Friday, 19 April 2013

SPEED - Cintaku Bukan Sekadar Di Meter Jalanan (Bab 29)


            “Dah habis merajuk?’usik Tengku Mikhail,  tubuhnya dilabuh duduk mengadap Kazrina.  Kazrina merengus, masih marah barangkali.

 

            “Sayang…”suara Tengku Mikhail sengaja dileretkan.  Kazrina menjeling, Tengku Mikhail tertawa kecil.

 

            “Apa yang kelakar sangat? Saya tak buat lawak antarabangsa okay.”marah Kazrina namun Tengku Mikhail masih enak mengertawakan dirinya.

 

            “Khail…”seru Kazrina geram.  Tengku Mikhail masih galak mengertawakan Kazrina.

           

            Okay, that’s it.  No more talking.  Rina nak merajuk panjang dengan Khail.”belum sempat Kazrina bangkit, lengannya diselar Tengku Mikhail.

 

            Nantilah…Khail nak bincang sesuatu dengan Rina. Duduklah dulu.”pinta Tengku Mikhail.  Kazrina mengalah, lantas dia duduk semula.

 

            Okay, 5 minute not more or less.”putus Kazrina tegas.

 

            “Huh..garangnya.  Nanti baby pun turut garang macam Mama dia.”komen Tengku Mikhail.

 

            “Khail…”sekali lagi Kazrina menjeling geram.

 

            “Okay..okay…Khail serius.”Tengku Mikhail mengalah, takut rajuk Kazrina berterusan.

 

            Spill out.”

 

            “Mula-mula sekali Khail nak minta maaf kat Rina.”

 

            “Sebab.”cantas Kazrina laju.

 

            “Pasal Julia.”mendengar saja nama itu disebut, Kazrina panas hati.

 

            “Kenapa dengan dia.”ada sinis dengan suara Kazrina.

 

            “Khail tak terangkan siapa dia sebenarnya pada Am.  Khail..Khail....”

 

            “Khail apa?”sergah Kazrina, Tengku Mikhail terkaku.

 

            “Yang Julia sebenarnya ada hubungan dengan Am sebelum Rina berkahwin dengan Am lagi.”terang Tengku Mikhail.  Kazrina mengeluh, tidak menyangka akan mendengar semua ini selepas apa yang berlaku padanya. 

 

            Kazrina sedih, sedih kerana terburu-buru menerima Am dahulu tanpa usul periksa.  Airmata Kazrina mengalir tiba-tiba, Tengku Mikhail mengelebah melihat keadaan Kazrina. 

 

            Tengku Mikhail mendekati Kazrina, dipeluk bahu wanita itu.  Diseka airmata wanita itu lembut. 

 

            “Khail sayang kat Rina.  Sejak dulu sehingga sekarang.  Tak pernah berubah biarpun sedikit.  Sebab Rina lah, Khail berubah dan sebab Rina Khail jadi begini.” Kazrina pelik, apa maksud Tengku Mikhail.

 

            “Apa yang Rina dah buat kat Khail?’soal Kazrina perlahan.

 

            “Semuanya..”

 

            “Semuanya apa? Rina tak faham.”terlintang garisan halus didahi Kazrina.  Tengku Mikhail tersenyum.

 

            “Cara hidup Khail, sikap kasanova Khail dan yang paling penting sekali ego.  Keegoan Khail yang telah musnah sejak Kazrina runtuhkan bentang keegoan itu.”jelas Tengku Mikhail sambil merenung kedalam mata Kazrina. 

 

            “Sampai macam tu sekali?”

 

            “Ya, dan Khail akui sekarang Khail tenang.  Arah dan tujuan hidup Khail juga turut berubah.”ujar Tengku Mikhail romantis.

 

            “Khail asyik cakap berubah, berubah, tapi Rina tengok masih sama saja.  Ayat kasanova masih ada, sifat nakal pun masih sama dan juga ego tu tetap sama juga.”bidas Kazrina.  Tengku Mikhail menjegilkan  matanya tanda tidak setuju.

 

            “Rina mengata Khail ya.?”rajuk Tengku Mikhail.  Kazrina tertawa kecil, lucu melihat wajah Tengku Mikhail yang merajuk. Comel sangat.

 

            “Betul apa, Khail yang tak perasan.”usik Kazrina lagi.

 

            “Yelah, siapalah kita ni.  Orang tak sudi tapi kita yang ternanti-nanti.  Hidung tak mancung, pipi yang tersorong-sorong.”tukas Tengku Mikhail seraya merajuk.  Kali ini Kazrina pula semakin galak mengertawakan Tengku Mikhail. 

 

            “Sape kata hidung Khail tak mancung? Hidung Khail mancung, muka hensem, kulit putih melepak dan yang pasti bibir Mikhail yang sensual tu buat ramai wanita yang tergoda tau.”provoknya pula.  Tengku Mikhail tersengih-sengih bila mendengar wanita pujaan hati memuji akan dirinya.  Bangga pun ada.

 

            “Rina…”panggil Tengku Mikhail lembut.

 

            “Hmmm…”

 

            “Khail ada sesuatu nak bagi Rina.  Itupun kalau Rina sudi menerimanya.”Tengku Mikhail menyeluk kocek seluarnya, dikeluarkan kotak baldu berwarna biru.  Lantas dibukanya, terserlah cincin bertakhta sebutir belian yang indah sekali.  Disua kotak berisi cincin itu kepada Kazrina.  Wanita itu terpana.

 

            “Terimalah cincin ini sebagai tanda cinta Khail pada Rina.  Walaupun harganya tak seberapa, tapi Khail pasti Rina mesti sukakannya. Terimalah..”Saat ini Tengku Mikhail sedang melutut dihadapan Kazrina.  Teragak-agak Kazrina hendak mengambil kotak itu dari telepak tangan Tengku Mikhail.

 

            “Khail…Rina..Rina…”

 

            “Rina, Khail tak paksa. Rina simpan dulu, jika Rina sudi terima Khail.  Rina pakailah cincin tu.  Dan Khail mengerti yang Rina sudi menerima diri ini.  Tapi jika Rina tidak memakainya, bermakna Rina telah membuat keputusan untuk tidak menerima Khail.  Dan Khail tak akan ganggu Rina lagi.  Khail akan pergi jauh membawa diri ini bersama rasa cinta yang tidak kesampaian.”kata-kata yang terluah dibibir Tengku Mikhail membuatkan Kazrina terkaku.  Dia tidak tahu apa yang harus dia lakukan.  Dia termenung sejenak sebelum membuat sebarang keputusan.

 

            “Khail…bagilah Rina masa untuk memikirkan semuanya.  Rina masih lagi dalam kebingungan dan masih dalam mencari arah tujuan. Rina minta Khail mengerti akan perasaan Rina.  Bukan Rina tak sudi, berilah Rina masa.”Tengku Mikhail bangkit, dia ingin beredar.  Kazrina sempat menyelar pergelangan tangan Tengku Mikhail sebelum lelaki itu pergi. 

            “Rina pun sayangkan Khail.  Tapi berilah Rina masa ya.”pinta Kazrina sekali lagi.

 

            Tengku Mikhail menggeleng, “Rina ambil selama mana yang Rina mahu.  Dan Khail akan tetap menanti walaupun seribu tahun lagi.”perlahan-lahan Tengku Mikhail melepaskan pegangan tangan Kazrina.

 

            “Khail..cincin tu.”laungan Kazrina membuatkan Tengku Mikhail berpaling semula  bersama kerutan didahi.

 

            “Kenapa dengan cincin ni?”soal Tengku Mikhail seperti orang bodoh.  Kazrina tersenyum, wajah Tengku Mikhail kebingungan ditatap.

 

            “Cincin ni, tentulah Rina nak.  Rugi tau, kalau tak Khail bagi kat orang lain pula.”giat Kazrina mengusik Tengku Mikhail.

 

            “Rina ni teruklah.”komen Tengku Mikhail.

 

            “Kenapa pula?”

 

            “Yalah, tuan tak mahu.  Tapi cincinnya mahu, mana boleh macam tu.  Buy one free one baru betul.”seloroh Tengku Mikhail.

 

            “Rina nak yang berharga, free punya tak mainlah.”usik Kazrina lagi.

           

            “Suka hati Rina lah.  Malas Khail nak layan.”cincin dalam kotak disimpan dalam kocek seluarnya semula.  Masih tidak mahu diberikan kepada wanita itu.

 

            “Sape suruh layan, Rina tak suruh pun.  Khail tu aje yang sibuk nak layan, Rina okay aje.”balas Kazrina tersenyum-senyum.  Tengku Mikhail cemberut, geram bila dipermainkan Kazrina.

 

            “Bak sini cincin tu!”pinta Kazrina, tangan kanan ditadahkan.  Tengku Mikhail pura-pura tak dengar.

 

            “Khail nak naik ke bilik, nak mandi.”Tengku Mikhail bangkit, kali ini tak sempat Kazrina tahan lelaki itu sudah meloloskan dirinya.  Kazrina menggeleng-geleng kepala, “merajuk macam budak-budak”omelnya.

 

            Dalam bilik Tengku Mikhail melepaskan lelah.  Debaran dihati semakin kuat, “Oh hatiku, janganlah kau berdetak kuat.  Takut tak sempat nak diselaraskan, aku pula yang penasaran.”bisiknya.  Sedang Tengku Mikhail melayan perasaan, telefon bimbitnya berbunyi.

 

            “Ada apa bro, telefon aku malam-malam ni.”soal Tengku Mikhail setelah menjawab salam.

 

            I need your help.”

 

            “Help? Tolong apa?”

 

            “Tolong pujuk Kartina.”

 

            “Pujuk Angah? Korang gaduh ke?”

 

            “Tak..tak..kami tak gaduh.  Cuma Kartina masih ragu-ragu nak terima aku.”jawapan Hakimi Lufti meredakan rasa cemas dada Tengku Mikhail.

 

            “Apa susah, kau slow talk ajelah dengan dia.  Angah ni tak sedegil Kazrina, senang nak diajak berunding.”Hakimi Lufti mengeluh, Tengku Mikhail pula sudah tergelak besar ditalian.

 

            “Itu yang aku tengah buat.  Tapi dia tu susah betul, tak nak dengar.  Kadang-kadang aku rasa macam aku saja yang tergila-gila kat dia.  Tapi dia, langsung tak ada hati kat aku.”adu Hakimi Lufti.  Tengku Mikhail tergelak lagi.

 

            “Wei, aku tengah susah hati ni.  Agak-agaklah..” Hakimi Lufti begang.  Tengku Mikhail masih galak mengertawakan dirinya.

 

            Sorry bro, sorry.. aku tak sengaja nak gelakkan kau.  Tapi apa yang berlaku kat korang, dah pun berlaku kat aku dengan Kazrina.”ujar Tengku Mikhail masih dalam nada gelak.

 

            “Kau pun sama? Aku ingat aku sorang saje yang alami perkara yang memalukan ni.”Kali ini Hakimi Lufti pula tergelak besar.

 

            “Kau jangan nak gelak-gelak, nanti aku tak tolong baru tau!”ugut Tengku Mikhail pula.

 

            “Kau janganlah bro,  tak kesian ke kat aku ni.  Kau dan Kazrina dah sah-sah tengah bahagia sekarang.  Aku naklah join sekali.”sayu suara Hakimi Lufti ditalian mengundang simpati Tengku Mikhail.

 

            “Kau nak aku buat apa?” Hakimi Lufti sudah tersenyum ditalian, pertanyaan Tengku Mikhail merupakan satu rahmat besar buat dirinya.

 

            “Aku nak kau buat macam ni…”Tengku Mikhail terkedu.  Rancangan Hakimi Lufti memang gila, ada ke suruh aku pergi mengadap ibu Kartina.  Tengku Mikhail menggaru kepalanya yang tidak gatal, nak membantah kesian pula.  Kalau diturutkan, memang kes naya.

 

            “Aku tak janji bro.  Ibu Kartina tegas sikit, aku boleh tolong tapi…”jeda Tengku Mikhail lama.

 

            “Tapi apa bro?”soal Hakimi Lufti dalam debar.

 

            “Dapat atau tidak, terima atau tolak.  Semuanya kau kena serahkan pada Allah.  Usaha dah dibuat, keputusan Allah S.W.T yang tentukan.”jawab Tengku Mikhail.

 

            “Wow..bro, sejak kau dengan Kazrina.  Dah jadi macam ustaz pulak.”sindir Hakimi Lufti.  Tengku Mikhail ditalian mengetap bibir, pantang bila disindir.

 

            “Kau ni, nak aku tolong ke tak?”ugut Tengku Mikhail lagi, berang bila disindir Hakimi Lufti.

 

            Of course lah aku nak.  Asalkan aku dapat memenangi hati seorang gadis bernama Kartina Amira, seumur hidup akan aku abadikan diriku padanya.”siap bermadah-madah Hakimi Lufti ditalian.  Tergelak-gelak Tengku Mikhail.

 

            Perbualan diantara dua sahabat itu disulami gelak dan tawa.  Sudah lama Tengku Mikhail dah Hakimi Lufti tidak begini.  Baik Tengku Mikhail mahupun Hakimi Lufti, kegembiraan terpancar diwajah masing-masing.


~Bersambung~

2 comments: