Prolog
Setiap kali aku melangkah ke stesen LRT ini, hatiku
dilanda pilu. Kenangan bersama Asyraf Fitri bermain diminda. Masih terbayang-bayang akan gelak dan tawanya
yang sering kali menjadi teman dikala aku kesedihan. Asyraf suka menghiburkanku jika melihat aku
dalam kesedihan. Persahabatan, kasih dan
sayang yang dihulurkan membuatkan aku tidak pernah berasa keseorangan.
Sayang seribu kali sayang, apa yang aku harapkan tidak
kesampaian. Asyraf pergi meningggalkanku
ketika aku memerlukannya. Aku sendiri
lagi, tanpanya aku benar-benar dilanda kesepian yang amat.
Hari ini aku nekad, ingin mencari kebahagian seperti yang arwah inginkan. Setelah hampir 2 tahun aku
Aku menangis lagi, dan menangis lagi tanpa
menghiraukan orang disekelilingku.
Menangis kerana aku perasaan ada kelibat wajah persisi seperti arwah,
tiba-tiba ada tangan menghulurkan tisu untuk aku menyapu airmataku.
“Ambil lah,
sudah lama saya lihat awak menangis disini, kenapa?” soalnya kepadaku.
Aku mengangkat mukaku ingin melihat siapa gerangan
yang sedang berdiri dihadapanku bersama sepeket tisu. Mata kami bertentangan satu sama lain, ketika
itu jugalah satu perasaan aneh menerpa dalam hatiku. Adakah ini dia yang sedang aku rindui berada
dihadapan mataku atapun jelmaan bayangan yang ingin mempersendakanku lagi. Sungguh aku terpana, lelaki itu pula aku
lihat masih merenungku.
Dan sejak dari pertemuan itu, aku seringkali bertemu
dengannya dan kini aku bahagia bersamanya.
Sekarang kami sedang merancang untuk majlis perkahwinan kami nanti.
12
Disember 2011
“Are you sure?” Aku sudah mula
cuak, mamat nih bukannya boleh buat main-main. Kalau betul –betul dia buat, memang kes berat
nih. Tak pernah dibuat orang, aku
tahulah dia mampu. Tapi mana aku nak letak muka ni kalau betul-betul dia
berkeras juga.
“Sayang, benda ni once in a lifetime. Kenalah buat
betul-betul, boleh kita tunjukkan kepada anak-anak kita nanti macam mana Papa
dan Mama mereka bertemu jodoh.”
“Tak nak lah awak, malu nanti. Kita buat macam biasa
aje, saya lagi setuju.” Aku cuba berkrompomi dengannya. Akhirmya perbualan kami terhenti setelah kami
sampai ke destinasi yang hendak kami tujui.
Namun dalam fikiran sang lelaki sudah terbayang
keindahan dan kemeriahan yang bakal berlaku. Takpe sayang, saya pasti akan buat. Tunggu aje
nanti…Itulah tanda mercu cinta kita.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bab 1
Wajahku sudah memerah, terasa ingin menampar si
pencabul ini. Tanpa amaran, aku terus
menyiku pencabul itu.
“Adoi,”
kedengaran jeritan dari seseorang.
Aku buat muka selamba, muka orang tidak bersalah.
Kebetulan destinasi aku telah sampai, terus aku keluar tanpa menoleh lagi. Apa yang terjadi selepas itu aku tidak mahu
ambil peduli.
LRT meluncur meninggalkan landasannya, aku yang masih disini
berjalan diantara puluhan manusia. Lega
rasanya dapat membalas perbuatan si pencabul itu tadi. Namun dalam hati aku masih tidak tahu apakah
tindakan yang kau lakukan itu tadi betul ataupun tidak. Buatnya aku salah
menyiku orang lain, mahu tak aku malu setahun.
Tiba-tiba aku dengar seseorang sedang memanggilku dari
jauh.
“Eh awak, jangan nak lari”. Aku
toleh kebelakang untuk melihat siapa gerangan.
“Alamak, sape pulak ni.”
Aku
terus memandang seraut wajah itu, macam sedang menahan kesakitan aje. “
Jangan-jangan.. aku dah salah menyiku orang lain kot. Takkanlah, siapa suruh
dia cabul aku dulu.”
“Awak
ni pekak ke, atau sengaja buat-buat pekak.”
“Awak
panggil saya ke?” aku masih lagi buat muka blur.
“Yelah,
sape lagi. Mari sini.” Dia terus menarikku ke suatu sudut,
mengelakkan kami berdua daripada menghalang perjalanan orang lain.
“Awak
nak apa? Saya dah lambat ni.” Jawabku cuba untuk melepaskan diri.
“Saya
nak tanya sikit. Kenapa awak siku perut
saya?” soalnya sambil menunjuk kea rah perutnya. Aku pandang sekilas.
“Bila
masa?” aku masih lagi hendak berdalih.
“Jangan
nak bohong, sebelum keluar dari pintu LRT tadi awak siku perut saya. Apa salah
saya?”
“Siapa
suruh awak gatal tangan raba punggung saya. “
“Bila
masa?”
“Tadi
dalam LRT, sesedap rasa awak raba punggung saya pastu nak buat muka bodoh plak.”
“Saya
rasa awak silap orang lah,”
“Bukan
ke awak yang berada dibelakang saya sepanjang perjalanan tadi.”
“Nope,
bukan saya. Awak dah salah orang.”
“Habis
tu siapa?” soalku semula.
“Mana saya tahu, maybe
mamat bangla tadi kot. Sebab saya nampak dia beralih ke belakang lepas nak
sampai stesen tadi.”
“Ye ke? maaf ye awak.
Saya geram sangat, sebab start dari stesen Bandar Tun Razak samapai sini
tangan dia tak henti-henti mengatal.”
“Oh gitu, next
time awak tengok dulu sebelum berbuat sesuatu. Sakit tau, tak pasal-pasal
senak perut saya ni.”
“Maaflah awak, saya betul-betul tak sengaja. Saya pergi dulu ya, dah lambat.” Aku terus
meninggalkan lelaki itu tanpa menghiraukan panggilan darinya.
Dalam hati menyumpah berbakul-bakul kerana menjadi
mangsa cabul, tapi nak tergelak juga sebab salah pukul orang yang tidak berdosa
pulak. Macam-macamlah aku ni.
Pagi itu memang serba tidak kena, sampai ofis pun
lambat gara-gara terlepas bas. Ketika
aku berlari menuju ke lif, sekali lagi aku terlanggar seseorang.
“Maaf ya, saya
tak sengaja.” Tuturku tanpa melihat
wajah orang yang aku langgar tadi.
“It’s okay, lagipun pagi tadi pun saya sudah kena.” Ujar lelaki itu.
“Aik, macam kenal aje suara orang ni.” Perlahan-lahan aku angkat wajah cuba melihat
siapa gerangan orang itu. Alangkah
terkejut aku melihat lelaki tadi berada dihadapanku.
“Mampus, kenapalah aku mesti bertemu lagi dengan
lelaki ini. Masuk hari saja sudah dua kali.
Malang betul nasibku…”
“Encik, saya betul-betul minta maaf.” Ujarku memohon maaf kepadanya. Pintu lift terbuka, aku teragak-agak ingin masuk.
“Takpe, saya okay. Jom masuk lif nanti awak lambat
masuk ofis.”
Aku hanya mengikut langkah lelaki itu memasuki lif
yang terbuka. Aku tekan tingkat 11
manakala aku lihat lelaki itu menekan tingkat PH.
“PH, bukan ke itu ofis CEO syarikat. Lantaklah, buat
apa aku nak ambil tahu.”
Sepanjang dalam lif, baik aku mahupun lelaki itu tiada
sepatah perkataan yang keluar dari mulut kami berdua. Akhirnya sampai di tingkat 11 aku keluar
tanpa pamitan.
Fareez memandang gadis itu keluar dari lif, dalam hati
sudah mahu tergelak melihat wajah kelat gadis itu. Senyumannya tidak lekang sampai ke Penthouse,
hari ini dia rasa amat lucu sekali. Lif
sampai Penthouse, terus Fareez meloloskan diri menuju ke pejabat Abahnya.
“Morning Kak Zai, Abah ada kat dalam?”
“Morning
Encik Fareez, Tan Sri ada discussion kat bilik mesyuarat. Dia suruh
Encik tunggu kat dalam biliknya dulu.”
“Okay,
thank you.” Fareez berlalu menuju ke arah bilik yang dimaksudkan
oleh Zaidatul setiusaha papanya. Zaidatul
pula tidak habis-habis merenung wajah kacak Fareez. “Kacak juga anak Tan Sri
ni, untunglah sape yang jadi girlfriend dia.”
“Kak
Zai, termenung jauh nampak.” Muncul wajah Fareeza dihadapannya.
“Kau nikan Fareeza, buat terkejutkan akak aje. Kau nak apa?”
soal Kak Zai sambil mengurut dadanya, mungkin terkejut dengan bunyi kuat
ketika aku tepuk mejanya.
“Mak aih, garangnya.
Ini dokumen yang Tan Sri minta semalam. Saya dah siapkan report yang dia
nak. Inform
Tan Sri yang Encik Mukhriz dah check semua detail kat dalam ini. Anything
minta Tan Sri rujuk dengan dia.” Dokumen itu aku serahkan padanya. Kak Zai lantas mengambilnya dan diletakkan
disebelah meja kirinya.
“Okay,
thank you. By the way,
kenapa kau lambat ari nih?” bisik Kak Zai.
“Ada masalah sikit, nanti kalau ada masa saya
ceritakan kat akak.” Bisikku juga, tak mahu orang lain dengar butir bicaraku
dengannya.
Zaidatul mengganguk mengerti isyarat yang aku
berikan. Fareeza terus berlalu
meninggalkan meja Zaidatul, tidak mahu menganggu temannya masa waktu
pejabat.
Tengah hari itu, aku didesak Fariha untuk menceritakan
kejadian yang berlaku pagi tadi. “Feeza, cepatlah bagitau aku kenapa kau lambat
pagi tadi.”
Aku pun menceritakan kejadian yang berlaku dari A to
Z. Fariha kusyuk mendengarnya sampai
tidak sedar matanya membuntang.
“Kau biar betul beb, takkan kau tak tengok dulu
sebelum bertindak.”
“Mana aku tahu, lagipun aku rasa bengang dan malu
sangat-sangat bila orang tu raba-raba punggung aku. Nanti kalau aku pandang wajah si cabul tu,
lain pulak ceritanya.”
“Lain ceritanya, maksud kau?”
“Yelah, manalah tahu aku bergusti pulak dengan si
cabul itu dalam LRT. Naya aku, boleh
jadi kes polis nanti.”
“Sebab itu kau terus siku perut orang tu tanpa usul
periksa.”
“Yalah, kebetulan pulak destinasi aku dah sampai terus
aku keluar.”
“Sapelah mamat yang malang tuh ye, hensem tak?”
“Entah! Malas nak ambik pot. Sempat juga dia tahan aku kejap, bersoal jawab.”
“Wah! ini sudah kira baik. Ada dia minta nombor handphone kau tak?”
“Ish, kau ni, malas aku nak cerita. Jom kita balik ofis, dah nak dekat pukul 2
pun.”
“Alah kau ni, baru nak feeling aje terus cantas.
Kasilah aku can nak berangan.”
“Berangan konon, cik abang awak tu nak letak kat mana?
Kat lutut!” kata Fareeza sambil menunjuk ke arah lututnya.
“Cik Fareeza sayang, belum kahwin masih boleh pilih
tau. Best
men win tau.” Bukan main lagi si Fariha ni, macamlah bagus sangat.
“Best men win
konon. Takde maknanya, dah cepat jalan.
Nanti lambat sampai pulak.” Terus aku menarik tangan Fariha agar mengikuti
langkahku.
Sampai ofis aku dan Fariha memulakan tugas yang
tertangguh. Lama juga aku tekun membuat
kerja sampai tak sedar jam sudah menunjukkan pukul 5.30 petang. Satu hari ini aku rasakan otakku sudah banyak berfikir, tak tertanggung beban kerja yang
banyak. Untuk mengelakkan dari terjadi
kejadian seperti pagi tadi, aku mengambil keputusan untuk mengambil teksi
pulang terus ke rumah.
Sepanjang perjalanan pulang aku asyik tersenyum
sendirian, lucu bila mengenangkan peristiwa yang berlaku pagi tadi. Nasib baik dia cepat-cepat beredar, kalau
tidak apa jadi pun aku tak tahu. Bila
difikrkan balik, kesian pula pada lelaki yang tak berdosa tu. Fareeza, Fareeza kau nikan memang sengal lah.
“Kenapa anak tersenyum-senyum?”soal pemandu teksi yang
berumur dalam lingkungan 50an kepadaku.
“Tak ada apa-apa Pakcik, saja teringat kat kawan
lama.” Jawabku pula.
“Oh! Ingat ada apa tadi. Takut juga kalau anak ketawa
tengok pakcik yang takde gigi ni.” Kata pakcik tu sambil mengenyih, terselar
giginya yang ronggak itu. Aku terus
ketawa, geli hati melihat aksi spontan pakcik itu.
“Taklah pakcik.”
Jawabku sekali lagi, tidak mahu lelaki tua itu merasa tersinggung, teksi
terus meluncur menuju ke kawasan perumahanku dengan jalan yang agak sesak.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bab 2
“Mama ni, buat Eza terkejut ajelah.”
“Hai, mama tanya sikit pun dah terkejut.”
“Tak delah, tiba-tiba aje terjah mana tak terkejut
Eza.”
Aku mengambil air segelas lalu duduk di meja makan. Puan Rohani hanya tersenyum melihat gelagat anak gadisnya itu. Lalu dia turut sama melabuhkan punggungnya disisi Fareeza.
“Eza nak makan? Mama boleh panaskan lauk.”
“Tak pelah mama, Eza boleh buat sendiri. Mama pergilah
berehat. “
Eza membuka tudung salji dan turut mengambil pinggan
nasi. Belum pun sempat menyuap nasi ke
mulut, Eza dihujani pertanyaan dari mamanya. “Anak mama ni bila nak kahwin?” Tersedak Eza,
cepat-cepat mamanya menghulurkan air. Eza meneguk rakus air itu, pertanyaan
mamanya membuat dirinya tergamam seketika.
“Mama ni, mujur Eza tak tercekik tau.”
“Maafkan mama, lain kali mama tak buat lagi. Sayang
okay tak?”
Aku sengaja hendak mendera perasaan mama, so aku
buat-buat lah muka kesian. Tapi tak
sampai hati pula bila melihat raut wajah mama yang agak risau akan
keadaanku. Tanpa aku sedari, airmata
mama menitis laju. Ah sudah, mama aku ni memang cepat ‘touching’, lebih-lebih lagi kalu melibatkan aku. Perlahan-lahan aku hampiri mama, aku peluknya
dengan penuh kasih dan sayang.
“Mama, Eza okay. Saja nak tengok sama ada mama sayang
ke tak kat anak mama ni.” Erat pelukan mama menbuatkan aku bertambah risau.
Kenapa malam ini mama agak berlainan sekali. Mungkinkah mama rindu pada arwah
papa. Perlahan-lahan aku leraikan pelukan, aku memandang wajah sayu mama. Aku kasihan melihat mama, seboleh-bolehnya
aku cuba untuk membahagiakan dirinya. Tapi aku tidak mampu, salah aku kah?
“Sayang, mama okay.
Cuma mama takut tak sempat nak tengok Eza naik pelamin. “ Mama ni, sempat lagi dia buat lawak. “Mama jangan risau, insyaallah kalau jodoh
tak kemana. Eza yakin mama sempat melihat anak kesayangan mama ini bertemu
jodoh. Silap-silap sempat timang cucu lagi.” Aku cuba berlawak, sengaja mencuit
hati mama. Lega aku lihat mama tersenyum
kepadaku.
Mataku mengekori langkah mama sehingga hilang dibalik
ruangan dapur. Aku meneruskan suapanku,
dalam hati masih memikirkan kata-kata mama tadi. Dimana dan dengan siapa akan aku temui jodoh,
hanya Allah yang akan tentukan. Cepat
atau lambat, bergantung denganNya jua.
Malam merangkak pergi meninggalkan aku terkulat-kulat
sendirian. Aku mengambil laptop di atas
meja, bercadang ingin membuka FB melihat siapa ditalian.
“Eh, sapa pula ni ‘Mr Sonata’ Aku tak kenal. Nak kata
kawan sekolah, tak mungkin sebab kesemua rakanku kebanyakannya perempuan. Al
maklum aje lah, aku ni sekolah perempuan dari rendah hingga menengah. Mungkin secret
admire semasa aku di kolej kot. Nak approve
ke tak? Masih lagi berkira-kira dalam hati.
Approve ajelah, bukannya jumpa
pun.”
+ Hai, thanks sbb sudi approve saya.
+ No hal, by d way. Who r u?
+ for this moment,
I nak u kenali I as Mr Sonata, a guy
and still bachelor.
“Yeks, tak nak bagitahu takpe. Aku pun tak kebulur nak
tahu siapa kau pun.”
+ tak tanya pun.
+ aik, bukan ke u
tanya td. So I jawab lar…
+ suka hati sy
lar nak kata apa.
+ Dear, don’t judge the book by looking it
cover k
+ bila masa u
jadi buku ??
+ haha…haha…u r so funny. I like it.
+ sy x buat lawak
pun u cakap funny. pelik???
+hehheeeee
+confirm u ni mental kan ?
+I mental sbb u
lar..
+don’t be
+nak buat mcm
mana, dah terlajak pon
+suka hati awak
lah
+Dear.. dear… u really funny.
+ apa yg funny nyer, malas lah nak layan u
+ nnt lar
dulu. Jgn lah nak merajuk
+Erk! sape yg
merajuk? X faham..
+x faham or buat-buat tak paham
+okaylah, need to go. Bye…
Terus aku ‘log
out’ tanpa menunggu jawapan darinya.
Disebelah sana
pula, Fareez sudah tersenyum-senyum.
Apalah minah ni, cepat betul gelabah. Baru aku nak guna ayat-ayat power
ala-ala kasanova, dia dah lari. Takpe
tunggu ya Ms Sakura, akan aku jejaki siapa gerangan dirimu. Fareez sudah lama mengusar nickname ini. Walaupun dalam FB Ms Sakura meletakan gambar
bunga sakura sebagai wallphoto, dalam hatinya sudah termimpi-mimpi wajah tuan
empunya nickname itu. Parah, dah sampai
tahap angau pulak dia.
Fareez meneruskan kerja yang tergendala, asyik ralit
berbalas message dengan Ms Sakura terlupa yang dia masih belum menyiapkan
lakaran bangunan Epic Trade Zone. Pagi
tadi semasa dia bertemu dengan Abahnya dipejabat, dia disuruh melakarkan latar
belakang untuk projek bangunan baru yang akan dibina di Sepang. Epic Trade Zone adalah satu sebuah pusat
membeli-belah yang akan dibina untuk menarik ramai pengunjung datang ke kawasan
Sepang. Buat masa ini, laluan ke Sepang
hanya digunakan untuk ke KLIA, tapi kini target Abah adalah untuk menarik orang
ramai untuk datang bertandang ke Sepang. Dalam erti kata, untuk memajukan
kawasan Sepang agar pembangunan dikawasan ini akan menjadi lebih maju dan
pesat.
Fareez mempunyai Firma Akiteknya sendiri yang dikongsi
bersama sahabat karibnya Suffian. Walaupun dia boleh bekerja disamping Tan Sri
Fakrul iaitu Abahnya, tapi dia lebih suka memilih untuk membina empayar
sendiri. Tan Sri Fakrul tidak pernah
menghalang niatnya, malah memberi sokongan yang padu terhadap satu-satu anak
lelaki kesayangan. Kedua-dua orang
kakaknya telah pun berumahtangga, dan kini menetap bersama keluarga
masing-masing.
Azmin, abang iparnya yang sulong dan juga merangkap
sepupunya telah dilantik sebagai penolong kanan kepada Tan Sri Fakrul. Fareez tidak membantah, malah setuju dengan
pelantikan tersebut. Baginya, mereka
semua adalah satu keluarga. Jadi tidak salah pun jika jawatan itu diberikan
kepada Abang Azmin. Manakala kaklongnya Fazura hanya menjadi suri rumah
sepenuh masa. Kakak kedua Fareez,
Firzatul berada di luar negara kerana mengikuti suaminya Abang Zubir yang
betugas sebagai kedutaan di Russia.
Kadang-kadang Fareez kasihan pada mamanya yang sering mengadu kesepian,
namun apakan daya kesemua anak-anaknya mempunyai tanggungjawab masing-masing. Dia sendiri pun tinggal berasingan dengan
keluarga, ingin berdikari kononnya. Mata Fareez sudah mulai mengantuk, lalu dia
menutup file dan laptop. Dengan pantas
dia memanjat katil, terus lena sampai ke pagi.
Fareeza terjaga ketika jam menunjukkan pukul 4.30
pagi. Mimpi itu kembali lagi, kali ini
Asyraf Fitri datang padanya dengan wajah yang sedih. Fareeza lantas meraup wajahnya, beristigfar
memohon agar dipulihkan kembali semangatnya yang hilang. “Kenapa wajah Asyraf Fitri sedih, apa yang
mengangggunya. Apakah kerana aku masih
tidak merelakan permergiannya maka dia sedih.
Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku.
Aku masih tidak mampu meredhakan hati ini agar melepaskan Asyraf Fitri
pergi dengan tenang. Cintaku padanya
terlalu dalam sehingga aku sendiri tidak pasti bila cinta ini akan
beralih. Fareeza bangkit menuju ke bilik
air, ingin mengambil wuduk untuk mengerjakan solat tahjud. Dia ingin mendoakan kesejahteraan arwah Asyraf Fitri agar tenang
disana. Dan sekali lagi dia menangis
dihening pagi itu sehinggalah azan subuh berkumandang.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Bab 3
Oh, dia naik dari stesen Bandar Tasik Selatan. Let me see, hari ini siapa pula yang menjadi
mangsanya. Detik hatinya.
Fareeza
tidak sedar dirinya diperhatikan dari jauh.
Dia yang asyik leka menatap novel ‘Terlerai Kasih ‘yang baru dibeli
semalam menunduk tanpa mempedulikan orang disekelilingnya. Mata Fareez masih lagi tajam memandang ke
arah Fareeza.
LRT
laju menuju destinasi seterusnya, Bandar Tun Razak. Ketika sampai stesen tersebut , Fareez terlihat
pula kelibat mamat bangla semalam masuk.
Perlahan-lahan Fareez bergerak menghampiri Fareeza, tanpa menyedari mamat bangla pun
melakukan perkara yang sama. Walapun
keadaan agak sesak dalam LRT, Fareez sempat menyelitkan badannya. Fuh,
sampai juga aku dekat minah ni.
Fareeza
masih tekun membaca novel ditangan tidak menyedari Fareez sudah berada disebelahnya. Mata Fareez tidak berkelip melihat tiba-tiba
ada tangan yang cuba meraba punggung Fareeza.
Tanpa berfikir panjang, terus Fareez menarik tangan tersebut. Apa lagi
terdorong kedepan mamat bangla itu.
What are you trying to do? Soal Fareez. Matanya mencerlung memandang mamat bangla
itu. Belum sempat berbuat apa-apa, LRT
telahpun berhenti di stesen seterusnya.
Cepat-cepat mamat bangla itu menarik tangannya dan keluar melarikan
diri. Fareez menyumpah-nyumpah dalam
hati. Fareeza yang masih tidak tahu apa
yang berlaku, terpinga-pinga jadinya. Matanya memandang tepat wajah Fareez,
perlahan-lahan dia menanggalkan earphone ditelinga.
Kenapa?
Terdengaran
keluhan dari bibir Fareez. Malas hendak
menjawab, Fareez menggelengkan kepalanya.
LRT masih meneruskan perjalanannya sampai destinasi yang ditujui, Fareez dan Fareeza melangkah keluar.
Secara-cara
tiba-tiba Fareez menyentap tangan Fareeza membawanya ketepi agar tidak
menghalang laluan orang lain.
Awak nih kenapa? Dah gila ye. Fareeza menyentap tangannya dari gengaman Fareez. Nasib baik berlapik, kalau tidak batal wuduk
aku.
Syhh, saya nak bagi tahu awak sesuatu. Fareez
mengisyaratkan agar Fareeza bertenang.
Apa dia, saya nak pergi kerja ni. Boleh cepat sikit
tak?
Tadi saya nampak mamat bangla yang raba awak semalam.
Mana? Mana? spontan Fareeza mencari kelibat lelaki yang
dimaksudkan Fareez.
Dah turun pon, tak sempat saya nak tangkap dia.
Kenapa pula awak nak tangkap dia?
Sebab tadi dia cuba raba punggung awak lagi sekali.
What???
Dah, jangan nak buat muka terkejut pulak. Saya sempat halang dia dari buat tak senonoh
dekat awak tadi.
Ye ke? thanks.
Aik, thanks aje.
Yelah, saya nak cakap apa lagi.
You owe me, next time saya tuntut k? jumpa lagi
Fareez
terus meninggalkan Fareeza yang dalam kebingungan. Sempat juga dia melambai dan memberikan
flying kiss kepada gadis itu. Fareeza
lagilah tergamam dengan perbuatan Fareez itu tadi.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Hari
ini satu kerja pun Fareeza tidak dapat lakukan. Dalam fikirannya hanya teringat
peristiwa pagi tadi. Siapa dan mengapa lelaki itu menolongnya, dah lah tu nama
pun dia tidak sempat bertanya. Bukannya
ape, ingin sekali dia berterima kasih diatas pertolongan lelaki itu. Kalau
tidak, 2 kali berturut-turut dia jadi mangsa cabul mamat bangla. Kali ini aku mesti duduk bersandar dinding
LRT, lagi selamat.
Woi! tak nak keluar makan ke?
Ya Allah, Farisha. Boleh tak kau bagi salam dulu. Ini
tidak, asyik nak terjah aje keja ko.
Salam apa benda, dah dekat 5 minit aku berdiri sebelah
ko. Mata itu asyik duk pandang bilik
kosong kat depan tuh. Bukannya ada orang
pun. Jangan-jangan kau dah jatuh cinta
kot?
Apa? Jatuh cinta.
Yelah, jatuh cinta. Macam lagu kumpulan Matta. Jatuh cinta lagi, lagi lagi ku jatuh cinta..
Farisha
mengalunkan lagu itu siap berjoget-joget lagi.
Dah macam beruk pulak aku tengok member aku ni. Lantak kau lah, malas aku nak layan. Tanpa aku dan Farisha sedari, kelibat Encik
Zakuan Pengurus kanan bahagian kejuruteraan dan rekaan dalaman merangkap bosku
datang menghampiri kami berdua.
Wah, seronok nampak. Tak nak share sama?
Terus
aku terbangun dari kerusi, Farisha pula tersentak. Alamak tentu kami berdua ni kena basuh kejap
lagi. Harap-harap tak kot, tengok raut
wajah Encik Zakuan macam happy aje.
Err… Encik Zakuan. Tak ada apa-apa, saja nak usik
Fareeza. Farisha cuba beramah
mesra. Tapi nampak macam tak pula, lebih
tepat kalau aku katakan cuba berlagak tenang.
Farisha.. Farisha, takut kantoi lah tu.
Don’t worry, saya cuma datang nak bagi tahu yang next
week kita ada new staff yang akan join team kita ni.
Siapa Encik Zakuan?soalku
Orang yang akan
gantikan tempat saya.
Encik Zakuan hendak kemana?
Awak ni Fareeza, dah lupa ke yang saya kena transfer
ke bahagian pembinaan menggantikan tempat Encik Firdaus yang telah bersara
bulan lepas.
Ye ke? maaflah Encik Zakuan. Hari ini terlampau banyak
yang saya fikirkan.
Fikirkan saya ke?
Takde maknanyer Encik Zakuan, yang kat rumah tu sape
nak jawab. Kang tak pasal-pasal lesung batu hinggap atas kepala. Baru tahu.
Awak ni Fareeza, saya cuit sikit pun dah terasa.
Insyaallah, isteri saya yang satu itulah dunia dan akhirat nanti.
Aik, terasa ke Encik Zakuan, saya main-main aje.
Tak ada maknanya Fareeza, okaylah saya nak jumpa CEO
sekejap. Both of you better make a move. Karang lepas lunch kita ada meeting
dengan konsultan.
Okay bos.
Namun
tanpa aku sedari, kelakuan kami tadi diperhatikan oleh seseorang dari
jauh. Jamie meraup wajahnya, dari tadi
dia asyik memandang seraut wajah Fareeza.
Hatinya bagaikan terpaut dengan senyuman dan cara percakapan gadis itu. Tapi dia tidak berani ingin memulakan bicara,
takut empunya diri tidak suka akan kehadirannya.
Why not I just try my luck, no harm. Lagipun she is my
officemate. Bisik hati
kecilnya.
Hai Fareeza, dah nak pergi lunch ke? sapa Jamie yang
tiba-tiba muncul dihadapanku dengan senyuman dibibir.
Oh hai, Jamie. Sorry I tak perasan pun you kat sini.
Yelah, macam mana nak perasan, I bukannya hensem pun.
No Jamie, tak baik cakap macam tu. We are collegue,
remember? Want to join me and Farisha for lunch? Come
Jamie
tersenyum dalam hati, pucuk dicita ulam mendatang.
Okay, I follow.
Kami
berjalan menuju ke restoran yang berdekatan.
Nasib baik tidak ramai orang didalam restoran dapatlah kami bertiga
makan sambil berbual-bual. Farisha
perasan mata Jamie asyik memandang Fareeza ketika menjamu selera. Hish,
mamat ni ada hati kat Fareeza ke? lain macam aje aku tengok. bisik hati
kecilnya.
Jam
menunjukkan hampir 2 petang, kami bertiga berjalan menuju ke pejabat. Tidak mahu lewat kerana sebentar lagi ada
mesyuarat dengan konsultan.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bab 4
Fareez
masih termenung dihadapan laptopnya, teringat kata-kata daddy 2 hari yang
lepas.
Daddy nak Reez tolong daddy kat ofis. Bahagian kejuruteraan dan rekaaan dalaman
perlukan orang seperti Reez.
Tapi daddy, syarikat Reez tu macam mana?
Kan Suffian ada, Reez serahkan saja kepada dia.
But daddy, I still his partner in the company.
Daddy tahu, untuk sementara waktu saja. Daddy betul-betul perlukan Reez untuk
membantu daddy menerajui syarikat.
Abang Azmin kan ada.
Reez rasa dia lebih layak.
Azmin pun ada bahagiannya juga, dia kena tengok
bahagian purchasing dan QS. Look Reez,
daddy pun tak akan lama dalam syarikat. So I need you as my son untuk menerajui
F&F Holdings. Tegas kedengaran suara Dato’ Fakrul, dia sudah tidak
mahu berkompromi dengan Fareez, biarlah kali ini dia berkeras agar Syarikat
yang diterajuinya dapat diwarisi oleh anak lelakinya.
Okay, Reez akan bantu daddy. But I need you to keep
secret and don’t let anyone know who am I to you until everything settle.
Consider done.
So, daddy harap Reez akan laporkan diri pada minggu hadapan. I keep your
word.
Don’t worry daddy, you can count on me.
Tok..tok..
Ketukan
dipintu mematikan lamunan Reez.
Kelihatan wajah Suffian tersembul dimuka pintu.
Boleh aku masuk Reez.
Masuklah, kau ni macam tak biasa pulak.
Suffian
mengambil tempat berhadapan dengan Fareez.
Dia memerhatikan wajah temannya ini, macam ada masalah. Suffian jarang bertanya, dia lebih selesa
jika Fareez sendiri bercerita tentangnya.
Bro, aku kena kerja kat Company daddy aku. So I need
you help.
Kau nak aku tolong apa?
Aku nak serahkan kuasa syarikat ini kat kau. Kalau boleh aku nak kau teraju sepenuhnya
F&S Archictec selama peninggalan aku.
Aku no hal, tapi aku masih perlukan kau sebagai
penasihat.
Itu kau jangan risau, aku akan bekerja dibelakang
tabir.
Bila kau nak start kerja kat Fakrul Holdings?
Next week.
Suffian
mengganguk, walaupun dia tahu berat untuk Fareez meninggalkan syarikat yang
mereka bina sejak 3 tahun lalu, tapi permintaan Tan Sri Fakhrul tidak boleh
dipandang remeh. Fareez lebih berhak
menerajui Fakhrul Holdings kerana dia adalah satu-satunya anak lelaki Tan Sri
Fakhrul.
Aku doakan kau berjaya.
Thanks bro, really appreciate it. Aku harap kau tak akan menghampakan aku.
Jom kita lunch sama, perut aku dah lapar. Fareez mengajak Suffian keluar meninggalkan ruang
pejabat.
Hari
ini merupakan hari terakhir Fareez bekerja disyarikatnya. Mulai minggu hadapan dia akan bekerja di
syarikat daddynya. Walaupun agak sedih,
namun dia cuba menyembunyikannya. Memang
betul cakap Suffian, hanya aku harapan daddy untuk meneruskan legasi Fakhrul
Holdings.
Jam di
dinding menunjukkan pukul 5 petang, masih ada sedikit lagi lakaran yang perlu
dia siapkan. Fareez tidak mahu
meninggalkan kerja yang separuh siap kepada Suffian, kalau boleh dia ingin
menyiapkan semuanya sebelum menyerahkan kepada sahabatnya itu.
Reez, aku nak balik dulu. Shidah dah janji nak ke rumah ibunya malam
ni.
Kau pergilah, nanti merajuk pulak Shidah tu. Bestkan
ada isteri yang menunggu, lepas tu tidur malam berteman pula. Tak macam aku
hari-hari keseorangan.
Apa susah, kahwin ajelah. Baru kau tahu nikmat sebenar hidup
berdua.
Kahwin! Lambat
lagi lah beb. Calon pun tak ada.
Kau tu yang jual mahal, si sherry hari-hari call ajak
keluar. Kau aje yang sombong.
Tak naklah aku, tengok pakaian yang dia pakai boleh
terkeluar biji mata kau ni tau. Dahlah, baik kau blah sekarang. Nanti tak
pasal-pasal Shidah serang aku sebab tak bagi kau balik awal.
Okay bro, aku chow dulu. Kau tu jangan asyik nak kerja
aje, nanti takde awek pulak. Takkan nak membujang sampai ke tua.
Dah..dah baik ko pergi sekarang,kang merajuk Shidah
aku pulak yang kena.
Fareez
memandang kelibat Suffian meninggalkan ruangan pejabatnya, dalam hati dia agak
cemburu dengan kehidupan yang dilalui oleh sahabatnya. Bukan dia tidak mahu mendirikan rumahtangga,
mama ada juga mencadangkan anak gadis dikalangan rakan-rakannya. Tapi pintu
hatiku masih lagi terbuka untuk bercinta, namun sejak 2-3 hari ini hatinya bagaikan
terusik takala teringat seraut wajah manis yang bertandang. Siapakah dia? Sudah berpunyakah?
Berlegar-legar persoalan diminda. Kalau
ada jodoh, tak mustahil dia akan bertemu semula dengan gadis itu. Yang pasti,
aku sudah jatuh cinta pandang pertama. Ye ke? takkan kot, hai hati ini memang
unpredictable tul lar.. tapi apa salahnya kan?
Ah, malas hendak memikirkannya, biarlah masa
yang menentukan. Fareez meneruskan kerja-kerjanya yang tergendala,
membiarkan persoalan diminda lenyap begitu saja.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bab 5
Hari minggu yang membosankan. Pagi-pagi lagi mama sudah keluar, katanya
ingin pergi ke rumah Aunty Farina. Aku kebosanan,
lalu timbul idea ingin berjalan-jalan ke MPH Mid Valley, hajat dihati nak beli
beberapa buah novel terbaru.
Kereta meluncur laju menuju destinasi, jalan agak
sesak. “Ni yang aku malas nak drive,
baik aku ambil public transport aje tadi. Buang masa.” rungutku dalam diam.
Geram kerana terpaksa menempuhi kesesakan lalulintas disekitar Mid Valley.
Akhirnya sampai juga ke destinasi yang ditujui. Kereta
diparking dan aku cepat-cepat melulu keluar mencari MPH. Hajat dihati ingin membeli buku yang telah
disenaraikan, tidak mahu berlama-lama disini kerana keadaan disekitar pusat
membeli belah Mid Valley telah pun sesak dengan manusia yang datang
bertandang. Namun ketika keluar dari pintu
MPH dengan tidak sengaja aku terlanggar seseorang.
“Maaf, saya tak sengaja.” ujarku tanpa menoleh melihat
siapa gerangan empuya diri.
“Saya pun salah juga, sebab tak sedar awak dihadapan.
Asyik sibuk sms sampai tak tengok depan. “
Aku panggung wajah untuk melihat siapakah gerangan
empunya suara, alangkah terkejutnya aku melihat seraut wajah yang amat aku kenali.
“Alamak, mamat yang aku jumpa kat LRT hari itu, apa dia buat kat sini.”
“Cik..cik..” Fareez mengawang-gawang tangannya sekaligus
mematikan lamunan Fareeza.
“Oh, maaf..” aku malu kerana ditangkap sedang
mengelamun.
“Saya rasa kita pernah bertemu kan?” soal Fareez
“No.. I don’t
think so.” Cepat-cepat aku
menjawab. Tapi aku perasan senyuman
sinis terukir dibibir lelaki itu.
“Tak kan dah lupa kot, sayalah lelaki yang awak siku
diperut dan sekaligus pernah selamatkan awak tempohari dalam LRT.” Aku sudah membuntangkan mata,
tidak percaya yang lelaki ini masih mengingati peristiwa itu.
“Oh ya ke? saya lupa, maaf kerana kesilapan saya
tempohari dan terima kasih kerana telah menyelamatkan saya juga.”
“Aik, terima kasih aje, ingat tak saya cakap yang awak
terhutang budi dengan saya.”
“Bila? Saya tak ingat pun.”
“Ada, saya cakap ‘you
owe me, next time I tuntut’” Mendengar aje perkataan yang lelaki itu
ucapkan, muka aku merona kemerahan. “Ya,
aku masih ingat lagi bait-bait katanya.”
“So,
what can I do for you?” soalku semula, malas nak panjangkan kisah.
“Jadi kekasih saya untuk hari ini.”
What?
No way, sampai macam tu sekali. Saya tak setuju, ini kerja
gila.” Aku terus melangkah pergi, malas
nak layan karenah gila lelaki ini.
Tanpa amaran, pergelangan tanganku disentap. Seketika aku berada didalam pelukan lelaki
ini, orang ramai yang lalu lalang memandang aksi spontan ini. “Malunya, mana aku nak letak muka ni. Dahlah
aku pakai tudung, boleh pulak buat aksi macam ni.”
Debaran didada Fareez memuncak, tidak pernah dia
merasakan betapa hebatnya jantungnya berdegup.
“Ya Allah, apa yang sudah aku lakukan. Kenapa bila aku berada berdekatan
dengan dia aku jadi tidak keruan.”
Fareeza meronta-ronta, Fareez pula masih kaku. Akhirnya satu tamparan hinggap dipipi kanan
Fareez. Pelukan terlerai, dengan pantas
Fareeza lari meninggalkan Fareez yang masih lagi terpinga-pinga.
Fareeza berlari menuju ke parking lot, enjin kereta
dihidupkan. Tanpa membuang masa, dia memandu
keretanya keluar dari pusat membeli belah itu.
Tak sanggup lagi pandang ke belakang untuk mengetahui apa yang
berlaku. Insiden tadi telah memalukannya,
confirm lepas ini dia tidak akan
datang ke sini lagi.
Cukuplah dia dipermalukan sebegini dikhalayak ramai.
Tidak mahu terulang lagi peristiwa ini.
Airmata yang bercucuran, diseka dengan belakang tangan. Buku yang dibeli terjatuh, tidak sempat diambil,
lalu dibiarkan ia disana. Kesal datang
bertimpa-timpa kerana tidak berhati-hati dalam menjaga kehormatannya. Walaupun insiden itu tidak disengajakan, tapi
dia malu kerana ini adalah pertama kali dia berpelukan dengan lelaki yang bukan
muhrim dikhalayak ramai pula tu. Debaran
dihati masih lagi hebat seperti tadi, terasa sesuatu yang aneh menusuk kedalam
kalbuku.
Lain pula yang terjadi kepada Fareez, dia masih kaku
ditempat yang sama. Masih memegang
dadanya yang bergetar hebat. Perlahan-lahan
dia beristigfar untuk menenangkan debaran didada. Agak lama juga dia menjadi patung sebelum
akhirnya dia mengambil keputusan untuk pulang.
Buku-buku yang ditinggalkan gadis itu dikutip dan dibawa bersama.
“Ah, tentu gadis itu ingat aku sengaja nak peluk dia.
Sumpah aku tidak sengaja, tindakan refleksi dan tidak terduga. Aku pun tidak keruan kerana ini adalah kali
pertama aku memeluk seorang gadis. Tidak
dinafikan, gadis itu telah mendapat tempat dihatinya. Jatuh cintakah aku?” Persoalan itu dibiarkan disitu. Fareez
melangkah keluar bangunan menuju kawasan parking lot. Engin kereta dihidupkan dan kereta meluncur
laju membelah jalanraya yang agak sesak menuju ke rumahnya di Bukit Jalil.
Sampai rumah, Fareeza terus menghumbankan diri diatas katil.
Debaran didada masih terasa, malu pun ada.
Bayangkanlah, dia adalah lelaki bukan muhrim yang pertama memeluk dan
mengenggam tanganku. Terasa aneh tetapi aku biarkan rasa ini berlalu
pergi. Oh hati, janganlah kau buat aku
begini. Dihati ini masih terpahat nama Asyraf Fitri, jangan cuba kau padamkan
nama itu.
Telefon bimbit berbunyi, tertera nama mama
diskrin.
“Feeza kat mana?” suara mama menerjah bertanya dimana
keberadaanku.
“Baru balik rumah ma, kenapa?” soalku pula.
“Oh, mama nak bagi tahu yang mama balik lewat sikit.
Ni ha Aunty Farina ajak jumpa kawan sia kejap.” Terang mama.
“Oh gitu, takpelah. Feeza okay je, mama nak Feeza
masak makan malam?”
“Tak sayang, mama makan malam sekali dengan kawan
Aunty. Kalau Feeza lapar, masak lah ye.”
Aku mengganguk kepalaku, macam lah mama nampak.
“Okay madam, take care.” Kataku sebelum talian
dimatikan. Mama,mama, risau sangat kat
anak daranya sorang ni.
Fareez masih mundar-mandir diruang tamu rumahnya. Sejak dia sampai sejam yang lalu, fikirannya
buntu. “Apa yang dah aku lakukan ni, his! Fareez kau ni
memang segal lah.” Marah dirinya sendiri.
~Bersambung~
P/s: Komen dari anda amatlah dialu-alukan..
Not bad.... i like
ReplyDeleteTq dear...glad you like it.
Delete