Bab
18
“Khail, Rina bosanlah duduk kat rumah.”petang itu Kazrina
menyuarakan ketidak puas hatinya pada Tengku Mikhail.
“Bosan? Cuba Rina bagitahu apa yang membuatkan Rina bosan.”soal Tengku
Mikhail sambil tersenyum manis.
“Bosanlah, asyik duduk berkurung kat rumah Nak keluar jalan-jalan Khail tak bagi,
sudahnya Rina asyik bangun tidur, makan, tengok tv pastu tidur balik. Penat tau jiwa dan perasaan Rina.”omelan
Kazrina membuat Tengku Mikhail tersenyum lebar. “Rina..Rina..comel betul bila
dia buat begitu.”desis hatinya.
“Habis tu Rina nak buat apa? Beritahu Khail.”pujuk Tengku Mikhail,
persis seorang suami yang sedang memujuk si isteri yang sedang merajuk.
“Rina nak kerja, bolehkan?”Tengku Mikhail terkejut, perkataan kerja
menjadi fobia pula baginya. Kepala yang tidak gatal digarunya. Kazrina pula tertawa melihat gaya spontan Tengku
Mikhail.
“Sayang..bukannya Khail tak bagi Rina kerja. Tapi tahap kesihatan Rina tidak mengizinkan
untuk Rina bekerja buat masa ini. Khail
tak nak ambil risiko demi untuk memuaskan hati Rina nanti mendatangkan
kemudaratan pada baby pula.”terang Tengku Mikhail satu persatu kepada
Kazrina. Kazrina tayang muka protes,
geram kehendaknya tidak dipenuhi.
“Kalau macam tu boleh tak Khail bagi Rina keluar jalan-jalan. Sekejap pun jadilah..”pinta Kazrina, merengek
pun ada. “Macam budak-budak, tapi comel.”luah Tengku Mikhail dalam hati, tak
berani berkata dihadapan wanita itu takut dimarahi pula.
“Rina nak kemana?”soal Tengku Mikhail lembut.
“Rina nak pergi window
shopping, boleh kan?”teruja Kazrina
apabila Tengku Mikhail seperti memberi kebenarannya untuk keluar
berjalan-jalan.
“Kenapa window shopping?”pertanyaan
Tengku Mikhail mengundang tawa dibibir Kazrina.
“Tentulah window shopping
sebab Rina bukannya ada duit nak shopping.
Jalan-jalan cuci mata boleh lah.”ujar Kazrina, kali ini Tengku Mikhail gelak
besar. Kepolosan Kazrina mencuit
hatinya.
“Khail ni teruklah, yang ketawakan Rina kenapa. Betul apa, Rina bukannya ada duit nak shopping. Kerja pun takde, penggangur
terhormat adalah.”Tengku Mikhail tersenyum, Kazrina dah macam mak-mak
lagaknya. Mungkin hormon wanita
mengandung memang macam ni kot.
“Apa kata Khail belanja, hari Khail akan belanjakan apa yang Rina
nak beli. Tapi untuk baby saja tau, untuk mama, daddy tak kira.”seloroh Tengku
Mikhail, Kazrina mencebik.
“Tak nak lah, asyik-asyik untuk baby. Asyik-asyik untuk baby, untuk mamanya takde
pula. Mana aci.”Rina menarik muncung, merajuklah tu. Tengku Mikhail tayang sengih, suka melayan
sikap manja Kazrina.
“Okay..okay..kali ini daddy belikan untuk mama sekali. Puas hati?”Kazrina menjerit keseronokkan. Nasib baik tidak dipeluk Tengku Mikhail
kerana terlalu gembira. Kazrina
memandang tepat wajah Tengku Mikhail, dalam hati dia senang dimanjakan oleh
lelaki ini biarpun lelaki itu bukan suaminya.
Namun sikap keperihatinan lelaki ini membuatkan dia jatuh hati pada Tengku
Mikhail. Memang betul, manusia akan
berubah jika dia sudah menemui cinta sejatinya.
“Apakah Mikhail sudah menemui kebahagian dan juga cinta sejatinya. Kalau sudah, aku doakan dia bahagia
selama-lamanya walaupun orang itu bukannya diriku.”doanya dalam hati.
“Apa lagi, jomlah.”ajak Kazrina.
Tengku Mikhail bangkit lantas mengapai kunci kereta diatas meja
sisi. Nasib baik dia sudah menukar
pakaian santai, tak perlu dia tukar lagi.
Wajah ceria Kazrina dierenung, suka dia melihat wanita itu gembira.
Setengah jam kemudian, mereka berada di pusat membeli-belah
terkemuka di kuala lumpur. Kali ini Tengku
Mikhail membawa Kazrina ke KLCC. Mereka
berjalan dari sebuah kedai ke sebuah kedai yang lain. Tiba di kedai yang menjual peralatan bayi,
Kazrina terpampan. Dari luar dia melihat
pelbagai baju bayi yang dipamerkan didalamnya. Cantik sungguh, gaun-gaun kecil
yang indah dan menawan menarik hatinya untuk memasuki kedai itu. Tanpa Kazrina sedari dia menarik tangan Tengku
Mikhail agar masuk ke dalam kedai itu. Tengku
Mikhail terpinga namun terukir juga senyuman dibibirnya.
“Sorry”Kazrina ingin
melepaskan pegangan tangannya, namun Tengku Mikhail enggan.
“Khail, please..”gelengan
kepala Tengku Mikhail membuatkan Kazrina geram.
“Can we pretend as a loving
couple? Just for a day, please?”rayu Tengku Mikhail. Kazrina serba-salah, permintaan Tengku
Mikhail terlalu berat baginya. Wajah
mengharap Tengku Mikhail membuatkan Kazrina tidak daya menolaknya. “Okay, just for today.”setuju Kazrina,
biarlah lelaki ini merasa kebahagiaan yang diimpikan walaupun hanya sehari. Tengku Mikhail tersenyum lebar apabila
Kazrina membalas gengaman tangannya.
“Khail, gaun ni cantik kan?”soal Kazrina sambil mengambil salah satu
gaun yang dipamerkan. Tengku Mikhail
mencebik, Kazrina tertawa riang. “Comel sangat bila Khail buat muka
begitu.”desis hatinya.
“Apalah mama ni, anak Daddy kan boy.
Mana boleh pakai gaun, hero kena pakai jean yang macam ni. Barulah anak
papa nampak hensem macam daddynya.”seloroh Tengku Mikhail, disuakan sehelai
jean berwarna hitam.
“Mana Khail tahu baby Rina boy.”pertanyaan Kazrina membuat lelaki
itu tertawa. Kazrina mencubit perut Tengku
Mikhail, geram dipermainkan oleh lelaki itu.”Ouch!sakitlah sayang.”gurau mereka
berdua dilihat oleh Amar Amsyar dari jauh.
Ketika dia melewati kedai butik kanak-kanak itu dia terpandang akan kedua-dua
orang yang sangat dia kenali sedang bergurau senda. Hatinya terusik, dia sendiri tidak pasti
mengapa. Seorang bekas isteri dan
seorang lagi adalah sepupunya, mereka berdua kelihatan sangat serasi dan
secocok.
“Darling, you tengok
apa?”Julia turut terpanggil melihat apa yang menganggu kontrensasi Amar
Amayar. Alangkah terkejutnya dia melihat
Tengku Mikhail yang mesra dengan seseorang yang tidak dia kenali. Ya, Julia memang tidak mengenali Kazrina yang
merupakan bekas isteri kepada Amar Amsyar.
”Itukan Mike, dia dengan siapa darling?”soal
Julia lagi. “
Huh!”Amar Amsyar merengus, malas hendak melayani pertanyaan
Julia. Dirinya agak terluka melihat kemesraan
Kazrina dengan Tengku Mikhail. Amar Amysar ingin beredar, tapi kelibatnya
sempat dilihat oleh lelaki itu. Tengku
Mikhail hanya melihat Amar Amsyar beredar meninggal tempat itu bersama Julia
disebelahnya. Sempat juga Tengku Mikhail
lihat wajah masam Amar Amsyar, mungkin lelaki itu nampak akan kemesraannya
dengan Kazrina tadi. “Biarlah, aku dah
bahagia Am. Terima kasih kerana
melepaskan Kazrina untukku.”detik hati Tengku Mikhail.
“Khail..”panggilan Kazrina mematikan lamunan Tengku Mikhail.
Cepat-cepat dia menghampiri Kazrina yang sedang ralit membelek pakaian bayi.
“Ya sayang..”Kazrina melemparkan senyuman manis, sejak beberapa hari ini Tengku Mikhail suka
memanggilnya begitu.
“Khail..kan Rina dah cakap jangan panggil Rina macam tu.”teguran
Kazrina dibalas dengan sengihan nakal dibibir Tengku Mikhail.
“Baby, mama tak bagi daddy panggil mama sayang. Daddy nak merajuk lah.”Kazrina tertawa, Tengku
Mikhail seolah-olah bercakap dengan anaknya pula. “Nak mengadu lah tu.”
“Baby, jangan dengar cakap daddy.
Daddy tu sengaja nak usik mama.”selorohku sambil mengusap-usap perutku. Seakan mengerti aku sedang berbicara
dengannya, bayi dalam perutku bergerak sedikit.
Aku mengaduh, Tengku Mikhail memandangku kehairanan.
“Kenapa?”soalnya, aku tersenyum.
“Baby, dia bergerak. Macam
faham apa yang Rina cakapkan kat dia.”aduku.
“May I?”Tengku Mikhail
meminta izin, ingin menyentuh perutku.
Aku mengangguk, Tengku Mikhail berhati-hati meletakkan tangannya diatas
perut yang agak sedikit memboyot.
Tiba-tiba senyuman terukir dibibirnya.
Kazrina kepelikkan, tergambar diwajahnya.
“Baby, dia bergerak-gerak.
Itu yang Khail senyum.”seperti mengerti apa yang Tengku Mikhail cuba
katakan, Kazrina turut tersenyum lebar. Lama
mereka berdua begitu sehingga disapa oleh salah seorang pekerja dibutik itu.
“Akak dan abang dah pilih yang mana sesuai.”pertanyaan pekerja butik
itu membuatkan Tengku Mikhail tersentak, Kazrina pula sudah malu.
“Dah..dah dik. Akak nak yang ini.
Boleh tolong bungkuskan.”Kazrina menyerahkan beberapa helai baju bayi
kepada gadis itu.
“Biar Khail bayar, Rina tunggu disini.”Tengku Mikhail mengekori
langkah gadis itu menuju ke kaunter bayaran sementara Kazrina masih membelek
beberapa baju yang tergantung didalam butik itu
“Jom, kita pergi makan. Baby daddy
mesti dah lapar kan?”ajak Tengku Mikhail sambil mengenggam kemas tangan
Kazrina. Takut sangat Kazrina lari.
Hampir empat jam mereka berada di KLCC. Penat juga, tapi Kazrina gembira. Sekurang-kurangnya dapat menghilangkan
kebosanannya. Yalah, dari hari isnin
hingga jumaat dia hanya terperap dirumah.
Hendak keluar, Tengku Mikhail tidak benarkan. Nak tak nak, kena tunggu Tengku Mikhail
bawanya keluar, itu pun jika lelaki itu senang.
Kadang-kala Tengku Mikhail sibuk, hari biasa Tengku Mikhail akan pulang ke
rumah selepas jam menginjak ke sepuluh malam.
Hari sabtu pula lelaki itu sibuk bermain golf dengan rakan seperniagaan
ataupun klien-kliennya. Ahad pun kira bernasib
jika Tengku Mikhail ada dirumah, kalau tidak lelaki itu pasti ada temujanji
diluar. Bila masa Tengku Mikhail berehat
pun dia tidak pasti. Asyik kerja, kerja
dan kerja sampai tak ada masa untuk dirinya sendiri.
“Rina tengok sejak dua menjak ni Khail sering pulang lewat. Kenapa? Banyak sangat kerja ke?”soal Kazrina
sambil menyuap makanan ke dalam mulut. Pertanyaan
Kazrina tidak dijawab, sebaliknya Tengku Mikhail hanya tersenyum, “Comotnya
mama makan.” nasi yang tertinggal ditepi bibir Kazrina diambil lantas
dimakannya. Kazrina tertunduk malu,
tidak sangka dia makan gelojoh sampai tercicir nasi dibibir.
“Ada projek baru masuk, itu yang sibuk sedikit. Rezeki baby barangkali, sebab itu daddy kena
kerja keras.”tutur Tengku Mikhail sambil merenung ke arah perut Kazrina.
Seolah-olah seperti bercakap dengan anaknya sendiri.
“Khail, Rina..nak..cakap..sikit..boleh?” teragak-agak Kazrina
berbicara, takut Tengku Mikhail terasa pula.
“Rina ni kenapa, cakap tergagap-gagap pula. Apa yang Rina takutkan, Khail tak makan orang
lah.’seloroh Tengku Mikhail bersama sengihan nakal.
“Mengapa Khail suka membahasakan diri Khail sebagai daddy sedangkan
ini bukan anak Khail.”pertanyaan Kazrina menyentap sanubari Tengku Mikhail. Dia tidak meyangka Kazrina mempersoalkan
dirinya begini. Salahkah dia mahu
menggangap anak yang dikandung oleh Kazrina seperti anaknya sendiri. Malah dia mahu sebaik sahaja bayi ini dilahirkan, orang sekeliling
menyangka ini anaknya dan bukannya anak Amar Amsyar. Dia sendiri sudah merancang akan menikahi
Kazrina selepas wanita itu habis pantang.
Wajah muram Tengku Mikhail ditatap lembut, Kazrina serba-salah
dibuatnya. Mungkin pertanyaannya tadi
menyingung perasaan lelaki itu. “Rina minta maaf Khail, Rina tak bermaksud nak
buat Khail sedih. Cuma Rina rasa diri
ini tidak layak menerima layanan seperti ini dari Khail.”ada sendu dalam kata-kata
itu. Tengku Mikhail merenung tepat ke
wajah Kazrina, cuba menyukir senyuman tapi terasa kelat pula.
“Khail mahu baby memanggil daddy sebab Khail mahu baby mengenali Khail
sebagai daddynya. Walaupun Khail bukan bapa
kandungnya, tapi suatu hari nanti Khail berharap akan menjadi daddynya
juga.”itulah harapan Tengku Mikhail, dia mahu menjadi daddy kepada bayi yang
dikandung oleh Kazrina.
“Khai, Rina..”Kazrina mahu berkata sesuatu namun belum sempat dia
menyambung kata, jari telunjuk Tengku Mikhail berada dibibirnya. Kazrina terpana, Tengku Mikhail menggeleng
kepalanya meminta agar Kazrina tidak meneruskan bicaranya.
Tengku Mikhail menarik kembali jari telunjuknya, senyuman manis
dihadiahkan kepada wanita yang berada dihadapannya ini.”Khail ikhlas ingin
mengambil Rina sebagai suri hidup Khail.
Sudikah Kazrina Atirah menerima Tengku Mikhail Khazi sebagai teman
hidup.”lamaran sepontan Tengku Mikhail mengejutkan Kazrina. Tengku Mikhail mengeluarkan kotak kecil dari
kocek seluarnya lalu diletakkan diatas meja.
“Apa ni Khail?”soal Kazrina. Dia tahu apa isi kandungan kotak itu,
tapi dia masih mahu bertanyakan pada Tengku Mikhail.
Kotak dibuka, terserlah cinta platinium bertakhta berlian berwarna
kehijauan. “Cantik!”ujar Kazrina dalam
hatinya. Tengku Mikhail mengambil cincin tersebut, disuakan kepada Kazrina.
“Sudikah Rina menerima Khail sebagai suami dan juga daddy kepada
bayi Rina ni.”sekali lagi lamaran dari Tengku Mikhail bersama cincin
ditangannya.
“Khail..Rina tak layak untuk terima semua ini.”penolakkan Kazrina
melukakan hati Tengku Mikhail. Dia
menyimpan kembali cincin itu dalam kotak.
Tengku Mikhail mengeluh, dia tewas untuk memenangi sekeping hati milik
wanita bernama Kazrina Atirah.
Makanannya ditolak ke tepi, tangannya mengamit memanggil pelayan. “Waiter, bill please.”
“Rina dah sudah? Jom kita balik.”ajak Tengku Mikhail seperti tiada
apa-apa yang berlaku. Wajah sayu Tengku Mikhail ditenung, “Benarkah lelaki ini
bersungguh-sungguh mahukan dia.” telahnya dalam hati.
“Khail, please listen to me
first.”pujuk Kazrina lembut, tangan Tengku Mikhail atas meja digenggam
lembut. Tengku Mikhail menarik nafas,
perlukah dia mengalah lagi.
“I’m listening.”suara
mendatar Tengku Mikhail menusuk ke dalam hati Kazrina.
“Bukannya Rina menolak Khail, tapi Rina takut.”selar Kazrina.
Tengku Mikhail mengeluh, “Apa yang Rina takutkan. Amar Amsyar?”tebak Tengku Mikhail. Tadi semasa Kazrina menolak lamarannya, Tengku
Mikhail fikir sebab utama pastilah Amar Amsyar.
Kazrina menggeleng, “Bukan sebab dia, tapi sebabkan diri Rina
sendiri.” Tengku Mikhail terpana. “Apa yang dimaksudkan oleh wanita ini.”
“Rina sayang, Khail sudi menerima Rina seadanya. Walau apa pun sejarah silam Rina, apa yang
Khail mahu adalah Rina yang sekarang.
Kazrina Atirah yang ada dihadapan mata Khail sekarang ini.”tutur Tengku
Mikhail lembut. Wajah suram Kazrina
dipandang tenang.
“Rina takut Khail, takut sejarah berulang kembali.”Tengku Mikhail
tertawa kecil, kata-kata Kazrina tidak masuk dek akalnya.
“Sekarang Khail nak tanya Rina sejujurnya, adakah Rina masih
cintakan Am”Kazrina menunduk, tidak tahu apa yang harus dia katakan. Reaksi Kazrina mengundang cemburu dihati Tengku
Mikhail.
“Tipulah kalau Rina katakan tiada cinta untuk Am, ada itu tetap
ada. Namun semuanya hilang sedikit demi sedikit demi anak yang
Rina kandungkan. Hati Rina hancur bila
mengenangkan Am, bapa kandung yang sepatutnya melindungi dan menjaga bayi kami
dan bukannya Khail.”Kazrina menutup
mukanya, esakkan halus kedengaran. Tengku
Mikhail bangkit, belakang tubuh Kazrina diusap perlahan.
Orang ramai yang ada didalam restoran mula memerhatikan gelagat
mereka berdua, Tengku Mikhail mengenangkat tangan. “Maaf, isteri saya agak sensitif
sikit hari ini. Pembawakan budak, maaf
ya.” Kata-kata maaf dari Tengku Mikhail menyedarkan Kazrina dimana mereka
berada kini. Cepat-cepat dia mengesat
airmata dengan belakang tangan. Tengku
Mikhail menarik kerusi, “Jom, kita balik.’ujarnya sambil mengeluarkan duit dari
dompet dan meletakkan beberapa keping note RM50 diatas meja. Bahu Kazrina dipeluk, mereka berjalan keluar
dari restoran tanpa menoleh kebelakang.
Sampai ditempat dimana Tengku Mikhail
meletakkan keretanya, Kazrina menyelar pergelangan tangan Tengku Mikhail. Langkah Tengku Mikhail terhenti, dia menoleh
kebelakang ingin melihat wajah Kazrina.
Kening dijongket,”Kenapa?”
“Rina nak cakap sesuatu boleh?” Tengku
Mikhail menyandarkan badannya ditepi kereta.
Kazrina pula menlepaskan lengan Tengku Mikhail bersama keluhan
dibibir.
“Beri masa untuk Rina memikirkan hal
ini. Apa yang Rina pinta adalah
pengertian dari Khail, itu saja.”terukir senyuman dibibir Tengku Mikhail saat
Kazrina menutur kata-kata itu. Hatinya
kembali berbunga riang, doanya pasti termakbul jua.
“Boleh, tapi dengan syarat Rina kena
terima cincin ni. Khail nak Rina pakai cincin
ni supaya orang tahu Rina bakal menjadi milik Khail nanti.”pinta Tengku Mikhail,
cincin dalam sakunya dikeluarkan semula.
Terserlah kilauan batu permatanya dimata Kazrina.
“Eh, kenapa pula. Rina minta tangguh bukannya Rina cakap dah
setuju.”selar Kazrina, Tengku Mikhail buat-buat tak dengar. Dicapai tangan kanan Kazrina, lantas disarung
cincin tu. Kazrina terjerit kecil,
terkejut dengan tindakan Tengku Mikhail.
“Khail tak kira. No matter what, you have to wear this ring. It’s shows, you’ll be mine
and no one else.”tegas Tengku Mikhail, Kazrina memuncung tidak suka tapi
dalam hati dah kembang setaman. Cincin
dijari ditenung,”Cantik!”pujinya dalam hati.
“Suka”tanya Tengku Mikhail, Kazrina diam
malas hendak berkata apa. Nanti dirinya
juga dijadikan mangsa usikan Tengku Mikhail, bukannya dia tidak tahu Tengku
Mikhail memang suka mengusiknya.
“Hemm..”tercetus juga dari mulut Kazrina.
“Itu aje, tak nak cakap apa-apa.”usik Tengku
Mikhail lagi. Kazrina menjeling, geram
kerana masih dijadikan bahan usikan Tengku Mikhail.
“Habis tu Khail nak Rina cakap apa
lagi.”bentak Kazrina.
“Perhaps
say you love me.”seloroh Tengku Mikhail lagi, Kazrina membuntang mata. Malas hendak melayan Tengku Mikhail, dia
pura-pura sibuk membelek baju yang dibelinya tadi. Tengku Mikhail yang dari tadi menahan tawa,
tercetus juga. Kunci kereta dikeluarkan,
alarm kereta ditekan. Pintu Kazrina
dibuka, “Come, let’s go home. Baby pun dah penat.”ajak Tengku Mikhail,
Kazrina mengangguk setuju. Selepas Kazrina
masuk dalam kereta, pintu ditutup Tengku Mikhail bersama senyuman yang masih terukir
dibibirnya. Suka dia melihat rajuk manja
Kazrina, cincin jari Kazrina dikerling sekilas.
Sesuai benar dijari wanita itu, tidak sia-sia dia membelinya tadi ketika
Kazrina leka memilih baju tadi.
Hari itu merupakan hari yang terindah buat
Tengku Mikhail, tidak disangka Kazrina sudi menerima cincin pemberiannya. Walaupun pada mulanya wanita itu agak
keberatan, namun setelah dipaksa akhirnya cincin itu tersarung cantik ditangan
Kazrina. Semasa memandu, bibir Tengku
Mikhail tidak henti-henti tersenyum.
Kazrina turut sama, tapi disembunyikan takut Tengku Mikhail perasaan
akan senyuman itu. Siapa sangka lelaki
yang dahulunya kasanova dan sering bertukar-tukar teman wanita kini menjadi
pencinta setia. Cinta yang wujud tanpa Tengku
Mikhail sedari telah mengubahnya sedikit demi sedikit menjadi lelaki yang
bertangungjawab.
Amar Amsyar merengus, badannya dihempas
kasar diatas katil. Sejak pulang dari
KLCC hatinya panas. Kata-kata manis
Julia tidak diendah lagi sampai merajuk kekasihnya. Alih-alih mereka terus pulang, tak jadi
hendak menonton wayang. Julia
marah-marah tapi tidak dipedulikannya. Dalam
hatinya lagi marah dan panas melihat Kazrina bersama Tengku Mikhail. Dia tidak tahu apa yang berlaku keatas
dirinya sejak akhir-akhir ini, terlalu banyak. Tidur malamnya pun terganggu, asyik
termimpi-mimpikan bayangan Kazrina.
Bantal dibaling mengena meja solek, habis berderai barang-barang diatas
meja itu. Dibiarkan saja semua bantal
terdampar dibawah sendangkan dia masih berada diatas katil.
“Kenapa..kenapa? aku nak Kazrina semula. Aku nak dia kembali kepangkuanku.”jerit Amar
Amsyar dalam biliknya.
“Kali ini aku akan pastikan Kazrina balik
kepangkuanku. Tak kira walaupun dengan
apa cara sekalipun, aku akan pastikan dia jadi milikku semula. Tengku Mikhail Khazi, kau takkan dapat
dia. Itu janjiku.”Amar Amsyar bangkit dari
katil, ditarik kasar tuala dari almari sebelum melangkah masuk kamar mandi. Telefon bimbit yang berdering dibiarkan
saja. Hati yang panas perlu disejukkan.
~Bersambung~
P/S: Terima kasih pada semua yang sudi melayari blog saya. Cerita SPEED saya upkan sehingga bab 25. Nak cuba hantar manuskrip pada syarikat penerbitan. Harap-harap memenuhi kehendak mereka. Doakan saya, sayang kalian semua. Muah..:)
Cinta LRT saya hentikan seketika, kekeringan idea. Tak tahu nak buat macam mana sebab orang yang memberikan inspirasi kepada saya dah tinggalkan saya, waaa....waaa.. Terpaksa bertungkus lumus mencari idea baru. Doakan saya juga ya.
romantik jg khail ni eh...eheheh...
ReplyDeleteKhail mmg romantik. dulukan dia playboy terkenal kat KL. Jgn sampai jatuh hati kat khail sudah, parah saya nanti..
DeleteWowwee. Tak sabar nak tahu apa jadi nanti. Amar ni dah buang orang nak balik. =,=
ReplyDeleteAmar Amsyar dah insaf. Ingatan dia dah pulih sbb tu dia nak balik Kazrina.
DeleteOh... Tapi, Amar Amsyar kan dah lafazkan talak.
DeleteAmar Amsyar dah gila talak skrg..
DeleteBest nak lg cepatlah sambung ya tq
ReplyDeletecian dgn rina... cm2 dugaan dtg dlm hdp dia.. cpt2 smbg tau... xsbr nk bce
ReplyDeleteDah x sabar yea. Tggu, bab seterusnya akan muncul..
Deletenak khail jdi hero.. hehe
ReplyDeletesemoga kak has berjaya!!!!!
ReplyDeleteTq dear.
DeleteBest.. hope am diberi peluang kedua.. bukankah mike pon badboy mula2.. cuma sbb eksiden tu je am jadi gitu...dan mike mmg nk rampas kaz.. ermm, hope keluarla novel sebijik.. hikhik
ReplyDelete