Bab 17
Kartina sudah berada dihadapan bangunan yang menempatkan syarikat Astana
Mega Holdings. Dari jauh lagi Kartina nampak papan tanda
syarikat itu gah diatas bangunan itu. “Besar juga syarikat ini, siapakan
pemiliknya. Tentu orang kaya seprti Datuk mahupun Tan
Sri.”bisik hati kecilnya.
Langkah kaki dihayun menghala ke muka depan bangunan itu. Perkarangan lobi yang mewah dan bergaya. Ada
beberapa sofa di situ, barangkali untuk tetamu yang datang. Terdapat juga beberapa bilik disebelah kiri
dan kanan,
bilik mesyuarat agaknya. Ada seorang penyambut
tetamu yang manis sekali, senyuman tidak lekang dari bibirnya.
“Selamat pagi Cik, selamat datang ke Astana Mega. Boleh saya bantu?”ramah si penyambut tetamu menyambut
kedatangan Kartina.
“Selamat pagi, nama saya
Kartina Amirah Binti Kahar. Saya datang
untuk temuduga dengan Encik Jalaludin.”Kartina memperkenslkn dirinya, penyambut
tetamu tersenyum manis.
“Oh ya, saya panggilkan Encik
Jalaludin kemari . Cik tunggu sebentar, silakan duduk.”Kartina membalas senyuman
itu, dia lantas melabuh duduk disofa berdekatan.
Sementara menanti kehadiran orang
yang ditunggu, Kartina membelek-belek majalah yang ada dimeja sebelahnya.
“Selamat pagi Encik Hakimi.”sapa si penyambut tetamu itu ramah.
“Oh! Ain, selamat pagi. Semua
ahli lembaga pengarah dah sampai ke?”soal suara itu. Kartina pantas mengangkat kepala, dia kenal
suara itu. Namun pandangannya terbatas, lelaki
itu mengadap hadapan membelakangi dirinya.
“Belum lagi Encik, lagipun mesyuarat akan bermula jam 10.30
pagi. Sekarang baru jam 9.30, masih
sempat kalau Encik nak minum kopi dulu.”ramah suara Ain menjawab pertanyaan
Hakimi Lufti.
“Terima kasih Ain, saya dah minum kat rumah tadi. Saya tunggu mereka disini sajalah, malah nak
masuk bilik walid.”kata Hakimi Lufti lantas membalikkan tubuh, ingin melabuh duduk
disofa berdekatan. Langkahnya mati, raut
wajah Kartina ditenung lama. Kartina
yang menunduk pantas panggung kepala apabila merasakan ada seseorang sedang
merenungi dirinya. Mata mereka
bertentangan, ada debaran dihati masing-masing.
Hakimi Lufti kelu, Kartina Amirah
terkedu.
“Awak?”serentak ayat itu keluar dari mulut juga Kartina.
Ain disitu turut terperanjat dengan situasi itu. Sedar diri mereka dalam perhatian, Hakimi
Lufti menarik Kartina masuk ke dalam
salah sebuah bilik yang ada disitu.
Pintu bilik ditutup rapat, tidak mahu Ain mahupun sesiapa tahu butir
bicara mereka nanti. Hakimi Lufti duduk dikerusi, Kartina masih berdiri. Tidak ada tanda-tanda ingin duduk disitu.
“Duduklah, ada hal yang hendak saya bincangkan dengan awak.”tutur Hakimi
Lufti lembut. Kartina meregus, ingin membantah tapi takut Hakimi
Lufti mengapa-apakan dirinya pula. Sudahlah mereka berdua saja dalam bilik ini.
“Tiada apa yang hendak dibincangkan lagi.”kasar bunyi suara Kartina
dipendengaran Hakimi Lufti . Lelaki itu
tertawa kecil, lucu dengan kelakuan kasar Kartina. Tak padan dengan keayuan gadis itu yang
berbaju kurung warna biru laut.”Cantik”ucapkannya sepatah.
“Awak ni memang susah nak dibawa
berunding kan?
Sebab itu tak ada lelaki yang berani dekati awak kan.”tebak Hakimi Lufti. Kartina mencerlung
matanya, marah bila dikatakan sebegitu rupa.
“Sapa kata? Saya yang tak berminat, lebih-lebih lagi lelaki yang
suka mengambil kesempatan seperti awak ni.”balas Kartina tidak mahu mengalah
juga. Hakimi Lufti ketawa dan ketawa lagi, Kartina bengang.
“Lelaki ini memang gila.”
“Awak ni mental ya? Kalau tak kenapa asyik ketawa dari tadi, macam
orang gila pun ada.”komen Kartina.
“Sampai hati awak kata saya gila, saya waras lah.”bentak Hakimi
Lufti geram.
“Habis tu, dok ketawa dari tadi tak ke gila namanya.”balas Kartina
lagi.
“Memang pun saya dah gila, gila disebabkan awak.”Kali ini pengakuan Hakimi
Lufti membuatkan Kartina kecut perut. Kartina bangkit, mahu keluar dari bilik
itu. Tapi Hakimi Lufti bertindak pantas dia mendekati pintu, lantas dikuncinya. Kartina tergamam, dipeluknya file ditangan ke
dadanya. Bersedia untuk sesuatu yang
tidak terduga. Belum sempat Hakimi Lufti
berbuat apa-apa, pintu diketuk dari
luar.
“Encik Hakimi Lufti , CEO dan ahli lembaga pengarah sudah sampai.”suara
Ain menyapa dari luar pintu bilik itu. Hakimi
Lufti meregus, terbantut dengan
rancangannya.
“Awak bernasib
baik kali ini. By the way, my name is Hakimi Lufti.
See you later honey.”sempat Hakimi Lufti mencuit dagu Kartina sebelum berlalu. Kartina tayang muka geram, comel pula kelihatan dimata Hakimi
Lufti .
“Cik Kartina Amira, Encik Jalaludin suruh cik tunggu disini.”ujar
Ain seraya keluar dari bilik itu.
Kartina hanya mengangguk kepala.
Dia duduk semula ditempat tadi. Hakimi
Lufti yang sempat mendengar nama penuh Kartina, tersenyum
riang. “Humm..Kartina Amira, cantik nama tu secantik empunya nama.”desis
hatinya.
Hakimi Lufti terserempak
dengan Encik Jalaludin, pengurus sumber manusia ketika melewati kaunter
penyambut tetamu.
“Apa khabar Uncle.”Sapa Hakimi Lufti , tangan dihulur bersalaman
dengan lelaki berusia 50an.
“Oh Kimi, lama tak jumpa. Uncle
baik-baik saja, Kimi bagaimana pula. Dah
lama uncle tak jumpa Kimi.”sahut lelaki
itu.
“Baik uncle. Kimi macam nilah
sihat, tapi sibuk sikit kebelakangan ini.
Maklumlah kerja dengan orang
, kenalah kerja keras.”tawa meletus dibibir kedua-dua lelaki itu.
“Tulah,
uncle dah cakap. Kerja dengan walid kamu kan
lagi baik, tak perlu kerja dengan orang
lain. Uncle pun tak lama lagi dah nak
bersara, bolehlah Kimi ambil alih tugas uncle pula.” Tambahnya lagi.
“Nak juga timba pengalaman kerja dengan orang, nanti senang sikit bila dah tadbir
syarikat sendiri.”jawab Hakimi Lufti pula.
“Macam-macam lah kamu ni Kimi.”tawa Encik Jalaludin.
“Uncle ini nak interview orang
baru ke?”soal Hakimi Lufti seakan
berbisik.
“Aah..untuk jawatan pembantu kepada PA walid kamu. Kenapa, kamu
kenal ke dengan orang
yang nak uncle temuduga tu.”tanya Encik Jalaludin berbisik juga.
“Kenal sangat tak lah juga,
kenal gitu-gitu aje. Nanti bila uncle temuduga dia, boleh tolong risik sama
ada sudah berpunya atau belum.”pertanyaan Hakimi Lufti menimbul tanda tanya dihati Encik Jalaludin,
selalunya Hakimi Lufti tidak pernah
bertanya tentang sesiapa.
“Uncle musykillah dengan kamu ni Kimi, apa sebenarnya hubungan kamu
dengan dia.”Hakimi Lufti tidak menjawab,
sebaliknya hanya meletakkan jari telunjuk dibibirnya. Encik Jalaludin ketawa, gelagat Hakimi Lufti memang mencurigakan.
“Cik Kartina Amira, terima kasih kerana sudi datang kemari. Keputusan akan kami beritahu selepas
seminggu. Jika dalam masa itu Cik tidak
menerima sebarang berita dari kami, anggap saja cik tidak diterima
bekerja. Saya ucapkan semoga cik berjaya
dilain masa. “ujar Encik Jalaludin, Kartina resah. Temuduga yang berjalan lebih sejam berakhir
juga, banyak juga soalan yang ditanyakan.
Kartina tenang menjawabnya, ada juga sedikit sebanyak tentang latar
belakang keluarganya.
Kartina menarik nafas lega, temuduga berakhirnya dengan jayanya. Walaupun dia agak terkilan kerana tidak dapat
menjawab sebahagian soalan yang dikemukakan, namun hatinya puas. Encik Jalaludin juga ada banyak memberi tips
dan cara bangaimana hendak mengawal stress dan ketegangan ketika menghadiri
temuduga. “Terima kasih juga pada Encik Jalaludin sebab sudi beri tunjuk ajar
kepada saya. Saya amat menghargai setiap
nasihat dan panduan yang encik berikan.”
Ketika Kartina ingin melangkah keluar, Ain penyambut tetamu disitu
memanggilnya.”Cik Kartina, saya ada sesuatu untuk cik.”ujarnya seraya menahan
Kartina dari melangkah pergi.
“Ada
apa ya.”soal Kartina lembut, sekadar berbahasa.
“Ini, tadi Encik Hakimi Lufti suruh saya berikan kepada cik.”kad nama Hakimi
Lufti bertukar tangan, Kartina
menyambutnya. Diteliti nama dikad itu, ‘Hakimi
Lufti, General Manager – Group Human Resources Division.’ “Humm..dia kerja
dibahagian sumber manusia, tapi bukan disini.
Nasib baik, kalau tidak tak mahu aku kerja disini nanti. Kalau tidak hari-hari asyik bergaduh dengan
dia.”bebelnya dalam hati.
“Terima kasih ya, saya balik dulu. Assalamualaikum.”Ain menjawab
salam Kartina bersama senyuman terukir dibibir.
Kartina menyimpan kad nama itu didalam beg tangannya. Lantas dia meninggalkan bangunan itu.
Semasa Kartina menanti bas, sebuah kereta Honda CRV
menghampirinya. Hon dibunyikan menarik
perhatian Kartina dan juga beberapa orang
yang sedang menantikan kedatangan bas.
Tingkap sebelah penumpang diturunkan sedikit, wajah Hakimi Lufti tersengih-sengih muncul disitu. Kartina mengeluh,”lelaki ini lagi, tak
sudah-sudah menganggu dirinya.”
“Cik Kartina, marilah saya hantarkan. Bas lambat lagi ni.”ajak lelaki itu. Kartina pura-pura tidak mendengarnya,
Hakimi Lufti geram.
Dia lantas menapak keluar dari kereta, tangan Kartina ditarik.”Apa
ni?”marah Kartina.
“Ikut saya, jangan degil.”desak Hakimi Lufti . Beberapa mata yang memandang kehairanan, ada
juga seperti ingin masuk campur. Hakimi
Lufti mengangkat tangan,”Maaf ya, isteri
saya tengah merajuk. Sebab itu saya kena
pujuk dia.”Kartina sebal, sudah dua kali Hakimi Lufti mengaku dia isterinya.
“Adik, masalah rumahtangga selesaikan baik-baik. Tak biak biarkan
suami macam tu, dia dah susah
datang pujuk adik. Balik
lah ya.”ujar salah seorang penonton setia disitu. Seorang wanita berusia dalam lingkungan 40an
memberi nasihat percuma kepada Kartina, Hakimi Lufti sudah tersengih-sengih macam kerang
busuk. Benci Kartina dengan Hakimi Lufti
yang berlagak seperti suami mithali.
“Marilah sayang, kita balik ya.
Kesian baby kat dalam tu, dari semalam sayang tak makan.”pujuk Hakimi
Lufti lagi. Kartina membuntang matanya, tidak percaya Hakimi
Lufti mengeluarkan ayat-ayat
begitu.”Sejak bila dia berkahwin dan sejak bila dia mengandung, aduh! siap kau,
kejap lagi aku masak kau jadi gulai asam pedas.”marahnya dalam hati. Dengan hati sebal Kartina melangkah masuk
pertu kereta Hakimi Lufti , lelaki itu
tersenyum menang.
Kereta Honda CRV Hakimi Lufti meluncur laju membelah jalanraya yang agak
sesak. Tiada sepatah kata yang terbit
dari mulut masing-masing, kedua-duanya diam membisu. Hanya iringan lagu dan celoteh DJ dari radio
yang menyapa. Lama juga mereka begitu
sehinggalah kereta Hakimi Lufti berhenti
disebuah restoran terkemuka. Hakimi
Lufti melangkah keluar, Kartina pula
masih tetap dalam kereta. Tiada
tanda-tanda mahu keluar, Hakimi Lufti meregus geram. Dia kalih sebelah duduk penumpang, dibukanya
pintu itu.”Silakan tuan puteri.”sengaja dia menyakat Kartina. Gadis itu masih diam tidak berkutik, Hakimi
Lufti bertambah geram.
“Cik Kartina Amira, boleh tak untuk kali ini awak ikut cakap
saya.”pinta Hakimi Lufti . Kartina
keluar dari kereta, ditutup pintu kereta kuat berdentum bunyinya. Hakimi Lufti menggeleng-geleng kepalanya, ganas betul. Hakimi Lufti mengejar langkah Kartina, cuba berjalan seiring dengan gadis
itu.
“Macam tulah
sayang, sekarang jom kita masuk.”ajak Hakimi Lufti mesra, Kartina menurut saja. Mereka duduk dimeja yang agak berjauhan
sedikit dengan orang
ramai. Sengaja Hakimi Lufti memilih tempat agak privasi. Hakimi Lufti yang membuat pesanan ketika pelayan datang
menyapa, Kartina dihadapan tidak ditanya.
Kartina sebal, tapi didiamkan saja.
Sementara menanti makanan tiba, Hakimi Lufti cuba mencetuskan suasana dengan
mengajak Kartina berbual kosong. Gadis
itu banyak berdiam dari berbicara membuatkan Hakimi Lufti tidak betah.
“Awak ni memang pendiam atau nak boikot saya?”luah Hakimi Lufti ,
tidak puas hati dengan Kartina yang hanya menjawab sepatah jika ditanya. Jika tak, gadis itu lebih gemar berdiam diri.
“Tak ada apa yang nak saya cakapkan.”selar Kartina. Hakimi Lufti tersenyum,”pelik, hari tu bukan main garang
lagi.”bebelnya dalam hati.
“Awak?”serentak Hakimi Lufti dan Kartina berbicara.
“Ladies first”ujar Hakimi
Lufti , meminta Kartina berbicara dahulu.
“Siapa awak dan apa yang awak nak dari saya.”soal Kartina
jujur.
“Saya manusia biasa seperti awak, ada kerjaya dan juga kehidupan
sendiri.”jawab Hakimi Lufti . Kartina
bengang, “loyar buruk juga mamat ni.”bentaknya dalam hati.
“Itu saya tahulah, maksud saya diri awak. Siapa awak dan mengapa awak selalu ada..”
“Selalu ada ketika awak dalam kesusahan, begitu?”soal Hakimi Lufti semula. Kartina merengus, nak marah tak
boleh.
“Awak jangan main-main boleh tak? Saya serius ni.”marah Kartina.
“Bila masa saya mainkan awak, betul apa yang saya cakapkan
tadi.”balas Hakimi Lufti pula.
“Encik Hakimi Lufti , saya dah malas nak layan awak. Boleh tak awak straight to the point. Pening kepala saya tahu tak?”Kartina ingin
bangkit dari duduk namun Hakimi Lufti sempat menahannya kembali.
“Duduklah, saya akan terangkan semuanya pada awak. Have a seat, our discussion belum tamat lagi.”Kartina
akur, dia duduk kembali. Hakimi Lufti menarik nafas lega.
“Saya sebenarnya terpikat dengan awak. Wajah awak mengingatkan saya pada seseorang
yang saya impikan.”terang Hakimi Lufti .
“Orang
yang awak impikan?”sampuk Kartina.
“Ya, seorang wanita kepunyaan orang
lain yang telah berjaya menambat hati saya.
Wanita itu pernah bekerja disyarikat yang sama saya bekerja. Malah, namanya juga seakan-akan sama dengan
awak.”Kartina mengeluh, lelaki ini sudah jatuh cinta rupa-rupanya.
“Boleh saya tahu siapa nama dia.”pertanyaan Kartina mengundang tawa
kecil dibibir lelaki itu. Hakimi Lufti menggeleng-geleng kepalanya, masih ingin
berahsia.
“Tak kan
nama dia pun awak tak sudi nak bagitahu saya.”pujuk Kartina.
“Kazrina Atirah”mendengar
saja nama itu, Kartina terpana. “nama dia seperti nama along. Adakah mereka orang yang sama?”soal
Kartina dalam hati.
“Kenapa? Awak nampak
terkejut bila saya beritahu nama penuh dia.”Kartina menggeleng, “Tak, saya suka
nama tu.”pujinya.
“Baru dengar nama awak dah suka, itu belum jumpa dengan tuannya
lagi.”seloroh Hakimi Lufti bangga.
Kartina tertawa, geli hatinya melihat gelagat Hakimi
Lufti yang beria-ria memprovoke wanita
yang bernama
Kazrina Atirah. Perbualan mereka
terhenti, makanan yang dipesan sudah berada dihadapan mereka. Kartina menelah liur, hidangan dimeja nampak menyelerakan. Belum pernah dia menikmati makanan semewah
ini. Hakimi Lufti menyeduk lauk ke pinggan Kartina, lagak
seperti lelaki budiman.
“Makanlah, hari ini saya belanja.
Nanti bila awak dah dapat kerja,
bolehlah awak belanja saya pula.”Kartina tertawa mendengar seloroh Hakimi Lufti , belum tentu
dia akan dapat pekerjaan itu.
Makan tengah hari itu bukan saja merapatkan dua hati yang baru
mengenali, tapi juga merapatkan siratulrahim.
Baik Hakimi Lufti mahupun
Kartina, mereka berdua tidak tahu orang yang
sedang mereka bicarakan itu adalah orang
yang sama. Dan Kartina turut tenggelam melayan
karenah lelaki yang bernama
Hakimi Lufti ini.
~Bersambung~
P/S: Seperti dijanjikan, sy uploadkan episod seterusnya. Kali ini kisah cinta antara Hakimi Lufti dengan Kartina Amira pula.
swit la hakimi lutfi n kartina amira. hope diorg akn bersame heheh. bile awk nk terbitkn novel ni? bez sngt. cinta lrt pown bezzz. *peace*
ReplyDeleteTq dear. Sy belum fikir lg nk hantar manuskrip kat sykt penerbitan. Takut x memenuhi piawaian pula.hehe...
ReplyDelete