Bab 23
Sejak seminggu kejadian Amar Amsyar datang ke rumah
Mikhail, perhubungan Kazrina dan Tengku Mikhail menjadi sedikit rengang. Tengku Mikhail pula sering pulang larut
malam, kadang-kadang bayang wajah Tengku Mikhail pun sukar dilihat dalam
rumah.
Hari Sabtu dan hujung minggu, Tengku Mikhail kerap keluar
menemui rakan ataupun kliennya. Kazrina
sunyi, hendak mengadu dengan Mak Jah takut dikata mengada-gada pula, akhirnya
Kazrina mengambil keputusan untuk menanti kepulangan Tengku Mikhail hari ini biarpun
hari sudah lewat tengah malam.
Ketika bunyi kereta Tengku Mikhail memasuki perkarangan
rumah, Kazrina berusaha bangkit dari sofa.
Akhir-akhirnya ini pergerakannya agak terbatas, kandungannya sudah
hampir mencecah 7 bulan. Wajah lesu
Tengku Mikhail menyapa sewaktu dia membuka pintu, lelaki itu terkejut.
“Eh, Rina. Belum
tidur lagi.”Kazrina tersenyum, pertanyaan Tengku Mikhail dibiarkan tanpa jawapan
sebaliknya dia menghulurkan tangannya.
Tengku Mikhail kehairanan, “Kenapa”
“Beg tu.”jari Kazrina merujuk ke beg bimbit ditangan
Tengku Mikhail. Kali ini kening Tengku Mikhail terangkat.“Nak buat apa?”
“Nak simpan lah, nak buat apa lagi.”tutur Kazrina
lembut. Tengku Mikhail tanpa banyak soal
menyerahkan beg bimbitnya pada Kazrina.
“Simpan kat atas meja pun tak apa, kejap lagi Khail nak
bawa masuk bilik bacaan.”ujar Tengku Mikhail bila melihat Kazrina mula menapak.
Bermacam-macam perkara bermain dimindanya. Ada perasaan takut, kecewa dan lebih teruk
lagi perasaan disakiti. Dia takut
fikiran Kazrina berubah mahu kembali semula pada Amar Amsyar, dia takut dirinya
dikecewakan sekali lagi dan paling sakit hati bila dia tidak dapat meraih cinta
dari Kazrina.
“Khail kenapa?”tegur Kazrina. Dari tadi dia melihat Tengku Mikhail
berkelakuan aneh.
“Patutnya Khail yang tanya, Rina tu kenapa?”soal dibalas
dengan soalan. Kazrina melabuh duduk,
penat berdiri. Sejak kebelakangan ini,
dia cepat penat.
“Rina.. syhhh..syhh..”pujuk Tengku Mikhail, bahu Kazrina
disentuh lembut.
“Mana ada, Khail sayang kat Rina. Khail tak pernah bosan melayan karenah Rina
dan Khail juga tidak pernah bencikan Rina.
Itu cuma perasaan Rina saja.”pujuk Tengku Mikhail.
Tengku Mikhail menggeleng-geleng kepalanya, tidak percaya
Kazrina merajuk sakan. Belum lagi jadi
isteri, dah macam ni. Kalau dah jadi
isteri macam mana ya.
Terbeliak mata Tengku Mikhail melihat isi kandungan
sampul surat itu. Gambar-gambar dirinya
dengan beberapa stok teman wanitanya.
“Mana Rina dapat gambar-gambar ni?”suara Tengku Mikhail,
ada nada cemas disitu.
“Dalam peti surat, pagi tadi.”jawabnya.
“Peti surat? Pagi tadi?”
Tengku Mikhail cuba bertenang, riak wajah risau yang
terpacar diwajah Kazrina menyesakkan fikirannya. “Siapalah yang buat onar kali ini. Apa muslihat disebalik kejadian
ini.”Berbagai-bagai persoalan bermain difikiran Tengku Mikhail kini.
“Rina..”lembut suara Tengku Mikhail menyapa.
“Jangan risau, Rina tak kisah pun. Itu semua kisah lalu
Khail, Rina faham. Yang menjadi
persoalan kini, siapa dan apa tujuan orang yang menghantar gambar-gambar ini
pada Rina.”ujar Kazrina sebelum sempat Tengku Mikhail mahu menjelaskan
kedudukan sebenarnya pada wanita itu.
“Kalau dulu memanglah Rina marah, tapi kini Rina dah tahu
siapa sebenarnya Tengku Mikhail Khazi.
Khail yang berada dihadapan Rina bukan seperti Tengku Mikhail Khazi
beberapa tahun yang lepas. Rina dah
kenal hati budi Khail, mustahil Rina nak percaya fitnah hanya dengan melihat gambar-gambar
itu.”
Tengku Mikhail terasa hendak memeluk Kazrina kala
itu. Kata-kata yang keluar dari mulut
Kazrina menyentuh hatinya. Kazrina sudah
matang, Kazrina yang sudah kenal mana baik dan mana yang buruk. Dan yang lebih penting lagi, Kazrina sudah
menerima dirinya seadanya.
“Terima kasih Rina, terima kasih. Khail sungguh beruntung dikurniakan seorang
wanita yang telah banyak berjasa pada Khail.
Seorang wanita yang akan Khail naikkan darjat menjadi isteri dan juga
pendamping Khail suatu hari nanti.”Kazrina tersenyum manis, Tengku Mikhail suka
mengusiknya.
“Kita nak buat apa dengan gambar-gambar ni?”
“Buat apa lagi, kita bakar ajelah. Takkan Rina nak simpan kot.”celah Tengku
Mikhail.
“Tak nak simpan? Manalah tahu boleh tunjuk kat anak-anak
Khail nanti.”Tengku Mikhail membuntang, tak percaya Kazrina akan berkata
begitu.
“Ala..boleh laa..”sengaja Kazrina mengusik Tengku
Mikhail. Wajah cemberut lelaki itu
direnung lembut.
“Dah..dah..jangan nak mengada-gada. Pergi tidur, dah lewat malam ni. Bak sini gambar-gambar tu, biar Khail pergi
bakar kejap lagi.”Kazrina memuncung, tidak puas hati.
“Buatlah muncung macam tu, kejap lagi ada juga yang kena kiss.”terus Kazrina menekup bibirnya,
takut Tengku Mikhail mengotakan kata-katanya,
“Tak baik tau benci abang, nanti baby tu pun bencikan
Daddy dia.”ujar Tengku Mikhail tanpa menyedari membahasakan dirinya ‘abang’.
Kazrina tersenyum, dalam hatinya ada taman.
“Rina tak benci malah Rina bertambah sayang kat ab..”tak
sempat Kazrina menyambung kata, Tengku Mikhail sudah memintasnya.”Abang pun
sayang Rina dan baby.”
Panahan mata Tengku Mikhail menusuk kalbu Kazrina, ada
getaran didada. Tidak pernah dia
merasakannya ketika bersama Amar Amsyar dulu. Adakah ini yang dinamakan cinta,
cinta yang lain dari dua jiwa yang saling memerlukan satu sama lain. Kazrina terpana.
”Sorry, tak
sengaja.”
Rasa cinta mula mencambah dari hari ke sehari membuatkan
rasa cinta Kazrina terhadap Amar Amsyar mula hilang sedikit demi sedikit. Kebaikan dan keperihatinan Tengku Mikhail
telah menambat hatinya. Kalau dulu dia
tidak terburu-buru membuat keputusan menerima Amar Amsyar, tentu dia sudah
bahagia bersama orang yang dicintainya.
Tidak kiralah Tengku Mikhail ke, ataupun orang lain.
“Beb, aku tengok kau asyik termenung aje. Ada masalah ke.”soal Misya setelah melihat
Kazrina diam membisu sejak disampai dicafe tempat pertemuan mereka.
“Aku takut Misya.”
“Takut?”
“Takut apa?”soal Misya lagi.
“Amar Amsyar”
“Kenapa dengan mamat sengal tu. Apa dia dah buat kat korang.”Kazrina kalih
pandang, wajah Misya ditenung lama.”Apa maksud Misya korang dan bukannya aku.”
“Korang? Aku tak faham.”Kazrina masih tercari-cari apa
yang cuba hendak disampaikan oleh Misya.
“Bos cakap masa korang berdua baru balik dari rumah aku
tempoh hari Am ada datang ke sini, betul ke?.”tutur Misya lagi.
“Bos cakap Am
dah macam orang gila talak. Tak
habis-habis merayu-rayu suruh kau balik semula padanya. Apa kes? Dulu dah
buang, sekarang nak kutip balik. Gila apa?”marah Misya.
Kazrina masih tidak berkutik, diam saja. Lama juga dia
berkeadaan begitu. Misya mengeluh,
Kazrina masih tidak mahu bercerita dengannya.
“Beb, aku kan ada.
Kalau kau perlukan seseorang untuk menjadi pendengar setia. Aku sudi mendengarya. Biar sampai bernanah telinga aku pun tak apa,
asalkan kau sudi berkongsi cerita dengan aku.”Kazrina memeluk tubuh sahabatnya
itu. Terharu kerana mempunyai sahabat
yang cukup memahami akan dirinya.
Dirinya yang terbuang oleh keluarga dan kini dibuang pula oleh bekas
suami.
“Aku malu Misya, aku malu dengan Khail. Dia dah jadi macam tempat aku berteduh
sekarang, walaupun dia tidak pernah mengungkitnya. Jauh disudut hati aku mengatakan dialah
sebaik-baik manusia yang telah Allah hadirkan buat aku.”Kazrina menjauh
sedikit, ingin melihat wajah sahabatnya itu.
Ada bening yang turun dari kelopak mata Misya, sahabatku turut sama
menangis.
“Kita ni dah macam adik beradik tau, sebab itu aku sayang
sangat kat kau. Ingat, kau ada aku untuk
meluahkan segala-galanya. Kau tak
bersendirian dalam dunia ni, kau ada aku.
Faham.”ujar Misya bersama senyuman dibibir.
best2.. sweetnya tengku
ReplyDeleteThat is really attention-grabbing, You are an
ReplyDeleteoverly professional blogger. I've joined your rss feed and look forward to in search of extra of your great post. Also, I have shared your web site in my social networks
Also visit my homepage; acheter retweet