Bab
29
**-Jamie Leong
hantar surat letak jawatan disebabkan peristiwa itu..
Keesokan harinya,
buat pertama kalinya aku mencalit mekap diwajahku. Aku memerahkan pipiku dengan blusher
untuk menutup merah yang ada dipipi.
Nasib baik tak ada orang yang perasan akan perubahan wajahku ini. Harap-harap tak ada orang yang tanya, kalau
tak naya.
“Beb, aku ada
berita mengejut buat kau.” Fareeza panggung kepalanya, ingin melihat siapa
gerangan yang menyapa. Dah agak pun!
Kalau tak si Fariha siapa lagi kan?
“Berita apa
Fariha, kecoh sangat ni.” soalku padanya.
“Jamie Leong,
budak Finance Dept yang ada hati kat
kau tu dah resign pagi tadi. 24 jam
beb, dia kasi notis dan pulangkan sebulan gajinya.” Aku tersentak, pen ditangan
terlepas. Aku pandang wajah Fariha
seperti tidak percaya apa yang baru dia sampaikan kepadaku tadi.
“Mana dia? Dah
balik ke?” soalku kalut, Fariha pula sudah kebingungan. Tiba –tiba aku lihat satu senyuman terbit
dibibirnya. Aku tak tahu sama ada
senyuman ikhlas ataupun sindiran.
“Yang kau ni
kenapa beb? Pipi sebelah merah semacam aje.” Aku tayang muka ‘slamber’ malas
nak layan.
“Aku tanya si Jamie
Leong tu masih ada lagi ke atau dah blah” soalku semula.
“Dah lama blah
pun, lebih kurang 10 minit yang lalu. Kau kenapa? Sedih ke beb?” aik! main
kasar nampak si Fariha. Agak-agaklah sikit, nanti didengar pula oleh ‘CNN’ kat
sini mahu jenuh nak aku bersoal jawab dengan Fareez pula.
“Tak adelah beb,
sekurang-kurangnya aku naklah ucapkan goodbye
ke, sayonara ke, atau apa-apa
ajelah.” Aku cuba menutup kegugupan didada, tak mahu Fariha terkesan
perubahanku.
“Oh, itu macam
ka! lain kali aku bagi cepat-cepat tau kat hang.” Fariha ni suka sangat cakap
loghat kedahnya kalau berkomunikasi denganku.
Kadang-kadang aku ada juga terikut-ikut. Fariha meninggalkan aku bersama senyuman yang
tak lekang dibibir, pelik!.
Cepat-cepat aku
dail no talian bimbit Jamie Leong, kedengaran suara lemah ditalian. “Yes sayang.” Aku tersentak, kali pertama
Jamie Leong memanggilku dengan perkataan itu.
“Where are you?” soalku padanya.
“Still at parking lot, why?”
“Wait for me there, saya datang
sekarang.” Aku bangkit dan bergegas menuju ke lift, ingin menyusul Jamie Leong
di parking lot.
Langkah kakiku
laju, pintu sebelah penumpang aku buka dan aku labuhkan duduk disitu. Mulut masing-masing terkunci, baik Jamie
Leong mahupun aku sendiri. Jamie Leong
menghidupkan enjin keretanya, kereta meluncur membelah jalanraya. Aku masih seperti tadi, tiada sebarang reaksi
hanya hairan dengan kelakuan Jamie Leong.
“I nak bawa you
tengok rumah baru, I akan pindah kat sana tak lama lagi.” Aku terpana, Jamie
Leong nak pindah? Tapi kenapa.
“But why? Tell me. Kenapa you resigned, sebab perkara semalam ke? bertalu-talu aku soalan yang keluar
dari mulutku.
“Your know me better, tak perlu nak I terangkan lagi pada you. Sekali Lagi I minta maaf bagi pihak Kah Seng.”
Sayu hatiku takala mendengar dia berbicara demikian, mungkin perbuatan Kah Seng
telah memalukan dirinya.
“Jamie, I know you who you are, no doubt. But
please don’t do this, you are innocent.
You are not responsible of what Kah Seng wrong doing. “marahku padanya. Jamie Leong menggeleng kepalanya, aku
sedih.
Aku tak tahu
mengapa dan kenapa Jamie Leong mahu bertanggungjawab diatas kesalahan yang
tidak dia lakukan. Aku sedih
mengenangkan kisah kami berdua, walaupun aku tak cinta padanya. Tapi aku
sayangkan Jamie Leong seperti sayang seorang kawan terhadap kawan baiknya. Jamie Leong merupakan sahabat terbaikku selain daripada Fariha. Dia buat aku terkenangkan seorang lagi lelaki
yang pernah hadir dalam hidup aku, Bernard Lee.
Lelaki yang pernah bertakhta dihatiku selepas Asyraf Fitri. Bernard menjadi peneman setiaku kala aku
bersedih diatas kematian Asyraf Fitri.
Namun takdir telah memisahkan kami, dan aku sekali lagi sendiri
sehinggalah aku bertemu dengan Jamie Leong dan juga tunangku Fareez Zafriel.
Kereta Jamie
Leong berhenti disebuah rumah teres 2 tingkat.
Kawasan perumahan yang agak elit, aku jengah keluar tingkap ingin
melihat keadaan sekeliling. Cantik
sungguh pemandangan disini, aku terpaku.
Kawasan perumahan yang dikeliling bukit dan sungguh nyaman sekali.
“Rumah you ke?”
soalku selepas kami keluar dari perut keretanya.
“Nope, my brother’s house. I tolong
jagakan untuk dia.” Jamie Leong bergerak menuju ke pintu pagar rumah, segugus
kunci dikeluarkan dari poket seluarnya.
“Do you want to come in?” Jamie Leong mengajakku masuk ke
dalam rumah. Aku masih teragak-agak
untuk melangkah masuk.
“Tak payahlah Jamie,
lagipun tak manis sebab only both of us .
You just carry on, I’ll wait outside.” Aku
duduk dibangku yang ada disebelah pintu masuk.
Jamie Leong masuk ke dalam rumah, lebih kurang 15 minit dia keluar
bersama bagasi ditangannya. Aku pelik,
nak kemana lelaki ini? Soalku dalam hati.
“You nak kemana
dengan beg besar ni?” Jamie Leong hanya diam, tiada tanda-tanda ingin menjawab
pertanyaanku. Baggasi itu diletakkan
dalam bonet kereta, lantas dia mengamitku menghampirinya.
“I need to go somewhere. Before that I’ll
send you to the office.” Ada nada sayu ketika ayat itu keluar dari
mulutnya. Aku terkedu, dalam fikiranku
bermacam-macam yang berlegar-legar.
Pintu sebelah penumpang Jamie Leong bukakan untukku, dia mengisyaratkan
agar aku masuk. Aku menurut tanpa
sebarang bantahan, dan kemudian Jamie Leong memandu keretanya menghala ke
Damansara Heights.
“Jamie, can we have a chat before
you send me.” Pintaku ingin lama lagi bersama dengannya. Lelaki itu mengangguk kepalanya tanda
setuju. Lantas aku taip sms kepada
Fariha, memintanya agar mengkhabar pihak HR aku minta cuti kecemasan hari ini. Telefon bimbit aku matikan, tidak mahu ada
yang menganggu kami nanti. Aku ingin
bersendirian dengan lelaki ini agar semua jelas supaya kami tidak bermasam muka
nanti.
Kereta Jamie
Leong meluncur laju menuju ke Mid Valley, kami singgah di Sushi King. Aku suka makan sushi begitu juga Jamie Leong. Kami makan sambil berborak, suasana
direstoran ini tenang dan tidak sesak.
Barangkali waktu makan tengah disini belum mula, jam ditangan baru pukul
11.30 pagi.
“Jamie, kenapa
you buat keputusan terburu-buru. I tak mahu sebab perkara itu kita putus
kawan.” Kataku padanya. Jamie Leong
memandang wajahku sekilas, pengepit kayu diletakkan didalam piring kecil dan
ditolak ketepi.
“I tak mahu melihat you disakiti, cukuplah dengan perbuatan Kah Seng pada you kemarin. I
tak mahu you lalui kejadian yang
serupa. Jalan yang terbaik, I perlu pergi jauh dari sini.” Aku
tergaman, suara mendayu Jamie Leong meruntun jiwaku. Tanpa aku sedari air mataku menitis.
“Hey, don’t cry my dear. Not your fault, I
yang jatuh cinta pada tunang orang.” Jamie Leong mengelap airmataku dengan
hujung jarinya. Aku terkesima dengan sikap
penyanyang dan ambil berat Jamie Leong yang membuatkan hatiku pilu.
“Jamie, I….I....”
aku tidak dapat meneruskan kala jari telunjuk Jamie Leong sudah berada
dibibirku, aku terpana.
“Not another word dear, you make me feel
guilty. I yang patut pergi, jangan buat hati I berasa berat untuk meninggalkan you.” Jamie Leong menarik semula jarinya dari bibirku.
“Cinta memerlukan
pergorbanan, dan inilah pengorbanan yang harus I lakukan. Cinta I pada you sangat tulus, tapi I
tak mahu merampas hak milik orang lain demi kepentingan diri I sendiri. Fareez sangat mencintai you dan begitu juga dengan you.
I
hanya orang ketiga yang akan membuatkan dua hati yang saling menyintai
terpisah. Jalan terbaik, biarkanlah I pergi untuk selama-lamanya.” Fareeza
tertunduk, setitis airmata jatuh mengena lengan bajunya. Kata-kata dari Jamie Leong membuatnya sedar,
kehilangan Jamie Leong tidak akan membawa apa-apa makna dalam dirinya, hatinya
kini telah dimiliki oleh tunang tersayang.
“You nak kemana Jamie? Bila awak akan
kembali?” soalku bertalu-talu.
“I akan pergi jauh, dan mungkin suatu
hari nanti kita akan bertemu lagi. I harap masa itu you dan Fareez sudah pun berkahwin dan mempunyai anak.” ujarnya
sambil ketawa kecil.
"Tapi you cakap
tadi nak tinggal rumah abang you. Tak
jadi ke?” aku masih bertanyakan soalan yang aku sendri tahu tak aka nada
jawapannya.
“Bila I fikir
balik, lebih baik I pergi jauh. Tinggal di
KL buat hati I sakit.” Jamie merana, itu yang aku dapat bayangkan. Tapi bagaimana dengan aku, bersediakah aku
untuk kehilangan seorang lagi sahabat lelaki yang paling rapat padaku.
“Jamie, this is not the end of your love story. You will find another girls much better than
me.” Aku cuba provoknya agar dia melihat kehadapan. Dalam dunia ini masih ada banyak lagi
perempuan yang baik selain dariku.
“They are not same as you dear, you satu dalam
sejuta.” Jamie Leong melemparkan senyuman, aku disebelahnya kegelisahan.
“Baiklah, jika
itu yang terbaik untuk semua. Saya relakan awak pergi, tapi ingat jangan
merajuk terlalu lama. Family you masih memerlukan you disamping mereka.” Jamie Leong
menghadiahkanku senyuman terakhirnya.
Petang itu kami
menghabiskan masa berbual-bual sehingga Jamie Leong menghantarku pulang ke
rumah. Sampai dihadapan pintu pagar,
sebuah kereta berhenti mengejut dibelakang kereta Jamie Leong. Dengan satu tumbuk, Jamie Leong rebah
dihadapanku. “Fareez?” Aku cuba
menolong, tapi ditolak oleh Fareez.
“What are you doing with her? She is my fiance’e. don’t you know?” keras
sungguh suara Fareez, tangannya masih mencengkam kolar baju Jamie Leong.
“Stop it! Both of you.” aku tolak
kedua-duanya, terus aku berdiri
ditengah-tengah. Wajah Fareez aku tenung
dengan perasaan marah meruap-ruap, aku kalih disebelah untuk melihat keadaan Jamie
Leong pula. Bibir lelaki itu berdarah
akibat penangan Fareez.
“Fareez, kenapa
awak tumbuk Jamie?” soalku padanya, mata Fareez pula merenung tajam ke
arahku.
“Dia tak patut
keluar dengan tunangan orang” marah Fareez sambil menunding jarinya ke arah
Jamie Leong.
“I know that’s my fault. But Fareeza wanted to see me. We just had a chat and nothing happen.” Jamie
Leong cuba pertahankan dirinya dari amarah Fareez. Fareez sekali lagi ingin
menerpa ke arah Jamie Leong. Aku tolak badan Fareez semula ke tepi, siap bagi
amaran dengan jari telunjuk. “You, stay
there!”
“Jamie, you can leave now. Call me before you going off.” Jamie Leong bergerak ke arah keretanya, aku
melambai sebelum kereta Jamie Leong hilang dari pandangan kami.
“And you, get in the car.” Fareez
mengarahkan aku agar mengekorinya.
Perlahan-lahan aku menapak masuk
keretanya. Fareez menekan minyak dan
kereta meluncur laju dari speed biasa.
Aku perkemaskan tali pinggang keledar, takut tercampak pula. Dalam hati sudah seriau, tapi aku buat-buat biasa. Orang tengah marah tak boleh ditegur, nanti
lain pula jadinya. Berdiam diri adalah
jalan yang terbaik. Tiba-tiba Fareez menghentikan keretanya dibahu jalan. Tangannya memukul stereng kereta, terkejut
aku dibuatnya.
“Reez, maafkan
saya.” pintaku, tahu kesalahanku yang satu ini.
Fareez meraup wajahnya, senyuman sinis terukir dibibirnya.
“Feeza patut bagitahu kat Reez tentang hal ini. Kalau tidak kerana orang upahan Reez yang
cakap pasal kes penculikan itu, tentu sampai bila-bila pun Feeza akan rahsiakan
daripada Reez.” Bentaknya, marah sungguh Fareez ketika orang suruhan
mengkhabarkan berita buruk tentang tunangnya.
Lebih marah lagi bila diberitahu orang yang menculik tunangnya itu
adalah rakan kepada Jamie Leong.
“Reez kan takde,
macam mana Feeza nak bagitahu. Lagipun
tak ada apa-apa yang berlaku, semuanya salah faham saja. Kah Seng tak berniat jahat, dia cuma hendak
menolong Jamie. Itu saja!.” Terangku.
Mata Fareez tepat memandang tajam ke arahku. Timbul pula rasa takut apabila melihat wajah
gerun lelaki ini. Kali pertama Fareez
begini, aku jadi tidak keruan. Rasa
bersalah mula menjalar dalam diri, sudahlah keluar dengan Jamie Leong tadi pun
salah. Ini lagi teruk bila Fareez tahu
tentang kejadian penculikan itu.
“Maafkan saya
sekali lagi, lain kali saya akan lebih berhati-hati. Lagipun Jamie sudah berhenti kerja. Surat
perletakkan jawatannya sudah ada dimeja HR pagi tadi. Dia akan pergi jauh, saya jumpa dia pun sebab
tak mahu dia merasa bersalah diatas perbuatan Kah Seng terhadap saya. Maafkan saya!’ aku ingin keluar dari kereta,
tapi pergelangan tanganku disambar Fareez.
Aku renung wajahnya, terbias setitis air jernih dipipinya. “Fareez menangis!” soalku dalam hati.
“Feza, saya minta
maaf. Saya takut kehilangan awak, sebab itu saya terlalu emosi. Saya tak mahu dituduh lelaki dayus, saya harus
pertahankan hak saya dari diambil orang lain.” Airmata Fareez menitis
dilenganku, aku terkedu. Aku masuk
kembali kedalam kereta, Fareeez masih erat menggengam tanganku. Dia membawa kedua-dua telapak tanganku lantas
dikucup perlahan.
“Reez bukan
lelaki dayus, tapi seorang lelaki yang ingin mempertahankan haknya. Jangan risau, Feeza memang milik Reez. Insyaallah jika ditakdirkan oleh ALLAH, jodoh
antara kita akan berkekalan. Feeza akan
jadi hak milik mutlak Reez tak lama lagi.
Tiada sesiapa pun yang bisa merungkaikan percintaan antara kita
berdua. Tidak Jamie Leong mahupun orang
lain.” aku membalas gengaman tangannya. Fareez mengukir senyuman, aku pun
begitu juga. Lama juga kami berkeadaan
begitu sehingga bunyi telefon bimbitku menganggu lamunan kami berdua.
“ Feeza dengan Fareez ma.” Jawabku setelah
memberi salam.
“Mama ingat Feeza
pergi mana tak balik-balik lagi. Risau juga, sebab hari tu Feeza cakap Fareez outstation.” Lega hati Puan Rohani
takala mendengar suara anak gadisnya ditalian.
“Reez baru
sampai, terus dia ajak Feeza keluar.
Kejap lagi kami balik lah.” selepas bersoal jawab selama beberapa minit,
talian dimatikan. Aku kalih sebelah
ingin melihat wajah yang aku rindui, dia tetap tenang memandang ke depan.
“Mama Feeza cakap
apa?” soal Fareez, enjin kereta dihidupkan.
“Mama tanya kat
mana, dia risau anak gadis dia lewat balik.
Lagipun bakal menantu dia outstation
tu yang mama risau sangat.” Jawabku.
“Maafkan Reez,
cemburu membuatkan Reez bertindak sedemikian.”
“Tak, Reez memang
tak salah. Semua ini salah Feza.” kami
saling minta maaf.
“Okaylah, memang
kita berdua yang salah. Lain kali, kita
berdua kena saling mempercayai satu sama lain.
Dan Reez harap Feza jangan nak rahsiakan apa-apa pun dari Reez. Begitu
juga dengan Reez, Janji ya sayang.” aku mengangguk laju, senyuman manis aku
hadiahkan buat Fareez.
“Boleh temankan
Reez pergi makan tak? Perut dah berbunyi minta makanan.” Pinta Fareez.
“Aik! tadi tak makan
lagi ke?”soalku semula. Sengaja nak
menyakat tunang tersayang.
“Macam mana nak
makan, fikiran asyik melayang teringat orang kat sini. Reez ambik first flight to KL pagi tadi terus ke KLIA. Lepas touch
down terus balik rumah ambik kereta dan bergegas tunggu Feeza
pulang.”adunya, panjang juga perjalanan dia hari ini. Kesian pula aku rasa.
“Ala..la.la..kesiannya
dia. Sekarang ni lapar ye?” aku
buat-buat muka kesian, Fareez tayang sengihan nakal.
“Lapar lah, kalau
boleh nak makan sekali dengan orang kat sebelah. Nasib baik tak boleh.” Ujarnya
bersama sengihan nakal terukir dibibir.
“Reez jangan
main-main. Kang Feeza terjun.”ugutku pula.
“Kalau sayang
terjun, jadi duda berhiaslah Reez.” Feeza menjeling, Fareez ketawa. Suka benar dia mengusik tunangnya ini.
“Ada hati nak
jadi duda berhias, kalau macam ni Feeza nak cari lain lah?” seklai lagi aku
mengugutnya bersama muka cemberut.
“Alah sayang, tu
pun nak merajuk. Meh sini Reez pujuk.”
Fareez ingin mengapai tanganku, tapi aku menepis lembut.
“Jangan nak
mengada-gada. Dah..dah.. jalan cepat.
Karang ada yang kena makan pulak.” Fareez menghidupkan engin kereta
bersama sengihan nakal terukir dibibirnya.
Aku memasamkan mukaku, Fareez pula terus ketawa dan ketawa melihat wajah
cemberutku. Petang yang damai ini
membawa cerita yang indah antara aku dan dia.
-----------------------------------
~Bersambung~--------------------------------------------------------------
P/S: Terima kasih kerana sudi membaca karya yg tak seberapa. Sebarang komen dan pendapat amatlah dialu-alukan, nak merapu pun dipersilakan. With lots of love...:)