Bab 20
Pagi ini Tengku Mikhail
resah, semua kerja yang sepatutnya dibuat dibiarkan begitu sahaja. Semalam dia menerima panggilan telefon dari
Datin Azimah. Suara sayu Makngahnya
mengkhabarkan tentang Pakngahnya yang mengalami kemalangan kecil. Sempat juga dia melawat Pakngahnya dihospital
semalam. Nasib baik ketika dia
menjengah, Amar Amsyar baru saja beredar.
Jika tidak agak sukar untuk dia berhadapan dengan sepupunya itu.
“Terima kasih kerana sudi
datang. Khail sihat?”Datin Azimah
menyambut huluran tangan Tengku Mikhail, lantas anak saudaranya itu mengucup
belakang tangannya.
“Baik, Pakngah
apa khabar? Macam mana keadaan dia sekarang.”soal Tengku Mikhail, dia turut
melabuh duduk disebelah Datin Azimah.
“Macam Khail tengok,
masih tak berubah-rubah. Pakngah dalam
pemerhatian doktor selamat 48 jam sebelum mereka teruskan rawatan yang
lain.”terang Datin Azimah lemah.
“Insyallah Makngah, Pakngah
akan sembuh seperti sediakala. Makngah
banyak-banyakkan berdoa ya.”pujuk Tengku Mikhail. Datin Azimah mengangguk lemah.
“Oh ya Makngah, daddy tak
dapat pulang ke Malaysia. Daddy minta
maaf sebab tak dapat datang melawat Pakngah.
Daddy ada juga kirim salam kat Makngah, dia pesan agar Makngah jaga
kesihatan dan banyak bersabar.”Tengku Mikhail menyatakan pesanan dari Daddynya. Datin Azimah terharu, malam semalam Abang
Iparnya itu ada menelefonnya memberi kata-kata semangat. Tengku Azhar turut menitipkan pesanan agar
dia tidak terlalu stress, takut akan menjejaskan kesihatannya pula.
“Daddy Khail ada juga
telefon Makngah malam semalam, sempat jugalah kami berbual panjang. Kazrina sihat?”Tengku Mikhail mengangguk.
“Alhamdullilah Makngah,
Rina dan bayinya sihat-sihat saja. Baru
minggu lepas saya bawa dia pergi check up.”terang
Tengku Mikhail dengan nada ceria. Datin
Azimah perasan dengan perubahan Tengku Mikhail turut tersenyum.
“Syukur alhamdulillah,
nasib baik ada Khail yang sudi jaga Rina.
Kalau tidak, Makngah tak tahulah apa yang akan terjadi kat Rina dan
bayinya tu.”keluh Datin Azimah, kesal dengan perbuatan anaknya itu.
“Makngah, kan Khail dah
cakap. Tak nak bincangkan pasal hal ini
lagi, lagipun Rina dah gembira sekarang.
Kalau boleh Khail tak mahu bunuh kegembiraan yang dia rasakan
sekarang.”selar Tengku Mikhail.
“Makngah tahu, Makngah
minta maaf Khail.”tutur Datin Azimah lemah.
“Tiada apa yang perlu
Khail maafkan, Makngah tak salah.”jujur Tengku Mikhail kata, dia rela Kazrina begini. Sekurang-kurangnya dia tahu Rina kuat
menghadapi semua ini tanpa mengharapkan kehadiran Amar Amsyar disisinya.
“Khail..Makngah nak minta
tolong boleh?”pertanyaan Datin Azimah mengundang teka-teki dihati Tengku
Mikhail.
“Tolong apa Makngah,
kalau boleh Khail tolong, Khail akan tolong.”polos sungguh jawapan dari Tengku
Mikhail tanpa mengetahui apakah pertolongan yang dipinta oleh Datin Azimah.
“Pulangkan Kazrina kepada
kami.”tersentak Tengku Mikhail takala mendengar permintaan Datin Azimah. “Pulangkan
Kazrina? Apa maksud Makngah.”
“Apa yang Makngah
cakapkan ni. Mikhail kena pulangkan
Kazrina, sejak bila Khail rampas Kazrina dari keluarga ni.”bentak Tengku
Mikhail, walaupun suaranya tidak berapa keras. Tapi cukup membuatkan Datin
Azimah terkejut.
“Am akan pulang
kepangkuan kami kalau Kazrina sudi menerima dia kembali menjadi suaminya
semula. Am nak rujuk dengan Kazrina.”terang
Datin Azimah, airmata yang berjujuran diseka dengan belakang tangan. Hati Tengku Mikhail menjadi sayu, sedih
mengenangkan permintaan Makngahnya.
Seorang ibu sedang meminta agar dia mengembalikan kebahagiaan yang telah
lama hilang dari keluarga mereka. Dan
itu tidak mudah bagi Tengku Mikhail.
“Khail tak boleh Makngah,
Khail tak boleh lakukan itu. Kazrina
menderita sebab Am, takkan Khail nak biarkan hati dia dilukai lagi Makngah. Tak
sanggup Khail hennak lihat airmata dia mengalir lagi, kasihanlah dia Makngah.”Tengku Mikhail
menggeleng-geleng kepalanya, tanda tidak setuju dengan permintaan Datin Azimah.
“Makngah merayu pada Khail,
pujuklah Kazrina. Am dah insaf, dulu dia
khilaf sebab itu dia tak sedar apa yang dia telah lakukan.
Tolong Makngah Khail, Am satu-satunya anak yang Makngah ada. Makngah tak dia pergi dari hidup Makngah
lagi.”rayuan Datin Azimah menyentuh hati Tengku Mikhail.
“Khail tak berdaya
Makngah, Khail tak berdaya. Semua
keputusan terletak ditangan Kazrina sendiri.”ujar Tengku Mikhail, tangan Datin
Azimah digenggam erat. Sayu hatinya bila
melihat seorang ibu yang sedang menangih simpati darinya.
“Tapikan Khail, Kazrina
mengandungkan anak Am. Takkan Khail
tegar membiarkan anak itu tidak berbapa.”tambah Datin Azimah lagi. Tengku Mikhail menggeleng-geleng kepalanya
tanda tidak setuju.
“Siapa kata bayi itu tak
berbapa. Khail akan menikahi Kazrina sebaik
sahaja umur anaknya mencecah 3 bulan.
Khail akan menjadi bapa kepada bayi itu walaupun bayi itu akan berbinkan
Amar Amsyar. Itu janji Khail, dan waktu
itu Am tidak diperlukan lagi dalam hidup Kazrina.”tegas Tengku Mikhail. Dia bangkit, tidak mahu berlama-lama
disitu. Semakin lama dia disitu, keadaan
menjadi lebih tegang. Dia tidak mahu
dituduh kurang ajar pula. Suaranya sukar
hendak dikawal dan amarahnya juga begitu.
Jadi sebelum apa-apa terjadi, baik dia beredar.
“Khail minta maaf Makngah,
permintaan Makngah tak dapat Khail tunaikan.
Khail balik dulu, insyallah jika ada umur panjang kita berjumpa
lagi.”Tangan Datin Azimah dikucup, lantas Tengku Mikhail mengorak langkah
keluar dari wad yang menempatkan Dato’ Azizuddin. Datin Azimah terkaku, Tengku Mikhail menolak
permintaannya. Bagaimana harus dia
sampaikan berita ini kepada anaknya.
Tentu Amar Amsyar terluka kerana niat anaknya ingin rujuk semula dengan
Kazrina tidak dipersetujui Tengku Mikhail.
“Tengku, ini dokumen yang
Tengku minta.”tersentak Tengku Mikhail sewaktu Misya menegurnya. Dokumen diatas meja dipandang sepi.
“Misya, bila awak
masuk. Tak dengar pun awak ketuk pintu.”Tengku
Mikhail meraup wajahnya, sekaligus mematikan lamunannya tadi.
“Tengku, dah naik merah
tangan saya mengetuk pintu. Tengku yang
asyik mengelamun, sebab itu tak dengar.”seloroh Misya. Walaupun Tengku Mikhail menayang muka kelat
itu tidak sedikitpun menakutkan Misya.
“Lain kali dengar arahan
baru masuk. Ini main redah aje, dah mana dokumen tadi.”sengaja Tengku Mikhail meninggikan suaranya biar Misya
tidak sedar dirinya terkantoi sedang mengelamun. Misya hanya tersengih-sengih, tahu Tengku Mikhail tidak marah hanya melemparkan nasihat percuma.
“Baik bos. By the
way, how’s my dearest friend at home.
Mesti dia boring kan?”pertanyaan Misya membuat Tengku Mikhail mengangkat
muka. Lama dipandang wajah Misya, tanpa
dia sedari terbit senyuman dibibirnya.
“She’s okay, a bit bored dan suka
merungut sejak akhir-akhir ni. Lepas tu asyik nak marah-marah, kalau nampak
muka saya lagi tinggi suhu kemarahan dia.”jawapan jujur dari Tengku Mikhail, dibalas
dengan tawa oleh Misya. ada nada lucu disitu.
“Aik! kenapa pula. Setahu saya Tengku bukan bapa kepada baby tu,
yang si Rina nak marah-marah buat apa?”pelik Misya, setahu dia pembawakan budak
hanya terjadi pada si ibu ataupun si bapa.
Tapi dalam kes ini terbalik pula, si bapa yang sebenar rilek aje. Kini
yang jadi mangsa, Tengku Mikhail pula.
“Apa pula Misya, baby itu
dah jadi baby sayalah. Sebab itu
hari-hari minta yang bukan-bukan kat daddy dia.
Hari tu minta saya bawa pergi shopping lah, lepas itu minta belikan
aiskrim pula. Last sekali semalam, ada
ke Rina ajak saya pergi makan kat kedai Mamak jam 3 pagi. Dia cakap baby nak makan paper tosai. “adu Tengku Mikhail.
Pecah ketawa Misya mendengar celoteh Tengku Mikhail.
“Bos, nasib baik dia
minta yang okay. Buatnya dia minta yang bukan-bukan, lagi naya bos.”seloroh
Misya.
“Awak pula Misya, masa
mengandung dulu ada tak minta yang bukan-bukan pada suami awak.”soal Tengku
Mikhail ingin tahu. Wajah ceria Misya
direnung.
“Ada jugalah bos, tapi
takde lah yang susah-susah. Biasa-biasa aje, cuma kebetulan suatu hari itu saya
teringin nak makan buah pala. Kenalah
suami saya pergi belikan kat Penang.”dengan rasa teruja Misya menceritakan
kejadian itu. Tengku Mikhail mengerut
dahinya, sampai macam tu sekali.
“Kenapa kena pergi beli
sampai ke Penang, kan kat KL pun ada juga.”pertanyaan Tengku Mikhail dijawab
dengan tawa kecil dibibir Misya.
“Mana taknya Tengku, anak
tekak ni nak juga buah pala yang dibeli kat Penang. Nak tak nak terpaksalah suami saya terbang ke
Penang semata-mata nak beli buah tu.”pecah gelak kedua-duanya. Riuh juga bilik Tengku Mikhail bila mendengar
celoteh Misya. Terbang segala masalah
yang melanda dimindanya tadi. Senang sekali
dia mendengar cerita Misya, lebih kurang sama dengan keinginan Kazrina juga.
“Misya..Misya awak ni
memang suka buat jenaka. Apa kata awak
dan suami awak datanglah ke rumah saya sekali-sekala. Dapat juga Kazrina jumpa awak, kesian saya
tengok dia kesunyian kat rumah. Kalau
berteman pun hanya dengan Mak Jah saja.”pelawa Tengku Mikhail.
“Apa kata Kazrina yang
datang rumah kami, boleh lah saya masak kan yang sedap-sedap untuk dia.”cadang
Misya pula.
“Awak ajak Rina seorang
saja kah?”usik Tengku Mikhail, sengaja hendak melihat reaksi Misya.
“Dah tentulah dengan bos
sekali, kalau tidak macam mana Rina nak datang ke rumah saya.”sampuk Misya.
“Boleh juga, hujung
minggu ni kami sampai. Tentu Rina suka, terima kasih Misya.”Misya
mengangguk. Dia lagi suka bila dapat
bertemu dengan sahabatnya itu.
“Sama-sama bos, kalau tak
ada apa-apa saya keluar dulu ya bos.
Kejap lagi nak keluar lunch,
perut dah start berkeroncong ni..” Misya
bangkit lantas melangkah ke pintu. Tengku
Mikhail menghantar Misya dengan pandangan ceria. Kazrina beruntung mempunyai sahabat seperti
Misya, dan dia akan pastikan Kazrina sentiasa gembira bersama dengannya.
Tengku Mikhail meneruskan kerja-kerja yang
terbengkalai tadi. Hatinya sedikit
tenang, Misya banyak membantunya. Dia
amat berterima kasih dengan wanita itu, Kazrina juga amat bertuah kerana mempunyai
sahabat seperti Misya.
“Ah! apa khabar Rina hari
ini. Sudah masuk setengah hari, dia
masih belum menghubungi Kazrina dirumah.
Selalu, setiap 3 jam dia pasti menelefon bertanyakan khabar sampai
Kazrina naik rimas. Suka sekali Tengku
Mikhail mendengar suara celoteh Kazrina yang pasti akan mengadu setiap kali dia
menelefon wanita itu.”
Kazrina pasti akan
mengadu.. hari ini bosanlah, Mak Jah tak bagi tolong buat kerja lah, nak angkat
barang dan kemas rumah pun Mak Jah tak benarkan lah, dan macam-macam lagi. Kadang-kadang dia pun turut tertawa bila
mulut comel itu berceloteh. Pernah juga Tengku
Mikhail kata, “Mengomellah banyak-banyak, nanti anak yang keluar pun banyak
komplennya. Macam Mama dia sekarang.”
Dan pasti Kazrina akan merajuk selepas itu.
“Assalamualaikum sayang,
dah makan?”suara romantis Tengku Mikhail berkumandang ditelinga Kazrina.
“Waalaikumsalam, Rina dan
baby dah makan. Tapi tak tahulah daddy
dia pula.”sengaja Kazrina bermain kata. Tengku
Mikhail tertawa kecil, suka bila Kazrina membahasakan dirinya begitu.
“Hari ini daddy on diet.
Pagi tadi dah makan sandwich,
lepas ini daddy nak makan buah-buahan saja.”ketawa halus Kazrina menerpa
dicuping telinga Tengku Mikhail.
“Diet konon, malam karang daddy makan tak ingat dunia. Mama kat
sebelah pun dia tak nampak, kan baby..kan.”telah Kazrina. Tengku Mikhail membuntangkan matanya, tidak
percaya Kazrina berbicara begitu.”Oo..dia dah pandai mengata aku ya.”
“Oh..mama mengata daddy
ya. Tunggu, daddy balik nanti daddy
cubit-cubit pipi montel mama nak?”seloroh Tengku Mikhail. Kazrina mencebik, memang sejak mengandung
pipinya bertambah tembam. Berat
bandannya juga naik mendadak, tapi tak mengapa.
Dia tidak perlu menyekat pemakanannya,
Tengku Mikhail mahu baby yang dikandungnya sihat walaupun tubuh Kazrina semakim
montel. “Apa susah, sliming centre kan banyak. Boleh pergi lepas bersalin
nanti.”kata Tengku Mikhail padanya.
“Khail, baby nak makan fruit tart, boleh tolong belikan.”pinta Kazrina
manja. Tengku Mikhail sudah
tersenyum-senyum dihujung talian. Suka benar
dia mendengar suara manja Kazrina.
“Baby yang nak makan ke
atau mamanya.?”soal Tengku Mikhail nakal.
“Tak kiralah siapa yang
nak makan, janji Khail kena pergi belikan juga.
Kalau tidak Rina merajuk, tak nak cakap dengan Khail lagi.”bentak
Kazrina.
“Ala..ala janganlah
merajuk. Nanti daddy belikan fruit tart untuk baby. Malam nanti kita jumpa, bye baby daddy nak
sambung buat kerja pula. Mama pun jangan
nakal-nakal tau.”pesan Tengku Mikhail, dia senang dengan kebahagiaan yang dia
miliki sekarang. Walaupun Kazrina belum
sah menjadi miliknya, dia selalu berharap suatu hari nanti wanita itu akan
menjadi suri dihatinya. Dia tidak akan
kembalikan Kazrina kepangkuan Amar Amsyar setelah apa yang berlaku terhadap
wanita itu. Tidak sesekali dia biarkan Kazrina pulang kembali
kepangkuan Amar Amsyar. Biar Makngahnya
merayu sekalipun, tidak akan dilepaskan Kazrina begitu saja. Dia sudah berangan-angan membina kehidupan
baru bersama Kazrina dan anak yang dikandungnya.
Kertas kerja yang masih belum
diselesaikan, diletakkan disisi kanan meja.
Dia mengerling jam ditangan, baru cecah jam 4 petang. Tengku Mikhail mencapai beg bimbitnya, ingin
terus pulang. Tidak guna dia tinggal disini, hati dan jiwa sudah berada
dirumah. Dicapai kunci kereta dan kot
dikerusi disarung ke badan. Langkahnya
terus menuju ke pintu bilik, dia harus pulang cepat. Tapi sebelum itu dia harus singgah kedai kek
untuk membeli fruit tart seperti yang
dipesan oleh Kazrina.
Langkahnya dihentikan
dengan jeritan Taza, setiausahanya.”Tengku, dah nak balik ke?”
“Ya, hari ini saya nak
balik cepat. Ada hal sikit, tolong uruskan apa yang patut. Maybe
tomorrow, I’m taking leave. Please cancel all my appointment for tomorrow. See
you.”terus Tengku Mikhail berlalu tanpa menunggu jawapan dari Taza. Setiausahanya menggeleng-geleng kepala,
hairan dengan sikap bosnya hari ini.
“Beb, Aku tengok Tengku lately nikan asyik senyum memanjang
aje. Pastu hari-hari balik rumah awal.
Kenapa yek?pertanyaan Zuraidah buat Taza tersentak.”Hish, minah ni kalau ye pun
nak tanya, bagilah salam dulu. Nasib baik aku tak sakit jantung.”marah Taza
dalam hati.
“Kau nikan Zuraidah, lain
kali kalau nak soal pun bagilah salam dulu.
Kalau aku mati terkejut kat sini sapa nak sambut aku.”Taza menjengkil
matanya, namun ada suara sumbang sempat menyampuk dibelakang.
“Aku ada, dah lama aku
tunggu nak sambut kau.”seloroh Daus pekerja dibahagian marketing.
“Ni lagi satu. Hoi! Mamat
sengal, kirim salam okay. Aku lagi suka
kalu bos aku yang sambut daripada kau, muka dahlah macam black ada hati nak
mengorat aku.”cemuh Taza. Geram bila ada
suara sumbang menyampuk percakapannya.
“Yelah, yelah. Aku taklah
sehensem Tengku Mikhail a.k.a bos kau tu.
Tapi aku ada sekeping hati yang ikhlas untuk kau. Tapi kalau kau tak sudi, masih ramai lagi
yang mahu.”Daus berlalu sebaik menutur kata.
Sedih kerana Taza tidak pernah melihat dia dari sudut lain, semuanya
hanya kekacakkan semata-mata.
“Kau ni Taza, tak baik
tau. Daus tu dah lama nak dekat kau,
tapi kau pula yang jual mahal. Tengoklah
satu hari nanti, tuhan terbalikkan hati kau.
Baru padan muka.”tutur Zuraidah sinis, marah bila Taza seringkali
memperkecilkan Daus. Lelaki itu baik
orangnya, walaupun berjawatan Executive
tapi lelaki ini mampu memiliki kereta Toyota Vios. Lagipun Daus tidak juga kedekut orangnya, dia
turut membantu sesiapa yang dalam kesusahan.
“Kau ni Zuraidah, kalau
tak nak kena. Baik kau blah, aku pun malas nak layan korang. Setakat kerja Exec tak aku pandang. Bos
aku yang single tu masih boleh aku takcle tau.”dengan bangga Taza bersuara
pendapatanya. Zuraidah mencemik, lantas
berlalu meninggalkan Taza yang sombong. Macamlah Tengku Mikhail nak pandang
perempuan macam spesis Taza tu. Stok-stok
girlfriend Tengku Mikhail dulu lagi class semuanya jenis kaki panjang
seperti model.
“Aku pun tak hadap,
lagipun tunang aku Fauzan tu lagi
hensem tau. Muka dia ala-ala Dazrin
pelakon siri Adam dan Hawa tu.”riak Zuraidah.
Suka bila dapat mengenakan Taza yang perasan dirinya terlalu cantik.
“What ever! Dah sekarang go, I
have work to do.”Taza sekali lagi menghalau Zuraidah dari tempatnya. Zuraidah mencebik, lantas pergi tanpa menoleh
lagi. Sikap Taza bukannya boleh
dijangka, karang direport kat Tengku
Mikhail susah pula dia nanti.
~Bersambung~