Monday, 22 April 2013

My Girl - Bab 2 & Bab 3


Bab 2

“Tok Wan nak Aiden nikah?” terkejut punya pasal sampai Tommy tidak sedar suaranya sudah meninggi.

“Tom, please behave yourself”amaran dari Vince menyedarkan dirinya dengan siapa dia berbicara.

I’m sorry, Aiden tak bermaksud nak meninggikan suara pada Tok Wan.  Aiden terkejut sangat bila Tok Wan meminta Aiden buat sesuatu diluar jangkaan Aiden.”jelas Tommy dengan suara yang kian mengendur.  Rasa bersalah pula memekik begitu.

“Tok Wan maafkan Aiden, asalkan Aiden setuju dengan cadangan Tok Wan tadi.”suara sayu Toh Puan Aini menerpa ditelinganya.  Barangkali Tok Wan terasa dengan sikap kurang ajarnya itu tadi.

“Tapi kenapa Aiden Tok Wan.  Tu..abang Vince ka nada, suruh lah dia kahwin dulu.”tukas Tommy dengan mulut memuncung ke arah abangnya.

“Tok Wan kat Aiden, Aiden lah.  Ada Tok Wan sebut nama Vince.”selar Toh Puan Aini, geram bila cucunya ini tidak habis-habis hendak mengelak.

“Tok Wan, Vince nak tanya sikit boleh?”takut-takut Vince menyuarakan pertanyaannya itu.

Ada apa Vince, Tok Wan sedia mendengarnya.”jawab Toh Puan Aini tenang.  Wajah kedua-dua cucunya dipandang silih berganti.  Wajah Vince yang tenang tapi tidak wajah Tommy yang agak keruh.

“Kenapa Tok Wan nak Tom nikah sedangkan dia baru saja pulang dari Amerika.  Sekurang-kurangnya bagilah Tom bekerja dulu.”dengan berhati-hati Vince menyuarakannya.

Toh Puan Aini menarik nafas sebelum menjawab pertanyaan cucu sulongnya itu. “Tok Wan nak Aiden belajar berdikari sebelum dia layak menerajui syarikat kelak.”

“Berdikari sebelum menerajui syarikat? Apa maksud Tok Wan?”kali ini Vince pula yang terlebih tersentak daripada Tommy.  Wajah Toh Puan Aini direrung lama, ada sesuatu disitu.

“Adakah Tok Wan tidak mempercayai aku, apakah selama ini aku tidak pernah mendapat tempat dihati Tok Wan.”kata-kata itu bermain dihati Vince.

“Tok Wan akan serahkan tampuk pimpinan disyarikat kepada Aiden dengan syarat Aiden haruslah berumahtangga.  Dengan itu Aiden boleh belajar mengenai tangungjawab terhadap syarikat dan juga rumahtangganya.”penjelasan dari Toh Puan Aini menjawab persoalan dihati Vince, lantas ada satu ketidak puashati disitu.

“Tok Wan, tanpa semua itu pun Aiden boleh belajar.  Yang penting Aiden akan dibantu oleh   abang Vince. Tak gitu Vince?”tukas Aiden sambil memandang wajah Vince disebelahnya.  Namun abangnya itu masih tetap kaku disitu.  Apakah yang sedang menganggu fikiran abangnya dikala ini sehingga lelaki itu diam tidak berkutik.

“Keputusan Tok Wan muktamat.  Sama ada Aiden bawakan calon dalam masa terdekat ataupun Tok Wan akan carikan untuk Aiden.  Siapa saja pilihan Aiden, Tok Wan akan terima dengan syarat dia menepati cirri-ciri seorang cucu menantu yang Tok Wan akui.  Faham!”sebaik saja habis berbicara, Toh Puan  Aini bangkit meninggalkan kedua-dua cucunya disitu.  Tommy ingin membantah, tapi ditegah abangnya.

Let it be.  We find the way to solve this problem.”tangan adiknya diselar ketika Tommy ingin bangkit mengejar Tok Wannya.

“Tapi abang Vince, Tok Wan tak adil.  Kenapa Tom yang harus mengikut telunjuk Tok Wan, sedangkan abang Vince tidak.  Ini semua tidak adil abang, tidak adil untuk Tom.”Tommy meluahkan rasa kecewanya. 

“Sabar Tom, mesti ada penyelesaian untuk semua ini.  Biar abang vince pujuk Tok Wan lagi, sementara itu abang minta Tom bersabar.”ujar Vince cuba menenangkan hati adiknya yang resah dan gundah.  Dia sendiri turut merasa resah dengan rancangan Tok Wan, apa muslihat disebalik semua ini dia harus merungkaikannya.  Ini melibatkan juga masa depannya nanti.

“Abang Vince nak kemana?”soal Tommy saat melihat Vince bangkit.

“Abang nak ke bilik, kepala abang pun dah berserabut.  Give me time to solve this matter with hurting anyone feeling.”kononnya, padahal hatinya yang gundah perlu ditenangkan.  Tommy yang tidak tahu hujung pangkal, hanya mengangguk lemah.  Fikirnya abang Vince akan membantunya sedangkan dia tidak tahu abangnya fikirkan tentang perkara lain.

Belakang badan Vince dipandang sayu, sedih bila Tok Wan seperti tidak mengendahkan abangnya.  Malah melebihkan dirinya pula, tahulah dia cucu sebenar Toh Puan Aini.  Tidak bermakna dia harus menanggung semua ini.  Keluhan berat dilepaskan, nafas terasa sesak.  Fikiran melayang mengingati amarah dan arahan Tok Wannya tadi.



Vince menghempaskan badannya kasar diatas tilam empuknya.  Akal dan fikirannya tidak berfungsi sepenuhnya.  Rasa marah dan geram dengan Toh Puan Aini menyesakkan ruang udara penafasannya.

“Sampai hati Tok Wan.  Apa salah Vince, kenapa semua pasal Aiden Tok Wan lebihkan.  Vince tahu kedudukan Vince dalam keluarga ini, tapi Tok Wan patut ingat siapa yang selama ini menjaga urusan disyarikat kalau bukan Vince.  Aiden baru saja pulang, tak mungkin dia boleh menerajui syarikat itu seperti mana Vince lakukan.”marahnya dalam hati. 

Bantal ditepuk kuat bagai melepaskan rasa amarah yang tidak terkira.  Telefon bimbitnya bergetar, nama Chai ditalian. “Hello fren, join me tonight.”suara serak Chai bergema.

Not tonight Chai.  Adik aku dah balik, susah sikit nak keluar.”dalih Vince.  Sebenarnya kalau dia keluar pun tiada siapa yang hendak melarang.

“Bawak sekali adik lu, wa boleh kenal-kenal.”cadang Chai ditalian bersama tawa.

“Tak boleh, nanti kalau Tok Wan aku tahu habis aku.  Silap-silap aku dihalau keluar dari rumah.”tutur Vince lemah.

“Apa susah, cakap yang lu ada client to entertain, habis cerita.”ajar Chai ditalian.

“Bagus juga idea kau.  Sekurang-kurangnya aku boleh keluar dari rumah ni buat sekejap, duduk sini pun buat aku sesak nafas aje.”balas Vince bersama sengihan dibibir.  Dimata sudah terbayang gadis-gadis yang bakal menjadi teman tidurnya malam nanti.

“Wa jumpa lu tempat biasa.  Don’t be late.”pesan Chai sebelum mematikan talian.  Vince hanya mengangguk.

Sepantas kilat Vince bersiap, tidak mahu terlambat.  Lagi lama dia berada disini, lagi panas dirasakan bilik ini.  Perbincangan dengan Tok Wan tadi benar-benar buat dirinya rasa tidak dihargai.  Lebih baik dia keluar enjoy bagi menghilangkan rasa stress dan sakit hatinya ini.  Sudah pasti dia perolehi ketenangan daripada duduk diam didalam bilik ini.

Ketika kakinya mula melangkah ke anak tangga ke dua, namanya dpanggil.

“Nak kemana Vince?”soal Toh Puan Aini.  Walaupun dia tahu kemana Vince akan pergi, Tok Puan Aini tetap ingin bertanya.

“Errr….nak keluar jap Tok Wan.”jawab Vince teragak-agak.

“Dah malam ni, kawan apa lagi.  Jangan kata Vince nak keluar jumpa Chai dan habiskan masa dengan berpoya-poya dengan lelaki itu.”Vince terkedu, macam mana Tok Wan tahu pasal Chai.  Tok Wan pasang spy ke?

“Ma..ma..na Tok Wan tahu pasal Chai.”memang tak boleh zip mulutnya agaknya, apa da pergi tanya soalan itu pada Tok Wan.  Memang cari nahaslah aku jawabnya.

“Tok Wan tahu dengan siapa Vince selalu jumpa.  Tok Wan tak suka Vince berjumpa dengan dia lagi.  Sudah cukup dia mempengaruhi Vince, Tok Wan tak suka.  Sekarang pergi masuk semula dalam bilik, jangan sesekali nak keluar jika Vince ingin tinggal disini lagi.”arahan dari Toh Puan Aini buat Vince merengus marah.  Selama ini tidak pernah Tok Wan bersikap ditaktor, kenapa baru sekarang. 

“Tok Wan tak adil.  Semua yang Vince buat tak pernah sempurna dimata Tok Wan.  Kalau Tom, semuanya baik-bauk belaka.”Langkah kaki dibawa ke biliknya semula, daun pintu dihempas tanda protes.

Toh Puan Aini mengeluh, tidak suka dengan kelakuanVince sejak akhir-akhir ini.  Tommy yang terdengar suara Tok Wan dan abangnya turut sama mengeluh.  Dia tidak menyangka abangnya sudah banyak berubah.  Mungkinkah sebab ini Tok Wan mahu aku nikah cepat-cepat agar tidak menuruti jejak langkah abang Vince.  Tak masuk akal, tapi mungkin juga.

Tommy baru selesai solat isyak ketika dia terdengar pertelingkahan diantara Tok Wan dan abangnya.  Solat isyak yang sudah agak terlewat, salahnya juga sebab ketiduran bila merajuk dengan keputusan Tok Wan yang mahu dia menuruti arahannya.  Belajar diluar negara tidak bermakna dia meninggalkan suruhan yang satu itu, dia tetap mengamalkannya.  Itu semua asas didikan daripada Tok Wan juga.

“Aiden, kalau disana nanti jangan lupa solat.  Itu tiang agama dan juga akar segala fikiran yang tenang.  Kalau Aiden sedang resah dan gelisah, ambillah wuduk dan dirikanlah solat.  Membawa Al-Quran juga merupakan terapi yang baik untuk kita selain daripada mejauhkan kita dari perkara mungkar.”itulah pesanan Tok Wan sewaktu dia mahu berangkat ke Amerika 4 tahun yang lalu.  Allhamdulillah, pesannya Tok Wan diamalkan sehinggalah kini.

“Terima kasih Tok Wan, Aiden masih ingat semua pesan Tok Wan itu.”sahut Aiden sebelum melangkah ke balai berlepas.

            “Sampai bila lah Vince nak berubah.  Aku ingat bila dah tinggal dengan Tok Wan, perangainya berubah.  Ini tidak, makin menjadi-jadi pula.  Nasib baik aku masih berpegang teguh pada ajaran yang Tok Wan terapkan, kalau tidak aku juga akan turut sama khayal dengan duniawi.”dalam hati Tommy dia agak terkilan dengan sikap abangnya itu.  Namun bila diingat kembali, abangnya bukan seperti dirinya yang beragama islam.

            Sejadah diletakkan dipenyidai, songkok dibuka dan diletakkan diatas meja soleknya.  Rambutnya yang kian panjang diraup ke belakang.”Ehmm…dah panjang rupanya rambut aku ni.  Besok kena potong ni sebelum Tok Wan buat konsert pulak.”

            Tommy mengambil tempat dikatilnya, tubuh sasanya dibaringkan diatas tilam empuk.  Bantal ditepuk-tepuk dulu sebelum melabuhkan kepalanya.  Lega rasanya bila sudah bertemu dengan bantal.  Mata yang kuyu seakan-akan ingin terpejam, dibiarkan begitu sehinggalah dirinya benar-benar terlena.

------------------------------------------------------
Bab 3

            “Siapa nama kau?”

            “Nyla.. Ai..yatul.. Ny..la Ai..yu..ddin...”terketar-ketar Nyla menjawab pertanyaan lelaki itu.  Bajunya yang agak terdedah di dada ditutup dengan menyilang tangannya.  Skirt yang pendek tidak dapat ditarik, tanganya tidak terdaya menutupnya.

            “Nah, ambil pakaian ni.  Pergi tukar disana, aku tunggu. Cepat!”arah Tommy sambil menghulurkan pakaian itu.

            Sementara menanti Nyla mengantikan pakaiannya, Tommy mengeluarkan sebatang rokok.  Dinyalakan lantas disedut dalam, terasa nikmatnya.   Lima minit  Tommy leka menghisap rokok, Nyla sudah pun keluar dari bilik itu.

            “Encik!”panggil Nyla.

            “Panggil aku Tom.”

            “Encik Tom, saya hendak dibawa kemana?”soal Nyla takut-takut.  Gerun juga dia melihat wajah Tommy yang tidak terurus itu.

            “Aku nak bawa kau ke suatu tempat.”tanpa meneruskan kata lagi, Tommy meminta Nyla mengekori dirinya.  Perlahan-lahan mereka menapak berjalan menuju ke arah kereta yang berada diseberang jalan.

            Ketika berada dalam kereta, Nyla tidak berani hendak berkata apa-apa, hendak bertanya takut kena tengking seperti tadi.  Baik dia berdiam diri lagi baik.

            “Kau tak nak tanya kemana aku nak bawa kau pergi.”soal Tommy memecah kesunyian antara mereka berdua.

            “Perlukah saya tahu?”pertanyaan Tommy dijawab dengan soal bodoh.

            “Kenapa kau cakap macam tu?”Tommy memandang tepat ke arah mata Nyla, ingin mengetahui apa maksud disebalik pertanyaan itu.

            “Kemana encik nak bawa saya sudah tidak penting lagi.  Semuanya sama saja, saya tetap tidak selamat.”tutur Nyla sayu, ketakutan yang mengelubunginya dibiarkan berlalu.  Jika ini sudah takdirnya, terpaksalah dia menerimanya dengan hati terbuka.  Salahnya juga, terlalu percayakan kawan sehingga sanggup melarikan diri dari rumah.

            “Maksud kau aku ni orang jahat, begitu?”Nyla terdiam, jerkahan Tommy buat dirinya berada dalam ketakutan semula.

            “Habis tu encik nak cakap yang encik ni orang baik-baik lah, begitu?”selar Nyla, suaranya yang agak tinggi buat Tommy tersentak.  Tiba-tiba dia memberi signal ke kiri sebelum berhenti dibahu jalan.

            “Jahat atau baik orang itu bukan terletak ditangan kau! Jangan tersilap menilai orang Nyla, kelak kau akan rugi.”pesan Tommy seolah-olah berkata pada dirinya juga.

            “Kalau macam tu  terangkan kepada saya.  Siapa encik dan apa yang encik mahu dari saya.  Buat saya faham akan kedudukan sebenarnya.  Tak susah kan?”Tommy mengeluh, wajah Nyla direnung lama.  Mata bundar gadis itu mengingatkan dirinya ada seorang yang amat dia rindui suatu masa dahulu.

            “Dylia”akhirnya terluah juga nama itu dibibir Tommy.

            “Dylia.  Siapa Dylia?”Tommy tersentak, pertanyaan Nyla dibiarkan sepi.  Enjin kereta dihidupkan semula, dia memandu terus menuju ke destinasi yang ingin ditujui.

            “Encik? Encik?”

            “Hmm..”sahut Tommy tanpa memandang kewajah Nyla disebelah.

            “Siapa Dylia?”soal Nyla semula.

            “Kau akan tahu nanti.  Buat masa ini tolong senyap sebelum aku sendiri yang senyapkan kau.”dengan keras Tommy berbicara.  Tidak mahu Nyla bertanyakan soalan itu lagi.    


            “Turun”pintu sebelah penumpang dibuka.  Berpisat-pisat Nyla menggosokkan matanya, baru lepas sedar dari tidur.  Agak lama juga perjalanan mereka sehingga dia ketiduran.

            “Kita kat mana ni encik? dah sampai ke?”Tommy tersenyum, Nyla terpanar.  Senyuman Tommy mengingatkan dia pada seseorang.

            “Kau ni terlampau banyak soalan.  Macam mana aku nak jawab.”ucapnya sinis.

            “Habis tu kalau tak tanya susah pula saya nanti.”balas Nyla pula.

            “Kenapa? Takut aku pergi jual kau semula? Atau yang paling ngeri sekali, aku jadikan kau pelacur, macam tu?”hish mamat ni aku tanya betul-betul dia pula menakut-nakutkan aku.

            “Err….”

            “Kalau aku nak jual kau, buat apa abang aku beli kau tadi.  Dan kalau aku nak jadikan kau pelacur, baik aku sendiri saja jadi pelanggan kau.  Lagi untung, tak perlu berkongsi dengan orang lain.”dengan selamba Tommy berbicara seperti tidak jadi berkudis dihatinya.  Perut Nyla terasa kecut, takut dengan butir bicara lelaki ini.

            “Baik, kalau itu yang encik cakapkan.  Saya lebih rela ma….”belum sempat Nyla meneruskan kata, mulutnya ditekup Tommy.

            “Berhati-hati dengan permintaan kau itu tadi.  Mati bukan jalan penyelesaian.  Hidup ini masih panjang dan khidmat kau masih aku perlukan.”tambah Tommy  lagi sebelum meninggalkan Nyla terkulat-kulat dalam kereta.  Cepat-cepat Nyla bangkit mengekori Tommy yang berjalan menuju ke arah bangku yang ada ditaman itu.

            Nyla lebarkan pandangan, mereka berada di kawasan rehat.  Dimana, dia sendiri tidak tahu.  Ditebarkan pandangan lagi ke sekitar, ada beberapa kereta masih ada disitu.  Malam agak larut, tak banyak kereta dijalanraya juga.

            “Err…encik.  Kita kat mana?”sekali lagi Nyla melemparkan soalan.  Satu keluhan keluar dari bibir lelaki disebelahnya buat Nyla mengalih pandang ke wajah lelaki itu.

            “Kita berada dikawasan rehat menuju ke arah selatan.  Lebih tepat lagi kita R&R Senawang.”terbeliak mata Nyla apabila mendengar kata-kata Tommy.  Jauhnya mereka memandu sampai ke Senawang.

            “Encik, saya nak tanya.  Sebenarnya kita nak kemana?”

            “Kita nak ke kampung aku.”jawab Tommy masih dalam nada kasarnya.

            “Buat apa?”soalku bodoh.

            Ada majlis pernikahan.”laju aje jawab lelaki itu.

            “Siapa yang nak nikah?”soal Nyla pelik.

            “Kau”ujar Tommy selamba

            “Haah!..saya?”Nyla terkejut, automatik jari telunjuk diarahkan kepada dirinya.

            “Ya, kau”tekan Tommy lagi.

            “Uhuk!”tersedak air liur Nyla.

            “Encik jangan main-main.”marah Nyla bila rasa dirinya dipermainkan oleh lelaki ini.

            “Betul apa.  Aku tak tipu.”jawab Tommy yakin.

            “Dengan siapa?”kali ini Nyla nampak lelaki itu tersenyum sinis. Huh! Belagak.

            “Aku.”sekali lagi Nyla tersedak.  Terasa dunia ini seakan berputar laju, kepalanya sudah pening.  Lama-lama kemudian, Nyla rasa tubuhnya melurut jatuh dari bangku yang mereka duduki.

            “Nyla!”jeritan Tommy tidak lagi kedengaran, yang dia tahu dia sudah tidak ingat apa-apa lagi.

            “Nyla..Nyla..bangun. “ditepuk perlahan pipi gadis itu.  Wajah cemas Tommy menerpa saat Nyla membuka mata. 

            “Saya…saya..”

            “Kau pengsan.”laju saja jawab Tommy.  Nyla cuba bangkit, terasa tidak berdaya.  Lantas Tommy mengangkat sedikit kepala Nyla, disuakan air mineral ke mulut gadis itu.  Nyla menyisip air didalam botol dengan bantuan Tommy. 

            “Boleh bangun?”soal Tommy kepadanya.  Nyla mengangguk lemah sebelum Tommy membantunya agar bangkit dari ribaannya.

            “Macam mana saya boleh pengsan?”

            “Kau terkejut”

            “Saya terkejut? Sebab apa?”

            “Ah! lupakan saja.  Sekarang ni kita kena teruskan perjalanan.  Nanti lambat sampai susah pula.”Tommy mengambil keputusan tidak mahu menceritakan lagi tentang itu.  Lebih baik dia diamkan dulu sehinggalah mereka sampai ke destinasi itu.

            Langkah kaki dibawa menuju ke kereta, Nyla yang ketinggalan dibelakang dibiarkan berjalan sendirian.  Takut jika gadis itu bertanyakan lagi tentang persoalan tadi.  Apa yang dia mahu sekarang, agar mereka sampai ke destinasi itu dengan segera.  Tok Wan pasti sedang menanti kehadirannya. 

            Sampai diperkarangan rumah banglo 3 tingkat, keretanya dipakir didalam garaj.  Nyla yang masih kebingungan dibiarkan saja.  Enjin kereta dimatikan, kawasan diperkarangan rumah Tok Wannya masih terang benderang.  Tentu mereka sedang menanti kehadiranku.

            Pintu sebelah penumpang dibuka, “Turun”arahnya pendek.  Teragak-agak Nyla melangkah keluar dari kereta Tommy.

            “Ini rumah siapa encik?”soal Nyla.

            “Rumah Tok Wan.  Cepat keluar, atau kau nak aku dukung kau masuk.”gertak Tommy.    

            “Yelah..yelah..saya keluar.  Tepi sikit.”tangan Nyla menepis badan Tommy yang menghalang laluannya. 

            Tommy senyum sinis, “garangnya.”

            “Assalamualaikum, Tok Wan..Tok Wan.”       

            “Eh Aiden, baru sampai ke?”sapa Tijah pembantu rumah Tok Wan ketika membuka pintu.

            “Baru Mak Ti, Tok wan mana?”

            “Tok wan kamu? Masa ni dah tidur lah.  Masuklah, dah larut malam tak elok biar diri berembun.”sahut Mak Tijah seraya ingin mengambil beg ditangan Tommy. 

            “Tak mengapa Mak Ti, beg ni Aiden boleh bawa.  Minta Mak Ti hantar Cik Nyla ke bilik tetamu boleh?”arah Tommy sebelum menghilang ke biliknya ditingkat atas.

            “Cik Nyla..”panggil Mak Ti tapi ditahan oleh Nyla.

            “Panggil Nyla saja.  Segan pula bila Mak Ti panggil begitu.”seloroh Nyla cuba menerbitkan suasana ceria.  Mak Ti tersenyum, suka dengan perwatakan lembut gadis dihadapannya ini.  Tangan yang dihulur disambut mesra.

            “Nyla mari, Mak Ti tunjukkan  bilik kamu.”Nyla mengangguk lantas mengekori langkah Mak Ti dari belakang.   
 
~Bersambung~

3 comments: