provoke Lim.  Dia tahu Amar Amsyar kaya, tapi selalunya lelaki itu pasti setuju jika jumlah wang pertaruhan banyak.

            “Aku betul-betul tak boleh bro, aku dah janji dengan parents aku tak nak lumba lagi.” Tegas Amar Amsyar.  Lim merengus marah apabila tawarannya ditolak lelaki itu.

            “Macam nilah bro, game  tu next month.  Masih ada masa lagi, apa kata kau fikir dulu. Then decide sama ada kau nak join ke tak? Call me!”Telian dimatikan.  Amar Amsyar mengeluh, hati berbelah bagi.  Walaupun ingatannya semakin pulih, tapi naluri hendak berlumba masih ada dalam hatinya.  Dia keliru, antara kehendak dan kemahuan, yang mana satu harus didahulukan.

        

            Kali ini telefon blackberry Julia menjadi mangsa, berkecai telefon itu dihempas ke dinding.  Sejak menerima panggilan dari Lim mengenai penolakkan Amar Amsyar.  Hatinya panas tiba-tiba, kenapa bila aku hubungi lelaki itu tak jawab. Tapi bila Lim telefon dijawabnya, geramnya aku. 

            “Amar Amsyar, kau memang nak larikan diri dari aku.  Takpe, kita tengok setakat mana kau nak lari.  Aku akan cari kau sampai ke lubang cacing.”

            Secara tiba-tiba Julia teringatkan sesuatu.  Perempuan yang datang bersama Tengku Mikhail tempoh hari, siapakah dia?  Riak muka Amar Amsyar berubah kala terpandang wajah perempuan itu.  Aku harus tahu siapakan dia, dan apakah hubungannya dengan Amar Amsyar dan juga Tengku Mikhail Khazi.  Tentu ada sesuatu yang disembunyikan dari pengetahuannya.

            Cepat-cepat Julia mengenakan pakaian.  Dia perlu hadir temujanji dengan doktor mengenai kandungannya.  Ya, dia terlupa tentang itu.  Terburu-buru dia keluar dari rumah, dia perlu pastikan anak yang dikandungnya sihat supaya senang untuk dia mendapatkan semula Amar Amsyar.  Keretanya berhenti dihadapan sebuah hospital swasta.  Dicapai beg tangan disisi sebelum keluar.  Dalam tergesa-gesa, Julia terlanggar seseorang. 

            “Oh, maaf ..maaf ya cik.  Saya tak sengaja.”ujarnya sambil memandang tepat wajah itu.  Agak lama dia terkedu cuba mengingati sesuatu.”Siapa ya?”

            “Rina, dah selesai ke?”sapa satu suara yang dia kenali.  Tengku Mikhail, ya lelaki ini.  Tapi siapa perempuan dihadapannya ini.  Tengku Mikhail yang perasan Julia dihadapan mereka turut terpaku. 

            “Julia kan?”soal Tengku Mikhail. Spontan Julia mengangguk kepalanya.

            “Mike, kau ke tu?”pertanyaan Julia membuatkan Tengku Mikhail tertawa.  Lucu ke?aku tak buat lawak lah.

            “I don’t use that name anymore.  Call me Mikhail will do.”ramah Tengku Mikhail.  Dia mahu semua orang mengenalinya dengan nama Tengku Mikhail atau Mikhail saja.  Nama Mike sudah lama terkubur.

            “Wow! What a pleasant surprise. Sejak bila tu?”Tengku Mikhail hanya tersenyum, tidak mahu memanjangkan cerita. 

            “Julia..Julia..tak kisahlah sejak bila.  By the way, kau buat apa kat sini.”

            “Aku datang check up.”balas Julia sambil tersenyum-senyum mengambarkan kegembiraan diwajahnya.

            “Don’t tell  me your pregnant, did you?”Julia mengangguk, Tengku Mikhail terpana.

            “Almost four weeks.”jawab Julia bangga.  Kazrina yang sejak tadi menjadi pendengar setia tidak betah.  Hatinya rasa berdebar-debar, bukankah perempuan ini yang bersama Amar Amsyar beberapa bulan yang lepas.

            “Oh, congrats.  Who’s the father?” Silap percaturan, pertanyaan Tengku Mikhail menghiris hati Kazrina.

            “mmm…”belum sempat nama itu disebut, Kazrina melulu pergi bersama juntaian airmata.  Remuk dan hancur luluh hatinya apabila mengenangkan perbuatan Tengku Mikhail.  Baru beberapa minggu sudah lelaki itu merayu padanya, dan kini semuanya hancur gara-gara onar lelaki itu sendiri.

            “Julia, I need to go.  See you later.”terburu-buru Tengku Mikhail mengejar Kazrina.  Dia bimbangkan keselamatan Kazrina, mulutnya tidak henti-henti menyumpah disebabkan keterlanjurannya, hati Kazrina terluka lagi.

            “Rina..tunggu.”laungan Tengku Mikhail dibiarkan saja.  Laju langkahnya diatur keluar dari perkarang hospital itu. 

            “Kemanakah arah tujuku?”soalnya dalam hati.  Kazrina menahan teksi yang kebetulan lalu dihadapannya.

            “Nak ke mana cik?”

            “Pak cik jalan dulu, nanti saya bagi tahu.”pemandu teksi itu memandu meninggalkan kawasan hospital.  Dibelakang pula Tengku Mikhail berlari-lari mengejar teksi tersebut.

            “Err..err..cik, itu suami cik ke?”Kazrina menoleh ke belakang, dia merengus.

            “Bukan.”jawabku pendek.
 
            Termengah-mengah nafas Tengku Mikhail.  Jauh juga dia mengejar teksi yang dinaiki Kazrina.  Salahnya juga, gatal bertanya soalan itu dihadapan Kazrina kenapa, dah sah-sah bayi itu kepunyaan Amar Amsyar.  Dia tahu Julia memang bersama Amar Amsyar sejak lelaki itu menceraikan Kazrina.  Sekarang Kazrina pula sudah tersalah sangka.

            “Rina..Rina..kenapa buat keputusan terburu-buru.  Kalau jadi apa-apa pada Rina, Khail tak akan maafkan diri Khail.”marahnya pada dirinya sendiri.

            Dalam teksi Kazrina menangis semahu-mahunya tanpa pedulikan dengan pandangan mata pemandu teksi itu.  Hatinya sakit, baru dia fikir mahu menerima Tengku Mikhail demi anak yang dikandungnya.  Tengku Mikhail banyak membantunya, tapi sejak Datin Azimah datang memujuknya dia beberapa hari sudah. Hatinya berbelah bagi.  Dia terfikir adakah Amar Amsyar sudah berubah? tapi siapa Julia? anak itu, anak siapa.  Amar Amsyar atau Tengku Mikhail.  Kalau tidak kerana kejadiaan tadi, tentu dia tidak tahu tentang Julia dan juga anak yang dikandungkannya.  Telefon bimbit dalam beg tangannya berbunyi-bunyi, dibiarkan saja sehingga deringan terakhir.  Dekat 10 kali juga, dibiarkan saja.

            Rina, please jawab call ~ Khail.

            Kazrina membaca sms dari Tengku Mikhail sekilas,  ada nada kesal disitu.  Dia tidak sepatutnya pergi meninggalkan Tengku Mikhail disitu tanpa pamitan.  Tentu lelaki itu resah dan gelisah memikirkan keadaan dirinya.

            Khail jgn risau, Rina pergi sebentar.  Nnt Rina pulang.~Kazrina

            Tengku Mikhail mengeluh, sms Kazrina membuatkan dia merasa terlebih cemas.  Dia takut sesuatu berlaku pada wanita itu.  Lebih-lebih lagi keadaan Kazrina yang berbadan dua.  Wajahnya diraup kasar bagi menghilangkan resah didada.

            Sementara itu, Kazrina sudah berada dihadapan rumah keluarganya.  Hendak diketuk pintu tak terdaya, takut akan penerimaan ibunya nanti.  Belum sempat dia menoleh belakang ingin berlalu pintu rumah dibuka.

            “Along!”jeritan suara adiknya mematikan langkahnya.  Tubuhnya dipeluk dari arah belakang erat, dia kalih memandang wajah siapa.  “Kartika Anina”tercetus nama itu dibibirnya.

            “Along..kenapa dah lama tak balik?”suara manja Kartika menusuk jiwanya.  Syahdu dirasakan bila pertanyaan itu terbit dari bibir comel adiknya itu.

            “Along..along..”tidak terluah kata.  Kazrina sebak, hatinya sedih.

            “Dah..dah..jangan berdiri saja kat sini.  Mari kita masuk.”ajakkan Kartika membuatkan aku terkaku. 
 
              Langkah kakiku berat.”ibu”terluah juga kerisauanku.

             “Ibu balik kampung dengan Azuan.  Ada kenduri kat rumah Mak lang, anaknya nak bertunang hujung minggu ni.”terang Kartika pendek.

            “Habis tu Tika tinggal sorang-sorang lah.”soalku pula.

            “Hish..mana ada. Tika tinggal dengan Angah lah.  Apa lah Along ni, tulah dah lama sangat tak balik rumah.”omel Kartika padaku. 

            “Along lupa.”jawabku.

            “Ops..Tika pun lupa.  Along memang dah lama tak balik ke sini.  Along apa khabar?”Sambil berbicara, Kartika menarikku masuk kedalam rumah.  Aku menurut saja, lagipun ibu tiada dirumah.

            “Along baik. Ibu dan adik sihat?”soalku lagi sebaik saja melabuh duduk disofa.

            “Alhamdulillah, semuanya baik-baik belaka.  Along bila nak bersalin, Tika tengok perut along tak bulat macam belon pun ada.”seloroh Kartika sambil tangannya mengusap perutku.  Aku tersenyum ceria melihat telatah adikku ini.

            “Tak lama lagi.  Nanti Tika dapatlah anak saudara.”ujarku.

            “Heheee..seronoknya.  Along nanti bila dah bersalin balik sini semula ke?”pertanyaan Kartika buat aku terdiam.  Tidak tahu hendak jawab apa lagi, ibu pasti tidak suka aku disini.

            “Tak tahulah dik, Along belum putuskan lagi.  Lagipun ibu tak suka akak balik sini.”keluhku.  Kartika turut mengangguk setuju.

            “Tak mengapalah Along, dimana-mana pun tak apa.  Asalkan along dan baby selamat.  Abang Mikhail mana?”tiba-tiba Kartika bertanyakan tentang Tengku Mikhail.
           
             “Oh..abang Mikhail sibuk.  Petang nanti dia datang jemput along.”dalihku.

            “Okaylah, kalau macam tu Tika ke dapur dulu.  Tika nak masak special untuk along dengan baby.” 

            “Along tolong boleh?”belum sempat Kazrina mengekori Kartika, dia ditahan dari masuk ke ruangan dapur.
 
             “jangan nak mengada-gada, pergi duk diam-diam kat luar.”arahan Kartika dibalas wajah cemberut Kazrina.

             “Buatlah muka macam tu lagi, nanti menurun kat anak baru tau.”ugut Kartika pula.  Kazrina menjegilkan matanya, geram dengan mulut celupar Kartika.  Akhirnya Kazrina mengalah, dia duduk disofa sambil menonton tv.  Lama-kelamaan matanya terkatup dengan sendiri.

            Kazrina terjaga saat terasa ada tangan mengusap lembut rambutnya.  “Wake up princess, time to eat.”Kazrina cuba membuka mata, suara yang menyapa cuping telinganya menarik perhatiannya.

            ”Mikhail”tercetus nama itu dari bibirnya.  Dia bingkas bangun, terkejut dan terpaku.  “Bila masa Mikhail datang, macam mana dia tahu aku ada disini?”omel dalam hati.

            “Lama betul puteri ni beradu, sampai tak ingat nak makan.”suara romantis Tengku Mikhail mematikan lamunannya.  Kazrina termalu sendiri, malu kerana ditangkap tidur sehingga waktu senja.

            “Rina dah solat asar?”pertanyaan Tengku Mikhail sekali lagi membuatkan Kazrina tersentak.  Dahinya ditepuk kuat, tahulah Tengku Mikhail Kazrina hampir-hampir terlepas solat asar.

            “Cepat, bangkit.  Pergi ambil wuduk, waktu asar dah nak habis.”arah Tengku Mikhail.  Kazrina yang masih termangu-mangu cepat-cepat bangkit meninggalkan Tengku Mikhail di ruang tamu. Tercetus tawa dibibir Tengku Mikhail melihat Kazrina kelam-kabut.

            “Apa yang lucu Abang Mikhail?”soal Kartika bersama dulang ditangan. 

            “Kaklong kamu tu lah. Macam budak-budak, padahal tak lama lagi dah nak jadi mak budak pun masih berperangai macam tu.”terang Tengku Mikhail bersama tawa bersisa.

            “Kaklong memang macam tu bang, dia dari dulu sampai sekarang perangai tak pernah berubah.  Malanglah siapa yang jadi suami dia.”bebel Kartika.

            “Suami?”Tengku Mikhail mengerutkan dahi.  Kartika pula berasa hairan.

            “Tika tak tahu pasal Kaklong ke?”pertanyaan Tengku Mikhail mengundang reaksi pelik diwajah Kartika.

            “Tahu apa Abang Mikhail?”soal Kartika pula.  Belum sempat Tengku Mikhail berkata, Kartina muncul dimuka pintu.

            “Ehmm..assalamuailakum.”serentak Tengku Mikhail dan Kartika menjawab salam.  Masing-masing saling pandang-memandang satu sama lain.

            “Abang Mikhail nak cakap apa tadi pasal Along.”Kartika bertanya buat kali kedua. 

            Kartina pula menyampuk, “Tak ada apa-apa, kau tu budak kecil lagi.  Dah..dah pergi masuk bilik.  Kerja sekolah dah siap ke?”

            “Alamak! Kerja sekolah masih belum siap.  Abang Mikhail minum dulu, nanti kita makan sama-sama.  Tika nak siapkan kerja sekolah, ada sikit lagi.”Kartika melulu masuk ke biliknya.

            “Lambat balik Angah?’Tengku Mikhail bertanya ramah. 

            “Hmm..ada kerja sikit.  Abang Mikhail datang sorang ke?”soal Kartina sambil menghidupkan suis tv.

            “Abang Mikhail datang nak pujuk kaklong kamu balik.  Tadi masa Abang Mikhail telefon, Tika kata kaklong ada disini. Itu yang Abang Mikhail datang.”terang Tengku Mikhail.

            “Along datang sini buat apa? Abang Mikhail gaduh dengan dia ke?"pertanyaan Kartina membuat Tengku Mikhail menelan liur.

            “Tersalah sangka, itu yang buat kaklong kecewa.”jawab Tengku Mikhail lemah.

            “Oo..kali ini apa lagi.” Tengku Mikhail menceritakan apa yang berlaku ketika dia dan Kazrina diklinik.  Tanpa disedari mereka, Kazrina sedang mendengar butir bicara Tengku Mikhail dan Kartina.

            “Abang Mikhail rasa bersalah sangat, sepatutnya perkara ini boleh dicegah.  Abang Mikhail nak minta maaf pada Tina, ibu dan adik-adik sebab tak jaga Kaklong kamu baik-baik.”kesal Tengku Mikhail. 

            Kazrina yang berada disebalik tirai keluar, hatinya sayu mendengar Tengku Mikhail meminta maaf bagi menutupi kesalahan Amar Amsyar.

            “Khail tak salah, buat apa Khail minta maaf.”Tengku Mikhail tersentak, Kartina yang berada disebelahnya turut sama.

            “Rina..”

            “Kaklong”

            Tengku Mikhail dan Kartina bersuara sentak, masing-masing menyebut nama Kazrina.

            “Siapa nama perempuan tu.”soal Kazrina mendatar. 

            “Julia.”jawab Tengku Mikhail.

            “Saya tahu nama dia Julia. Tapi siapa dia dalam hidup Amar Amsyar?”keras bunyi pertanyaan itu.  Tengku Mikhail menarik nafas panjang, cuba mengawal resah.

            “Teman wanita Amar Amsyar.”

            “Jadi anak yang dikandungkan itu anak Am?”sinis pertanyaan Kazrina menarik perhatian Kartina disitu. Nasib baik Kartika tiada bersama mereka.  Tengku Mikhail hanya mengangguk.

            “Bukan anak Khail?’soal Kazrina lagi, inginkan kepastian dari mulut empunya diri.

            “Bukan.”laju saja jawab Tengku Mikhail.

            “So, apa masalahnya.”Kartika pula bertanya.

            “Along salah sangka, ingatkan perempuan tadi stok abang Khail. Itu yang dia cemburu sangat sampai bawa diri kesini.”jelas Tengku Mikhail menyelamatkan keadaan.

            “Huh! Ini kes cemburu buta lah ni.  Ingatkan apa tadi.”sampuk Kartina pula.  Kazrina sudah mencebik, malu bila mengetahui diri sendiri tersalah anggap.
     
            “Khail minta maaf. Khail takut Rina tersingung.”tutur Tengku Mikhail ikhlas.

            “Nak buat apa Rina tersingung.  Lagipun Am dan Rina dah tak ada apa-apa lagi.”ujar Kazrina masih dalam nada sinis.

            “Habis tu, tadi kenapa Kazrina larikan diri.”soal Tengku Mikhail berdebar.  Kazrina memandang ke arah Kartina, diberi isyarat agar meninggalkan dirinya dengan Tengku Mikhail disitu.  Kartina yang mengerti isyarat itu lantas bangkit menuju ke biliknya.

            “Sayang cemburu ya.”tebak Tengku Mikhail.  Merona muka Kazrina bila Tengku Mikhail berkata begitu.

            “Siapalah Rina nak cemburu pada Mikhail.  Rina sedar siapa diri Rina.”ujar Kazrina sayu.  Takut bila perasaan sayangnya dipandang sepi oleh Tengku Mikhail.

            “Khail suka bila Rina cemburukan Khail.  Itu tandanya Rina cintakan Khail, betul kan?”sekali lagi tebakan Tengku Mikhail mengena.

            “Perasan”gumam Kazrina.  Namun sempat juga didengari oleh Tengku Mikhail.

            “Siapa perasan? Abang?”ditunjukkan kearah dirinya sendiri.  Kazrina menjeling, perkataan ‘abang’ kedengaran bersahaja dari mulut Tengku Mikhail.

            “Siapa lagi, Tengku Mikhail Khazi a.k.a Mike.”seloroh Kazrina.

            “Ops, hanya Mikhail.  M.I.K.H.A.I.L not more Mike dear.”selar Tengku Mikhail membetulkan kata-kata Kazrina.

            “Dah tak marah?” soal Tengku Mikhail, Kazrina mengelengkan kepalanya.

            “Dah tak cemburu?” Kazrina mengelengkan kepalanya lagi.

             “Dah tak sakit hati?” soal Tengku Mikhail lagi, Kazrina tetap mengelengkan kepalanya.

             “Dah tak sayang dah?” Kazrina mengelengkan kepalanya tanpa mengetahui muslihat Tengku Mikhail.

            Serentak dia teringat semula, “dah tak sayang dah?” apa maksud Tengku Mikhail.  Dipandang wajah Tengku Mikhail, ada riak kecewa disitu.  Padahal lelaki itu hanya ingin menguji dirinya saja.

            “Eh, bukan... Bukan..”tergagap-gapa Kazrina menafikannya.

            “Apa yang bukan?”soal Tengku Mikhail seraya menahan tawa dari meletus dibibirnya.
          
            “Maksud Rina, sayang.  Rina sayangkan Khail.”akui Kazrina tanpa rasa malu.  Terbias senyuman dibibir Tengku Mikhail saat Kazrina mengakui rasa sayangnya kepadanya.

            Akhirnya Tengku Mikhail tidak dapat menahan lagi, lalu tercetuslah tawa dari bibirnya.  Kazrina terpaku,  rupa-rupanya Tengku Mikhail sedang mempermainkan dirinya.

            “Jahatnya Khail, mainkan Rina.”ditumbuk dada lelaki itu.  Tengku Mikhail menangkap kedua-dua belah tangan Kazrina yang asyik menumbuk dadanya.  Lantas dibawa kebibirnya dan dikucup lembut.

            “Khail pun sayangkan Rina.  Dunia dan akhirat.”ucapan kudus itu menusuk hati Kazrina.  Tak pernah Amar Amsyar berkata begitu dengannya dulu.  Tengku Mikhail lah lelaki pertama yang berkata begitu.  Sungguh syahdu dan menyentuh hatinya.

            “Rina marahkan Am pasal Julia?”soal Tengku Mikhail pula.

            “Khail, Rina memang marah pada mulanya.  Tapi bila difikirkan semula, semuanya takdir dan Rina redha.  Mungkin ada hikmah disebalik perpisahan Rina dengan Am dulu.  Namun, bila Rina renung dalam-dalam Rina dah nampak jalan penyelesaiannya.  Cinta Rina pada Am hanyalah bersifat sementara walaupun Rina amat menyanyangi dirinya suatu masa dulu.  Pasal anak ini, biarlah dia tidak bertemu dengan ayah kandungnya, sebab anak ini bertuah kerana bakal memiliki Daddy sebaik Mikhail.”tutur Kazrina tenang.  Tengku Mikhail yang mendengar turut rasa bahagia.

            “Terima kasih Rina.”

            “Untuk apa?”

            “Untuk semuanya.  Yang pasti Khail amat berterima kasih pada Rina.”ujar Tengku Mikhail riang.  Kartina dan Kartika yang sedang curi-curi mendengar dibalik pintu bilik tersenyum senang.  Masing-masing menadah tangan bersyukur kerana kakak mereka bertemu juiga dengan seorang lelaki sebaik Tengku Mikhail.

            Malam itu mereka berempat makan bagaikan keluarga bahagia.  Cuma ibu dan adik bongsu mereka tiada bersama mereka.  Jika tidak, pasti meriah suasana makan malam dirumah ini.  Jauh disudut hati Kartina, dia sentiasa berdoa agar keluarga mereka akan bersatu kembali.  Along dengan abang Mikhail dan dia mungkin dengan Hakimi Lufti.  Bercakap pasal lelaki itu, Kartina teringat akan kata-kata lelaki itu tempoh hari.
 
            “Dan awak.. ditinggalkan disini..bersama..saya.”dan Kartina tersenyum sendirian.
 
~Bersambung~