Kepada peminat novel 'Cinta LRT'. Cerita ini akan dihentikan sementara waktu untuk memberi laluan cerita terbaru saya "SPEED-Cintaku Bukan Sekadar Di Meter Jalanan" yang bakal diuploadkan pada awal Disember 2012. Terima kasih diatas sokongan anda semua, tanpa anda siapalah saya. With lots of love.
Bab
30
“Hello”
“Encik
Fareez, saya dah jumpa dengan orang yang encik cari. Sekarang saya tunggu encik datang tempat yang akan saya sms nanti.” Kedengaran
suara orang suruhan Fareez ditalian.
“Awak
pasti?”
“Saya
pasti memang dia orangnya. Sudah lama
saya perhatikan gerak-gerinya. Saya
harap encik datang cepat sebelum apa-apa terjadi padanya.” talian telefon
dimatikan, sms masuk dan Fareez melihat sekilas diskrin.
Dia
bingkas bangun, kunci kereta dicapai lantas berlari menuju ke arah pintu. Belum sempat Fareeza bersuara, Fareez
terlebih dahulu berkata. “Saya nak
keluar kejap, ada urusan. Batalkan semua temujanji saya untuk hari ini.”
“Encik
Fareez, nak kemana?” sempat lagi dia bertanya, langkah Fareez terhenti. “Kan saya dah kata ada urusan peribadi. So
please jangan tanya lagi.” Terus sahaja Fareez keluar tanpa menoleh lagi.
“Tanya sikit dah nak
marah, ni yang aku nak merajuk nih.” omel Fareeza dalam hati.
Fareez
memecut laju keretanya menuju ke destinasi yang diberikan oleh orang
suruhannya. Tiba ditempat yang ditujui,
kelihatan Rahmat sedang menunggunya.
Kereta di’parking’ bersebelahan kereta lelaki itu, dia keluar dan
menghampirinya.
“Mana
orang tu?”
“Encik
tengok kat depan, dia seperti sedang menunggu seseorang. Kita tunggu saja kat sini buat sementara
waktu” Fareez menangguk kepalanya tanda setuju dengan perancangan Rahmat.
“Eh!
orang tua, kau nak apa lagi. Ruby dah
jadi milik aku sekarang.” Bahu lelaki yang dipanggil orang tua ditolak
kasar, tergolek Firdaus ke tanah. Fareez ingin mendekat, tetapi ditahan oleh
orang suruhannya. “Kita tengok dulu bos, lepas ni baru kita bertindak.”
Firdaus
bangkit, cuba menumbuk lelaki angkuh itu.
Lelaki itu mengelak, Firdaus terjatuh sekali lagi. Terjadilah pergelutan
diantara mereka berdua. Fareez dan orang
suruhannya melulu ke arah mereka yang sedang bergaduh, ditariknya papa Fareeza menjauh
dari lelaki tadi. Manakala Rahmat sudah
awal-awal lagi memegang lelaki itu.
“Hei,
kau siapa hah? Ini urusan aku dengan orang tua bangsat ni, yang kau masuk
campur kenapa?” kasar sunggguh bahasa lelaki yang bernama Hairil ini. Fareez geram, lantas satu tumbuk hinggap
dimuka lelaki itu.
“Orang
tua bangsat yang kau panggil ini bakal mertua aku. Aku bertanggungjawab sepenuhnya keatas diri
dia. Kau pula siapa?’ Fareez geram,
suka-suka hati lelaki ini menggelar bakal mertuanya begitu.
“Kalau
kau nak tahu, orang tua bangsat ini sengaja cari pasal dengan aku.” katanya
sambil menunding jari ke arah Firdaus.
Fareez kalih pandang wajah bakal mertuanya, wajah itu kelihatan muram.
“Pakcik,
sudahlah. Mari kita balik, Fareeza dah lama menunggu pakcik. Pasal lelaki ini
nanti saya uruskan. Rahmat, kau settle masalah ini. Lepas ini kita
bincang semula.” Fareez menarik tangan
bakal mertua ingin berlalu, tetapi tidak semena-menanya lelaki tadi bangun dan
ingin menghadiahkan penumbuk. Namun
belum sempat penumbuknya mengena belakang Fareez, Rahmat sudah menumbuk perut
lelaki itu. Terus dia jatuh tersungkur buat kali keduanya.
“Hey
kau, jangan nak jadi dayus pukul orang tua.
Aku masih lagi boleh bersabar dengan kau, kalau tidak dah lama kau makan
nasi dengan kaki. Aku akan
patah-patahkan tangan kau macam aku patahkan ranting kayu ni.” Habis sahaja
bicara begitu, Fareez mengambil ranting kayu dikakinya dan dengan mudah dia
mematahkan ranting itu. Hairil menelan air
liur, kelat rasanya.
“Rahmat,
jalankan tugas awak. Bila saya balik
nanti, saya nak semuanya selesai.” Fareez pandang tepat ke wajah Rahmat, satu
kenyitan mata di lemparkan kepada orang suruhannya itu.
“Baik
encik.”
Fareez
memapah perlahan badan bakal mertuanya, dia ingin beredar dari situ. Biarlah orang suruhannya yang selesaikan
tugas itu. Pintu kereta Camry dibuka,
tubuh tua itu masuk duduk disebelah
tempat duduk penumpang. Fareez
menghidupkan enjin kereta, membelah jalanraya menuju ke kondonya.
Sampai
dikondonya, terus tubuh tua itu dibawa ke dalam bilik tamu. Fareez membaringkan tubuh itu dan
menyelimutnya, persis seorang anak yang sedang menidurkan bapanya. Airmata Firdaus menitis laju, tidak sangka
bakal menantunya seorang yang baik.
“Pakcik,
kenapa ni?” soal Fareez. Lelaki itu
hanya mengeleng kepalanya, Fareez mengeluh.
“Pa..pa..papa..
minta maaf Fareez.” Terketar-ketar suara Firdaus memohon maaf.
“Pakcik..”
belum sempat Fareez menyambung, Firdaus memotong percakapannya, “Panggil papa,
panggil papa.” Lantas tubuh Fareez dipeluk erat. Tergamam Fareez seketika, dia juga turut
membalas pelukan lelaki itu. Mereka
sama-sama menangis, Firdaus sedih kerana telah menyusahkan Fareez. Tapi tidak
bagi Fareez, dia amat bersyukur kerana sudah menemui semula Papa Fareeza.
“Papa
rehat dulu, nanti panggilkan kawan Fareez doktor Farhan. Biar tolong rawat papa dan pastikan kesihatan
papa baik.” Pinta Fareez pantas membuka tombol pintu ingin keluar menelefon
rakannya itu.
“Terima
kasih Fareez, Fareeza bertuah kerana mempunyai bakal suami yang sangat
menghormati orang tua.” Tangan Fareez sekali lagi digengam erat. Fareez melemparkan senyuman, nampak ikhlas
dimata Firdaus.
Selesai
diperiksa oleh doktor Farhan, Fareez menyediakan semangkuk bubur untuk dimakan
oleh papa mertuanya. Fareez bersyukur
kerana menurut Farhan, kesihatan papa mertuanya amatlah baik. Cuma ada sedikit lebam akibat pukulan, dalam
dua ke tiga hati hilaanglah lebam tu.
Telefon
bimbit Fareez berbunyi, lagi ‘I’m yours’ berkumandang. Tersenyum dia melihat nama tunang tersayang
diskrin.
“Kenapa
sayang, rindu ke?” soal Fareez selepas menjawab salam. Pintu bilik tamu ditutup rapat, papa Fareeza sedang tidur selepas makan ubat
yang diberikan oleh Doktor Farhan.
“Awak
kat mana? Tergesa-gesa keluar dari pejabat. Sampai petang masih tak balik, awak
ke mana?” mendayu suara lembut itu menyapa dicuping telinganya. Fareez tersenyum manis mengambarkan wajah
kekasih hati yang comel itu.
“Saya
ada hal sikit tadi, sekarang dah ada dekat rumah. Kenapa sayang, nak ajak Reez keluar
ke?” Fareeza mengigit bawah bibir menahan rasa,
suara garau itu benar-benar mengoda hati wanitanya.
“Reez,
saya rindu papa..” suara itu mendayu-dayu. Walaupun nada itu melahirkan rasa
rindu Fareeza pada papanya, tapi hati Fareez juga tergoda mendengarnya. Dalam hati dia bersyukur kerana hanya padanya
Fareeza bermanja, tak dapat dibayangkan bila mereka bersatu. Indahnya syurganya nanti.
“Sayang,
dah berapa kali Reez cakap. Papa sayang
akan kembali, biarlah masa yang menentukannya. “nasihat Fareez, dia mahu
Fareeza tabah menerima dugaan. Walapun
papa Fareeza sudah ditemui, dia mahu lelaki itu bertenang dulu sebelum
membawanya berjumpa dengan anaknya.
“Reez,
awak tak cakap pun mana awak pergi seharian hari ini.”suara manja Fareeza
mengelikan hati Fareez. Fareeza memang
manja dengannya, dia suka akan perubahan ini.
“Kan
Reez dah cakap, ada perkara yang perlu Reez selesaikan. Alhamdulillah, semuanya dah pun selesai, cuma tinggal
satu saja lagi.”ujar Fareez berjeda.
“Apa
dia?”soal Fareeza ingin tahu.
“Rahsia”Fareeza
mencebik, nasib baik dalam telefon kalau tidak tentu bibirnya menjadi mangsa
cubitan Fareez.
“Sikit-sikit
rahsia, sikit-sikit rahsia. Malaslah nak layan Reez, Feeza nak merajuklah macam
ni.”suara merajuk Fareeza mencuit hati Fareez. Lelaki itu tertawa kecil.
“Sayang,
janganlah macam tu. Kita jumpa nak? Lagipun esok cuti, Reez nak bawa sayang jumpa
seseorang.” Fareeza girang, jeritan halus tercetus dibibirnya tanpa dia
sedari. Fareez tersenyum lagi.
“Reez
nak bawa Feza jumpa siapa?” Fareeza teruja.
“Adalah, esok sayang akan tahu. Meanwhile,
take a god rest and we see tomorrow. Love you sayang”suara romantis Fareez
mengetar naluri Fareeza.
“Love you more and more..”talian
dimatikan oleh Fareeza. Bibir Fareez
masih menguntum senyuman, tak sabar rasanya ingin mengkhabarkan berita gembira
pada tunangnya. Lepas ini dia harap
semua masalah yang ada dapat diselesaikan dengan sebaiknya. Dia mengimpikan majlis perkahwinan diantara
Fareeza denganya berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Oleh demikian,
dia harus tangani masalah ini dengan sebaiknya.
Perlahan-lahan
pintu bilik tamu dibuka, papa mertuanya sedang nyenyak tidur. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan
lancar. Dia tutup kembali pintu bilik
itu, langkah kaki dibawa ke biliknya. Ingin membersihkan diri dan bersolat,
sebelum melelapkan matanya.
Fareeza
tersenyum-senyum, dapat bercakap dengan sang kekasih hati membuatkan dia rasa
diawang-awangan. Hilang sudah keraguan
dihati, yang tinggal kini rasa cinta yang tidak berbelah bagi pada lelaki yang
bernama Fareez Zafriel.
Jamie
tidak betah, dia ingin melarikan diri dari Fareeza. Tapi bayangan gadis itu menjelma pula, semakin
hari semakin kuat perasaan itu. Kepalanya
sakit, rindunya pada Fareeza tidak tertahan lagi. Sebab itu dia terpaksa mengambil pil tidur
semata-mata untuk melupkan gadis itu. Telefon
bimbitnya berbunyi, dicapai lantas tertera nama Kah Seng diskrin. “Malasnya”gumamnya
sendirian. Dibiarkan telefon itu
berdering tidak pula dimatikan.
Berkali-kali begitu, akhir sms pula yang masuk.
Jamie, please answer the call. URGENT!
Jamie
mencampak telefon bimbitnya, malas hendak melayan karenah Kah Seng. Sekali lagi telefon bimbitnya berdering,
bingit pula telinganya.
“Lu
mau apa lagi Kah Seng?”kasar sungguh bahasa Jamie, dia begang bila ada orang menganggu
ketenteramannya.
“Bro,
bapak lu sakit. Mak lu suruh wa cari lu.”jawab
Kah Seng geram, kalau tidak difikirkan sebab bapa Jamie yang sakit, seribu kali
dia tidak sudi mahu menelefon Jamie. Marahnya
pada Jamie masih bersisa.
“Lu
tipu wa kan, minggu lepas wa baru cakap sama bapak wa.”selar Jamie.
“Woi
Jamie, lu ingat gua mahu main-main ka. Sekarang
lu nak percaya atau tak, suka hati lu lah. Wa sudah habis cakap.”terus talian dimatikan
oleh Kah Seng. Geram dan begang sebab
Jamie ingat dia mempermainkan lelaki itu.
Jamie
merengus, nafasnya dihela kasar. Kata-kata
Kah Seng tadi tidak diambil peduli. Hati
dan fikiran hanya tertumpu pada gadis yang bernama Fareeza Afrina. Memang Jamie sudah masuk dalam kategori gila
bayang. Rambutnya dikuap kasar
kebelakang, cermin mata yang dipakai dicampak ke atas meja. Berdetum bunyinya, tidak dihirau jika
bingkainya patah ataupun cerminnya pecah.
“Fareeza,
what have you done to me?”marahnya
pada diri sendiri, kepala yang sakit dipicit-picit kasar. Telefon bimbit dicapai semula, nombor telefon
Fareeza didail.
“Hello.”belum
sempat berkata apa-apa, talian dimatikan semula. Fareeza ditalian termangu-mangu.”Kenapa dengan
Jamie ni, telefon aku tapi tak nak cakap pula.”bebel Fareeza dalam hati. Skrin telefon dipandang, memang betul Jamie
yang telefon tapi mengapa lelaki itu memutuskannya. Dia kepelikkan, sikap Jamie susah nak
dijangka.
Bunyi
sms masuk ketika Fareeza sedang mengelamun.
I love you sayang, no one can replace you in my heart.
Please, let me be at your side forever. I bet you won’t regret for the rest of your
life.~ Jamie
Fareeza
terpana, sms Jamie menakutkannya. Sampai
begitu sekali perasaan Jamie terhadapnya, perlukah dia hentikan semua ini. Ya, dia perlu hentikan semuanya sebelum keadaan
menjadi parah. Jamie harus berpijak
dibumi nyata, hidup mesti diteruskan walau apa jua rintangan yang mendatang. Jamie harus bangkit, dia perlu sedar yang aku
bukan ditakdirkan untuknya. Jodoh adalah
aturan dari tuhan, dan sebagai manusia kita haruslah berserah.
Fareeza
cuba menghubungi talian bimbit Jamie, tiada jawapan. Malah telefonnya tidak aktif, mungkin ditutup
oleh lelaki itu.
“Ya
Allah, berikan aku kekuatan untuk menghadapi lelaki ini. Sesungguhnya hanya Engkau yang mengerti.”doa
Fareeza dalam hati.
~Bersambung~
P/S: Seperti biasa, komen dan pendapat anda tentang cerita ini amatlah dialu-alukan. Terima kasih, luv you guys.
knapa x hbiskan nvl ni ja.. nvl ni hbis dkt blog ka?
ReplyDeletebest2.. smbng lgi.. mnta2 xda konflik yg jhat2..
Sori ya, nak bagi laluan kat cite baru. Sy akan sambung semula pertengahan Disember. Konflik tetap ada, kalau tak jalan cite x bestlah.. anyway, thanks sebab sudi baca dan bagi komen.
Deletebile novel ni nk dterbitkn. bezz larr novel nie. ta sbr nk bce ending dye. :D
ReplyDeleteImpian nak terbitkan novel ni mmg ada. Insyaallah, sy akan cuba menghantar manuskrip kpd publisher. Doa-doakan ya..
DeleteSambungan??
ReplyDelete