Thursday, 31 January 2013

SPEED - Cintaku Bukan Sekadar Di Meter Jalanan (Bab 20)


Bab 20


Pagi ini Tengku Mikhail resah, semua kerja yang sepatutnya dibuat dibiarkan begitu sahaja.  Semalam dia menerima panggilan telefon dari Datin Azimah.  Suara sayu Makngahnya mengkhabarkan tentang Pakngahnya yang mengalami kemalangan kecil.  Sempat juga dia melawat Pakngahnya dihospital semalam.  Nasib baik ketika dia menjengah, Amar Amsyar baru saja beredar.  Jika tidak agak sukar untuk dia berhadapan dengan sepupunya itu.

 
“Terima kasih kerana sudi datang.  Khail sihat?”Datin Azimah menyambut huluran tangan Tengku Mikhail, lantas anak saudaranya itu mengucup belakang tangannya.

 
“Baik,  Pakngah apa khabar? Macam mana keadaan dia sekarang.”soal Tengku Mikhail, dia turut melabuh duduk disebelah Datin Azimah.
 

“Macam Khail tengok, masih tak berubah-rubah.  Pakngah dalam pemerhatian doktor selamat 48 jam sebelum mereka teruskan rawatan yang lain.”terang Datin Azimah lemah.

 
“Insyallah Makngah, Pakngah akan sembuh seperti sediakala.  Makngah banyak-banyakkan berdoa ya.”pujuk Tengku Mikhail.  Datin Azimah mengangguk lemah.

 
“Oh ya Makngah, daddy tak dapat pulang ke Malaysia.  Daddy minta maaf sebab tak dapat datang melawat Pakngah.  Daddy ada juga kirim salam kat Makngah, dia pesan agar Makngah jaga kesihatan dan banyak bersabar.”Tengku Mikhail menyatakan pesanan dari Daddynya.  Datin Azimah terharu, malam semalam Abang Iparnya itu ada menelefonnya memberi kata-kata semangat.  Tengku Azhar turut menitipkan pesanan agar dia tidak terlalu stress, takut akan menjejaskan kesihatannya pula.

 
“Daddy Khail ada juga telefon Makngah malam semalam, sempat jugalah kami berbual panjang.  Kazrina sihat?”Tengku Mikhail mengangguk.

 
“Alhamdullilah Makngah, Rina dan bayinya sihat-sihat saja.  Baru minggu lepas saya bawa dia pergi check up.”terang Tengku Mikhail dengan nada ceria.  Datin Azimah perasan dengan perubahan Tengku Mikhail turut tersenyum.

 
“Syukur alhamdulillah, nasib baik ada Khail yang sudi jaga Rina.  Kalau tidak, Makngah tak tahulah apa yang akan terjadi kat Rina dan bayinya tu.”keluh Datin Azimah, kesal dengan perbuatan anaknya itu.

 
“Makngah, kan Khail dah cakap.  Tak nak bincangkan pasal hal ini lagi, lagipun Rina dah gembira sekarang.  Kalau boleh Khail tak mahu bunuh kegembiraan yang dia rasakan sekarang.”selar Tengku Mikhail.

 
“Makngah tahu, Makngah minta maaf Khail.”tutur Datin Azimah lemah.


“Tiada apa yang perlu Khail maafkan, Makngah tak salah.”jujur Tengku Mikhail kata, dia rela Kazrina begini.  Sekurang-kurangnya dia tahu Rina kuat menghadapi semua ini tanpa mengharapkan kehadiran Amar Amsyar disisinya.

 
“Khail..Makngah nak minta tolong boleh?”pertanyaan Datin Azimah mengundang teka-teki dihati Tengku Mikhail.

 
“Tolong apa Makngah, kalau boleh Khail tolong, Khail akan tolong.”polos sungguh jawapan dari Tengku Mikhail tanpa mengetahui apakah pertolongan yang dipinta oleh Datin Azimah.

 
“Pulangkan Kazrina kepada kami.”tersentak Tengku Mikhail takala mendengar permintaan Datin Azimah. “Pulangkan Kazrina? Apa maksud Makngah.”

 
“Apa yang Makngah cakapkan ni.  Mikhail kena pulangkan Kazrina, sejak bila Khail rampas Kazrina dari keluarga ni.”bentak Tengku Mikhail, walaupun suaranya tidak berapa keras. Tapi cukup membuatkan Datin Azimah terkejut.

 
“Am akan pulang kepangkuan kami kalau Kazrina sudi menerima dia kembali menjadi suaminya semula.  Am nak rujuk dengan Kazrina.”terang Datin Azimah, airmata yang berjujuran diseka dengan belakang tangan.  Hati Tengku Mikhail menjadi sayu, sedih mengenangkan permintaan Makngahnya.  Seorang ibu sedang meminta agar dia mengembalikan kebahagiaan yang telah lama hilang dari keluarga mereka.  Dan itu tidak mudah bagi Tengku Mikhail.

 
“Khail tak boleh Makngah, Khail tak boleh lakukan itu.  Kazrina menderita sebab Am, takkan Khail nak biarkan hati dia dilukai lagi Makngah. Tak sanggup Khail hennak lihat airmata dia mengalir lagi,  kasihanlah dia Makngah.”Tengku Mikhail menggeleng-geleng kepalanya, tanda tidak setuju dengan permintaan Datin Azimah.

 
“Makngah merayu pada Khail, pujuklah Kazrina.  Am dah insaf, dulu dia khilaf sebab itu dia tak sedar apa yang dia telah  lakukan.  Tolong Makngah Khail, Am satu-satunya anak yang Makngah ada.  Makngah tak dia pergi dari hidup Makngah lagi.”rayuan Datin Azimah menyentuh hati Tengku Mikhail. 

 
“Khail tak berdaya Makngah, Khail tak berdaya.  Semua keputusan terletak ditangan Kazrina sendiri.”ujar Tengku Mikhail, tangan Datin Azimah digenggam erat.  Sayu hatinya bila melihat seorang ibu yang sedang menangih simpati darinya.

 
“Tapikan Khail, Kazrina mengandungkan anak Am.  Takkan Khail tegar membiarkan anak itu tidak berbapa.”tambah Datin Azimah lagi.  Tengku Mikhail menggeleng-geleng kepalanya tanda tidak setuju. 

 
“Siapa kata bayi itu tak berbapa.  Khail akan menikahi Kazrina sebaik sahaja umur anaknya mencecah 3 bulan.  Khail akan menjadi bapa kepada bayi itu walaupun bayi itu akan berbinkan Amar Amsyar.  Itu janji Khail, dan waktu itu Am tidak diperlukan lagi dalam hidup Kazrina.”tegas Tengku Mikhail.  Dia bangkit, tidak mahu berlama-lama disitu.  Semakin lama dia disitu, keadaan menjadi lebih tegang.  Dia tidak mahu dituduh kurang ajar pula.  Suaranya sukar hendak dikawal dan amarahnya juga begitu.  Jadi sebelum apa-apa terjadi, baik dia beredar.

 
“Khail minta maaf Makngah, permintaan Makngah tak dapat Khail tunaikan.  Khail balik dulu, insyallah jika ada umur panjang kita berjumpa lagi.”Tangan Datin Azimah dikucup, lantas Tengku Mikhail mengorak langkah keluar dari wad yang menempatkan Dato’ Azizuddin.  Datin Azimah terkaku, Tengku Mikhail menolak permintaannya.  Bagaimana harus dia sampaikan berita ini kepada anaknya.  Tentu Amar Amsyar terluka kerana niat anaknya ingin rujuk semula dengan Kazrina tidak dipersetujui Tengku Mikhail.

 




 


“Tengku, ini dokumen yang Tengku minta.”tersentak Tengku Mikhail sewaktu Misya menegurnya.  Dokumen diatas meja dipandang sepi.      

 
“Misya, bila awak masuk.  Tak dengar pun awak ketuk pintu.”Tengku Mikhail meraup wajahnya, sekaligus mematikan lamunannya tadi.

 
“Tengku, dah naik merah tangan saya mengetuk pintu.  Tengku yang asyik mengelamun, sebab itu tak dengar.”seloroh Misya.  Walaupun Tengku Mikhail menayang muka kelat itu tidak sedikitpun menakutkan Misya.


“Lain kali dengar arahan baru masuk. Ini main redah aje, dah mana dokumen tadi.”sengaja  Tengku Mikhail meninggikan suaranya biar Misya tidak sedar dirinya terkantoi sedang mengelamun. Misya hanya tersengih-sengih,  tahu Tengku Mikhail tidak marah  hanya melemparkan nasihat percuma.

 
“Baik bos.  By the way, how’s my dearest friend at home.  Mesti dia boring kan?”pertanyaan Misya membuat Tengku Mikhail mengangkat muka.  Lama dipandang wajah Misya, tanpa dia sedari terbit senyuman dibibirnya.

 
“She’s okay, a bit bored dan suka merungut sejak akhir-akhir ni.  Lepas tu asyik nak marah-marah, kalau nampak muka saya lagi tinggi suhu kemarahan dia.”jawapan jujur dari Tengku Mikhail, dibalas dengan tawa oleh Misya. ada nada lucu disitu.

 
“Aik! kenapa pula.  Setahu saya Tengku bukan bapa kepada baby tu, yang si Rina nak marah-marah buat apa?”pelik Misya, setahu dia pembawakan budak hanya terjadi pada si ibu ataupun si bapa.  Tapi dalam kes ini terbalik pula, si bapa yang sebenar rilek aje. Kini yang jadi mangsa, Tengku Mikhail pula.

 
“Apa pula Misya, baby itu dah jadi baby sayalah.  Sebab itu hari-hari minta yang bukan-bukan kat daddy dia.  Hari tu minta saya bawa pergi shopping lah, lepas itu minta belikan aiskrim pula.  Last sekali semalam, ada ke Rina ajak saya pergi makan kat kedai Mamak jam 3 pagi.  Dia cakap baby nak makan paper tosai. “adu Tengku Mikhail.  Pecah ketawa Misya mendengar celoteh Tengku Mikhail. 

 
“Bos, nasib baik dia minta yang okay. Buatnya dia minta yang bukan-bukan, lagi naya bos.”seloroh Misya.

 
“Awak pula Misya, masa mengandung dulu ada tak minta yang bukan-bukan pada suami awak.”soal Tengku Mikhail ingin tahu.  Wajah ceria Misya direnung. 

 
“Ada jugalah bos, tapi takde lah yang susah-susah. Biasa-biasa aje, cuma kebetulan suatu hari itu saya teringin nak makan buah pala.  Kenalah suami saya pergi belikan kat Penang.”dengan rasa teruja Misya menceritakan kejadian itu.  Tengku Mikhail mengerut dahinya, sampai macam tu sekali.

 
“Kenapa kena pergi beli sampai ke Penang, kan kat KL pun ada juga.”pertanyaan Tengku Mikhail dijawab dengan tawa kecil dibibir Misya.

 
“Mana taknya Tengku, anak tekak ni nak juga buah pala yang dibeli kat Penang.  Nak tak nak terpaksalah suami saya terbang ke Penang semata-mata nak beli buah tu.”pecah gelak kedua-duanya.  Riuh juga bilik Tengku Mikhail bila mendengar celoteh Misya.  Terbang segala masalah yang melanda dimindanya tadi.  Senang sekali dia mendengar cerita Misya, lebih kurang sama dengan keinginan Kazrina juga.

 
“Misya..Misya awak ni memang suka buat jenaka.  Apa kata awak dan suami awak datanglah ke rumah saya sekali-sekala.  Dapat juga Kazrina jumpa awak, kesian saya tengok dia kesunyian kat rumah.  Kalau berteman pun hanya dengan Mak Jah saja.”pelawa Tengku Mikhail.

 
“Apa kata Kazrina yang datang rumah kami, boleh lah saya masak kan yang sedap-sedap untuk dia.”cadang Misya pula.

 
“Awak ajak Rina seorang saja kah?”usik Tengku Mikhail, sengaja hendak melihat reaksi Misya.

 
“Dah tentulah dengan bos sekali, kalau tidak macam mana Rina nak datang ke rumah saya.”sampuk Misya.

 
“Boleh juga, hujung minggu ni kami sampai. Tentu Rina suka, terima kasih Misya.”Misya mengangguk.  Dia lagi suka bila dapat bertemu dengan sahabatnya itu.

 
“Sama-sama bos, kalau tak ada apa-apa saya keluar dulu ya bos.  Kejap lagi nak keluar lunch, perut dah start berkeroncong ni..” Misya bangkit lantas melangkah ke pintu.  Tengku Mikhail menghantar Misya dengan pandangan ceria.  Kazrina beruntung mempunyai sahabat seperti Misya, dan dia akan pastikan Kazrina sentiasa gembira bersama dengannya.

 
Tengku Mikhail meneruskan kerja-kerja yang terbengkalai tadi.  Hatinya sedikit tenang, Misya banyak membantunya.  Dia amat berterima kasih dengan wanita itu,  Kazrina juga amat bertuah kerana mempunyai sahabat seperti Misya.

 
“Ah! apa khabar Rina hari ini.  Sudah masuk setengah hari, dia masih belum menghubungi Kazrina dirumah.  Selalu, setiap 3 jam dia pasti menelefon bertanyakan khabar sampai Kazrina naik rimas.  Suka sekali Tengku Mikhail mendengar suara celoteh Kazrina yang pasti akan mengadu setiap kali dia menelefon wanita itu.”

 
Kazrina pasti akan mengadu.. hari ini bosanlah, Mak Jah tak bagi tolong buat kerja lah, nak angkat barang dan kemas rumah pun Mak Jah tak benarkan lah, dan macam-macam lagi.  Kadang-kadang dia pun turut tertawa bila mulut comel itu berceloteh.  Pernah juga Tengku Mikhail kata, “Mengomellah banyak-banyak, nanti anak yang keluar pun banyak komplennya.  Macam Mama dia sekarang.” Dan pasti Kazrina akan merajuk selepas itu.

 
“Assalamualaikum sayang, dah makan?”suara romantis Tengku Mikhail berkumandang ditelinga Kazrina. 

 
“Waalaikumsalam, Rina dan baby dah makan.  Tapi tak tahulah daddy dia pula.”sengaja Kazrina bermain kata.  Tengku Mikhail tertawa kecil, suka bila Kazrina membahasakan dirinya begitu.

 
“Hari ini daddy on diet.  Pagi tadi dah makan sandwich, lepas ini daddy nak makan buah-buahan saja.”ketawa halus Kazrina menerpa dicuping telinga Tengku Mikhail.  

 
Diet konon, malam karang daddy makan tak ingat dunia. Mama kat sebelah pun dia tak nampak, kan baby..kan.”telah Kazrina.  Tengku Mikhail membuntangkan matanya, tidak percaya Kazrina berbicara begitu.”Oo..dia dah pandai mengata aku ya.”

 
“Oh..mama mengata daddy ya.  Tunggu, daddy balik nanti daddy cubit-cubit pipi montel mama nak?”seloroh Tengku Mikhail.  Kazrina mencebik, memang sejak mengandung pipinya bertambah tembam.  Berat bandannya juga naik mendadak, tapi tak mengapa.  Dia  tidak perlu menyekat pemakanannya, Tengku Mikhail mahu baby yang dikandungnya sihat walaupun tubuh Kazrina semakim montel.  “Apa susah, sliming centre kan banyak. Boleh pergi lepas bersalin nanti.”kata Tengku Mikhail padanya.

 
“Khail, baby nak makan fruit tart,  boleh tolong belikan.”pinta Kazrina manja.  Tengku Mikhail sudah tersenyum-senyum dihujung talian.  Suka benar dia mendengar suara manja Kazrina.

 
“Baby yang nak makan ke atau mamanya.?”soal Tengku Mikhail nakal.

 
“Tak kiralah siapa yang nak makan, janji Khail kena pergi belikan juga.  Kalau tidak Rina merajuk, tak nak cakap dengan Khail lagi.”bentak Kazrina.

 
“Ala..ala janganlah merajuk.  Nanti daddy belikan fruit tart untuk baby.  Malam nanti kita jumpa, bye baby daddy nak sambung buat kerja pula.  Mama pun jangan nakal-nakal tau.”pesan Tengku Mikhail, dia senang dengan kebahagiaan yang dia miliki sekarang.  Walaupun Kazrina belum sah menjadi miliknya, dia selalu berharap suatu hari nanti wanita itu akan menjadi suri dihatinya.  Dia tidak akan kembalikan Kazrina kepangkuan Amar Amsyar setelah apa yang berlaku terhadap wanita itu.   Tidak sesekali dia biarkan Kazrina pulang kembali kepangkuan Amar Amsyar.  Biar Makngahnya merayu sekalipun, tidak akan dilepaskan Kazrina begitu saja.  Dia sudah berangan-angan membina kehidupan baru bersama Kazrina dan anak yang dikandungnya.

 
Kertas kerja yang masih belum diselesaikan, diletakkan disisi kanan meja.  Dia mengerling jam ditangan, baru cecah jam 4 petang.  Tengku Mikhail mencapai beg bimbitnya, ingin terus pulang. Tidak guna dia tinggal disini, hati dan jiwa sudah berada dirumah.  Dicapai kunci kereta dan kot dikerusi disarung ke badan.  Langkahnya terus menuju ke pintu bilik, dia harus pulang cepat.  Tapi sebelum itu dia harus singgah kedai kek untuk membeli fruit tart seperti yang dipesan oleh Kazrina.

Langkahnya dihentikan dengan jeritan Taza, setiausahanya.”Tengku, dah nak balik ke?”
 
“Ya, hari ini saya nak balik cepat. Ada hal sikit, tolong uruskan apa yang patut.  Maybe tomorrow, I’m taking leave. Please cancel all my appointment for tomorrow. See you.”terus Tengku Mikhail berlalu tanpa menunggu jawapan dari Taza.  Setiausahanya menggeleng-geleng kepala, hairan dengan sikap bosnya hari ini.
 
“Beb, Aku tengok Tengku lately nikan asyik senyum memanjang aje.  Pastu hari-hari balik rumah awal. Kenapa yek?pertanyaan Zuraidah buat Taza tersentak.”Hish, minah ni kalau ye pun nak tanya, bagilah salam dulu. Nasib baik aku tak sakit jantung.”marah Taza dalam hati.
 
“Kau nikan Zuraidah, lain kali kalau nak soal pun bagilah salam dulu.  Kalau aku mati terkejut kat sini sapa nak sambut aku.”Taza menjengkil matanya, namun ada suara sumbang sempat menyampuk dibelakang.

“Aku ada, dah lama aku tunggu nak sambut kau.”seloroh Daus pekerja dibahagian marketing.

“Ni lagi satu. Hoi! Mamat sengal, kirim salam okay.  Aku lagi suka kalu bos aku yang sambut daripada kau, muka dahlah macam black ada hati nak mengorat aku.”cemuh Taza.  Geram bila ada suara sumbang menyampuk percakapannya. 

“Yelah, yelah. Aku taklah sehensem Tengku Mikhail a.k.a bos kau tu.  Tapi aku ada sekeping hati yang ikhlas untuk kau.  Tapi kalau kau tak sudi, masih ramai lagi yang mahu.”Daus berlalu sebaik menutur kata.  Sedih kerana Taza tidak pernah melihat dia dari sudut lain, semuanya hanya kekacakkan semata-mata.

 
“Kau ni Taza, tak baik tau.  Daus tu dah lama nak dekat kau, tapi kau pula yang jual mahal.  Tengoklah satu hari nanti, tuhan terbalikkan hati kau.  Baru padan muka.”tutur Zuraidah sinis, marah bila Taza seringkali memperkecilkan Daus.  Lelaki itu baik orangnya, walaupun berjawatan Executive tapi lelaki ini mampu memiliki kereta Toyota Vios.  Lagipun Daus tidak juga kedekut orangnya, dia turut membantu sesiapa yang dalam kesusahan.

“Kau ni Zuraidah, kalau tak nak kena. Baik kau blah, aku pun malas nak layan korang.  Setakat kerja Exec tak aku pandang.  Bos aku yang single tu masih boleh aku takcle tau.”dengan bangga Taza bersuara pendapatanya.  Zuraidah mencemik, lantas berlalu meninggalkan Taza yang sombong. Macamlah Tengku Mikhail nak pandang perempuan macam spesis Taza tu.  Stok-stok girlfriend Tengku Mikhail dulu lagi class semuanya jenis kaki panjang seperti model.

“Aku pun tak hadap, lagipun tunang aku Fauzan tu lagi hensem tau.  Muka dia ala-ala Dazrin pelakon siri Adam dan Hawa tu.”riak Zuraidah.  Suka bila dapat mengenakan Taza yang perasan dirinya terlalu cantik.

What ever! Dah sekarang go, I have work to do.”Taza sekali lagi menghalau Zuraidah dari tempatnya.  Zuraidah mencebik, lantas pergi tanpa menoleh lagi.  Sikap Taza bukannya boleh dijangka, karang direport kat Tengku Mikhail susah pula dia nanti.

~Bersambung~



 
 

3 comments:

  1. best... p risau ler ngan permntaan makngah kail. sya nk rina ngan mikhail plez cik writer...

    ReplyDelete
  2. nk rina dgn khail..
    plishh2..

    ReplyDelete