Thursday, 7 March 2013

SPEED - Cintaku Bukan Sekadar di Meter Jalanan (Bab 23)


Bab 23

       
            Sejak seminggu kejadian Amar Amsyar datang ke rumah Mikhail, perhubungan Kazrina dan Tengku Mikhail menjadi sedikit rengang.  Tengku Mikhail pula sering pulang larut malam, kadang-kadang bayang wajah Tengku Mikhail pun sukar dilihat dalam rumah. 


            Hari Sabtu dan hujung minggu, Tengku Mikhail kerap keluar menemui rakan ataupun kliennya.  Kazrina sunyi, hendak mengadu dengan Mak Jah takut dikata mengada-gada pula, akhirnya Kazrina mengambil keputusan untuk menanti kepulangan Tengku Mikhail hari ini biarpun hari sudah lewat tengah malam.


            Ketika bunyi kereta Tengku Mikhail memasuki perkarangan rumah, Kazrina berusaha bangkit dari sofa.  Akhir-akhirnya ini pergerakannya agak terbatas, kandungannya sudah hampir mencecah 7 bulan.  Wajah lesu Tengku Mikhail menyapa sewaktu dia membuka pintu, lelaki itu terkejut.
 

            “Eh, Rina.  Belum tidur lagi.”Kazrina tersenyum, pertanyaan Tengku Mikhail dibiarkan tanpa jawapan sebaliknya dia menghulurkan tangannya.  Tengku Mikhail kehairanan, “Kenapa”


            “Beg tu.”jari Kazrina merujuk ke beg bimbit ditangan Tengku Mikhail. Kali ini kening Tengku Mikhail terangkat.“Nak buat apa?”


            “Nak simpan lah, nak buat apa lagi.”tutur Kazrina lembut.  Tengku Mikhail tanpa banyak soal menyerahkan beg bimbitnya pada Kazrina.


            “Simpan kat atas meja pun tak apa, kejap lagi Khail nak bawa masuk bilik bacaan.”ujar Tengku Mikhail bila melihat Kazrina mula menapak. 

 
            “Okay.  Khail lapar tak?”pertanyaan Kazrina buat Tengku Mikhail bingung, apa sebenarnya yang berlaku.  Kenapa Kazrina begitu baik hari ini, siap tunggu dia pulang dari kerja.  Tengku Mikhail menarik nafas, kelakuan Kazrina menimbul keresahan dijiwanya.  Apakah muslihat disebalik kebaikan wanita ini. 

 
            Bermacam-macam perkara bermain dimindanya.  Ada perasaan takut, kecewa dan lebih teruk lagi perasaan disakiti.  Dia takut fikiran Kazrina berubah mahu kembali semula pada Amar Amsyar, dia takut dirinya dikecewakan sekali lagi dan paling sakit hati bila dia tidak dapat meraih cinta dari Kazrina.


            “Khail kenapa?”tegur Kazrina.  Dari tadi dia melihat Tengku Mikhail berkelakuan aneh.

 
            “Patutnya Khail yang tanya, Rina tu kenapa?”soal dibalas dengan soalan.  Kazrina melabuh duduk, penat berdiri.  Sejak kebelakangan ini, dia cepat penat.

 
            “Rina okay aje, Khail tu..”tak jadi Kazrina meneruskan kata bila airmatanya mula mengalir.  Tengku Mikhail kaget, Kazrina menangis.


            “Rina.. syhhh..syhh..”pujuk Tengku Mikhail, bahu Kazrina disentuh lembut.

 
             “Khai dah bosan dengan Rina ke?”Tengku Mikhail tersentak,

 
            “Khail benci kat Rina ke?”sambung Kazrina lagi bersama esakan halus.  Tengku Mikhail terpaku, Kazrina kat dia bosan dan bencikan wanita itu.  Kata-kata Kazrina tidak masuk dek akalnya. 


            “Mana ada, Khail sayang kat Rina.  Khail tak pernah bosan melayan karenah Rina dan Khail juga tidak pernah bencikan Rina.  Itu cuma perasaan Rina saja.”pujuk Tengku Mikhail. 

 
            “Habis tu, kenapa dah seminggu Khail balik lewat.  Hari sabtu dan minggu pula keluar dari pagi sampai malam, dah jemu agaknya nak pandang wajah Rina.”bentak Kazrina.

 
            “Bila masa pula? kan Khail dah cakap yang Khail banyak kerja sejak akhir-akhir ni, Rina kenalah faham.” Kazrina menjeling, pujukan Tengku Mikhail dibiarkan sepi.  Lama juga mereka berdua diam membisu sehinggalah Kazrina bangkit,

 
            ”Rina nak balik, esok Rina balik rumah ibu.”


            Tengku Mikhail menggeleng-geleng kepalanya, tidak percaya Kazrina merajuk sakan.  Belum lagi jadi isteri, dah macam ni.  Kalau dah jadi isteri macam mana ya.

 
            “Sayang..what’s wrong with you. Tell me.”pujukan Tengku Mikhail tidak berkesan sebaliknya Kazrina masih teresak-esak.

 
            “Kazrina…”

 
            Kazrina menarik sampul surat sederhana berwarna coklat dibawah timbunan majalah.  Dihulurkan kepada Tengku Mikhail, teragak-agak   lelaki itu mengambilnya. 

            Terbeliak mata Tengku Mikhail melihat isi kandungan sampul surat itu.  Gambar-gambar dirinya dengan beberapa stok teman wanitanya.  


            “Mana Rina dapat gambar-gambar ni?”suara Tengku Mikhail, ada nada cemas disitu. 


            “Dalam peti surat, pagi tadi.”jawabnya.


            “Peti surat? Pagi tadi?”

 
            “Hmmm…”


            Tengku Mikhail cuba bertenang, riak wajah risau yang terpacar diwajah Kazrina menyesakkan fikirannya.  “Siapalah yang buat onar kali ini.  Apa muslihat disebalik kejadian ini.”Berbagai-bagai persoalan bermain difikiran Tengku Mikhail kini.


            “Rina..”lembut suara Tengku Mikhail menyapa.


            “Jangan risau, Rina tak kisah pun. Itu semua kisah lalu Khail, Rina faham.  Yang menjadi persoalan kini, siapa dan apa tujuan orang yang menghantar gambar-gambar ini pada Rina.”ujar Kazrina sebelum sempat Tengku Mikhail mahu menjelaskan kedudukan sebenarnya pada wanita itu.

 
            “Rina marah ke?”pertanyaan Tengku Mikhail mengundang rasa lucu dihati Kazrina.


            “Kalau dulu memanglah Rina marah, tapi kini Rina dah tahu siapa sebenarnya Tengku Mikhail Khazi.  Khail yang berada dihadapan Rina bukan seperti Tengku Mikhail Khazi beberapa tahun yang lepas.  Rina dah kenal hati budi Khail, mustahil Rina nak percaya fitnah hanya dengan melihat gambar-gambar itu.”

 

            Tengku Mikhail terasa hendak memeluk Kazrina kala itu.  Kata-kata yang keluar dari mulut Kazrina menyentuh hatinya.  Kazrina sudah matang, Kazrina yang sudah kenal mana baik dan mana yang buruk.  Dan yang lebih penting lagi, Kazrina sudah menerima dirinya seadanya.

 

            “Terima kasih Rina, terima kasih.  Khail sungguh beruntung dikurniakan seorang wanita yang telah banyak berjasa pada Khail.  Seorang wanita yang akan Khail naikkan darjat menjadi isteri dan juga pendamping Khail suatu hari nanti.”Kazrina tersenyum manis, Tengku Mikhail suka mengusiknya.



            “Kita nak buat apa dengan gambar-gambar ni?”


            “Buat apa lagi, kita bakar ajelah.  Takkan Rina nak simpan kot.”celah Tengku Mikhail.


            “Tak nak simpan? Manalah tahu boleh tunjuk kat anak-anak Khail nanti.”Tengku Mikhail membuntang, tak percaya Kazrina akan berkata begitu.

 
            “Hish! benda-benda macam ni tak elok tak baik tunjuk kat anak-anak.  Nanti terjejas minda dia orang, Khail tak mahu.”tegas Tengku Mikhail.

 

            “Ala..boleh laa..”sengaja Kazrina mengusik Tengku Mikhail.  Wajah cemberut lelaki itu direnung lembut. 


            “Dah..dah..jangan nak mengada-gada.  Pergi tidur, dah lewat malam ni.  Bak sini gambar-gambar tu, biar Khail pergi bakar kejap lagi.”Kazrina memuncung, tidak puas hati.


            “Buatlah muncung macam tu, kejap lagi ada juga yang kena kiss.”terus Kazrina menekup bibirnya, takut Tengku Mikhail mengotakan kata-katanya,

 
            “Sukalah tu, bencilah..”Kazrina bangkit, ingin beredar namun Tengku Mikhail sempat mengelar pergelangan tangannya.


            “Tak baik tau benci abang, nanti baby tu pun bencikan Daddy dia.”ujar Tengku Mikhail tanpa menyedari membahasakan dirinya ‘abang’. Kazrina tersenyum, dalam hatinya ada taman. 


            “Rina tak benci malah Rina bertambah sayang kat ab..”tak sempat Kazrina menyambung kata, Tengku Mikhail sudah memintasnya.”Abang pun sayang Rina dan baby.”


            Panahan mata Tengku Mikhail menusuk kalbu Kazrina, ada getaran didada.  Tidak pernah dia merasakannya ketika bersama Amar Amsyar dulu. Adakah ini yang dinamakan cinta, cinta yang lain dari dua jiwa yang saling memerlukan satu sama lain.  Kazrina terpana.

 
            “Ehmm..ehmm..Khail, Rina.  Belum tidur lagi?”Tersentak Kazrina dan Tengku Mikhail bila disapa oleh Mak Jah.

 
            “Be..be..belum..Mak Jah.”jawab Tengku Mikhail, ada nada getar disitu.  Kazrina pula sudah menundukkan wajahnya, tidak betah melihat panahan mata Mak Jah.

 
            “Pergilah tidur, esok Khail nak kerja.  Rina tu, tak elok tidur lewat malam.  Kesihatan kena jadi, baby kat dalam tu pun nak rehat juga.”omel Mak Jah sebelum berlalu menuju ke ruang dapur.

 
            “Ha..dengar tu, kan dah kena bebel dengan Mak Jah.  Dah, pergilah tidur.  Selamat malam sayang.”ucap Tengku Mikhail, saat dia ingin mengucup dahi Kazrina Mak Jah sekali lagi berdehem.  Tahu akan kesilapannya, Tengku Mikhail tersengih-sengih memandang wajah Mak Jah.

 
            ”Sorry, tak sengaja.”

 
            “Tahu pun..”tercetus tawa dibibir Mak Jah.  Wajah Kazrina merona merah, malu bila Mak Jah menegur perbuatan lepas laku Tengku Mikhail.

 
            Kazrina melangkah masuk kebiliknya yang diekori Mak Jah yang turut sama berlalu kebiliknya.  Malam itu baik Kazrina mahupun Tengku Mikhail, dalam hati masing-masing sudah tidak keruan  lagi.  Bagi Tengku Mikhail, dia sudah tidak sabar-sabar lagi ingin menjadikan Kazrina yang sah disisinya.  Setiap detik dihitung dengan penuh kesabaran. 


            Rasa cinta mula mencambah dari hari ke sehari membuatkan rasa cinta Kazrina terhadap Amar Amsyar mula hilang sedikit demi sedikit.  Kebaikan dan keperihatinan Tengku Mikhail telah menambat hatinya.  Kalau dulu dia tidak terburu-buru membuat keputusan menerima Amar Amsyar, tentu dia sudah bahagia bersama orang yang dicintainya.  Tidak kiralah Tengku Mikhail ke, ataupun orang lain.

 
            Bagi Tengku Mikhail pula, dia masih keliru.  Sama ada betul atau tidak rancangannya untuk melamar Kazrina sesuatu yang baik.  Sedangkan dia tahu apa punca disebalik penceraian Kazrina Atirah dengan Amar Amsyar.  Dalangnya adalah dirinya sendiri, tapi mampukah dia melepaskan Kazrina pergi.  Tidak! Dia tidak akan mengalah, walau apapun yang berlaku dia tetap mahukan Kazrina Atirah disisinya.

 
 


            “Beb, aku tengok kau asyik termenung aje.  Ada masalah ke.”soal Misya setelah melihat Kazrina diam membisu sejak disampai dicafe tempat pertemuan mereka.

 
            “Aku takut Misya.”


            “Takut?”


            “Takut apa?”soal Misya lagi.

 
            “Amar Amsyar”

          

            “Kenapa dengan mamat sengal tu.  Apa dia dah buat kat korang.”Kazrina kalih pandang, wajah Misya ditenung lama.”Apa maksud Misya korang dan bukannya aku.”


            “Korang? Aku tak faham.”Kazrina masih tercari-cari apa yang cuba hendak disampaikan oleh Misya.

 
            “Yelah, korang.  Engkau, Tengku Mikhail. Korang berdua lah..”selar Misya.

 
            “Oo..kenapa dengan kami berdua.”soal Kazrina bodoh.


            “Bos cakap masa korang berdua baru balik dari rumah aku tempoh hari Am ada datang ke sini, betul ke?.”tutur Misya lagi.
 
            “Bos cakap Am dah macam orang gila talak.  Tak habis-habis merayu-rayu suruh kau balik semula padanya. Apa kes? Dulu dah buang, sekarang nak kutip balik. Gila apa?”marah Misya.

 
            Kazrina masih tidak berkutik, diam saja. Lama juga dia berkeadaan begitu.  Misya mengeluh, Kazrina masih tidak mahu bercerita dengannya.

 
            “Beb, aku kan ada.  Kalau kau perlukan seseorang untuk menjadi pendengar setia.  Aku sudi mendengarya.  Biar sampai bernanah telinga aku pun tak apa, asalkan kau sudi berkongsi cerita dengan aku.”Kazrina memeluk tubuh sahabatnya itu.  Terharu kerana mempunyai sahabat yang cukup memahami akan dirinya.  Dirinya yang terbuang oleh keluarga dan kini dibuang pula oleh bekas suami. 

 
            “Aku pun tak tahu Misya.  Hati aku sedih sangat.  Ibu masih tak mahu maafkan aku, sekarang aku pula merempat dirumah Tengku Mikhail.  Lelaki yang pernah suatu ketika dulu aku benci dengan sikap kasanovanya kini menjadi pelindung buat aku dan anak yang aku kandungkan ini.”rintih Kazrina dalam pelukan Misya.

 
            “Rina..syhhh..syhhh..sabar.  Hidup mesti diteruskan, jangan lupa kau masih punyai sesuatu yang berharga dalam hidup kau.  Aku nak kau redha dengan ujian yang telah Allah tetapkan buat kau. “Misya mengulus lembut belakang Kazrina.  Kepala Kazrina yang dibaluti tudung digosok perlahan-lahan.


            “Aku malu Misya, aku malu dengan Khail.  Dia dah jadi macam tempat aku berteduh sekarang, walaupun dia tidak pernah mengungkitnya.  Jauh disudut hati aku mengatakan dialah sebaik-baik manusia yang telah Allah hadirkan buat aku.”Kazrina menjauh sedikit, ingin melihat wajah sahabatnya itu.  Ada bening yang turun dari kelopak mata Misya, sahabatku turut sama menangis.

 
            Petang itu bersaksikan awan  yang mendung, Kazrina meluahkan segala isi hatinya yang terpendam kepada Misya.  Dia turut mengakui dirinya sudah jatuh hati pada lelaki yang bernama Tengku Mikhail Khazi.  Dan Misya tersenyum mendengar luahan hati sahabatnya itu.

 
            “Aku percaya, Tengku Mikhail dah lama menantikan kau membalas cintanya.  Dan aku percaya juga, Tengku Mikhail dah banyak berubah.”luah Misya seraya memujuk sahabatnya itu.

 
            “Macam mana kau tahu semua ni Misya.”soal Kazrina yang seakan-akan tidak percaya dengan kata-kata sahabatnya itu.

 
            “Hey, dia bos aku lah.  Hari-hari aku tengok ada cinta dimatanya.  Senyumannya tak pernah lekang dibibir.  Aku lihat dia dah banyak berubah dari Tengku Mikhail dulu.  Dan aku pasti korang akan hidup bahagia nanti.”jelas Misya sambil mengusap bahu Kazrina. 

 
            “Terima kasih Misya, hanya kau seorang saja yang mengerti apa yang aku alami ini.  Dan terima kasih juga kerana sudi menjadi pendengar setia aku.”dipeluknya sahabatnya itu.


            “Kita ni dah macam adik beradik tau, sebab itu aku sayang sangat kat kau.  Ingat, kau ada aku untuk meluahkan segala-galanya.  Kau tak bersendirian dalam dunia ni, kau ada aku.  Faham.”ujar Misya bersama senyuman dibibir.


~Bersambung~

Friday, 1 March 2013

SPEED - CIntaku Bukan Sekadar Di Meter Jalanan (Bab 22)


Bab 22

“Kita nak kemana ni?”pertanyaan Kazrina dibiarkan sepi.  Sengaja Tengku Mikhail tidak menyatakan arah tujuan mereka petang tu.   Apabila kereta yang dipandu Tengku Mikhail membelok kawasan perumahan itu, Kazrina sudah dapat meneka dimana mereka berada sekarang.  Hatinya melonjak kegembiraan, tapi dibiarkan dulu.  Tidak mahu Tengku Mikhail melihat kegembiraan diwajahnya.  Tengku Mikhail tersenyum, wajah Kazrina disebelah dipandang sekilas.”Dia dah tahu, patut pun asyik tersenyum-senyum dari tadi.”

 
“Thanks Khail.”ucap Kazrina sewaktu kereta lelaki itu berhenti diperkarangan rumah Misya.  Ketika keluar dari kereta, Kazrina melulu mendapatkan sahabatnya itu.  Larangan Tengku Mikhailagar dia tidak berlari, tidak diendah.  Dipercepatkan langkahnya, tubuh Misya sudah berada didalam pelukannya.

 
“Rindunya aku kat kau…”Kazrina menyatakan rindunya sebaik sahaja mereka berdua berpelukan. 

 
“Aku pun sama.  Kau sihat?”pertanyaan pertama keluar dari mulut Misya, wajah ceria sahabatnya dipandang penuh minat.


“Aku sihat, tengok sampai naik tembam pipi aku. “komen Kazrina membuatkan Misya tertawa kecil.

 
“Tembam dan montel.  Tapi kau tetap comel.”Misya mencubit pipi tembam Kazrina, terjerit sahabatnya itu.

 
“Tengku, jom kita masuk.  Kalau nak harapkan Misya mengajak, sampai subuh pun belum tentu Tengku dapat masuk.”seloroh Yasir, suami Misya yang brdiri dibelakang mereka semua.  Misya menjeling manja pada suaminya, sukalah tu dapat mengenakan dirinya dihadapan bosnya.

 
“Biasalah Yasir, orang perempuan kalau dah jumpa geng memang tak ingat kita kat sebelah.”sindir Tengku Mikhail.  Kazrina mencubit lengan Tengku Mikhail, geram dengan sindiran lelaki itu.

 
“Aduh! tak sangka kat rumah Misya ni pun ada semut api.”komen Tengku Mikhail buat semua yang ada tertawa. 

 
“Dahlah tu bos, kesian saya tengok kawan saya ni. Asyik kena buli aje dengan bos. Jom kita masuk, aku ada masak special untuk kau.”ajak Misya.  Mereka berempat melangkah masuk, bau aroma masakan Misya menusuk hidung Kazrina.  Tiba-tiba perutnya terasa sangat lapar.

 
‘Sedapnya bau, rasa lapar pulak.”tegur Kazrina yang masih menghidu bau keenakan masakan Misya.

 
“Kan aku dah cakap, aku masak special untuk kau.  Nasib baik baby aku tak meragam hari ini, dapat juga aku siapkan masakan ni.”Misya mengambil anaknya dari baby coat.  Didukung dengan penuh kasih, Kazrina yang melihatnya turut sama merasakannya.

 
“Ini baby you ke Misya? Siapa nama dia?”soal Tengku Mikhail sebaik melihat wajah anak Misya dalam dukungan.  Hadiah ditangannya diserahkan kepada suami Misya.

 
“Nur Musliha.”

 
“Cantik nama tu, lebih kurang nama kau juga kan.  Nur Hamisya a.k.a Misya.”Misya tertawa kecil, Kazrina suka bergurau.  Mana sama Nur Musliha dengan Nur Hamisya. 

 
“Kau ni Rina, kelakar lah.  Dah, jangan banyak cakap lagi.  Jom teman aku hidangkan makanan.”ajak Misya, bayinya diserahkan kepada suaminya. 

 
Memang seronok sekali-sekala dapat bertemu dengan Misya.  Banyak cerita yang diborakkan dengan Misya sampai Kazrina tengok Tengku Mikhail naik bosan.  Suami Misya pula masuk kebilik, hendak tidurkan anak mereka.  Kesian Kazrina tengok Tengku Mikhail dari tadi asyik membaca suratkhabar dan majalah.  Melihat jam ditangan menginjak ke pukul 6 petang, perasaan bersalah mengatasi semuanya.  Kazrina beralah, tak sanggup hendak melihat wajah boring Tengku Mikhail.

 
“Misya, dah lama aku kat sini. Aku beransur dulu ya, dah petang sangat.”Misya melirik jam dinding, memang sudah jam 6 petang.  Selepas mereka berempat solat asar berjemaah tadi, Kazrina dan Misya sambung borak tanpa menyedari waktu berlalu begitu pantas.

 
“Yelah, seronok punya pasal sampai lupa. Tak nak tunggu solat magrib dan makan malam sekali?”ajak Misya ramah.  Kazrina menggeleng.

 
“Kalau macam tu kau tunggu, aku nak bekalkan kau lauk tadi.  Boleh kau sambung makan dirumah.  Kejap ya.”Misya beredar menuju ke ruang dapur.  Dibungkuskan masakan tomyam dalam tupperware  untuk Kazrina.

 
“Kau ni Misya, buat susah-susah aje.  Apa pun thanks, aku suka sangat.”Kazrina sudah terbau-bau aroma masakan Misya.

 
“Aku tahu kau suka, sebab itu aku masak lebih.  Boleh kau makan kat rumah nanti.”bungkusan yang mengandungi lauk diserahkan kepada Kazrina.  Suka sahabatnya menyambut bungkusan itu.

 
“Aik! siap bungkus bawa balik.  Ini sudah lebih.”usik Tengku Mikhail saat melihat bungkusan ditangan Kazrina.

 
“Ini Rina punya, tak boleh kongsi.”Kazrina menyorok bungkusan itu dari Tengku Mikhail.  Tergelak besar lelaki itu melihat telatah keanak-anakkan Kazrina.

 
“Makanlah, Khail tak lahap pun.”seloroh Tengku Mikhail dibalas dengan ketawa dibibir Misya.  Yasir yang baru keluar dari bilik turut tertawa melihat gelagat mereka berdua.

 
“Macam budak-budak.”komen Misya.  Kazrina menjelirkan lidahnya, tanda tidak setuju.

 
“Bos, jangan dilayan sangat karenah Kazrina ni.  Nanti bos yang pening, lepas tu saya jugak yang kena.”Kazrina mencubit lengan Misya, geram bila Misya juga turut sama mengusiknya.


“Saya dah immune pun, hari-hari kena layan karenah dia.  Dah tak larat dah.”Kali ini lengan Tengku Mikhail pula menjadi mangsa.  Mengaduh kesakitan lelaki itu.

 
Hari ini Kazrina rela diusik terus-terusan oleh Tengku Mikhail, hatinya gembira bila dapat bertemu dengan sahabatnya itu.  Usikan Tengku Mikhail tidak menjadi kudis dihatinya, sebaliknya dia turut berterima kasih kepada lelaki ini kerana sudi membawanya kesini. 

 

Sejak balik dari rumah Misya sehingga kereta mereka berada dijalanan,  senyuman masih terukir dibibir Kazrina.  Hatinya gembira sangat, Tengku Mikhail sudah menjadi orang yang paling penting dalam hidupnya.  Kebaikan Tengku Mikhail tidak dapat disangkal lagi, Tengku Mikhail yang baik, Tengku Mikhail yang sweet, Tengku Mikhail  caring, Tengku Mikhail yang romantik dan tak lupa juga Tengku Mikhail yang penuh dengan kejutan.

 
“Kenapa Rina asyik tersenyum-senyum saja dari tadi.”soal Tengku Mikhail.  Kazrina menoleh, melihat wajah Tengku Mikhail.  Ada kelainan disitu, sengihan nakal yang terbit dari bibir lelaki itu membuat hati Kazrina tidak betah.

 
“Saja.”jawabnya sepatah. 

 
“Sukalah tu, dapat jumpa sahabat lama.  Sampai lupa nak balik.”tegur Tengku Mikhail berniat hendak mengusik Kazrina.  Namun wanita itu hanya tersenyum manis.

 
“Suka sangat, terima kasih Khail.”ujar Kazrina lembut bersama senyuman terukir dibibirnya.

 
“Terima kasih untuk apa?”sengaja Tengku Mikhail bertanya, sedangkan lelaki itu tahu mengapa Kazrina berterima kasih dengannya.

 
“Terima kasih sebab sudi bawa Rina jumpa Misya, dan terima kasih juga sebab sudi melayani karenah Rina.”Tengku Mikhail tersenyum lebar, suka apabila wanita yang dikasihi suka dengan apa yang telah dilakukan untuk wanita itu. 

 
“Sama-sama.  Khail gembira tengok Rina happy, sekurang-kurangnya tak adalah Rina tayang muka monyok bila Khail balik dari kerja.”komen dari Tengku Mikhail buat Kazrina mencebik.

 
“Suka sangat nak menyakat aku, merajuk karang.”omel Kazrina dalam hatinya.

 
“Haa..tengok, baru cakap saja dah merajuk.  Dah tayang muncung sedepa, macam ni susahlah Khail.  Nanti baby dalam perut pun ikut sama muncung macam Mama dia.  Parah Khail nak melayan kalau dua-dua suka merajuk ni.”Kazrina menampar lengan Tengku Mikhail.  Geram bila dikomen begitu. 

 
“Rina..Khail kan tengah memandu. Karang tak sampai rumah, tidur kat hospital lah jawabnya.”kali ini Kazrina menekup pula mulut Tengku Mikhail. Terpana lelaki itu, tangan Kazrina dibibirnya dijeling sekilas.

 
“Mulut jangan nak celupar! Rina tampar baru tahu.”marah Kazrina sebaik saja tangannya ditarik semula.

 
“Khail minta maaf.”laju saja Tengku Mikhail menutur kata-kata itu.


“Tahu pun.”sela Kazrina.

 
“Khail tahu,  sebab itu Khail minta maaf.  Khail sayang Rina, kalau boleh Khail tak mahu sesuatu terjadi kat Rina mahupun bayi kita.”tanpa Tengku Mikhail sedari, dia menyebut bayi Kazrina, bayi kita.

 
“Bayi kita?”ulang Kazrina perlahan.

 
“Ya, bayi kita.  Jika diizinkan Rina, Khail hendak menjadi bapa kepada bayi ini.  Khail nak jadikan Rina wanita yang halal disisi Khail.  Khail nak memperisterikan Rina sebelum nafas Khail terhenti.  Dan Khail nak Rina tahu yang Tengku Mikhail Khazi ini sangat-sangat mencintai Kazrina Atirah dari dulu, kini dan selama-lamanya.”Kazrina terpaku, kata-kata Tengku Mikhail menyentuh hati dan perasaannya.  Kereta sudah pun berhenti dibahu jalan tanpa Kazrina sedari.  Tengku Mikhail menarik tangan Kazrina, lantas dibawa kedadanya.

 
“Disini sudah lama terpahat nama Kazrina Atirah.  Disini sudah lama bertapak nama Kazrina Atirah dan disini juga hanya tersemat nama Kazrina Atirah untuk selama-lamanya.  Tiada yang lain, hanya Kazrina Atirah seorang.”kata-kata romantis Tengku Mikhail buat airmata Kazrina tertumpah.  Terharu Kazrina mendengar lafaz ikrar Tengku Mikhail.

 
“Khail..Rina..”Tengku Mikhail menyentuh bibir Kazrina, gelengan dikepala menandakan Tengku Mikhail tidak mahu Kazrina meneruskan bicara.

 
“Khail tahu Rina masih was-was.  Percayalah, dihati ini hanya ada Kazrina Atirah.  Tiada lagi Lisa Marie, tiada Danille, tiada sofea dan tiada lagi stok-stok wanita yang pernah Khail usung dulu.  Percayalah..”menitis airmata Kazrina, kata-kata ikhlas yang terbit dari mulut Tengku Mikhail sedikit sebanyak membuka pintu hatinya untuk menerima Tengku Mikhail seadanya. 

 
Memang sejarah silam Tengku Mikhail tidak seindah yang disangka. Tapi Tengku Mikhail hanya manusia biasa, tidak lari dari melakukan kesilapan. Mungkin dulu jiwa Tengku Mikhail kosong, imannya tak kuat.  Terlalu mudah terpengaruh membuatkan lelaki itu hidup terumbang-ambing.   

 

Sampai diperkarangan rumah Tengku Mikhail dan Kazrina dikejutkan dengan tetamu yang tidak diundang. Mata mereka berdua tertancap pada kereta Evo kepunyaan Amar Amsyar didepan pintu pagar rumah.  Kazrina menelan liur, kecut perutnya apabila melihat tetamu yang tidak diundang itu.  Amar Amsyar datang lagi, kali ini apa pula muslihat lelaki itu tidak pula Kazrina tahu.  Wajah Tengku Mikhail dipandang, matanya seperti meminta pengertian dari lelaki itu agar membantunya.

 
“Tak mengapa, kita turun dulu.  Kita dengar apa yang hendak dia cakapkan.”pujuk Tengku Mikhail sebelum mereka berdua keluar dari kereta.  Kazrina yang teragak-agak hendak keluar dari kereta, akhirnya turut mengekori gerak-geri Tengku Mikhail.


“ Assalamualaikum.”huluran tangan Tengku Mikhail disambut hambar Amar Amsyar.  Ada riak kebenciaan disitu, namun tidak diendahkan Tengku Mikhail.  Kazrina yang berada dibelakang Tengku Mikhail masih kelu membisu.  Sedikit pun tidak dipandang wajah Amar Amsyar.

 
“Rina sihat?”pertanyaan Amar Amsyar dibiarkan sepi.  Tengku Mikhail mencuit lengan Kazrina, meminta agar wanita itu menjawab pertanyaan Amar Amsyar.

 
“Sihat.”sepatah jawabnya sebelum berlalu masuk ke rumah.  Amar Amsyar dibiarkan disitu tanpa pamitan.

 
“Duduklah Am.”ajakan Tengku Mikhail tidak diendah.  Matanya masih merenung ke dalam rumah.  Rasa sakit hati dan marah dengan kelakuan Kazrina itu tadi masih bersisa. 

 
“Apa yang dah kau jampikan kat Kazrina.”tuduh Amar Amsyar kasar.  Matanya tepat merenung kedalam mata Tengku Mikhail.  Tengku Mikhail merengus, tuduhan Amar Amsyar tidak berasas.

 
“Aku tak jampi pun Kazrina.  Semua ini mengarut, syirik dan dilaknati Allah.”tutur Tengku Mikhail lembut.  Sedaya upaya dia cuba tidak bertegang urat dengan Amar Amsyar.  Akal warasnya berkata tidak perlu melayan karenah lelaki itu.

 
“Huh! Nak tunjuk baik lah tu.  Macamlah aku tak kenal siapa kau.  Tak ada bezanya antara kau dah aku Mike, tak ada.”tekan Mamar Amsyar.  Matanya masih meliar memerhatikan dalam rumah takut Kazrin muncul tiba-tiba.  Tengku Mikhail menghela nafasnya, api dalam badan Amar Amsyar sedang marak, tak perlulah dia marakkan lagi api itu.

 
“Betul Am, aku tak pernah jampi ataupun guna-guna pada Kazrina.  Tak baik kau tuduh aku yang bukan-bukan.”sela Tengku Mikhail.

 
“Ah! kau memang.  Dah buat salah tapi tak mengaku.  Kau tahu tak! yang korang berdua bukan muhrim.  Mana boleh tinggal serumah.”tutur Amar Amsyar yang masih tidak mahu mengaku kalah. 

 
“Correction! Kami tinggal bertiga, bukan berdua.  Dan Kazrina tidur dibilik bawah bersebelahan Mak Jah dan aku pula tidur dibilikku ditingkat atas. “terang Tengku Mikhail. Amar Amsyar merengus, tidak percaya dengan kata-kata Tengku Mikhail.

 
“Habis tu kalau awak tidur dengan perempuan lain tak mengapa? Tapi saya, awak tuduh yang bukan-bukan.  Lelaki jenis apa awak ni?”sampuk Kazrina yang dari tadi mendengar perbalahan diantara Amar Amsyar dengan Tengku Mikhail mula bersuara.  Geram bila dia dan Tengku Mikhail dituduh bukan-bukan.

 
 “Sayang, apa sayang cakapkan ni.  Abang tak faham.”tegur Amar Amsyar lembut  Kazrina tayang muka, meluat dengan wajah kepura-puraan Amar Amsyar.

 
“Jangan panggil saya sayang.  Antara kita sudah tidak ada apa-apa lagi.  Sekarang, sila keluar dari sini.  Saya dah tak nak tengok muka awak lagi.”bentak Kazrina. 

 
“Sampai hati sayang.  Abang datang nak jumpa sayang dengan anak kita. Please, I miss you so much sayang.”pujuk Amar Amsyar, tangan Kazrina cuba diraih namun ditepis oleh wanita itu.

 
“Pergilah Am, hubungan kita dah tamat.  Saya dah lama buang rasa cinta saya pada awak sejak awak halau saya dari rumah awak dulu.  Dan yang lebih menyakinkan saya tentang kebencian awak terhadap kami.  Surat cerai yang awak hadiahkan buat saya sedangkan awak tahu saya sedang mengandungkan anak awak.”airmata berjujuran membasahi pipi dibiarkan mengalir oleh Kazrina.  Hatinya sakit dan pedih bila menuturkan kata-kata itu, tapi itulah hakikatnya.  Cinta SPEED yang Amar Amsyar berikan telah menjadi cinta yang bertaburan jalanan. 
 

“Sayang..”sekali lagi Amar Amsyar meraih tangan Kazrina namun ditepis kasar.

 
“Maaf, cinta awak sudah lama terkubur. Sudah pun menjadi cebisan ketulan batu yang bertaburan dijalanan.  begitulah juga rasa sayang saya juga terhadap awak.”habis berbicara, Kazrina melangkah pergi tanpa menoleh lagi.  Dia harus kuat demi anaknya ini.  Biar seribu kali Amar Amsyar datang menagih cintanya, dia tetap tidak peduli.  Baginya semua itu sudah lama berakhir.

 
Terduduk Amar Amsyar, kata-kata dari Kazrina melemahkan dirinya.  Perkara sudah berlaku, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata dan perbuatan inilah natijahnya.  Tengku Mikhail yang turut berada disitu terdiam membisu.  Walaupun ada riak kegembiraan terpancar diwajah Tengku Mikhail, dalam masa yang sama dia turut simpati pada Amar Amsyar.  Keputusan Kazrina sudah bulat, dia tidak akan kembali semula kepada Amar Amsyar. 

 
“Pulanglah Am, tempat kau bukan disini.  Makngah dan Pakngah sentiasa ada untuk kau, tapi aku sendiri disini.”Amar Amsyar mendongak, mencari ketulusan dari kata-kata Tengku Mikhail.  Hatinya sedih dan pilu bila kehendaknya tidak dapat dipenuhi.  Perlahan-lahan dia bangkit menghampiri keretanya dan beredar dari rumah Tengku Mikhail dengan hati yang sebu.

 
“Pergilah Am, pergilah dari hidup Kazrina. Kerana mulai dari sekarang, hanya aku yang akan menjaganya, dan tidak akan sesekali aku persia-siakan amanah ini.  Akan aku peliharan sehingga nafas terakhirku.  Itu janjiku.”tutur Tengku Mikhail perlahan, cukup untuk didengari  dirinya sendiri.

~Bersambung~

Friday, 15 February 2013

SPEED - Cintaku Bukan Sekadar Di Meter Jalanan (Bab 21)


Bab 21

“Am dah bangun.”soal Datin Azimah kelihatan kelibat anaknya menurun anak tangga.  Langkah lemah Amar Amsyar dipandangnya dengan penuh kasih dan sayang.  Sudah seminggu anaknya pulang tinggal bersama mereka.  Dato’ Azizuddin pun sudah keluar dari hospital beberapa hari yang lalu.


“Selamat pagi Mama.”dahi Datin Azimah dikucup lembut.  Dipeluknya Datin Azimah erat, sudah lama dia tidak berbuat demikian.


“Selamat pagi sayang.  Mari duduk, kita breakfast sama”Amar Amsyar mengambil tempat bertentangan Datin Azimah. 

 
“Papa mana ma.”soal Amar Amsyar ketika Datin Azimah menuangkan Nescafe didalam cawannya. 

 
"Ada dalam bilik, lepas solat subuh papa tidur semula.  Kejap lagi Mama naik atas tegok papa, Am makanlah dulu.” Pinggan yang telah diisi mee goreng disuakan pada anaknya.  Am mengambilnya dengan senyuman dibibir.”Thanks ma.”

 
“Mama..Am nak jumpa Kazrina boleh?”Datin Azimah tersentak, pertanyaan anaknya mengundang tanda tanya dihatinya.

 
“Am dah ingat siapa Kazrina ke, sejak bila?”Amar Amsyar menggeleng kepalanya, bukan sebab itu tapi mimpi yang hadir semalam menganggu tidurnya.

 
“Am..masih tak berapa ingat ma.  Tapi semalam Am mimpikan dia, lepas itu bila bangun kepala Am sakit sangat.”terang Amar Amsyar. Datin Azimah terdiam, tidak tahu bagaimana harus diterangkan kepada anaknya tentang Kazrina yang kini tinggal dibawah jagaan Tengku Tengku Mikhail.

 
“Kenapa ma, Kazrina tak nak jumpa Am ke?”soal Amar Amsyar kembali.  Datin Azimah menggeleng tidak, mengangguk pun tidak.  Dia serba-salah, tidak tahu bagaimana harus ceritakan kepada anaknya itu.

 
“Am makan dulu, nanti kita bincang semula.”Datin Azimah menolak cawan berisi air Nescafe dihadapan Amar Amsyar.  Senyuman tawar turut dihadiahkan pada anaknya itu.  Amar Amsyar menurut saja, mee goreng yang dikunyah terasa tidak enak apabila melihat sorotan mata Mamanya yang seperti mengelamun.”Kasihan Mama, sebab aku dia banyak berkorban.”

 
Datin Azimah tersentak dari lamunan ketika namanya dipanggil. “Mama naik atas dulu, nak tengok keadaan papa.  Am makan tau, kesian Mama tengok anak Mama ni.  Dah kurus sebab kurang makan.”seloroh Datin Azimah.  Langkah kaki dibawa menuju ketingkat atas, Amar Amsyar ditinggalkan sendirian dimeja makan.

 
Telefon bimbit Amar Amsyar berbunyi, tertera nama Lim.”Hello”

 
“Bos, ada orang nak buka game baru. You mau join tak?”pelawa Lim ditalian.  Amar Amsyar terkaku, apa nak jawab?

 
“Sorry Lim, I dah tak mahu main lagi. Dah insaf, maybe next time bro.”tolakku lembut.

 
“Apalah bro, game ini bagus punya.  Hadiah 4 belah tangan plus special gift lagi.”provok Lim pula.

 
“RM20K? banyak tu Lim.  Tapi I sudah taubatlah, so sorry bro.”penolakkan ku menyebabkan Lim begang.

 
“Suka hati lu lah bro, jangan ingat I tak offer. By the way, itu Mike apa sudah jadi.  Dah lama dia tak masuk game. I dengar dia sudah ada awek baru.  Sebab itu dia pun macam lu bro, sudah insaf.”Kata-kata Lim buat Amar Amsyar tersentak.  Wah! Lim lebih advance  dari aku.  Siapa gadis yang dah buat sepupu aku jadi baik macam tu.

 
“Mana you tahu bro.  I sendiri pun tak tahu, betul ke ni?”soalku semula.


“Betul, kalau tak percaya you boleh tanya sama budak lain.  Itu perempuan sudah kasi ubah dia, sebab itu bila I telefon Mike selalu menyelak.”tambah Lim lagi.  Amar Amsyar penasaran, dalam hati dia tertanya-tanya siapakah perempuan yang berjaya mengubah sifat kasanova sepupunya itu.

 
“Tak apalah Lim, nanti I pergi jumpa dia.  Hey bro, thanks again for the offer.”Talian dimatikan.  Seleranya mati, hatinya pula berdebar-debar.  Mee goreng dalam pinggan dibiarkan saja malah cawan yang berisi air Nescafe tidak diminumnya.  Dia merengus geram, hatinya tidak enak seperti ada sesuatu yang akan berlaku.


Nombor telefon Tengku Mikhail didail, agak lama barulah berangkat. “Bro, kau kat mana.”

 
“Kat rumah, ada apa Am?”terdengar suara malas Tengku Mikhail ditalian.

 
“Aku nak jumpa kau, tunggu aku datang rumah kau.”belum sempat Tengku Mikhail bercakap, talian dimatikan Amar Amsyar.  Kunci kereta diatas meja dicapai, dia sempat berpesan pada bibik tentang pemergiannya.

 
“Am..Am..”Tengku Mikhail merengus kegeraman. Belum sempat dia berkata tidak, Amar Amsyar memnutuskan talian telefon.  Hatinya gundah, jika Amar Amsyar datang ke sini, bagaimana dengan Kazrina.


“Rina..Rina..”Tengku Mikhail melaung nama Kazrina.  Terkocoh-kocoh Kazrina berlari keluar dari ruangan dapur, terlupa yang dia mengandung.

 
“Rina..lain kali jangan berlari.  Kalau jatuh macam mana?”marah Tengku Mikhail.  Kazrina tersengih-sengih.

 
“Sorry. Habis tu yang Khail terjerit-jerit tu kenapa, itu yang Rina cepat-cepat berlari keluar.”jawab Kazrina.  Kini giliran Tengku Mikhail pula tersengih-sengih, salahnya juga.

 
“Am tengah on the way ke sini.”sebaik saja Tengku Mikhail berkata, Kazrina terpaku. Am nak datang?

 
“Biarlah dia datang, Rina dah bersedia.  Lagipun antara kami berdua dah tak ada apa-apa ikatan sebaik saja anak ini dilahirkan nanti.”tutur Kazrina sebak.  Tengku Mikhail menghampiri Kazrina, diusap rambut wanita itu.

 
“Khail ada, dan Khail akan cuba sedaya upaya pertahankan Rina.  I’ll be by your side.”kata-kata Tengku Mikhail sedikit sebanyak menenangkan hati Kazrina yang gundah.

 
Tak sampai 10 minit, kedengaran deruman kereta diluar rumah.  Kereta Amar Amsyar tersadai diluar pagar rumah Tengku Mikhail.  Loceng dibunyikan, Tengku Mikhail keluar menyambut kedatangan sepupunya.

 
“Apa khabar bro, dah lama kita tak jumpa.”tegur Amar Amsyar, mereka berjabat tangan.

 
“Aku baik, kau macam?”sahut Tengku Mikhail sambil itu matanya meliar mencari kelibat Kazrina.

 
“Dah okay sikit, tapi ingatan aku masih lemah.”tutur Amar Amsyar.

 
“Perlahan-lahan bro, insyaallah semuanya akan pulih seperti sediakala.”Amar Amsyar terpana, Tengku Mikhail yang dia kenali tidak akan bertutur begini.  Adakah sepupunya juga turut berubah mengikut peredaran masa ataupun berubah disebabkan seorang perempuan seperti yang dikhabarkan oleh Lim padanya.

 
“Wo..wo..apa dah jadi dengan kau Mike.  Sejak bila kau berubah.”pertanyaan Amar Amsyar mengundang tawa dihati Tengku Mikhail.”Aku berubah kerana Kazrina Atirah.”sahutnya dalam hati.

 
“Firstly aku nak cakap, call me Mikhail not Mike.  Aku dah tak mahu gunakan nama itu lagi, itu dulu tapi sekarang aku selesa dengan nama Mikhail.  After all, that’s my real name.”Amar Amsyar ketawa, geli hati dengan kata-kata Tengku Mikhail.

 
“What’s so funny?”marah Tengku Mikhail.


“Tak adalah bro, kau ni memang betul dah berubah.  Tak macam dulu, usik sikit dah sensitif.  Macam perempuan yang pregnant pula.”seloroh Amar Amsyar.  Tengku Mikhail mengaru kepalanya yang tiba-tiba gatal. “Betul ke?”


“Mana ada, kau ni suka main tuduh-tuduh.”bahu Amar Amsyar ditumbuk. Amar Amsyar mengaduh kesakitan.”Sakitlah bro.”digosoknya bahunya yang terasa sedikit sengal akibat tumbukkan itu.

 
“Padan muka. Dah, kalau kau datang sengaja nak sakitkan hati aku.  Baik kau blah, banyak kerja yang aku nak buat selain dari melayan gurauan bodoh kau ni.”marah Tengku Mikhail.

 
“Sabarlah bro, aku belum habis nak bermanja dengan kau lagi. Dah nak suruh aku balik, ada sesuatu yang kau cuba sembunyikan dari aku ke?”soalan serkap jarang Amar Amsyar buat Tengku Mikhail tersentak.  Dipandang kiri dan kanan, takut bayangan Kazrina ada disitu.

 
 “Tak adalah, kau saja prasangka buruk.  Aku masih seperti dulu.”dalih Tengku Mikhail.

 
“Siapa perempuan tu?”sekali lagi Tengku Mikhail terpana.  Pertanyaan Amar Amsyar merunsingkannya.

 
“Perempuan mana bro? aku tak faham.”bohong Tengku Mikhail, masih ingin menyelak dari menjawab pertanyaan Amar Amsyar.

 
“Aku nak tahu bro, siapa perempuan tu.”belum sempat Tengku Mikhail menjawab, Kazrina terlebih dahulu mencantasnya.

 
“Sayalah perempuan itu. Saya, Kazrina Atirah.”Kazrina keluar dari balik tembok yang memisahkan tempat dimana Tengku Mikhail dan Amar Amsyar duduk.  Amar Amsyar terpegun, Tengku Mikhail kepanasan.  Kazrina menghampiri kedua-dua lelaki itu, dia melabuhkan duduk berhadapan dengan Amar Amsyar dan juga Tengku Mikhail.

 
“Kazrina”

 
“Rina”

Serentak nama itu keluar dari mulut Amar Amsyar dan Tengku Mikhail.

 
“Apa..Kaz..buat..kat..sini..”terketar-ketar Amar Amsyar bertanyakan soalan itu pada Kazrina.  Tiba-tiba hatinya jadi rindu pada wajah Kazrina.  Direnung wajah itu, serinya masih ada walaupun dibaluti luka.  Pandangannya jatuh pada perut Kazrina yang memboyot, betul lah kata Misya.  Kazrina memang mengandungkan anaknya.

 
“Dia tinggal disini, bersama aku.”Tengku Mikhail menjawab bagi pihak Kazrina.  Amar Amsyar menelan liur, terasa begitu pahit dan kelat.

 
“Khail, Rina nak cakap dengan Am kejap. Will you excuss us.”pinta Kazrina lembut.  Dia mahu berbicara dua mata dengan Amar Amsyar buat kali pertama dan terakhir.

 
“Are you sure?”soal Tengku Mikhail, meminta kepastian. Kazrina mengangguk mengiakan keputusannya.

 
“I’m very sure.  Just leave us alone.”jawab Kazrina dengan tegas. 

 
“Kalau ada apa-apa, Khail ada dekat ruang tamu.”tutur Mikhail lantas pergi meninggalkan Kazrina bersama Amar Amsyar.  Kazrina memandang langkah Tengku Mikhail tanpa sedar Amar Amsyar turut merenungi wajahnya.

 
“Betul ke Kaz tinggal disini, bersama Mikhail?”itulah soalan pertama yang keluar dari mulut Amar Amsyar sejak mereka berdua diam membisu.  Tengku Mikhail sudah pun  meninggalkan mereka berdua, itupun diatas permintaan Kazrina sendiri. 

 
Kazrina tidak menjawab, matanya masih tunduk merenung lantai.  Bermacam-macam persoalan yang  bermain difikirannya kini.  Kedatangan Amar Amsyar hari ini menyusutkan fikirannya.

 
“Kazrina Atirah, sayang dengar tak apa yang abang cakapkan tadi.”bentak Amar Amsyar apabila tiada jawapan dari mulut Kazrina.  Tersentak wanita itu, sehingga terhinjut bahunya.

 
“Awak cakap apa tadi?”soal Kazrina terpinga-pinga.  Hilang sudah lamunannya itu tadi, kini dihadapannya adalah Amar Amsyar dengan wajah tegang.

 
“Abang tanya, betul ke Kaz tinggal disini.  Dengan Mikhail.”keras sungguh suara itu, tidak seperti dulu ketika mereka masih bersama.

 
“Kalau betul kenapa? Saya dah tidak ada kena mengena dengan awak Encik Amar Amsyar.”jawabku penuh yakin.  Dalam hati sudah bergetar hebat, menahan ketakutan yang tiba-tiba hadir.

 
“Apa sayang kata? Kita tak ada apa-apa hubungan. Sejak bila?”pertanyaan Amar Amsyar mengundang tawa dihati Kazrina.  Lelaki ini sudah lupa kah? Bukan kah dia dah ceraikan aku kira-kira 6 bulan yang lalu.

 
“Encik Amar, saya rasa Encik Amar keliru.  Saya bukan lagi isteri Encik lagi, dah saya bebas melakukan apa saja mengikut kehendak saya.”terangku bangga.  Biar Amar Amsyar tahu aku tidak takut dengan ugutannya.

 
“Apa ni sayang, Encik..Encik..sejak bila kita jadi orang asing.”soal Amar Amsyar, dia cuba meraih tanganku namun aku menepis kasar.

 
“Don’t touch me! Awak dah hilang hak untuk itu.”balasku.

 
“Sayang…pelase, tell me what is happening here.  I’m confius and really really confius.”rayu Amar Amsyar lagi.  Kazrina kepelikan, riak wajah Amar Asmyar mengusarnya.  “Apakah benar lelaki ini hilang ingatan atau sengaja hendak mempermainkan perasaannya.

 
“Encik Amar Amsyar, jangan panggil saya sayang lagi.  Saya bukan isteri awak dan juga bukan sesiapa pada awak.”getusku dalam nada marah.

 
“Kalau saya bukan suami awak, ini..ini.. anak siapa pula?”Amar Amsyar menunjuk ke arah perutku yang memboyot.

 
“Ini anak saya.”tegasku.

 
“Dan bakal menjadi anak aku tidak lama lagi.”sampuk Tengku Mikhail dari belakang Kazrina.  Sejak tadi dia berdiam diri dibalik tembok yang memisahkan Kazrina dengan Amar Amsyar.  Disebabkan tidak tahan mendengar jeritan dan perbalahan diantara Kazrina dan Amar Amsyar, Tengku Mikhail terpanggil untuk membela nasib Kazrina.

 
Amar Amsyar terpaku, rasa marah bercampur geram apabila melihat Kazrina tiba-tiba bangkit merapati Tengku Mikhail membuatkan suhu darahnya naik. 

 
“Sejak bila kau jadi orang tengah? Aku tak perlukan kau kat sini.  Ini antara aku dengan isteri aku Kazrina.  Kau hanya sepupu aku dan bukan sesiapa pada dia.”tekan Amar Amsyar keras, geram apabila melihat situasi menjadi lebih tegang gara-gara campur tangan pihak lain.

 
“Orang tengah? Isteri kau? Sorry bro, she’s no longer your wife.  You have divorved her 6 month ago.  Look at this!”balas Tengku Mikhail seraya mencampakkan sampul surat berwarna coklat  tepat ke muka Amar Amsyar.  Sampul itu jatuh diatas kaki lelaki itu, lalu dia menunduk mengutipnya.  Dibuka sampul itu, alangkah terkejutnya dia melihat isi kandungan surat itu.  Terduduk Amar Amsyar diatas lantai, wajah Tengku Mikhail dan Kazrina dipandang lemah.  Tidak percaya dengan kenyataan yabn terbentang dihadapannya. 

 
Airmata lelakinya jatuh berjuraian, dia terlupa hakikat itu.  Dia keliru, antara ingatan baru dan juga yang lama.  Dalam hatinya berat menyatakan Kazrina masih isterinya akan tetapi kenyataan yang terbentang menyatakan tidak.  Dia benar-benar sudah menceraikan isterinya itu.  Dan sebaik sahaja anaknya lahir, isterinya bebas dari ikatan perkahwinan mereka.

 
“Bila..bila..masa..aku..ce..rai..kan..dia..”terketar-ketar Amar Amsyar bersuara.  Hatinya bagai tersayat apabila melihat kebenaran dihadapan mata.

 
“Come on lah bro, tak kan kau dah lupa kot.”perli Tengku Mikhail.

 
“Sumpah Mikhail, aku terlupa bila masa aku ceraikan dia.”sungguh-sungguh Amar Amsyar menafikannya.  Kazrina yang ada dibelakang Tengku Mikhail turut terkaku dengan penafian Amar Amsyar.

 
“Sudahlah Am, kau balik lah.  Biarkan Kazrina disini, bersama aku.”pinta Tengku Mikhail lembut, cuba menghalau Amar Amsyar pergi secara baik.  Kazrina yang masih terkejut berada dibelakang Tengku Mikhail.  Dikalih sisi, ingin melihat wajah Amar Amsyar yang masih berteleku dilantai.”Betulkah Amar Amsyar sudah pulih ingatannya. Jika benar, adakah aku bersedia untuk kembali kepangkuannya setelah apa yang dilakukan terhadapku.”Kazrina masih berperang dengan naluri simpatinya. 

 
“Am, please go home.  Aku tak mahu Kazrina stres, biarkan lah dia disini.  Perkara dah berlaku, nak patah balik pun tak berguna lagi.”pujuk Tengku Mikhail.

 
“Bagaimana dengan anak aku? Apakah aku tidak berhak ke atas dirinya, aku kan ayahnya.”sayu suara Amar Amsyar menyentuh hati wanita Kazrina.  Rasa simpati bercampur kasihan melihat keadaan Amar Amsyar.

 
“Pulanglah Am, nanti kita bincang lagi.  Kazrina perlukan rehat, dia tidak boleh stres.  Nanti memudaratkan bayi dalam kandungannya.”sekali lagi Tengku Mikhail memujuk agar Amar Amsyar pulang.

 
Amar Amsyar bangkit, dipandang sayu wajah Kazrina yang sedang menangis dibelakang Tengku Mikhail.

 
“Kazrina sayang, abang mohon.  Pulanglah kepangkuan abang, sayang dah lupa pada janji-janji kita.”Amar Amsyar masih berdiri dihadapan Tengku Mikhail yang menghalang Amar Amsyar dari menghampiri Kazrina. 

 
Kazrina beralih sedikit ke kiri, kala ini dia  berdiri betul-betul dihadapan, tempat dimana Amar Amsyar sedang berdiri.”Encik Amar, pulanglah.  Disini tiada lagi tempat untuk Encik.”ujarnya sambil menunjuk ke arah dadanya.  “Tapi sebagai ayah kepada anak ini, hak Encik tidak akan saya nafikan.  Encik Amar tetap ayah kandung pada anak yang saya kandungkan ini.  Pulanglah, semuanya sudah selesai.”sambung Kazrina lagi bersama linangan airmata.

 
Amar Amsyar melutut, “Sayang, abang betul-betul minta maaf.”rayu Amar Amsyar lagi, kali ini dia memegang kedua-dua belah kaki Kazrina.

 
“Encik Amar..jangan rendahkan martabat Encik hanya kerana seorang perempuan murahan seperti saya.  Saya tak layak untuk Encik, dan saya tahu dimana kedudukan saya dalam hati Encik.”balasku padanya, cuba menjauhkan diri daripada pegangan tangannya.

 
“Am,  untuk kali terakhir. Pulanglah, biarkan Kazrina disini, dia bahagia bersama aku.”pohon Tengku Mikhail, ditarik lengan Amar Amsyar agar lelaki itu bangkit dari terus melutut dihadapan Kazrina.

 
“Tidak Mikhail, selagi Kazrina tidak memaafkan aku.  Selagi itu aku akan melutut disini sehingga dia sudi memaafkan aku.”suara sayu Amar Amsyar menginsafi Tengku Mikhail.  Terbit rasa bersalah kerana terlalu berkeras dengan lelaki itu.

 
“Am, please! Jangan rendah ego kau hanya kerana seorang perempuan.  Masih banyak lagi perempuan yang boleh kau damping, lepaskanlah Kazrina.  Dia dah pun bahagia disini, bersamaku.”Amar Amsyar masih tidak berganjak, masih tetap setia berlutut disitu.

 
“Am…”suara lembut Kazrina menyapa ditelinganya, tidak persaan bila wanita itu berteleku disebelahnya.  Wajah Kazrina dipandang sayu.

 
“Kazrina dah lama maafkan Am.  Pulanglah, perasaan Kazrina terhadap Am dah lama hilang.  Dah tak ada, disini.”tutur Kazrina sambil menunjuk ke dadanya.  Amar Amsyar tetap membisu, tiada lagi tangisan hanya esakkan halus.

 
“Sayang dah maafkan abang?”soal Amar Amsyar laju.  Kazrina mengangguk, mengiakan.  Lenguh duduk bertimpuh, Kazrina bangkit dengan pertolongan Tengku Mikhail.  Amar Amsyar yang menyaksikan kemesraan itu menangis dalam hati. “Kazrina sudah lupakan aku.”desis hatinya pilu.

 
“Terima kasih sayang.  Maafkan abang sekali lagi.”Amar Amsyar bangkit, langkah kakinya longlai dibawa menuju ke keretanya. Sebelum masuk kereta, wajah Kazrina dipandang sayu.

 
“Abang tak akan mengalah, abang percaya suatu hari nanti Kaz akan pulang kepangkuan abang.  Abang akan tunggu saat itu, dan yang pasti Abang cintakan Kazrina Aitrah dari dulu, kini dan selama-lamanya..”bersama ucapkan kudus itu, Amar Amsyar menghidupkan enjin keretanya dan keluar dari perkarangan rumah Tengku Mikhail bersama hatiu yang retak seribu.

 
Sebaik sahaja kereta Amar Amsyar meluncur pergi dari perkarangan rumah Tengku Mikhail, Kazrina terus melulu masuk ke biliknya.  Dihempaskan badannya dikatil, terhambur tangisan yang ditahan sedari tadi.  Airmatanya mengalir bersama hatinya yang hancur dan luruh, pujukan Amar Amasyar masih lagi tergiang-giang ditelinganya.

 
“Rina.”lembut suara Tengku Mikhail menyapa membuatkan Kazrina berpaling mengadap lelaki itu.

 
“Boleh Khail masuk?”soal lelaki itu.  Kazrina mengangguk lemah.  Tengku Mikhail masuk, dilabuh duduk bersebelahan Kazrina ditepi katil.  Tangannya menyentuh lembut tudung wanita itu.

 
“Rina harus kuat, ini baru ujian pertama.  Masih banyak lagi ujian yang perlu Rina tempuhi. Dan Khail akan tetap berada disamping Rina untuk membantu.”pujukan Tengku Mikhail membuatkan tangisan Kazrina sedikit reda. 

 
Tengku Mikhail merenung dalam wajah Kazrina, dalam hatinya sudah terpahat sebuah janji tanpa pengetahuan wanita itu.  "Akan kupersembahkan kepadamu cinta yang tulus dan ikhlas,jika kau sudi menjadi milikku."


Dan Kazrina pula masih membisu disitu tanpa suara, namun dalam hatinya sudah reda melepaskan segala kenangan indahnya bersama Amar Amsyar dahulu. "Saat kau lafazkan talak tanpa suara, bermulalah titik perpisahan kita berdua.  Hatiku retak seribu, jatuh berderaian dijalanan tanpa sempat aku kutip kembali."


Lama mereka berkeadaan begitu, melayani perasaan masing-masing sehinggalah Kazrina bersuara,“Terima kasih Khail, Rina…”belum sempat Kazrina menyambung, Tengku Mikhail menutup bibirnya dengan jemarinya.

”Jangan bimbang, Khail akan selalu ada disamping Rina bila dan dimana sahaja Rina perlukan Khail.”ucapan kudus Tengku Mikhail membuatkan Hati Kazrina, hatinya lega kerana masih ada yang sudi membantunya dikala dia memerlukannya.



Tak guna kau tangisi lagi Am, cintaku padamu sudah lama terkubur.  Saat kau melafazkan talak tanpa suara padaku , saat itulah cintaku padamu hancur berderai dijalanan seperti mana hatiku yang telah retak seribu. ~ Kazrina Atirah.


Rina harus kuatkan semangat, jangan mudah putus asa.  Khail sudi menjadi pendengar dan pendamping Rina untuk selama-lamanya. Khail sanggup menunggu Rina walau seribu tahun lagi, demi cinta Khail pada Rina yang tulus dan ikhlas. ~ Tengku Mikhail Khazi


Abang tak akan mengalah.  Selagi Kaz bukan milik sesiapa, selagi itu abang akan pujuk Kaz.  Biarlah orang nak kata abang gila talak, tapi yang pasti abang mahu Kaz semula.  Dan abang akan pastikan Kaz pulang semula kepangkuan abang demi anak kita.~ Amar Amsyar


~Bersambung~
P/S: Terima kasih kepada semua yang sudi memberikan komen.  Saya amatlah menghargainya begitu juga pembaca setia blog saya. Sayang you all..