Bab
27
“Apa? papa saya
dah hilang? Sejak bila?” terkejut Fareeza ketika Fareez memberitahu akan berita
kehilangan papa Fareeza dari rumahnya.
“Sejak..sejak.. 3
hari.. yang… lalu. Saya takut nak
bagitahu awak perkara yang sebenar, ini surat yang papa tinggalkan untuk awak.”
Jawab Fareez terketar-ketar, dia menyerahkan sampul surat berwarna coklat
kepada Fareeza.
Sampul surat
dibuka, tertera kemas tulisan tangan papa didada kertas putih A4.
Feza,
Maafkan papa
sebak terpaksa tergesa-gesa meninggalkan rumah Fareez. Papa tak mahu menyusahkan Fareez lagi,
cukuplah sudah sebulan papa tinggal disana.
Hati papa tak tenang, selagi perkara ini tidak selesai.
“Hati papa tak
tenang, perkara tak selesai. Apa maksud papa.” Berbagai persoalan timbuk
difikiran Fareeza. Dia menyambung baca
isi kandungan surat itu lagi.
Papa, perlu
berdepan dengan mereka-mereka yang bertanggungjawab diatas kejatuhan syarikat
yang papa bina dulu. Dan papa harap Feza
dapat memaafkan papa diatas tindakan yang bakal papa ambil. Papa harus selesaikan masalah ini segera,
Feza jagalah mama dengan baik. Jangan
lupa bagi tahu mama yang papa masih sayangkan mama.
Salam sayang dari
papamu.
Selesai membaca
surat itu, Fareeza terduduk seketika, rasa marah terhadap Fareez surut
digantikan dengan perasaan bimbang dan takut.
Ya, dia amat bimbangkan keselamatan papanya. Selama ini dia tidak tahu
apa yang telah papanya alami sehingga mereka 3 beranak terpaksa berpisah. Dia harus cari tahu apa yang berlaku
disebalik kehilangan papanya ini, dan dia percaya ini semua berkaitan dengan Uncle Hairil. Salah seorang rakan kongsi papanya.
“Kenapa sayang,
risau semacam aje?”soal Fareez selepas melihat wajah tunangnya yang agak pucat.
“Papa” hanya itu
yang terkeluar dari mulut Fareeza. Fareeza merampas surat ditangan tunangnya,
lantas dibaca isi kandungan surat itu. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat
kandungan surat itu, dia juga terkesima.
“Jangan risau,
nanti saya akan suruh orang saya cari dimana keberadaan papa awak.” Kata-kata
Fareez sedikitpun tidak menarik perhatian Fareeza. Dalam hatinya hanya ada rasa
ketakutan dan kebimbangan.
“Saya baru
bagitau mama pasal papa, sekarang papa dah menghilangkan diri pula. Apa yang patut saya buat Fareez?” sendu
Fareeza semula.
“Kan saya dah
cakap, saya akan suruh orang suruhan saya cari papa awak sampai ketemu. Dalam masa terdekat ini kita pasti dapat
jumpa kembali papa awak. You need to
trust me sayang.”pujukan Fareez berkesan apabila dia melihat wajah
tunangnya sudah mula mengukir secebis senyuman tawar.
“Saya harap pun
begitu, kalau tak kita cancel aje
majlis perkahwinan kita.”tersentak Fareez ketika mendengar ayat yang terluah
dari mulut Fareeza.
“Oh no! no, dear. Majlis itu tetap akan berjalan seperti yang
dijadualkan.” Fareez mengangkat tangan kanannya tanda tidak setuju dengan
cadangan Fareeza.
“Mana boleh,
siapa nak jadi wali saya kalau papa tak ada.” Fareez mengaru kepalanya, betul
juga.
“Itu saya tahu, tapi
sayang jangan risau by hook or by crook
kita tetap akan bernikah seperti yang telah dibincangkan. Papa awak ada, cuma dia perlukan sedikit masa
untuk berfikir dan kita perlu hormati keputusan dia.” Kata-kata Fareez sedikit
sebanyak melegakan hatiku. Moga-moga
tidak terjadi sesuatu yang buruk terhadap papaku.
“Tapi Reez, papa
kan sakit. Masa kita jumpa dia pun, keadaan dia agak lemah.” Risau Fareeza
apabila mengenangkan kondisi papanya.
“Sayang, Reez tahu.
Masa Reez bawa balik papa hari tu, Dr Farhan ada datang merawat
papa. Menurut kata Dr Farhan, papa cuma
agak keletihan dan perlukan rehat secukupnya.” terang Fareez, dia tahu
tunangnya risaukan akan kesihatan bakal bapa mertuanya itu.
“Kalau dah Reez
kata macam tu, senang sikit hati Feza ni.
Kalau tak, tak tahu nak cakap macam mana lagi. Terima kasih Reez, sebab sudi jaga papa macam
orang Reez sendiri.” Fareez mengapai tangan Fareez lantas digenggam erat. Fareez tersenyum riang melihat wajah
tunangnya ceria.
“Kan Reez dah
cakap, papa sayang papa Reez juga.
Lagipun tak lama lagi kita kan dah nak kahwin, papa dan mama sayang dah
jadi tanggungjawab Reez sekarang. Jadi
Reez harap sayang pun akan lakukan perkara yang sama pada abah dan umi Reez
nanti.” Terukir senyum manis dibibir Fareeza ketika Fareez berkata
sedemikian. Memang tak salah mama
memilih Fareez untuk dijadikan bakal suaminya nanti, Fareez memang seorang yang
bertanggungjawab dan hormat pada orang tua.
“Eh, Reez tak
tahu lagi ke?” sengaja aku hendak mengusiknya.
“Tahu apa
sayang?”Fareez menggaru kepalanya yang tiba-tiba terasa gatal pula. Tapi saat dia melihat senyuman nakal terukir
dibibir Fareeza, hatinya berbunga.
“Kan Feeza ni
bakal menantu kesayangan abah dengan umi. “ ajuku sambil mendabik dada, bangga
kononnya.
“Yelah tu, sebab
tu umi suka sangat tanya pasal sayang bila Reez telefon dia.” Ada nada rajuk
disitu.
“Ya ke? tak lama
lagi Reez pun umi lupakan sebab asyik duk teringat kat menantu kesayangan dia
nih.” Sakatku lagi, Fareez membuntang mata tidak percaya dengan kata-kataku.
“Takpelah kalau
macam tu, asalkan menantu kesayangan umi tak lupa akan suaminya pula. kalau tidak parah nanti, ka t mana nak cari
penawarnya.” Fareez bercakap seperti orang yang berjauh hati, saja nak usik
Fareez.
“Ala, lala..
kesiannya kat dia. Insyaallah, jika kita
sudah diijab kabulkan nanti. Hati ini,
cinta ini dan juga kasih ini semuanya akan menjadi milik ‘Fareez Zafriel’
seorang sahaja dunia dan akhirat.” ujarku sambil meletakkan tanganku didada.
Fareez terkaku, sungguh dia terharu mendengar luahan hati Fareeza. Kata-kata yang keluar dari bibir itu
benar-benar menyentuh hatinya. Sudah
lama dia tidak mengalami saat seperti ini.
Sedang Fareez dan
Fareeza melayani perasaan, telefon bimbit Fareez berbunyi. Dia menjawab panggilan itu. Lama juga dia berbual ditalian, dengan siapa
aku sendiri tidak ambil peduli. Akhirnya
setelah mematikan perbualan ditelefon Fareez mengajakku ke suatu tempat,
katanya ingin kenalkan aku dengan sahabatnya.
“Dah lama tunggu bro? sorry
lambat sikit jalan jem.” Fareez
bersalaman dengan lelaki yang tidak aku kenali.
“Tak lama pun
baru 10 minit.” jawab lelaki itu.
“Kenalkan, tunang
aku Fareeza.” Aku hanya menunduk tanda hormat kepada lelaki itu, tak boleh nak
salam dengan lelaki yang bukan muhrim tau.
Tiba-tiba satu suara yang aku kenali menyapa dari arah belakang kami.
“Maaf, saya ke tandas tadi. Dah order minuman?” sebaik sahaja berpaling,
alangkah terkejutnya aku
melihat susuk
tubuh yang amat aku kenali. Dyana? Apa dia buat disini. Emm.. manis sungguh dia mengenakan selendang
dan berbaju kurung warna biru laut.
Dyana
menghulurkan tangannya, ingin berjabat denganku. Aku pandang Fareez sekilas, lelaki itu
menggangukkan kepalanya. Mengerti akan
isyaratnya, lantas kami bersalaman.
Dyana sempat menarikku kedalam pelukannya, walaupun kehairanan tapi
segaris senyuman tetap aku hadiahkan buatnya.
“Fareeza, terima
kasih kerana sudi datang.” ujarnya ketika aku masih dalam dakapannya. Kedengaran esakan halus ditelingaku. Dyana menangis, biar betul.
“Sayang, sudah,
sudahlah tu. Kesian saya tengok wajah Fareeza.” Jeffrey menepuk perlahan
belakang tubuh Dyana. Pelukan terlerai,
tapi aku masih lagi dengan wajah yang blur.
“Saya..saya.. tak
faham apa semua ni. Fareez?” soalku
dengan suara yang agak bergetar.
“Nanti Reez
ceritakan kat sayang, sekarang kita duduk dulu.” Kerusi disebelah ditarik,
Fareez mengisyarat agar aku duduk disebelahnya.
Aku lanuhkan punggungku, tapi mataku tetap memandang ke wajah Dyana.
“Sayang, ini Jeffrey bakal suami Dyana. Kami dah
bertemu beberapa hari yang sudah.” Terang Fareez kepadaku lagi, “Mereka
perlukan bantuan dari kita berdua, dan Reez dah setuju nak tolong mereka.”
“Tolong apa? Feza
tak faham. Explain please?”
“Sebenarnya Jef
sudah lama jatuh cinta pada Dyana, tapi disebabkan Dyana menaruh hati pada Reez
cintanya ditolak. Mujur Allah dah
tunjukan kepada Dyana yang Jeffrey benar-benar mencintainya.” Terang Fareez panjang
lebar, sengaja dia mereka cerita sebegitu.
Tak kan dia nak cakap yang mereka berdua dah terlanjur. Tidak perlu dia aibkan keburukan seseorang,
biarlah semua ini keluar dari mulut empunya diri.
“Habis tu pasal
surat perjanjian tempohari tu macam mana?” soalku padanya. Dyana tunduk memandang bawah meja, Fareez
berdehem.. “Surat perjanjian itu palsu, Dyana dah mengaku.”
“Bukan itu saja
Feza, saya..saya ..” Dyana tidak tahu bagaimana harus dia ungkapkan kejadian
yang bakal mengaibkan dirinya sendiri.
Jefreey merenung lembut ke arah Dyana, memberi kekuatan kepada gadis itu
untuk meneruskan perbicaraannya.
“Sebenarnya kami
berdua dah terlanjur, saya sedang hamil 4 minggu.” Laju sahaja ayat itu keluar
dari mulut Dyana. Fareeza terpana, dia
menoleh memandang wajah Fareez ingin mencari kebenaran disebalik kata-kata
itu. Fareez menggangguk kepala
mengiakan.
“Kami malu dengan
perbuatan kami berdua, sebab itu saya minta tolong Fareez untuk bantu kami
selesaikan masalah ini.” Jeffrey menyambung lagi, “Saya harap awak tak keberatan meminjamkan
Fareez sebentar untuk menolong kami.” Fareez menepuk perlahan bahu Jeffrey,
seakan memberi sokongan moral. Aku masih
lagi membisu, namun seketika aku teringat akan pesanan mama. ‘Janganlah kita menolak jika ada seseorang
yang memerlukan bantuan, bantulah dia walaupun musuh kamu sendiri.’
“Baiklah Dyana,
saya akan bantu awak.” Dyana terpana, terus dia memeluk Fareeza. Dibisikan kata-kata maaf dan juga terima
kasih ditelinga gadis itu. Fareeza
perlahan-lahan menepuk belakang Dyana, tanda memaafkan segala perlakuan gadis
itu terhadapnya dahulu.
“Pasal surat
perjanjian itu saya dan Dyana akan bertemu dengan keluarga Fareez untuk
terangkan perkara yang sebenarnya.” Celah Jeffrey pula.
“Sayang, Jeffrey
dan Dyana akan melangsungkan perkahwinan mereka dalam masa terdekat. Dan
Jeffrey juga tidak lama lagi akan memeluk Agama Islam. Sekarang ini dia sedang giat belajar mengaji,
bersolat dan juga perihal rukun –rukun
Islam dengan bantuan dari Ustaz Azhar, rakan Feez.” Penerangan panjang
lebar dari Fareez membuatkan Fareeza rasa amat bersyukur kerana tidak lama lagi
akan bertambahlah lagi umat Rasulullah S.A.W.
“Syukur
Allahamdulillah, saya tumpang gembira mendengarnya. Jangan lupa jemput saya tau?” pertanyaanku
dijawab dengan tawa kecil oleh Dyana.
“Tentu sekali,
malah saya mahu Feza menjadi pengapit. Bolehkan Fareez?” Fareez melemparkan
senyuman, jari telunjuk diujukan kepada Fareeza berharap agar gadis itu
memberikan jawapan. Fareez mengangguk
kepala tanda menerima perlawaan itu.
“Lepas tu tak
lama lagi saya ada anak angkat lah ya?” Fareez mencelah, Jeffrey senyum
lebar.
“Nak buat jadi
menantu pun boleh juga, kalau sudi.” Seloroh Jeffrey, dia suka dengan
persahabatan yang baru terjalin diantara dirinya dan Fareez.
“Mana boleh Jef,
I tak sure lagi anak I perempuan atau
lelaki.” Fareez mengeyit mata pada Fareeza, gatal!
“Yelah, anak
tekak kan. Mana ada jantina.” sampuk Fareeza pula. Fareez menjengkilkan matanya
tanda tidak setuju. Jeffrey dan Dyana
saling bertukar senyuman, suka melihat pasangan bahagia ini gaduh gaduh sayang.
“Tengok tu Jef,
dia kata anak tekak. Memang tak sayang
mulut betul ya sayang?” adu Fareez.
“Tulah Fareez,
sape suruh jolok sarang tebuan. Nanti
kena sengat baru tahu.” Ketawa Dyana melihat muka kelat Fareeza. Suka benar Fareez menyakat gadis itu.
“Nak buat macam
mana Dy, aku suka sangat jolok tu yang kena sengat.” Nak kena sengat! nah
rasakan. “Aduh” Fareez mengaduh, sakit kena cubit oleh tunang tersayang. Jeffrey dan Dyana galak mengetawakan Fareez
yang enak dicubit oleh tunangnya sendiri.
Petang itu telah
melakarkan suasana yang paling indah. Kisah dendam terlerai sudah, malah
digantikan dengan kisah baru.
Persahabatan yang terbina tanpa disedari oleh kedua-dua pihak. Ya, mereka pernah bergaduh kerana seorang
lelaki, dan kini kerana lelaki ini juga mereka menjalinkan persahabatan. Dan masing-masing berlalu dengan hati yang
gembira dan senyuman yang terukir dibibir.
Fareeza memandang
langit, cerah betul cuaca hari ini.
Secerah tali persahabatan yang baru terjalin diantara dua insan yang
saling membenci satu ketika dahulu. Pada
mulanya dia agak marah dengan tindak-tanduk Dyana tempoh hari, tetapi setelah
mengetahui hal yang sebenarnya dia akur.
Manusia memang tak pernah lari dari membuat kesilapan, dan kita juga
patut saling memaafkan kerana itu yang sebaiknya. Dendam dan sakit hati tidak akan membawa
kebahagian, malah akan membawa kepada penderitaan.
Fareez kalih
melihat wajah tunangnya, dia tahu apa yang ada dihati gadis itu. Dia amat bersyukur kerana Fareez seorang yang
pemaaf. Makin mekarlah kasih dan
sayangnya pada gadis itu. Dalam diam,
dia mengapai tangan Fareeza dibawah meja.
Lantas digenggam seeratnya, Fareeza tersentak. Tidak lama kemudian,
terbit senyuman diwajah gadis itu, dan mata mereka saling bertentangan.
P/S: Kepada pembaca setia, sy amat mengalu-alukan sebarang komen mengenai cerita ini. Tanpa anda, tiadalah saya. Terima kasih...luv you all :)
No comments:
Post a Comment