Wednesday, 29 August 2012

Cinta LRT - Bab 20

Bab 20

Fikiranku tidak tenang sejak malam semalam.  Masalah aku dengan Fareez masih belum selesai, dan kini pula datang masalah baru.  Jamie, aku tak tahu dimana silapnya.  Tapi selepas sahaja Jamie meluahkan perasaanya kepadaku terus aku bingung.

Pagi ini aku agak terlewat bangun, tergesa-gesa aku berlari ke Stesen LRT.  Ramai juga orang berpusu-pusu ingin masuk tren agar tidak terlepas.  Jam menunjukkan pukul 8.00 pagi, tren meluncur laju menuju ke destinasi.  Kedengaran sayup-sayup dicorong speaker lagu ‘Percaya Padaku’ nyanyian Pasha Ungu. 

Aik, biar betul. Layan sajalah.













Aku tak tahu apa yang ku rasakan
Dalam hatiku saat pertama kali
Lihat dirimu melihatmu

Seluruh tubuhku terpaku dan membisu
Detak jantungku berdebar tak menentu
Sepertinya aku tak ingin berlalu


Berikan cintamu juga sayangmu
Percaya padaku
Ku kan menjagamu
Hingga waktu menjemputku


Ku berikan cintaku juga sayangku
Percaya padaku
Ku kan menjagamu
Hingga waktu menjemputku


Saat ku tahu kau akan pergi jauh
Izinkan aku tuk selalu menantimu
Untuk katakan ku ingin dirimu


Agar kau tahu betapa ku terlalu mencintaimu
Aku akan menunggu
Hingga dirimu kembali untukku


Berikan cintamu juga sayangmu
Percaya padaku
Ku kan menjagamu
Hingga waktu menjemputku


Ku berikan cintaku juga sayangku
Percaya padaku
Ku kan menjagamu
Hingga waktu menjemputku


Tolonglah aku bagaimana diriku
Ungkapkan itu rasa yang membelenggu
Dalam hatiku ku cinta padamu


Berikan cintamu juga sayangmu
Percaya padaku
Ku kan menjagamu
Hingga waktu menjemputku


Lama aku menghayati lirik lagu tersebut.  Tiba-tiba ada suatu suara seperti aku kenali menghampiriku.  Alangkah terkejutnya kau melihat Fareez menyanyikan lagu itu bersama petikan gitar.   Dia muncul dicelah-celah orang ramai yang berada dalam LRT tersebut. Aku terkedu melihat dirinya setelah hampir seminggu kami tidak bersua.

Kedengaran suara riuh-rendah dalam tren tersebut. Masing-masing bercakap sesama sendiri dan ada juga yang memandang penuh minat.  Haip, tunang aku tau. Jangan nak mengada-gada ye.”

Selesai sahaja mendendangkan lagu itu, Fareez melutut dihadapanku bersaksikan orang ramai yang masih ada dalam tren ini dia melamarku secara rasminya.

“Saya, Fareez Zafriel ingin melamar Cik Fareeza Afrina untuk menjadi pemaisuri dihati.  Sudikah Cik Fareeza menerimanya?”  Katanya bersama sejambak bunga dan sebentuk cincin dihulurkan kepadaku.

Kedengaran suara-suara memintaku menerima lamaran itu.  Dan aku, masih tetap kaku tanpa mampu berbuat apa-apa.

Dengan lafaz bismillah aku sambut jambangan bunga, tangan kanan aku hulurkan kepada Fareez agar disarungkan cincin dijari ini. 

“Saya terima lamaran Encik Fareez Zafril dengan hati yang terbuka.”

Fareez bangkit setelah selesai menyarung cincin dijariku.  Orang ramai didalam tren bertepuk tangan dan ada juga yang mengucapkan tahniah kepada Fareez.  Malu aku dengan suasana yang berlaku, tapi amat gembira diatas keberanian  Fareez  yang sudi melamarku dikhalayak ramai.  Ada juga dikalangan pemunpang yang memberi isyarat ‘tumb up’ kepada Fareez.  Pendek kata memang riuhlah dalam tren itu tadi.

Destinasi tren sampai di Masjid Jamek, kami melolos keluar bersama-sama meninggalkan kenangan manis yang tidak mungkin aku lupakan seumur hidupku.

“Awak, saya terharu sangat,  terima kasih.” ujarku kepadanya.  Fareez melemparkan senyuman manis kepadaku.
 
“Sebelum tu saya nak minta maaf sebab tak berterus terang dengan awak tentang Dyana.”  Katanya sambil memegang erat tanganku.

“Awak masih marahkan saya ke?” soalku semula.

“Marahkan awak, pasal apa?”

“Pasal saya tampar awak minggu lepas.”

“Marah itu marahlah juga. Tapi disebabkan tamparan awak itulah saya berani buat kerja gila macam ni. “ sambungnya semula bersama sengihan dibibir.

“Hari ini saya dah luluskan cuti awak, jadi awak kena ikut saya ke suatu tempat yang ingin saya tunjukan kepada awak. “  Terus Fareez menarik tanganku agar mengikuti langkahnya.  Terkulat-kulat aku seketika.

Pintu kereta Nissan X-trail dibuka, aku dipersilakan masuk.  Rasa seperti seorang puteri yang sedang dilayan oleh sang putera yang kacak.  Memang pun kacak, itulah dia tunangku Fareez Zafriel.

“Kita nak kemana ni?” Soalku ketika Fareez sedang membelok keretanya menuju ke Lebuhraya Persekutuan.

“I-City Shah Alam, suka tak?”

“Suka sangat, terima kasih awak.”  Ujarku dengan rasa teruja kerana inilah kali kedua aku ke tempat itu bersama dengannya. 

Kami sampai ke destinasi yang dituju selepas sejam, lambat kerana terpaksa menempuh kesesakkan jalanraya yang teruk.  Al maklum lah hari bekerja, tentulah ramai orang yang menggunakan lebuhraya ini. 

Sejak turun dari kereta, genggaman erat tangan kami tidak sekalipun Fareez lepaskan.  Ada juga aku cuba-cuba menarik tanganku dari genggamannya, tapi sia-sia belaka kerana Fareez mengeratkan lagi.  Lama-lama aku terus biarkan saja, malas nak main tarik-tarik lagi dengannya.

Seharian kami habiskan masa bersama-sama menerokai kawasan I-City di Shah Alam.  Aku, tentulah gembira sekali sebabnya tentulah Fareez yang sentiasa menemaniku.  Terungkai sudah permasalahan yang tercetus seminggu yang lalu.  Rupa-rupanya Dyana adalah kenalannya semasa Fareez belajar di Harvard University.  Menurut Fareez, Dyana memang menaruh hati padanya. Tapi dia tolak kerana ketika itu dia tidak mahu terikat.  Katanya dia mahu membawa pulang segulung ijazah bukannya teman ataupun apa saja.

Waktu kami sampai diperkarangan rumahku, jam sudah menunjukkan pukul 6.30pm. Nasib baik aku dan Fareez sempat menunaikan solat Asar di Masjid Shah Alam sebelum bertolak pulang. 

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Di Villa Sakura…..

 “Mah, abang ingat nak buat kenduri kesyukuran.  Kalau boleh hujung minggu ni, ajak orang masjid dengan staff-staff kat pejabat. Apa pendapat Mah?”

“Boleh juga bang, sekali kita umumkan pasal majlis perkahwinan di antara Fareez dengan Fareeza itu nanti. “

“Elok juga tu, dah masuk 4 bulan dia orang berdua tu bertunang. Tapi tak seorang pun tahu.”

“Nanti Mah telefon Fareez, suruh dia balik hujung minggu ini. Sekalian ajak bakal menantu dengan besan saya nanti.”

“Abang ikut saja, yang lain  Mah tolong  uruskan semuanya ya? “

Puan Sri Mahani terus mencapai telefon disebalah, nombor talian telefon bakal besannya didail.  Kedengaran suara disebelah sana menjawab panggilannya.

“Assalamualaikum, Ini  Ani ke?”

“Waalaikumsalam, ya Ani sini. Siapa tu?”

“Ini Kah Mah, bakal besan awak.”  Jawab Puan Sri Mahani sambil ketawa. 

“Oh,Kak Mah. Apa khabar?”

“Baik Ani, sihat semuanya.  Ani dengan bakal menantu saya sihat?”

“Sihat Kak mah. Ada apa telefon ni, dah rindu kat bakal menantu ke?”

“Hish awak ni Ani, mestilah rindu.  Tak sabar nak jadikan dia menantu kesayangan saya.  Macam ni, hujung minggu nanti saya nak buat sikit kenduri dan jamuan makan untuk orang masjid dan juga staff-staff dipejabat.  Kalau boleh nak Ani dan Fareeza datang ke rumah.”

“Hujung minggu ni, insyaallah saya datang.  Pukul Kak Mah?”

“Kalau boleh Ani datang petang, majlis nanti saya buat selepas solat magrib.  Jangan lupa ya, pesan sekali kat bakal menantu saya tu. “ Ujar Puan Sri Mahani.

“Insyaallah, kami pasti datang. “

Setelah selesai berbicara dengan bakal besannya, Puan Rohani terus mendail nombor telefon bimbit Fareeza.  Kedengaran  suara anak kesayangannya ditalian.  Lantas diceritakan kepada Fareeza tentang majlis kenduri yang akan diadakan dirumah Puan Sri Mahani.  Dipesan juga kepada Fareeza agar membeli sedikit barangan keperluan untuk membuat kek dan kuih-muih untuk dibawa ke sana nanti.  

Petang itu Fareeza pulang sendirian, Fareez pula tidak dapat pulang bersama kerana terpaksa membantu Suffian menangani satu projek besar yang memerlukan bantuannya.  Jamie pula, seperti menjauhkan dirinya dari Fareeza sejak kejadian 2 minggu yang lalu. 

Tanpa Fareeza sedari, ada seseorang yang sedang memerhatikanya dari jarak jauh.  Segala gerak-gerinya diperhatikan dengan penuh minat.  Sekeping demi sekeping gambar Fareeza dirakam dengan mengggunakan kamera digitalnya.   Lelaki itu tersenyum puas kerana dapat melaksanakan tugasnya dengan baik.

 
~( Cinta LRT dihentikan buat seketika, sambungannya akan saya post kan semula dalam bulan Oktober.  Harap maklum.)

Tuesday, 14 August 2012

Cinta LRT - Bab 19

Bab 19

Sudah hampir 2 minggu peristiwa itu berlaku, aku masih lagi mogok.  Bermakna sudah 2 minggu juga aku tidak bertemu dengan Fareez di pejabat.  Kebetulan pula Fareez telah dihantar ke London atas urusan pejabat selama seminggu dan selepas pulang dari London lelaki itu sibuk pula dengan meeting yang seperti tiada penghujungnya.  Sejak Fareez mengambil alih kerja abahnya sebagai CEO kami memang jarang bertemu.  Fareez juga sudah tidak menjadi bos aku, kini aku bekerja dibawah seorang pengurus baru yang bernama Khairy Helmi.

Aku kesunyian, tiada panggilan telefon mahupun sms dari lelaki itu juga, marah agaknya kerana ditampar olehku.  Salah dia juga, tak bagitahu kat aku siapa minah yang datang serang aku tempohari. 

“Jangan-jangan Fareez nak putuskan tali pertunangan aku dengan dia tak? Kalau ini semua terjadi, apa yang harus aku terangkan kepada mama nanti.  Tentu mama marah, masaklah aku kali ini.” Bisik hati kecilku, tanpa aku sedari ada satu makhluk sedang menghampiri mejaku kini.

“Hoi minah, berangan aje kau ni ye.”

Tersentak aku, sampai pen ditangan tercampak ke bawah.  Perlahan-lahan aku usap dadaku, ingin mengembalikan semula semangatku yang hilang.  Aku kalih pandanganku kehadapan, ternampak Fariha yang asyik tersengih-sengih macam kerang busuk.

“Kau nikan Fariha, kalau aku mati terkejut kat sini. Apa kau nak jawab kat bos dan tunang aku.” Sempat juga aku hadiahkan cubitan dilengannya. 

“Sakitlah beb, cubitan kau ni mengalahkan ketam.  Tapikan apa kena-mengena bos dengan tunang kau? Tak faham beb.”  Ujarnya sambil menggosok-gosok lenganya yang sakit akibatan cubitan dariku tadi.

“Yelah, apa kau nak cakap kat bos aku bila tengok secretary dia terlantar kat hospital dan dalam masa yang sama besar kemungkinan tunang aku akan jadi duda sebelum sempat menikah dengan aku. Wawaaaaa…" Marahku pada Fariha, dala hati sebenarnya ingin mempermainkan perasaan Fariha.

“Betul juga tu beb, silap-silap aku pula yang kena jadi pengganti kau. By the way beb, tunang kau tu hensem tak?”  Dengan ala-ala muka ‘excited’ Fariha pamerkan kepadaku.

“Banyak cantik, tunang kau si Faizul tu nak letak kat mana? “  sengaja aku tekankan perkataan Faizul, biar Fariha sedar yang Farizul adalah keutamaannya.

“Apa salahnya, aku kahwinlah dengan dua-dua sekaligus.  Tak pun sorang jadi ‘husben’ dan sorang lagi jadi skandal aku. “

“Haah, yelah tu.  Lepas tu bila mengandung tak tahu siapa punya anak, silap-silap kena buat ujian DNA.”  Fariha menampar lenganku. Marah barangkali dengan mulutku yang celupar mengatanya.  Sambungku lagi,  “Sudahlah, malas aku nak layan kau ni.  Baik aku sambung kerja, tu kat belakang dah memanggil-manggil dah tu. Pergi cepat sebelum aku report kat Tan Sri.”  Dengan tangan gaya menghalau nyamuk, aku berharap Fariha pergi meninggalkan aku.

“Mak ai, sombongnya.  Macamlah awak tu pernah jumpa Tan Sri.  Tengok pun sekali dua, nak berlagak konon.”  Kata-kata Fariha sedikit pun tidak aku endah.   

Aku tayang gigi, malas nak balas kata-katanya.  Walaupun kedengaran agak kasar kata-kata dari Fariha, tapi aku tahu dia hanya bergurau.  Tapi kali ini aku rasa tak perlu nak bertekak dengannya sebab aku sememangnya takde mood nak bercakap sejak peristiwa aku dengan tunangku.

“Beb, boleh tak kau jangan kacau aku hari ini.  Mood aku tak berapa baik, sorry ye?” Aku capai tanganya, ingin memohon kemaafan kerana keterlanjuranku tadi.

Tanganku digenggam erat, tahulah aku yang Fariha sudah memaafkan aku. Tanpa sebarang kata, dia meninggalkan aku sendirian termangu-mangu dimejaku.  Tak sampai 5 minit, telepon dimejaku berbunyi, Fariha ditalian.

“Aku faham beb, dah lumrah dalam bercinta.  Lebih-lebih lagi dalam frasa tunang, banyak dugaannya.  Tapi kalau kau nak berkongsi cerita, aku sedia mendengarnya. Aku maafkan kau, aku pun sama juga.”

“Thanks Fariha, insyaallah kalau ada masa aku ceritakan kat kau. Aku betul-betul minta maaf pasal tadi.  Nanti aku belanja kau makan ayam pancung.”

“Ayam pancung? Apa benda tu.”

“Ayam pancung a.k.a Nandos daa..” lantas aku letak gangang telefon bersama sia-sia ketawa yang masih ada.  Suka sangat aku dapat mengenakan Fariha, dia kan polos orangnya.

Fikiranku kembali berserabut, masih tertanya-tanya apa khabar Fareez yang menghilangkan diri selama seminggu ini walaupun sebenarnya dia sudah pulang dari London beberapa hari yang  lepas.  Hendak hantar sms, aku malu.  Sudahnya aku biarkan saja persoalan ini sepi.  Jika ada jodoh tak kemana.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Hari ini aku pulang bersama-sama Jamie.  Sudah lama kami tidak bertemu walaupun satu pejabat.  Dia yang agak sibuk gara-gara AGM meeting bulan depan dan juga dengan juruaudit-juruaudit luar yang datang mengaudit akuan syarikat setiap 3 bulan sekali membuatkan dia selalu pulang lewat dariku.

“How’s your work?” Soalku kepadanya. 

“Good, a bit stress. But thank god today everthing settle. Itu yang dapat balik awak hari ini.”   Walaupun muka dia agak keletihan, tetapi terbias juga segaris senyuman.

“Mana kereta you, masuk workshop lagi ke?.” soalku lagi.

“Nope, saja mahu balik naik LRT hari ini. Lagipun sudah lama I tak balik sama-sama dengan you.” Ujarnya kepadaku.  Aku hanya lemparkan senyuman seperti mengerti kata-katanya.

“Feeza, I need to dicuss something dengan you hari ini.  Boleh tak kita lepak dekat ‘Secret Receipe’ kat sana tu.”    Jamie menunjuk ke arah Café Secret Receipe diseberang jalan mengadap Stesen LRT.

Aku turut memandang ke arah seberang jalan dimana terletaknya café ‘Secret Receipe’.  Terus aku mengganguk tanda setuju, lagipun hari ini aku tak perlu pulang awal kerana mama pun tiada dirumah. 

“Shall we?”  Kami berjalan tempat yang ingin ditujui, sambil mata meliar mencari meja kosong.  Aku mengamit Jamie mengarahkannya duduk di meja yang bersebelah tingkap kaca.

 Jamie hanya memesan sebiji kek ‘Choclate Moist’ bersama kopi mocha manakala aku pula memilih kek ‘Blueberry Cheese Cake’ bersama kopi latte.

“Feeza, I’m in love.”  Terkejut aku dengan kata-kata yang terbit dari mulut Jamie.

“Really, with whom? She must be luckiest girl.” Soalku semula dengan muka yang teruja ingin mengetahui siapakan gadis yang bertuah itu.

Aku tengok mulut Jamie masih teragak-agak ingin berbicara.   Namun seketika aku melihat dia menarik nafas dalam.  Hatiku jadi tidak enak, takut apa yang aku fikirkan selama ini benar.

“The luckies girl is.. you, Fareeza.”  Alangkah terkejutnya aku bila Jamie menyebut nama gadis itu. 

“What? You can’t be joking right? “

“No Fareeza, I betul-betul dah jatuh cinta dengan you. “

“But how? And when?.“

“I don’t know, it just happen.  I can’t resist this feeling. “

Aku pandang tepat ke mata Jamie, aku lihat ada sinar harapan disana.  Terus aku memohon maaf kepadanya.

“I’m so  sorry Jamie, I can’t. “

“But why? I need your explaination.”

“I just can’t, coz I already someone fiancee.”  Lalu aku angkat jari manis kananku ingin menunjukkan kepadanya cincin pertunangku.

Jamie terkejut, tiada sepatah perkataan yang keluar dari mulutnya.  Agak lama juga dia begitu, sehinggalah aku menengurnya.

“I think we should leave now, it’s almost 7.30pm.”  Perlahan- lahan aku bangun ingin berlalu, tetapi suara Jamie mematikan langkahku.

“Fareeza wait, just want to ask whater we still can be friend right?”

Aku senyum lantas menggangguk mengiakan kata-katanya.  Langkah kaki ini pun mula meninggalkan Jamie dicafe itu sendirian. 

Jamie hanya memerhatikan pemergian Fareeza dengan seribu kelukaan dihati.  Niat dihati ini menyunting si gadis agar dapat menjadi pemaisuri dihati.  Tapi sayang seribu kali sayang, si gadis sudahpun mejadi milik orang lain.  Siapakah jejaka yang telah bertakhta dihati gadis pujaannya itu, sungguh dia ingin tahu siapakah lelaki yang bertuah itu.  Tapi kenapa Fareeza seakan-akan tidak gembira dengan pertunangannya itu.  Adakah itu semua pilihan keluarga ataukah sebaliknya.

Malam itu Jamie pulang dengan hati yang retak seribu, tiba dirumah di menghempaskan diri diatas katil.  Dipejamkan mata agar dapat melepaskan semua kenangan indah yang tercipta diantaranya dan Fareeza.  Terasa berat beban yang ada, sedih kecewa dan rasa tertipu dengan kebaikan yang telah Fareeza tunjukkan kepadanya. Lalu airmata lelakinya keluar tanpa dipinta, mula-mula sedikit lama-lama Jamie teresak-esak.  Malam itu, dia telah tewas hanya kerana seorang gadis yang bernama Fareza Afrina. 

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
~Bersambung~

Monday, 6 August 2012

Cinta LRT - Bab 18

Bab 18
Pang!  

Satu tamparan singgah dimuka Fareeza.  Terkesima dengan adegan yang tak  terduga, perlahan-lahan dia menggosok pipinya yang merah itu.

“Hey perempuan, kau ni kenapa hah?”  Soalku kasar kepada perempuan itu.  Lantas aku tuangkan sundae strawberi yang sedia ada ditanganku ke atas kepalanya.

“Kau?”

“Kau apa? Hah kau apa?”  jeritku kepadanya.  Geram dan marah kerana sikap kurang ajar perempuan ini.  Ingat pipi aku ada nyamuk ke, nak main tampar-tampar pulak.

“Kau lah perempuan, sebab kaulah Fareez minta putuskan hubungan kami. Semuanya salah kau!”

“Aku?”  Soalku semula sambil menunjuk ke arah diri sendiri.

“Yelah kau, sapa lagi. Selama ini hubungan aku dengan dia baik, tapi sejak dia kenal dengan kau semuanya kucar-kacir.”  Marahnya kepadaku.

“Ye ke? kesian aku tengok kau perempuan. Kalau dah lelaki itu tak sudi, bermakna kau dah diketepikan.”  Sengaja aku mengapi-apikan kemarahan perempuan itu.

“Aku benci kau perempuan”  perempuan itu masih lagi menjerit-jerit.  Malas nak layan, lantas kau berlalu.  Sebelum aku pergi, sempat aku tazkirah kepadanya.

“Kebencian datang dari sifat marah, dan kesalahan datang dari diri orang itu sendiri.  Jadi, jangan nak pandai-pandai salahkan orang lain. Dah lah malas aku nak layan kau, bye dear and have a good weekend” . Ujarku kepadanya.   Tanpa menunggu balasan aku terus meninggalkan perempuan misteri itu dalam keadaan terpinga-pinga.

Cepat-cepat aku melangkah kakiku menuju tempat letak kereta.  Menyesal rasanya datang kesini dan geram juga sebab ditampar dikhalayak ramai gara-gara Fareez. 

Apa salah aku? Aku tak minta semua ini, dah siapa pula perempuan itu tadi.  Adakah dia bekas kekasih Fareez yang ditinggalkan kerana aku.  Tak boleh jadi ni, aku harus membuat perhitungan dengan Fareez hari ini juga.  Terus aku dail nombor telefon Fareez, kedengaran suaranya ditalian..

“Assalamualaikum sayang."

“Waalaikumsalam, awak kat mana?”

“Abang kat rumahlah sayang, kenapa?”

“Saya nak jumpa awak sekarang, tunggu saya kat Stesen Bandar Tasik dalam masa 10 minit.”

“Kenapa ni sayang, marah-marah aje. Period ke?”

“Eh, boleh tak kau jangan banyak soal. Aku cakap tunggu kat sana, kau tunggu ajelah.” Tahap kesabaranku tidak dapat dikawal lagi, Terus aku matikan talian tanpa pedulikan orang disana.

Geram dan sakit hati dengan sikap Fareez yang suka mempermainkan aku.  Sebab dah terlampau bengang punya pasal aku dah ber’aku’ dan ber’kau’ ketika bercakap dengannya tadi.  Rasa bersalah sudah menguasai diri ini, tapi cepat-cepat aku padamkan.  Kemarahanku terhadap Fareez kian menggunung, tak tahu apa akan aku lakukan kepadanya sebentar lagi.  Siapakah sebenarnya wanita tadi, hish memang menganggu minda aku betullah.

Aku tiba di stesen Bandar Tasik Selatan 10 minit kemudian, sebaik sahaja aku keluar dari LRT ternampak susuk tubuh Fareez sedang berdiri disebelah kaunter tiket.  Terus aku melulu ke arahnya.

“Sayang....”  belum sempat Fareez menghabiskan ayatnya, tangan sudah pun mendarat dipipinya.  Tergamam Fareez dengan tindakanku.  Nasib baik hari ini tidak ada ramai orang di kawasan itu, kalau tidak free-free saja dia dan Fareez menjadi bahan tontonan.

“Ini hadiah dari kekasih awak, saya tolong sampaikan.” Ujarku kepadanya.  Terasa juga kebas tapak tanganku seketika.  Hati yang membara tadi menjadi sedikit sejuk.

“Siapa? Awak jangan nak main-mainkan saya.” Soal Fareez sambil menggosok pipinya.  Sakit juga pipi kau dek penangan tunang sendiri.  Masuk ni dah 2 kali aku kena tampar dengan dia, agak-agaknya lepas kahwin nanti pun aku selalu kena kot.  Harap-harap tak sebab masa tu aku terus aje terkam dia. Hahaaaa, ketawa Fareez dalam hatinya.

“Manalah saya tahu, tiba-tiba saja dia tampar saya masa terserempak kat Mid Valley tadi. Itu yang saya tolong sampaikan kat awak. Tak percaya? Cuba tengok pipi saya ni. “Fareeza menunjukkan pipi sebelah kirinya yang masih kelihatan warna merah-kemerahan.  Fareez cuba ingin menyentuhnya, tetapi ditepis oleh Fareez.

“Jangan nak mengada-gada nak sentuh saya.  Sekarang ini saya nak awak jelaskan kepada saya siapa perempuan itu.” Kataku kepada Fareez. 

“Perempuan mana? “soalnya  semula.

“Fine, kalau tak nak bagi tahu.  Jangan jumpa saya lagi dan kita putuskan saja pertunangkan kita.”  Ujarku dan seraya ingin pergi dari situ.

“Wait, wait.” Fareez menahanku dari pergi.  Pergelanganku ditarik kasar.

”Awak  ni kenapa, sakitlah. Lepas!”  aku cuba menarik lenganku dari cengkaman tangannya.

“Awak nak ke mana?  Selagi benda ini belum selesai.  Awak tak boleh balik.” Marah betul Fareez, dah lah tadi kena tampar depan orang ramai. Sekarang Fareeza pula buat perangai macam budak-budak. Huh!

“Awak jangan nak menguji tahap kesabaran saya, nanti saya menjerit awak yang susah nanti.” ugutan Fareeza tidak diendahkan Fareez.  Lantas tiba-tiba Fareeza rasa tubuhnya seakan melayang-layang, rupa-rupanya sudah digendong oleh Fareez.  Rontaan Fareez tidak dihiraukan, siap tunjukan tanda ‘peace’ jika orang disekeliling melihat gelagat mereka berdua.  Dan yang tak boleh diterima bila Fareez siap cakap “Maaf semua, isteri saya ni tengah meroyan.  Al-maklum lah tengah berbadan dua, itu yang angin satu badan. Minta maaf semua.”

Fareeza yang berada diatas gendong Fareez tak habis-habis memukul-mukul belakang badan lelaki itu.  Fareez menahan kesakitan, sehingga mereka sampai tempat letak kereta Fareeza diturunkan.  Apa lagi, Fareeza sudak berkira-kira ingin lari, tetapi cepat sahaja tangan Fareez mencengkam lengannya.  Dihidupkan alarm kereta dan pintu sebelah penumpang dibuka. 

“Masuk, sebelum aku apa-apakan kau.”  ujar Fareez, matanya sengaja dicerlung agar Fareeza takut dengannya.  Perlahan-lahan Fareeza masuk tanpa banyak soal, sebenar takut juga dia melihat darjah suhu kemarahan Fareez itu.  Tak pernah dia melihat wajah lelaki itu ketika marah, takut siot.

Enjin kereta dihidupkan, penghawa dingin dipasang.  Fareez cuba memenangkan dirinya dengan menikmati nyamannya hawa dingin kereta yang dipasang.  Perlahan-lahan suhu darjah kemarahannya beransur-ansur turun.  Dia kalih pandang ke sebelah, kelihatan wajah pucat Fareeza.  Dia sebenarnya tidak mahu berkasar dengan wanita yang dia sayangi, tetapi karenah Fareeza sudah mencabar ego lelakinya.  Dia pun ada perasaan dan juga ego, jadi bila seorang perempuan menampar dia dikhalayak ramai. Sudah tentu maruahnya tercabar, tapi mengenangkan orang yang menamparnya adalah tunangnya sendiri. Dia cuba mengawal emosinya agar tidak bertindak dengan lebih kasar lagi.  Agak lebih kurang setengah jam mereka duduk diam dalam kereta, baik Fareez mahupun Fareeza. Masing-masing masih membisu.  Fareez menarik tangan Fareeza, cuba menenangkan wanita itu, tetapi tanganya direntap kasar oleh Fareeza.  Dia mencuba sekali lagi, dan kali ini dengan nada memujuk.

Sayang, please.. we really need to talk. Saya tak mahu kita bertengkar lagi. No, please tell me what is happening and who is the girl.”  Fareeza masih membisu, Fareez sudah tidak tahu apa yang harus dia lakukan lagi.  Tanpa Fareez sedari airmata membasahi pipi mulus Fareeza.

“Saya tak tahu siapa dia, yang saya ingat perempuan itu pernah datang ofis cari awak.”  Kata Fareeza dalam sendu-sendannya.  Fareez meraup wajahnya, dia tahu siapa perempuan itu.  Itu Dyana, memang perempuan itu sengaja nak menempah maut.  Telefon bimbit dicari, terus dia mendail nombor Dyana.

Darling, what a surprise. Rindu dekat I ke?” Kedengaran suara wanita merenggek ditalian. 

“Rindu kepala hotak kau, hey perempuan berapa kali aku sudah cakap jangan kacau hidup aku lagi.  Yang kau pergi tampar pipi tunang aku kenapa.  Dah lama hidup, nak aku tamatkan riwayat hidup kau ke? “  Bagai peluru berpandu saja kata-kata yang keluar dari mulut Fareez.  Tahap kesabaranya memang tidak boleh dikontrol jika bercakap dengan Dyana. 

Oh, mesti perempuan jalang tu dah mengadu kat you. Manja sangat” ujar Dyana sambil mencebik bibirnya. Nasib baik Fareez tidak berada dihadapannya, jika tidak sudah tentu lelaki itu sudah menamparnya.

Siapa jalang? Setahu aku kau tu yang jalang.  And please, respect her coz she is my fiancée. “ Fareez bengang, tahap kesabarannya sudah menipis.  Nasib baik Dyana tidak berada dihadapannya, jika tidak tentu muka dan mulut perempuan itu sudah hancur lumut dicincangnya.  Fareez disebelah terkejut mendengar jeritan Fareez.  Dan disebelah sana pula Dyana sudah kecut perut, takut dengan intonasi suara Fareez.  

Look dyana and please listen carefully, coz I don’t want to repeat and repeat the same word.  Please don’t disture my fiancée or else.”. belum sempat Fareez menghabiskan ayatnya, Dyana sudah mencelah.

“Or else apa Fareez. You nak bunuh I ke, hah?.”  Soal Dyana dengan beraninya.

Fareez memandang wajah Fareeza sekilas, dengan senyum jahat dia berkata,  You belum kenal siapa I lagi Dyana, and I make sure you will regret kalau you tak dengar cakap I.  By that time, you won’t see you family again.”  Fareez ketawa berdekah-dekah, dia sengaja ingin menakutkan Dyana.  Tapi dia tidak tahu yang wanita disebelahnya yang kelihatan ketakutan.  Talian terus dimatikan.

Fareez kalih pandang sebelah, dia melihat wajah Fareeza seperti dalam ketakutan.  Senyuman manis dilemparkan, tahu mengapa Fareeza bersikap begitu.  Sebenarnya dia bukanlah jahat sangat sampai nak bunuh orang, tapi jika dalam keadaan terdesak dan melibatkan orang yang dia sayang. Dia sanggup lakukan apa saja untuk melindunginya.

“Don’t worry sayang, saya cuma nak takutkan perempuan tu saja.  Saya masih waras lagi, tak mungkin saya nak buat kerja gila macam tu.  Saya masih ingat kat Allah dan juga keluarga terutama sekali awak.” Kata-kata Fareez sedikit sebanyak meredakan debaran dihati Fareeza.

“Saya bukannya apa, takut sangat masa tengok muka awak tadi. “ terangku kepadanya.  Fareez tersenyum mendengar omelan dari mulut comel tunangnya itu.

“Saya tak akan sesekali menyakiti hati orang yang saya sayang, tetapi jika ada orang yang cuba menyakiti hati orang yang saya sayang. Sudah tentu saya tidak akan berdiam diri, dan orang itu pasti akan menyesal kerana sudah menyakiti orang yang saya sayangi.” ujar Fareez dengan tegas.  Memang sudah menjadi pantang, jika ada orang yang cuba ingin menyakiti atau mengapa-apakan orang yang dia sayangi dan juga keluargannya.

“Saya nak balik” selesai berkata, terus aku melangkah pergi tanpa pamitan.  Fareez hanya merenung jauh ketika melihat Fareeza berlalu pergi darinya.  Bukan dia tidak mahu memujuk sang kekasih hati, tetapi dia rasa lebih baik keadaan menjadi reda dahulu.  Minggu ini, dia akan berangkat ke London atas urusan kerja, mungkin inilah masa untuk mereka berdua berpisah sementara.  

“Takpe sayang, saya izinkan kita berpisah sementara.  Selepas itu saya akan pastikan kita tidak akan berpisah lagi. Itu janji saya pada sayang.”  Fareez sudah nekad akan pujuk kekasih hatinya setelah pulang dari London.  Dia akan buat satu kejutan dan dia pasti Fareeza akan terharu melihat keikhlasan hatinya.    

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
~Bersambung~

Friday, 3 August 2012

Cinta LRT - Bab 17


Kereta Idamanku ....Nissan X-Trail

Bab 17

Pagi-pagi lagi kelihatan kelibat Fareez dipintu pagar rumahku.  Laungan mama menyatakan kehadiran Fareez ketika aku didalam bilik mandi membuatkan aku tersentak.

Awalnya mamat ni sampai, pukul berapa di gerak dari rumah dia. Hentamlah labu..”

Aku cepat-cepat mandi dan bersiap, tidak mahu membuatkan dia tertunggu-tunggu.  Ketika aku turun dari tangga, aku terdengar suara Fareez dan mama sedang gelak ketawa.  Apalah yang sedang dibualkan oleh mereka berdua, aku gembira sebenarnya kerana Fareez seorang yang pandai mengambil hati mamaku.  Itulah doaku tiap kali solat, ingin seorang suami dan juga imam yang pandai membawa diri dan juga tidak kekok bersama keluargaku terutama sekali mamaku.

“Assalamualaikum mama,” lantas aku cium kedua-dua belah pipi mama.

“Waalaikumsalam sayang, dah siap? ni Freez dah lama tunggu Feeza.”

“Dah, jom.”  Lantas aku mengajaknya keluar, sempat juga aku capai beg sandangku ditepi dinding.  

“Tak nak sarapan dulu.” Soal mama.

“Tak kut, kami sarapan kat luar. Pergi dulu mama.” Ujarku kepada mama, aku lihat Fareez turut bangun dan menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan mama.  Sempat juga aku lihat mama membisikan sesuatu ke telinga Fareez.  Mmm.. aku curiga ni”.

Kami melangkah menuju ke kereta di luar pagar rumahku.  Hari ini Fareez pandu Nissan X-trail, aku teruja kerana inilah kereta idamanku. Warna metalik lagi, fuh! memang warna kegemaranku.

“Kenapa senyum-senyum? “ Soalnya kepadaku. 

“Saya suka kereta ini, my dream car.”

“Oh really, nak pandu tak?”

“Are you sure, tak takut jadi apa-apa kat kereta awak nanti?”

“I’m sure sayang, but promise me jangan pandu laju-laju.”

“Okay bos.” Aku siap tabik lagi kat Fareez. 

Kami saling tukar kedudukan, aku lantas mengambil seat tempat pemandu manakala Fareez duduk disebelahku.  Dengan lafaz bismillah, aku mulakan perjalananku menuju ke destinasi dimana tempat Asyraf Fitri berada. 
 
Aku kalih sebelah, sempat  juga aku menatap wajah tampan disebelahku ini.  Walaupun agak tenang, tpai aku tahu Fareez berperang dengan perasaannya sendiri.  Aku teruskan pemanduan sehingga kami sampai di Tanah Perkuburan Islam Pantai Dalam.  Aku letakkan kereta bersebelahan dengan pintu masuk Tanah Perkuburan. 

Saat aku melangkah keluar dari kereta, aku terasa seperti angin bayu lembut menyapa dimukaku.  Terasa seperti menyambut kehadiranku dipagi ini.  Aku keluarkan sebotol kecil air mineral dan juga Surah Yassin yang sememangnya aku simpan dalam beg sandangku ini.

“Mari, saya nak kenalkan awak dengan Asyraf Fitri.”

Aku tengok Fareez teragak-agak hendak keluar dari kereta.  Rupanya tidak, dia lantas membuka dashboard dihadapannya dan mengeluarkan kopiah berwarna putih bersama sekeping Surah Yassin.

Kami berjalan beriringan memasuki Tanah Perkuburan itu, sampai disuatu makam yang bersebelah dengan pohon kemboja aku mengisyaratkannya berhenti disitu.  Makam yang tertera nama “Asyraf Fitri Bin Mohd Yusoff” aku hampiri, lalu aku duduk berteleku disebelah makam itu.  Fareez juga melabuhkan punggungnya dihadapanku. 

“Assalamualaikum Asy, saya datang lagi ni. Tapi kali ini saya bawa bersama tunang saya, Fareez Zafriel namanya. 

Aku mendongak, ingin melihat reaksi Fareez.  Wajahnya tetap tenang seperti mula-mula kami datang tadi.

Aku baca Surah Yassin dan diikuti dengan Fareez.  Hampir 15 minit kami menghabiskan bacaan tersebut.  Setitis airmataku jatuh kepipi ketika selesai mengaminkan doa yang dibacakan oleh Fareez.   Suaranya yang syahdu mengalunkan bacaan doa-doa menginggatkan aku akan kebesaraan Yang Maha Esa.

“Fareez, kalau awak nak tahu inilah dia Asyraf Fitri.  Lelaki yang pernah suatu masa dahulu bertakhta dihati saya sebelum awak.”  Ujarku kepadanya.

Perlahan-lahan Fareez bangun dan duduk disebelahku.  Bahuku diusap lembut, cuba mengalirkan semangat agar aku kuat menghadapi semua ini. 

Tiba-tiba Fareez bersuara…

“Asyraf Fitri, terima kasih kerana sudi menjadi teman dan menjaga Feeza suatu ketika dahulu.  Kini, tibalah giliran saya untuk menjaganya dengan sepenuh hati.  Dan saya berjanji akan menjadi amanat ini sehingga akhir hayat saya. “

Tanganku digengam erat oleh Fareez, terasa sayu ketika mendengar luahan hatinya kepada Asyraf Fitri.  Aku tahu Fareez akan menjagaku seperti mana yang pernah Asyraf Fitri lakukan dahulu.

Lewat jam 10, kami meninggalkan kawasan Tanah Perkuburan itu.  Walaupun dihati ini terselit rasa sayu, tapi aku harus redha.  Asyraf Fitri adalah kenangan lalu, dan kini Fareez Zafriel adalah masa kini dan juga masa depanku juga.  Aku percaya, dengan cara ini aku dapat melepaskan semua kesedihanku terhadap pemergiannya suatu ketika dahulu.

“Kita nak kemana Fareez?” soalku kepadanya. 

“Saya nak bawa awak ke suatu tempat. Jangan risau, tadi saya dah bagitau kat mama awak.” Ujarnya sambil tersenyum nakal. 

Kereta Nissan X-trail meluncur laju menuju lebuhraya.  Aku mengalih pandanganku ke arah Fareez, ingin bertanya lagi ke mana arah tujuan kami ini.  Tapi hanya sia-sia belaka, Fareez memilih untuk merahsiakannya.  Akhirnya kami sampai ke destinasi yang aku sendiri tidak pasti.  Aku perhatikan papan tanda, tertera I-City Shah Alam.   Gembiranya aku, sudah  lama aku ingin datang ke sini.  Lebih-lebih lagi keseronokan yang bakal aku rasakan ketika waktu malam.  Cahaya neon yang berwarna-warni akan terbias cantik.  Aku benar-benar teruja. Lantas aku tarik tangan Fareez, mengenggam seeratnya. 

“Terima kasih Feez, sudah lama saya nak datang ke sini. Tapi belum ada kesempatan, lagipun kalau datang seorang bosan pula.” ujarku kepadanya.  Aku tahu salah kerana memegang tanganya tapi aku terlampau gembira sangat dengan kejutan ini.  Fareez pula dari tadi tersengih-sengih melihat keterujaanku.

“Saya ingat nak bawa awak tengok salji, tetapi memandangkan kita belum rasmi menjadi suami isteri yang sah.  Saya hanya boleh bawa awak datang sini saja.  Insyaallah, kalau kita sudah nikah nanti saya akan bawa awak terbang jauh untuk honeymoon kita nanti.” Kata-kata Fareez membuatkan mukaku merona kemerahan.  Malu pula aku bila dia sudah sebut tentang honeymoon.

Kami jalan berpimpin tangan, hatiku berbunga riang.  Sejak Asyraf Fitri pergi hingga ke hari ini aku tidak pernah merasa betapa gembiranya aku.  Tapi sejak kedatangan Fareez kedalam hidupku, aku bahagia sekali. Walaupun diawal perjumpaan kami sering bertengkar dan tidak berapa baik, mungkin disebabkan jodoh yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T kami kini bahagia sekali.

Fareez mengajakku masuk ke “Snowalk”.  Katanya ingin aku mengalami bagaimana rasanya ketika musim sejuk diluar negara.  Ketika aku jejak kaki didalam “Snowalk” kesejukan mencengkam. Biarpun aku sudah mengenakan Jaket yang disediakan, tetapi tidak dapat menampung haba bagi menghilangkan kesejukan.  Perlahan-lahan Fareez menarik bahuku merapatinya, aku dapat rasakan haba dari badannya.  Tidak lama kami disitu, aku terus mengajaknya keluar. Tidak mahu mati kesejukan kataku kepadanya.  Fareez sudah ketawa, aku pula bengang. Macamlah aku ada buat lawak sampai dia nak ketawa sampai macam itu sekali. 

Waktu malam pula kami disajikan dengan “City Digital of Light” dimana terdapat banyak lampu neon yang cantik dan indah.  Terasa rugi pula kerana tidak membawa kamera bersama, nasib baik Fareez guna I-phone untuk mengambil gambar disekitar.

Jam ditangan menunjukkan sudah hampir 10 malam, maknanya sudah hampir 8 jam kami berada disini.  Nasib baik aku cuti, hanya Fareez saja yang terkejar-kejar mencari surau yang berdekatan untuk menunaikan solat.  Waktu kami meninggalkan I-City, aku perasan seperti ada seseorang yang mengekori kami.  Tapi aku pendamkan saja, mungkin hanya mainan perasaanku barangkali.

Sampai dirumah aku lihat mama sudah menungguku di meja berdekatan halaman rumah.  Kesian mama, tentu dia risau anak daranya tidak pulang seharian. 

Pintu kereta aku buka, terus aku memeluk mama. Fareez pula sempat menghulurkan salaman sebelum meminta diri untuk pulang.  Aku lambaikan tangan ketika kereta Fareez mula bergerak meninggalkan halaman rumahku.

“Seronok?” soal mama kepadaku.  Aku hanya melemparkan senyuman.  Dalam hati masih tidak mahu menceritakan kenanganku bersama Fareez. 

Nanti-nati Feeza cerita kat mama, sekarang ni nak naik mandi dan solat isyak. Assalamualaikum mama.”  Ujarku sambil berlalu.  Mama tahu aku kepenatan, sebab itu dia tidak mahu bersoal jawab dengan ku.  Mamaku memang ‘sporting’ dan ‘understanding’  sebab itu aku sayang sangat kat mama.

~Bersambung~