Bab 6
“Good morning semua,” kedengaran suara Encik Zakuan menyapa.
Semua pekerja
dibahagian Kejuruteraan dan Rekaan Dalam serta merta berhenti dari melakukan
kerja. Masing-masing bersedia mendengar
apa yang bakal dikatakan oleh Encik Zakuan.
Dibelakangnya pula kelihatan seorang anak muda yang segak dan tampan, yang
bisa mencuri perhatian wanita dan gadis yang ada.
“OMG.. siapalah pakwe hensem ni”. Fariha mencuit aku, lantas aku pandang ke
wajah lelaki yang dimaksudkan. Alangkah
terkejutnya aku apabila melihat siapa gerangan lelaki yang dimaksudkan oleh
Fariha. “Alamak, kenapa lelaki ni ada kat sini. Jangan-jangan inilah dia bos
baru tu. Matilah aku.”
Fareeza tidak
tahu sejak dari tadi ada sepasang mata asyik merenungnya. Fareez memandang wajah Fareeza, tidak
percaya dengan apa yang dia lihat dihadapannya.
“Disini saya ingin
memperkenalkan Encik Fareez Zafril, dia adalah Pengurus Bahagian Kejuruteraan
dan Rekaan Dalam yang akan menggantikan tempat saya. Oleh demikian, saya minta anda semua dapat
bekerjasama dengannya.” Encik Zakuan perkenalkan Fareez pada semua pekerja.
Semua pekerja
berbisik sesama sendiri, ada yang tersenyum-senyum dan ada juga yang
menghulurkan salam dan mengucapkan selamat datang kepada Pengurus baru
itu. Fareez cuba berlagak biasa walaupun dalam fikirannya
bermacam-macam yang ingin dia luahkan.
“Saya harap anda
semua dapat membantu saya mempertingkatan lagi mutu kerja kita
bersama-sama. Jika ada salah dan silap,
sila beri tunjuk ajar.” Sungguh
berkarisma dan yakin sekali Fareez menyampaikan kata-kata itu.
Fariha menyiku lenganku,
dia memberi pandangan ala-ala tergoda gitu. “Eh, yang minah ni gedik sangat
kenapa? Nanti si Faizul tu nak letak mana pula.”
“Kot ya pun, janganlah nak gedik beb, nanti aku repot kat
Faizul.” Aku jeling Fariha sekilas.
Fariha sudah buat muka tak puas hati.
Fareez bersalaman
dengan semua rakan sekerja, sampai dihadapanku dia sekadar menunduk. Aku membalas, lagak tidak mengenali
dirinya. Fariha masih tersenyum-senyum,
apa yang yang mengelikan hatinya pun aku tak tahu. Selesai sudah sesi
perkenalan, masing-masing sudah mula beransur pergi meninggalkan aku, Fariha,
Encik Zakuan serta lelaki ini. Encik
Zakuan memperkenalkan Fariha sebagai setiausaha merangkap pembantu peribadinya,
dan aku pula lain.
“Kalau Encik
Fareez nak tahu, Cik Fareeza Afrina ni seorang pembantu yang efficient dan cekap,
dan saya pasti dia dapat membantu awak kelak. Tak betul Cik Fareeza?” Soal
Encik Zakuan sambil tersenyum-senyum.
Encik Zakuan ni banyak
pula memuji-muji tentang diriku dihadapan lelaki ini. “Adush, kenapalah Encik
Zakuan ni. “
“Fareez, mari
saya tunjukan bilik awak.”
“Fuh,” akhirnya mereka berdua beredar meninggalkan aku
dengan Fariha. Aku kelegaan, dari tadi
aku rasa tidak senang dengan renungan dan pandangan mata Fareez yang begitu
tajam memandang kepadaku. Fariha masih
lagi mencuit-cuit lenganku, dia ni dah terlebih gedik pulak hari ini, susah betul.
Dari jauh aku
lihat Encik Zakuan keluar dari bilik yang menempatkan Fareez. Tiba-tiba telefon dimejaku berbunyi.
“Cik Fareeza,
sila masuk bilik saya sekarang.” Alamak,
dah start dah. Ni yang aku tak gemar betul bila dengar arahan darinya. Aku mengambil buku nota dan pen bersedia
untuk megetuk pintunya.
“Masuk”
Perlahan-lahan
aku buka pintu, kelihatan Fareez sedang kusyuk memandang laptop dihadapannya.
“Encik Fareez
panggil saya”
Fareez memandang
kearahku. Lelaki ini menghadiahkan
senyuman yang manis sekali. Alamak, dah
mai pulak gatal dia ni. Dah lah kes hari
tu tak settle lagi, ni nak tambah lagi. Aku mula cuak, mata Fareez masih lagi
merenungku, serba salah aku dibuatnya.
“Encik Fareez
panggil saya kenapa?” Aku mula bersuara tegas, malas nak berlama-lama disini.
“Saja, nak tengok
muka awak.”
“Apa? Encik
Fareez ni dah gila ke?”
“Memang pun saya dah gila, dan sebab awaklah saya jadi macam ni.”
“Apasal pulak saya, kalau boleh saya tak mahu pun kerja dengan encik.”
“kenapa awak tak
suka kita kerja dibahagian yang sama.”
“Siapa kata saya
tak suka, encik kan bos baru saya. So, terpaksalah saya terima.”
“Sayang, apa kata
awak duduk dulu.” Fareez cuba berlembut. Aku pula rasa nak muntah bila dipanggil
sebegitu.
“Encik Fareez
jangan nak kurang ajar, saya tak suka.”
“Siapa yang
kurang ajar? Awak atau saya? Sudahlah awak malukan saya tempohari sekarang awak
nak lawan saya pula.”
“Salah Encik
juga, siapa suruh pandai-pandai peluk saya dikhalayak ramai. Malu tau!” Aku
sudah mula cengeng. Fareez kalut, tidak
tahu apa yang harus dia lakukan.
“Saya nak minta
maaf, pasal kes hari itu saya memang tak sengaja. Saya harap awak dapat maafkan saya. “
“Sudahlah Encik,
saya keluar dulu.” Aku terus berlari keluar tanpa menoleh kebelakang lagi.
Nasib baik ketika ini sudah masuk waktu makan tengah hari. Jadi tidak ada orang
yang lihat apa yang terjadi. Tanpa aku sedari, ada mata yang sedang memandang kearahku.
“Why she’s crying?” soal Jamie Leong yang masih setia berdiri disebalik
pintu memerhatikan wajahku.
Perlahan-lahan Jamie Leong menghampiriku.
“Are you okay Feeza?” Jamie Leong sudah
mengambil tempat dihadapan mejaku.
Tersentak, tidak percaya ada insan yang sedang memerhatikanku
rupanya. Aku panggung kepala ingin
melihat siapakah gerangan empunya suara.
“Jamie Leong? Apa you buat kat sini.” Cepat-cepat aku sapu airmata yang berjuraian, tidak mahu Jamie Leong melihat aku menangis.
“I datang nak
ajak you lunch sama. But I think you need
to be alone right?” Jamie Leong ingin beredar.
“It’s okay, come let’s go together. Afterall Fariha is
not around today. Let move before time’s up.” teriakku memanggilnya semula.
Kami beriringan
keluar bersama menuju ke cafe yang berdekatan.
Tidak banyak yang aku bualkan, Jamie Leong juga seperti mengerti akan
keadaanku. Ruang café dipenuhi orang
ramai yang ingin menjamu selera, aku nampak ruang kosong disebelah kanan.
Lantas aku mengamit Jamie Leong mengekoriku.
Sambil makan kami berbual-bual kosong, sekali sekala gelak ketawa menghiasi sesi
makan tengha hari itu. Aku akui Jamie
Leong memang kelakar orangnya, terhibur
juga aku.
“Betul Fareeza,
budak lelaki itu malu bila kena tampar dengan makcik tu. I bantai gelak sampai semua orang tengok I. “
“You ni memang
kelakarlah Jamie Leong, I tak pernah jumpa orang yang gaya ala ala sengal macam
you ni.”
“Sengal tu apa?”
Aku terus gelak, tak sangka memang Jamie Leong ni memang sengal. Tanpa aku
sedari Jamie Leong sebenarnya gembira sangat kerana dapat bersama-samaku hari
ini. Terpancar seri diwajahnya, bak kata
orang dapat durian runtuh. Itulah yang
dapat aku gambarkan perasaan Jamie Leong sekarang ini.
Makan tengah hari
bersama Jamie Leong sedikit sebanyak membantu aku melupakan kejadian yang
berlaku pagi tadi. Jamie Leong pandai
mencetuskan suasana tenang dan gembira.
Aku bersyukur dapat bertemu dengan rakan sekerja seperti Jamie Leong.
“Okay Fareeza, I need to do continue my work.
Today got to do some closing for accounts. Thank you for you sweet time.”
“Apa pulak sweet time, I also nak thanks to you coz make my day happy.”
“Errr..Fareeza, what time you go home?”
“Today around 5.30pm, why?”
“Can I join you, we go back together.”
“You not driving meh?” soalku kepadanya. Aku tahu lelaki ini selalu
drive ke pejabat.
“Today no, my car still in the workshop. Can I?” Jamie
Leong masih lagi bertanya. Harap-harap
aku menerima ajakannya lagi. Aku tidak
kisah sebenarnya, malah amat berbesar hati kerana hari ini aku balik sendirian
kerana Fariha sudah awal-awal lagi kata ada dating dengan tunang tersayang.
“Why not? Meet me at lobby okay. Bye..” aku melambai
kearah Jamie Leong sebelum dia menghilang dibalik pintu yang memisahkan
department kami berdua.
“Yes, akhirnya dapat juga aku balik denganya. I akan cuba
memikat you Fareeza, coz I really fall in
love with you.” Jamie Leong
tersenyum sambil melangkah menuju kearah departmentnya. Hatinya benar-benar berbunga riang kerana
Fareeza sudi makan tengah hari bersamanya. Jamie Leong tidak sabar-sabar
menunggu waktu petang, kerana hari ini dia akan pulang bersama Fareeza. Dia akan cuba mendekati Fareeza, gadis yang
dia minati dalam diam.
Fareez menutup
pintu perlahan-lahan, dari tadi dia asyik mengintai apa yang berlaku dihadapannya. “Ada budak cina cuba hendak mengorat Fareeza.
Ini tak boleh jadi ni, aku kena cegah sebelum terjadi apa-apa. Aku tak kan
lepaskan Fareeza begitu saja ke tangan orang lain. Fareeza milikku, akan aku pastikannya.” Hatinya panas sakit dan panas ketika melihat
adegan itu tadi.
Walapun Jamie
Leong dan Fareeza hanya keluar lunch bersama, hatinya diburu cemburu. “Kenapa
ye?” Fareeza menggaru kepalanya yang tidak gatal, masih tercari-cari apakah ini
yang dinamakan ‘cinta’.
Petang itu adalah
kali pertama aku pulang bersama Jamie Leong, walaupun agak kekok kerana
biasanya dia pulang bersama Fariha. Rasa
janggal dan kekok dapat diatasi apabila Jamie Leong banyak bercerita, rasa
terhibur pula. Sampai rumah aku terus mendaki anak tangga menuju kebilik,
laungan mama tidak aku hiraukan. Dek kepenatan melayan karenah Fareez satu hari
ini membuatkan otakku macam nak pecah. Kadang-kadang aku tak tahu apa yang dia
mahukan dariku.
Pintu bilik diketuk,
muncul wajah mama. “Sayang dah balik? Tak nak turun makan.” Soal mama kepadaku.
Aku mengariskan senyum manis menyambut pertanyaaan mama.
“Kejap lagi Feeza
turun, nak mandi dan solat Asar dan Magrib sekali.”
Mama menangguk
dan terus menutup pintu kamarku. Aku
pula bangun dan terus masuk bilik air untuk membersihkan diri. Usai solat aku turun makan malam bersama
mama.
“Papa mana mama? tak
balik lagi ke.” Mama hanya mengeleng
kepala menjawab pertanyaaanku.
Aku sedar sejak
beberapa bulan ini, papa jarang pulang awal.
Kadang-kadang sampai tengah malam. Aku juga hairan, tapi memandangkan
mama pun tidak merungut. Aku diamkan saja, tapi bila melihat wajah keruh mama.
Hatiku risau, adakah papa sudah mula dengan perangai lamanya. Ingin aku bertanya, tapi aku takut melukakan
hati mama pula. Akhirnya aku memilih untuk berdiam diri sambil menikmati makan
malam.
Dikamar aku
baring sambil melayari internet. Akuan
Facebook yang sudah lama tidak aku buka, terus tangan klik ke icon itu. Terdapat banyak update dari rakan sekolah dan
juga rakan sekerja. Mataku tertancap
kearah komen dari Jamie Leong, dalam
komennya dia menyatakan yang dia sudah jatuh cinta. Dengan siapa, tidak pula
dia tulis. “Jamie Leong ni, macam-macam pula, tapi dengan siapa ya?”
Tiba-tiba
tertingkap kecil ruang chat berkelip, Mr Sonata menyapaku.
+ Slmt mlm Ms
Sakura
+Slmt mlm Mr
Sonata
+Tgh bt apa?
+tgh memancing…
+byk dpt ikan
+ adalah jgk
+lama kita x chat
+Sori bz..
+Bz lah sgt,
sampai lupakan kita
+Aik? Merajuk ke?
sori x pandai pujuk
+x suruh awak
pujuk pun, heheeee J
+????
+awk, nk jpa leh?
+sori, x suke jpa
org x dikenali
+apa plak, dh
lebih 6bln kita chatting
+masih x cukup
utk sy kenali awk
+tu pasal sy nk
jpa, leh x?
+no..no..no..
sori
+jual mahal, nnt
x laku baru tau.. J
+awk, need u
borrow ur ears?
+utk awk, saya
rela.. split out
+sy tgh begang
dgn boss baru
+ ?? plak, dia
kacau awk ke?
+Sy x tahu nk ckp
mcm mana, tp sy begang sgt..sgt..
+no worry, just
buat aje kerja awak.
+masalahnyer,
semua kerja yg sy bt serba x kena
+dia syok kat awk
kot?
+x hingin sy kat
mamat sengal tu :-P
+x baik ckp mcm
2, mana tahu nnt awk jatuh cinta kat dia. Baru tau…
+kalu dlm dunia
hanya ada dia saja lelaki, sy rela x kahwin sampai bila-2
+r u sure, nnt
kempunan tau
+xde maknanyer,
okaylah awk sy ni dh byk melalut plak
+no dear, sy x
kisah
+dear?? Please…don’t
call me like that
+knp? X suka
+entah? Rasa lain
mcm pula. Boss sy pun kadang-2 call sym cm tu
Tangan Fareez
kaku, luahan Ms Sakura macam kejadian yang berlaku dipejabat. Jangan-jangan Ms Sakura ni Fareeza kot.
Mungkinkah? relaks Fareez, mungkin secara kebetulan aje. Continue chat, don’t let Ms Sakura tahu siapa
ko sebenarnya.
+ awk? Knp senyap
aje ni
+sori, sy tgh on
the phone. Kat mana kita td
+sy ckp psl bos
baru kat opis sy.
+oh oic. xper,
take it I slowly ya. X baik asyik marah-2 nnt cepat tua
+kesitu plak dia,
sy x marah cuma geram aje
+samalah 2
+dahlah malas nk
ckp dgn awk, nak tido. Gud night
+gud night dear,
dream of me
+jgn nk berangan L
Sekali lagi Fareeza
terus ‘log out’ tanpa menunggu balasan dari Mr Sonata. Agak-agaknya siapalah
mamat ni, tapi aku suka sebab dia banyak mendengar serta memberikan nasihat kepadaku. Laptop aku tutup dan letakkan dimeja study,
bersedia untuk tidur dengan bertemankan mimpi indah.
Bab 7
Pagi
ini aku seperti biasa datang ofis menaiki LRT.
Keadaan dalam LRT tidak begitu sesak, mungkin sebab hari jumaat
barangkali. “Teduhan Kasih” novel yang
baru aku beli semalam berada ditangan, aku baca dengan tekun. Aku ini seorang yang kuat berangan, sebab itu
setiap kali aku baca novel, aku cukup menghayati watak-watak didalamnya. Mungkinkah
masih ada lagi lelaki seperti watak Ehsan ini.
Lelaki yang selalu aku dambakan dalam mimpiku. Ah, berangan lagi aku ni.
Fareez
masih setia berdiri selang 3 orang mengadap Fareeza yang tekun membaca novel
ditangan. Gerak dan tingkah laku Fareeza
mencuit hatinya, kadang-kala Fareeza tersenyum sendirian dan juga ketawa kecil
meletus dibibir manis gadis itu. Fareeza tidak sedar dia diperhatikan dari
jauh, masih kusyuk mengadap buku dihadapan.
Fareez menggeleng kepalanya, tidak sedar wanita disebelahnya turut
melihat kelakuannya. Fareez mengariskan
senyum, sekadar sekilas. Tidak mahu wanita disebelahnya berfikir yang
bukan-bukan tentang dirinya.
Sampai
destinasi, terus Fareeza menutup bukunya serta menyimpanya didalam tas
tangannya. Tanpa menyedari Fareez sudah
berada disebelahnya, dia terus melulu keluar.
Awak, tunggu dulu.
Aku
menghentikan langkah kakiku, menoleh kebelakang melihat siapa yang
memanggil. Alangkah terkejutnya dia
melihat Fareez sedang tersenyum menghampirinya.
Alamak, matilah aku. Macam mana
dia boleh ada kat sini. Kacau betul lar.
Encik Fareez, tak bawa kereta hari? Aku menyapanya sekaligus cuba untuk menutup rasa gugup didada. Fareez masih tidak bersuara, hanya menggelengkan
kepalanya.
Jom, kita jalan bersaing. Lagipun kita menuju arah
yang sama.
Aku
hanya mengganguk tanpa bersuara. Kami
berjalan tanpa sepatah kata keluar dari mulut masing-masing sehingga sampai
dihadapan bangunan yang menempatkan pejabat dimana kami berdua bekerja.
Datang berdua nampak? Fariha
menyapaku ketika melihat kelibatku melintasi dihadapan mejanya. Aku tayang muka, tidak mahu menjawab soalan
tadi.
Aku pun tak hingin nak berjalan berdua dengan mamat
tuh, tapi dah kami naik tren yang sama. Pastu time yang sama pulak tu, buang
karan betul pagi-pagi dah kena jalan dengan dia. Bebelku
tanpa aku sedari Fareez melintasi mejaku. Terus aku tunduk apabila mata kami
bertentangan.
Cik Fareeza, lepas sembang tolong masuk ruangan saya
sekejap. Selepas memberi arahan Fareeza lantas meninggalkan aku
dan Fariha.
Alamak Fariha, dia dengar kenapa yang aku cakapkan
tadi. Matilah aku macam ni. Fariha hanya mengangkat
bahu lantas meninggalkan aku. Aku terus
memandang tepat pintu bilik Fareez, rasanya nak juga aku lari sejauh-jauh
mungkin agar tidak perlu berhadapan dengan lelaki itu.
Encik Fareez cari saya? Ujarku
sambil memandang wajahnya. Fareez pura-pura pandang skrin laptopnya, tidak mahu
Fareeza melihat wajahnya yang masih tersenyum-senyum.
Duduk, saya ada benda nak cakap dengan awak.
Aku
duduk, tidak mahu mengingkari arahannya.
Pura-pura membelek-belek tanganku, dalam hati menahan debaranyang
melanda.
Bukan main ya awak Cik Fareeza, siap kutuk-kutuk saya.
Serentak aku pandang wajah nya, Aik mamat nih memang sengaja nak cari nahas nih.
Saya cakap apa, biasa sembang kosong pagi-pagi yang
indah.
Sembang ke mengutuk saya ya?
Ya ke? Encik, terasa ke. Kalau macam tu saya minta maaf
ye.
Okay, maaf diterima dengan satu syarat.
Syarat, Apa?
Saya nak awak balik dengan saya hari ini. Ah sudah, mamat nih memang sah-sah nak kenakan aku nampaknya
Fareez
melebarkan senyumannya, suka benar dia menyakat gadis itu. Lagipun inilah peluang dia untuk mendekati
gadis indamannya ini. Akan aku tawan hatimu sayang.
Sejak
keluar dari bilik Fareez, Fareeza meneruskan kerja yang tergendala. Asyik
dengan kerja, sedar-sedar jam sudah menunjukkan jam 5.30 petang. Rakan sekerja beransur-ansur pulang. Tinggal
aku dan Fariha di meja masing-masing, Fariha memberitahu dia ada temujanji
dengan tunangnya. Aku pandang bilik
Fareez, tiada tanda-tanda dia ada didalam. Barangkali masih belum habis
mesyuarat, inilah masanya aku beredar dahulu sebelum terserempak
dengannya. Namun aku silap, bila sampai
lobi kelihatan kelibat Fareez, bukan ke mamat ni tadi tengah meeting. Bila masa
dia turun bawah. Kacau betul lah. Fariha
sudah mula melambaiku, nampaknya aku sudah tidak ada pilihan lain, terpaksa
pulang dengan lelaki ini.
Saat
aku pusing kebelakang, kelihatan kelibat Jamie. Aku gembira, terus aku
mengamitnya agar menghampiriku. Tanpa
aku sedari, rupa-rupanya Fareez masih setia berdiri disebelahku. Aku cuba berlagak seperti biasa.
Hai Jamie, mana kereta you.
Still at workshop, you do mind I follow you.
No..not at all, shall we? Terus
aku jalan beriringan dengan Jamie tanpa pedulikan renung tajam dari
Fareez. Tahap kesabaran Fareez mendidih,
anehnya dia tidak tahu kenapa. Alahai
hatiku, janganlah kau buat hal. Fareez
cuba untuk berlagak tenang, lalu dia hanya mengekori Fareeza dan Jamie dibelakang.
Sesekali kedengaran gelak ketawa dari
mereka berdua, betul-betul menyakitkan hatinya.
Apa yang mereka berdua bualkan, Fareez kurang pasti. Tapi bila dia
melihat cara percakapan dan juga perhatian yang Jamie berikan kepada Fareeza
mengundang ketidak puashati dalam dirinya. Cepat-cepat dia berjalan beriringan
mereka.
Fareeza
cuak, hairan melihat tingkah laku Fareez sejak mereka keluar dari office. Apa
kena dengan mamat nih, muncung aje. Susah betul nak teka apa yang ada dalam
fikiran lelaki ini. Suka sangat buat otak aku berfikir tentang karenah dia.
Baik aku diamkan saja, Jamie ni pula macam dah terlebihlah plak.
Sampai
stesen LRT aku sudah mula mengorak langkah meninggalkan mereka berdua, malas
nak tanya arah tujuan mereka kerana aku fikir tidak perlu untuk aku bertanya.
Lebih baik aku putuskan saja kemana arah yang hendak aku tujui. Tren yang tertera ‘Sri Petaling’ menghampiri
stesen, aku cepat-cepat boloskan diri.
Tanpa aku sedari Jamie mengekoriku dari belakang. Agak terkejut dengan
kehadirannya, kerana aku tahu dia sepatutnya menaiki tren yang menuju kearah
‘Ampang’.
Jamie, you suppose to take train to Ampang. This train
heading to Sri Petaling. ujarku kepadanya. Jamie
pamerkan senyuman, aku pula yang kehairanan.
It’s okay, I temankan you sampai stesen Chan Sow Lin.
After I take another train heading to my house.
Oh I see, whatever.
Kami
masih sambung berbual-bual kosong tanpa aku sedari Fareez masih setia memandang
kearah kami berdua. Aku tahu Fareez
pasti mengambil tren yang sama denganku kerana dia tinggal di Bukit Jalil. Cuma aku agak kekok hendak berbual dengannya,
mungkin sebab tarafnya sebagai bos ditempat aku bekerja membuatkan aku bataskan
pergaulanku. Tidak seperti Jamie, dia
sudah aku anggap rakan sekerja dan juga sahabat.
Tren
meluncur laju dan akhirnya tiba distesen Chan Sow Lin, aku lihat Jamie seperti
berat hendak melangkah keluar, namun aku sengaja menolaknya agar dia tidak
perlu berada didalam tren ini. Lambaian
Jamie lemah, seperti sukar untuk melepaskan aku pergi. Aku membalas lambaiannya
sebelum tren bergerak meluncur pergi meninggalkannya.
No
worry Jamie, you still have time to spend with her. Bisik hati kecil Jamie.
Akhirnya
destinasiku sampai juga, aku terus keluar tanpa menoleh kebelakang, namun aku
sedar Fareez masih memandangku.
Biarlah, lagipun aku tidak suka bersamanya, aku lebih suka menjauhkan
diri darinya. Aku mahu membataskan diri
ini agar tidak terlalu rapat denganya. Dia adalah bos dipejabatku, dan aku
tidak mahu timbul sebarang gossip yang kurang menyenangkan dibelakang hari.
Fareeza, saya tidak akan mengalah. Hanya awak yang
bertakhta dihati saya. Dan saya akan pastikan suatu hari nanti awak akan
menjadi milik saya selamanya. Fareez melafazkan
tekad didalam hatinya untuk memiliki gadis itu. Tren meluncur laju meninggalkan kisah sedih
Fareez yang sangat memilukan hatinya.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sampai
dirumah Fareez membersihkan diri dan menunaikan solat Asar, sambil menunggu
masuk waktu magrib dia mengadap laptop yang sedia diatas mejanya. Facebook dibuka, mata tercari-cari ikon Ms Sakura.
Tak ada pula, mungkin sibuk kot. Bisik
hati kecilnya, namun tidak sampai 5 minit ikon Ms Sakura berkelip menandakan
dia ditalian. Hatinya berbunga riang,
akhirnya dia muncul juga, cepat-cepat Fareez menaip…
+Salam,
sudah solat
+ABC+Apa tu?
+Allah Bagi Cuti
+OIC.. bestkan jd org pompuan, siap Allah bg cuti lagi
+Nak jd mcm sy? Tukar jantina
+Xnak lah, nnt Nabi x mengaku umat
+Tahu pun, dah makan?
+lum lg, tggu magrib pastu nak kuar
+OIC…
+Jom kuar, sy belanja
+Xnaklah, x kenal sape awak. Nnt awk bawa lari sy
+hahaha.. kelakar awk ni
+betul apa?
+Awk sy nak cite skit
+cer cite..cer cite
+ sy dh jatuh hati kat seseorang
+so?
+dia x tahu sy syok kat dia
+Bgtau ajelah, kan senang
+susah sbb dia ni jenis keras kepala orgnya
+x dpt nak tolong
+xpe, awk dengar aje luahan hati sy pon ok
+sy doakan awk berjaya menambat hati dia
+insyaallah, doakan sy ye
+Amin
+Awk, need to go. Dh masuk waktu magrib
+okay…
Lega
hati Fareez dapat meluahkan rasanya, walaupun tidak pernah bertemu atau
bercakap dengan Ms Sakura. Dia amat menyenangi sifat dan keperihatinan rakan
mayanya ini. Pernah suatu hari dia
mengajak Ms Sakura untuk bertemu, tetapi gadis itu tidak mahu. Katanya kita
sekadar bertemu dan berchatting dikomputer sahaja, tidak boleh lebih dari
itu. Kadang-kadang Fareez merasakan Ms
Sonata seorang gadis yang unik dan memahaminya sebagai seorang sahabat.
Malam
itu Fareez merayau sekitar Bandaraya Kuala Lumpur, melihat panorama serta
mencuci mata. Lepas menjamu selera dia
pulang ke rumah, bersihkan diri dan menunaikan solat isyak sebelum membaringkan
tubuhnya diatas tilam empuk. Cuba
memejamkan matanya, namun bayangan wajah Fareeza muncul.
Sampai bila aku harus begini, memendam perasaanku terhadapnya. Haruskah aku berterus terang pada gadis itu
akan isi hatiku ini. Mungkinkah rasa
cinta ini akan terbalas? Bisik hati kecilnya, perlahan-lahan Fareez
memejamkan matanya hingga terlena.
Lain
pula Fareeza, dia masih lagi menatap laptopnya, selepas berchatting dengan Mr
Sonata dia terus membaca komen-komen di facebooknya. Rata-rata rakan sekolahnya menulis tentang
hal-hal percintaan, komen gambar-gambar ketika mereka pergi bercuti dan ada
juga bercerita tentang kebahagian setelah berumahtangga. Seronok melihat rakan yang bahagia dengan
kehidupan masing-masing, tapi aku pula masih lagi tercari-cari. Setelah dikianati oleh Ridhuan 10 tahun yang
lalu, aku telah menutup pintu hati ini. Tidak mahu bercinta lagi, terlalu pedih aku
rasakan setelah ditinggalkan oleh orang yang amat aku sayangi. Ah, mengapa harus aku kenangkan lagi, sudah
lama perkara ini terjadi. Lebih baik aku fikiran masa hadapan, mungkin suatu
hari nanti aku akan bertemu lelaki yang lebih baik darinya. Laptop aku tutup, malas hendak berlama-lama
melihat skrin. Mata sudah kuyu, aku berlalu menuju bilik air mengosok gigi dan
mencuci muka rutin harian sebelum masuk tidur.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bab 8
Sudah
sebulan Jamie menjadi penunggu setiaku distesen LRT, baik pagi mahupun waktu
pulang. Setianya dia menungguku tanpa aku sedari niatnya. Aku gembira ditemaninya kerana sejak
akhir-akhir ini Fariha diambil oleh tunangnya. Maka setiap hati aku pulang
sendirian jika Jamie tidak bersama.
Suatu
hari, aku terlupa memaklumkan Jamie yang aku pulang bersama Fareez. Jamie menghantar sms menayakan
keberadaanku.
+Were
r U?
+on
d way back +Jahatnya… tinggalkan I
+ops, I terlupa. Next time okay.
+is ok, I undersand
Sms dari siapa?soal
Fareez
Jamie, I lupa nak inform dia yang kita terus balik
selepas meeting dengan klien.
Fareez
mempamerkan wajah bosan, dalam hati dia marah kerana Jamie mendapat layan baik
dariku sedangkan aku hanya melayannya ala kadar.
Selalu ke awak balik dengan dia?
Selalu juga, kadang-kadang dia tunggu saya kat stesen
waktu pagi.
Bukan ke selalunya dia drive pergi kerja.
Entah, dia cakap suka naik LRT dari drive. Lagipun
stesen LRT dekat dengan rumah dia.
Are you sure? Entah-entah dia sengaja kot.
Sengaja apa?
Nak tackle awak
Malas
aku hendak berbalas dengan Fareez, sakit hati pun ada juga. Aku dan Jamie hanya sekadar rakan sekerja,
tidak lebih dari itu. Lagipun aku suka
dengan Jamie gemar bercakap dan juga bercerita.
Fareez mendiamkan diri, tenang
memandu Toyota Camrynya meluncur menuju destinasi kerumahku. Walaupun aku tidak
mahu dia menghantarku pulang, tetapi lelaki ini berkeras juga. Katanya dia bertanggungjawab jika ada sesuatu
yang berlaku terhadap diriku. Sampai
dirumah, aku cepat-cepat memboloskan diri tanpa pamitan.
Tiba-tiba
telefonku berbunyi, tertera nama Fareez.
Hai, tak reti nak cakap terima kasih ke? terus saja cuping telingaku diterjah dengan suara garau milik lelaki
itu.
Saya tak suruh pun awak hantar, but if you insist
terima kasih kerana sudi menghantar saya pulang ke rumah dengan selamat,
assalamualaikum. Terus aku matikan talian
tanpa menunggu jawapan darinya.
Dari
tingkap atas, Fareeza memerhatikan kereta Fareez meluncur laju meninggalkan
halaman rumahnya. Nasib baik mama tiada
dirumah, jika tidak tentu sekarang ini dia sudah diasak dengan berbagai soalan
mengenai siapa yang baru menghantarnya pulang.
Fareez
menggeleng-geleng kepalanya, tersenyum dia melihat tingkah laku gadis yang
telah berjaya mencuri hatinya itu. Kereta
dipandu membelah jalanraya menuju ke Bukit Jalil.
Kenapalah aku ada bos yang tak cukup sifat. Kejap
baik, kejap jahat. Pastu boleh pulak nak paksa-paksa aku buat benda yang bukan
dalam job scope aku. Apa susah, minta tukar bahagian lain, jadi tak payah aku
asyik mengadap mood dia setiap hari.
Dalam hati sudah berkira-kira nak jumpa Puan Asmah HR Manager esok.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
kak has,
ReplyDeletemana bab 5 dan 6
Sorry dear, akak dah upload kembali bab 4 hingga 6. Enjoy reading..
Delete