Bab 19
Lamunan Datin Azimah terganggu, ketika
kereta kepunyaan suaminya masuk diperkarangan rumah. Kedengaran salam yang diberikan, dia bangkit
menghampiri pintu rumah. Wajah keletihan
suaminya menyapa, dicapai beg bimbit suaminya lantas tangan kanan suaminya
dikucup lembut.
“Baru balik bang?”sapanya, tubuh suaminya
yang keletihan diekori dari belakang. Dato’
Azizuddin mengangguk lemah, badan yang letih dihenyakkan ke sofa
berdekatan. Datin Azimah turut
melabuhkan duduk disebelah suaminya. Dato’
Azizuddin memejamkan matanya sejenak, Datin Azimah bertidak memerhatikan
saja. Dia sedar, sejak Amar Amsyar
mengabaikan tangungjawabnya suaminya dibebani masalah dipejabat. Kerja yang sepatutnya dilakukan Amar Amsyar
kini terletak dibahu suaminya. Amar
Amsyar sudah melampau, sudahlah dia menceraikan Kazrina yang sedang
mengandung. Kini perangai lama anaknya
muncul kembali, ini yang membimbangkan mereka berdua.
“Abang nak minum?”soal Datin Azimah lagi. Dato’ Azizuddin menggeleng, matanya tetap
dipejamkan. Tekanan dipejabat
merunsingkannya, ada anak tak boleh diharapkan.
Hatinya walang, anak yang diharapkan tetap tidak berubah. Malah menjadi lebih teruk lagi, sudah elok
dapat isteri yang baik diceraikan pula.
Harapan untuk melihat Amar Amsyar berubah jauh panggang dari api. Dia mengeluh, sedih dengan apa yang menimpa
keluarganya.
“Azi, abang dah gagal. Gagal mendidik anak kita menjadi seperti apa
yang kita inginkan. Abang bersalah pada Azi,
pada keluarga kita.”keluh Dato’ Azizuddin.
Datin Azimah merapati suaminya, dipegang lembut bahu suaminya itu.
“Abang tak salah, tapi anak kita yang
salah memilih jalan hidupnya. Amar
Amsyar yang patut dipersalahkan dan bukannya abang. Azi percaya, ini adalah ujian yang Allah
berikan pada kita. Dan kita sebagai
hambanya harus bersabar menerimannya.”pujuk Datin Azimah, Dato’ Azizuddin
berpaling lantas dipeluk tubuh isterinya.
Terdengar esakkan halus dicuping telinga Datin Azimah. “Suaminya
menangis kah?”
“Abang rindukan anak kita, abang juga
rindukan bekas menantu kita tu. Mengapa
Am tergamak menceraikan isteri sebaik Kazrina.
Apa salah menantu kita tu sehingga dia diperlakukan begitu oleh anak
kita.”kesal dengan tindakan anaknya yang sanggup melepaskan isteri sebaik
Kazrina. Walaupun dia dan isterinya baru
saja mengenali Kazrina, namun dia percaya Kazrina adalah wanita yang terbaik
buat Amar Amsyar.
“Azi pun kecewa dengan sikap Am. Kazrina merupakan isteri yang sempurna, tapi
Am pula yang buat perangai. Kalau abang
nak tahu, menantu kita tu sedang mengandung.
Tak lama lagi kita bakal bercucu, tapi sayang kita tidak berpeluang
untuk merasainya gara-gara onar Am.”kata-kata yang terbit dari mulut isterinya
membuatkan Dato’ Azizuddin tersentak, “Cucu?”sudah lama dia menginginkan
cucu.
“Rina mengandung?”pertanyaan suaminya
dijawab dengan anggukan. Dato’ Azizuddin
menadah tangan mensyukuri nikmat yang Allah kurniakan. Akhirnya Allah memakbulkan permintaannya,
namun semuanya sia-sia belaka. Cucu yang
selama ini didambarkan tidak mungkin berada didalam pelukannya.
“Ya bang, kita bakal mendapat cucu tak
lama lagi. Tapi sayang..”air muka Datin
Azimah berubah, Dato’ Azizuddin mengerti akan perubahan itu.
“Abang mengerti perasaan Azi, abang pun
sama. Cuma abang harap Kazrina tidak
lupakan kita. Abang harap sangat dia
kembali pada kita, kembali pada Am.”tinggi sungguh harapan Dato’
Azizuddin. Datin Azimah mengeluh, dia
juga begitu. Mahu Kazrina menerima Am
kembali suatu hari nanti.
“Azi pun harap begitu bang, rindu benar
Azi dengan menantu kita tu. Tapi sayang,
Rina sekarang menetap dirumah Tengku Mikhail.”kata-kata isterinya membuatkan Dato’
Azizuddin tersentak.
“Rina tinggal dengan Mikhail?”Datin Azimah
mengangguk lemah. Tidak tahu bagaimana
hendak terangkan kepada suaminya itu.
“Ya bang, sejak Kazrina mengalami alahan
teruk dia sudah berhenti kerja. Rina juga
selalu keluar masuk hospital, rawatan perubatannya meningkat. Nasib baik Tengku Mikhail sudi menampung
perbelanjaannya itu. Rumah sewa pun Rina
tak mampu nak bayar, akhirmya dia tinggal sementara waktu bersama
Mikhail.”terang Datin Azimah sayu.
“Mereka tinggal berdua saja ke?”cemas Dato’
Azizuddin bila mengenangkan menantunya tinggal dengan Tengku Mikhail. Dia kenal benar dengan perangai kasanova Tengku
Mikhail itu.
“Eh, abang ni. Dah sah-sah Mak Jah pun ada sekali. Kalau mereka tinggal berdua, dah lama saya
bawa Kazrina tinggal bersama-sama kita.”ujar Datin Azimah.
“Habis tu awak ingat Tengku Mikhail tu
baik sangat ke, belum tentu dia ikhlas nak bantu menantu kita tu. Apa kata awak ajak Kazrina tinggal dengan
kita, lagipun Am jarang pulang ke sini.”cadang Dato’ Azizuddin.
“Azi dah ajak bang, tapi Kazrina
menolak. Dia dah tawar hati, kalau boleh
dia tak nak ada apa-apa hubungan dengan Am dan juga keluarga Am.”tutur Datin
Azimah lemah, Dato’ Aziuddin menggeleng kepalanya tidak setuju.
“Habis tu si Kazrina tu ingat selamat ke
tinggal dengan si Mikhail tu. Dahlah
anak sedara awak tu kasanova termasyur di KL ni.” Kutuk Dato’ Azizuddin
terang-terangan. Datin Azimah merengus,
geram apabila suaminya memperkota-katikkan anak saudaranya itu.
“Abang ingat anak abang tu baik sangat ke?
Jika nak dibandingkan dengan Tengku Mikhail sekarang, anak abang lagi teruk
dari anak sedara saya tu. Kalau abang
nak tahu, sejak Kazrina tinggal dengan Tengku Mikhail anak sadara saya tu dah
banyak berubah. Solat tak pernah
tinggal, apatah lagi kerja-kerjanya dipejabat.
Dia tidak lagi keluar berjoli sana-sini, balik kerja terus dia balik ke
rumah. Ada tak Am buat macam tu, ada ke tidak bang?”kemarahan Datin Azimah
memuncak, suaminya memburuk-burukkan lelaki yang sudah terang-terang membela
menantunya yang dianiaya oleh anaknya sendiri.
“Suka hati awaklah Azi, saya dah malas nak
bergaduh. Baik saya naik atas, mandi dan
solat. Lagi lama saya dekat sini, lagi
berserabut kepala saya.”Dato’ Azizuddin bangkit lantas melangkah ke tingkat
atas menuju ke bilik tidur. Datin Azimah
geram, suaminya memang begitu jika ingin lari dari masalah.
Datin Azimah mencapai telefon bimbitnya,
nombor telefon Amar Amsyar didailnya.
Sekali dua kali hingga ke tiga kali tidak berangkat, dia merengus
geram.”Anak tak sedar diuntung.”marahnya dalam hati. Lantas
hati yang panas perlu disejukkan, dia bangkit membawa langkah ke dapur. Air mineral diambil dan diminumnya, terasa
sejuk sedikit hatinya. “Kenapalah anak
seorang ini tidak pernah belajar dari kesilapan. Sudahlah 3 tahun yang lalu Amar Amsyar
menyebabkan kematian seorang, sekarang Amar Amsyar mensia-siakan wanita yang
telah dikahwini dan bakal memimang cahayamata.
Apakah anaknya itu tidak pernah serik melakukan kesilapan. Dimanakah salahnya dalam mendidik anak, salah
dia kah?”bentak Datin Azimah dalam hati.
Dia berperang dengan perasaannya sendiri, kesal melihat anak yang
disayangi tidak seperti yang diharapkan.
Kaki dibawa menuju ke bilik tidurnya, ingin melihat suami sedang berbuat
apa. Sudah agak lama, suami tidak
turun-turun juga.
Pintu biliknya dibuka, dilarikan pandangan
ke seluruh ruang bilik. Tiada
tanda-tanda suaminya disitu, dia melangkah ke balkoni. Suami juga tidak ada disitu, dikalih pandang
ke pintu bilik mandi. Tiada sebarang
bunyi air, ditolak pintu bilik mandi
perlahan. Alangkah terkejutnya dia
apabila mendapati suaminya terbaring lemah disitu, terus dia menjerit memanggil
pembantu rumah.”Kak Siti! Kak siti!..”jeritannya didengar Kak Siti.
“Ada apa Datin?’soal Kak Siti cemas. Dia turut duduk mencangkung disebelah Datin
Azimah. “Tolong, pergi panggil
ambulan. Dato’ terjatuh dari bilik air,
cepat Kak Siti!” Kak Siti cepat-cepat menuruni anak tangga. Ganggang telefon dicapai, nombor kecemasan
didail.
“Abang, abang…bangun bang. Ini Azi bang..”panggil Datin Azimah, dia
takut apa-apa yang tidak diingin berlaku ke atas suaminya. Kak Siti datang menghampirinya, “Kak Siti dah
telefon ambulan, kejap lagi mereka samapai.”terang Kak Siti termengah-mengah
akibat brlari nauk dan turun tangga.
Lebih kurang 10 minit, ambulan sampai diperkarangan rumah, Kak Siti
turun memyambut paramedik yang tiba dipintu rumah.
“Cepat Encik, Dato’ masih terlantar dalam
kamar mandi.” 2 orang paramedik datang bersama alat-alat bantuan berlari menuju
ke tingkat atas. Sampai disana mereka
lihat Datin Azimah sedang memangku kepala Dato’ Azizuddin. Mereka mengambil alih dari Datin Azimah
setelah wanita itu berundur kebelakang.
Seorang memeriksa tekan darah, seorang lagi memeriksa nadi dan juga
nafas Dato’ Azizuddin.
“Puan, kita perlu kejarkan suami puan ke
hospital sekarang.”tutur salah seorang paramedic itu, “saya akan minta bantuan driver kami untuk mengusung suami puan keluar dari sini.”sambung seorang
lagi lantas berlari ke bawah membawa pengusung bersama pemandu ambulan
mereka. Dato’ Azizuddin sudah berada
dalam ambulan, Datin Azimah turut sama didalamnya. Sempat juga dia berpesan kepada Kak Siti agar
menghubungi Amar Amsyar.
“Apa Mak Siti? Papa dimasukkan
hospital.”terkejut Amar Amsyar apabila mendapat panggilan dari pembantu rumah
mamanya.
“Ya Encik Am, sekarang datin ada
dihospital. Kalau tak silap Mak Siti
Hospital Taman Desa, Encik Am pergilah sana sekarang.”cemas suara Mak Siti
membuatkan Amar Amsyar tidak sempat menyampuk.
Terus dimatikan talian belum sempat Mak Siti mengucapkan salam.
“Hisk..hisk .. budak ni. Salam aku pun tak sempat dijawab terus
dimatikan.”Mak Siti menggeleng-gelengkan kepalanya dengan perangai Amar Amsyar.
Lebih kurang 15 minit, dia tiba
diperkarang hospital Taman Desa. Kaunter
unit kecemasan dihampiri, belum sempat dia bertanya kedengaran suara Datin
Azimah memanggilnya.
“Am..”dipeluknya Amar Amsyar ketika
anaknya menhampirinya. Amar Amsyar
mengusap lembut belakang badan mamanya.
“Sabar ya Mama, Papa tak apa-apa, cuma
keleletihan saja.”Dikucupnya kedua-dua pipi Mamanya.
“Mama takut Am, papa tak pernah
begini. Selalunya dia jaga kesihatannya,
tak pernah dia mahupun Mama abaikan kesihatan walaupun dibebani kerja yang
banyak.”sendu Datin Azimah, sedih mengenangkan perkara yang terjadi. Lebih kesal lagi, sebelum suaminya dijumpai terbaring
dalam kamar mandi dia dan suaminya terlibat dalam pertengkaran kecil.
“Mama, papa okay. Percayalah, Am yakin papa akan pulih seperti
sediakala.”pujuk Amar Amsyar lagi.
“Tulah Am, Mama dah cakap hari tu. Papa kamu tak boleh terlampau stress, sebab
itu dia jadi macam ini. Pulanglah Am,
kerja kat syarikat papa semula. Kesian
kat papa, mama dah tak sanggup tengok dia pulang lewat hampir setiap
hari.”pujuk Datin Azimah. Dia perlukan
anaknya pulang ke pangkuan keluarga. Dia
mahu mereka hidup gembira seperti dulu.
“Am akan kerja semula dengan papa, tapi
dengan syarat.”
“Syarat? Nak kembali pada keluarga sendiri
pun Am nak bersyarat juga. Apa kurangnya kasih sayang kami sehingga Am mahu
mengenakan syarat-syarat jika mahu pulang.”sinis kata-kata Datin Azimah
membuatkan Amar Amsyar terpana.
“Am…Am..”kelu lidahnya untuk menyatakan
syarat itu. “Perlukan dia tegar mengenakan syarat seumpama itu.”
“Syarat apa Am? Cuba Am terangkan pada
Mama.”desak Datin Azimah lagi.
“Am nak berkahwin semula dengan Kazrina
Atirah.”sebaik sahaja mendengar syarat Amar Amsyar, Datin Azimah terduduk. “Memang sah, anaknya sudah gila talak.”
“Tapi kenapa sekarang, dulu masa Am
ceraikan dia tak pula Am nak tanya pendapat Mama.”sela Datin Azimah, geram
dengan perangai anaknya ini.
“Am..rasa bersalah Mama. Dia kan mengandungkan anak Am, tak patut Am
buat dia macam tu.”tutur Amar Amsyar kesal. Datin Azimah mengangguk lemah,
tidak tahu apa yang harus dia lakukan.
Suaminya sedang terlantar, manakala anaknya pula mahu kembali kepangkuan
bekas isterinya.
“Mama minta maaf Am, Mama tak
berdaya. Kazrina sekarang dah bahagia,
dia dah pun melupakan Am masa Mama melawatnya tempoh hari. Am cari yang lain ya, Mama akan merestui
sesiapa saja yang Am suka.”lirih suara Datin Azimah mencengkam dada Amar
Amsyar. Dia menangis dalam diam, pedih
mengenangkan keterlanjuranya terhadap Kazrina.
“Mama..Am rindukan Kaz. Sejak dua tiga hari ini Am sering mimpikan
Kaz, Ma.”adu Amar Amsyar, Datin Azimah
terpana.”Adakah ingatan anaknya sudah pulih?”
“Am, Mama nak tanya sikit. Apa ingatan Am dah pulih ke, sebab itu Am
teringat pada Kazrina.”soal Datin Azimah, rambut anaknya digosok perlahan.
“Entahlah Mama, sejak seminggu dah Am macam
ni. Bila Am terpandang saja gambar
ketika kami bergandingan berdua semasa upacara pembatalan air sembahyang. Hati Am rindu sangat pada dia Ma.”ujar Amar
Amsyar, sayu sungguh nada suaranya.
Datin Azimah memeluk Amar Amsyar, diusap belakang anaknya. Pertama kali dalam hidup anaknya, dia
menangis kerana seorang perempuan. Datin
Azimah sendiri tidak pasti sama ada dia berjaya untuk memujuk Kazrina semula,
setelah melihat Kazrina bahagia tinggal bersama Tengku Mikhail.
“Am sabar ya, insyaallah Mama akan
usahakan untuk Am. Sekarang ini Mama
harap Am berubahlah demi anak Am yang bakal lahir nanti. Apa juga keputusan Kazrina, Mama nak Am redha
menerimannya.”pujuk Datin Azimah lagi.
Malam itu buat pertama kalinya Amar Amsyar
meluahkan kepada Mamanya perasaan sebenar yang terbit ketika dia bertemu dengan
Kazrina semalam. Mamanya tekun mendengar
keluhan hati anak lelakinya tanpa sedikit pun menyalahkan Amar Amsyar. Dia percaya, Allah telah menurunkan hidayah
kepada anaknya. Apa yang dia harapkan
sekarang adalah ihsan dari Kazrina sama ada ingin kembali atau tidak pada Amar
Amsyar.
“Am pasti dengan perasaan Am?”soal Datin
Azimah.
“Kali ini Am pasti Mama. Dah 2 malam berturut-turut Am mimpikan
Kazrina. Rasanya perasaan itu datang
kembali, dan Am pasti kali ini benar sebab itu Am mak minta nasihat dari
Mama.”jawab Amar Amsyar dengan penuh keyakinan.
Semalaman dia berfikir tentang perasaannya terhadap Kazrina. Dan kini dia benar-benar pasti dan yakin
dengannya.
“Baguslah kalau macam tu, Mama doakan agar
semuanya berjalan dengan lancar. Mama
akan tolong Am.”janji Datin Azimah pada anak bujangnya. Dipeluknya Amar Amsyar.
“Terima kasih Mama. Am perlukan sokongan dari Mama.”sayu suara
Amar Amsyar menyentuh hatinya. Amar
Amsyar anak yang baik, cuma sejak kemalangan lalu membuatkan anaknya hilang arah
tujuan. Tapi Datin Azimah percaya,
takdir Allah telah membawa Amar Amsyar pulang kepangkuan keluarga.
“Maafkan abang, Kaz. Abang
khilaf, abang lupa Kaz merupakan amanah yang telah Allah berikan kepada abang.
Ingatan abang dah pulih, abang nak kita kembali seperti dulu. Abang sayangkan
Kaz dan anak kita, baliklah kepangkuan abang. Dunia abang kelam, hidup abang
tidak bermakna lagi tanpa Kaz disisi.”bisik hati kecil Amar Amsyar. Dalam diam dia menangis, meratapi nasib yang
telah mengubah hidupnya.
Datin Azimah terharu, airmata yang
mengalir dipipi Amar Amsyar membuktikan anaknya benar-benar insaf. “Kasihan anakku, Ya Allah, kepadamu aku
bersujud. Berikanlah kekuatan agar
anakku dapat mengatasi kesedihannya ini.
Sudah lama aku tidak melihat wajahnya yang begitu mengharapkan keajaiban
dariMu Ya Allah.”itulah doa yang dipohon Datin Azimah. Doa agar Allah mempermudahkan lagi perjalanan
hidup anak tunggalnya itu.
Maafkan abang, Kaz. Abang khilaf, abang lupa Kaz merupakan amanah yang telah Allah berikan kepada abang. Abang sayangkan Kaz dan anak kita, baliklah kepangkuan abang. Dunia abang kelam, hidup abang tidak bermakna lagi tanpa Kaz disisi. ~ Amar Amsyar
~Bersambung~
P/S: Kepada pembaca yang dikasih, saya inginkan komen-komen dari anda semua. Nak tahu juga apa pendapat kalian tentang karya terbaru saya. Salam sayang dari saya buat semua..Luv you guys...Muah!
Wow!! Cter makin best! X sabar nk tunggi sape pilihan kaz :)
ReplyDeletemakin rumit jln cite dia.. Khaz mst dlm dilema xtau nk plh sape... hu3...
ReplyDeletehuhu.. jalan citer yang semakin best..
ReplyDeletetahniah cik writer, n gud luck
new n3 yer
apa kt bg peluang ke 2 kt am,rsnya kzrna msh lg cntkn am,lps ni btlh sesi mmjk plk antr am ngn kaz,smbg lg ck wrtr
ReplyDeleteSesi memujuk dah x laku. Kaz dah tawar hati dgn Am.
Deletemesti si kaz x sampai hati biar baby dia jauh dr ayah kandung .... rasanya dia pulang kembali ke sisi am.. tapi sebelum dia berbaik, kaz kena ajar si am tu betul2 kak has.... hehehe (gelak jahat!)
ReplyDeleteNak macam tu ke dik. Tapi rasanya jln cite dia tak macam tu sbb Kazrina betul-betul dah tawar hati kat Am.
DeleteBak kata Asmidar dlm Ali Setan 1,"TIADA MAAF BAGIMU"...heheheeee
hurmmm boleh jugak amcam tu... x semstinya cerita novel mesti kembali kepada hero dia.... mesti ada hero yg kedua n yg penting dan amat penting dia lebih baik kan.. realitu macam tu, cuma fantasinya x sama kan kak :)
ReplyDeleteKaz.....mikhail dh cukup baik dah.....bukak mata hati kaz.....bye2 am....kena sedarkan am peluang x dtg berkalli-Kali.....
ReplyDeleteBagi pendapat saya. Dlm hal ini Mikhaillah dalangnya yg membuatkan Am menceraikan Rina. Dia mengambil kesempatan di atas kehilangan ingatan Am.
ReplyDeleteMasih tidak jelas lagi sama ada Mikhail inginkan Rina dgn ikhlas atau dendamnya.