Tuesday, 14 May 2013

SPEED - Cintaku Bukan Sekadar Di Meter Jalanan (Bab 30)

**Pengumuman penting...
Bab ini adalah bab terakhir untuk Novel SPEED.  Insyaallah, jika diizinkan Olehnya cerita ini bakal menemui semua dalam versi cetak.  Bila? oh, jangan ditanya.  Soalan yang tidak dapat saya jawab sepenuhnya.  Bergantung pada pihak penerbit jika mereka suka dengan hasil karya saya ini.
Terbaru, My Girl sudah pun saya muatkan sehingga bab 5 & 6.  Harap semua suka.
  

Bab 30

 
            “Cik Kartina, sila masuk bilik saya sekejap.”sapa Hakimi Lufti ketika tiba dimeja Kartina.  Perempuan itu sedang tekun menaip sesuatu memangku kepala sejenak.
 

            “Apa bos?”soal Kartina pula.
 

            “Masuk bilik saya.  Ada hal saya nak bincangkan dengan awak.”ulang Hakimi Lufti dengan suara yang sengaja ditegaskan.  Kartina mencapai pen dan buku nota sebelum mengekori belakang Hakimi Lufti.
 

            “Duduk.”pelawa Hakimi Lufti setelah pintu ditutup rapat.  Kartina melabuh duduk berhadapan lelaki itu. “Ada apa bos?” soal Kartina.
 

            Hakimi Lufti tidak menjawab, sebaliknya dia menghulurkan kotak kecil yang diseluk dari poket seluarnya kepada Kartina.
 

            “Apa ini bos?”Kartina pelik.  Hakimi Lufti siap tayang sengihan nakal, buat Kartina meluat.



            “Untuk awak, ambil lah.”Kartina teragak-agak mahu mengambilnya.  Namun huluran dari Hakimi Lufti memaksa agar dia mengambilnya.  Sebaik sahaja kotak itu dibuka, terserlah cincin bertahkta sebutir belian berwarna merah.


            ”Cantik”terluah sepatah perkataan itu dari bibir Kartina.


            “Saya tak boleh terima bos .  Hadiah ini terlalu mahal harganya dan saya tak pasti untuk apa.”kotak itu ditutup dan disua kepada Hakimi Lufti semula.  Lelaki itu hairan, ‘orang bagi hadiah pun tak nak terima. Pelik-pelik.

 
            “Kenapa Kartina, awak tak sudi?”pertanyaan Hakimi Lufti membuatkan jantung Kartina berdebar-debar. 

 
            “Saya tak layak bos, dunia kita berbeza.”jawab Kartina lembut.


            “Apa yang bezanya?”soal Hakimi Lufti pula.

 
            “Maksud saya..”


            “Maksud awak saya dari planet marikh dan awak dari bulan, gitu tu?”sampuk Hakimi Lufti.


            “Eh tak..tak..maksud saya taraf kita.  Encik bos saya dan saya pekerja encik.”balas Kartina dengan yakin.


            “Cik Kartina Amira.  Memanglah saya bos awak, dan awak adalah pekerja saya.  Tapi saya pun manusia biasa seperti awak juga.”cantas Hakimi Lufti.  Tawa yang disembunyikan tercetus juga.  Wajah kelat Kartina Amira direnung penuh minat.


            “Bos, saya rasa bos ni salah erti maksud saya.”

           
            “Apa dia Kartina, cuba awak explain, terangkan kepada saya.“Hakimi Lufti membidas kata-kata Kartina Amira.


            “Saya tak suka bos.”saat mendengar kata itu keluar dari bibir Kartina Amira, wajah keruh Hakimi Lufti menerpa. 


            “Oh, dia nak main tarik tali ya, suka tapi kata tak suka pula. Tak apa aku pun boleh join sama permainan ni.”fikir Hakimi Lufti dalam diam.
 

            “Siapa nak jadikan awak girlfriend saya.”helah Hakimi Lufti pula.
 

            “Habis tu?”soal Kartina polos.

 
            “Saya nak jadikan awak teman hidup saya.  Teman yang sudi menerima saya seadanya. Teman yang akan berada disamping saya hingga ke akhir hayat dan juga teman untuk menemani hari-hari saya yang indah.”tutur Hakimi Lufti.
 

            “Kalau setakat teman, sesiapa pun boleh kan bos? Tak semestinya saya.”balas Kartina.  Hakimi Lufti menahan geram kerana Kartina berpura-pura tidak megerti.

 
            “Kartina Amira..”tercengang Kartina bila Hakimi Lufti menyebut nama penuhnya.


            “Ya Encik Hakimi Lufti”jawab Kartina selamba.  Sekali lagi buat Hakimi Lufti bengang.


            “Kartina Amirah…awak ni tahu ke buat-buat tak tahu.  Awak memang sengaja nak sakitkan hati saya kan. Betul tak?”marah Hakimi Lufti.


            “Mana ada bos, saya memang tak faham.”balas Kartina lagi, “Saya ni budak tak cukup umur sebab itu akal saya pendek bos.”Hakimi Lufti bangkit dari duduk.  Dia melangkah mendekati tempat dimana Kartina duduk.  Berderau darah Kartina apabila Hakimi Lufti berada betul-betul dihadapannya.  Lelaki itu memegang bahunya lantas menariknya agar berdiri dihadapan lelaki itu. 


            Air liur Kartina telan terasa pahit, renungan mata Hakimi Lufti memukaunya.  Kartina terpana saat Hakimi Lufti mendekatkan wajahnya.  Terasa hangat nafas Hakimi Lufti menyapa mukanya.


            “Err..err..bos..nak…bu..at..aa..”belum sempat Kartina habiskan ayatnya, Hakimi Lufti mengucup lembut dahi perempuan itu.  Kartina terpaku, terpana dan terkejut dengan tindakan drastik dari Hakimi Lufti itu.  Agak lama bibir Hakimi Lufti singgah disitu, barulah dilepaskan.  Wajah Kartina memerah menahan malu, tak sanggup dia hendak memandang wajah Hakimi Lufti kerana dia pun turut sama terbuai dalam keasyikan.


            “Maafkan saya, hanya inilah satu-satu caranya untuk saya buktikan yang saya benar-benar ikhlas.  Lain kali saya buat lebih daripada itu setelah awak halal disisi saya nanti”Hakimi Lufiti memohon maaf diatas keterlanjurannya. 
 

            “Saya..saya…”Kartina kehilangan kata-kata, tidak tahu bagaimana hendak berinteraksi lagi bila berada dihadapan lelaki ini.  Memang benar dia sudah jatuh hati pada Hakimi Lufti, tapi untuk menyatakan secara terangan dia tidak mampu.  Tak tercapai dek akalnya, kerana dia tahu siapa dirinya.
 

            “Kartina, saya hanya ingin jawapan ya dari mulut awak.  Jika ya, saya akan hantar keluarga saya bertemu dengan keluarga Kartina.  Saya benar-benar serius dengan apa yang saya katakan.”tegas Hakimi Lufti.


            “Tapi bos, saya..baru saja kerja.  Terlalu banyak tanggungjawab yang perlu saya pikul.”jawab Kartina lemah.  Dia tidak mahu mengabaikan tanggungjawabnya yang masih menyara 2 orang adiknya termasuk ibunya sendiri.
 

            “Kita sama-sama pikul tanggungjawab itu. Saya akan bantu Kartina, percayalah.  Ibu Kartina akan jadi ibu saya dan adik-adik awak juga akan jadi adik saya.”kata-kata Hakimi Lufti membuatkan Kartina terharu.
 

            “Bos, saya anak orang miskin.  Rumah pun sewa, itu belum lagi termasuk belanja sekolah, belanja keperluan rumah dan juga keperluan harian.  Semuanya dibawah tanggungjawab saya.  Walaupun Abang Mikhail ada membantu, tapi saya tetap mahu wang dari hasil titik peluh saya sendiri.  Dan saya harap bos faham situasi saya, kita sangat berbeza.  Bagai langit dengan bumi.”Hakimi Lufti meraih tangan Kartina, digengamnya erat seakan tidak mahu dilepaskan lagi. 


            “Saya tidak akan memaksa awak untuk memberikan jawapannya sekarang.  Apa yang awak perlu buat, fikirlah semasak-masaknya.  Dan ambil selama mana yang awak mahukan, saya akan tetap setia menanti dengan sabar.”selesai berkata, Hakimi Lufti menyarungkan cincin itu ke jari manis kanan Kartina.


            “Simpan, jika Tina masih sudi menerima saya.”ujar Hakimi Lufti tanpa sedar dia telah memanggil Kartina dengan panggilan ‘Tina’.


            “Bos, saya..saya..”alamak gagap lagi, apalah aku ni.


            “Tina, awak ni dari tadi bercakap gagap kenapa? Saya tak makan orang lah.”seloroh Hakimi Lufti.
 

            "Saya pun suka kat bos.”sebaik saja habis ayat itu, Kartina berlari keluar.  Hakimi Lufti terpana, namun selepas itu meletus tawa dibibirnya.  Suka dengan gelagat kalut Kartina tadi.


            “Alhamdulillah.”Hakimi Lufti menadah tangan bersyukur kerana Kartina sudi menerima dirinya.  Dia perlu lakukan sesuatu, dia perlu khabarkan berita ini pada Walid dan Ummi.


            Sementara itu diluar bilik Hakimi Lufti, Kartina asyik membelek cincin dijari manisnya.  Tindak tanduknya diperhati oleh Ain dari jauh.  Perempuan itu seperti dapat menangkap apa yang berlaku didalam bilik itu.  Dengan wajah ceria Kartina yang dari tadi asyik membelek cincin dijari manisnya membuatkan hatinya cemburu. 


            “Adakah bos baru mereka sedang hangat bercinta dengan Kartina? ”desis hati kecilnya.  Dihampiri perempuan itu,  diketuk meja Kartina.  Tersentak Kartina dibuatnya.


            “Hoi, dah tak ada kerja ke? Asyik mengelamun saja, tu cincin tu dari siapa?”soal Ain kasar.  Perasaan ingin tahu meluap-luap didadanya.  Kartina menjongket keningnya, tanda tidak suka.
 

            “Cik Ain, sila jaga urusan awak sendiri.  Saya tak suka.”jawab Kartina sopan.  Dia tak mahu berkasar walaupun Ain jelas-jelas menunjukkan sikap tidak puas hati dengannya.
 

            “Eleh, baru kerja tak sampai 3 bulan dah nak berlagak.  Aku dah kerja sini 3 tahun, tak berlagak pun.  Lain kali cermin sikit muka tu”dengan sombong Ain berkata. 
 

            Kartina merengus, malas hendak melayan karenah perempuan mental ni.  Dia ingin melangkah pergi, tetapi lengannya disambar Ain dari belakang.
 

            “Hei perempuan, aku belum habis cakap lagi.”Kartina mengaduh kesakitan.  Sakit apabila lengannya disambar begitu.  Kartina cuba meronta-ronta, namun semakin kuat pegangan tangan Ain dilengannya.
 

            “Ain!”laungan Hakimi Lufti membuatkan Ain tersentak.  Tangan Kartina dilepaskan.  Kartina mengosok-gosok lengannya yang sengal akibat pegangan kuat dari Ain.
 

            “Kenapa dengan awak ni Ain? Apa salah Kartina dekat awak.”soal Hakimi Lufti berwajah tegang.  Ain membantu, tidak tahu apa yang harus dia lakukan.
 

            “Saya..saya..”tergagap-gagap Ain mencari jawapan.


            “Saya apa?”sergah Hakimi Lufti.  Kartina disebelah turut terkejut mendengar sergahan Hakimi Lufti.
 

            “Saya..saja-saja bercakap kosong dengan Kartina, Encik Hakimi.”balas Ain lambat-lambat.  Wajahnya ditunduk menatap lantai, takut hendak bertentang mata dengan Hakimi Lufti.


            “Saja-saja cakap kosong? Sampai main tarik-tarik tangan apa kes?”soal Hakimi Lufti sinis.   Kartina disebelah ditenung.  Kesian perempuan itu, masih menggosok-gosok lengannya yang sakit akibat tarikan itu tadi.
 

            “Tak adalah Encik Hakimi, kami bergurau saja.”jawab Ain takut-takut. Saat Kartina mengangkat wajah, Ain menghadiahkan jelingan tajam.  Kartina tertunduk semula.


            Hakimi Lufti menarik tangan Kartina, “Macam ni awak kata bergurau? Sampai merah-merah lengan Kartina awak buat.”pertanyaan Hakimi Lufti membuatkan Ain menelan liur.
 

            “Saya minta maaf Encik Hakimi, lain kali saya tak buat lagi.”pohon Ain.

 
            “Bukan minta maaf dengan saya.  Tapi dengan Kartina, sebab awak yang buat begitu dekat dia.  Bukannya saya.”bentak Hakimi Lufti.

 
            “Tapi Encik Hakimi..”


            “Tak ada tapi-tapi.  Awak kena minta maaf kat Kartina sekarang.”perintah Hakimi Lufti tegas. Ain terkulat-kulat bila dimarahi begitu.  Rasa malu kerana dihendik sebegitu dihadapan Kartina pula.


            “Saya minta..maaf Kartina.”ucap Ain dengan nada perlahan.
 

            “Apa? kuat sikit, saya tak dengar.”ujar Hakimi Lufti pura-pura tidak mendengar ucapan maaf itu.
 

            “Saya minta maaf Kartina.”dengan nada kuat Ain menyatakan kemaafannya.  Kartina mengangguk menerima kata maaf itu.  Hakimi Lufti masih tidak berpuas hati, namun pegangan tangan Kartina dilengannya mematikan niatnya.  Gelengan kepala Kartina mengisyaratkan agar Hakimi Lufti tidak memanjangkan perkara ini,  lelaki itu akur. 


            Sempat juga dia berbisik ditelingan Ain.”Don’t mess up with my fiancée to be. Kalau awak nak lama bekerja disini.”amaran keras dari Hakimi Lufti. Ain berlalu tanpa menoleh lagi, rasa malu dan terluka bersatu.  Dia malu apabila diperlakukan sebegitu dan dia juga terluka kerana dia turut menyimpan perasaan terhadap Hakimi Lufti.


            “Sayang, jom.”dengan selamba Hakimi Lufti menarik tangan Kartina Amira.  Kartina yang masih tercengang-cengang turut mengekori lelaki  itu tanpa disedari.  Genggaman erat tangan Hakimi Luft membuatkan hati Kartina tidak keruan.  Bermacam-macam bermain dimindanya.


            “Errr…bos, tangan saya.”tutur Kartina sambil mengangkat tangannya yang masih erat dalam genggaman Hakimi Lufti.


            “Kenapa pula dengan tangan awak?”soal Hakimi Lufti pura-pura bodoh. 


            “Tangan saya, bos masih pegang tangan saya.”ujar Kartina sambil mengangkat lagi tangannya.  Pelik bila Hakimi semakin mengeratkan lagi genggamannya.


            “Bos…”sengaja Kartina meninggikan suaranya.  Hakimi Lufti tetap buat bodoh.  Kartina ingin menyentap tangannya, namun sia-sia belaka apabila Hakimi Lufti tetap tidak mahu mengalah.  Agak lama mereka bertelingah tanda menyedari Dato’ Hakim ada dibelakang mereka berdua.
 

            “Ehmm…ehmm…”baik Hakimi Lufti mahupun Kartina Amirah, masing-masing tersentak.


            “Walid”


            “Dato’”


            Terlepas genggaman tangan mereka. Hakimi Lufti tersengih-sengih, manakala muka Kartina Amira sudah merona merah, malu. 


            “Kamu buat apa Hakimi Lufti?”soal Dato’ Hakim dalam nada tenang.  Tiada sinis mahupun sindiran.  Dalam hati Dato’ Hakim nak juga tergelak tengok muka keduanya yang kelat. 


            “Kimi…Kimi..” terketar-ketar suara Hakimi Lufti menjawab pertanyaan Dato’ Hakim.


            “Kimi apa?”sergah Dato’ Hakim.


            “Kimi nak kahwin Walid.”laju saja ayat itu keluar dari mulut Hakimi Lufti.  Kartina disebelah rasa nak pengsan. “Bos aku dah gila gamaknya.”
 

            “Kamu nak kahwin dengan siapa?”Dato’ Hakim masih bersoal jawab dengan Hakimi Lufti. 


            “Dengan dia.”jari telunjuk diarahkan kepada Kartina.  Perempuan itu terus pengsan.


            “Kartina..Kartina..bangun.”tamparan halus dipipi diiringi dengan suara Hakimi Lufti mengejutkan Kartina dari pengsan.  Laju saja Kartina bangkit dari baringan.


            “Saya kat mana ni?”soal Kartina yang masih blur.  Hakimi Lufti tersenyum lebar, hatinya tenang setelah melihat Kartina sedar dari pengsan.

 
            “Dalam bilik saya.”jawab Dato’ Hakim.  Kartina angkat muka, wajah Dato’ Hakim dihadapan dipandang serba-salah.

 
            “Dato’, saya minta maaf”

 
            “Dah, kenapa pula Kartina.”soal Dato’ Hakim.


            “Sebab..sebab..”belum sempat Kartina meneruskan kata, Hakimi Lufti sudah menjawab bagi pihaknya.


            ”Sebab dia dah jatuh hati pada Kimi, Walid.”Kartina tersentak, “Bila masa aku nak cakap ayat tu.  Bos aku ni memang dah mental.”desisnya dalam hati.


            “Betul ke Kartina?”kali ini Kartina menelan liur, kelat dan pahit rasanya. 


            “Tak Dato’..tak.., Bos saja nak bergurau.  Bila masa saya jatuh cinta kat bos.”jawapan Kartina mengundang keruh diwajah Hakimi Lufti. Lelaki itu terdiam, kata-kata dari Kartina Amira buat dia terfikir adakah dia bertepuk sebelah tangan.

 
            “Bos..bos..”Kartina perasaan Hakimi Lufti tidak berkata apa-apa.  Marahkah!


            “Walid, Kimi keluar dulu.”selepas berkata demikian, Hakimi Lufti melangkah pergi meninggalkan bilik Dato’ Hakim.  Kartina yang dari tadi disofa merasa bersalah, “Aku salah cakap ke?”

            “Bos, tunggu.”jeritan Kartina tidak diperdulikan lagi, hatinya sakit.  Kartina menolak cintanya dihadapan Walidnya, apa yang tinggal semuanya musnah. 

 
            “Dato’, bos kenapa?”soal Kartina pada Dato’ Hakim. 

 
            “Duduk dulu Kartina, ada sesuatu yang nak saya bincangkan dengan kamu.”Kartina duduk semula.  Kali ini wajah serius Dato’ Hakim mengundang resah dijiwanya.

 
            “Boleh uncle tahu dah berapa lama Kartina kenal dengan Hakimi.”pertanyaan Dato’ Hakim membuatkan Kartina gelisah.  Perlukah dia menceritakan insiden yang berlaku diantara dirinya dan Hakimi beberapa bulan yang lepas.


            “Kami dah pernah bertemu sebelum saya bekerja disini Dato’.”ujar Kartina takut-takut.  Dato’’ Hakim tersenyum senang.  Memang betul Hakimi cakap, dia mengenali perempuan ini sebelum bekerja disini.

 
            “Boleh kamu ceritakan macam mana kamu berjumpa.  Uncle nak sangat tahu, bukannya apa.  Sekadar bertukar-tukar cerita.  Hakimi ada juga beritahu uncle pasal kamu.”Kartina terkaku, penerangan dari Dato’ Hakim membuatkan dia tidak senang duduk. 

 
            “Jangan-jangan Hakimi ada cerita pasal dia cium aku. Oh tidak! Aku tak sanggup nak ingat lagi semua itu.”

 
            “Ceritalah Kartina, saya nak tahu sangat.”desak Dato’’ Hakim.  Kartina akhirnya menceritakan kepada Dato’ Hakim tentang pertemuanya pertamanya dengan Hakimi Lufti sehingga ke saat dimana Hakimi Lufti mencium pipinya dikhalayak ramai.  Dato’’ Hakim tertawa kecil, lucu bila mendengar cerita Kartina.

 
            “Saya memang malu Dato’, tapi nak buat macam mana. Perkara dah pun berlaku, saya pun dah maafkan dia.”tutur Kartina.

            “Eloklah tu, uncle pun setuju dengan kamu.  Cuma satu yang uncle minta, Kartina terimalah Hakimi.  Anak uncle tu memang susah nak jatuh cinta, tapi bila sekali dia jatuh cinta pada orang itu.  Selamanya dia akan simpan rasa hati itu.  Uncle kenal anak uncle, sebab itu uncle percaya kamu berdua memang berjodoh.”Kartina mengetap bibir, tidak tahu sama ada betul atau tidak keputusan yang akan dibuatnya nanti.  Dalam hatinya tersimpan rasa cinta dan sayang buat Hakimi Lufti, tapi dia pendamkan kerana status mereka berdua


            “Saya minta diri Dato’, masih ada kerja yang perlu saya bereskan.”Kartina meminta diri, dia ingin beredar dari bilik itu dengan segera.  Belum sempat dia memulas tombol pintu, Dato’ Hakim melaungkan namanya.


            “Jangan lupa beritahu keluarga awak, rombongan meminang akan datang ke rumah awak minggu hadapan.”Kartina terkedu, rombongan meminang?


            “Apa Dato’? Rombongan meminang. Siapa?”soal Kartina bodoh.  Dato’ Hakim mendekati Kartina.  Senyuman terukir dibibirnya.

 
            “Nak meminang awak untuk Hakimi Lufti lah.”sahut Dato’ Hakim.

 
            “Untuk saya, dengan bos?”Dato’ Hakim menangguk manakala Kartina pula terkaku.


            “Dah lama kami tunggu saat ini, saya harap awak tidak menolaknya.”besar sungguh harapan Dato’ Hakim padanya.  Kartina mengangguk perlahan, mengerti dengan kata-kata dari Dato’ Hakim.


            “Insyaallah Dato’, kalau ibu saya setuju.  Saya turuti dengan hati terbuka.”perlahan sahaja Kartina menyuarakannya.  Tersenyum lebar Dato’ Hakim, masih lagi ada harapan buat anaknya.

 
            “Saya pergi dulu Dato’.’sejurus berbicara Kartina beredar meninggalkan pejabat Dato’ Hakim.  Langkah kakinya pincang, lamaran dari keluarga Hakimi Lufti menyesak dadanya.  Petang itu satu kerja pun tidak dapat dia lakukan.  Fikirannya asyik merewang pada permintaan Dato’ Hakim. Hatinya resah, sama ada betul atau tidak dengan keputusan yang bakal dia ambil.  Akhirnya, apabila jam menginjak waktu 6 petang Kartina mengambil keputusan untuk pulang ke rumah dengan beribu persoalan diminda.

~Bersambung~

2 comments:

  1. Kimi bkn dgn kaZrina ke..so,kaZrina ke kaTrina jgk..yana

    ReplyDelete