Monday, 19 November 2012

CINTA LRT - Bab 29


Bab 29

**-Jamie Leong hantar surat letak jawatan disebabkan peristiwa itu..

Keesokan harinya, buat pertama kalinya aku mencalit mekap diwajahku.  Aku memerahkan pipiku  dengan blusher untuk menutup merah yang ada dipipi.  Nasib baik tak ada orang yang perasan akan perubahan wajahku ini.  Harap-harap tak ada orang yang tanya, kalau tak naya.

“Beb, aku ada berita mengejut buat kau.” Fareeza panggung kepalanya, ingin melihat siapa gerangan yang menyapa.  Dah agak pun! Kalau tak si Fariha siapa lagi kan?

“Berita apa Fariha, kecoh sangat ni.” soalku padanya.

“Jamie Leong, budak Finance Dept yang ada hati kat kau tu dah resign pagi tadi. 24 jam beb, dia kasi notis dan pulangkan sebulan gajinya.” Aku tersentak, pen ditangan terlepas.  Aku pandang wajah Fariha seperti tidak percaya apa yang baru dia sampaikan kepadaku tadi. 

“Mana dia? Dah balik ke?” soalku kalut, Fariha pula sudah kebingungan.  Tiba –tiba aku lihat satu senyuman terbit dibibirnya.  Aku tak tahu sama ada senyuman ikhlas ataupun sindiran.

“Yang kau ni kenapa beb? Pipi sebelah merah semacam aje.” Aku tayang muka ‘slamber’ malas nak layan.

“Aku tanya si Jamie Leong tu masih ada lagi ke atau dah blah” soalku semula.

“Dah lama blah pun, lebih kurang 10 minit yang lalu. Kau kenapa? Sedih ke beb?” aik! main kasar nampak si Fariha. Agak-agaklah sikit, nanti didengar pula oleh ‘CNN’ kat sini mahu jenuh nak aku bersoal jawab dengan Fareez pula.

“Tak adelah beb, sekurang-kurangnya aku naklah ucapkan goodbye ke, sayonara ke, atau apa-apa ajelah.” Aku cuba menutup kegugupan didada, tak mahu Fariha terkesan perubahanku.

“Oh, itu macam ka! lain kali aku bagi cepat-cepat tau kat hang.” Fariha ni suka sangat cakap loghat kedahnya kalau berkomunikasi denganku.  Kadang-kadang aku ada juga terikut-ikut.  Fariha meninggalkan aku bersama senyuman yang tak lekang dibibir, pelik!.

Cepat-cepat aku dail no talian bimbit Jamie Leong, kedengaran suara lemah ditalian. Yes sayang.” Aku tersentak, kali pertama Jamie Leong memanggilku dengan perkataan itu.


Where are you?” soalku padanya.

“Still at parking lot, why?”

Wait for me there, saya datang sekarang.” Aku bangkit dan bergegas menuju ke lift, ingin menyusul Jamie Leong di parking lot.

Langkah kakiku laju, pintu sebelah penumpang aku buka dan aku labuhkan duduk disitu.  Mulut masing-masing terkunci, baik Jamie Leong mahupun aku sendiri.  Jamie Leong menghidupkan enjin keretanya, kereta meluncur membelah jalanraya.  Aku masih seperti tadi, tiada sebarang reaksi hanya hairan dengan kelakuan Jamie Leong.

“I nak bawa you tengok rumah baru, I akan pindah kat sana tak lama lagi.” Aku terpana, Jamie Leong nak pindah? Tapi kenapa.


But why? Tell me. Kenapa you resigned, sebab perkara semalam ke? bertalu-talu aku soalan yang keluar dari mulutku. 

Your know me better,  tak perlu nak I terangkan lagi pada you.  Sekali Lagi I minta maaf bagi pihak Kah Seng.” Sayu hatiku takala mendengar dia berbicara demikian, mungkin perbuatan Kah Seng telah memalukan dirinya.                   

“Jamie, I know you who you are, no doubt. But please don’t do this, you are innocent.  You are not responsible of  what Kah Seng wrong doing.  marahku padanya.  Jamie Leong menggeleng kepalanya, aku sedih. 

Aku tak tahu mengapa dan kenapa Jamie Leong mahu bertanggungjawab diatas kesalahan yang tidak dia lakukan.  Aku sedih mengenangkan kisah kami berdua, walaupun aku tak cinta padanya. Tapi aku sayangkan Jamie Leong seperti sayang seorang kawan terhadap kawan baiknya.  Jamie Leong merupakan sahabat  terbaikku selain daripada Fariha.  Dia buat aku terkenangkan seorang lagi lelaki yang pernah hadir dalam hidup aku, Bernard Lee.  Lelaki yang pernah bertakhta dihatiku selepas Asyraf Fitri.  Bernard menjadi peneman setiaku kala aku bersedih diatas kematian Asyraf Fitri.  Namun takdir telah memisahkan kami, dan aku sekali lagi sendiri sehinggalah aku bertemu dengan Jamie Leong dan juga tunangku Fareez Zafriel.

Kereta Jamie Leong berhenti disebuah rumah teres 2 tingkat.  Kawasan perumahan yang agak elit, aku jengah keluar tingkap ingin melihat keadaan sekeliling.  Cantik sungguh pemandangan disini, aku terpaku.  Kawasan perumahan yang dikeliling bukit dan sungguh nyaman sekali. 

“Rumah you ke?” soalku selepas kami keluar dari perut keretanya.

Nope, my brother’s house. I tolong jagakan untuk dia.” Jamie Leong bergerak menuju ke pintu pagar rumah, segugus kunci dikeluarkan dari poket seluarnya.

“Do you want to come in?” Jamie Leong mengajakku masuk ke dalam rumah.  Aku masih teragak-agak untuk melangkah masuk. 

“Tak payahlah Jamie, lagipun tak manis sebab only both of us . You just carry on, I’ll wait outside.” Aku duduk dibangku yang ada disebelah pintu masuk.  Jamie Leong masuk ke dalam rumah, lebih kurang 15 minit dia keluar bersama bagasi ditangannya.  Aku pelik, nak kemana lelaki ini? Soalku dalam hati.

“You nak kemana dengan beg besar ni?” Jamie Leong hanya diam, tiada tanda-tanda ingin menjawab pertanyaanku.  Baggasi itu diletakkan dalam bonet kereta, lantas dia mengamitku menghampirinya.

I need to go somewhere. Before that I’ll send you to the office.” Ada nada sayu ketika ayat itu keluar dari mulutnya.  Aku terkedu, dalam fikiranku bermacam-macam yang berlegar-legar.  Pintu sebelah penumpang Jamie Leong bukakan untukku, dia mengisyaratkan agar aku masuk.  Aku menurut tanpa sebarang bantahan, dan kemudian Jamie Leong memandu keretanya menghala ke Damansara Heights.

“Jamie, can we have a chat  before you send me.” Pintaku ingin lama lagi bersama dengannya.  Lelaki itu mengangguk kepalanya tanda setuju.  Lantas aku taip sms kepada Fariha, memintanya agar mengkhabar pihak HR aku minta cuti kecemasan hari ini.  Telefon bimbit aku matikan, tidak mahu ada yang menganggu kami nanti.  Aku ingin bersendirian dengan lelaki ini agar semua jelas supaya kami tidak bermasam muka nanti.

Kereta Jamie Leong meluncur laju menuju ke Mid Valley, kami singgah di Sushi King.  Aku suka makan sushi begitu juga Jamie Leong.   Kami makan sambil berborak, suasana direstoran ini tenang dan tidak sesak.  Barangkali waktu makan tengah disini belum mula, jam ditangan baru pukul 11.30 pagi.

“Jamie, kenapa you buat keputusan terburu-buru. I tak mahu sebab perkara itu kita putus kawan.” Kataku padanya.  Jamie Leong memandang wajahku sekilas, pengepit kayu diletakkan didalam piring kecil dan ditolak ketepi.

I tak mahu melihat you disakiti, cukuplah dengan perbuatan Kah Seng pada you kemarin.  I tak mahu you lalui kejadian yang serupa.  Jalan yang terbaik, I perlu pergi jauh dari sini.” Aku tergaman, suara mendayu Jamie Leong meruntun jiwaku.  Tanpa aku sedari air mataku menitis.

“Hey, don’t cry my dear. Not your fault, I yang jatuh cinta pada tunang orang.” Jamie Leong mengelap airmataku dengan hujung jarinya.  Aku terkesima dengan sikap penyanyang dan ambil berat Jamie Leong yang membuatkan hatiku pilu.

“Jamie, I….I....” aku tidak dapat meneruskan kala jari telunjuk Jamie Leong sudah berada dibibirku, aku terpana.

Not another word dear, you make me feel guilty.  I yang patut pergi, jangan buat hati I berasa berat untuk meninggalkan you.” Jamie Leong menarik semula jarinya dari bibirku.

“Cinta memerlukan pergorbanan, dan inilah pengorbanan yang harus I lakukan.  Cinta I pada you sangat tulus, tapi I tak mahu merampas hak milik orang lain demi kepentingan diri I sendiri.  Fareez sangat mencintai you dan begitu juga dengan you.  I hanya orang ketiga yang akan membuatkan dua hati yang saling menyintai terpisah.  Jalan terbaik, biarkanlah I pergi untuk selama-lamanya.” Fareeza tertunduk, setitis airmata jatuh mengena lengan bajunya.  Kata-kata dari Jamie Leong membuatnya sedar, kehilangan Jamie Leong tidak akan membawa apa-apa makna dalam dirinya, hatinya kini telah dimiliki oleh tunang tersayang.

You nak kemana Jamie? Bila awak akan kembali?” soalku bertalu-talu.

I akan pergi jauh, dan mungkin suatu hari nanti kita akan bertemu lagi.  I harap masa itu you dan Fareez sudah pun berkahwin dan mempunyai anak.” ujarnya sambil ketawa kecil.

"Tapi you cakap tadi nak tinggal rumah abang you.  Tak jadi ke?” aku masih bertanyakan soalan yang aku sendri tahu tak aka nada jawapannya.

“Bila I fikir balik, lebih baik I pergi jauh.  Tinggal di KL buat hati I sakit.” Jamie merana, itu yang aku dapat bayangkan.  Tapi bagaimana dengan aku, bersediakah aku untuk kehilangan seorang lagi sahabat lelaki yang paling rapat padaku.

“Jamie, this is not the end of your love story.  You will find another girls much better than me.” Aku cuba provoknya agar dia melihat kehadapan.  Dalam dunia ini masih ada banyak lagi perempuan yang baik selain dariku.

“They are not same as you dear, you satu dalam sejuta.” Jamie Leong melemparkan senyuman, aku disebelahnya kegelisahan.

“Baiklah, jika itu yang terbaik untuk semua. Saya relakan awak pergi, tapi ingat jangan merajuk terlalu lama.  Family you masih memerlukan you disamping mereka.” Jamie Leong menghadiahkanku senyuman terakhirnya.

Petang itu kami menghabiskan masa berbual-bual sehingga Jamie Leong menghantarku pulang ke rumah.  Sampai dihadapan pintu pagar, sebuah kereta berhenti mengejut dibelakang kereta Jamie Leong.  Dengan satu tumbuk, Jamie Leong rebah dihadapanku. “Fareez?”  Aku cuba menolong, tapi ditolak oleh Fareez. 

“What are you doing with her? She is my fiance’e. don’t you know?” keras sungguh suara Fareez, tangannya masih mencengkam kolar baju Jamie Leong. 

Stop it! Both of you.” aku tolak kedua-duanya,  terus aku berdiri ditengah-tengah.  Wajah Fareez aku tenung dengan perasaan marah meruap-ruap, aku kalih disebelah untuk melihat keadaan Jamie Leong pula.  Bibir lelaki itu berdarah akibat penangan Fareez.

“Fareez, kenapa awak tumbuk Jamie?” soalku padanya, mata Fareez pula merenung tajam ke arahku. 

“Dia tak patut keluar dengan tunangan orang” marah Fareez sambil menunding jarinya ke arah Jamie Leong.

I know that’s my fault.  But Fareeza wanted to see me.  We just had a chat and nothing happen.” Jamie Leong cuba pertahankan dirinya dari amarah Fareez. Fareez sekali lagi ingin menerpa ke arah Jamie Leong. Aku tolak badan Fareez semula ke tepi, siap bagi amaran dengan jari telunjuk. “You, stay there!

Jamie, you can leave now.  Call me before you going off.”  Jamie Leong bergerak ke arah keretanya, aku melambai sebelum kereta Jamie Leong hilang dari pandangan kami.

And you, get in the car.” Fareez mengarahkan aku agar mengekorinya.  Perlahan-lahan aku menapak  masuk keretanya.  Fareez menekan minyak dan kereta meluncur laju dari speed biasa.  Aku perkemaskan tali pinggang keledar, takut tercampak pula.  Dalam hati sudah seriau, tapi aku buat-buat biasa.  Orang tengah marah tak boleh ditegur, nanti lain pula jadinya.  Berdiam diri adalah jalan yang terbaik. Tiba-tiba Fareez menghentikan keretanya dibahu jalan.  Tangannya memukul stereng kereta, terkejut aku dibuatnya.

“Reez, maafkan saya.” pintaku, tahu kesalahanku yang satu ini.  Fareez meraup wajahnya, senyuman sinis terukir dibibirnya.

“Feeza  patut bagitahu kat Reez tentang hal ini.  Kalau tidak kerana orang upahan Reez yang cakap pasal kes penculikan itu, tentu sampai bila-bila pun Feeza akan rahsiakan daripada Reez.” Bentaknya, marah sungguh Fareez ketika orang suruhan mengkhabarkan berita buruk tentang tunangnya.  Lebih marah lagi bila diberitahu orang yang menculik tunangnya itu adalah rakan kepada Jamie Leong. 

“Reez kan takde, macam mana Feeza nak bagitahu.  Lagipun tak ada apa-apa yang berlaku, semuanya salah faham saja.  Kah Seng tak berniat jahat, dia cuma hendak menolong Jamie. Itu saja!.” Terangku.  Mata Fareez tepat memandang tajam ke arahku.  Timbul pula rasa takut apabila melihat wajah gerun lelaki ini.  Kali pertama Fareez begini, aku jadi tidak keruan.  Rasa bersalah mula menjalar dalam diri, sudahlah keluar dengan Jamie Leong tadi pun salah.  Ini lagi teruk bila Fareez tahu tentang kejadian penculikan itu.

“Maafkan saya sekali lagi, lain kali saya akan lebih berhati-hati.  Lagipun Jamie sudah berhenti kerja.   Surat perletakkan jawatannya sudah ada dimeja HR pagi tadi.  Dia akan pergi jauh, saya jumpa dia pun sebab tak mahu dia merasa bersalah diatas perbuatan Kah Seng terhadap saya.  Maafkan saya!’ aku ingin keluar dari kereta, tapi pergelangan tanganku disambar Fareez.  Aku renung wajahnya, terbias setitis air jernih dipipinya.  “Fareez menangis!” soalku dalam hati.

“Feza, saya minta maaf.  Saya takut kehilangan awak,  sebab itu saya terlalu emosi.  Saya tak mahu dituduh lelaki dayus, saya harus pertahankan hak saya dari diambil orang lain.” Airmata Fareez menitis dilenganku, aku terkedu.  Aku masuk kembali kedalam kereta, Fareeez masih erat menggengam tanganku.  Dia membawa kedua-dua telapak tanganku lantas dikucup perlahan. 

“Reez bukan lelaki dayus, tapi seorang lelaki yang ingin mempertahankan haknya.  Jangan risau, Feeza memang milik Reez.  Insyaallah jika ditakdirkan oleh ALLAH, jodoh antara kita akan berkekalan.  Feeza akan jadi hak milik mutlak Reez tak lama lagi.  Tiada sesiapa pun yang bisa merungkaikan percintaan antara kita berdua.  Tidak Jamie Leong mahupun orang lain.” aku membalas gengaman tangannya. Fareez mengukir senyuman, aku pun begitu juga.  Lama juga kami berkeadaan begitu sehingga bunyi telefon bimbitku menganggu lamunan kami berdua.

 “ Feeza dengan Fareez ma.” Jawabku setelah memberi salam.

“Mama ingat Feeza pergi mana tak balik-balik lagi. Risau juga, sebab hari tu Feeza cakap Fareez outstation.” Lega hati Puan Rohani takala mendengar suara anak gadisnya ditalian.

“Reez baru sampai, terus dia ajak Feeza keluar.  Kejap lagi kami balik lah.” selepas bersoal jawab selama beberapa minit, talian dimatikan.  Aku kalih sebelah ingin melihat wajah yang aku rindui, dia tetap tenang memandang ke depan.

“Mama Feeza cakap apa?” soal Fareez, enjin kereta dihidupkan. 

“Mama tanya kat mana, dia risau anak gadis dia lewat balik.  Lagipun bakal menantu dia outstation tu yang mama risau sangat.” Jawabku.

“Maafkan Reez, cemburu membuatkan Reez bertindak sedemikian.”

“Tak, Reez memang tak salah.  Semua ini salah Feza.” kami saling minta maaf.

“Okaylah, memang kita berdua yang salah.  Lain kali, kita berdua kena saling mempercayai satu sama lain.  Dan Reez harap Feza jangan nak rahsiakan apa-apa pun dari Reez. Begitu juga dengan Reez, Janji ya sayang.” aku mengangguk laju, senyuman manis aku hadiahkan buat Fareez. 

“Boleh temankan Reez pergi makan tak? Perut dah berbunyi minta makanan.” Pinta Fareez.

“Aik! tadi tak makan lagi ke?”soalku semula.  Sengaja nak menyakat tunang tersayang.

“Macam mana nak makan, fikiran asyik melayang teringat orang kat sini.  Reez ambik first flight to KL pagi tadi terus ke KLIA.  Lepas touch down terus balik rumah ambik kereta dan bergegas tunggu Feeza pulang.”adunya, panjang juga perjalanan dia hari ini.  Kesian pula aku rasa.

“Ala..la.la..kesiannya dia.  Sekarang ni lapar ye?” aku buat-buat muka kesian, Fareez tayang sengihan nakal.

“Lapar lah, kalau boleh nak makan sekali dengan orang kat sebelah. Nasib baik tak boleh.” Ujarnya bersama sengihan nakal terukir dibibir.

“Reez jangan main-main. Kang Feeza terjun.”ugutku pula.

“Kalau sayang terjun, jadi duda berhiaslah Reez.” Feeza menjeling, Fareez ketawa.  Suka benar dia mengusik tunangnya ini.

“Ada hati nak jadi duda berhias, kalau macam ni Feeza nak cari lain lah?” seklai lagi aku mengugutnya bersama muka cemberut.

“Alah sayang, tu pun nak merajuk.  Meh sini Reez pujuk.” Fareez ingin mengapai tanganku, tapi aku menepis lembut.

“Jangan nak mengada-gada. Dah..dah.. jalan cepat.  Karang ada yang kena makan pulak.” Fareez menghidupkan engin kereta bersama sengihan nakal terukir dibibirnya.  Aku memasamkan mukaku, Fareez pula terus ketawa dan ketawa melihat wajah cemberutku.   Petang yang damai ini membawa cerita yang indah antara aku dan dia.

-----------------------------------~Bersambung~--------------------------------------------------------------
P/S: Terima kasih kerana sudi membaca karya yg tak seberapa. Sebarang komen dan pendapat amatlah dialu-alukan, nak merapu pun dipersilakan.  With lots of love...:)

3 comments:

  1. hi has!! cerita ni ada kat penulisan2u kan?

    ReplyDelete
  2. best sngat2..
    smbng lgi ya..
    bila lepa nak kahwin ni?
    konflik jgan truk2 tau.. hehe

    ReplyDelete