Bab 28
Amar Amsyar meraup wajahnya, selesai solat subuh dia ketiduran
diatas sejadah. Sudah seminggu tidurnya
tidak lena. Seringkali tidur lewat,
kadang-kadang matanya tidak mahu lelap walaupun mindanya kepenatan. Bayangan wajah Kazrina menghantui mindanya
sehinggakan dia terpaksa mengambil pil tidur.
Ingatannya semakin pulih dari sehari ke sehari. Itu yang membimbangkan dirinya, kerana itulah
mimpi ngerinya. Wajah manis Kazrina yang
menguit hatinya, wajah comel Kazrina yang cantik ketika merajuk dan juga wajah
polos itu cantik ketika tidur semuanya terbayang diruang matanya. Sayang sekali, semuanya telah terlambat. Harapan untuk memiliki Kazrina hampir musnah
setelah pertemuannya dengan bekas isterinya tempoh hari.
Wajah ceria Kazrina mengambarkan kegembiraannya disamping
Tengku Mikhail. Hatinya luluh bagai
disiat-siat apabila berada diantara mereka berdua. Cintanya dikhianati dengan
sewenang-wenangnya. Takkan Kazrina sudah
lupa janji-janji mereka, apakah harga cintanya murah dimata wanita itu. Bayi itu, anak mereka berdua. Tidakkah boleh Kazrina menerimaku semula demi
anak kami.
“Memang cinta awak cinta speed. Tapi disebabkan kecurangan awak, cinta kita
terbiar begitu saja. Sekarang cinta awak
dah jadi cinta yang diukur dijalanan seperti mana awak mengukur meter kereta
lumba dilitar.”Kata-kata dari Kazrina pedih dan ngilu. Hati ini bagai dihiris sehingga terluka dan
berdarah. Hilang panggilan ‘abang’ digantikan dengan nama ‘awak’
“Sampai hati Kazrina mengatakan cinta abang seperti itu, walhal abang sangat cintakan sayang. Abang minta maaf, waktu abang lafazkan
kata-kata marah dan cela itu abang dalam keadaan tidak sihat. Ingatan abang masih samar-samar.”bela Amar
Amsyar. Dia ingin menjelaskan semuanya
pada Kazrina tentang tindak-tanduknya dulu.
“Itu bukan alasannya, awak patut tahu dimana kedudukan
saya ketika itu. Saya dihalau macam
kucing kurap apabila tidak diperlukan lagi.
Mana hak saya sebagai isteri awak jika saya dihalau tanpa belas kasihan.”bidas
Kazrina lagi.
“Sayang..”Amar Amsyar cuba menyentuh tangan Kazrina
diatas meja. Tapi ditepis wanita itu,
Amar Amsyar kecewa.
“Abang betul-betul minta maaf. Maafkan abang, abang khilaf. Abang janji, selepas ini kita bina semula
hidup baru bersama bayi yang bakal lahir ini.”pujuk Amar Amsyar, Kazrina menggeleng-geleng tanda tidak
setuju. Hatinya masih sakit lagi, tidak
ada tanda-tanda sembuh. Amar Amsyar
mengeluh, Kazrina masih tidak mahu memaafkan dirinya.
“Sudah Encik Amar Amsyar, saya rasa baik encik
balik. Dah tak apa-apa kat sini lagi
yang tinggal untuk encik. Sebaik saja
bayi ini lahir, hubungan kita secara rasminya putus. Walau bagaimanapun, hak Encik pada bayi ini
tidak saya nafikan. Encik masih boleh
datang untuk melihat dia dengan keizinan saya.
Saya anggap antara kita sudah tiada apa-apa lagi, Encik dengan haluan Encik
dan saya dengan haluan saya.”Kata-kata itulah bermain difikiran Amar
Amsyar. Dia tidak boleh menerima
kenyataan cinta Kazrina padanya telah berkubur.
“Kazrina sayang…”nama itu juga yang disebut juga.
Pintu biliknya terbuka, muncul Datin Azimah bersama
sarapan. Amar Amsyar bangkit dari
baringaan, senyuman tawar terukir dibibirnya.
“Selamat pagi anak Mama.
Lena tidur?”sapa Datin Azimah. Dulang makanan diletakkan atas meja sisi Amar
Amsyar.
“Macam biasalah ma.
Mata ni agak sukar nak lelap, mungkin Amar dah lama tak tidur kat sini
itu yang jadi tak biasa kot.”dalih Amar Amsyar.
Dia tidak mahu menyusahkan Mamanya lagi.
Sudah cukup Mamanya menderita dengan perbuataannya.
“Takpelah, lama-lama nanti biasalah tu. Am, bila nak masuk ofis, papa risaukan
Am.”soal Datin Azimah lembut.
“Insyaallah esok Am masuk ofis. Lagipun Am dah janji dengan papa nak bantu
dia. Dah lama Am berjanji, sekarang
kenalah tepati.”tutur Amar Amsyar yakin.
Datin Azimah mengusap kepala anak bujang, rindu akan Amar Amsyar
kini. Anaknya dah banyak berubah sejak
suaminya dimasukkan hospital. Dan lebih
bersyukur lagi, ingatan Am kian pulih.
Itulah doanya saban hari ketika menunaikan solat, dia turut berdoa agar
Kazrina mahu kembali kepada Amar Amsyar semula.
“Am…ada jumpa Kazrina?”pertanyaan Datin Azimah membuatkan
Amar Amsyar tersentak. Itulah yang cuba
dielakkannya. Tidak mahu Mamanya tahu
tentang pertemuannya dengan Kazrina seminggu yang lalu.
“Belum lagi ma..”bohong Amar Amsyar.
“Pergilah jumpa dia cepat-cepat. Bawa dia kemari, Mama dah lama rindu pada
dia.”pujuk Datin Azimah.
“Bagilah Kaz rehat dulu ma. Am tak mahu kandungan dia terjejas.”balas
Amar Amsyar.
“Eloklah tu, dah berapa bulan kandungan dia sekarang?”
Amar Amasyar berjeda… “Kandungan saya dah nak masuk 7
bulan baru awak nak tanya.”itulah jawapan Kazrina kepada pertanyaannya tempoh
hari.
“Am..Am…Mama tanya ni.”Datin Azimah menggoyang-goyangkan
lengan anaknya.
“Mama..maaf Am terpegun kejap. Kalau tak silap Am, dah masuk 7 bulan
kandungan dia.”kalut-kalut Amar Amsyar menjawabnya.
“Am..Am..apa yang fikirkan pun Mama tak tahu. Asyik menyelamun aje Mama tengok.”komen Datin
Azimah.
Datin Azimah tahu anaknya cuba larikan diri setiap kali
bercerita tentang Kazrina. “Am makanlah
dulu, Mama dengan papa dah makan tadi kat bawah. Mama tengok dah jam 10 Am masih tak
turun-turun lagi, tu yang Mama bawa sarapan ke atas.”
“Terima kasih Mama."
Datin Azimah tahu anaknya cuba larikan diri setiap kali
bercerita tentang Kazrina. “Am makanlah
dulu, Mama dengan papa dah makan tadi kat bawah. Mama tengok dah jam 10 pagi Am masih tak
turun-turun lagi, tu yang Mama bawa sarapan ke atas.”
“Terima kasih Mama. Bisimillah…”Amar Amsyar meneguk mug
berisi Milo panas. Terasa sedap
aromanya, namun masih tidak sama dengan air bancuhan Kazrina.
“Mama turun dulu ya Am.
Kejap lagi jangan lupa makan sarapan tu.
Mama tengok Am dah makin kurus, tak elok untuk kesihatan.”pesan Datin
Azimah sebelum melangkah keluar dari bilik Amar Amsyar.
“Baik ma. Terima
kasih sekali lagi.”Datin Azimah mengangguk.
Pintu bilik Amar Amsyar dirapatkan.
“Am dah bangun?”soal Dato’ Azizuddin ketika melihat
kelibat isterinya diruang tamu.
“Dah bang. Tapi
masih mengelamun. Sampai bila kita nak
biarkan Am begini bang, kesian Azi tengok dia.
Hidupnya tak tentu hala sejak ingatannya pulih.”adu Datin Azimah sayu. Dato’ Azizuddin mengamit tangan agar
isterinya mendekatinya. Datin Azimah
lantas melabuh duduk disisi suaminya.
“Berikan sedikit masa untuk Am sesuaikan dirinya
semula. Abang yakin, kalau jodohnya
dengan Kazrina masih ada. Kita haruslah
berdoa untuk mereka sentiasa.”pesan Dato’ Azizuddin. Bahu isterinya dipaut dan dirapatkan tubuh
mereka agar bersatu. Datin Azimah
melentokkan kepalanya kedada suaminya itu.
“Azi selalu doakan mereka bang. Walaupun kita tak berapa mengenali Kazrina,
tapi Azi suka pada menantu kita tu.
Orangnya lemah lembut dan bersopan pula.”luah Datin Azimah.
“Abang pun dah sayang kat menantu kita tu. Nak buat macam mana, nasi dah jadi
bubur. Talak dah dilafazkan cuma tunggu
masa Kazrina melahir anaknya saja, selepas itu dia bukan lagi menantu keluarga
ni.”Dato’ Azizuddin menyatakan kekesalannya.
“Apa kata kita pula pujuk Kazrina.”cadang Datin Azimah
pula.
“Tak Azi, abang tak setuju. Biarlah Am selesaikan masalahnya sendiri,
kita hanya boleh memberikan nasihat saja.
Abang tak mahu campur tangan dalam hal rumah tangga mereka berdua.”bantah
Dato’ Azizuddin lembut. Datin Azimah
terdiam sejenak, mengakui kebenaran disebalik kata-kata suaminya itu.
“Azi bukannya apa bang.
Rugi rasanya jika Am dan Kazrina berpisah. Bayi yang Kazrina kandungkan tu, anak Am
bang. Tak kesian ke, pada baby tu.”selar
Datin Azimah.
“Azi, itulah harga yang harus Am bayar diatas kesilapannya
itu.”jawab Dato’ Azizuddin lemah.
“Azi rindu pada Kazrina bang. Azi berharap sangat dia kembali kepangkuan
kita.”luah Datin Azimah sekali lagi bersama kesal tidak bertepi. Dato’’ Azizuddin memeluk bahu isterinya. Perbulaan mereka didengari Amar Amsyar yang
berada tiada jauh dari tempat mereka berdua.
Ketika Amar Amsyar turun tangga, dia secara tidak sengaja terdengar
butir bicara kedua-dua papa dan Mamanya.
Kalau Mamanya sedih, dia lebih lagi.
Cuma tidak ditunjukkan rasa sedihnya.
Amar Amsyar mendaki anak tangga menuju kebiliknya semula.
Sampai biliknya dia menukar baju
t’shirt berkolar dan memakai seluar jean
biru. Dia mencapai dompet dan kunci
kereta diatas meja solek. Sempat dia
menilik penampilannya dicermin, terdapat jambangan misai tumbuh meliar.”Esok
kena cukur ni sebelum masuk kerja. Nanti
marah pula papa.”omelnya.
“Hmmm…”
Enjin kereta dihidupkan, Evo Amar Amsyar meluncur keluar dari
perkarang banglo kepunyaan Dato’ Azizuddin.
Ketika memandu, telefon bimbit Amar Amsyar berbunyi. Ditenung skrin, terpapar nama Julia. Amar Amsyar mengeluh, “Apa perempuan ni nak?”
“Hello”
“Darling, kenapa tak angkat telefon bila I call.”terdengar suara rengek Julia
ditalian.
“Kan
I dah jawab, you nak apa?”jawab Amar Amsyar malas.
“I nak you, I nak jumpa you darling.”ujar Julia
manja. Amar Amsyar merengus, malas betul
nak layan karenah perempuan sorang ni.
“I’m busy, not today.”balas Amar Amsyar.
“Busy dengan
janda you.”bentak Julia.
“I punya pasal lah, yang you nak sibuk kenapa?”marah Amar
Amsyar.
“You jangan lupa Am, you masih berhutang dengan I.”ugut
Julia pula.
Suara Julia yang menjerit-jerit ditalian bimbitnya tidak
dihiraukan. Dalam fikirannya terbayang
wajah kecewa Kazrina apabila mengetahui semua ini. Pantas dia mematikan talian, tidak mahu
mendengar lagi suara Julia yang terjerit-jerit memanggil namanya.
“Mike, I need your
help?”itulah pertanyaan yang keluar dari
mulutnya.
“What for? There is
nothing to say about..”Suara sinis Tengku Mikhail menerpa.
“Please Mike, hanya kau saja yang boleh tolong aku.” rayu
Amar Amsyar. Suara rengusan Tengku
Mikhail menyapa telinganya. Pasti lelaki
itu marah kerana menganggu hujung minggunya.
“Meet me at Garden
Hotel in 30 minute. Don’t be late!”Tengku Mikhail
mengeluarkan arahan. Amar Amsyar pada
mulanya agak keberatan turut setuju.
Amar Amsyar memandu keretanya menuju lebuhraya persekutuan untuk ke Mid
Valley.
Tak sampai 20 minit, dia sudah berada diluar perkarangan
Hotel Garden. Diberikan kunci kereta
pada ‘jockey’yang ada disitu, lantas
kaki menlangkah masuk ke lobi hotel.
Bayangan wajah Tengku Mikhail dicari,
masih tidak kelihatan. Dia duduk
disofa berdekatan, dalam hati berharap agar Tengku Mikhail sudi datang
menemuinya tanpa Kazrina bersama.
Tengku Mikhail melangkah masuk ke lobi Hotel Garden selepas beberapa minit. Dia terpandang Amar Amsyar sedang duduk
disalah satu sofa yang berdekatan kaunter penyambut tetamu.
“Mike”tegur Amar Amsyar ketika terlihat kelibat lelaki
itu. Tengku Mikhail hanya
mengangguk. Langkah kaki mereka menuju
ke lif. Apabila pintu lift tertutup,
masing-masing masih lagi membisu. Sampai
ditingkat 6, mereka melangkah masuk The
Spread.
“ Ada
apa kau nak jumpa aku.”soal Tengku Mikhail kasar. Nasib baik pelayan itu sudah berlalu, jika
tidak tentu pelayan itu fikir kami berdua dalam situasi tegang. Seperti gaya nak bertumbuk pun
ada juga.
“Aku perlukan pertolongan kau.”
“Split out.”balas
Tengku Mikhial.
“Julia.”apabila mendengar nama itu, Tengku Mikhail sudah
dapat mengangak apa yang bermain difikiran Amar Amsyar.
“So.”
“She says that I’m
the father of the baby. But that’s not
truth, coz I didn’t slept with her even once.”terang
Amar Amsyar jujur namun sebaliknya dia sendri tidak pasti akan kebenarannya.
“Jadi kau nak kata itu anak orang lain, begitu?”selar Tengku
Mikhail pula.
“Of course. Sebab itu lah
kebenarannya. Aku tak pernah tidur
dengan dia bro. Dan untuk pengetahuan kau, perempuan yang aku tiduri hanyalah
Kazrina Atirah. No one else.”tegas Amar Amsyar.
Tengku Mikhail menggeleng-geleng kepalanya, tidak setuju dengan
kata-kata Amar Amsyar.
“You were wrong
bro. Dulu masa kat luar negeri kau
pernah tidur dengan Melinda, the Irish
girl yang Kimi tergila-gilakan dulu.
Do you remember?” Amar Amsyar terkedu.
Dia terlupa tentang itu.
Ya, dia pernah tidur dengan Melinda Gordon. Wanita kulit putih yang digilai oleh Hakimi
Lufti menjadi one night stand nya
selepas lelaki itu kalah dalam pertaruhan.
“Itu dulu Mike, tapi sejak aku balik ke sini aku dah tak
buat kerja-kerja tu lagi.”ujar Amar Amsyar sungguh-sungguh.
“Kau mana ingat, bila dah mabuk semuanya kau tibai. Sampai aku pun kau lupa bila dah mabuk.”marah
Tengku Mikhail.
“Aku..aku..”Amar Amsyar hilang kata. Ada
kebenaran dengan kata-kata Tengku Mikhail.
“Yup, kebetulan kami terserempak dengan Julia dihospital
kelmarin. And Julia did confess that is your baby.”jawab Tengku Mikhail tanpa
selindung lagi. Amar Amsyar meraup kasar
wajahnya, terkilan dengan apa yang berlaku.
“Am, Kazrina dah bebas.
She’s not your wife anymore as
soon she give birth to your child. Dan selepas 3 bulan, aku akan jadikan
dia isteriku. Aku harap kau faham.”Amar Amsyar terkedu, ayat yang keluar dari
mulut Tengku Mikhail menyentap sanubarinya.
“Mike, aku nak kembali kepangkuan Kazrina dan anak
kami. Aku nak kau tahu yang aku
benar-benar dah insaf. Aku khilaf
sehingga aku terlupa siapa Kazrina dalam hidup aku."
"Please Mike, I need
her by my side.”pohon Amar Amsyar mendayu.
Meminta ihsan dari Tengku Mikhail agar mengerti dia amat memerlukan
Kazrina dan anaknya.
“Aku minta maaf Am.
Aku tak boleh nak tunaikan permintaan kau tu. Lagipun macam mana dengan Julia. Tak kan
kau nak lepaskan tangungjawab kau begitu saja. Dia mengandungkan anak kau
Am, kau sedar tak?”ujar Tengku Mikhail.
“Habis tu, Kazrina juga mengandungkan anak aku. Apa bezanya?”soal Amar Amsyar memulang paku
buah keras.
“Bezanya, Kazrina dah tak cintakan kau. Dan Julia pula mengharapkan kau. Itu bezanya
Am. Dan aku harap kau mengerti.”balas Tengku
Mikhail. Terus lelaki itu bangkit
meninggalkan Amar Amsyar disitu bersama hati yang sebak.
“Kazrina Atirah…”keluh Amar Amsyar.
~Bersambung~
kesian Amar.. minta2 dia blh cari jlan selesaikan masalah dia dngan julia.. cpt la kazrina lahirkan baby.. cpt dia kahwin dngan khail♥
ReplyDelete