Bab
4
“Pukul berapa Aiden sampai semalam
Tijah”soal Toh Puan Aini kepada pembantu rumahnya.
“Kira-kira jam 12 tengah malam Toh
Puan”jawab Tijah yakin.
“Lambatnya dia sampai. Kata nak datang awal, alih-alih saya dah tidur
baru dia nak sampai.”omel Toh Puan Aini.
Air kopi dicawan dihirup perlahan, panas.
“Aiden ada bawa tetamu semalam”celah
Tijah lagi, ingin bercerita panjang tidak berani. Takut ditanya macam-maca pula oleh
majikannya.
“Siapa Tijah?”
“Entahlah Toh Puan, saya pun tak
kenal. Tapi yang pasti seorang gadis .”
“Gadis? Anak dara siapa yang Aiden
bawa balik pula kali ini.”tersentak Tijah apabila majikannya terjerit kecil.
“Bukan anak dara sapa-sapa Tok
Wan. Yang pasti dia bakal isteri
Aiden.”sampuk Aiden dari arah belakang.
Terus Toh Puan Aini menoleh kebelakang memandang wajah cucunya itu.
“Assalamuaikum Tok Wan, Mak Ti.”sapa
Tommy lantas melabuh pungung dikerusi bersebelahan Toh Puan Aini. Tijah menyambut salam sambil menuangkan
secawan kopi ke dalam cawan berdekatan Aiden
“Bakal isteri? Aiden jangan
main-main, Tok Wan tak suka.”marah Toh Puan Aini apabila cucunya berkata
begitu.
“Betul lah Tok Wan. Aiden tak tipu. Lagipun Aiden dah janji, kali ini Aiden balik
dengan bakal isteri.”Nyla yang baru saja membawa keluar semangkuk bekas berisi nasi goreng terkaku dimuka pintu
dapur. Rasa ingin lari dari situ pun ada
tapi tidak terdaya apabila namanya dipanggil Mak Tijah.
“Haah, itu dia. Nyla, bawa kemari nasi goreng tu.”arah Mak
Tijah saat terpandang kelibat Nyla dimuka pintu dapur. Dengan berhati-hati, Nyla meneruskan
langkahnya menghampiri meja makan.
“Duduk Nyla, kita sarapan
sama-sama.”pelawa Mak Tijah.
“Tak apalah Mak Ti, Nyla makan kat
dapur saja. “putus Nyla, malu dan segan bila berada diantara keluarga ini.
Sejak mereka sampai dirumah ini
semalam, Nyla tidak betah. Tidurnya
tidak lena seperti biasa, akhirnya dia memutuskan mengerjakan solat sunat serta
mengaji. Nasib baik dalam bilik yang dia
diami ada sepesang telekung dan juga senaskah Al-Quran diatas meja sisi.
“Duduklah, Tok Wan pun nak sangat
berkenalan dengan sayang.”rasa tersekat air liur Nyla bila Tommy memanggilnya
begitu. Wajah selamba Tommy direnung,
rasa hendak diketuk kepala lelaki ini pun ada.
“Duduk Nyla.”arahan berupa madatori dari Toh Puan
Aini buat Nyla mengalah. Lantas dilabuh
duduk berdepan dengan Tommy.
“Tak apa Mak Ti, Nyla boleh ambil
sendiri.”Nyla menahan Mak Tijah dari menyenduk nasi goreng kedalam pinggannya.
“Hish Nyla ni, tetamu kenalah
layan. Biar saja Mak Ti sendukkan nasi
buat kamu.”bantah Toh Puan Aini. Kali
pertama melihat Nyla, Toh Puan Aini sudah terpikat. Keperibadian Nyla, tutur kata dan juga wajah
putih bersih Nyla mengudang satu rasa dalam dirinya. Pendek kata, dia suka dengan pilihan Aiden
kali ini.
“Nyla masih ada ahli keluarga
lagi.”pertanyaan Toh Puan Aini buat Aiden tersedak.
“Uhuk! Uhuk…”Nyla menghulurkan air
suam dihadapannya kepada Tommy. Lelaki
itu mengambil lalu diteguk air putih itu dengan rakus sekali.
“Kamu kenapa Aiden, Tok Wan tanya
Nyla. Yang kamu tersedak kenapa?”tutur Toh
Puan Aini tanpa menyedari pertanyaannya itulah yang membuatkan cucunya
tersedak.
“Nasi goreng ni pedas sangat.”adu
Tommy cuba
menyembunyikan kebenaran.
“Mana ada? Lagipun bukan Mak Ti yang
masak, Nyla yang masak.”dalih Mak Tijah tanpa mensyaki apa-apa.
“Patut pun sedap, Tok Wan suka. Pandai Nyla masak, macam ni boleh masakkan
lagi untuk Tok Wan ya.”sampuk Toh Puan Aini pula. Tommy yang berada dihadapannya dikerling,
wajah lelaki itu serius. Aku ada buat salah ke?
Tommy menyepak kaki Nyla, isyarat
diberi supaya Nyla tidak berkata lebih-lebih.
Biar dia saja yang menjawabnya.
Nyla mengerti, hanya kerlingan mata menjawab persolan Tommy.
“Nyla anak yatim Tok Wan.”sahut
Aiden terlebih dahulu sebelum Nyla membuka mulut. Terpana Nyla, macam mana Aiden tahu tentang
dirinya. Memang dia anak yatim yang
dibesarkan oleh mak ciknya. Tapi
disebabkan kebodohannya sendiri dia terperangkap disini bersama lelaki yang
bernama Tommy ini.
“Yea ke? tak mengapalah Nyla, mulai
sekarang anggaplah kami keluarga Nyla.
Tak gitu Toh Puan?”tutur Mak Tijah.
Toh Puan Aini mengangguk setuju, tapi tidak bagi Tommy lelaki itu masih
setia menguap nasi goreng ke mulut tanpa peduli keadaan disekeliling.
“Nyla anak tunggal?”soal Toh Puan
Aini lagi. Nyla menggeleng-gelengkan
kepalanya. Renungan mata Tommy tidak
dipedulikan.
“Nyla ada seorang adik, sekarang dia
tinggal dengan makcik.”jawab Nyla jujur.
Tidak mahu berselindung lagi, biarlah kalau lelaki ini mahu marah
padanya. Asalkan dia berkata benar.
“Perempuan ke lelaki?”soal Toh Puan
Aini lagi. Ingin tahu tentang
latar-belakang gadis yang mula bertapak dihati cucunya.
“Lelaki. Masih belajar ditingkatan 2.”Toh Puan Aini
tersenyum, suka bila ada seorang lagi yang bakal menjadi penemannya.
“Baguslah tu. Nanti lepas Nyla bernikah dengan Aiden,
bawalah dia tinggal disini.”cadang Mak Tijah pula. Toh Puan Aini mengangguk, tanda setuju dengan
cadangan itu. Lain pula Tommy, makin
tidak betah lelaki itu.
Sarapan pagi itu dihujani dengan
pelbagai pertanyaan dan persoalan tentang Nyla.
Semuanya dijawab dengan tenang, tanpa menguris hati mahupun membohongi
sesiapa. Tapi satu saja Nyla tidak
sanggup ceritakan kepada Toh Puan Aini, iaitu dia telah dibeli oleh abang Tommy
buat adiknya itu. Perbohongan itu
terpaksa dibuat demi menjaga nama baik Tommy mahupun abangnya Vince.
“Dah berapa lama Nyla kenal dengan
Aiden?”soalan maut dari Toh Puan Aini buat Nyla terfikir sejenak. Tidak tahu bagaimana hendak menjawab
pertanyaan itu.
“Kami..kami…”teragak-agak Nyla ingin
berkata, namun Aiden terlebih dahulu menyelamtakan keadaan.
“Kami tertukar beg semasa membeli
barang di Mall”jawapan selamat dari Aiden.
“Oh gitu, tentu lucu kan .”sampuk Mak Tijiah
pula.
“Tak terbayang oleh kata-kata Mak
Ti. Masa tu Aiden jatuh cinta pandang
pertama dengan Nyla.”pandai pula mamat sengal ni mereka cerita. Kalau tidak tentu dah kantoi.
“Aiden..Aiden..macam tak percaya Tok
Wan dengan cerita kamu ni. Selalunya
kamu tu suka sangat tukar-tukar pasangan.
Kali ini lain pula, sejak bila mat romeo bertukar jadi mat bunga.”tergelak
Aiden dikala dilabelkan begitu. Tak
sangka Tok Wan nya masih ingat tabiatnya yang satu itu.
“Mana ada Tok Wan, Aiden dah
insaf. Kali ini Aiden janji, Nyla adalah
gadis yang terakhir dalam hidup
Aiden. Tak ada lain selain dari Aiyatul
Nyla Aiyuddin.”tercengang Nyla bila Aiden meluahkan perasaannya dihadapan Tok
Wan dan juga Mak Tijah. Tersenyum-senyum
Toh Puan Aini dan juga pembantunya.
Bersyukur akhirnya cucunya ini telah bertemu dengan pilihan hati yang
dia rasa teramat sesuai untuk Aiden.
Tommy merenung wajah Nyla, cuba
mencari sesuatu disitu namun hampa.
Gadis itu tidak terusik sedikitpun dengan kata-katanya. Hati batu ke atau memang aku yang syok
sendiri.
Tommy menggaru kepalanya yang tidak
gatal, tidak pasti sama ada apa yang
keluar dari mulutnya itu benar ataupun secara spontan. Yang pasti kata-kata itu hadir dari lubuk
hatinya yang dalam. Tidak pernah dia
meluahkan kata-kata ini dihadapan Tok Wan, lebih-lebih lagi pada perempuan yang
baru 2 hari dia kenali. Gila, memang ini
semua gila. Namun apakan daya, mahu rancangan ini berjalan dengan lancar
terpaksalah dia membohongi Tok Wan. Tiba-tiba
Nyla membalas renungan Tommy buat lelaki itu terkedu sesaat. Dalam hatinya sudah tidak keruan, begitu juga
dengan Nyla.
“Siapakah dia yang sebenarnya,
namanya pun aku tak tahu. Dia kata
namanya Tommy, tapi Tok Wan panggil dia Aiden.
Mana satu nama mamat ni aku pun keliru.”soal Nyla dalam hati. Matanya masih tidak lepas memandang ke arah
Tommy.
Tommy yang menyedari pandangan mata
Nyla hanya tunduk membisu. Terasa dia
menipu dirinya dikala menyatakan rasa cintanya pada gadis ini. Salah aku kah kalau ini semua terjadi disebabkan
desakkan Tok Wan semata-mata. Ah! aku
benci.
“Tok Wan, Aiden nak ke bilik. Ada kerja yang perlu Aiden selesaikan. Tok Wan berbual-bual lah dengan Nyla. Aiden izinkan.”pinta Tommy lantas melangkah
pergi meninggalkan Nyla bersama Toh Puan Aini diruang tamu.
Sepeninggalan Tommy, Toh Puan Aini banyak
bertanyakan sedikit sebanyak tentang latar belakang keluarga Nyla. Siapa arwah
orang tuanya, asal dari mana, tinggal dimana dan yang paling penting apa
pekerjaan yang dilakukan oleh Nyla sebelum mengenali Tommy.
Pada mulanya Nyla agak terkedu,
takut jika dia menceritakan perkara sebenar akan menjejaskan Tommy dan juga
abangnya Vince. Sebolah-bolehnya dia
mahu keluar dari sini, tapi memandangkan Vince sudah membelinya terpaksalah dia
berlakon.
Satu persatu kebohongan dicipta Nyla
demi untuk menutup kebenaran. Rasa
bersalah menghantui dirinya, namun dibiarkan pergi demi adiknya. Ya, dia perlu kuat untuk menghadapi semua ini
demi asiknya yang amat memerlukan dirinnya.
Biarpun satu hari nanti apabila kebenaran terbongkar, dan dia dihalau
disini. Sekurang-kurangnya dia keluar
dengan sedikit bekalan untuk menampung kehidupan mereka kedua beradik
nanti. Yang penting, buat masa ini dia
perlu berlakon.
“Habis tu sekarang ni Nyla tak
kerjalah?” terkejut Toh Puan Aini apabila Nyla mengatakan dia sudah diberhentikan
kerja beberapa bulan yang lalu. Nyla
mengangguk kepala, berbohong lagi.
“Habis tu apa tujuan Nyla ikut Aiden
pulang kemari?”soalan maut dari Toh Puan Aini buat Nyla terdiam. “Perlukan aku cipta kebohongan lagi’.soalnya
dalam hati.
“Tom cakap dia nak bagi Nyla
pekerjaan.”bohong Nyla.
“Kerja apa?”laju saja pertanyaan itu
keluar dari mulut Toh Puan Aini.
“Jaga Tok Wan.”bohongku lagi tanpa
rasa bersalah demi menyelamatkan dirku dan juga lelaki itu. Toh Puan Aini tersenyum lebar, percaya dengan
kata-kata Nyla.
Tommy perhatikan Nyla sedang ralit
termenung dihalaman. Buaian yang mampu
memuatkan 4 orang itu dihampiri.
“Maaf kalau aku dah buat kau tak
selesa.”tegur Tommy ketika dia melabuh duduk berhadapan Nyla didalam buaian. Saat ini hanya mereka berdua berada dihalaman
rumah itu, Tok Wan dengan Mak Tijah
didalam rumah barangkali.
“Saya yang patut minta maaf. Saya sedar siapa diri saya, terima kasih
kerana sudi menjadi majikan saya. Kalau
tidak saya tak tahu apa yang akan terjadi pada saya tempoh hari.”ucap Nyla
panjang lebar, ada nada kesal disitu.
Sedih bila rasa diri ini hanyalah boneka yang baru saja dibeli oleh tuan
barunya.
Tommy tidak berkata apa-apa, tidak
mahu mengulas apa yang baru diperkatakan oleh Nyla tadi. Dia hanya membisu.
“Saya nak tanya sesuatu boleh.”soal
Nyla setelah memecah kebisuan antara mereka berdua.
“Siapa nama encik sebenarnya? Kenapa
Tok Wan panggil encik Aiden, setahu saya
nama encik Tommy bukan.”Tommy tersenyum, pertanyaan Nyla tampak polos
sekali. Tentu gadis ini tertanya-tanya
siapakan dirinya sebenarnya. Wajahnya
tidak seperti orang disini, lebih kebaratan.
Dengan warna kulit yang putih melepak, hidung mancung dan yang paling
ketara sekali matanya yang kebiru-biruan.
Berlainan pula dengan abang Vince, dia lebih kebaratan disebabkan daddy
dan mummynya berasal dari sana. Dengan
ketinggian lelaki itu mencecah 6 kaki, rambut keperangan, hidung mancung dan
bermata kehijauan memang tidak mempunyai langsung ciri-ciri orang Asia.
“Nama
aku Aiden Thomas Anderson, Papa aku berbangsa Inggeris manakala mama pula
berasal dari sini iaitu satu-satunya anak perempuan tunggal kepada Tok
Wan. Abang aku, Vincent Alan Anderson lelaki yang telah membeli kau malam
tadi merupakan abang sebapaku. Sebelum
mama berkahwin dengan papa, abang Vince telah lama wujud dalam hidup papa. Kami satu bapa tapi berlainan ibu, namun mama
tetap menyanyangi Vince seperti mana mama sayang padaku.”Nyla terkaku,
penjelasan dari Tommy benar-benar buat dia terkejut.
“Patut pun saya tengok wajah encik
Vince macam orang putih. Tak macam wajah
Pan Asia milik encik Tom.”komen Nyla buat
Tommy menguntum senyuman.
“Sebab itu awak lebih terpikat kat
dia dari saya.”tebak Tommy.
“Salah tu encik Tom. Dua-dua saya tak terpikat.”jawapan selamba dari
Nyla buat Tommy tercabar.
“Kenapa pula, kami tak hensem ke
sampai awak tak terpikat.”tukas Tommy tak puas hati dengan jawapan dari
Nyla. Tercetus tawa kecil dari bibir
gadis itu apabila diajukan pertanyaan seperti itu. Orang lelaki memang suka berlagak, perasan
dengan kekacakan yang mereka miliki.
“Keindahan rupa dan kekacakan
seseorang tidak akan menjaminkan kebahagiaan.
Saya lebih selesa memilih orang yang mencintai saya dari saya mencintai
orang itu disebabkan paras rupa.”tenang dan jujur Nyla menyuarakan
pendapatnya. Terdiam Tommy, tidak tahu
harus balas apa lagi. Sekali lagi
kebisuan memecah kesunyian mereka berdua sehinggalah Nyla bertanyakan sesuatu
kepada Tommy.
“Apa motif encik Vince membeli saya
untuk encik Tom”Tommy tidak beraksi, tidak tahu bagaimana harus dia terangkan
kepada Nyla tujuan sebenar Vince mencari seseorang untuk dijadikan isteri
kontrak buatnya.
“Itu kita bincangkan nanti. Sekarang ini aku nak kau ceritakan siapa diri
kau yang sebenarnya, dimana kau tinggal,
siapa adik beradik kau ataupun apa-apa saja yang berkaitan dengan kau yang
perlu aku tahu.”sejujurnya Tommy ingin menjelaskan keadaan sebenar, tapi dia
perlu tahu dahulu siapa gadis ini sebelum mereka meneruskan rancangan itu.
“Saya akan ceritakan perihal tentang
diri saya dengan syarat encik akan turuti kemahuan saya.”Nyla menetap syarat
supaya dia dapat melepaskan dirinya suatu hari nanti.
“Baiklah aku setuju, itupun setelah
kau selesaikan tugas kau disini.
Sekarang bagi tahu siapa diri kau. I’m
waiting..”Tommy memeluk tubuh, wajahnya sengaja diseriuskan agar Nyla tahu
dia tidak mahu dirinya dipermain-mainkan.
Setelah menceritakan perihal
kehidupan dirinya dahulu sehinggalah dia dijual oleh Chai kepada Vince. Airmata Nyla merembeskan keluar tanpa henti,
airmata yang cuba
ditahan dari tadi mengalir juga. Dia
merasa dirinya terlalu bodoh kerana menurut kata hati dan percaya pada Refa
yang dianggap kawan yang akhirnnya menjerumuskan dirinya kekancah
permaksiatan.
Nasib baik dia masih suci sehingga
kini, tapi sampai bila dia sendiri tidak pasti.
Dia juga tidak tahu apa helah Vince mahupun Tommy yang sanggup membeli
dirinya daripada Chai. Walaupun
begitu dia amat berterima kasih kepada Vince kerana telah membelinya sebelum
dia dijual kepada bapa ayam yang lain untuk dijadikan pelacur. Nauzubilamalik… minta-minta dijauhkan dari segala
perkara mungkar.
“Kalau begitu senang sikit kerja
aku.”
“Maksud encik”
“Senang untuk aku berurusan dengan
kau tanpa gangguan pihak lain.”
“Habis tu adik saya bagaimana? Dia tak tahu saya disini, tentu dia risaukan
saya.”luah Nyla kesal bila perkara ini terjadi oleh kebodohannya sendiri.
“Habis tu, masa kau buat kau tak
fikir. Sekarang baru nak fikirkan
tentang adik kau, macam tu.”selar Tommy keras.
Terasa sikit terkilan dengan sikap Nyla yang terlalu mementingkan diri
sendiri tanpa memikirkan orang lain.
“Kalau saya tak cari kerja, macam
mana saya nak sara persekolahan adik.
Dimana saya harus cari duit untuk membayar yuran, beli keperluan sekolah
dan yang utama sekali wang sakunya.
Semua itu saya perlu cari untuk membayar semula kepada makcik saya
sebelum dia menghalau kami berdua dari rumahnya.”bidas Nyla, terkeluar apa yang
selama ini terbuku dihatinya. Rasa
keperitan dan penderitaannya bersatu menjadi satu.
Tommy terdiam, kata-kata bidasan
dari Nyla tidak dibalas. Otaknya cuba
mencerna semula apa yang telah berlaku kepada gadis ini. Hatinya dipagut sedih, tak pernah dia merasa
sesedih begini. Dia tidak pernah merasai
kesusahan, sedikit pun tidak pernah.
Hidupnya dilimpahi kemewahan sehingga tidak terhabis hingga 7 keturunan
pun.
Tok Wannya tergolong dari kalangan
bangsawan yang mempunyai harta tidak terbilang.
Papanya pula datang dari keluarga kaya dengan perusahan minyak mentah
dan perkapalan. Dari kecil hingga besar,
dia tidak pernah merasa kekurangan baik dari segi kemewahan mahupun kasih
sayang. Tidak seperti gadis ini,
hidupnya penuh dengan keperitan. Tommy
bangkit, lantas duduk bersebelah Nyla.
Nyla yang masih kaku terkejut apabila Tommy beralih duduk bersebelah
dengannya.
Tommy menarik Nyla agar mendekatinya, kepala
gadis itu ditarik dan diletakkan dibahunya.
Rambut Nyla dibelai lembut seperti membelai sang kekasih hati.
“Mulai hari ini saya akan
bertangungjawab diatas semua kebajikan kau termasuklah adik kau tu. Kita akan bawa dia tinggal bersama kita
sedikit masa lagi. Sementara itu saya
minta awak bersabar.”kata-kata pujukan dari Tommy buat Nyla terpegun. Perkataan ‘aku’ kini bertukar menjadi ‘saya’
tanpa Tommy sedari.
“Apa
maksud lelaki ini? Kita akan bawa adik tinggal bersama kita. Adik siapa? Kita tu siapa? Aku dan dia
kah?”buntu fikirannya kala ini.
~Bersambung~
best2.. nak lagiiii
ReplyDeleteBest.
ReplyDeleteakak nak komen sikit. vince dan aiden bukan adik beradik tiri. mereka adik beradik sebapa. tiri maksudnya vince dan aiden mempunyai ibu dan ayah yang berlainan. dalam cerita ini, bapa vince dan bapa aiden sama, cuma ibu sahaja berbeza. dalam islam, adik beradik tiri boleh berkahwin.
ReplyDeleteDear kak ju,
DeleteTerima kasih diatas teguran akk. Sy tersilap, mmg aiden dan vince sebapa berlainan ibu. Spatutnya mereka dlm kategori adik- beradik kandung kerana dtg dari induk yg sama. Heheeee....thaks again kak for the komen.
sila lihat : http://kemusykilan.islamgrid.gov.my/questions/index/page:8/search.q:tiri
ReplyDelete