Bab
5
“Dah siap?”soal Tommy sebaik melihat
kelibat Nyla diruang tamu. Tersentak
Nyla bila dikejutkan dengan pertanyaan itu.
Otaknya tidak dapat mencerna apa yang disoal oleh lelaki itu.
“Siap apa encik?”Tommy merengus,
geram bila Nyla bertanyakan soalan sebegitu.
“Bersiap nak keluar lah.”tekannya
lagi.
“Kita nak kemana encik?”soal Nyla
laju. Tommy menjeling, wajah Nyla
dipandang tepat sehingga gadis itu berasa tidak selesa.
“Ke butik perkahwinan”jawab Tommy
pendek.
“Nak buat apa?”soal Nyla polos.
“Nak cari baju nikah lah?”keras
bunyi nada suara Tommy.
“Siapa yang nak nikah?”Tommy rasa
nak luku saje kepala gadis ni, boleh dia tanya siapa nak nikah. Padahal 2 hari sebelum itu mereka sudah
bersetuju untuk meneruskan rancangan ni.
“Eh awak ni, karang saya smackdown baru tahu.”marah Tommy sambil
menunjukkan aksi ala-ala WWF lagi..
“Siapa yang encik nak smackdown, jangan mimpi okay.”jawab Nyla
selamba tanpa mengetahui pertelingkahan mereka didengari Toh Puan Aini
dibelakang.
“Hish! Budak-budak bertuah ni, kalau
tak bergaduh tak sah kan . Aiden ni pun, selalu saja nak kenakan Nyla
kesian Tok Wan tengok.”celah Tok Wan dari belakang.
Pertelingkahan diantara Aiden dengan
Nyla menarik hati tuanya. Kata pasangan
kekasih, tapi hari-hari nak bergaduh.
Sampai sakit kepala dia memikirkan perangai budak berdua ni. Sorang lagi bersaya awak, dan sorang lagi
panggil encik. Hish..hish…macam-macam
karenah.
“Mana ada Tok Wan. Nyla ni, keras kepala sangat. Geram Aiden dengan dia.”adu Aiden pada Tok
Wan nya.
“Nyla, kan Tok Wan dah cakap malam tadi. Pagi ini Nyla dengan Aiden kena pergi butik cuba
baju nikah. Takut tailor tak sempat nak jahit.
Kamu dah lupa ke?”Nyla menepuk dahi, terlupa akan perkara yang satu
itu. Mana tidaknya, semalaman dia tidak
tidur memikirkan rancangan gila Tommy yang mahu mereka bernikah dalam masa
terdekat. Alasannya ini semua untuk
kebaikan Tok Wan. Apa yang baik dia pun
tidak tahu.
Teringat kisah 2 hari lepas semasa
dia dan Tommy duduk berdua-dua ditas buaian dihalaman rumah.
“Saya akan nikahi awak, dengan
syarat awak turuti semua kemahuan saya.”tutur Tommy tenang, padahal dalam hati
dirinya masih keliru.
“Kalau saya tak setuju?”Nyla cuba
bermain tarik tali. Niat ingin
melepaskan diri, tapi tidak tahu sama ada Tommy mahu melepaskan dirinya atau
tidak.
“Sama ada awak setuju atau tidak,
awak kena nikah juga dengan saya. Ingat!
Abang saya dah beli awak untuk saya.
Jadi dengan rasminya awak adalah milik saya. No argument, or not regret as you already been purchased by me. And I’m your master from now on, remember
that!”dengan nada tegas Tommy menuturkan kata.
Takut Nyla bila melihat wajah garang
Tommy disebelahnya.
Gulp! Air liur ditelan terasa begitu
pahit dan kelat. Memang benar abangnya
lelaki ini telah membelinya, dan ada benar juga dia kini telah menjadi hak
milik lelaki ini tapi dia bukan barang dagangan yang boleh ditolak kesana
kemari. Dia manusia, yang ada hati dan
perasaan bukannya binantang. Ya! Allah,
bantulah hambamu ini.
“Baiklah, saya setuju. Saya harap tak lupa akan janji awak pada saya
nanti. Apa saja kemahuan awak, akan saya
turuti. Awak berhak melakukan apa-apa
saja terhadap diri saya selama mana khidmat saya masih diperlukan.”ucap Nyla
tenang. Setenang-tenang hatinya kini.
“Good
girl, now for the first step you should call me ‘abang’ and I shall call you
sayang”Nyla hanya mengangguk, tidak mahu membantah lagi. Lantak lah dengan apa yang hendak lelaki ini
buat, dia hanya perlu menurutinya selagi tidak bercanggah dengan agama.
“Tak naklah encik, lagipun tak perlu
kot. Biarlah kita begini sehingga
selesai semua urusan itu nanti.”bidas Nyla, padahal dia segan mahu memanggil
lelaki itu dengan panggilan ‘abang’.
“Suka hati awak lah. Yang penting kita nikah untuk sementara
sehingga selesai urusan saya dengan Tok Wan.”tegas Tommy.
“Kita nikah betul-betul atau main-main
encik?”soal Nyla polos. Takut juga bila
memikirkan hal nikah ni.
“Kita nikah betul-betul. Kenapa? Ada
masalah ke?”kali ini pertanyaan Tommy menakutkan Nyla.
“Err..er…maksudnya saya kena
jalankan tugas sebagai isteri betul lah encik?”terketar-ketar Nyla bertanyakan
hal itu. Tommy tersenyum nakal, ada
sesuatu disitu.
“Dah nikah, tentulah dah halal untuk
awak jalankan tugas awak sebagai isteri saya.
Termasuklah…..mmmmm….”gumam Tommy ditelinga Nyla membuatkan bulu romanya
menegak.
“Errr….errrr…sa…say.saya..”
“Saya apa sayang, dah gagap pula
bakal isteri saya ni.”air liur ditelan kelat, suara romantis Tommy ditelinga
menyeramkan dirinya.
“Sayang..sayang..”tangan Tommy
digawang-gawangkan dihadapan wajah Nyla.
Tersentak gadis itu, hilang semua lamunannya itu.
“Yea..yea..aaa.abang”tergagap-gagap
Nyla menjawab panggilan itu.
“Jauh
berangan tadi. Kemana? Taiwan , Korea
atau pun Seoul ?”soal
Tommy sinis. Nyla menjeling, lelaki ini
suka sangat menyakitikan hatinya.
“Masih kat kat Malaysia lagi. Belum sempat kapal terbang berlepas, abang
dah kacau.”jawapan Nyla mengundang tawa dihati Tommy. Ada
hati nak bergurau juga.
“Don’t
ever think about that. You’re mine
remember?”seperti berbaur ugutan pula
bunyinya. Nyla mencebik, kalau
bukan kerana Vince yang telah membelinya.
Dah lama dia larikan diri dari sini.
Tapi memandangkan Tok Wan dan Mak Tijah baik padanya, terpaksalah dia
turuti kemahuan lelaki ini.
“Encik, baju warna krim ini sesuai
untuk bakal isteri encik yang berkulit putih ni.”tutur jurujual yang ada
dibutik itu. Sepasang baju kebaya yang
indah diletakkan diatas riba Nyla.
Terpaku sejenak gadis itu melihat pakaian pengantin itu.
“Sayang pergilah cuba , abang tunggu disini.”arah
Tommy. Nyla akur lantas melangkah menuju
ke bilik persalinan. Setelah mencuba,
Nyla keluar dari bilik persalinan dengan mengayakan baju itu dihadapan
Tommy. Terpanar lelaki itu melihat
kecantikan Nyla, tidak sangka gadis itu memiliki tubuh yang langsing dan
menawan. Memang kena dengan potongan
baju itu dibadan Nyla.
“Cantik”terluah sepatah pujian dari
bibir Tommy. Nyla yang mendengar pujian
itu tersipu malu.
“Wah! baju ni memang sepadan dengan
Cik. Betulkan encik?”ujar jurujual itu
yang turut sama memuji kecantikan Nyla.
Tommy tidak berkutik, hanya memerhati
dengan ekoran matanya. Tubuh langsing
Nyla direnung tajam, mata nakalnya tak sudah memandang ke bahagian dada. Memang cantik! pujinya dalam hati.
“Encik..encik..”sapa jurujual itu cuba
mematikan lamunan pelanggannya itu.
Wajah Nyla sudah memerah, dia malu bila direnung sebegitu.
“Ya..ya..sesuai dan cantik. Saya pilih baju ini.”terus saja Tommy
menyuarakan persetujuannya. Nyla
mengeluh, pilihan Tommy semuanya menakutkan dirinya. Tahulah tubuhnya langsing dan slim. Tapi tak bermakna dia suka memakai pakaian
yang boleh menampakkan seluruh tubuh badannya.
Dia masih ada rasa malu dan harga diri yang menebal.
“Err…err..awak! saya rasa tak selesa
dengan baju ni.”akhirnya Nyla bersuara juga.
“Apa yang tak sesuai?”jawab Tommy
dengan mata masih merenung susuk tubuh Nyla yang memukau mata lelakinya.
“Terlalu sendat dan ketat. Saya tak suka.”komen Nyla buat Tommy
terkejut.
“Okay apa? Lagipun bukannya orang
lain yang tengok, saya saja.”balas Tommy bersama sengihan nakal.
“Masalahnya saya tak suka. Boleh minta yang lebih selesa dan agak besar
dari saiz ini.”pinta Nyla pada jurujual itu.
“Tak perlu.”cantas Tommy laju. Terbantut jurujual itu mahu melangkah pergi.
“Awak? Please…”kali ini Nyla terpaksa merayu, demi melindungi tubuh
badannya dari menjadi tontonan umum kelak.
“Suka hatilah..”mengalah juga Tommy
kala melihat wajah sayu Nyla dihadapannya.
“Terima kasih sayang..”tanpa sedari,
Nyla memanggil Tommy sayang. Cepat-cepat
dia menekup mulutnya, “Sorry”
Tommy melarikan wajahnya dari
pandangan Nyla, padahal dia ingin sangat ketawa melihat aksi spontan gadis
itu. Senyuman terukir dibibir tanpa dia
sedari. Nyla terpana, sempat dia melihat
wajah lelaki itu tersenyum sebelum memalingkan wajahnya.
“Manisnya senyuman dia, boleh cair
aku dibuatnya. Itu belum lagi dengan
renungan mata coklatnya.”bisik Nyla dalam hati.
Bab
6
“Baru sampai?”soal Toh Puan Aini
saat melihat kelibat kedua-duanya melangkah masuk.
“Hmmm…penatlah Tok Wan.”Tommy
melabuh duduk disofa berdekatan Tok Wan nya manakala Nyla berlalu ke ruang
dapur.
“Eh Nyla, nak kemana tu?”soal Toh
Puan Aini pada bakal menantu cucunya.
“Nyla nak ke dapur Tok Wan. Nak bancuhkan air buat kita bertiga.”jawab
Nyla sambil lalu. Toh Puan Aini
tersenyum, rajin betul gadis itu. Memang
sesuai pun buat jadi isteri cucuku.
Tak lama kemudian Nyla keluar
menatang dulung berisi cawan dan teko. Ada sepiring kuih
diisitu. Dia meletakkan dulang
berhati-hati lalu menuang air kedalam cawan.
Semuanya dilakukan tanpa merasa kekok.
Tommy pula dari tadi pejamkan mata, terus bangkit apabila mendengar bunyi cawan dan
piring. Matanya tidak lepas memandang
terus gerak-geri Nyla menghidangkan minuman
petang untuk mereka bertiga.
“Jemput minum Tok Wan, abang.”ujar
Nyla tanpa melihat wajah Tommy, malu barangkali bila terpaksa memanggil Tommy
sebegitu dihadapan Tok Wan.
“Nyla, mari sini duduk dekat Tok
Wan.”tangan Toh Puan Aini menggamit agar Nyla menghampirinya. Bila saja Nyla duduk disebelahnya, terus dia
membelai rambut lurus milik Nyla.
“Tok Wan ada sesuatu untuk
Nyla.”bungkusan cantik dihulurkan kepada gadis itu. Nyla teragak-agak mahu menggambil bungkusan
itu, namun lirikan mata Tommy menghantar isyarat agar dia menerima bungkusan
itu.
Bungkusan bertukar tangan, Nyla
membukanya dengan hati berdebar-debar. “Subahannallah! Cantiknya tudung ni Tok
Wan. Nyla baru ingat nak pakai.”senyuman
terukir dibibir tua itu. Sejuk hatinya
bila Nyla mengakui mahu menutup auratnya kelak.
“Syukur alhamdullilah, Tok Wan ingat
Nyla tak suka. Takut juga Nyla
tersinggung dengan pemberian ini.”tutur Toh Puan Aini sambil matanya mengerling
ke arah cucunya, Aiden.
“Eh,mana ada Tok Wan. Nyla suka sangat. Inilah satu-satunya hadiah yang paling Nyla
suka sekali. Terima kasih Tok Wan.”ucap
Nyla dengan wajah teruja. Tommy dihadapannya
mencebik. Tak tahulah apa yang difikir
oleh lelaki itu, lantak lah.
“Untuk permulaan, Tok Wan pakaikan
untuk Nyla. Esok-esok, Nyla kena belajar
pakai sendiri ya.”selendang berwarna krim dipakai dan dililitkan dikepala gadis
itu.
“Subahanaallah, cantiknya
dia.”tercetus ayat itu dibibir Tommy.
Namun dapat juga didengari dek telinga Tok Wan. Tersenyum-senyum Toh Puan Aini melihat
kenakalan mata cucunya itu.
“Aiden, tak baik tenung wajah bakal
isteri lama-lama. Simpan sikit untuk
majlis nanti.”usik Toh Puan Aini.
Cepat-cepat Tommy melarikan pandangan matanya dari melihat wajah manis
milik Nyla.
Telefon bimbit Tommy bergetar, ada
panggilan masuk. Nama abangnya tertera
diskrin, senyuman terukir dibibir.
“Sekejap Tok Wan, Aiden nak jawab
panggilan.”Nyla disebelah Tok Wan mula berasa tidak senang.
“Awek dia telefon ke? masaklah aku
kalau dah kahwin pun perangai dia macam ni.”detik hati Nyla.
“Hai Vince,mana kau menghilang?
Seharian aku cuba
menghubungi kau, pergi mana?”soal Tommy pada abangnya. Terdengar gelak tawa vince ditalian.
“Miss
me bro?”soal Vince ditalian.
“Rindu? Aku? Oh, Please…Sekarang aku
dah buat apa yang kau suruh buat. Kau
rasa Tok Wan tak akan syak apa-apa kan ?”terlalu
banyak soalan dala satu masa buat Vince pening.
“Relaks lah bro, Tok Wan suruh kau
cari bakal isteri. So, kau dah pun bawa
balik dia, sekarang yang tinggal hanya kau jalankan saja plan seperti yang kita
rancangkan tempoh hari.”Tommy merengus, tutur kata Vince macam perkara itu
senang bagi dirinya. Tapi yang merana
dirinya, terpaksa berlakon dihadapan Tok Wan demi orang yang dia kasihinya
“Kau cakap senang, yang merananya
aku. Sekarang, by hook or cook you have to come here.
Now!”ugut Tommy pada Vince yang masih lagi enak mengertawakan
dirinya ditalian.
“Woi bro, kau ni asyik marah-marah
kenapa. Period ke?”muka Tommy sudah memerah, geram bila rasa diri dipermainkan.
“Vince, don’t talk much. Just come here
now, please..”kali ini Tommy terpaksa merayu demi masa depan dirinya. Gelak dan tawa Vince masih rancak ditalian
membuatkan Tommy begang. Tiba-tiba dia
terasa seperti ada orang dibelakangnya.
“In fact, I already here my dear
brother.”suara Vince betul-betul berada dibelakang Tommy.
“You..”marah Tommy lantas satu
tepukan keras hinggap dibahu Vince. Menyiga
Vince menahan sakit akibat pukulan adiknya itu.
“Sakitlah bro, kau ni makin
besar. Makin ganas tau, kalah abang
nanti.”Tommy tayang muka tak bersalah.
Geramnya pada Vince masih berbaki.
“Hai Tok Wan.”sapa Vince lantas
tunduk mencium tangan Toh Puan Aini.
“Haa Vince, baru sampai?”tegur Toh
Puan Aini ketika mereka bersalaman.
Walaupun Vince masih mengekalkan agama asalnya, namun itu tidak menjadi
masalah buat Toh Puan Aini. Bagi dirinya,
Vince tetap cucu tirinya yang dia sayangi juga seperti dia menyanyangi Aiden.
“Baru Tok Wan.”balas Vince lantas
tubuhnya dibawa menuju sofa berdekatan.
Ingin duduk berehat melepaskan lelah setelah penat memandu jauh.
“Tidur
sini ke?”kali ini Mak Tijah bertanya pula.
“Hmmm…tapi
tak lama. Maybe untuk 2 ke 3 hari aje Mak Ti.”balas Vince sambil memejamkan
matanya. Penat semalam belum habis,
ditambah pula penat memandu ke sini pula.
Tommy disebelah tidak
dihiraukan. Biarlah, lepas berehat
barulah dia akan bincangkan perkara itu dengan adiknya. Sekarang ini, dia hanya mahukan katil yang
empuk dan ditemani mimpi bersama Slyvia.
“Bro, kau kata nak tolong aku. Tolong yang macam mana?”soal Tommy pada
abangnya.
“Abang akan carikan seorang
perempuan untuk kau jadikan isteri.”cadang Vince dengan wajah serius. Tommy tersentak, “Carikan isteri untuk
aku. Gila apa abang aku ni?”
“Bro, kau carilah jalan lain selain daripada
ini. Aku tak sanggup.”tukas Tommy.
“Ini saja jalannya Tom. Tok Wan tak akan serahkan hartanya kalau kau
tak nak berkahwin.”gesa Vince lagi.
“Kenapa aku bro, kau kan ada.”tempeliak
Tommy.
“Abang bukan cucu sebenar Tok
Wan. Kau tu sorang aje cucu dia, abang
hanya cucu tiri. Afterall, I’m not a muslim .
Unlike you my dear brother, you’re her heir. Keturunan Toh Puan Aini, jadi kau yang
harus galas tangungjawab ni.”jelas Vince panjang lebar.
“Aku tak nak bro, aku belum bersedia
lagi. Lagipun kat mana aku nak cari
bakal isteri aku. Bukannya mudah untuk
aku lalui semua ini bro, you must help
me.”rayu Tommy pada Vince.
“I’ll
help you but in one condition.”akhirnya Vince menyuarakan keinginannya.
“Apa syaratnya?”soal si adik yang
lurus bendul.
“I
want to 50% of the shareholder from the Satria Timur Holdings.”terbeliak
mata Tommy dengan syarat abangnya itu.
Tak sangka abangnya tahu berapa jumlah kekayaan harta pusaka Toh Puan
Aini.
“What?
50% bro, kat mana aku nak cekau.”
“Itu kau akan perolehi selepas kau
berkahwin nanti.”terkejut juga Tommy bila Vince memberitahu yang dia akan
menjadi pewaris tunggal harta kepunyaan Toh Puan Aini.
“Mana
kau tahu pasal ni bro?”memang terus-terang Tommy tidak tahu akan tentang semua
ini. Vince senyum senget, wajah cuak
adiknya dipandang lama.
“My
dear brother Thomas Aiden Anderson.
Kau seorang saja yang tak tahu menahu tentang hal ini. Abang tak salahkan kau, sebab kau baru saja
pulang ke sini. Abang dah kerja dengan
Tok Wan sejak grad lagi. Setelah papa
dan mama pergi meninggalkan kita berdua.
Abang terpaksa tinggalkan kuliah untuk membantu Tok Wan disini. Sebab itu abang tahu segala-galanya tentang
harta kepunyaan Toh Puan Aini yang tidak terhitung banyaknya.”luah Vince tanpa
menyedari dia telah membuat datu kesilapan yang memakan dirinya sendiri.
Tommy terdiam. Kata-kata dari abangnya buat dia berfikir
sejenak. Begitu banyak kah harta kepunyaan
Tok Wan sehingga aku dapat melihat ketamakkan dimata abangku sendiri. Dimana nilai kasih dan sayangnya untuk Tok
Wan yang sudah bersusah payah menjaganya ketika papa dan mama meninggalkan kami
berdua.
“Pasal perempuan yang nak
dikahwinkan dengan kau. Abang akan
uruskan, asalkan kau setuju saja dengan cadangan abang.”putus Vince. Tommy yang tidak tahu apa-apa hanya
mengangguk setuju.
Vince akan bertindak sebagai
‘mastermine’ dalam rancangan ini. Yang
penting adiknya Tom mengikuti saja arahan dan rancangannya. Dia tidak boleh silap, dah terlalu banyak dia
mengalah. Kali ini dia berpeluang
mengenakan semula Toh Puan Aini. Sudah lama
dia idam untuk menjadi CEO Satria Timur Holdings namun sia-sia belaka. Percakapan Toh Puan Aini dengan peguam sebulan
yang lalu menerpa dimindanya.
“Saya akan serahkan semua syer-syer
Satria Timur Holdings kepada cucu saya Aiden tertakluk dengan syarat yang telah
saya tetapkan.”tegas suara Toh Puan Aini masih lagi tergiang-giang dicuping
telinga Vince. Sakit hatinya bila
mendapat tahu Toh Puan Aini tidak memberi sedikit pun syer-syer tersebut
kepadanya. Walhal, selama adiknya berada
di luar negara dialah yang menguruskan Satria Timur Holdings.
Kini setelah kembalinya Tom disini,
Tok Wan sudah awal-awal lagi menyediakan surat
wasiat ke atas nama adiknya itu. Vince
kecewa, penat lelah dia selama ini tidak dihargai oleh wanita tua itu. “Aku akan pergunakan Tom untuk mencapai
cita-cita aku, walaupun Tom adikku sendiri menjadi mangsa
ketamakkanku.”janjinya pada diri sendiri.
~Bersambung~
nak lagiiiii... best la cita nihh... suka2♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
ReplyDelete