Tuesday, 26 June 2012

CINTA LRT - Bab 11

(Akan kutunggu dirimu, walau seribu tahun lagi - Mr Sonata a.k.a Fareez)




Bab 11

 Aku tiba ditempat yang dijanjikan lebih awal setengah jam.  Sengaja tidak mahu terperangkap dalam kesesakkan lalulintas.  Sebenarnya aku ingin lihat siapa lelaki itu sebelum dia datang pada waktu yang ditetapkan.  Saat mataku melilau mencari siapakah gerangan lelaki itu, aku terpandang kelihat Fareez dihadapan restoran itu.  Jangan-jangan lelaki itu Fareez kot, cannot be. Aku tak sanggup nak berhadapan dengan mamat sengal tu.  Dahlah kat ofis garang semacam, pastu nanti kat sini buatnya dia kepala sengalnya tu, mampus aku. Baik aku cabut sebelum dia nampak.

Belum pun sempat acara larianku bermula, terasa bahuku ditepuk dari belakang.  Aku menoleh dengan muka terkejut aku lihat Fareez suda berada dibelakangku.  Dia berdiri sambil berpeluk tubuh, aku perhatikan pakaiannya. T’shirt hitam, seluar jean dan lagi haru aku lihat dia memakai cap warna merah.  OMG..memang itulah cirri-ciri Mr Sonata, baik aku pura-pura.

Encik Fareez, kebetulan ya. Saya tak tahu pula Encik datang sini. Aku cuba buat cool sedangkan dalam hati dah mengelabah.

Awak buat apa kat sini? Soalnya padaku.  Fareez sudah meneliti aku dari atas hingga ke bawah.  Jangan mamat ni ingat aku Ms Sonata sudah, haru pula nanti.  Fareez masih merenung gadis dihadapannya, senyuman sudah terukir dibibirnya.

Sudahlah Fareeza, jangan nak mengelat lagi. Saya tahu awaklah Ms Sakura? Ujarnya sinis.

What? Err..errr taklah, Encik salah orang ni.  Aku cuba berdalih, tidak mahu dia tahu siapa aku.

Fareeza, with your entire as describe by Ms Sakura memang confirm itu you. So, please do not act anymore.

Aku lihat penampilanku dan aku lihat dia juga.  Memang seperti yang kami berdua gambarkan semalam.  Dah sah-sah memang Fareez adalah Mr Sonata dan Aku Ms Sakura.

Come, follow me. Jangan nak duk termenung lagi. Apa kata kita masuk dan saya belanja awak.

Aku hanya mengekorinya dari belakang, tidak mahu bertekak lagi. Orang ramai asyik memerhatikan gelagat kami berdua sejak tadi.  Daripada dapat malu baik aku ikut aje mamat ni.

Tak sangka yang awak rupa-rupanya Ms Sakura. Ujarnya setelah kami duduk didalam Restoran Kenny Rogers.  Aku hanya terus mempamerkan senyuman, tidak mahu mengiakan atau mengidakkannya.  Makanan dan minumanku semuanya dipesan oleh Fareez tanpa bertanya kepadaku.

Fareeza, awak ni kenapa. Dari tadi ayik senyap aje, tak suka ke?

Bukan tak suka Encik, cuma agak terkejut dengan pertemuan ini.

Awak nikan, kat sini tolong panggil nama ye.

Kenapa plak, Encik kan bos saya.

Itu kat ofis, sekarang kita kat luar. So, as a friend saya nak awak panggil nama aje.

Suka hati Encik lah.

Lagi-lagi Encik, lagi-lagi encik, bosan saya tau. Cuba panggil nama atau nak mesra panggil Abang. Saya lagi suka.  Aku buat muka, malas nak layan ayat terakhirnya itu.

So apa reaksi awak bila tahu siapa Mr Sonata.

Terkejut, tak sangka dan juga tidak percaya sebab awak adalah orang itu.  Rasa menyesal pun ada.  Kataku sengaja ingin melihat reaksinya pula.

Macam tu sekali, dasyat pula.  Kenapa? Saya tak layak ke.  Saya ingat awak akan kata hensem ya Mr Sonata atau macho ke, sejuk sikit hati saya ni.   Aku menjuih bibirku tanda tidak setuju dengannya.

Baik awak simpan muncung tuh sebelum saya kiss awak kat sini.

Gulp… cepat-cepat aku tekup mulutku.

Tahu takut, saya ni lelaki gentlemen lar.  Takkan saya nak buat kalau belum halal lagi. Tentu saya tunggu malam pertama baru saya… ehem..ehemm.  Sabar jelah, rasa macam nak sekeh kepala mamat ni.

Hampir 3 jam kami berlegar-legar di Alamanda tanpa membeli apa-apa.  Kakiku sudah sakit-sakit, nasib baik aku pakai sneekers.  Fareez masih setia disebelahku, sejak keluar dari restoran hingga kini tiada satu patah pekataan pun keluar dari mulutnya.  Mamat ni dah bisu ke? atau sengaja nak dera perasaanku.

Awak? Boleh kita duduk kat sana, kaki saya dah lenguh ni. Aku tunjuk ke arah deretan kerusi dihadapan kami.

Aku cuba duduk agak berjauhan dengannya, cuba tidak bersentuhan.  Dia pula hanya diam membisu, aku kebosanan.

Awak, sampai bila kita nak macam ni?

Maksud awak, saya kurang jelas.

Ye lah, takkan nak jalan-jalan pastu senyap aje dari tadi.

Awak lupa ye, kan semalam saya kata nak temankan awak. So, saya tengah temankan awak lah ni.

Saya tahu, tapi kalu masing-masing membisu. Baik saya duk kat rumah tengok TV ke, atau layar internet. Confirm ada suara.

Fareez gelak, mula-mula perlahan lama-lama kuat juga.  Sampai orang yang lalu memandang-mandang kearah kami berdua.  Aku cubit lengannya, Aduh! Padan muka.

Awak ni kenapa? Sakit tau.

Padan muka awak, saya cakap betul-betul awak main-main. Dah lah, saya nak balik. Sentak aku bangun, tapi lenganku dicapai dari belakang.  Aku toleh, Fareez sedang mengapai lenganku.

Duduklah, masih awal lagi. Temankan saya.  Aku duduk semula, tanganku masih digengam erat olehnya.  Aku tarik perlahan-lahan tanganku tidak mahu terus dalam genggamannya, terasa mukaku merah, malu dengan perlakuannya.

Ops, sorry. Saya tak sengaja. Fareez  menghadiahkan senyuman manis kepadaku.

Aduh! Tiba-tiba kerkumandang lagu “Jatuh Cinta Lagi” didalam hatiku.  Sabar-sabar Fareeza,  kau masih dalam proses berkenalan.  So, no jatuh-jatuh cinta okay. 

Kami berjalan menikmati panorama sambil berbual-bual, kadang-kadang tercetus juga gelak dan tawa dibibir kami berdua.  Fareez gemar berceloteh, malah suka berlawak.  Aku senang berada disampingnya, walaupun karekter sekarang amatlah berbeza ketika di pejabat.  Kalaulah orang lihat, tentu mereka kata pasangan ini kelihatan bahagia sekali.

Lebih kurang jam 8 malam, aku sampai ke rumah.  Penat juga berjalan dengan mamat sengal tu. Dahlah aku ni kategori comel, sah-sahlah jalan pun langkah pendek. Bukan macam dia yang tinggi lebih kurang 6 kaki dengan langkah yang panjang.  Memang tak cukup kaki aku berjalan untuk bersaing dengannya.  Solat Asar dan Magrib aku dirikan di surau yang ada di Alamanda, tidak mahu terlepas.  Aku juga kagum melihat dia juga turut sama menyertaiku bersolat di surau yang berhampiran.

Aku rebahkan diri diatas sofa, penat berjalan masih terasa.  Terimbau kembali saat-saat ketika bersamanya, Fareez sangat menjaga tingkah laku. Kami berjalan seiringan tanpa ada sentuhan.  Cukup gentlemen dengan gaya macho seorang lelaki.  Jatuh cinta lah aku padanya, entahlah.  Lantas aku bawa diri kebilik, ingin mandi dan solat isyak sebentar lagi.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Fareez sampai dirumah kira-kira 9 malam. Dia singgah di masjid berhampiran untuk menunaikan solat isyak.  Tidak mahu melengah-lengahkan suruhan Yang Maha Esa.  Hari ini dia rasa amat gembira sekali, perasaan itu telah lama hilang sejak dia kehilangan Aneesa 3 tahun dahulu muncul semula.  Adakah disebabkan sikap Fareeza yang ceria, petah berkata-kata dan sesekali manja membuatkan dia rindunya pada Aneesa terubat.  Dalam diam, hati ini seperti sudah terpaut dengan keayuan wajahnya.   Deringan telefon bimbitnya menghentikan lamunan Fareez, terpapar nama mama diskrin. 

Assalamualaikum mama

Waalaikumusalam anak mama, sihat?

Sihat, mama?

Mama pun sihat walafiat.  Sayang kat mana?

Feez kat rumah, baru balik jumpa kawan.

Kawan ke girlfriend. Macam gembira aje suara mama dengar.

Kawan perempuan, but no girlfriend. So, ada apa mama call Feez.

Takkan mama tak boleh call anak mama. Rindulah, bila Feez nak balik?

Insyaallah, hujung minggu ni Feez balik. Lagipun dah lama tak rasa masakan mama.

Kalau macam tu balik, mama akan masakan makanan kesukaan Feez sambal tumis udang.

Marvelous, thank you mama.

Mama tunggu tau, bye sayang. Assalamualaikum.

Waalaikumussalam mama.

Talian dimatikan, Fareez menyandarkan tubuh disofa.  Difikirannya terdetik ingin membawa bersama Fareeza untuk diperkenalkan kepada ahli keluarganya.  Mahukah gadis itu menuruti permintaannya yang satu itu, ataupun gadis itu pasti keberatan.  Tapi kalau belum dicuba, belum tahu bukan. Ah, tanya ajelah bukannya luak pun.  Bisik hati kecilnya.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

(Jangan asyik teringatkan kenangan silam Feeza, bangkit dan mulakan hidup baru. Aku pasti itu kehendak arwah Asyraf. ~ Fariha a.k.a sahabat setiaku dikala suka dan duka.)


2 comments:

  1. saya datang. Hehehe. ;) ooo, baru sempat menjenguk blog kamu. cewah..

    ReplyDelete
  2. alamak, malunyer.. sy nih sekadar suka-suka aje. terima kasih kerana sudi menjengah ke blog sy yg x seberapa sempurna ni.

    ReplyDelete