Wednesday, 27 June 2012

Novel - Teduhan Kasih oleh Marissa


Salam semua,

Hari ini saya bukan nak promote tapi nak kongsi novel terbaru yang ada dipasaran.  Teduhan Kasih karya Kak Marissa yang kini berada dipasaran sejak sebulan yang lalu. 

Ikhlas saya katakan yang saya sudah jatuh hati dengan novel ini, sungguh! kalau nak tahu sudah berpuluh-puluh kali saya ulang baca novel ini.  Malah hari sabtu 2 minggu yang lepas saya telah berpeluang bertemu dengan Kak Marissa di Padgram Mall, Kelana Jaya.  Saya teruja sangat dapat bertemu dengan penulis novel ini.  Disini saya akan berikan sedikit ulasan mengenai novel ini.






Inilah Kak Marissa, penulis cerita Teduhan Kasih.  (Gambar diambil pada 16/6/12)



Novel teduhan kasih ini ditulis dengan bahasa yang indah dan amat senang kita fahami.  Saya suka dengan watak Ehsan a.k.a Papa Ehsan, seorang lelaki yang hidup bergelumang dengan dosa dan noda akhirnya bertemu jodoh dengan Iffa seorang janda yang sedang dalam kesusahan.  Ehsan jatuh hati kepada seorang wanita yang sedang melahirkan anak, memang tak logik kalau kita fikirkan. Tapi sebenarnya itulah takdir tuhan.  Adam yang dianggap anak sial, rupa-rupanya membawa tuah kepada Iffa.  Ehsan telah jatuh sayang kepada anak kecil yang bernama Adam ini sehingga sanggup meninggalkan kehidupan lamanya hanya kerana ingin bersama Adam dan Iffa.

Saya rasa setakat ini saja ulasan, tak mahu tulis banyak-banyak. Cuma pesan saya, kalau nak tahu lebih lanjut bagaimana kesudahan cerita ini. Dapatkanlah novel ini, tak rugi.

Wasalam...

Luv all ~ HaS 

Tuesday, 26 June 2012

CINTA LRT - Bab 11

(Akan kutunggu dirimu, walau seribu tahun lagi - Mr Sonata a.k.a Fareez)




Bab 11

 Aku tiba ditempat yang dijanjikan lebih awal setengah jam.  Sengaja tidak mahu terperangkap dalam kesesakkan lalulintas.  Sebenarnya aku ingin lihat siapa lelaki itu sebelum dia datang pada waktu yang ditetapkan.  Saat mataku melilau mencari siapakah gerangan lelaki itu, aku terpandang kelihat Fareez dihadapan restoran itu.  Jangan-jangan lelaki itu Fareez kot, cannot be. Aku tak sanggup nak berhadapan dengan mamat sengal tu.  Dahlah kat ofis garang semacam, pastu nanti kat sini buatnya dia kepala sengalnya tu, mampus aku. Baik aku cabut sebelum dia nampak.

Belum pun sempat acara larianku bermula, terasa bahuku ditepuk dari belakang.  Aku menoleh dengan muka terkejut aku lihat Fareez suda berada dibelakangku.  Dia berdiri sambil berpeluk tubuh, aku perhatikan pakaiannya. T’shirt hitam, seluar jean dan lagi haru aku lihat dia memakai cap warna merah.  OMG..memang itulah cirri-ciri Mr Sonata, baik aku pura-pura.

Encik Fareez, kebetulan ya. Saya tak tahu pula Encik datang sini. Aku cuba buat cool sedangkan dalam hati dah mengelabah.

Awak buat apa kat sini? Soalnya padaku.  Fareez sudah meneliti aku dari atas hingga ke bawah.  Jangan mamat ni ingat aku Ms Sonata sudah, haru pula nanti.  Fareez masih merenung gadis dihadapannya, senyuman sudah terukir dibibirnya.

Sudahlah Fareeza, jangan nak mengelat lagi. Saya tahu awaklah Ms Sakura? Ujarnya sinis.

What? Err..errr taklah, Encik salah orang ni.  Aku cuba berdalih, tidak mahu dia tahu siapa aku.

Fareeza, with your entire as describe by Ms Sakura memang confirm itu you. So, please do not act anymore.

Aku lihat penampilanku dan aku lihat dia juga.  Memang seperti yang kami berdua gambarkan semalam.  Dah sah-sah memang Fareez adalah Mr Sonata dan Aku Ms Sakura.

Come, follow me. Jangan nak duk termenung lagi. Apa kata kita masuk dan saya belanja awak.

Aku hanya mengekorinya dari belakang, tidak mahu bertekak lagi. Orang ramai asyik memerhatikan gelagat kami berdua sejak tadi.  Daripada dapat malu baik aku ikut aje mamat ni.

Tak sangka yang awak rupa-rupanya Ms Sakura. Ujarnya setelah kami duduk didalam Restoran Kenny Rogers.  Aku hanya terus mempamerkan senyuman, tidak mahu mengiakan atau mengidakkannya.  Makanan dan minumanku semuanya dipesan oleh Fareez tanpa bertanya kepadaku.

Fareeza, awak ni kenapa. Dari tadi ayik senyap aje, tak suka ke?

Bukan tak suka Encik, cuma agak terkejut dengan pertemuan ini.

Awak nikan, kat sini tolong panggil nama ye.

Kenapa plak, Encik kan bos saya.

Itu kat ofis, sekarang kita kat luar. So, as a friend saya nak awak panggil nama aje.

Suka hati Encik lah.

Lagi-lagi Encik, lagi-lagi encik, bosan saya tau. Cuba panggil nama atau nak mesra panggil Abang. Saya lagi suka.  Aku buat muka, malas nak layan ayat terakhirnya itu.

So apa reaksi awak bila tahu siapa Mr Sonata.

Terkejut, tak sangka dan juga tidak percaya sebab awak adalah orang itu.  Rasa menyesal pun ada.  Kataku sengaja ingin melihat reaksinya pula.

Macam tu sekali, dasyat pula.  Kenapa? Saya tak layak ke.  Saya ingat awak akan kata hensem ya Mr Sonata atau macho ke, sejuk sikit hati saya ni.   Aku menjuih bibirku tanda tidak setuju dengannya.

Baik awak simpan muncung tuh sebelum saya kiss awak kat sini.

Gulp… cepat-cepat aku tekup mulutku.

Tahu takut, saya ni lelaki gentlemen lar.  Takkan saya nak buat kalau belum halal lagi. Tentu saya tunggu malam pertama baru saya… ehem..ehemm.  Sabar jelah, rasa macam nak sekeh kepala mamat ni.

Hampir 3 jam kami berlegar-legar di Alamanda tanpa membeli apa-apa.  Kakiku sudah sakit-sakit, nasib baik aku pakai sneekers.  Fareez masih setia disebelahku, sejak keluar dari restoran hingga kini tiada satu patah pekataan pun keluar dari mulutnya.  Mamat ni dah bisu ke? atau sengaja nak dera perasaanku.

Awak? Boleh kita duduk kat sana, kaki saya dah lenguh ni. Aku tunjuk ke arah deretan kerusi dihadapan kami.

Aku cuba duduk agak berjauhan dengannya, cuba tidak bersentuhan.  Dia pula hanya diam membisu, aku kebosanan.

Awak, sampai bila kita nak macam ni?

Maksud awak, saya kurang jelas.

Ye lah, takkan nak jalan-jalan pastu senyap aje dari tadi.

Awak lupa ye, kan semalam saya kata nak temankan awak. So, saya tengah temankan awak lah ni.

Saya tahu, tapi kalu masing-masing membisu. Baik saya duk kat rumah tengok TV ke, atau layar internet. Confirm ada suara.

Fareez gelak, mula-mula perlahan lama-lama kuat juga.  Sampai orang yang lalu memandang-mandang kearah kami berdua.  Aku cubit lengannya, Aduh! Padan muka.

Awak ni kenapa? Sakit tau.

Padan muka awak, saya cakap betul-betul awak main-main. Dah lah, saya nak balik. Sentak aku bangun, tapi lenganku dicapai dari belakang.  Aku toleh, Fareez sedang mengapai lenganku.

Duduklah, masih awal lagi. Temankan saya.  Aku duduk semula, tanganku masih digengam erat olehnya.  Aku tarik perlahan-lahan tanganku tidak mahu terus dalam genggamannya, terasa mukaku merah, malu dengan perlakuannya.

Ops, sorry. Saya tak sengaja. Fareez  menghadiahkan senyuman manis kepadaku.

Aduh! Tiba-tiba kerkumandang lagu “Jatuh Cinta Lagi” didalam hatiku.  Sabar-sabar Fareeza,  kau masih dalam proses berkenalan.  So, no jatuh-jatuh cinta okay. 

Kami berjalan menikmati panorama sambil berbual-bual, kadang-kadang tercetus juga gelak dan tawa dibibir kami berdua.  Fareez gemar berceloteh, malah suka berlawak.  Aku senang berada disampingnya, walaupun karekter sekarang amatlah berbeza ketika di pejabat.  Kalaulah orang lihat, tentu mereka kata pasangan ini kelihatan bahagia sekali.

Lebih kurang jam 8 malam, aku sampai ke rumah.  Penat juga berjalan dengan mamat sengal tu. Dahlah aku ni kategori comel, sah-sahlah jalan pun langkah pendek. Bukan macam dia yang tinggi lebih kurang 6 kaki dengan langkah yang panjang.  Memang tak cukup kaki aku berjalan untuk bersaing dengannya.  Solat Asar dan Magrib aku dirikan di surau yang ada di Alamanda, tidak mahu terlepas.  Aku juga kagum melihat dia juga turut sama menyertaiku bersolat di surau yang berhampiran.

Aku rebahkan diri diatas sofa, penat berjalan masih terasa.  Terimbau kembali saat-saat ketika bersamanya, Fareez sangat menjaga tingkah laku. Kami berjalan seiringan tanpa ada sentuhan.  Cukup gentlemen dengan gaya macho seorang lelaki.  Jatuh cinta lah aku padanya, entahlah.  Lantas aku bawa diri kebilik, ingin mandi dan solat isyak sebentar lagi.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Fareez sampai dirumah kira-kira 9 malam. Dia singgah di masjid berhampiran untuk menunaikan solat isyak.  Tidak mahu melengah-lengahkan suruhan Yang Maha Esa.  Hari ini dia rasa amat gembira sekali, perasaan itu telah lama hilang sejak dia kehilangan Aneesa 3 tahun dahulu muncul semula.  Adakah disebabkan sikap Fareeza yang ceria, petah berkata-kata dan sesekali manja membuatkan dia rindunya pada Aneesa terubat.  Dalam diam, hati ini seperti sudah terpaut dengan keayuan wajahnya.   Deringan telefon bimbitnya menghentikan lamunan Fareez, terpapar nama mama diskrin. 

Assalamualaikum mama

Waalaikumusalam anak mama, sihat?

Sihat, mama?

Mama pun sihat walafiat.  Sayang kat mana?

Feez kat rumah, baru balik jumpa kawan.

Kawan ke girlfriend. Macam gembira aje suara mama dengar.

Kawan perempuan, but no girlfriend. So, ada apa mama call Feez.

Takkan mama tak boleh call anak mama. Rindulah, bila Feez nak balik?

Insyaallah, hujung minggu ni Feez balik. Lagipun dah lama tak rasa masakan mama.

Kalau macam tu balik, mama akan masakan makanan kesukaan Feez sambal tumis udang.

Marvelous, thank you mama.

Mama tunggu tau, bye sayang. Assalamualaikum.

Waalaikumussalam mama.

Talian dimatikan, Fareez menyandarkan tubuh disofa.  Difikirannya terdetik ingin membawa bersama Fareeza untuk diperkenalkan kepada ahli keluarganya.  Mahukah gadis itu menuruti permintaannya yang satu itu, ataupun gadis itu pasti keberatan.  Tapi kalau belum dicuba, belum tahu bukan. Ah, tanya ajelah bukannya luak pun.  Bisik hati kecilnya.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

(Jangan asyik teringatkan kenangan silam Feeza, bangkit dan mulakan hidup baru. Aku pasti itu kehendak arwah Asyraf. ~ Fariha a.k.a sahabat setiaku dikala suka dan duka.)


Monday, 25 June 2012

CINTA LRT - Bab 9 &10

(Akan aku cuba ubati luka dihatimu sayang, agar kau tahu betapa dalamnya cintaku kepadamu ~ Fareez)

Bab 9

Seperti biasa, aku ke pejabat menaiki LRT.  Namun pagi yang indah ini telah tercemar sebaik sahaja aku terpandang wajah yang amat aku benci ketika melangkah masuk gerabak LRT. Ya, Encik Fareez a.k.a bos aku. Kenapalah mamat sengal nih naik LRT pula, mana kereta Evo dia.  Saja lah tu, baik aku buat dono aje, selamat sikit. Terus aku pakai headphone dan pasang lagu kegemaranku sambil membelek novel ditangan. Aku perasan Fareez perlahan-lahan menghampiriku, saja aku buat tak nampak.

Hujung baju kurungku ditarik-tarik, aku buat tak tahu.  Kemudian, aku rasa headphoneku ditarik keluar, apa lagi membutang mataku memandangnya.  Marah dan sakit hati, tapi aku masih cuba bersabar.  Akhirnya aku mengalah, aku angkat kening bagai bertanya sesuatu dengannya.

Kalau ye pun sedap sangat lagu tu, jangan nak pura-pura tak nampak saya pula.

Memang saya tak nampak Encik tadi, maaf ye. Aku cuba berlagak biasa, tak mahu dia malu dengan tindakkannya.

Awak ingat saya tak tahu, dah jangan nak berlagak kat sini. Cuba awak pandang kat depan.

Aku terus memandang depan sebaik sahaja Fareez bersuara. Alangkah terkejutnya aku melihat Mamat Bangla tenpohari.  Walapun agak jauh berselang 4 orang dihadapan kami berdua, aku masih dapat mengenali wajah itu.  Rasa marah mula membuak, terasa ingin terus melangkah menuju kearah lelaki tersebut.  Namun langkahku  terhenti saat terasa ada tangan memegang lenganku.  Aku toleh dan lihat Fareez memberi isyarat agar aku tidak bertindak bodoh.  Pegangannya terus aku sentap, tidak rela lenganku dipegang sesuka hati.

Dah, jangan fikir nak buat kerja bodoh. Kita tengok saja apa yang Mamat Bangla tu buat. Kata-kata Fareez membuatku tersentak. 

Perasaan marah tadi terus padam, aku terus memandang tajam ke hadapan seolah-olah memerhatikan tingkah laku Mamat Bangla itu.

Tiba-tiba…

Pang.. How dare you?

Aku lihat Mamat bangla itu mengosok-gosok wajahnya.  Tawaku terlepas, Fareez menarik-narik hujung bajuku. 

Apa? Soalku kepadanya,  aku tahu Fareez mahu aku menutup mulutku.

Yang awak ketawa kenapa? Syh.. semua orang tengok lar.

Suka hati sayalah, sebab akhirnya terbalas juga dendam saya kat Mamat Bangla tu. Aku lihat Fareez hanya menggeleng-gelengkan kepalanya tanda tidak setuju dengan perbuatanku.  Lantaklah, sekurang-kurangnya hati aku puas melihat kejadian itu.

Dah, jangan nak berangan lagi, jom dah sampai pun destinasi kita.  Aku terus mengekori belakang Fareez, sampai ditempat dimana Mamat Bangla itu berdiri terus aku tunjukkan tumb up sambil mempamerkan memek wajah bermaksud “Padan Muka Kau

Hari ini merupakan hari yang sangat indah, satu kerana dendamku terbalas jua walaupun bukan aku yang buat. Dan kedua, aku sudah ada teman ketika berada dalam LRT yang penuh sesak setiap pagi.  Setiap pagi, biar betul. Ah lantak lah, sekurang-kurangnya aku tidak keseorangan lagi. 

Kata-kata Fareez pagi tadi membuatkan aku terkedu.  Kenapa dia hendak bersusah payah naik LRT demi aku.  Mana kereta dia, ah sudah kalau macam ni aku susah nak bersendirian melayan perasaan ketika dalam LRT.  Memang aku akui yang aku suka sangat berangan ketika berada dalam LRT, macam-macam yang kau fikirkan.  Tapi aku bersama dia, confirm aku mati kutu.  Tak nak lah? Macam mana aku nak cari jalan agar tak perlu bersamanya. Sedang aku mengelamun, bahuku ditepuk dari belakang.

Mak kau meletop…

Woi, mak aku kat rumah daa..

Kau ni Fariha kalau tak kacau aku tak boleh ke?  Sengihan Fariha membuatkan aku geram. 

Kau tu, aku tengok asyik megelamun. Pastu mulut tu terkumat-kamit macam orang tak betul aku tengok. Kenapa beb? Jatuh cinta ke?

Jatuh cinta abah kau, aku tengah begang dengan mamat sengal kat dalam bilik tu.  Muncung mulutku menunjuk kearah pintu bilik Fareez.

Apa dah dia buat kat kau sampai macam tu sekali. Parah ke?

Ye, dah parah sampai aku kena daftarkan diri kat hospital tanjung rambutan.  Kau rasa-rasa ada kekosangan lagi tak?

Kau ni kan, memang tak sayang mulut kan? Cuba kau cite kat aku, cer cite..cer cite… aju Fariha sambil meniru lagak Usop Wilcha dalam cerita ‘Hantu Kak Limah Balik Rumah”  Tergelak aku melihat aksinya. 

Nantilah, kita sambung masa lunch nanti. Sekarang tak boleh sebab waktu kerja. Nanti tak pasal-pasal mamt kat dalam tu kuar susah pulak.

Okay, lunch nanti kita lepak kat café bawah. Boleh borak panjang. Ujarku kepadanya.

No problem, aku tunggu kau kat lobby.  Hari ini aku kat tingkat 12, kena cover keje Kak Fida, dia MC.  So, see you later. Fariha meninggalkan mejaku sebaik melambai tangannya. 

Aku kembali meneruskan kerja yang tertunggak.  Tidak sampai limit minit, mejaku diketuk semula. Kali ini pula muncul wajah Jamie dihadapanku.

Hai, sibuk ke?  Aku menghadiahkan senyuman kepadanya.

Tak juga, ada lah sikit. You dari mana?

Ni, dari pantry. Ujarnya sambil menunjukkan mug yang berasap ditangan.

Buat minuman untuk I boleh? Soalku kepadanya.  Aku tengok Jamie kerut dahi, pelik ke?

Are you sure, nanti you komplen tak sedap pula.

Belum cuba, belum tahu.. aku cuba provoknya secara halus.   Jamie berura-ura hendak  ke pantry semula, aku terus menarik hujung kemejanya. 

Why?  Soalnya. Cepat-cepat aku memintas kata-katanya. 

I main-main aje, thank  you.  Lagipun tadi I dah minum, maybe next time.

No hal,  I sudi buatkan you air. Free of charge lagi.

Ye ke?  aku tergelak melihat aksi dan memek muka Jamie.  Tanpa aku sedari, perbuatanku dilihat oleh Fareez.  Matanya tidak percaya dengan apa yang berlaku dihadapannya. Jamie ni memang nak kena dengan aku, boleh dia flirted dengan Fareeza dihadapanku. Tak boleh jadi ni, aku kena buat sesuatu. Laju saja Fareez melangkah menghampiri meja Fareeza. Sedang aku dan Jamie berborak diselanginya gelak tawa, tiba-tiba..

Ehmm.. ehmmm..

Tersentak mendengar suara keras menyapa, terus kami berdua memandang kearah suara itu.  Alamak, bila masa mamat ni ada kat sebelah aku ni. Matilah aku…

Korang berdua nih tak ada kerja nak buat ke? kamu Jamie, Accounts department tak sibuk ke?

Aaa.. aa.. bukan macam tu Encik Fareez, saya tadi dari pantry. So okaylah Fareeza, see you later.  Cepat-cepat Jamie melangkah pergi meninggalkan mejaku.  Aku jeling Fareez, tidak suka dengan cara dia menegur Jamie begitu.   Apa salah Jamie? Tak kan dia cemburu kot. 

Awak, come to my office.  Aku masih duduk tanpa menghirau arahannya.

Fareeza, now!  Tersentak aku mendengar suara kerasnya, aku pandang wajahnya sekilas sebelum terdengar daun pintu terhempas kuat.  Semua rakan sekerja memandang sesama sendiri.

Terus aku ambil nota dan pen bergerak menghampiri biliknya, aku ketuk seketika sebelum masuk.  Aku lihat Fareez kusyuk memandang skrin laptopnya, tanpa bersuara aku duduk dihadapanya.

Ada saya suruh awak duduk? Soalnya tanpa melihat wajahku.

Habis, takkan nak saya berdiri dan tunggu Encik pelawa duduk. Silap-silap sampai petang pun saya masih berdiri disini. kataku, tak mahu mengalah.  Biar, aku tak kisah. Kalau dia nak tukar aku ke jabatan lain atau pecat pun aku sudah tak kisah lagi. 

Keadaan masih seperti aku mula-mula masuk tadi, dia masih kusyuk memandang skrin laptop tanpa mempedulikan kehadiranku.

Encik, kalau tak ada apa-apa saya keluar dulu. Ada banyak kerja yang perlu saya buat selain daripada duduk mengadap encik. Aku sudah bosan menunggunya, kali ini kesabaranku terhad. 

Fareez panggung kepala melihat wajahku, terus melemparkan senyuman.  Pelik aku lihat lelaki ini, gila aper?

Awak jangan nak bising-bising. Duduk diam-diam disitu, dan temankan saya.

What? Aku sudah begang dan tension dengan Fareez.  Encik ni kenapa hah? Dah buang tebiat ke, saya ni banyak kerja yang perlu dibereskan. Takde masa saya nak layan karenah encik ni. Ujarku terus bangkit dari kerusi yang aku duduki.

Jangan cuba-cuba nak keluar dari bilik ni, duduk. Kalau tidak nahas awak saya kerjakan.

Aik? Biar betul mamat ni. Wei aku pompuan lar, takkan nak ajak gaduh kot. Agak-agak lar sikit.. Terus aku duduk semula dihadapannya sambil peluk tubuh tanda protes.

Buatlah mucung macam tu, ada yang nak kena cium. Cepat-cepat aku ketip bibir, takut..

Fareez menutup laptop sambil merenung wajahku, aku kalih pandang dinding. Segan untuk bertentang mata dengannya.

Fareeza, saya.. saya… alamak kena dengan aku nih, dah gagap pulak. Fareez mula menggaru kepalanya seolah-olah tidak percaya. 

Saya.. saya apa? Sergahku

Saya dah jatuh hati kat awak.  Laju saja ayat itu meluncur keluar dari bibir Fareez.  Fuh, lega.

Aku tergamam, terasa masa terhenti seketika.  Biar betul mamat poyo ni, aku ketip bibirku tanda tidak percaya. 

Betul Fareeza, saya dah mula sukakan awak. Sambungnya lagi, sejak pertama kali awak siku perut saya masa kat stesen LRT tempohari.

Ah sudah, biar betul. Tapi tak mustahil kan? No..no..no.. baik aku cabut sebelum sesi luahan mamat ini berlanjutan.  Terus aku bangun dan cuba bergegas menuju ke muka pintu biliknya.  Tanpa sempat aku cakap tombol pintu, Fareez sudah berdiri dihadapan menghalang tindakkanku.

Fareeza, please let me explain. Saya dah tak sanggup melihat gadis pujaan saya disambar orang lain.

Look, Encik Fareez. Saya hormati encik sebagai bos ditempat kerja saya. So saya harap encik bersikap lebih professional.

Nope Fareeza, when it come to you the thing become personal to me.  I really.. really in love with you.

Oh no,  tidak aku tidak percaya.  Ini semua adalah mimpi dan bukan kenyataan.  Aku cubit lenganku, aduh sakit pulak. Memang sah-sah ini betul bukan mimpi semata-mata.  Perlahan-lahan aku hembuskan nafas, mencari ketenangan sebelum memulakan bicara.

Encik Fareez, saya perlukan masa. Berilah saya peluang untuk memikirkan semua ini.  Bagi saya apa yang terjadi terlalu pantas dan saya perlu ruang untuk berfikir.  Saya harap encik mengerti. Sekarang, sila beri laluan saya hendak keluar.

Tapi macam mana dengan persoalan tadi? Agak-agak bila saya boleh dapatkan jawapan dari awak. Aku lihat dia tersenyum-senyum.  Muak pula kau tengok senyuman dia, kenapa yek?

Setelah agak lama tiada sahutan dariku, dia terus membuka pintu.  Memberi ruang untuk aku keluar dari biliknya.  Bila aku sampai disebelahnya, dia terus membisik sesuatu ditelingaku. Apa-apa pun keputusan awak, saya terima dengan hati terbuka.

Aku terus keluar tanpa menoleh kebelakang lagi. Laju kakiku melangkah menuju ke tandas wanita.  Disana aku menghamburkan tangisanku. Tapi untuk apa, aku sendiri tidak tahu.

Seharian aku tidak keruan, sejak kejadian pagi tadi aku masih dalam kebingungan.  Ketika Fariha memanggilku untuk keluar lunch bersama, aku menolak dengan alasan aku tidak sihat.  Mula-mula Fariha agak pelik, kerana kami telah berjanji akan keluar bersama.  Aku memberi alasan perutku meragam, supaya dia tidak syak yang bukan-bukan.  Nasib baik Fariha berada ditingkat 12 hari ini, jadi dia tidak tahu kejadian yang menimpaku pagi tadi.  Kalau tidak jenuh aku hendak mencari pelbagai alasan.

 Fareez pula tidak pulang ke ofis sejak keluar meeting dengan Datuk Fakhrul tengah hari tadi.  Aku rasa lega kerana tidak perlu melayan karenahnya.  Kerja-kerja yang tertangguh aku siapkan tanpa gangguannya, terasa selesa tanpa kehadirannya.  Petang itu aku dikejutkan dengan peristiwa yang tidak aku sangkakan.  Jamie mengajakku pulang bersamanya, dan aku dengan senang hati mengikutnya. 

Fareeza, where do you live? I can send straight to your house.

No worry, just send me to nearest LRT station.

It’s okay, I can drop you home. 

Are you sure? Tak menyusahkan you ke nanti.

No dear, I tak kisah. Lagipun I don’t have thing to do at home.

Okay, thanks.

Kereta yang dipandu Jamie meluncur membelah jalanraya.  Tanpa kami sedari ada kereta yang mengekori dibelakang sehingga kereta Jamie sampai dihadapan rumahku.  Aku melambai tangan ketika kereta Jamie bergerak tanda terima kasih diatas kesudiannya menghantarku pulang.  Saat itu juga, aku lihat kereta Fareez melintasi dihadapanku perlahan-lahan sebelum dia berlalu pergi.  Aku terkedu, mungkinkah dia yang mengekoriku sejak tadi.

Sepanjang malam aku masih memikirkan apa yang berlaku petang tadi. Jamie, dengan sikap gentlemennya dan Fareez a.k.a bos aku yang sengal. Semuanya buat aku pening, karenah mereka berdua seperti menuntut perhatian dariku.  Tapi apa motif disebalik kejadian ini aku sendiri sudah buntu mencari penyelesaiannya.

Sejak selesai menunaikan solat isyak aku hanya baring-baring malasan diatas katil.  Mama pula sudah 3 hari pulang ke kampung, katanya ingin melawat ibu saudaraku yang sedang sakit.  Aku ingin sekali bersama-sama mama pulang ke kampung, tetapi disebabkan cutiku tidak diluluskan dan juga aku terpaksa membantu Farid memantau projeknya.  Terpaksa aku bersendirian untuk seminggu ini, ingin keluar dengan Fariha terbantut pula.  Orang sudah ada tunang, tentu ingin bermesra dan bersama-sama tunang tercinta.  Akhirnya terpaksalah aku bersendirian melayani perasaan.  aptop diatas meja aku gapai, ingin melayar FB.  Tiba-tiba tetingkap chatting menyapa, Ah! Mr Sonata rupa-rupanya.

+ Salam dan selamat malam…
+Malam
+? Macam xde mood aje
+Bosan…
+Apa yg bosan, cuba cerita. Maybe sy blh tlg
+Bosan sbb xde mama dan juga sahabat baik
+mama awak mana?
+balik kg pastu sahabat setia pula cbuk dating dgn tunang trsyg
+Abis 2, xkan awk xde kawan yg lain
+bkn xde, tp x byk
+apa kata sy temankan awk mlm ni
+maaf, sy x kuar dgn org yg x dikenali
+knp pula, dh dekat 5 bln kita kenal kat cni
+secara amnya ya, tp tidak diluar
+Apa kata kita jpa besok
+xnaklah, lagipun sy x kenal awk
+jgn risau, kita jpa kat tmpt ramai org
+maksud awk?
+jpa kat Alamanda, tmpt org ramai kunjungi.
+okay, but janji be nice k
+ don’t worry, I gentlemen k
+yelah tu… so what time and where?
+that’s my girl, esok jam 2ptg sy tggu kat dpn Restaurant Kenny Rogers
+Mcm mana nk kenali awk?
+sy pakai cap warna merah dan berbaju t’shirt hitam
+okay, sy akan pakai blous warna biru dan jean
+can’t wait to c u 2morrow dear…
+nite..


Fareez tersenyum, akhirnya dapat juga dia mengetahui identity Ms Sakura. Sudah lama dia berchatting tanpa wajah dengan si dia, dan kini termakbul sudah doanya untuk bertemu dengan gadis yang berjaya mencuri hatinya secara diam-diam.  Terima kasih  Ya Allah, hanya engkau tempat aku meminta.  Jauh disudut hati ini dia membayangkan gadis yang akan ditemui esok adalah Fareeza, oh alangkah indahnya dunia ini.  Ketika itu juga akan aku luahkan isis hatiku ini.


Perlahan-lahan aku tutup suis laptop, tidak sangka aku setuju dengan pelawaan Mr Sonata itu tadi. Entah siapa lelaki itu tidak aku ketahui, tapi secara jujur aku katakan yang aku amat senang sekali ketika berchatting dengannya.  Walaupun dalam hati kecil ini terasa bodoh pula kerana menerima ajakan lelaki itu, tapi aku teringin sangat ingin mengenali siapa lelaki itu.  Mudah-mudahan dia lelaki baik dan tak salah kalau aku anggapnya sebagai rakan atau sahabat.  Mata yang letih memaksa aku tidur dengan badan yang letih memudah lagi mataku ini terlena.

 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------


(Hatiku ini masih milik Asyraf Fitri, walaupun jasadnya sudah tidak ada lagi dimuka bumi ini ~ Fareeza)


Bab 10

Aku terjaga dari tidur, wajah Asyraf Fitri bermain diruang mataku.  Aku tidak tahu mengapa wajah itu kembali semula, sudah agak lama wajah itu tidak muncul dalam mimpiku. 

Asyraf Fitri, sahabat, teman, kekasih hati dan juga tunangku yang telah pergi meninggalkan aku kira-kira 2 tahun yang lalu.  Namun perasaanku terhadapnya masih utuh dihati ini, tidak pernah sekali aku lupakan dirinya.  Bagiku, kasih sayang dan cintaku telah berkubur bersama-sama jasadnya.   Sejak pemergiannya, aku cuba melupakan kesedihanku dengan menghabiskan masaku dengan membaca novel-novel.  Cuba untuk mengusir bayangannya, agar aku bisa meneruskan kehidupanku semula dengan berlandaskan kenangan silam.  Ingin bercinta lagi, tapi aku rasa kosong.   LRT adalah penghubung cinta kami berdua, disinilah kami bertemu dan menjalinkan ikatan persahabatan.  Bermula dari itu, Arwah Asyraf akan menungguku setiap pagi di stesen berdekatan rumahku supaya kami dapat bertemu. 

Jam dimeja sisi aku renungi, sudah hampir jam 4.30 pagi. Perlahan-lahan aku bangun menuju ke bilir air untuk  mengambil wuduk.  Aku pakai telekung dan bentangkan sejadah, ingin menunaikan solat tahjud dan berdoa agar roh Arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.  Selesai menunaikan solat  tahjud, air mataku menitis laju.  Rinduku padanya menyapa, sungguh aku tidak tahu mengapa aku begitu merindui lelaki itu.  2 tahun sudah berlalu, namun aku rasa macam baru semalam ianya berlaku.   Arwah merupakan satu-satunya orang yang paling aku sayang selepas mamaku, dia banyak membantu aku mengharungi kehidupanku setelah ditinggalkan oleh Papaku.  Mama juga membantu, tapi aku tahu dia lebih bersedih setelah diceraikan oleh Papa tanpa alasan. 

Papa meninggalkan kami semasa aku berada ditingkatan 5, aku mengalami kemurungan hingga aku tidak mampu untuk meneruskan pembelajaranku.  Lalu arwah telah datang membantuku, memberi kata-kata semangat sehingga aku jadi kuat menempuh dugaan ini.  Selepas itu, arwah berpindah ke tempat lain kerana mengikuti ayahnya yang bekerja sebagai anggota polis.   Kami terputus buat seketika sehinggalah satu hari kami bertemu semula didalam LRT.

Ah, kenagan silam kembali lagi. Ingin aku cuba hapuskan tapi aku tidak berdaya. Apakah yang harus aku lakukan? Bisik hati kecilku.

Aku mencapai Al-Quran diatas meja studi, ingin membacanya disamping menghadiahkan kepada arwah ayat-ayat suci itu.  Itulah yang aku sering lakukan jika wajah arwah datang meyapa.  Bagiku, inilah caranya aku membalas budinya yang banyak membantu aku dulu. 

Airmataku menitis lagi dipagi syahdu, berharap agar dapat mengusir kenangan silamku.  Sayup-sayup kedengaran Azan subuh berkumandang, aku bangun untuk mengerjakan perintah Allah S.W.T yang satu itu.

Hari ini aku sudah berjanji tidak akan menangis lagi, aku perlu merelakan kepergiaan arwah dengan penuh keredhaan.   Janjiku didalam hati ini.

Selepas solat subuh, aku kemas bilik sementara menunggu jam 8 pagi. Aku ada temujanji yang perlu aku hadiri.  Walaupun agak berdebar kerana tidak tahu siapakah gerangan orang yang akan aku temui hari ini. Akan aku cuba berlagak tenang nanti, itu tekadku.


(Sayangku Fareeza, jangan kau tangisi kepemergianku. Sebaliknya carilah kebahagianmu tanpa kehadiranku disisimu sayang. ~ Asyraf Fitri)