Friday, 13 September 2013

My Girl - bab 10


Bab 10

“Awalnya pengantin baru bangun.  Pukul berapa tidur semalam.”sapa Mak Tijah sewaktu melihat kelibat Nyla sibuk didapur.
            “Eh, Mak Ti.  Terkejut Nyla.  Lain kali bagilah salam dulu.”lembut suara Nyla menjawab pertanyaan sambil membetulkan selendang yang membelit dilehernya.  Kemesraan yang ditunjuk Nyla membuatkan Mak Tijah merasa selesa berbual-bual dengan menantu baru dirumah ini.  Tak salah Aiden memilih Nyla sebagai isterinya.

“Aiden mana?”soal Mak Ti sebaik saja tidak melihat kelibat lelaki itu.  Nyla berpaling, lantas menghadiahkan senyuman manis buat Mak Tijah.
           “Encik masih tidur Mak Ti.”selamba saja Nyla menjawab tanpa menyedari ada kerutan didahi Mak Tijah.

“Encik? Nyla panggil suami Nyla, encik.”tak percaya Mak Tijah apabila bibir munggil itu memanggil suami yang baru dinikahi dengan panggilan ‘encik’.
             Nyla terkedu,”Alamak aku dah silap cakap ke?”

“Itu panggilan manja untuk Aiden Mak Ti.”sampuk Aiden.  Bila pula masanya lelaki ini datang tidak pula Nyla ketahui.  Alih-alih sudah berada dibelakang Mak Tijah. 
            “Selamat pagi sayang.”satu ciuman hinggap dipipi kanan Nyla.  Sengaja Tommy berbuat begitu agar Mak Tijah lihat betapa mesranya mereka berdua.  Tersenyum Mak Tijah melihat kemesraan itu.

“Nyla,  ‘encik’ tu bukan panggilan manja untuk suami.  Cubalah panggil ‘abang’, baru sedap sikit Mak Ti dengar.”ujar Mak Tijah.
             “Dia segan Mak Ti, sebab itu dia asyik panggil Aiden ‘encik’.”sindir Tommy bersahaja walaupun ada nada sinis disitu.

“Aik! marah nampaknya.  Ini tak boleh jadi, asyik dia aje nak kenakan aku. “tukas Nyla dalam hati.

“Abang nak makan?”dengan sengaja Nyla melunakkan suaranya, ala-ala manja gitu.  Tommy pula telan liur, suara manja isterinya menghadirkan suatu rasa yang tidak dapat digambarkan.

“Haa, macam tulah bila panggil suami.  Baru sedap sikit telinga Mak Ti dengar.”komen Mak Tijah sebelum beredar meninggalkan ruangan dapur. Tommy tersengih-sengih, sukalah tu.  Nyla pula mencebik.

  “Encik nak tolong.”pelawa Nyla walhal dia hendak menyakat suaminya itu.

“Abang nak tolong? tolong makan boleh lah..”jawab Tommy dengan ketawa berdekah-dekah.  Nyla menyinga, geram bila dia pula yang dipermainkan suaminya.

            “Kalau macam tu, pergi duduk luar.  Jangan nak mengacau kat sini.”ditolaknya badan Tommy agar keluar dari ruangan dapur. 
            Tommy mengeraskan tubuhnya, “Kalau abang tak mahu?”

            “Tak kira, saya nak encik keluar.  Dari tadi asyik mengacau aje, bila pula nak sudah masaknya.”tutur Nyla yang masih lagi berusaha menolak keluar tubuh Tommy.

            “Alah yang, abang pun nak tolong tengok jugak apa sayang masak.”dalih Tommy dengan kedua-dua belah tangan ditekapkan dipintu masuk ruangan dapur.

            “Tak boleh!”

            “Boleh lah yang..”rayu Tommy lagi bersama kerdipan matanya.

            “Tak boleh, tak boleh, tak boleh.”bantah Nyla lagi.  Tangannya masih sibuk menolak badan Tommy dari terus-terusan menghimpit badannya.

            “Hish kamu berdua ni, apa yang tak boleh dan apa yang boleh.”tegur Toh Puan Aini dari belakang tubuh Tommy.  Terhenti perbuatan Nyla terhadap suaminya.  Tommy pula turut menurunkan tangannya yang melekap didinding ruang dapur.

            “Eh Tok Wan.  Dari mana?”soal Nyla menutup malu yang bertandang.

            “Tok Wan dari bilik.  Dengar bunyi bising-bising, tu yang Tok Wan keluar nak tengok.  Rupa-rupanya pengantin baru tengah bergusti kat dapur.   Apa, tak habis lagi ke korang berdua bergusti kat dalam bilik semalam sampai kat sini pun nak buat sama.”sindir manja Toh Puan Aini.  Dia bukannya marah pun , malah gembira melihat kemesraan cucu dan menantunya.

            “Ni abang punya pasal lah ni.  Nyla suruh duduk kat luar, dia asyik nak berkepit kat sini.  Nyla nak masak pun susah Tok Wan.”adu Nyla lantas menghampiri Toh Puan Aini.  Panggilan untuk Aiden ditukar semula menjadi ‘abang’.    Tangan kanan Toh Puan Aini dicapai lantas dicium.  Kedua-dua pipi tua itu dicium juga.  Tommy yang melihat kemesraan itu turut sama tersenyum.

            “Mana ada Tok Wan, Nyla ni yang tak nak lepaskan Aiden.  Sebab semalam tak puas peluk Aiden katanya.”menjegil  mata Nyla bila ayat itu keluar dari bibir suaminya itu. 

            “Tak apa Tok Wan faham.  Pengantin baru kan, sebab tu nak berkepit aje.”muka Nyla sudah memerah menahan malu. 

            “Dah lah tu Aiden, pergi duk luar.  Biarkan Nyla siapkan kerja memasak ni.  Karang bila pula nak siap kalau Aiden duk kacau aje kat sini.”ujar Toh Puan Aini.  Nyla dibelakangnya menjuihkan bibirnya sambil menunjukkan tumb-up kepada lelaki itu. Lantas suaminya itu menghadiahkan satu kucupan dipipi sebelum melarikan diri. Merona merah muka Nyla malu akibat dicium Tommy.  Rasa seluruh darah menyerbu ke seluruh mukanya.  Saat itu dia tidak tahu bagaimanakah perasaanya terhadap lelaki itu. Jatuh cintakah aku!

            Masing-masing masih membisu, entah angin monson barat laut mana yang melanda tidak pula dia ketahui.  Sejak keluar dari rumah sehinggalah kereta yang dipandu Tommy membelah jalanraya.  Satu patah kata pun tidak terkeluar dari mulut mereka berdua.  Bosan dengan keadaan ini, satu  keluhan terlepas dari bibir Nyla.

            “Kenapa?”sepatah kata dari mulut Tommy meluncur keluar.  Dikalih wajahnya sekilas memandang Nyla, isteri yang baru dinikahi semalam.

            “Bosan?.”sambung Nyla lagi.  Tommy menaikkan keningnya, tidak percaya dengan kata isterinya.  Isyarat ke kiri diberi, kereta dihentikan dibahu jalan.  Nasib baik ketika ini tidak banyak kereta dijalanraya, jika tidak pasti sukar untuk dia berhenti disini.

            “Ada apa ni, apa lagi yang tak puas hati ni.”bentak Tommy tiba-tiba.  Terpana Nyla, suaminya itu sedang berbicara dengan dia kah?

            “Encik bercakap dengan saya ke?”jari telunjuk dituju ke arah dirinya sendiri.

            “Habis tu awak ingat saya bercakap dengan siapa.  Hantu?”balas Tommy selamba.  Secara otomatik Nyla menoleh kebelakang, takut betul-betul ada hantu dalam kereta bersama mereka.

            “Ada hantu ke encik? saya tak nampak pun.”didekatkan dirinya sehingga bahu mereka bersentuhan.

            “Hish…”Tommy menolak Nyla agar berjauhan dengan dirinya.  “Kau ni, mana ada hantu.  Aku saja-saja mainkan kau.”

            “Encik ni, dah tahu saya penakut.  Buat apa mainkan saya.”bentak Nyla lantas dia merapatkan dirinya ke tingkap.  Geram dan sebal bila rasa diri dipermainkan.  Dahlah dari semalam sehingga pagi tadi lelaki ini bersikap romantik, tapi kini sikap romantiknya dah jauh menyimpang pergi.  Sekarang datang pula sikap sinisnya.

            Tommy tergelak, suka lihat wajah disebelahnya cemberut.  Bukan niatnya hendak mempermainkan gadis itu, tapi dia perlu jauhkan rasa cinta ini sebelum terlambat.  Semalam dan pagi tadi adalah saat paling indah dalam hidup.  Cuba membuka hati untuk menerima gadis ini dalam hidupnya.  Tapi kini semua usahanya semalam sia-sia belaka apabila Vince sempat muncul dihadapannya dengan amaran keras buatnya sebelum dia keluar bersama gadis ini.

            “Abang tengok kau dengan dia mesra betul.  Takkan dah jatuh cinta kat dia kot?”Vince bertanya dalam nada sinis.

            “Kalau dah, apa salahnya.  Nyla kan isteri Tom.”sangkah Tommy.

            “Kalau abang kata tak boleh, tak boleh lah.”marah Vince lagi.

            “Abang ni pelik lah.”sepontan ayat itu keluar dari mulut Tommy.  Vince merengus tidak puashati dengan ayat adiknya itu.

            “Kau jangan nak main-main Tom.  Kan abang dah cakap, not her.  Kita hanya peralatkan dia untuk kepentingan kita saja.  Selesai saja tugas dia, kita akan lepaskan dia seperti yang ditetapkan dalam perjanjian tempoh hari.”marah Vince.  Tommy kecut, tidak pernah dia dengar nada tinggi vince sejak dia pulang ke sini.  Inilah kali pertama abangnya memarahinya dek perkara ini.

            “But I think I’m in love with her, tak tahu pula bila perasaan ini hadir.”akui Tommy jujur.  Vince membeliakkan matanya, tidak percaya dengan kata-kata yang terbit dari bibir adiknya itu.

            “I say no! you can’t love her.  She’s not the right person for you to involved with.  Dia tak sesuai untuk Tom.”sekali lagi suara Vince naik satu tahap lagi.  Nasib baik pertelingahan ke dua beradik ini tidak didengari Toh Puan Aini mahupun Mak Ti ataupun Nyla.  Kaau tidak habis masaklah mereka berdua ni.

            “Tom tak peduli, yang pasti Nyla sudah menjadi hak milik Tom sepenuhnya.  Setiap inci tubuhnya menjadi milik Tom walaupun pernikahan kami berlandaskan perjanjian bodoh kau tu.”marah Tommy kepada abangnya.  Kemarahan yang hadir dek kerana tidak puashati dengan tindak-tanduk abangnya itu.  Vince mengetap bibir, menahan amarah.  Rancangannya bakal hnacur jika Tom tidak mahu menuruti kemahuannya.

            “Remember Tom.  I’m the one who bought her and I’m the one who come out with this whole plan. Jangan lupa, tanpa rancangan ini, kau takkan dapat mewaris harta itu nanti.”amaran dan kata-kata Vince membuatkan Tommy semakin bengang.

            “If you say so, then anggaplah aku beli dia daripada kau.”dengan angkuh Tommy berkata.

            “Not so fast my dear brother.  Kau ingat senang-senang aku nak lepaskan kau macam tu saja.  Jangan nak bermimpi disiang hari, kalau aku ceritakan semua ini kepada Tok Wan tak mustahil kau akan dihalau dari sini.”ugut Vince pula.  Tommy tersenyum, dia sudah mengangak abangnya akan bertindak sebegitu.  Namun lelaki itu tidak tahu, seminggu sebelum tarikh pernikahannya dengan Nyla, Tommy sudah menceritakan semuanya kepada Tok Wan.  

            “Why are you smiling?”soal Vince sinis.  Hatinya berdetik hairan mengapa adiknya tetap tenang menghadapi situasi ini.  Tak takutkah Tommy pada Tok Wan jika rahsia mereka ini terbongkar.

            “Saja.”sepatah jawapan dari Tommy buat Vince bengang.

            “Kau ingat aku main-main yea.  Kau tunggu, aku tak akan berdiam diri selagi perkara ini tidak selesai.  Kau jangan ingat kau akan bahagia, kau silap besar Tom.  Abang boleh  musnahkan kebahagiaan itu dengan sekelip mata saja.”ugut vince lagi.  Tommy tersentak, abangnya cuba mengugut dirinya.  Apa sudah jadi?

            “Buatlah apa yang abang nak buat.  Tom tidak akan berganjak daripada keputusan Tom.  Biar apa pun yang berlaku,  Tuhan akan sentiasa bersama-sama Tom.  Yang pasti, Allah tak akan menguji umatnya melebihi kemampuan umatnya itu.”Tommy bangkit, mahu beredar.  Sebelum melangkah, Tommy sempat berpaling.

            “Oh, Tom baru teringat abang tak percaya kewujudan Tuhan.  Sebab itu abang fikir apa yang abang buat semuanya betul.  Tapia bang lupa, Tuhan itu Maha Adil lagi Maha Penyanyang.  Tak satu pun terlepas dari pandanganNya”Tommy beredar bersama senyuman kemenangan.  Kali ini dia percaya, Allah akan sentiasa melindungi dirinya dari sebarang kemungkaran.

            Vince mengengam penumbuk.  Kalau tidak difikirkan dimana dia berada kini.  Sudah tentu lembik Tommy dia kerjakan.  Adiknya itu sudah pandai berkata-kata, tidak seperti dulu lebih banyak mendengar kata-katanya.  Nak cerita pasal wujudnya Tuhan, pergi mampuslah dengan Tuhan kau.  Aku tak kisah, yang penting hasrat aku akan tercapai walaupun tanpa bantuan kau Thomas Aiden Anderson.

 

            “Aiden minta maaf Tok Wan.  Bukan niat Aiden nak menipu, tapi bila Tok Wan paksa Aiden suruh berkahwin terpaksalah Aiden minta pertolongan dari abang Vince.”Toh Puan Aini mengurut dadanya.  Pengakuan cucunya itu sedikit sebanyak menganggu keseimbangan jantungnya.  Keluhan terlepas dari bibir tua itu membuatkan Tommy mengangkat wajah memandang wajah tua kepunyaan Tok Wan nya.

            “Tok Wan maafkan Aiden tapi dengan syarat Aiden haruslah menerima Nyla dalam hidup Aiden.  Tok Wan tak nak Aiden persia-siakan Nyla dikemudian hari.  Tapi kalau Aiden rasa terpaksa, Tok Wan tak akan paksa Aiden lagi.  Aiden berhak memilih pasangan hidup Aiden sendiri.”luah Toh Puan Aini kepada satu-satunya cucu dan juga pewaris hartanya nanti.

            Tommy mengeluh, rasa berat mahu menyatakan kepada Tok Wan.  Nak kata dia dah jatuh cinta pada Nyla, tak mungkin.  Terlalu awal rasanya, tapi tak salah kalau dia cuba menerima gadis itu.  Lagipun Nyla keseorangan disini setelah ditipu oleh sahabatnya sendiri.  Tiba-tiba Tommy terfikirkan sesuatu, apa salahnya jika dia memberi peluang kepada dirinya untuk menerima Nyla dalam hidupnya, bina keluarga bahagia dan menjadi suami dan juga abang ipar kepada adik Nyla yang juga teraniaya oleh makciknya.  Mungkin inilah yang ditakdirkan untuknya setelah dia mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia baru-baru ini.

            “Aiden setuju Tok Wan.  Aiden juga harap Nyla sudi menerima Aiden setelah apa yang kami dah buat terhadapnya.”akhirnya terluah juga apa yang terbuku dihatinya.
            “Alhamdulillah, Tok Wan bersyukur sangat.  Aiden dapat menerima Nyla walaupun Aiden sendiri tak pasti dengan perasaan Aiden padanya.  Tok Wan percaya, Nyla gadis yang baik.  Tapi disebabkan kepertian hidup, dia teraniaya.  Tak salah kita membantu orang lebih-lebih lagi anak yatim yang memerlukan pertolongan.”Toh Puan Aini menepuk lembut belakang Tommy.  Cucunya menguntum senyum lantas memeluk tubuh tua itu, Tok Wan memang seorang yang amat memahami dirinya.

~Bersambung~

Monday, 26 August 2013

My Girl - Bab 9


Bab 9

            “Kau dah gila ke Tom?”keras suara Vince memarahi adiknya sewaktu mereka berada diluar rumah.  Nasib baik ketika itu semua tetamu sudah beransur pulang.

            “Aku? gila?”soal Tommy tidak percaya dengan tuduhan abangnya.

            “Ya, kau gila.  Kenapa kau cium perempuan tu dikhalayak ramai.”marah benar Vince pada adiknya. 

            “Suka hati akulah.  Lagipun dia dah jadi isteri aku, kami dah halal pun.  Jadi, tak salah kan.”tukas Tommy dengan wajah mencuka.  Geram bila dikatakan dirinya gila oleh abangnya sendiri.

            Vince meraup wajahnya, masih marah dengan tindakan adiknya itu“Kau dah lupa apa syarat-syarat dalam surat perjanjian tempoh hari.”Vince cuba mengingatkan kepada adiknya tentang surat perjanjian itu.

            “Aku tak gila lagi Vince.  Dalam surat perjanjian itu hanya merujuk kepada Nyla, bukannya aku.  Jadi aku berhak untuk menyentuh dia walaupun tanpa kerelaan dia.”tegas Tommy cuba menegakkan benang basah.  Betul apa, syarat dalam surat itu merujuk kepada Nyla bukannya dirinya Thomas Aiden Anderson.

            “Aku cuma nak ingatkan kau supaya berhati-hati.  Jangan terpedaya dengan pujuk rayu perempuan seperti itu.”dalih Vince, padahal dia cukup takut kalau adiknya berubah fikiran.  Dan dia tidak akan benarkan perkara itu terjadi.  Nanti melepaslah semua rancangan yang diatur untuk adiknya itu.

            “Aku tahu dimana batasku Vince.  Lagipun, aku kenalah tunjukkan kepada Tok Wan betapa aku suka dengan perkahwinan ini.  Kalau tidak, tentu Tok Wan tak percaya tentang aku dengan Nyla.”bohong Tommy. 

            “Abang bukannya apa Tom.  Nak ingatkan kau  tentang rancangan kita, itu saja.  Kalau Tom usik dia, then..dia mengandung macam mana?”hujah Vince panjang lebar.  Tommy terdiam sebelum meneruskan kata.

            “Kalau Nyla mengandung, itu anak Tom.  So, what’s the probem?”sangkah Tom lagi.

            “Problem? Yes, there is a problem.”tukas Vince dalam hati.  Namun lain pula yang keluar dari bibirnya. 

            “Abang tak setuju.  Kalau perempuan tu mengandung, habis nanti kalau dia tuntut harta kita pula.”dalih Vince pula.

            “Dan Abang tak mahu harta kita dibahagi kepada orang lain.  Abang tak setuju.  Fullstop!”cantas Vince lagi.

            “Vince.”jeritan Tommy membuatkan Vincent terkedu.  Masing-masing merenung ke dalam anak mata dengan berbagai rasa. 

            “Sama ada abang suka atau tidak.  Aiyatul Nyla sudah sah jadi isteri aku.  Soal harta tak ada sangkut paut dengan dia.  Kalau pun kami ada anak, sudah semestinya anak aku pewaris untuk segala harta yang aku ada.”tekannya lagi. Vincent terkejut, tidak pernah adiknya itu menjerit sebegitu padanya apatah lagi melanggari perintahnya.  Kali ini berlainan pula, nampaknya dia perlu lebih berhati-hati lagi.

            “Suka hati kau lah Tom.  Abang dah malas nak bertekak dengan kau.  Lain kali jangan cari abang kalau kau tersalah langkah.”ujar Vincent lagi.  Dalam hatinya lain pula, “Don’t’ ever think of that my dear brother.  Aku tak rasa kau boleh selamat, tunggu saja pembalasan dari aku.”ikrar Vince pada dirinya sendiri.  Tak terdaya diluahkan disitu, takut akan menganggu rancangannya nanti.  Dia masih berpeluang untuk mencari jalan lain jika perkara itu benar-benar terjadi.

            “Kita tunggu dan lihat sama ada kau atau aku yang salah.”tukas Vince lagi.

            “Aku dah tak heran, kau buatlah apa yang nak kau buat Vince.  Aku dah penat melayan karenah dan rancangan gila kau ni.”Selesai berbicara, Tommy melangkah masuk.  Malas hendak memanjangkan perbalahan dengan abangnya itu, lebih baik dia masuk ke bilik bersihkan diri dan tunaikan solat isyak.

            “Hish, tak boleh jadi ni.  Aku kena cepat bertindak sebelum Tom hancurkan semuanya.”tumbukan dikepal dengan hati yang sebal.  Rasa macam nak menumbuk saja muka adiknya itu, tapi ditahankan juga. 

            Aiyatul Nyla yang terdengar perbualan kedua beradik itu mula menyalahkan dirinya. “Perlukah aku pergi dari sini? Tapi kemana hendak aku tuju, dengan Aiman pula.”  Daun pintu bilik ditutup rapat, lantas dikunci.  Dia perlu mencari jalan penyelesaian, dia tidak mahu disebabkan dirinya keluarga ini berpecah belah.  Walaupun dia rasa sayangnya pada Thomas Aiden Anderson mula bercambah, dia perlu cantas sebelum itu tumbuh lagi.

           

            Tommy mendaki anak tangga menuju ke biliknya.  Tombol pintu dibuka, kelihat si isteri dicari.  Tiada! Dibuka pintu bilik air, tiada juga.  “Kemana pula perginya isteri aku ni.”kepala yang tidak gatal digaru.  Memikirkan dimana keberadaan isterinya itu.

            “Hah! tentu dia masih dibilik bawah.”tekanya dalam hati.  Langkah kaki dibawa ke bilik yang berada disebelah anak tangga.  Tombol pintu dipulas, berkunci.  Lantas diketuk pintu bilik Nyla.

Tuk ..tuk…tuk..

“Nyla..Nyla..bukalah pintu ni.”dengan nada suara perlahan Tommy memanggil isterinya.  Agak lama juga barulah dipintunya dibuka.

“Ada apa encik?”soal Nyla saat pintu dibuka.  Wajah Tommy sedang tersenyum menyapa dimuka pintu biliknya.

“Kenapa kau kat sini? Bilik kita kan kat atas, jom.”tangan Nyla ditarik agar gadis itu mengekorinya.

“Encik! habislah batal wuduk saya.”protes Nyla, kebetulan dia baru bersiap hendak menunaikan solat Isyak.

“Boleh ambil semula, belum solat lagi kan?”anggukkan Nyla buat Tommy tersenyum lebar.  Lantas dibisikkan sesuatu, “Kita solat sama, lepas tu…”

Nyla terpanar, terus dia menghentikan langkah.  Takut bercampur segan bila Tommy berkata begitu.   Wajah nakal Tommy dipandang lama, perlukah dia berterus-terang.

“Dah...jomlah.  Tak baik tau lengah-lengahkan waktu solat.”ajak Tommy lagi bila melihat Nyla tidak berganjak. 

“Encik! saya..saya..”

“Takut?”Nyla menggeleng, Tommy tersenyum lagi.

“Malu?”usik Tommy lagi, Nyla menunduk tak berani pandang wajah suaminya.

“Sayang..”dagu Nyla diangkat agar mengadap dirinya.  Pandangan mereka bertaut, ada sinar cinta disitu.

“Solat berjemaah bersama isteri adalah lebih baik dari solat bersendirian.  Nyla tak nak kutip pahala? Tak nak menuju ke arah kebaikan?”Nyla mengangguk, dia mahu.  Tapi akalnya yang waras tidak membenarkan dia berbuat demikian.  Nanti apa pula kata Vince, dia pula telah melanggar syarat perjanjian tersebut.

Mengerti dengan apa yang difikirkan oleh isterinya itu, Tommy berkata “Pedulikan tentang syarat itu.  Sekarang ini suami awak yang mahukannya, dan bukannya awak.  Saya, suami awak dunia dan insyaallah akhirat, jadi awak patut patuh arahan suami awak dan  bukannya syarat bodoh tu.  Lupakan saja, saya yang akan bertangungjawab.”tutur Tommy yakin dengan keputusan yang telah dibuat. 

Sebenarnya sejak 3 hari lepas, dia mengerjakan solat istikharah sebelum mengambil keputusan untuk menerima Aiyatul Nyla sebagai isterinya.  Dalam 3 malam itulah muncul wajah putih bersih Nyla dalam pakaian yang serba indah.  Yang membuatkan dirinya lebih pasti akan jodoh ini, bila ada bayi didalam dukungan Nyla.  Comel sungguh bayi itu, sudah tentulah anaknya.  Ah..berangan lagi..

“Nanti encik Vince marah.”suara ketakutan Nyla menerpa sekaligus menghalau khayalannya tadi.

“Siapa suami Nyla, saya atau Vince?”soal Tommy keras.

“Encik.”Tommy merengus.

“Tahu pun, dah tu kenapa nak takut dekat dia.  Dengar sini Aiyatul Nyla Binti Aiyuddin.  Awak isteri kepada Thomas Aiden Anderson dan bukannya perempuan yang dibeli oleh  Vincent Alan Anderson.  Jadi awak kena patuh cakap saya.  Faham!”selesai berbicara, tangan Nyla dalam gengaman Tommy terlepas.  Lelaki itu ingin berlalu, namun Nyla sempat menyelar lengan suaminya itu.

“Maafkan saya.”pinta isterinya itu.

“Huh!”rengus Tommy sebelum menarik semula lengannya yang berada dalam pelukan Nyla.  Langkahnya laju mendaki anak tangga menuju kebiliknya. Nyla terdengar pintu bilik dihempas kasar, tentu suaminya marah sangat.

Nyla tidak menunggu lama, terus dia mencapai telekung sebelum menutup semula pintu biliknya.  Dipanjat anak tangga menuju ke bilik atas yang didiami suaminya.  Dengan berhati-hati dia memulas tombol pintu, pandangan ditebarkan ke dalam bilik.  Suaminya tiada disitu, bila diperhatikan sekeliling tiada juga.  Telinganya sayup terdengar bunyi dari dalam bilik air, tentu suaminya sedang mandi.  Senyuman terukir dibibir.

Pintu bilik dirapatkan.  Dia meletakkan telekung diatas katil sebelum melangkah menuju almari pakaian.  Dikeluarkan sehelai kain pelikat dan juga sehelai baju melayu berwarna biru laut.  Diletakkan diatas katil sebelum dia sendiri bergerak ke meja solek.  Pintu bilik air terkuak dari dalam, muncul Tommy dengan memakai tuala separas pingang.  Terpana lelaki itu melihat Nyla berada dalam biliknya, manakala si isteri turut terpana melihat tubuh sasa milik suaminya.

“Err…maafkan saya.  Masuk tanpa kebenaran encik.”terketar-ketar suara Nyla menuturkan kata.  Debaran didada memuncak, pandangan dialihkan ke dinding bilik.  Malu kala melihat tubuh itu.

Tommy berdiri membelakangi Nyla, diambil baju melayu dan kain pelikat yang tersedia ada disitu.  “Terima kasih.”ucapnya sepatah.  Nyla tersenyum. 

“Tunggu saya, kita solat sama-sama.”ujar Nyla lantas menghilang ke dalam bilik mandi.  Selesai mengambil wuduk, Nyla keluar lantas menyarungkan dirinya dengan telekung pula.  Ketika isterinya dalam bilik mandi, Tommy menghamparkan sejadah mengadap kiblat.

Selesai mengerjakan solat jemaah pertama sebagai suami dan isteri.  Doa panjang dibacakan oleh Tommy mensyukuri nikmat yang Allah berikan kepada mereka.  Berharap agar rumahtangga mereka dilimpahi rahmatNya.  Tommy juga turut berdoa akan kesejahteraan rumahtangganya dengan Nyla.

Berlinangan airmata Nyla takala mendengar doa suaminya itu.  Dia keliru antara cinta dan pengorbanan.  Dia takut jika suatu hari nanti dia jatuh cinta pada suaminya ini, apakah yang harus dia lakukan.  Sedangkan dia sendiri sudah maklum tentang perkahwinan mereka bukanlah diatas dasar cinta.

Tommy beralih arah memandang isterinya dibelakang.  Tangan kanannya menyambut huluran tangan Nyla yang ingin bersalaman.  Nyla mengucup lembut belakang tangan suaminya manakala Tommy pula mengucup ubun-ubun Nyla.  Terasa syahdu sekali dihati masing-masing ketika itu. 

“Maafkan Nyla.”pohon Nyla.

“Abang maafkan sayang dengan syarat sayang lupakan tentang hal itu.  Abang nak kita jalani kehidupan seperti biasa.  Abang tak akan sentuh sayang selagi tiada cinta dihati sayang untuk abang.  Dan abang akan menunggu selama sehingga sayang benar-benar dapat menerima abang dalam hati sayang.”

“Saya pun harap encik berikan masa untuk saya berfikir.   Bukan senang untuk saya melupakan siapa diri ini.  Saya masih terikat dengan syarat-syarat dalam surat perjanjian itu.”sahut Nyla bersama linangan airmata.  Terasa dirinya sudah tewas sebelum berjuang.

“Aiyatul Nyla, dengar sini baik-baik.  Bukan syarat itu yang saya risaukan, tapi diri awak.  Saya sudah mula dah jatuh cinta pada awak sewaktu pertama kali kita bertemu dulu.  Cinta pandang pertama yang hadir tanpa diduga.  Tapi saya takut untuk menyatakannya.  Takut juga dengan penerimaan awak nanti, sebab itu saya setuju saja dengan rancangan Abang Vince.  Tapi sejak 3 malam yang lalu, dalam solat istikharah saya diberikan petunjuk.  Petunjuk yang sayang adalah jodoh abang.”terkedu Nyla saat suaminya mengakui menyintai dirinya dalam diam.  Tangannya yang berada dalam gengaman Tommy diulus lembut.  Ada sesuatu yang menyerap masuk kedalam jiwanya kini. 

   “Saya tak mahu dituduh melanggar perjanjian.”selar Nyla lagi.  Cuba mengingatkan suaminya tentang perjanjian itu.

“Lagi-lagi syarat perjanjian, bosan abang dengar.”rungut Tommy dengan nada bosan.  Nyla tersenyum, sikap keanak-anakkan suaminya terserlah bila lelaki itu bereaksi sebegitu.

“Alahai, comelnya bila encik merajuk.”komen Nyla bersama senyuman yang tidak lekang dibibir.  Tommy tayang wajah cemberut, niat dihati hendak bermanja dengan si isteri tetapi lain pula jadinya.  Sudahnya dia bangkit.

“Pulak dah, nak kemana tu.”soal Nyla bila melihat Tommy bangkit.  Songkok dibuka dan diletakkan diatas meja disisi katil.  Tubuhnya direndahkan sedikit lantas dicempung Nyla.

“Eh! encik, apa ni?. Turunkan saya.”pinta Nyla dari dukungan Tommy.  Suaminya hanya mengengek ketawa.

“Syyhhh…duk diam.  Nanti jatuh abang tak jamin.”giat Tommy mengusik Nyla.

“Encik….”mendayu suara Nyla meminta belas dari Tommy yang masih galak mengusik si isteri.

“ Diam..karang abang cium mulut tu baru tau.”sebaik saja mendengar ugutan Tommy, Nyla terus menekup mulutnya dengan sebelah tangan.  Takut beb! Lelaki bukan boleh dibuat main.  Apatah lagi benda dah halal.

 Perlahan-lahan Tommy meletakkan tubuh isterinya diatas katil miliknya.  “Stay.”arahnya dengan wajah serius.  Nyla diam tidak berkutik.

Tommy menghampiri pintu lantas dikuncinya.  Nyla yang melihatnya menelan liur, takut bercampur gerun.  Wajah suaminya direnung lama, ada sengihan nakal disitu.

“Sayangg…”suara romantis Tommy memecah kesunyian.  Nyla pejamkan matanya saat suaminya melabuh punggung disebelahnya.  Debaran didadanya terasa laju seperti berlari 100 meter, manakala jantungnya kuat mengepam darah keseluruh tubuhnya.  Saat suaminya mengusap-usap pipinya Nyla menahan getaran didada. 

Dengan lafaz bismillah Nyla cuba membuka matanya, wajah Tommy betul-betul berada seinci dari wajahnya.  Hembusan nafas lelaki itu mengena hidungnya.  Nyla terpukau kala melihat mata bening milik suaminya itu, tanpa sedar bibir mereka bertaut.  Lama mereka tenggelam dalam keasyikan yang diciptakan oleh lelaki itu.  Terasa indah dunia ini milik mereka berdua. Saat Tommy melepaskan bibirnya, Nyla tertunduk malu.

“Terima kasih.”ucap Tommy pendek. Nyla pangku wajah, “Terima kasih, untuk apa?”soal Nyla kehairanan.

“Sebab sudi menerima abang walaupun tidak sepenuhnya.”Nyla gariskan senyuman dibibir.  Wajah suaminya direnung lagi seperti tidak mahu berpisah dengan lelaki ini.

“Jom tidur, esok abang nak bawa sayang keluar.”ajak Tommy lantas membaringkan tubuhnya disebelah Nyla.  Walaupun dalam hatinya hampa kerana hajatnya tidak kesampaian, namun dia harus bersabar.  Masih banyak masa lagi untuk ditakluki hati isterinya ini.  Dia tidak mahu terlalu gopoh-gapah dalam perkara ini.  Hati Nyla juga harus diambil kira.

“Encik, selamat malam.”usai bersuara Nyla memejamkan mata.  Tommy mengangguk, lantas ditariknya tubuh Nyla ke dalam pelukkannya.

“Selamat malam juga untuk sayang.”ubun-ubun Nyla dikucup sebelum dia turut sama memejamkan matanya.

Nyla menahan debar, pertama kali tidur bertemankan lelaki disisi membuatkan dirinya tidak keruan.  Apatah lagi lelaki itu sudahpun menjadi suaminya yang sah.  Sejak Tommy menggelarkan dirinya abang, Nyla masih tidak dapat menuturkan perkataan itu, takut dan segan masih lagi menyelubungi dirinya.  Risau juga dengan ugutan Vince ketika mereka sempat berbual-bual sebelum dia masuk ke dalam biliknya tadi.
“Aku nak kau jauhkan diri kau dari Tommy.  Aku tak mahu ada sebarang hubungan diantara kalian walaupun kau milik dia yang sah.  Kalau boleh, aku tak mahu kau mengadakan hubungan batin dengan dia.  Aku nak kau kekal suci sehingga tarikh perjanjian itu tamat.  Jika kau langgari syarat-syarat itu, nahas kau dan adik kau aku kerjakan.  Ingat!”


Tidak pernah aku impikan kebahagian sebegini, tapi jika ditakdirkan aku perolehinya.  Syukur dengan rahmatMu Ya Allah...~ Aiyatul Nyla
 
~Bersambung~

Friday, 2 August 2013

My Girl - Bab 8

Salam penghujung Ramadhan buat semua. Dan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tiba.  Pada yang balik beraya dikampung, berhati-hatilah dijalanraya. Jangan terburu-buru, kalau mengantuk berhenti berehat seketika.  Jangan mengada-gada nak merempit pula, karang tak sampai kampung sampai ke hospital pulak.  Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin....


Bab 8


Majlis pernikahan diantara cucunya Aiden dengan Nyla berjalan dengan lancar.  Sungguh meriah sekali, ramai yang memuji dengan kecantikan cucu menantu Toh Puan Aini.  Tidak kurang juga ada yang mengeji kerana cucu menantunya bukan dari golongan orang yang setaraf dengan kedudukannya.  Tapi itu semua tidak mencacatkan majlis itu.  Bagi Toh Puan Aini, kelembutan dan kesopanan yang ada pada Nyla buatnya terpikat dengan gadis itu.  Dia amat bersyukur sejak kali pertama gadis ini menjejaki ke sini, idak pernah dia melihat sikap buruk gadis itu.  Rata-rata bertanya mengapa pihak pengantin perempuan tiada kenalan ataupun saudara mara, terpaksalah Toh Puan Aini menyatakan yang cucu menantunya anak yatim piatu.  Sebab itu mereka dinikahkan berwalikan hakim.

“Kakak”sapa satu suara.  Nyla berpaling, alangkah terkejutnya dia melihat wajah yang amat dirinduinya.

“Adik.”dibawa tubuh mendekati orang itu.  Dipeluknya Aiman dan dihadiahkan ciuman bertalu-talu ke wajah itu.

“Kakak…dah lah tu.  Habis muka adik dengan kesan gincu.’seloroh Aiman.  Tommy disebelahnya hanya tersenyum melihat telatah kedua beradik itu.

“Adik datang dengan siapa?”soal Nyla setelah melepaskan pelukan.

“Ada orang datang jemput.  Adik tak tahu siapa, tapi Makcik pun ada ikut sekali.”jawab Aiman sambil menunjuk ke arah makcik Ramlah yang berada tidak jauh dari mereka bertiga.

“Abang yang suruh orang jemput adik dan makcik Nyla kemari.”sapa Tommy dari arah belakang.  Nyla telan liur, lelaki ini membahasakan dirinya ‘abang’ biar betul.

“Err…terima kasih.”hanya itu yang keluar dari mulut Nyla.  Tidak tahu hendak berkata apa lagi, kehadiran adiknya disini benar-benar diharapkan olehnya.  Sekali lagi dia meraih Aiman kedalam pelukannya.

Vince yang berada tidak jauh dari tempat pengantin baru itu meregus kegeraman.  Tidak percaya adiknya memulakan langkah baru.  Dia ingat Tom akan membenci gadis itu, sebaliknya tidak.  Boleh pula dibawa adik perempuan itu kesini.  Kalau Tok Wan tahu, habis rosak rancangannya kelak.

“Siapa ni Aiden?”soal Toh Puan Aini.  Bila Tok Wan nya tiba disebelahnya tidak pula disedarinya.

“Haah, Tok Wan.  Aiden perkenalkan, ini Aiman.  Adik kepada Nyla.”Aiman menghulurkan tangan lantas dicium tangan tua Tok Wan.  Toh Puan Aini tersenyum, baik budaknya.

“Kenapa Nyla tak cerita kat Tok Wan tentang Aiman.”soal Toh Puan Aini, hairan bila cucu menantunya tidak pernah bercerita tentang adik yang satu ini.

“Nantilah Aiden cerita dekat Tok Wan.  Sekarang ni ramai orang, lagipun tak elok biarkan tetamu tunggu lama.” Cantas Tommy, tidak mahu bersoal jawab dengan Toh Puan Aini.  Nanti majlis yang berlangsung tergendala pula.  Bukannya Aiden tak tahu perangai Tok Wan suka menyoal denga perbagai soalan pelik.

“Baiklah, Tok Wan pun nak ke sana.  Tetamu dah menunggu, Aiden dengan Nyla jangan lama-lama pulak.”ujar Toh Puan Aini lantas meninggalkan Aiden, Nyla dan adiknya disitu. 

“Fuh! Nasib baik Tok Wan mengikut aje.  Kalau tidak, jenuh juga abang nak bersoal jawab dengan dia.”Nyla tersenyum, suka bila Aiden membahasakan dirinya dengan panggilan itu.  Harap-harap panggilan itu tidak bertukar selepas ini.

“Jom kita jumpa makcik Ramlah.  Abang ada perkara nak bincangkan dengan dia.  Aiman pergilah makan dulu, kejap lagi abang dengan akak menyusul.”usul Tommy, tangan Nyla digengam kemas.  Nyla terkedu, sejuk tangannya dihangatkan oleh gengaman tangan Tommy.  Hatinya mula terpaut pada suaminya ini.

Makcik Ramlah tersenyum lebar, pengantin baru berjalan menuju kearahnya.  Dia menantikan kehadiran kedua mempelai itu, atau lebih tepat lagi kehadiran pengantin lelaki.  Ini kerana Tommy ada menjanjikan sesuatu buatnya.

“Makcik.”tangan dihulurkan, niat dihati ingin bersalaman.  Namun ditepis oleh makcik Ramlah.

“Tak payah nak tunjuk baik.  Sekarang mana upah aku selama menjaga kau dan juga adik kau tu.  Dah penat aku menunggunya,.”kasar sungguh bahasa makcik Ralmah dipendengaran Tommy.

“Makcik, tolong hormat sikit pada isteri saya.  Kalau tidak satu sen pun saya tak akan berikan kepada makcik.”ugut Tommy pula.

“Hey, kau jangan nak berlagak.  Kalau bukan kerana aku, kau tak akan dapat berkahwin dengan dia.  Kau ingat aku tak tahu dimana kau kutip budak ni.”dengan lantang makcik Ramlah bersuara. 

Orang disekeliling mula tertanya-tanya siapakan gerangan wanita yang bersuara lantang ini.  Toh Puan Aini yang sedang melayan tetamu tersentak.

Tommy terus menarik tangan makcik Ramlah agar mengikutinya masuk ke dalam rumah.  Wajahnya menyinga, amarahnya tidak dapat dibendung lagi.  Ingin rasanya dia menampar wajah wanita ini tetapi akal dan fikiran masih lagi berfikiran waras.  Jadi dipendamkan saja hasratnya itu.

“Makcik dengar sini apa yang hendak saya cakapkan.  Mulai dari hari ini Nyla dan Aiman akan tinggal dengan saya.  Segala urusan berkenaan mereka berdua haruslah melalui saya.  Dan lagi satu, jika makcik berani membuka mulut tentang siapa Nyla dan dimana saya perolehi dirinya.  Makcik akan terima akibatnya.  Ingat tu! Nah, ambil duit ini dan berambus dari sini.”sampul surat berisi wang dicampakkan kepada Makcik Ramlah. 

Sampul berwarna coklat itu dikutip oleh makcik Ramlah.  Dibuka sedikit untuk melihat isi kandungan didalamnya. “Hmm.. bagus.  Selepas ini aku pun tak hingin lagi nak tengok muka dua beradik ni.  Masalah aku pun dah selesai, duit ini sebagai upah aku menjaga mereka selama ini.”dengan angkuh makcik Ramlah berkata.  Tidak langsung memperdulikan perasaan mereka yang terluka.  Airmata Nyla jatuh menitis, tidak menyangka selama ini makcik Ramlah mengangap dia dan adiknya dalah satu bebanannya buatnya.

“Sudahlah Nyla, jangan menangis.  Tak berbaloi untuk ditangisi orang sekejam seperti makcik Ramlah tu.”pujuk Tommy, bahu isterinya dipeluk erat.  Kelibat makcik Ramlah sudah menghilang, barangkali sudah balik selepas mendapat habuan dari suaminya.

“Jom kita naik ke bilik, cuci muka awak tu.  Nanti orang ingat abang dera isteri pula.”lembut suara Tommy memujuk Nyla.  Ditarik tangan si isteri agar menuruti langkahnya.

“Terima kasih encik.”hanya itu yang mampu Nyla tuturkan buat si suami.

“Kasih sayang abang terima.  Kasih abang bila pula Nyla nak terima.”usik Tommy dengan kenyitan nakal.  Nyla tertunduk malu.

“Dah..jangan nak bersedih lagi.  Semuanya dah selesai.  Aiman pun akan tinggal bersama-sama kita nanti.”Nyla terpanar, betulkah apa yang dikatakan oleh suaminya itu.  Adiknya akan tinggal disini bersama-sama dirinya.  Perlahan-lahan ada senyuman terukir dibibirnya.



“Kamu ke mana tadi Aiden? Puas Tok Wan cari.”tegur Toh Puan Aini sebaik terlihat kelibat pengantin baru itu.

“Aiden temankan Nyla jumpa ibu saudara dia.  Maaflah yea Tok Wan, terpaksa pula layan tetamu bagi pihak Aiden.”ujar Aiden sambil mengengam erat tangan Nyla yang berada disisinya.

“Oh yea ke? Kenapa tak diperkenalkan kepada Tok Wan.  Bolehlah Tok Wan berbual-bual dengannya.”wajah teruja Toh Puan Aini mengundang resah dihati Nyla.  Perlukah dia berterus-terang tentang perkara sebenar kepada Tok Wan.  Dia serba salah, dilarikan pandangan ke wajah suaminya.  Lelaki itu diam membisu tanpa sebarang kata.

“Lain kali lah Tok Wan.  Sekarang ni apa kata dia layan dulu tetamu yang hadir.  Nanti mereka semua tertanya-tanya pula dimana tuan rumah berada.”Tommy menukar topik bicara, tidak mahu memanjangkan kisah yang berlaku diantara dia dan makcik Ramlah tadi.

Vince yang memerhati dari jauh mula berasa cuak.  Eratnya gengaman tangan si adik dengan isteri palsunya membuatkan dia meluat.  Dia dapat mengandaikan sesuatu telah berlaku diantara adiknya dengan perempuan itu.  Dia tidak suka, dia tak mahu mereka menjalani kehidupan seperti suami isteri yang lain.  Dia juga tidak mahu adiknya jatuh sayang pada perempuan itu, dia harus melakukan sesuatu.  Dihampiri adiknya, lantas tangan Tommy diselar.

“I want to have a word with you.  Alone!”sengaja dia menekankan ayat itu.  Tommy mengangguk, gengaman tangan isteri dilepaskan.  Lantas dibisikkan sesuatu ditelinga Nyla.

“Nyla pergi dekat Tok Wan, abang ada hal sikit dengan abang Vince.”Nyla hanya mengangguk lantas melangkah kaki menyaingi Tok Wan dihadapan.

“Wah, bukan main lagi mesra aku tengok korang berdua.  Ada apa-apa ke yang abang perlu tahu.”sinis suara Vince menyapa gegendang telinga Tommy.

“Aik! Dah jadi suami isteri, kenalah tunjukan betapa bahagianya kami berdua.  Kalau tidak nanti Tok Wan mula syak yang bukan-bukan.”jelas Tommy seakan berbisik.  Tidak mahu orang lain mendengar kata-katanya.

“Are you sure Tom? Abang tak percaya.”sangkah Vince.

“Suka hati abanglah, yang pasti Tom tahu apa yang Tom lakukan sekarang untuk kepuasan Tok Wan.  Lain-lain, Tom tak ambil peduli.”malas hendak bertekak, Tommy mengambil keputusan untuk tidak meneruskan topik perbincangan ini lagi.  Fikirannya sudah letih dengan arahan dan telunjuk dari abangnya itu.

“Adik pergi dulu, Tok Wan dah panggil tu.”Tommy berlari mendapatkan Toh Puan Aini yang mengamitnya agar menghampiri dirinya bersama seorang tetamu yang tidak dia kenali.

“Apa khabar Aiden, masih kenal dengan uncle tak?”lelaki yang memakai kot hitam dan segak itu menyapa Tommy.  Tangan mereka bersalaman sebaik saja Toh Puan Aini memperkenalkan cucunya.

“Err…Uncle siapa ya? Maaf sebab Aiden tak ingat kat mana kita pernah bertemu dulu.”ramah Tommy menutur kata.

“Uncle Murad ini peguam keluarga kita.  Takkan Aiden dah lupa.  Dulu masa Aiden kecil-kecil dulu uncle Murad sering datang ke rumah kita.”terang Toh Puan Aini pada cucunya setelah melihat Aiden teragak-agak mengenali lelaki ini.

“Aiden lupa lah Tok Wan.”jelas Tommy namun dimasa yang sama dia sempat melemparkan senyuman manis kepada tetamu itu.

“Tak mengapalah Aiden.  Lepas ni, uncle harap Aiden tak lupa tentang uncle.  Sebab mulai dari hari ini, uncle akan bekerjasama dengan Aiden sepertimana yang diminta oleh Toh Puan Aini.”sampuk Encik Murad.  Lama mereka bertiga berborak tanpa menyendari Vince sedang menghampiri Nyla.

“Aik, jauh menenung nampak.  Tengah usar wajah kacak adik saya ke?”soal Vince sinis.  Sebenarnya dia mahu memberi amaran kepada Nyla supaya tidak sesekali melanggari perjanjian yang telah mereka setujui itu.  Dia takut Aiden tergoda dengan kecantikan gadis itu, sedangkan dirinya sendiri pun turut tergoda dengan Nyla. 

“Encik Vince jangan risau, saya tak lupa siapa diri saya.  Perjanjian tetap perjanjian, saya akan patuhi asalkan tidak melanggar hukum syarak.  Saya tahu dimana kedudukan saya dimata kalian berdua, dan saya juga tahu saya hanya bekerja untuk encik Aiden.”tutur Nyla bersama sebak didada.  Baru saja tadi dia merasa betapa bahagianya dia bila berada disamping suaminya, tapi kini semuanya hanyalah mimpi.  Datangnya Vince untuk menyedarkan dirinya supaya berpijak dibumi yang nyata.

“Baguslah kalau begitu.  Aku tak mahu kau langgar satu pun dari syarat itu.  Aku nak kau pastikan yang kau tetap perawan walaupun kalian sudah lama bernikah.  Dengan itu akan memudahkan lagi untuk aku…”bicara Vince terhenti.  Nasib baik dia tidak terlepas cakap mengenai rancangannya untuk memusnahkan Tommy.

“Memudahkan apa encik?”soal Nyla ingin tahu.

“Itu kau tak perlu tahu.  Yang pasti, kau ikut saja arahan dari aku.  Jangan sesekali kau ceritakan kepada Tom tentang apa yang telah kita bicarakan tadi. Mengerti!”tekan Vince lantas beredar meninggalkan Nyla yang kebingungan.

Nyla mengambil tempat disalah sebuah kerusi yang ada dalam khemah itu.  Dia mahu bertenang seketika sebelum mengatur semula nafasnya yang kencang.  Kata-kata daripada lelaki yang baru bergelar abang iparnya itu menyesakkan dadanya.  Apakah maksud disebalik kata-kata lelaki itu, adakah lelaki itu sebenarnya mempunyai niat jahat terhadap adiknya sendiri.  Oh tidak! Aku harus berhati-hati demi lelaki yang baru saja menjadi suamiku ini.  Biarpun perkahwinan kami tidak berlandaskan cinta, tapi aku harus membantu Thomas Aiden Anderson.

“Nyla kenapa?”soal Tommy lembut sebaik melabuh duduk disebelah isteri yang baru dikahwininya.

“Encik, terkejut saya.”wajah kacak suaminya direnung lama.  Ada sesuatu disitu yang membuatkan dirinya terpaku.

“Hey! Mengelamun pula dia.  Abang tanya kenapa Nyla duduk sini.”Tommy mengawang tangannya dihadapan wajah milik Nyla.  Gadis itu tersentak, seperti baru lepas mengelamun.

“Oh,tak..tak ada apa-apa.  Saya cuma penat sikit.  Tok Wan mana?”soal Nyla pula   cuba menghalau keresahan yang datang.

“Tok Wan dah masuk dalam bilik.  Katanya nak solat isyak, dah masuk waktu tadi.”jawab Tommy sambil mengambil tempat disebelah isterinya.

“Kalau macam tu saya pun nak masuk ke dalam, nak solat juga.”pinta gadis itu tanpa memandang wajah Tommy. Nyla ingin bangkit, namun tangannya diselar oleh Tommy.

”Tunggulah dulu, kita solat berjemaah bersama-sama.   Biar Tok Wan solat dulu baru kita naik.”tegur Tommy lantas menarik Nyla kembali duduk dikerusi berdekatannya.  Terpanar Nyla dengan kata-kata suaminya itu.  Tidak disangka, suaminya juga tahu tentang solat.  Dia ingat suaminya seperti abang iparnya Vince, yang tidak solat.  Rupa-rupanya dia sudah tersalah menilai keperibadian suaminya ini.  Ampunkan aku  Ya Allah.

“Kenapa syaang pandang abang macam tu? abang ada buat kesalahan ke?”soal Tommy takala melihat si isteri yang masih berdiam sambil terus-terusan merenung ke arahnya.

“Oh tak..saya..saya..”tak terkata Nyla bila mata mereka bertentangan.  Ada debaran disitu, tapi apa ya?

“Sayang ingat abang ni jahil, macam tu?”kali ini tebakkan Tommy mengena.  Cepat-cepat Nyla menggeleng, berbohong.  Takut apa yang bakal terjadi mengusutkan keadaan.

“Encik, kenapa dari tadi encik asyik panggil saya ‘sayang’.”soalan luar dari jangkaan Tommy membuatkan lelaki itu tertawa kecil.

“Saya serius, kenapa encik ketawa.”marah Nyla.

“Abang ketawa sebab sayang tu polos sangat.  Dah sah, tentulah kena panggil sayang.  Baru mesra sikit.  Sayang tu, dari tadi asyik panggil abang ‘encik’ apa kelas.”balas Tommy bersama tawa dibibir. Nyla memuncung, Tommy pula giat mengusik.

“Buatlah muncung tu, kejap lagi ada juga free show kat sini.”usik Tommy lagi.

“Free show?”soalan polos Nyla mengundang padah.

“Haah,  free show ni.”  Chup! Satu kucupan hingga dipipi kanan Nyla.  Vince yang memerhatikan babak itu  tergamam, Toh Puan Aini tayang senyum manakala yang tetamu yang lain sudah berbisik-bisik sesama sendiri.  Kononnya suka melihat adegan romantik dari pasangan pengantin baru.

Nyla pula sudah memegang pipi kanannya, terasa hangat diseluruh mukanya.”Ya Allah, selamatkanlah aku.”doanya dalam hati.  Tommy pula sudah tergelak-gelak melihat reaksi spontan dari isterinya.  Habis merah wajah isterinya itu menahan malu akibat perbuatannya itu tadi.

“Kan abang dah cakap free show.”wajah malu isterinya direnung lama, ada riak terkejut dan tidak percaya disitu.


~Bersambung~