**Khas buat RK, entry baru. heheeee...
Jutaan terima kasih juga buat semua pembaca yang sudi membaca cerita yang tak seberapa ini. Bab 21
“Betul ke Jef, perempuan dalam gambar ini adalah tunang kepada Fareez?” Soal Dyana kepada Jeffrey setelah
melihat beberapa keping gambar Fareeza.
Dia seperti tidak percaya bahawa tunang Fareez rupa-rupanya adalah
setiausaha kepada lelaki itu. Masih dia
ingat wajah kelat Fareeza sewaktu dia merempuh masuk ke bilik lelaki itu tempoh
hari. Dan wajah ini jugalah yang telah ditamparnya
ketika mereka bertemu di Mid Valley beberapa minggu yang sudah, tak sangka ya.
Tenyata dunia ini
bukannya besar sangat, tak susah untuk dia mencari siapa perempuan yang telah
menjadi tunang kepada lelaki itu. Dyana
meramas-ramas gambar itu, hatinya sakit kerana cintanya terhadap Fareez tidak
berbalas. Sudah bertahun-tahun dia
menyimpan perasaan terhadap lelaki itu, sejak mereka sama-sama menjejaki kaki
di kolej dan juga ketika mereka belajar di Harvard dulu. Tetapi lelaki itu menolaknya dengan alasan dia
hanya menggangap Dyana tidak lebih sekadar teman biasa saja. Hatinya Dyana sakit, tidak sangka Fareez
sanggup menolaknya sedemikian rupa.
“Betul
sayang, I terserempak mereka ketika menaiki LRT sebulan yang lepas. Bila you cerita
tentang Fareez
yang kini sudah betunang. Terus I
teringat akan perempuan ini.”
“Bukankah perempuan ini yang bekerja sebagai setiausaha Fareez?”
“Yup,
she’s working with Fareez. Her name is
Fareeza Afrina.”
“Really?
Sekarang ini I nak you terus ikuti pekembangan perempuan ini dari masa ke
semasa. I nak tahu semua tentang
dia. Everything about her, including
where she live.”
“You
nak buat apa dekat dia sayang? Are you trying to do something fishy to her?”
Dyana tidak
menjawab, malah hanya mempamerkan senyuman.
Jeffrey mula cuak melihat wajah Dyana seperti seseorang yang menyimpan
perasaan dendam yang teramat dalam. Walaupun
begitu, dia tidak pula ingin mencegah perbuatan gadis itu, bahkan berjanji akan
menolong Dyana dalam menjalankan misi balas dendamnya itu. Jeffrey ingin membuktikan kepada Dyana yang
dia sanggup lakukan apa saja deminya.
“But sayang, you already have me. Why don’t you just leave them alone.”
“No, I want them to suffer. I nak
Fareez rasa macam mana yang pernah I rasakan sewaktu dia menolak cinta I.”
“Sayang, itu dulu when both of you were in London.
Tak kan
you masih simpan perasaan terhadap Fareez.
You have me now? “
“Jef, I cuma nak balas dendam saja.
After that, finish.”
“Okay sayang, as you wish. I akan
tolong you. But now, I need you…”
Jeffrey menarik
badan Dyana merapatinya, ingin bercumbu dengan perempuan itu. Namun Dyana menolaknya, seperti tidak
sudi. Jeffrey tetap ingin meneruskan
niatnya itu, tapi sekali lagi ditahan oleh Dyana.
“No Jef, not now. I’m tired,
maybe next time.” Dyana menolak,
namun Jeffrey mengemaskan lagi pelukannya.
“Honey, I miss you. It’s been a while we not being together. Next month I’m busy with all the photo shoot in
Jakarta.” Jeffrey mengucup bibir Dyana, tidak tahan
dengan godaan demi godaan yang dipamerkan oleh Jeffrey, Dyana sekali lagi tewas
dalam dakapan dan asmara
yang diciptakan oleh Jeffrey.
“I love you so much sayang.” Ujar
Jeffrey lalu membenamkan wajahnya ke leher jinjang milik Dyana. Tapi Dyana tidak begitu, didalam hatinya
masih ada Fareez. Dan Jeffrey hanya batu
loncatan baginya untuk merebut kembali Fareez dari perempuan itu.
Selesai adengan
asmaranya dengan Jeffrey, Dyana bangkit perlahan-lahan dari katil meninggalkan
lelaki itu yang sedang lena dibuai mimpi indah.
Ditangannya terdapat sampul surat
yang mengandungi gambar-gambar Fareeza.
“Fareeza, urusan diantara kau dan aku masih belum selesai. Tunggu, aku akan buat kau menderita sehingga
kau tahu siapa aku sebenarnya.” bisik hati Dyana yang penuh dengan dendam.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Villa
Sakura…..
Sejak jam 6
petang lagi, perkarangan banglo 2 tingkat itu dipenuhi oleh orang ramai. Walaupun majlis itu hanya akan bermula selepas
solat magrib, namun keadaan disekitar banglo agak sesak. Dihalaman rumah tersergam 4 buah khemah yang
menempatkan beberapa buah meja dan kerusi berserta tempat letak makanan. Pihak catering yang ditempah oleh Puan Sri
Mahani sudah bersedia awal-awal lagi, seperti majlis perkahwinan pula keadaan
disini.
Fareez masih
berada didalam biliknya, bersiap-siap
ingin turun menyertai orang ramai yang ada dibawah. Sewaktu dia berada dibalkoni, dia terpandang
wajah yang amat dirinduinya itu. Fareeza
sudah datang bersama-sama mamanya. Tanpa membuangkan masa, terus dia turun
untuk mendapatkan kekasih hatinya itu.
Tiba dipintu
hadapan, mereka bertembung. Mata saling
bertatapan, lama Fareez memerhatikan susuk tubuh Fareeza yang manis berbaju
kurung moden berwarna ungu muda bersama tudung yang sama warna bajunya. Tanpa menyedari ada sepasang lagi mata sedang
memerhatikan gelagat mereka berdua.
“Ehem..ehemm.. sudah-sudahlah tu Fareez, tak lama lagi saja.” Sapaan Umi membuatkan Fareeza
malu. Fareez pula hanya tersengih sambil
menggaru kepalanya yang tidak gatal.
“Jom Feza, ikut umi naik ke atas sekejap. Ada
sesuatu yang ingin umi berikan pada kamu.
Mama kamu mana?”
“Dia ke dapur umi, tadi kami ada
bawa sedikit buah tangan. “
“Mari, kejap lagi majlis dah nak mula.”
Ujar umi lantas menarik tangan Fareeza menuju ke
tingkat atas. Sempat Fareez mengenyit
matanya kepada Fareeza sebelum dia berlalu pergi.
Sampai di pintu
bilik atas, umi menarik tangan Fareeza masuk bilik tidurnya. Lalu umi mengeluarkan sesuatu dari almari
bajunya. Sebuah kotak berbentuk hati
diberikan kepada Fareeza.
“Apa ni umi?”
“Feeza bukalah.”
Alangkah terkejut
Fareeza melihat seutas rantai emas berserta loket yang berbentuk hati berwarna
merah. Tidak tercapai dek akalnya akan
memiliki seutas rantai yang boleh dikatakan kelihatan mewah kepada si
pemakainya.
“Maaf umi, Feeza tak boleh terima
hadiah semewah begini. Tak biasa.” kata Feeza sambil
menolak kembali kotak pemberian Puan Sri Mahani.
“Terimalah, lagipun memang umi belikan khas untuk menantu umi ni. “
“Tapi umi, rantai ini kelihatan mewah dan tak sesuai untuk Feeza.”
“Sapa kata, anggaplah ini hadiah perkahwinan kalian berdua nanti. Umi harap Feeza suka kan nya.”
“Feza suka umi, terima kasih.” Ujarku lantas
memeluk umi Fareez. Terasa betapa ikhlasnya kasih sayang yang mengalir dari
tubuh umi meresap dalam hati ini.
“Dah, jom kita turun. Nanti mama
kamu cari pula, sebelum tu umi pakaikan dulu rantai ini ya.”
Tanpa menunggu
persetujuan dariku, terus umi mengalungkan rantai itu dileherku. Diselak perlahan tudungku agar mudah untuk
dipakainya. Walaupun tidak kelihatan
disebabkan terlindung oleh tudung yang aku pakai, namun aku dapat rasakan betapa
cantiknya rantai ini dileher jinjangku.
Kami menyusun langkah menuju ke bawah, umi
terus menapak ke dapur untuk bertemu dengan mama. Manakala aku melangkah menuju ke bahagian
hadapan, niat dihati ini mencari si dia.
Tidak aku temui si dia, mungkin dicelah-celah orang ramai yang sudah
memenuhi ruang hall untuk memulakan bacaan Yassin dan juga doa selamat. Lantas aku menapak ke dapur ingin membantu
mama dan umi.
Selesai bacaan
Yassin dan doa selamat, orang masjid dipersilakan menjamu selera dikhemah yang
disediakan. Kini tiba masa yang
dinantikan, abah mengisyaratkan agar aku dan Fareez bersedia.
Kami menuju di
ruang hadapan khemah yang menempatkan speaker dan microphone. Abah seperti biasa akan memberikan sedikit
ucapan. Selesai berucap, abah mula
mengumumkan tentang pertunangan dan juga majlis perkahwinan yang akan bakal
diadakan tidak lama lagi.
“Hadirin sekali, terima kasih kerana sudi datang ke majlis kesyukuran
ini. Tujuan saya mengadakan majlis ini
adalah untuk mengumumkan bahawa anak lelaki saya, iaitu Fareez Zafriel akan
menggantikan tempat saya sebagai CEO bar Fakhrul Holdings berkuatkuasa
serta-merta. Dan beliau juga telah
selamat bertunang dengan Fareeza Afrina.
Mereka bakal melangsungkan majlis perkahwinan dalam masa 2 bulan lagi.”
Sebaik sahaja Tan
Sri Fakhrul membuat pengumuman itu, kesemua pekerja Fakhrul Holings memandang
sesama sendiri. Tidak percaya bahawa
lelaki yang selama ini mereka sangka hanya pengurus biasa di pejabat itu
sebenarnya adalah anak kepada Tan Sri Fakhrul. Lebih memeranjatkan mereka
semua, adalah pertunangan diantara Fareez dengan Fareeza.
Ada yang suka mendengar berita itu, tak
juga ada yang mencemuhnya. Tapi bagi
Fariha yang merupakan sahabat kepada Fareeza berasa amat terkilan kerana
sahabatnya itu tidak pernah memberitahu perkara ini kepadanya. Dan Jamie, lagi terkejut setelah mengetahui
yang Fareeza sudah menjadi milik Fareez.
Terpancar kekecewaan diwajah mereka berdua, seorang kecewa kerana
sahabat dan seorang lagi kecewa kerana cintanya tidak berbalas.
Fareeza terkesan
melihat wajah keruh Fariha dan Jamie, lantas dia menghampiri mereka berdua.
“Fariha, aku minta maaf.” Tangan
sahabatnya itu digenggam erat, ingin menzahirkan rasa kesal kerana tidak
beritahu hal yang sebenarnya kepada sahabatnya itu.
“Ye lah, siapalah
kan aku
ni. Cuma seorang sahabat yang hanya
diperlukan ketika waktu susah saja, ketika senang aku kau lupakan. “ Sungguh
lirih kedengaran suara itu. Cepat-cepat
aku memeluk sahabatku ini, ingin menyatakan betapa aku amat bersalah kerana
tidak memberitahunya awal-awal lagi.
Pelukanku dirungkai, tiba-tiba aku lihat ada senyuman dibibir
Fariha. Ah, sahabatku ini memang seorang
pemaaf.
“Tak Fariha, aku
yang bersalah kau adalah sahabat aku selamanya. Aku perlukan kan kau sentiasa berada disisiku walaupun
aku sudah menjadi tunang Fareez.” Ujarku
kepadanya.
“Aku
maafkan kau, lain kali kau kena ceritakan kepada aku ya.”
“Aku
janji.” Dan jari keliking
kami bertaut. Dan sekali lagi kami
berpelukan. Tanpa menyedari
Jamie menghampiri kami berdua.
“Congratulations Fareeza, I hope you wil happy with this enggement. “
“Thank you Jamie. I hope we still can be friend.”
“Sure, I always be your friend..”
Aku kalih pandang
ke arah Fariha, dia merenungku seperti
ingin menyatakan ‘kau kena ceritakan padaku’.
Aku mengerti akan bahasa matanya itu, lantas aku menggangukkan
kepalaku. ‘Insyaallah, aku akan
ceritakan semuanya kepada kau nanti’.
Fareez mendekati
kami bertiga, dia berdiri bersebelahanku.
Senyuman dilemparkan kepada kami bertiga, tanganku digenggam erat.
“Seronok bercerita, boleh join sekali?”
“Alah cerita biasa-biasa saja
Encik Fareez. By the way, tahniah sebab
sudah berjaya memikat hati sahabat saya ini.
Dan saya harap Encik akan menjaga dia sebaik-baiknya.” Ujar
Fariha kepada Fareez.
Fareez tersenyum
mendengar nasihat yang diberikan oleh Fariha.
Genggaman ditanganku dieratkan lagi.
“Insyaallah, saya akan jaga dia seperti mana saya menjaga nyawa saya
sendiri. Itu janji saya kepada awak, dan
saya harap awak doakan kebahagian kami ini.”
“Saya akan sentiasa mendoakannya.”
Amin.. sambutku dan juga Fareez serentak.
Malam itu kami
berbual –bual panjang, Jamie aku lihat lebih banyak mengelamun dan hanya
mendengar perbualan aku, Fariha dan juga Fareez.
Waktu sudah
hampir pukul 11 malam ketika Fariha dan Jamie pulang. Aku dan mama masih berada disini walapun
sudah agak lewat. Ingin pulang ke rumah,
tetapi ditegah oleh umi. Katanya lebih
baik bermalam disitu kerana esok adalah hari Ahad. Lagipun umi masih ingin berbual-bual lagi
dengan mama.
“Ini bilik tetamu, bilik kita nanti ditingkat atas.” Kata
Fareez sambil mengenyit matanya kepadaku.
Membutang mataku saat melihat sengihan nakalnya itu. Nasib baik mama masih berada diruang tamu bersama
dengan umi. Kalau tidak tentu mama boleh
lihat betapa gatalnya bakal menantunya ini.
Sewaktu aku ingin
memulas tombol pintu, Fareez sempat berbisik ditelingaku.
“Sweet dream sayang, jangan lupa mimpikan saya nanti.” Bersama
ucapan itu, Fareez berlalu dengan sengihan nakal dibibirnya. Aku menjelirkan lidah, tanpa protes. Fareez pula kau lihat ingin menghampriku
semula, namun belum sempat Fareez berbuat apa-apa, aku sudah masuk ke dalam
bilik dan menguncinya dari dalam. Padan
muka dia!
Rupa-rupanya
gelagat kami berdua tadi mengundang rasa bahagia dihati Tan Sri Fakhrul, dia
yang ketika itu sedang berjalan menuju ke kamarnya. Tan Sri Fakhrul percaya Fareez akan bahagia
bersama Fareeza nanti. Tak sabar rasanya
ingin menyatukan mereka berdua secepat mungkin, bolehlah Mahani dan dia bercucu
lagi.
============================================================================
~Bersambung~
**Kepada pembaca setia, segala komen-komen anda adalah amat dialu-alukan. Tanpa anda semua siapalah saya. Sayang kat anda semua, muah.... :-)
No comments:
Post a Comment