Bab
22
Keesokkan
harinya, rumah banglo 2 tingkat ini dikunjungi oleh tetamu yang tidak
diundang. Kedatangan Dyana hampir sahaja
ingin memusnahkan suasana yang indah dipagi itu.
“Maaf kerana menggangu semua.
Kedatangan saya disini adalah untuk menuntut kembali janji yang pernah
dimenterai oleh kami berdua suatu masa dahulu.”
“Janji? What nonsense Dyana.” Fareez sudah mula
cuak dengan sikap Dyana.
Dyana
mengeluarkan sesuatu dari sampul surat . Kelihatan
seperti sepucuk surat yang tertera perjanjian diantara Dyana
dengan Fareez.
Membuntang mata
Fareez kala melihat surat
perjanjian yang mempunyai tandatangannya.
Seingatnya dia, ini adalah kali pertama dia melihat surat ini.
Bagaimana surat ini ditandatangan olehnya
sedangkan dia sendiri tidak tahu akan kewujudan surat perjanjian seperti ini.
“Tidak abah, umi ini semua perangkap.
Mana mungkin Fareez berani buat kerja gila ni.” Kata Fareez, kemudian dipalingkan
wajahnya ke arah Fareeza.
“Fareeza, saya difitnah. Saya tidak pernah mencintai orang lain sebelum
saya bertemu dengan sayang” Tangan Fareez diraih, ingin memohon
pengertian dari gadis itu.
Fareez meraup wajahnya,
rambutnya sudah kusut dikerjakan. Dia
tidak sangka kegembiraan semalam bertukar menjadi huru-hara gara-gara onar
Dyana.
Tan Sri Fakhrul
kelihatan tenang mendengar butir bicara tetamu tidak diundang itu, manakala
Puan Sri Mahani memberikan renungan tajam kepada Fareez dan Puan Rohani pula
hanya mampu memandang wajah sayu anaknya.
“Cik Dyana, saya mahu meneliti dahulu surat perjanjian ini. Saya akan minta peguam syarikat membuat semakkan
terlebih dahulu, dan jika benar surat perjanjian ini sah, maka saya akan minta
anak saya bertangungjawab diatas kesalahan yang dia lakukan ini.” tersentak semua yang ada di ruang tamu itu
setelah mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Tan Sri Fakhrul.
Wajah kelat
Fareez dipandang dengan pandangan serius oleh Puan Sri Mahani yang dari tadi
hanya menjadi pendengar setia. Dia kalih
pandang juga ke arah bakal menantunya itu, kesian dia melihat wajah Fareeza
yang suram itu. Apa yang telah dilakukan
oleh Fareez memang tidak tercapai dek akalnya.
Dyana sudah
merasakan kemenangan akan berpihak kepadanya.
Dari tadi senyuman tidak lekang dari bibirnya walaupun sejak tadi Fareez
asyik bercakap kasar dengannya. Kali ini
Fareez pasti akan tunduk dengan kemahuannya itu. Akalnya berfikir untuk menghapuskan Fareeza
pula selepas ini. Biar lelaki ini tidak
dapat memiliki gadis itu, dan hanya dia yang akan menjadi pendamping lelaki itu.
“Macam ini lah Cik Dyana, kita kan
selesaikan masalah ini secepat mungkin.
Sekarang saya minta agar Cik Dyana pulang dahulu. Nanti saya akan khabarkan semula
keputusannya. Saya harap Cik Dyana
bersabar dan tunggu panggilan dari kami sekeluarga.”
“Kalau Tan Sri dah cakap begitu saya turutkan. Tapi satu yang saya pinta, selagi masalah ini
belum dapat diselesaikan selagi itu Fareez tidak dibenarkan berkahwin dengan
perempuan ini.” Ujar
Dyana sambil menunding jari ke arah Fareeza yang duduk berhadapan dengannya.
“Cik Dyana jangan risau, saya janji selagi semua ini tidak selesai
majlis perkahwinan mereka berdua tidak akan diadakan. Saya akan mencari bukti dan bila saya sudah
temui kebenarannya saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil sebarang
tindakan termasuklah terhadap Cik Dyana sendiri. Itu janji saya.” Tegas Tan Sri Fahkrul lagi.
Dyana tidak
takut, dia percaya rancangan yang dia buat tidak akan gagal kerana itu dia
yakin akan semua ini. Tidak ada orang
yang tahu tentang rancangannya termasuklah ahli keluarganya sendiri. Tapi bagaiman dengan Jeff, dia sayangkan aku
tentu dia tidak akan bocorkan rahsia ini.
“Baiklah Tan Sri, saya balik dahulu.”
Selepas berbincang dengan keluarga Fareez, Dyana
memohon diri. Tidak mahu berlama-lama
disitu, dia takut bila melihat renungan tajam Fareeza terhadapnya.
Sebaik sahaja
tetamu tidak diundang itu pergi, Fareez bangun
dari sofa lantas menarik tangan Fareeza agar mengikuti langkahnya. Kunci kereta diatas meja kecil dicapai, dia
berjalan pantas menuju ke luar rumah sambil berkata.
“Abah, umi, mama. Fareez pinjam
Fareeza sekejap, kami ingin berbincang dari hati ke hati. Pasal tadi Fareez minta maaf, bukan Fareez
yang tandatangan surat
itu. Fareez percaya kebenaran pasti akan
terungkap juga.”
Engin kereta
Honda CRV dihidupkan. Kereta dipandu
meninggalkan halaman rumah banglo 2 tingkat itu bersama Fareeza disisinya.
Dalam kereta
masing-masing membisu, Fareez tenang memandu manakala Fareeza lebih senang
membuang pandangan ke arah luar tingkap.
Bukan dia tidak sudi mahu melihat wajah Fareez, tapi hatinya rasa sakit
sangat dengan peristiwa itu tadi.
“Sayang masih marahkan saya?” Soal Fareez, dia
memanggilku dengan panggilan sayang.
“Tak ada apa yang hendak saya marahkan, perkara dah pun terjadi.”
“Jadi sayang nak cakap yang sayang dah tak percayakan saya, begitu?”
“Kan saya dah cakapkan dekat sayang, Dyana memang kenalan saya semasa
kami bersama-sama belajar di Harvard dulu.
Tapi sekadar teman biasa sahaja, tidak lebih dari itu. Lagipun ketika itu saya masih belajar lagi
takut akan melalaikan saya.”
“
“Itu saya tak boleh nak komen.
Sebab saya sendiri baru kali pertama melihat surat itu.
Tak mustahil dia palsukan tandatangan saya untuk membuat perjanjian
bodoh seperti itu. Saya tak bodoh, saya
masih kenal mana itu cinta dan mana itu nafsu semata-mata.”
“Jadi awak masih nak menafikannya, macam tu? Sungguh saya tak sangka
sungguh cetek akal permikiran awak Fareez.”
Ejekku padanya.
“Saya menafikan sekeras-kerasnya dan saya tahu saya difitnah. Dan saya harap Abah dapat mencari dalang
disebalik surat
perjanjian itu nanti.”
“Sudahlah Fareez, saya tak mahu bergaduh lagi dengan awak. Sekarang hantar saya balik.”
“Not now Feeza, until I finish with you.
Hal ini mesti diselesaikan juga hari ini.” Sebaik sahaja berkata demikian,
Fareez menghentikan keretanya dikawasan tempat letak kereta diTaman Jaya.
Nasib baik hari
ini tidak ada ramai pengunjung, jagi taklah teruk sangat kalau kami bertekak
disini. Aku turun dari kereta terus
menuju ke arah bangku yang kosong bersebelah kawasan permainan kanak-kanak. Fareez melabuh punggung disebelahku, tapi aku
tidak sedikit pun menoleh ke arahnya.
Geram dan rasa sakit hati masih lagi bersisa dalam hatiku ini. Agak lama kami tidak bertegur sapa, akhirnya
Fareez mengambil keputusan pergi meninggalkanku sendirian disini. Kemana? Aku sendiri sudah tidak ambil peduli.
Aku kalih pandang
kehadapan, terpandang seorang lelaki yang berusia dalam lingkungan 50an sedang merayau-rayau tanpa arah tujuan. Pakaiannya sudah lusuh dan seluarnya koyak
sehingga menampakkan peha dan betisnya.
Aku cuba mengimbas
raut wajahnya, dan alangkah terkejutnya aku apabila melihat sekujur tubuh yang
sudah lama aku rindui. Papa! Seruku tanpa aku sedari. Langkah lelaki itu terhenti saat mendengar
aku memanggilnya.
Feeza, hanya itu yang aku dengar keluar dari mulutnya sebelum
lelaki itu melarikan diri daripadaku. Namun langkahnya sumbang dan dia
terlanggar dengan batang tubuh Fareez.
Aduh! Serentak aku dengar suara Papa dan Fareez
mengaduh. Masing-masing aku lihat
mengosok kepala dan dahi mereka. Aku
lihat Fareez cuba
menolong Papa bangun.
“Pakcik tak apa-apa? “Soal Fareez dengan tangan yang masih
menggosok dahinya.
“Pakcik okay, maaf ya Encik.” Katanya
pula. Aku masih lagi tidak berganjak
dari tempat tadi, padanganku tetap pada wajah Papa dan Fareez.
“Papa! Tunggu.” Jeritanku mengundang rasa hairan dihati Fareez. Apabila Papa melihat aku ingin
mendekatinya, dia cuba melarikan
diri lagi. Pantas Fareez menyambar lengan
tangan Papa membuatkan dia tidak dapat melarikan diri lagi.
Ketika aku
mendekati papa, bau hapak menusuk hidungku.
Aku menangis melihat keadaan papa yang tidak terurus. Tanpa pedulikan renung dari Fareez, aku
memeluk papaku. Teresak-esak aku dalam
dakapannya. Tidak ku hirau akan badannya
yang berbau hapak itu, aku masih memeluknya erat.
Perlahan-lahan
aku leraikan pelukan. Aku tarik papa ke
tempat duduk yang berhampiran tempat
kami berdiri.
“Ke mana papa pergi selama ini. Dah puas Feeza dan mama mencari.” Soalku
kepadanya. Airmata yang mengalir tidak
aku hiraukan. Fareez pula sudah
mengambil tempat disebelahku, dia memberi isyarat mata. Aku faham akan isyaratnya itu, lalu aku
dekatkan mulutku ditelinganya dan berbisik. “Papa saya.” mengerti
akan kataku, dia terus pergi menjauh memberi peluang untuk aku berbual-bual
dengan lelaki yang aku mengaku sebagai papaku.
“Papa minta maaf Feeza, kerana kealpaan dan keseronokkan papa lupakan
mama dan juga kamu. Papa tinggalkan keluarga yang tersayang hanya kerana cinta
palsu seorang perempuan GRO.”
“Feeza maafkan papa, semua manusia tidak pernah lari dari membuat
kesilapan. Dan Feeza percaya papa
sudahpun bertaubat.”
“Papa betul-betul menyesal Feeza.
Tapi papa malu hendak pulang kepangkuan mama kamu, terlalu besar dosa
papa terhadap mama kamu tu.”
“Pa, Feeza percaya mama tentu akan memaafkan segala perbuatan papa yang
dulu. Asalkan papa insaf dan ingin
kembali kepangkuan keluarga.” Aku mengusap belakang papa, ingin
meredakan esaknya.
“Kita balik ya pa, kesian kata mama yang sentiasa berdoa agar papa
pulang kepangkuan kami semua.”
“Tapi Feeza.”. belum
sempat papa meneruskan kata, Fareez sudah terlebih dahulu memotong, ditangannya
ada sehelai T’shirt dan seluar track bottom
“Apa kata pakcik ambil pakaian ini dan pergi salin ditandas, kami tunggu
disini.” Fareez
menghulurkan sepasang T’shirt dan juga seluar track bottom kepada papa. Aku tengok papa agak ragu-ragu ingin
mengambil pakaian itu dari tangan Fareez.
“Jangan risau, ini baju saya.
Lagipun saya tengok saiz kita berdua lebih kurang sama saja.” Huluran baju Fareez papa terima,
bergegas dia pergi ke tandas untuk menukar pakaian itu.
Aku menarik nafas
lega. Fareez mencuit lenganku, faham
akan isyaratnya itu. Aku ceritakan
semuanya perihal papa kepadanya. Fareez
tekun mendengar sesekali dia mencelah bertanya itu dan ini.
“Fareez, saya nak bawa papa pulang.
Tentang hal tadi, nanti kita bincang semula.” Ujarku
kepada Fareez. Dia hanya mengganguk
kepala.
“Feeza.”. Papa menghampiri kami berdua setelah selesai menukar
pakaiannya. Wajahnya sudah tidak secomot
tadi dan aku lihat ada sedikit air menitis dari rambutnya.
“Papa, ini Fareez. Tunang dan
bakal suami Feeza.”
Fareez
menghulurkan tangan, Papa menyambutnya. Mereka
berpelukan seketika, sekali lagi aku lihat airmata papa menitis.
“Jom kita balik pa,” aku mengajaknya pulang. Papa menggeleng kepala, tanda tidak setuju
dengan cadanganku.
“Papa malu, lagipun tentu mama kamu dah benci kat papa.”
“Tak pa, mama selalu menunggu kepulangan papa. Kadang-kadang Feeza tengok mama selalu
termenung.” Ujarku, dan
papa masih tetap menggeleng kepalanya tanda tidak setuju denganku.
Aku tarik hujung
baju Fareez, memintanya agar menolongku agar memujuk papa pulang. Mengerti akan isyarat yang aku berikan,
Fareez bersuara.
“Macam nilah pakcik, apa kata pakcik tinggal kat rumah saya buat
sementara waktu. Lagipun saya tinggal
sendirian.” Aku terpanar
dengan kata-kata Fareez, sungguh aku terharu dengan kebaikannya.
“Pakcik tak nak susahkan Fareez ataupun Fareeza, nanti apa kata orang
tua kamu.” Papa masih lagi
berdolak-dalih. Fareez memberi isyarat agar aku menjauhkan
diri dari mereka berdua. Mungkin Fareez
ingin berkata sesuatu yang tidak mahu aku dengar, orang kata ‘men’s talk’.
Selang beberapa
minit aku lihat mereka berdua menghampiriku.
Fareez memberikan senyuman kepadaku seperti memberitahuku yang papa
sudah setuju akan cadangannya.
“Apa kata kita pergi makan dulu, sayang lapar tak?” soal Fareez kepadaku. Aku hanya mengangguk tanda setuju.
Petang itu aku
rasa gembira sekali, biarpun masalah diantara aku dan Fareez masih belum
selesai. Tapi disebabkan kehadiran papa aku pendamkan dulu pemasalahan
ini. Dalam kereta aku tidak habis-habis
bercerita tentang mama, tentang pekerjaanku sekarang dan juga tentang
pertunangan serta majlis pernikahan yang akan diadakan tidak lama lagi. Sesungguhnya aku amat bersyukur kerana dengan
kehadiran papa, majlis pernikahanku bakal menjadi lebih istimewa lagi.
Acara makan malam
kami malam itu benar-benar meriah dengan gela k
tawa. Fareez pula seperti sudah serasi
dengan Papa. Macam sudah lama kenal
lagak mereka berdua. Dan aku
sesungguhnya amat terharu dengan penerimaan Fareez terhadap papaku.
Papa menginap
sementara dirumah bujang Fareez. Ini
adalah kali pertama aku menjejak kakiku
dirumah Fareez. Sebuah condo
mewah yang terletak di Bukit Jalil, berhampiran dengan stesen LRT Sri
Petaling. Pabila kakiku melangkah
masuk ke dalam rumah ini, aku
terpaku. Hiasan dalaman rumah yang
cantik dan berkonsepkan bali amat menarik perhatianku. Aku perhatikan sekeliling, terdapat sofa 3 seater dan juga sebuah kerusi rehat
yang terletak di sebelah kiri ruang tamu.
TV 42 inci plasma terlekat cantik didinding berserta set home theater
bersebelahannya. Meja kopi yang terletak
diruang tengah dihiasi dengan jambangan bunga lily.
“Insyaallah, tak lama lagi kita berdua akan tinggal disini. Inilah rumah dan syurga kita nanti.” kata-kata
Fareez mematikan lamunanku. Wajahku
merona kemerahan, malu. Fareez terus
berlalu menuju ke salah satu bilik di sebelah kan an.
“Pakcik, ini bilik tidurnya. Feez
harap pakcik selesa.” Ujar Fareez kepada papa.
“Terima kasih Feez, pakcik tak tahu macam mana nak balas budi kamu
Fareez.” Sayu kedengaran suara papa menyentuh hatiku. Fareez sekali lagi memeluk papa, buatkan aku
lebih terharu.
”Pakcik tak perlu berterima kasih pada saya,
anggap saja rumah ini macam rumah anak pakcik juga. Lagipun tak lama lagi saya
akan jadi menantu pakcik juga.” Kata
Fareez sambil menjeling ke arahku.
“Untung Feeza dapat suami macam Fareez ni ya, Papa tumpang gembira.”
Sekali lagi papa memeluk Fareez.
Airmataku tumpah lagi, tidak terbalas budi yang Fareez taburkan kepada
papaku. Memang benar aku bertuah kerana
dapat bakal suami seperti Fareez, tapi hatiku masih lagi ragu-ragu.
“Pakcik, hari pun dah malam, izinkan saya hantar Feeza balik. Lepas ini kita borak-borak lagi ya.” Fareez
meminta diri, dia ingin menghantar Feeza pulang ke rumah.
Dalam perjalanan
pulang, sempat Fareeza menceritakan sedikit sebanyak perihal keluarganya. Terutama berkenaan Papanya. Dia amat berterima kasih kepada Fareez kerana
sudi menjaga papanya buat sementara waktu ini.
Fareeza berjanji akan datang mengambil papanya semula bila keadaan sudah
mengizinkan.
“Fareez, terima kasih sebab sudi menjaga papa saya. Tentu saya
dah banyak menyusahkan awak.”
"Sayang, saya tak kisah kalau papa nak tinggal terus dengan saya.
Lagipun tak lama lagi papa sayang akan
jadi papa saya juga.” Fareez menggengam erat tangan Fareez, cuba menyadurkan
semangat kepada kekasih hatinya.
“Fareez, tentang surat perjanjian itu…”
belum sempat Fareeza menghabiskan bicaranya, Fareez
terlebih dulu mencelah.
“Saya faham kalau sayang masih keliru, cuma satu yang saya pinta supaya sayang
percayakan saya. Cinta saya hanya milik sayang dulu, kini dan
selama-lamanya.” Bersama-sama ucapakan kudus itu, satu ciuman hinggap
dibelakang tapak tangan Fareeza.
Tersentuh hati wanitanya dengan perlakuan Fareez. Sebuah senyuman manis dihadiahkan kepada
Fareez sebagai tanda dia percaya akan kejujuran lelaki itu.
“Memandangkan Papa sayang akan tinggal
sementara waktu dengan saya, saya izinkan sayang datang ke rumah kita bila-bila
masa yang sayang suka. Nah ambil kunci pendua ni” Fareez menyerahkan kunci
pendua kepada Fareeza sebelum gadis itu melangkah keluar dari keretanya.
“Terima kasih Fareez, kalau tak ada awak tak tahulah macam mana nasib
papa saya tu.” Aku mengambil kunci yang dihulurkan kepadaku.
"Jangan cakap macam tu sayang, papa awak kan bakal papa mertua saya.
Sudah tentu sudah menjadi tangungjawab saya untuk menjaga kebajikannya.” Kata-kata
Fareez membuatkan aku lega, sekurang-kurangnya aku tahu dia ada untukku.
Sebelum kau
melangkah keluar dari kereta, Fareez sekali lagi menahanku.
“Jangan lupa bagitau kat mama awak pasal papa. Cerita elok-elok kat
mama, harap-harap mama terima papa awak semula.” aku mengangguk kepala, mengerti
dengan apa yang cuba Fareez sampaikan kepadaku.
Selepas aku
menutup pintu pagar dan rumah, kereta Fareez melencur pergi meninggalkan
rumahku. Dan aku masih lagi ragu-ragu
untuk memberitahu kepada mama tentang papa.
Besok aku akan cari masa sesuai untuk berbincang tentang papa, harap
mama masih dapat menerima papa semula seperti dulu. Aku sebenarnya rindu ingin melihat keluarga
ini bersatu semula, itulah doaku setiap kali menunaikan solat. Nasib baik mama sudah tidur ketika aku
pulang, kalau tidak agak susah juga untuk aku ceritakan kepadanya.
Masalah aku
dengan Fareez pun belum selesai, kini muncul pula papa. Terpaksa aku lupakan
seketika permasalahan kami berdua.
Sekarang keutamaanku adalah Papa, aku harus kuat demi untuk menyatukan
semula keluargaku ini. Malam merangkak
pergi bersama perbagai persoalan dalam fikiranku. Tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi, aku lihat skrin terdapa sms masuk.
+ Syng jgn risau, kita akan hadapi dugaan
ini dgn tabah. Slmt mlm syg, mlm ni tido jgn fikir yg bukan-2. Dihati ini hanya ada syg seorang. Love you..
– Fareez
Aku tersenyum
takala membaca sms dari Fareez, memang aku rasa amat bertuah kerana
dipertemukan dengan lelaki sebaiknya.
Walaupun masalah di antara kami belum selesai, namun aku harap semua ini
adalah salah faham. Aku sendiri tidak
pasti apa yang akan berlaku jika aku benar-benar kehilangannya suatu hari
nanti.
No comments:
Post a Comment