Bab ini adalah bab terakhir untuk Novel SPEED. Insyaallah, jika diizinkan Olehnya cerita ini bakal menemui semua dalam versi cetak. Bila? oh, jangan ditanya. Soalan yang tidak dapat saya jawab sepenuhnya. Bergantung pada pihak penerbit jika mereka suka dengan hasil karya saya ini.
Terbaru, My Girl sudah pun saya muatkan sehingga bab 5 & 6. Harap semua suka.
Bab 30
“Cik Kartina, sila masuk bilik saya sekejap.”sapa Hakimi
Lufti ketika tiba dimeja Kartina. Perempuan
itu sedang tekun menaip sesuatu memangku kepala sejenak.
“Apa bos?”soal Kartina pula.
“Masuk bilik saya.
Ada hal
saya nak bincangkan dengan awak.”ulang Hakimi Lufti dengan suara yang sengaja
ditegaskan. Kartina mencapai pen dan
buku nota sebelum mengekori belakang Hakimi Lufti.
“Duduk.”pelawa Hakimi Lufti setelah pintu ditutup
rapat. Kartina melabuh duduk berhadapan
lelaki itu. “Ada
apa bos?” soal Kartina.
Hakimi Lufti tidak menjawab, sebaliknya dia menghulurkan
kotak kecil yang diseluk dari poket seluarnya kepada Kartina.
“Apa ini bos?”Kartina pelik. Hakimi Lufti siap tayang sengihan nakal, buat
Kartina meluat.
“Untuk awak, ambil lah.”Kartina teragak-agak mahu
mengambilnya. Namun huluran dari Hakimi
Lufti memaksa agar dia mengambilnya.
Sebaik sahaja kotak itu dibuka, terserlah cincin bertahkta sebutir
belian berwarna merah.
“Saya tak boleh terima bos . Hadiah ini terlalu mahal harganya dan saya
tak pasti untuk apa.”kotak itu ditutup dan disua kepada Hakimi Lufti
semula. Lelaki itu hairan, ‘orang bagi
hadiah pun tak nak terima. Pelik-pelik.
“Kenapa Kartina, awak tak sudi?”pertanyaan Hakimi Lufti
membuatkan jantung Kartina berdebar-debar.
“Saya tak layak bos, dunia kita berbeza.”jawab Kartina
lembut.
“Apa yang bezanya?”soal Hakimi Lufti pula.
“Maksud awak saya dari planet marikh dan awak dari bulan,
gitu tu?”sampuk Hakimi Lufti.
“Eh tak..tak..maksud saya taraf kita. Encik bos saya dan saya pekerja encik.”balas
Kartina dengan yakin.
“Cik Kartina Amira.
Memanglah saya bos awak, dan awak adalah pekerja saya. Tapi saya pun manusia biasa seperti awak
juga.”cantas Hakimi Lufti. Tawa yang disembunyikan
tercetus juga. Wajah kelat Kartina Amira
direnung penuh minat.
“Bos, saya rasa bos ni salah erti maksud saya.”
“Saya tak suka bos.”saat mendengar kata itu keluar dari
bibir Kartina Amira, wajah keruh Hakimi Lufti menerpa.
“Oh, dia nak main tarik tali ya, suka tapi kata tak suka
pula. Tak apa aku pun boleh join sama permainan ni.”fikir Hakimi Lufti dalam
diam.
“Siapa nak jadikan awak girlfriend saya.”helah Hakimi Lufti pula.
“Habis tu?”soal Kartina polos.
“Kalau setakat teman, sesiapa pun boleh kan bos? Tak semestinya saya.”balas
Kartina. Hakimi Lufti menahan geram
kerana Kartina berpura-pura tidak megerti.
“Ya Encik Hakimi Lufti”jawab Kartina selamba. Sekali lagi buat Hakimi Lufti bengang.
“Kartina Amirah…awak ni tahu ke buat-buat tak tahu. Awak memang sengaja nak sakitkan hati saya kan . Betul tak?”marah
Hakimi Lufti.
“Mana ada bos, saya memang tak faham.”balas Kartina lagi,
“Saya ni budak tak cukup umur sebab itu akal saya pendek bos.”Hakimi Lufti
bangkit dari duduk. Dia melangkah
mendekati tempat dimana Kartina duduk.
Berderau darah Kartina apabila Hakimi Lufti berada betul-betul
dihadapannya. Lelaki itu memegang
bahunya lantas menariknya agar berdiri dihadapan lelaki itu.
Air liur Kartina telan terasa pahit, renungan mata Hakimi
Lufti memukaunya. Kartina terpana saat
Hakimi Lufti mendekatkan wajahnya.
Terasa hangat nafas Hakimi Lufti menyapa mukanya.
“Err..err..bos..nak…bu..at..aa..”belum sempat Kartina
habiskan ayatnya, Hakimi Lufti mengucup lembut dahi perempuan itu. Kartina terpaku, terpana dan terkejut dengan
tindakan drastik dari Hakimi Lufti itu.
Agak lama bibir Hakimi Lufti singgah disitu, barulah dilepaskan. Wajah Kartina memerah menahan malu, tak
sanggup dia hendak memandang wajah Hakimi Lufti kerana dia pun turut sama
terbuai dalam keasyikan.
“Maafkan saya, hanya inilah satu-satu caranya untuk saya
buktikan yang saya benar-benar ikhlas.
Lain kali saya buat lebih daripada itu setelah awak halal disisi saya nanti”Hakimi
Lufiti memohon maaf diatas keterlanjurannya.
“Saya..saya…”Kartina kehilangan kata-kata, tidak tahu
bagaimana hendak berinteraksi lagi bila berada dihadapan lelaki ini. Memang benar dia sudah jatuh hati pada Hakimi
Lufti, tapi untuk menyatakan secara terangan dia tidak mampu. Tak tercapai dek akalnya, kerana dia tahu
siapa dirinya.
“Kartina, saya hanya ingin jawapan ya dari mulut
awak. Jika ya, saya akan hantar keluarga
saya bertemu dengan keluarga Kartina.
Saya benar-benar serius dengan apa yang saya katakan.”tegas Hakimi Lufti.
“Tapi bos, saya..baru saja kerja. Terlalu banyak tanggungjawab yang perlu saya
pikul.”jawab Kartina lemah. Dia tidak
mahu mengabaikan tanggungjawabnya yang masih menyara 2 oran g adiknya termasuk ibunya sendiri.
“Kita sama-sama pikul tanggungjawab itu. Saya akan bantu Kartina,
percayalah. Ibu Kartina akan jadi ibu
saya dan adik-adik awak juga akan jadi adik saya.”kata-kata Hakimi Lufti
membuatkan Kartina terharu.
“Bos, saya anak oran g
miskin. Rumah pun sewa, itu belum lagi
termasuk belanja sekolah, belanja keperluan rumah dan juga keperluan
harian. Semuanya dibawah tanggungjawab
saya. Walaupun Abang Mikhail ada
membantu, tapi saya tetap mahu wang dari hasil titik peluh saya sendiri. Dan saya harap bos faham situasi saya, kita
sangat berbeza. Bagai langit dengan bumi.”Hakimi
Lufti meraih tangan Kartina, digengamnya erat seakan tidak mahu dilepaskan
lagi.
“Saya tidak akan memaksa awak untuk memberikan jawapannya
sekarang. Apa yang awak perlu buat, fikirlah
semasak-masaknya. Dan ambil selama mana
yang awak mahukan, saya akan tetap setia menanti dengan sabar.”selesai berkata,
Hakimi Lufti menyarungkan cincin itu ke jari manis kan an Kartina.
“Simpan, jika Tina masih sudi menerima saya.”ujar Hakimi
Lufti tanpa sedar dia telah memanggil Kartina dengan panggilan ‘Tina’.
“Bos, saya..saya..”alamak gagap lagi, apalah aku ni.
“Tina, awak ni dari tadi bercakap gagap kenapa? Saya tak
makan oran g
lah.”seloroh Hakimi Lufti.
"Saya pun suka kat bos.”sebaik saja habis ayat itu,
Kartina berlari keluar. Hakimi Lufti
terpana, namun selepas itu meletus tawa dibibirnya. Suka dengan gela gat kalut Kartina tadi.
“Alhamdulillah.”Hakimi Lufti menadah tangan bersyukur
kerana Kartina sudi menerima dirinya.
Dia perlu lakukan sesuatu, dia perlu khabarkan berita ini pada Walid dan
Ummi.
Sementara itu diluar bilik Hakimi Lufti, Kartina asyik
membelek cincin dijari manisnya. Tindak
tanduknya diperhati oleh Ain dari jauh. Perempuan
itu seperti dapat menangkap apa yang berlaku didalam bilik itu. Dengan wajah ceria Kartina yang dari tadi
asyik membelek cincin dijari manisnya membuatkan hatinya cemburu.
“Adakah bos baru mereka sedang hangat bercinta dengan
Kartina? ”desis hati kecilnya. Dihampiri
perempuan itu, diketuk meja
Kartina. Tersentak Kartina dibuatnya.
“Hoi, dah tak ada kerja ke? Asyik mengelamun saja, tu
cincin tu dari siapa?”soal Ain kasar.
Perasaan ingin tahu meluap-luap didadanya. Kartina menjongket keningnya, tanda tidak
suka.
“Cik Ain, sila jaga ur usan
awak sendiri. Saya tak suka.”jawab
Kartina sopan. Dia tak mahu berkasar
walaupun Ain jelas-jelas menunjukkan sikap tidak puas hati dengannya.
“Eleh, baru kerja tak sampai 3 bulan dah nak
berlagak. Aku dah kerja sini 3 tahun,
tak berlagak pun. Lain kali cermin sikit
muka tu”dengan sombong Ain berkata.
Kartina merengus, malas hendak melayan karenah perempuan
mental ni. Dia ingin melangkah pergi,
tetapi lengannya disambar Ain dari belakang.
“Hei perempuan, aku belum habis cakap lagi.”Kartina
mengaduh kesakitan. Sakit apabila
lengannya disambar begitu. Kartina cuba
meronta-ronta, namun semakin kuat pegangan tangan Ain dilengannya.
“Ain!”laungan Hakimi Lufti membuatkan Ain tersentak. Tangan Kartina dilepaskan. Kartina mengosok-gosok lengannya yang sengal
akibat pegangan kuat dari Ain.
“Kenapa dengan awak ni Ain? Apa salah Kartina dekat
awak.”soal Hakimi Lufti berwajah tegang.
Ain membantu, tidak tahu apa yang harus dia lakukan.
“Saya..saya..”tergagap-gagap Ain mencari jawapan.
“Saya apa?”sergah Hakimi Lufti. Kartina disebelah turut terkejut menden gar sergahan Hakimi
Lufti.
“Saya..saja-saja bercakap kosong dengan Kartina, Encik
Hakimi.”balas Ain lambat-lambat.
Wajahnya ditunduk menatap lantai, takut hendak bertentang mata dengan
Hakimi Lufti.
“Saja-saja cakap kosong? Sampai main tarik-tarik tangan
apa kes?”soal Hakimi Lufti sinis.
Kartina disebelah ditenung.
Kesian perempuan itu, masih menggosok-gosok lengannya yang sakit akibat
tarikan itu tadi.
“Tak adalah Encik Hakimi, kami bergurau saja.”jawab Ain
takut-takut. Saat Kartina mengangkat wajah, Ain menghadiahkan jelingan
tajam. Kartina tertunduk semula.
Hakimi Lufti menarik tangan Kartina, “Macam ni awak kata
bergurau? Sampai merah-merah lengan Kartina awak buat.”pertanyaan Hakimi Lufti
membuatkan Ain menelan liur.
“Saya minta maaf Encik Hakimi, lain kali saya tak buat
lagi.”pohon Ain.
“Tak ada tapi-tapi.
Awak kena minta maaf kat Kartina sekarang.”perintah Hakimi Lufti tegas.
Ain terkulat-kulat bila dimarahi begitu.
Rasa malu kerana dihendik sebegitu dihadapan Kartina pula.
“Saya minta..maaf Kartina.”ucap Ain dengan nada perlahan.
“Apa? kuat sikit, saya tak dengar.”ujar Hakimi Lufti
pura-pura tidak mendengar ucapan maaf itu.
“Saya minta maaf Kartina.”dengan nada kuat Ain menyatakan
kemaafannya. Kartina mengangguk menerima
kata maaf itu. Hakimi Lufti masih tidak
berpuas hati, namun pegangan tangan Kartina dilengannya mematikan niatnya. Gelengan kepala Kartina mengisyaratkan agar
Hakimi Lufti tidak memanjangkan perkara ini,
lelaki itu akur.
Sempat juga dia berbisik ditelingan Ain.”Don’t mess up with my fiancĂ©e to be.
Kalau awak nak lama bekerja disini.”amaran keras dari Hakimi Lufti. Ain berlalu
tanpa menoleh lagi, rasa malu dan terluka bersatu. Dia malu apabila diperlakukan sebegitu dan
dia juga terluka kerana dia turut menyimpan perasaan terhadap Hakimi Lufti.
“Sayang, jom.”dengan selamba Hakimi Lufti menarik tangan
Kartina Amira. Kartina yang masih
tercengang-cengang turut mengekori lelaki
itu tanpa disedari. Genggaman
erat tangan Hakimi Luft membuatkan hati Kartina tidak keruan. Bermacam-macam bermain dimindanya.
“Errr…bos, tangan saya.”tutur Kartina sambil mengangkat
tangannya yang masih erat dalam genggaman Hakimi Lufti.
“Kenapa pula dengan tangan awak?”soal Hakimi Lufti
pura-pura bodoh.
“Tangan saya, bos masih pegang tangan saya.”ujar Kartina
sambil mengangkat lagi tangannya. Pelik
bila Hakimi semakin mengeratkan lagi genggamannya.
“Bos…”sengaja Kartina meninggikan suaranya. Hakimi Lufti tetap buat bodoh. Kartina ingin menyentap tangannya, namun
sia-sia belaka apabila Hakimi Lufti tetap tidak mahu mengalah. Agak lama mereka bertelingah tanda menyedari Dato’
Hakim ada dibelakang mereka berdua.
“Ehmm…ehmm…”baik Hakimi Lufti mahupun Kartina Amirah,
masing-masing tersentak.
“Walid”
“Dato’”
Terlepas genggaman tangan mereka. Hakimi Lufti
tersengih-sengih, manakala muka Kartina Amira sudah merona merah, malu.
“Kamu buat apa Hakimi Lufti?”soal Dato’ Hakim dalam nada
tenang. Tiada sinis mahupun
sindiran. Dalam hati Dato’ Hakim nak
juga tergelak tengok muka keduanya yang kelat.
“Kimi…Kimi..” terketar-ketar suara Hakimi Lufti menjawab
pertanyaan Dato’ Hakim.
“Kimi apa?”sergah Dato’ Hakim.
“Kimi nak kahwin Walid.”laju saja ayat itu keluar dari
mulut Hakimi Lufti. Kartina disebelah
rasa nak pengsan. “Bos aku dah gila gamaknya.”
“Kamu nak kahwin dengan siapa?”Dato’ Hakim masih bersoal
jawab dengan Hakimi Lufti.
“Dengan dia.”jari telunjuk diarahkan kepada Kartina. Perempuan itu terus pengsan.
“Kartina..Kartina..bangun.”tamparan halus dipipi diiringi
dengan suara Hakimi Lufti mengejutkan Kartina dari pengsan. Laju saja Kartina bangkit dari baringan.
“Saya kat mana ni?”soal Kartina yang masih blur. Hakimi Lufti tersenyum lebar, hatinya tenang
setelah melihat Kartina sedar dari pengsan.
“Sebab..sebab..”belum sempat Kartina meneruskan kata,
Hakimi Lufti sudah menjawab bagi pihaknya.
”Sebab dia dah jatuh hati pada Kimi, Walid.”Kartina
tersentak, “Bila masa aku nak cakap ayat tu.
Bos aku ni memang dah mental.”desisnya dalam hati.
“Betul ke Kartina?”kali ini Kartina menelan liur, kelat
dan pahit rasanya.
“Tak Dato’..tak.., Bos saja nak bergurau. Bila masa saya jatuh cinta kat bos.”jawapan
Kartina mengundang keruh diwajah Hakimi Lufti. Lelaki itu terdiam, kata-kata
dari Kartina Amira buat dia terfikir adakah dia bertepuk sebelah tangan.
“Bos..bos..”Kartina perasaan Hakimi Lufti tidak berkata
apa-apa. Marahkah!
“Walid, Kimi keluar dulu.”selepas berkata demikian,
Hakimi Lufti melangkah pergi meninggalkan bilik Dato’ Hakim. Kartina yang dari tadi disofa merasa
bersalah, “Aku salah cakap ke?”
“Bos, tunggu.”jeritan Kartina tidak diperdulikan lagi,
hatinya sakit. Kartina menolak cintanya
dihadapan Walidnya, apa yang tinggal semuanya musnah.
“Kami dah pernah bertemu sebelum saya bekerja disini Dato’.”ujar
Kartina takut-takut. Dato’’ Hakim
tersenyum senang. Memang betul Hakimi
cakap, dia mengenali perempuan ini sebelum bekerja disini.
“Eloklah tu, uncle pun setuju dengan kamu. Cuma satu yang uncle minta, Kartina terimalah
Hakimi. Anak uncle tu memang susah nak
jatuh cinta, tapi bila sekali dia jatuh cinta pada orang itu. Selamanya dia akan simpan rasa hati itu. Uncle kenal anak uncle, sebab itu uncle
percaya kamu berdua memang berjodoh.”Kartina mengetap bibir, tidak tahu sama
ada betul atau tidak keputusan yang akan dibuatnya nanti. Dalam hatinya tersimpan rasa cinta dan sayang
buat Hakimi Lufti, tapi dia pendamkan kerana status mereka berdua
“Saya minta diri Dato’, masih ada kerja yang perlu saya
bereskan.”Kartina meminta diri, dia ingin beredar dari bilik itu dengan
segera. Belum sempat dia memulas tombol
pintu, Dato’ Hakim melaungkan namanya.
“Jangan lupa beritahu keluarga awak, rombongan meminang
akan datang ke rumah awak minggu hadapan.”Kartina terkedu, rombongan meminang?
“Apa Dato’? Rombongan meminang. Siapa?”soal Kartina
bodoh. Dato’ Hakim mendekati
Kartina. Senyuman terukir dibibirnya.
“Dah lama kami tunggu saat ini, saya harap awak tidak
menolaknya.”besar sungguh harapan Dato’ Hakim padanya. Kartina mengangguk perlahan, mengerti dengan
kata-kata dari Dato’ Hakim.
“Insyaallah Dato’, kalau ibu saya setuju. Saya turuti dengan hati terbuka.”perlahan
sahaja Kartina menyuarakannya. Tersenyum
lebar Dato’ Hakim, masih lagi ada harapan buat anaknya.
~Bersambung~