Bab 22
“Kita nak kemana
ni?”pertanyaan Kazrina dibiarkan sepi.
Sengaja Tengku Mikhail tidak menyatakan arah tujuan mereka petang
tu. Apabila kereta yang dipandu Tengku
Mikhail membelok kawasan perumahan itu, Kazrina sudah dapat meneka dimana
mereka berada sekarang. Hatinya melonjak
kegembiraan, tapi dibiarkan dulu. Tidak
mahu Tengku Mikhail melihat kegembiraan diwajahnya. Tengku Mikhail tersenyum, wajah Kazrina
disebelah dipandang sekilas.”Dia dah tahu, patut pun asyik tersenyum-senyum
dari tadi.”
“Thanks Khail.”ucap Kazrina sewaktu kereta lelaki itu berhenti
diperkarangan rumah Misya. Ketika keluar
dari kereta, Kazrina melulu mendapatkan sahabatnya itu. Larangan Tengku Mikhailagar dia tidak
berlari, tidak diendah. Dipercepatkan
langkahnya, tubuh Misya sudah berada didalam pelukannya.
“Rindunya aku kat
kau…”Kazrina menyatakan rindunya sebaik sahaja mereka berdua berpelukan.
“Aku pun sama. Kau sihat?”pertanyaan pertama keluar dari
mulut Misya, wajah ceria sahabatnya dipandang penuh minat.
“Aku sihat, tengok sampai
naik tembam pipi aku. “komen Kazrina membuatkan Misya tertawa kecil.
“Tembam dan montel. Tapi kau tetap comel.”Misya mencubit pipi
tembam Kazrina, terjerit sahabatnya itu.
“Tengku, jom kita
masuk. Kalau nak harapkan Misya
mengajak, sampai subuh pun belum tentu Tengku dapat masuk.”seloroh Yasir, suami
Misya yang brdiri dibelakang mereka semua.
Misya menjeling manja pada suaminya, sukalah tu dapat mengenakan dirinya
dihadapan bosnya.
“Biasalah Yasir, orang
perempuan kalau dah jumpa geng memang tak ingat kita kat sebelah.”sindir Tengku
Mikhail. Kazrina mencubit lengan Tengku
Mikhail, geram dengan sindiran lelaki itu.
“Aduh! tak sangka kat
rumah Misya ni pun ada semut api.”komen Tengku Mikhail buat semua yang ada
tertawa.
“Dahlah tu bos, kesian
saya tengok kawan saya ni. Asyik kena buli aje dengan bos. Jom kita masuk, aku
ada masak special untuk kau.”ajak
Misya. Mereka berempat melangkah masuk,
bau aroma masakan Misya menusuk hidung Kazrina.
Tiba-tiba perutnya terasa sangat lapar.
‘Sedapnya bau, rasa lapar
pulak.”tegur Kazrina yang masih menghidu bau keenakan masakan Misya.
“Kan aku dah cakap, aku
masak special untuk kau. Nasib baik baby aku tak meragam hari ini,
dapat juga aku siapkan masakan ni.”Misya mengambil anaknya dari baby coat. Didukung dengan penuh kasih, Kazrina yang
melihatnya turut sama merasakannya.
“Ini baby you ke Misya?
Siapa nama dia?”soal Tengku Mikhail sebaik melihat wajah anak Misya dalam
dukungan. Hadiah ditangannya diserahkan
kepada suami Misya.
“Nur Musliha.”
“Cantik nama tu, lebih
kurang nama kau juga kan. Nur Hamisya
a.k.a Misya.”Misya tertawa kecil, Kazrina suka bergurau. Mana sama Nur Musliha dengan Nur Hamisya.
“Kau ni Rina, kelakar
lah. Dah, jangan banyak cakap lagi. Jom teman aku hidangkan makanan.”ajak Misya,
bayinya diserahkan kepada suaminya.
Memang seronok
sekali-sekala dapat bertemu dengan Misya.
Banyak cerita yang diborakkan dengan Misya sampai Kazrina tengok Tengku
Mikhail naik bosan. Suami Misya pula
masuk kebilik, hendak tidurkan anak mereka.
Kesian Kazrina tengok Tengku Mikhail dari tadi asyik membaca suratkhabar
dan majalah. Melihat jam ditangan
menginjak ke pukul 6 petang, perasaan bersalah mengatasi semuanya. Kazrina beralah, tak sanggup hendak melihat
wajah boring Tengku Mikhail.
“Misya, dah lama aku kat
sini. Aku beransur dulu ya, dah petang sangat.”Misya melirik jam dinding,
memang sudah jam 6 petang. Selepas
mereka berempat solat asar berjemaah tadi, Kazrina dan Misya sambung borak tanpa
menyedari waktu berlalu begitu pantas.
“Yelah, seronok punya
pasal sampai lupa. Tak nak tunggu solat magrib dan makan malam sekali?”ajak
Misya ramah. Kazrina menggeleng.
“Kalau macam tu kau
tunggu, aku nak bekalkan kau lauk tadi.
Boleh kau sambung makan dirumah.
Kejap ya.”Misya beredar menuju ke ruang dapur. Dibungkuskan masakan tomyam dalam tupperware untuk Kazrina.
“Kau ni Misya, buat
susah-susah aje. Apa pun thanks, aku suka sangat.”Kazrina sudah
terbau-bau aroma masakan Misya.
“Aku tahu kau suka, sebab
itu aku masak lebih. Boleh kau makan kat
rumah nanti.”bungkusan yang mengandungi lauk diserahkan kepada Kazrina. Suka sahabatnya menyambut bungkusan itu.
“Aik! siap bungkus bawa
balik. Ini sudah lebih.”usik Tengku
Mikhail saat melihat bungkusan ditangan Kazrina.
“Ini Rina punya, tak
boleh kongsi.”Kazrina menyorok bungkusan itu dari Tengku Mikhail. Tergelak besar lelaki itu melihat telatah
keanak-anakkan Kazrina.
“Makanlah, Khail tak
lahap pun.”seloroh Tengku Mikhail dibalas dengan ketawa dibibir Misya. Yasir yang baru keluar dari bilik turut
tertawa melihat gelagat mereka berdua.
“Macam budak-budak.”komen
Misya. Kazrina menjelirkan lidahnya,
tanda tidak setuju.
“Bos, jangan dilayan
sangat karenah Kazrina ni. Nanti bos
yang pening, lepas tu saya jugak yang kena.”Kazrina mencubit lengan Misya,
geram bila Misya juga turut sama mengusiknya.
“Saya dah immune pun, hari-hari kena layan karenah
dia. Dah tak larat dah.”Kali ini lengan
Tengku Mikhail pula menjadi mangsa.
Mengaduh kesakitan lelaki itu.
Hari ini Kazrina rela
diusik terus-terusan oleh Tengku Mikhail, hatinya gembira bila dapat bertemu
dengan sahabatnya itu. Usikan Tengku
Mikhail tidak menjadi kudis dihatinya, sebaliknya dia turut berterima kasih
kepada lelaki ini kerana sudi membawanya kesini.
Sejak balik dari rumah
Misya sehingga kereta mereka berada dijalanan,
senyuman masih terukir dibibir Kazrina.
Hatinya gembira sangat, Tengku Mikhail sudah menjadi orang yang paling
penting dalam hidupnya. Kebaikan Tengku
Mikhail tidak dapat disangkal lagi, Tengku Mikhail yang baik, Tengku Mikhail
yang sweet, Tengku Mikhail caring,
Tengku Mikhail yang romantik dan tak lupa juga Tengku Mikhail yang penuh dengan
kejutan.
“Kenapa Rina asyik tersenyum-senyum saja dari tadi.”soal Tengku
Mikhail. Kazrina menoleh, melihat wajah
Tengku Mikhail. Ada kelainan disitu,
sengihan nakal yang terbit dari bibir lelaki itu membuat hati Kazrina tidak
betah.
“Saja.”jawabnya sepatah.
“Sukalah tu, dapat jumpa sahabat lama.
Sampai lupa nak balik.”tegur Tengku Mikhail berniat hendak mengusik
Kazrina. Namun wanita itu hanya
tersenyum manis.
“Suka sangat, terima kasih Khail.”ujar Kazrina lembut bersama
senyuman terukir dibibirnya.
“Terima kasih untuk apa?”sengaja Tengku Mikhail bertanya, sedangkan
lelaki itu tahu mengapa Kazrina berterima kasih dengannya.
“Terima kasih sebab sudi bawa Rina jumpa Misya, dan terima kasih juga
sebab sudi melayani karenah Rina.”Tengku Mikhail tersenyum lebar, suka apabila
wanita yang dikasihi suka dengan apa yang telah dilakukan untuk wanita
itu.
“Sama-sama. Khail gembira tengok
Rina happy, sekurang-kurangnya tak
adalah Rina tayang muka monyok bila Khail balik dari kerja.”komen dari Tengku
Mikhail buat Kazrina mencebik.
“Suka sangat nak menyakat aku, merajuk karang.”omel Kazrina dalam
hatinya.
“Haa..tengok, baru cakap saja dah merajuk. Dah tayang muncung sedepa, macam ni susahlah
Khail. Nanti baby dalam perut pun ikut
sama muncung macam Mama dia. Parah Khail
nak melayan kalau dua-dua suka merajuk ni.”Kazrina menampar lengan Tengku
Mikhail. Geram bila dikomen begitu.
“Rina..Khail kan tengah memandu. Karang tak sampai rumah, tidur kat hospital
lah jawabnya.”kali ini Kazrina menekup pula mulut Tengku Mikhail. Terpana
lelaki itu, tangan Kazrina dibibirnya dijeling sekilas.
“Mulut jangan nak celupar! Rina tampar baru tahu.”marah Kazrina sebaik
saja tangannya ditarik semula.
“Khail minta maaf.”laju saja Tengku Mikhail menutur kata-kata itu.
“Tahu pun.”sela Kazrina.
“Khail tahu, sebab itu Khail
minta maaf. Khail sayang Rina, kalau
boleh Khail tak mahu sesuatu terjadi kat Rina mahupun bayi kita.”tanpa Tengku
Mikhail sedari, dia menyebut bayi Kazrina, bayi kita.
“Bayi kita?”ulang Kazrina perlahan.
“Ya, bayi kita. Jika diizinkan
Rina, Khail hendak menjadi bapa kepada bayi ini. Khail nak jadikan Rina wanita yang halal
disisi Khail. Khail nak memperisterikan
Rina sebelum nafas Khail terhenti. Dan
Khail nak Rina tahu yang Tengku Mikhail Khazi ini sangat-sangat mencintai
Kazrina Atirah dari dulu, kini dan selama-lamanya.”Kazrina terpaku, kata-kata
Tengku Mikhail menyentuh hati dan perasaannya.
Kereta sudah pun berhenti dibahu jalan tanpa Kazrina sedari. Tengku Mikhail menarik tangan Kazrina, lantas
dibawa kedadanya.
“Disini sudah lama terpahat nama Kazrina Atirah. Disini sudah lama bertapak nama Kazrina
Atirah dan disini juga hanya tersemat nama Kazrina Atirah untuk
selama-lamanya. Tiada yang lain, hanya
Kazrina Atirah seorang.”kata-kata romantis Tengku Mikhail buat airmata Kazrina
tertumpah. Terharu Kazrina mendengar
lafaz ikrar Tengku Mikhail.
“Khail..Rina..”Tengku Mikhail menyentuh bibir Kazrina, gelengan dikepala
menandakan Tengku Mikhail tidak mahu Kazrina meneruskan bicara.
“Khail tahu Rina masih was-was.
Percayalah, dihati ini hanya ada Kazrina Atirah. Tiada lagi Lisa Marie, tiada Danille, tiada
sofea dan tiada lagi stok-stok wanita yang pernah Khail usung dulu. Percayalah..”menitis airmata Kazrina,
kata-kata ikhlas yang terbit dari mulut Tengku Mikhail sedikit sebanyak membuka
pintu hatinya untuk menerima Tengku Mikhail seadanya.
Memang sejarah silam Tengku Mikhail tidak seindah yang disangka. Tapi
Tengku Mikhail hanya manusia biasa, tidak lari dari melakukan kesilapan. Mungkin
dulu jiwa Tengku Mikhail kosong, imannya tak kuat. Terlalu mudah terpengaruh membuatkan lelaki
itu hidup terumbang-ambing.
Sampai diperkarangan rumah Tengku Mikhail dan Kazrina dikejutkan dengan
tetamu yang tidak diundang. Mata mereka berdua tertancap pada kereta Evo
kepunyaan Amar Amsyar didepan pintu pagar rumah. Kazrina menelan liur, kecut perutnya apabila
melihat tetamu yang tidak diundang itu. Amar
Amsyar datang lagi, kali ini apa pula muslihat lelaki itu tidak pula Kazrina
tahu. Wajah Tengku Mikhail dipandang,
matanya seperti meminta pengertian dari lelaki itu agar membantunya.
“Tak mengapa, kita turun dulu.
Kita dengar apa yang hendak dia cakapkan.”pujuk Tengku Mikhail sebelum
mereka berdua keluar dari kereta.
Kazrina yang teragak-agak hendak keluar dari kereta, akhirnya turut
mengekori gerak-geri Tengku Mikhail.
“ Assalamualaikum.”huluran tangan Tengku Mikhail disambut hambar Amar
Amsyar. Ada riak kebenciaan disitu,
namun tidak diendahkan Tengku Mikhail.
Kazrina yang berada dibelakang Tengku Mikhail masih kelu membisu. Sedikit pun tidak dipandang wajah Amar
Amsyar.
“Rina sihat?”pertanyaan Amar Amsyar dibiarkan sepi. Tengku Mikhail mencuit lengan Kazrina,
meminta agar wanita itu menjawab pertanyaan Amar Amsyar.
“Sihat.”sepatah jawabnya sebelum berlalu masuk ke rumah. Amar Amsyar dibiarkan disitu tanpa pamitan.
“Duduklah Am.”ajakan Tengku Mikhail tidak diendah. Matanya masih merenung ke dalam rumah. Rasa sakit hati dan marah dengan kelakuan
Kazrina itu tadi masih bersisa.
“Apa yang dah kau jampikan kat Kazrina.”tuduh Amar Amsyar kasar. Matanya tepat merenung kedalam mata Tengku
Mikhail. Tengku Mikhail merengus, tuduhan
Amar Amsyar tidak berasas.
“Aku tak jampi pun Kazrina. Semua
ini mengarut, syirik dan dilaknati Allah.”tutur Tengku Mikhail lembut. Sedaya upaya dia cuba tidak bertegang urat
dengan Amar Amsyar. Akal warasnya
berkata tidak perlu melayan karenah lelaki itu.
“Huh! Nak tunjuk baik lah tu.
Macamlah aku tak kenal siapa kau.
Tak ada bezanya antara kau dah aku Mike, tak ada.”tekan Mamar
Amsyar. Matanya masih meliar memerhatikan
dalam rumah takut Kazrin muncul tiba-tiba.
Tengku Mikhail menghela nafasnya, api dalam badan Amar Amsyar sedang
marak, tak perlulah dia marakkan lagi api itu.
“Betul Am, aku tak pernah jampi ataupun guna-guna pada Kazrina. Tak baik kau tuduh aku yang bukan-bukan.”sela
Tengku Mikhail.
“Ah! kau memang. Dah buat salah
tapi tak mengaku. Kau tahu tak! yang
korang berdua bukan muhrim. Mana boleh
tinggal serumah.”tutur Amar Amsyar yang masih tidak mahu mengaku kalah.
“Correction! Kami tinggal
bertiga, bukan berdua. Dan Kazrina tidur
dibilik bawah bersebelahan Mak Jah dan aku pula tidur dibilikku ditingkat atas.
“terang Tengku Mikhail. Amar Amsyar merengus, tidak percaya dengan kata-kata
Tengku Mikhail.
“Habis tu kalau awak tidur dengan perempuan lain tak mengapa? Tapi saya,
awak tuduh yang bukan-bukan. Lelaki
jenis apa awak ni?”sampuk Kazrina yang dari tadi mendengar perbalahan diantara
Amar Amsyar dengan Tengku Mikhail mula bersuara. Geram bila dia dan Tengku Mikhail dituduh
bukan-bukan.
“Sayang, apa sayang cakapkan
ni. Abang tak faham.”tegur Amar Amsyar
lembut Kazrina tayang muka, meluat
dengan wajah kepura-puraan Amar Amsyar.
“Jangan panggil saya sayang.
Antara kita sudah tidak ada apa-apa lagi. Sekarang, sila keluar dari sini. Saya dah tak nak tengok muka awak
lagi.”bentak Kazrina.
“Sampai hati sayang. Abang datang
nak jumpa sayang dengan anak kita. Please,
I miss you so much sayang.”pujuk Amar Amsyar, tangan Kazrina cuba diraih
namun ditepis oleh wanita itu.
“Pergilah Am, hubungan kita dah tamat. Saya dah lama buang rasa cinta saya pada awak
sejak awak halau saya dari rumah awak dulu.
Dan yang lebih menyakinkan saya tentang kebencian awak terhadap
kami. Surat cerai yang awak hadiahkan
buat saya sedangkan awak tahu saya sedang mengandungkan anak awak.”airmata
berjujuran membasahi pipi dibiarkan mengalir oleh Kazrina. Hatinya sakit dan pedih bila menuturkan
kata-kata itu, tapi itulah hakikatnya.
Cinta SPEED yang Amar Amsyar berikan telah menjadi cinta yang bertaburan
jalanan.
“Sayang..”sekali lagi Amar Amsyar meraih tangan Kazrina namun ditepis
kasar.
“Maaf, cinta awak sudah lama terkubur. Sudah pun menjadi cebisan ketulan
batu yang bertaburan dijalanan. begitulah
juga rasa sayang saya juga terhadap awak.”habis berbicara, Kazrina melangkah
pergi tanpa menoleh lagi. Dia harus kuat
demi anaknya ini. Biar seribu kali Amar
Amsyar datang menagih cintanya, dia tetap tidak peduli. Baginya semua itu sudah lama berakhir.
Terduduk Amar Amsyar, kata-kata dari Kazrina melemahkan dirinya. Perkara sudah berlaku, terlajak perahu boleh
diundur, terlajak kata dan perbuatan inilah natijahnya. Tengku Mikhail yang turut berada disitu
terdiam membisu. Walaupun ada riak
kegembiraan terpancar diwajah Tengku Mikhail, dalam masa yang sama dia turut
simpati pada Amar Amsyar. Keputusan
Kazrina sudah bulat, dia tidak akan kembali semula kepada Amar Amsyar.
“Pulanglah Am, tempat kau bukan disini.
Makngah dan Pakngah sentiasa ada untuk kau, tapi aku sendiri
disini.”Amar Amsyar mendongak, mencari ketulusan dari kata-kata Tengku
Mikhail. Hatinya sedih dan pilu bila
kehendaknya tidak dapat dipenuhi.
Perlahan-lahan dia bangkit menghampiri keretanya dan beredar dari rumah
Tengku Mikhail dengan hati yang sebu.
“Pergilah Am, pergilah
dari hidup Kazrina. Kerana mulai dari sekarang, hanya aku yang akan menjaganya,
dan tidak akan sesekali aku persia-siakan amanah ini. Akan aku peliharan sehingga nafas
terakhirku. Itu janjiku.”tutur Tengku
Mikhail perlahan, cukup untuk didengari
dirinya sendiri.
~Bersambung~
nak tengku please... ♥
ReplyDeleteKalau tak silap dari awal cita Tengku Mikhail yg menjadi dalang perpisahan antara Amaar dan Kazrina. Dia yg membuat Amar membenci kan Kazrina semasa Amar hilang ingatan. Dia juga yg membuatkan Kazrina membenci Amar. Apa sudah jadi?
ReplyDeleteMmg itu rancangan awal Tg Mikhail. Tp sekarang ni salah Amar Amsyar juga, dia sendiri dh buang Kazrina dlm hidup dia.
DeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete