Bab
28
Hari ini sekali
lagi Jamie Leong berpeluang balik bersama-sama Fareeza. Kebetulan pula Fareez
dihantar ke Jepun selama 2 minggu untuk menghadiri mesyuarat dan seminar. Dalam hati Jamie Leong sudah berlagu riang,
sudah lama dia nantikan saat ini sejak kali terakhir dia menghantar Feeza pulang
ke rumah sebulan yang lalu.
“Terima kasih sebab
sudi pulang bersama saya. Dah lama kita tak balik sama-sama kan?” suara Jamie
Leong memecah lamunan Fareeza. Dia menoleh sebelah memandang raut wajah
pemuda cina itu.
“Masing-masing
sibuk.” jawabku.
“Definitely not me, It’s you dear.”wah!
dah macam merajuk bunyinya.
“Jamie, I tak mahu bergaduh dengan you. “
“Siapa cakap kita bergaduh, I cuma cakap benda yang
betul.” Garangnya mamat ni, apa salah aku? Langkah kakiku terhenti, lantas aku
merapatkan diri ke dinding bangunan.
Perlahan-lahan aku hela nafasku, ingin membuang resah yang melanda. Jamie Leong yang turut sama berada
disebelahku memandangku tanpa sebarang reaksi.
“Jamie, I love to be with you as a friend.
But you are trying to treat me as your girlfriend. Please wake up, I’m someone
fiancĂ©e. Do respect me!” amarah cuba
aku kawal supaya tidak terhambur keluar.
Jamie Leong memandangku terkebil-kebil, mungkin tidak percaya dengan apa
yang aku luahkan kepadanya.
“Feeza, I can’t control myself when I’m with you. My heart act fast rather than my mind.”Jamie
Leong cuba menerangkan keadaan yang dia lalui.
Aku kalih pandang wajahnya, terpancar secebis keikhlasan.
“Since you don’t like to be with me. Then, I shall leave.” Jamie Leong terus
melangkah pergi meninggalkan aku sendirian. Aku terkaku dengan tindakan spontan
Jamie Leong, tapi aku tak berdaya untuk memujuknya. Lantas aku biarkan dia pergi tanpa menoleh
lagi.
Dari sebalik dinding bangunan itu, tidak Fareeza mahupun Jamie Leong sedari ada sepasang mata yang sedang memerhatikan kelakuan mereka berdua. Kah Seng menumbuk dinding tersebut, geram melihat sahabatnya patah hati. Dan perempuan melayu yang berada selang beberapa meter hadapannya itulah punca sahabatnya jadi begini. Perlahan-lahan dia menghampiri Fareeza, tangan gadis itu disentap.
Fareez yang
terkejut terus berteriak, “Hey, who are
you? What do you want?” belum sempat berbuat apa-apa dia ditarik masuk ke
dalam sebuah kereta. Jamie Leong yang
terdengar teriakan Fareez lalu menoleh, tapi semuanya sudah terlambat Fareeza
telah dibawa pergi.
Jamie Leong cuba
mengejar kereta itu, tapi dia tidak berdaya.
Kereta itu sudah jauh meninggalkannya, namun dia terpana ketika melihat
no plat kereta tersebut. “Kah Seng!” Terus dia mendail nombor telefon Kah Seng,
agak lama baru kedengaran suara Kah Seng ditalian.
“Wei bro, lu mahu
bawak mana wa punya kawan” kasar sungguh bahasa Jamie Leong kala ini, cemas pun
ada kerana risau dengan keadaan Fareeza.
“Wa nak ajar ini
perempuan, kasi tunduk sama lu.” nada suara Kah Seng pun bunyi kasar juga.
“Kah Seng, lu
jangan buat kerja gila. Kasi pulang itu perempuan sama wa, sebelum wa ajar lu
cukup-cukup.” Jamie Leong sudah membentak, geram dengan tindakan Kah Seng yang
dianggap tidak masuk akal itu. Kah Seng
gelak kuat, tanpa menghiraukan ugutan Jamie Leong padanya.
“Lu ingat wa
takut, kalau lu tak mau. Gua boleh ambik ini pompuan buat teman wa pigi night club” Kah Seng memang sudah gila, Jamie
Leong sudah tidak keruan dibuatnya.
Perlahan-lahan Jamie Leong menarik nafasnya, cuba mencari helah agar Kah
Seng serahkan semula Fareeza kepadanya.
Akhirnya dia terfikir sesuatu, lantas dia berkata. “Okay, wa ikut cakap
lu. Sekarang lu cakap mana wa mahu jumpa lu.” Jamie Leong cuba berpura-pura
berlembut dengan sahabatnya itu.
“Macam tu la
kawan, sekarang lu tunggu wa kat Viva. Nanti wa jumpa lu kat sana bro,” belum habis Kah Seng berbicara, kedengaran
rintihan suara Fareeza. “Tolong encik, jangan apa-apakan saya.” Kah Seng marah,
lantas dia menampar muka Fareeza. Pang! Fareeza pengsan, Jamie Leong ditalian
mengelabah.
“Woi, bro. Lu
buat apa dekat itu pompuan.” Jamie Leong bertanya cemas.
Jamie Leong
berkejaran di perhentian teksi yang berdekatan, terus dia menahan teksi dan
menuju ke destinasi yang dikatakan oleh Kah Seng itu tadi. Dalam diam dia berdoa tiada apa-apa yang
berlaku terhadap Fareeza dan dia juga berharap agar Kah Seng tidak bertindak
diluar kesedaranya. Dia menyesal kerana terlanjur
menceritakan kisah sedihnya pada Kah Seng, dan dia tahu yang sahabatnya itu
sebenarnya ingin menolongnya. Tapi ini
semua salah, Kah Seng boleh dituduh diatas kesalahan menculik. Ini kes berat, silap-silap boleh masuk
penjara.
Destinasi yang
ditujui akhirnya sampai, cepat-cepat Jamie Leong meloloskan dirinya dari perut
teksi. Matanya meliar mencari kelibat
Kah Seng. Orang yang dicari berada 100 meter
dihadapannya sedang enak bersandar ditepi kereta Gen 2 warna hitam. Langkah kaki laju menuju ke arah Kah
Seng.
Jamie Leong
mencekak kolar baju T’shirt Kah Seng. “Mana itu pompuan?” soalnya kasar. Kah Seng memuncungkan bibir ke dalam perut
kereta. Jamie Leong lepaskan
cengkamannya lantas terburu-buru membuka pintu kereta. Alangkah sedihnya dia melihat Fareez
terbaring, tentu gadis itu pengsan gara-gara ditampar oleh Kah Seng. Pintu kereta ditutup kembali, lantas di
mencekak semula kolar baju Kah Seng.
“Kan wa dah cakap
sama lu, jangan masuk campur. Ini urusan wa sama dia, wa memang sayang sama
dia. Tapi wa takkan buat dia ini macam.
Sekarang, lu sudah buat satu kesalahan yang besar dalam hidup lu. Kalu dia report sama polis, lu boleh masuk
itu lokap. Lu nak masuk lokap?” marah benar Jamie Leong kepada Kah Seng. Sahabatnya itu memang suka buat kerja yang
tidak masuk akal, sebab itu dia geram.
“Bro, wa tak nak
masuk lokap. Tolong wa bro!” rayu Kah Seng.
“Tahu takut,
sekarang apa macam?” sengaja Jamie Leong menyoal Kah Seng kembali.
“Wa tak nak masuk
lokap, nanti itu polis kasi hantam sama wa.
Lu tolong wa, wa tahu wa salah.” Terketar-ketar suara Kah Seng memohon
maaf.
“Okay, sekarang
lu pergi balik. Kereta lu wa pakai dulu. Nanti malam lu datang rumah wa, kita
bincang.”selesai berkata, Jamie Leong melolos masuk kereta Gen 2 kepunyaan Kah
Seng. Tinggallah Kah Seng disitu dengan
perasaan bersalah dalam hatinya. Dia
meraup kasar wajahnya, “Apa yang wa dah
buat?” rintihnya.
Jamie Leong
memandu kereta Kah Seng membelah jalanraya yang sibuk. Dia membawa Fareez ke Tasik Titiwangsa, ingin
menenangkan gadis itu sebelum dihantar pulang.
Nasib baik Fareez tiada di sini, kalau tidak tentu jadi pergaduhan besar
diantara mereka nanti. Kereta diparking
berdekatan tasik, dia keluar sambil menanti Fareeza sedar dari pengsan.
Bukannya dia tidak mahu mengejutkan gadis itu, tapi dia takut hendak berdepan
dengan reaksi Fareeza nanti.
“I’m so sorry dear, my friend didn’t mean to
harmed you. He only wanted to help me,
please forgive him.” sayu kedengaran suara Jamie Leong memohon
kemaafan. Fareeza melemparkan pandangannya
ke arah tasik yang terbentang luas. Dia
masih tidak bersuara, Jamie Leong sudah mula risau. Hatinya sungguh sayu melihat wajah gadis yang
dia cintai muram. Baru dia nak bersuara, Fareeza terlebih dahulu mencelah.
“No Jamie, you tak
salah. It’s true that you friend try to
kidnap me, tapi semua yang berlaku mesti ada sebabnya. Dan I tahu semuanya
bukan salah you.” Fareeza menyinga menahan kesakitan dipipinya. Mungkin sebab dia terlalu banyak bercakap
sebab itu sakit. Tangan Jamie Leong
secara automatik ingi mendarat dipipi Fareeza, tapi gadis itu menepis
perlahan. Haram! Mana boleh sentuh, bukan
muhrim.
“I’m so sorry, masih sakit lagi ke? you nak I bawa you ke klinik?”
soal Jamie Leong dalam keresahan. Dia
benar-benar rasa bersalah dengan apa yang terjadi. Dia juga tidak menyangka sahabat baiknya
tergamak menculik Fareeza dan berlaku kasar terhadap gadis itu. Fareeza menggelengkan kepalanya, tak mahu
dibawa ke klinik. Dia hanya mahu pulang,
tapi dia takut mama pasti akan bertanya mengapa dan apa yang telah terjadi
kepadanya. Nasib baik juga Fareez tiada
disini, jika tidak jenuh juga dia perlu bersoal jawab dengan tunangnya itu.
“Jamie, can you send me home. I just need to
get some rest. Jangan risau pasal your friend, I takkan buat sebarang
laporan terhadapnya. And you too, please stop blaming yourself.”
Fareeza sudah mula ingin menapak pergi tetapi langkahnya terhenti apabila Jamie
Leong memanggil namanya semula.
Suasana dalam
kereta masih sunyi dan sepi, hanya bertemankan suara DJ diradio. Sejak dari Tasik Titiwangsa hinggalah sampai
ke pintu pagar rumah Fareeza masing-masing masih diam membisu. Baik Fareeza mahupun Jamie Leong,
masing-masing melayan perasaan yang tidak bertepi. Jamie Leong dengan perasaan bersalahnya
manakala Fareeza dengan perasaan yang bercampur-baur. Pintu kereta dibuka sehinggalah tertutup
kembali, tiada suara yang kedengaran. Akhirnya Jamie Leong memandu meninggalkan
perkarangan rumah Fareeza tanpa sebarang pamitan. Fareeza juga begitu, terus masuk ke dalam
rumahnya tanpa menoleh lagi.
Mama balik kampung sekejap, Pak Long kamu sakit. Tadi Abang Hafiz kamu datang ambil mama
dirumah. Maaf sebab tak sempat nak
tunggu Feza balik. Mama cuba telefon
Feza berkali-kali tapi talian kamu tidak dapat dihubungi. Jadi mama terpaksa tinggalkan nota ini.
Insyaallah, bila sampai kampung nanti mama telefon sayang. Feza jangan lupa makan dan tidur awal, kalau
ada apa-apa telefon mama ya sayang. Mama
pergi dulu.
Mama..
“Assalamualaikum
sayang, dah nak tidur ke?” kedengaran suara romantis Fareez ditalian.
“Waalaikumsalam,
belum lagi. Tengah tunggu orang sana call.”
Sengaja aku lunakkan suara ketika berbicara.
“Orang disana
yang tak sudi.” rajuk Fareez. Fareeza
seakan ingin ketawa mendengar suara merajuk Fareez ditalian.
“Sayang sengaja
nak buat orang disini merajuk kan? Sukalah tu, mentang-mentang kita tak dapat
jumpa. Orang kat sini dah rindu separuh
mati tau” sela Fareez.
“Mana ada, orang
disini pun rindu juga kat orang disana.”balas Fareeza pula.
“Sayang, buka
lappy. Kita Skype, rindulah nak tengok wajah sayang.” Permintaan Fareez buat
Fareez terdiam. “Macam mana ni, nanti
kalau dia tengok muka aku merah tentu banyak soal pula. Baik jangan.”bisik hati
kecilnya.
“Tentulah nak,
hadiah dari yang tersayang.”cepat-cepat aku jawab dengan nada ceria. Terdengar tawa kecil meletus dibibir
Fareez.
“Macam tulah,
Reez akan belikan untuk sayang. Janji ada upahnya.” Fareez sudah tersenyum
nakal, dengan niat ingin mengusik Fareeza pula.
“Upah, Upah apa?”soalku
macam orang bodoh. Fareez sudah ketawa
bedekat-dekat, geram pula aku.
“Reez sengaja nak
main-mainkan Feza kan?”soalku lagi, geram dengan sikap nakal Fareez.
“Mana ada sayang,
sayang tu yang fikir bukan-bukan. Reez tak kata apa-apa pun.” Provok Fareez
yang masih dalam nada mengusik.
“Suka hati Reez
lah, malas nak layan. Feza dah nak tidur, selamat malam dan assalamualaikum.”
Terus aku matikan talian. Fareez disana
masih ketawa berdekah-dekah, suka dengan sifat malu-malu tunangnya itu. Sms dihantar sebelum berbaring diatas katil.
Syg jgnlah marah-marah. Nnt tak comel tau, rindu sgt kat syg. Muah.. –
with lots of love from Reez
Kondo Taman
Miharja…..
“Lu memang gila
Kah Seng.”tempik Jamie pada rakan baiknya. Dicampakkan kunci kereta Kah Seng tepat ke
dahi lelaki itu.
“Padan muka lu,
lain kali jangan nak buat kerja bodoh.” Marah Jamie lagi.
“Wa kesian sama
lu. Dulu masa lu sama Audrey berpisah wa
tengok lu okay. Tapi sebab ini pompuan
lu jadi ini macam.” jelas Kah Seng, dia ingin sahabat baik tahu sebab mengapa
dia berbuat demikian.
“Kan wa dah cakap,
jangan masuk campur hal wa. Lu ni memang
degil.”Jamie menyekeh kepala Kah Seng, marah kerana Kah Seng masih tidak faham
akan situasinya.
“Sebab itu wa
tak mahu lu masuk campur. Sekarang wa tak mahu dengar apa-apa lagi. Baik lu balik sebelum wa tumbuk lu, blah!” Jamie
menghalau Kah Seng keluar dari kondonya.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
~Bersambung~
P/S: Hi semua, macam biasa. Saya amat mengalu-alukan komen-komen dari pembaca semua. Tak kiralah yang baik mahupun kutukan akan saya terima seadanya. Sila-sila lah ya...
No comments:
Post a Comment