Wednesday, 17 October 2012

CINTA LRT - BAB 24 DAN BAB 25


Bab 24

 Jam tangan dikerling sekilas, namun tiada tanda-tanda kelibat Fareez kelihatan.  Cuaca dilangit seperti ingin hujan,  tiba-tiba titisan hujan turun laju.  Cepat-cepat Fareeza berlari ke arah perhentian teksi yang berdekatan.  Kereta Suzuki Swift warna hitam kepunyaan Jamie berhenti dihadapan Fareeza.

 
“Feza, hop in. I’ll send you home.” jerit  si pemandu ketika daun tingkap sebelah penumpang diturunkan sedikit.  Fareeza masih tidak bergerak dari tempat itu, dalam hati masih berfikir sama ada ingin menurut atau tidak.  Akhirnya, tanpa berfikir lama Fareeza menarik pintu kereta Jamie dan meloloskan diri kedalam.
 

“Thanks Jamie, I was waiting for Fareez. But he didn’t show up.” terang Fareeza sambil mengipas sedikit bajunya yang kebasahan akibat titisan-titisan hujan yang mula turun.  Jamie menghulurkan kotak tissu kepada Fareeza, gadis itu mengambilnya sambil melemparkan senyuman. “Thanks”.
 

“I nampak Fareez dah balik awal lagi. Kebetulan I lalu depan bilik Tan Sri and saw him with Tan Sri.” ujar Jamie kepadaku. 

 
“Ya ke? tapi kenapa dia suruh I tunggu dia tadi. Hairan pula.” Fareeza sudah menggaru kepalanya yang bertudung itu,  tanpa menyedari pemuda cina itu sedang merenung tepat kewajahnya.

 
“Maybe dia dah inform you by sms. Cuba check  your phone?”soal Jamie pula sambil memuncung ke arah telefon bimbit yang dipegang oleh Fareeza. Fareez cepat-cepat melihat semula telefon bimbitnya, tadi semasa mesyuarat dengan Encik Basir dan Adlan dia lupa menukar semula silent mode telefonnya.  Alangkah terkejutnya dia, ada 10 missed call dan 3 sms dari Fareez.

Sms pertama : Sayang u kat mana?

Sms kedua:  Syg, I need to see Abah for a while. Plse wait for me.

Sms terakhir: Syg, so sorry. I & Abah ada appoint with client.  Syg balik sendiri ya, mlm nnt I call you. Luv you syg…
 

Sms terakhir selepas 15 minit jam 5.15 petang. Patutlah aku tunggu dia tak muncul. Fareez ni pun satu. Tak kesian ke kat aku yang terconggok kat sini lebih 20 minit.  Geram betul aku kat si Fareez ni, tapi bila difikirkan balik.  Memang salah aku sebab Fareez cuba call tapi aku pula terlupa nak tukar balik silent mode.  Dah nasib kau Fareez, tapi terima kasih kat Jamie sebab sudi hantar aku balik.


“Ya lah Jamie,  my phone was in silent mode. Sebab itu tak dengar Fareez call atau sms. Thanks to you, sebab sudi tumpangkan I.” Aku memandang Jamie yang sedang tenang memandu.  Jamie melemparkan senyuman kepadaku.

 
“Anything for you my dear. You tahukan, I always want to be your angel.” Fareeza terpana, walaupun Jamie bertutur bersahaja, namun meresap  ke dalam sanubarinya.  
 

“Takkan Jamie masih simpan perasaan pada aku lagi. Hish, tak boleh jadi ni.” Desis hati kecil Fareeza, tak mampu dia luahkan kata-kata itu di depan Jamie

 
“Yes, you are my angle. But as a guardian but not in my heart. I’m so sorry Jamie.” Walaupun perlahan, Jamie masih dapat mendengarnya.

 
“Then, let me be the one. I’ll promise you that I never let you down.” tersentak Fareeza bila Jamie berkata demikian. Sungguh, dia tidak tahu apa yang harus dia lakukan untuk menyakinkan pemuda ini   bahawa hatinya hanyalah pada Fareez seorang, tiada yang lain lagi.
 

“Please Jamie, I tak mahu you ungkit lagi tentang hal itu.  Remember,  I tunang orang and the person is your big boss.” Harap Jamie mengerti kata-kataku, tak mahu dia menyimpan perasaan itu lagi.  Aku dengar Jamie mengeluh, pandanganku masih dihadapan tidak mahu memandang kekecewaan diwajah Jamie.


“I dengar ada pekerja baru kat Department you, who is she?” Aku cuba mengubah suasana suram tadi supaya menjadi lebih santai. 


“Her name is Nicole, she’s my new assistant. Baru seminggu laporkan diri.” jawab Jamie, tapi matanya masih lagi tertumpu dijalanraya yang kian sesak.


“Nice name.  So, how is she?” soalku kepadanya.
 

“What do you mean  by that?” soal Jamie pula.  Aku sudah tersengih-sengih, mamat ni tak faham ke apa yang sedang aku bicarakan.  Atau pura-pura.


“Kenapa you  tak cuba beramah mesra, at least as friend maybe.” aku cuba mengajar Jamie pula, tapi Jamie masih tidak beriak. Tetap tenang meneruskan pemanduan.  Aku jadi kelu seketika, niat dihati ingin menceriakan suasana.


 “Feza, love is not an easy thing that come and go.  Susah nak dijangkakan.” Jamie sudah bermadah pula. Ni yang payah betul bila bercakap dengan orang yang dah angau.  Aku pula mengeluh.


“Jamie, memang cinta tak mudah datang dan juga pergi. Tapi semuanya berlaku secara semulajadi dan akan terjadi pada sesiapapun termasuk diri you.” terangku kepadanya.  Jamie kalih memandang wajahku seketika sebelum memandang semula kehadapan pula.


“I tahu Feza, tapi dalam hati I masih ada you.  And not anyone else but you, my dear.” Jamie mengeluh lagi.  Aku terdiam, susah betul nak terangkan kepada lelaki ini tentang maksud cinta yang sebenarnya.


“Jamie, cinta yang datang tak semestinya milik kita. Jadi sebelum itu kita kenalah pastikan dulu.” kataku kepadanya.

 
“Apa maksud you Feza, can you explain?” pertanyaan Jamie membuatkan aku blur sekejap.  Aku tarik nafas perlahan-lahan, cuba mencari perkataan yang sesuai untuk aku huraikan maksud itu tadi.
 

“I do love, to be your friend  but not more than that, tapi tak bermakna I jatuh cinta pada you. Cinta I hanya pada Fareez, dan itu yang you perlu tahu.  Bagi I, you adalah sahabat dan juga rakan sekerja yang terbaik pernah I ada sebelum ini.  Dan I mahu kita kekalkan persahabatan ini sehingga kini.” terangku kepadanya, berharap agar Jamie mengerti.  Aku lihat dia menganggukkan kepalanya perlahan.

 
“Terima kasih Feza, I mengerti sekarang. I hope we still can be friend walaupun you sudah menjadi milik Fareez nanti.“ jawapan dari Jamie membuatkan hatiku berasa lega.  Dalam diam aku berdoa agar Jamie bertemu dengan cinta sejatinya suatu hari nanti. Agak lama juga kami berbual-bual kosong sehingga sampai ke rumahku.


Belum sempat aku beredar dan menutup pintu keretanya, kedengaran suara Jamie cuba berkata sesuatu. Aku tunduk, ingin mendengar butir bicara dari bibir lelaki itu.


“If you happy, I’m also happy dear.  For me, you are the best thing that happen to me since  knowing you.  I’m gald that Fareez do love you so much, but please let me be  you shoulder to cry on if one day Fareez let you go for good.” Selesai berkata-kata, Jamie mengisyaratkan matanya agar aku menutup pintu keretanya.  Aku tergamam, tak tahu apa yang harus aku katakan kepadanya. Lidahku kelu, akhirnya persoalan itu terbiar begitu sahaja.  Pintu kereta kututup dan kereta Jamie meluncur pergi tanpa sempat aku mencerna butir bicara yang keluar dari bibir lelaki itu.


Tanpa aku dan Jamie sedari, ada seseorang yang sedang memerhatikan diriku.  Fareez memandang tajam dari arah seberang jalan, matanya sempat melihat biasan wajah keruh Fareeza ketika kereta Jamie  meluncur pergi.  Rasa cemburu mula menguasai dirinya, niat dihati ingin melihat kekasih hati, tetapi dia dihidangkan dengan panorama yang menyakitkan hatinya.  Dia memecutkan keretanya meninggalkan halaman rumah Fareeza dengan hati yang terluka.   

 
“Apalah yang si mamat cina tu cakap sampai reaksi muka Feeza begitu, tentu perkara yang serius. Ini tak boleh jadi, aku harus bertindak.” Stereng kereta dihentak kuat, sakit yang menjalar ditanganya tidak dihiraukan.   Dalam hatinya berasa tidak senang melihat drama sebabak itu, apa yang Jamie katakan kepada Fareeza sehingga gadis itu terpegun dan wajah itu keruh sebaik sahaja kereta Jamie meninggalkan perkarangan rumah Fareeza menjadi tanda tanya difikirannya.


Berlainan pula dengan Jamie, sebaik sahaja keretanya melepasi simpang rumah Fareeza dia terus berhenti.  Ingin menarik nafas panjang, tanpa dia sedari airmatanya menitis laju.  Dia teramat kecewa tetapi dia harus kuat untuk menghadapinya.  Fareez merupakan gadis melayu pertama yang dia cintai sepenuh hatinya.  Dia tidak pernah mengalami rasa cinta seperti ini walaupun ketika dia bersama Audrey dulu.  Cinta yang hadir ini terlalu menyakitkan hatinya yang selama ini dia nafikan kewujudannya.  Dipegang dadanya yang terasa sakit  ketika dia meluahkan rasa hatinya pada gadis itu,  dia tewas dalam permainan hati.  “Aku harus kuat, demi orang yang aku cintai.” Bisik hati kecilnya.  Airmata yang mengalir disapu dengan harapan dia menyapu sekali dukanya itu.

=======================================================================
 
Bab 25
 
“Ada apa you nak jumpa I. Tak habis-habis lagi ke nak hancurkan kebahagian I?”soal Fareez kasar, tubuhnya dihenyak dikerusi yang berhadapan dengan Dyana dan seorang pemuda cina.  Dyana memandang Jeffrey, mengisyarat agar lelaki itu memulakan perbualan.
 
“Terlebih dahulu, kenalkan nama I Jeffrey Wang future husband kepada Dyana.” Jeffrey menghulurkan tangan ingin berjabat tangan dengan Fareez.  Tangan disambut tapi dalam hati Fareez sudah tidak keruan.  Takut diperdaya lagi oleh Dyana seperti yang sudah berlaku dirumahnya sebulan yang lepas.
 
“Tujuan kami datang kemari adalah ingin memohon maaf.” sambung Jeffrey lagi, “Memohon maaf diatas perbuatan kami terhadap awak dan juga keluarga awak.” Fareez mengerut dahi, tidak tahu apa yang berlaku. 
 
“Saya tak faham, please explain.” Fareez sudah tak sabar-sabar ingin mengetahui apa tujuan sebenar mereka berdua.
 
“Saya ingin memohon maaf  tentang surat perjanjian hari itu.  Memang surat itu palsu dan saya .. saya…” belum sempat Dyana meneruskan percakapannya, satu tepukan kuat diatas meja menyebabkan meja mereka menjadi tumpuan seketika.

“Apa maksud you, minta maaf.  Jangan ingat semudah itu saya nak maafkan awak.” Fareez bersuara lantang, Jeffrey pula cuba menenangkan Fareez manakala Dyana sudah teresak-esak dengan jerkahan Fareez itu tadi.  Fareez bangun dan ingin beredar, tapi lengan tangannya ditarik Jeffrey.
 
“Fareez, calm down. Tujuan kami datang ingin memohon maaf dan sekaligus membetulkan keadaan seperti sediakala.” Jeffrey menarik tangan Fareez agar dia duduk semula.  Fareez sudah mengerus tidak puashati.  Wajah sunggul Dyana tidak mendatangkan sedikit rasa belas kasian pun dihatinya.  Yang ada hanya rasa menyampah dan geram dengan perbuatan gadis itu terhadapanya.
 
“Okay, saya akan dengar apa yang kalian berdua ingin katakan. But after this, I don’t want to see both of  you anymore.” Ujar Fareez berbaur amaran.
 
“Thanks Fareez, I harap kita dapat selesaikan perkara ini dengan baik.” Ujar Jeffrey sambil tersenyum.
 
Setelah Jeffrey menceritakan sebab dan alasan mengapa Dyana bertindak sedemikian,  Fareez begang pada mulanya. Tetapi selepas mendengar secara terperinci, hati Fareez tersentuh.  Baru dia tahu selama ini Dyanalah gadis yang sering mengelitkan nota-nota ringkas dibukunya.  Masa itu dia agak pemalu dengan perempuan sebab itu dia tidak membaca nota itu, malah terus membuangnya ke dalam tong sampah.  Dyana menyintai dirinya secara diam, tapi kerana rasa cinta itu tidak pernah wujud jadi cinta gadis itu bertepuk sebelah tangan.  Sekarang baru dia faham mengapa Dyana nekad berbuat sebegitu terhadapnya.
 
“Saya harap awak maafkan saya Fareez, dan saya berjanji tak akan ganggu awak dan tunang awak lagi.” Kata Dyana sambil mengelap airmatanya.

Hati Fareez tersentuh lagi, kesian pula dia melihat gadis itu.  Akhirnya dia mengganguk kepala menandakan dia memaafkan perbuataan gadis itu.

“Saya maafkan awak, dan saya harap awak tak mengulangi kesilapan itu lagi.” Fareez bersuara tegas sambil memandang tepat ke arah mata gadis itu.
 
“Jangan risau Fareez, she will be under my responsible from now on.  Dan saya berani jamin dia tak akan mengulangi kesilapannya itu.” Janji Jeffrey kepada Fareez dan juga untuk dirinya.

“Baiklah, saya pegang pada janji awak Jeffrey.  Nice to know you, by the way Dyana. You look sweet with new image.” Baru Fareez perasan akan perubahan yang ada pada Dyana.  Hari ini gadis itu kelihatan sopan dengan berbaju kurung warna krim dan berselendang.  Harap-harap perubahan ini berkekalan, bisik hati kecil Fareez.

“Thanks Fareez, ini semua berkat usaha Jeffrey juga.” Ujar Dyana malu-malu.  Jeffrey pula sudah tersenyum-senyum melihat wajah sang kekasih hati kelihatan merah menahan malu. 
 
“I need you help Fareez, I you don’t mind.” Kata-kata Jeffrey mengundang persoalan dihati Fareez.

“Boleh, asalkan I tak perlu berkahwin dengan Dyana.” Fareez tersengih-sengih, niat dihati inigin mengusik pasangan itu.
 
“Gila kau bro, takkan aku nak bagi future wife aku kahwin dengan kau, habis tu aku nak kahwin dengan siapa pula.  Tuang kau  pun okay juga.” Jeffrey mengaduh sakit seketika Dyana mencubit lengannya, Fareez pula sudah menjegil matanya ke arahnya.  Tak mungkin dia berpaling arah, sayangnya pada Dyana sudah melebihi segala-galanya.
 
“Sorry bro, aku main-main aje.  Kesian pulak kat tunang aku nanti.” Giliran Fareez pula berlawak.  Berderai ketawa mereka bertiga. Sungguh, mereka bertiga kelihatan mesra sekali.  Seperti sudah lama mengenali satu sama lain.
 
“So, nak minta tolong apa? Kalau boleh I tolong, insyaallah I tolong.” Fareez berbicara setelah ketawa mereka bertiga reda.

“I nak mendalami agama Islam.  I ingin memeluk agama Islam dan kalau boleh I nak you  tolong I carikan Ustaz untuk bantu I.  Please Fareez, can you help me in this matter.” Jeffrey merayu, dia benar-benar memerlukan pertolongan dari Fareez.  Hanya Fareez, satu-satunya lelaki melayu yang dia kenali.  Dan dia berharap agar Fareez tidak menolak permintaanya ini. 
 
Fareez diam sejenak, berkira-kira dalam hati.  Dia tidak kisah untuk membantu Jeffrey mendapatkan seorang Ustaz untuk mengajar lelaki ini mendalami agama Islam.  Malah dia amat berbesar hati kerana ada seorang lagi insan yang ingin menjadi umat Nabi Muhammad S.A.W.
 
“I akan tolong you, tapi  I harap you bersungguh-sungguh dalam hal ini.” Fareez bersuara akhirnya.
 
“Don’t worry bro, you can count on me. I akan belajar bersungguh-sungguh demi Dyana dan demi anak-anak kami nanti.” Janji Jeffrey melegakan hati Fareez.  Dia suka dengan perubahan lelaki ini, dalam diam dia bersyukur hidayah yang Allah S.W.T turunkan untuk lelaki ini.
 
 “I akan bawa you jumpa Ustaz Azhar, my friend yang bekerja kat PERKIM.  He defenitly will help you in this matter.” Ujar Fareez sambil menepuk lembut bahu Jeffrey. 
 
“Terima kasih Fareez, ini kad nama I. Hubungi I bila-bila masa sahaja. I akan cuba luangkan masa untuk bertemu dengan ustaz Azhar nanti.” Kad nama Jeffrey dihulurkan kepada Fareez. Lelaki itu menyambutnya dengan senang hati. 
 
“Fareez, pasal surat perjanjian itu. I akan bawa Dyana bertemu dengan keluarga you dalam masa terdekat untuk kita selesaikan perkara ini.  I hope you understand, sekarang masa tidak mengizinkan.” Sambung Jeffrey lagi, “Dyana pregnant, keadaannya tidak berapa stabil lagi.”
 
“What! She’s pregnant? Siapa ayahnya, sudah tentu bukan I.” Fareez terkejut mendengar satu lagi berita dari mulut Jeffrey.
 
“No bro, not you.  My baby and I bertanggungjawab sepenuhnya. Sebab itu I nak sangat jumpa you pasal ni.  Kalau boleh I nak bernikah dengan Dyana sebelum kandungan dia berusia 3 bulan, sekarang ini baru masuk sebulan. “ Jelas Jeffrey lagi, “I ada terbaca satu artikel mengenai pasangan berzina, dan I malu sangat dengan perbuatan kami.  Sebab itu I perlukan pertolongan dari you.”
 
“Jef, I’ll help you. Biar I call my friend dulu. Then we discuss this matter.” Ujar Fareez sambil mendail nombor telepon Ustaz Azhar rakan sekolahnya dahulu.  Setelah beberapa minit bercakap, talian dimatikan. 
 
“Ustaz Azhar  nak jumpa you esok, boleh kan? I akan teman you  jumpa dia di pejabatnya nanti.” Fareez sudah membuat persetujuan bagi pihak Jeffrey, dia mahu menolong lelaki ini.  Jeffrey mengganguk kepala tanda setuju.  Dyana pula masih menunuduk kepalanya, malu diatas keterlanjurannya.
 
”Dyana, saya akan tolong awak.  Jangan risau, rahsia awak dan Jeffrey akan saya simpan dari pengetahuan orang lain.  Saya akan bantu awak berdua demi masa depan anak yang bakal lahir itu nanti.” Fareez cuba mencari pandangan mata Dyana. Tapi hampa, mungkin gadis itu berasa teramat malu dengan perbuataannya. 
 
“Terima kasih Fareez, saya dah tak tahu nak cakap apa lagi. Saya malu, saya..saya dah banyak menyusahkan awak.” Kata Dyana diiringi esakkan halus.  Jeffrey menggengam erat tangan Dyana cuba menyadur kekuatan kepada gadis itu.  Fareez dapat melihat kesungguhan dalam diri Dyana dan juga Jeffrey.  Mereka berdua menyesal dengan apa yang berlaku, Fareez harap taubat mereka akan diterima oleh Allah S.W.T suatu hari kelak.
 
Perbualan mereka bertiga tidak berakhir disitu, malah Fareez sendiri akan membawa Jeffrey bertemu dengan Ustaz Azhar keesokkan harinya.  Fareez juga sudah berjanji akan membantu mereka berdua sehingga perkara ini selesai, dan Jeffrey pula terharu dengan kesungguhan Fareez yang ingin membantunya  dan Dyana pulang ke pangkal jalan.
-----------------------------------~Bersambung~--------------------------------------------------------------------

Wednesday, 10 October 2012

Bawalah Pergi Cintaku - Bab 2


Bab 2
 
Peperiksaan SPM sudah tiba, aku menjawab soalan dengan lafaz bismillah.  Tekad dihati ini menyempurnakan hasrat ayah dan ibuku agar berjaya dalam pelajaran.  Walaupun mereka berdua sudah tiada di dunia ini, aku masih ada maklong yang sudah tentu mengharapkan agar aku berjaya dalam hidupku.
 
”Dira, macam mana soalan peperiksaan tadi?” soal Nina rakan sekelasku.  Pertanyaannya mematikan lamunanku tadi.  “Hish, minah brutal sorang ni suka sangat buat aku terkejut.”  Aku lemparkan senyuman manis kepadanya tanpa mengetahui ada seseorang sedang memerhatikan tingkah laku ku  disebalik dinding.
 
“Oh!‘so sweet’ senyuman dia, itu yang membuatkan hati ini tidak keruan. Milik siapakah gadis ini? Adakah aku berpeluang untuk memilikinya suatu hari nanti?” berbagai persoalan bermain difikiran Putra.  Ya, memang sejak kali pertama bertemu dan bertentang mata dengan Adira Marissa, hatinya sudah terpaut.  Selama ini dia tidak pernah jatuh hati pada mana-mana pelajar perempuan.  Tetapi sejak mengenali Adira Marissa, hidupnya tidak pernah aman. Sedang Putra mengintai gerak-geri Adira, tiba-tiba bahunya ditepuk seseorang.  Apa lagi, keluarlah langkah silat sumbang Putra. Akif sudah ketawa berdekah-dekah, terkejut dengan reaksi spontan sahabatnya itu.  Dari tadi dia melihat sahabatnya itu mengendap seseorang.
 
“Kau ni Akif, tak boleh tengok aku senang. Asyik mengacau aje, potong stim betul lah.”  Kali ini belakang badan Akif menjadi mangsa pukulan Putra.  Akif menggosok-gosok belakangnya yang kesakitan itu.  Kuat jugak pukulan sahabatnya itu, berdetup jugalah bunyinya.
 
“Kau tu Putra, dari tadi aku tengok terhendap-hedap disebalik tembok apasal? Kau tengok siapa?” bertubi-tubi soalan keluar dari mulut Akif.  Matanya juga turut melihat siapa yang dipandang oleh sahabatnya itu.
 
“Tak ada sape-sape lah, kau tu aje menyibuk.  Tadi aku cari kau pergi mana, janji nak tunggu aku kat kantin lepas paper BM habis.” Soal Putra pula.
 
“Macam biasa, dating kejap dengan admirer aku si Suraya kat belakang dewan. Nasib baik line clear, kalau tidak mampus.” Kata Akif sambil tersengih-sengih.  Itu tak lain tak bukan mesti dapat sesuatu punya, siapa yang tak kenal Akif Aqil si player terkenal di sekolah ini.
 
“Kau ni Kif, dari tadi asyik tersengih-sengih mesti ada sesuatu kan? Macamlah aku tak kenal kau tu.” Putra seperti sudah tahu akan kenakalan sahabatnya itu.  Tapi yang menghairankan dia, pelajar-pelajar perempuan disini semuanya memang tidak serik dipermainkan oleh romeo sorang ni.  Masih juga yang terkejar-kejarkan Akif.
 
”Mana ada Putra, aku sekarang ini dah nak break off  dengan semua skandal dan juga aweks aku.”
 
“Kenapa plak? Dah insaf ke bro?”
 
“Insaf? Memang aku insaf sejak aku jatuh cinta pandang pertama dengan sorang minah ni.”  Dengan muka serius Akif berkata.  Putra masih terpinga-pinga dengan kenyataan berani mati Akif itu.  Terus dia ketuk kepala sahabatnya itu.
 
“Aduh, apa ni bro, sakit daa..”  Akif menggosok kepalanya. 
 
“Saja nak ‘test’ kau okay ke tak? Kalau tak, aku hantar terus kat Hospital Bahagia Tanjung Rambutan.” Ujar Putra tersengih-sengih tanpa mengendah kesakitan yang Akif alami.
 
“Kau ni, memang mulut bau longkang.  Ada ke patut aku yang hensem dan macho ni kau nak hantar kat sana. Agak-agak lah bro, nanti menangis semua skandal dan aweks-aweks aku tau.”
 
“Baik aku blah, nanti tak pasal-pasal aku pulak kena penyakit gila kau ni. ‘Chow dulu bro’.”  selesai sahaja berbicara, Putra melangkah pergi meninggalkan Akif yang terpinga-pinga.
 
“Nanti kau Putra, ada lori ada bas. Kau tunggu saja nanti.” Akif masih tidak puas hati dengan sikap sahabatnya tadi.  Pasti ada sesuatu atau lebih tepat lagi ada seseorang yang telah mencuri hati Putra sampai dia  lupakan aku.  Malas nak fikir yang bukan-bukan terus sahaja Akif melangkah laju ke kantin sekolah.
 
Langkah Akif terhenti seketika, matanya terpandang seraut wajah yang telah mencuri hatinya.  Adira Marissa, gadis yang pada mulanya dia rasakan biasa-biasa saja rupa-rupanya telah mencuri hatinya dalam diam.  Dia suka melihat mata bundar gadis itu, dengan seulas bibir yang comel.  Tapi gadis itu langsung tidka tertarik dengannya, itu yang lebih menghairankanya lagi.  Boleh dikatakan semua pelajar perempuan  pasti suka dan tertarik dengannya, baik dari segi penampilan dan juga kepopularitinya disekolah ini.  Dia juga memiliki seraut wajah yang tampan dengan ketinggian yang boleh dibanggakan. “Takkan lah Adira tak terpikat langsung kat aku, agak-agak lah.” Bisik hati kecilnya. 

 
 
Selepas peperiksaan tamat, seminggu selepas itu pihak sekolah telah mengadakan pertandingan puisi diantara kelas.  Kelas 5 Dahlia telah menghantar Adira sebagai peserta manakala kelas 6 Gemilang pula buat pertama kali menghantar Putra sebagai peserta.   Pada mulanya ramai yang terkejut dengan penampilan pertama Putra dalam pertandingan ini.  Al maklum lah siapa yang tak kenal dengan ‘side kick’ Akif yang sememangnya tidak suka menyertai apa-apa pertandingan kecuali bola sepak.
 
Tapi hanya Nina seorang sahaja yang tahu mengapa dan kenapa Putra beria-ria hendak menyertai pertandingan itu.  Putra sudah ‘confess’ dengan Nina yang dia meminati Adira dalam diam, dan Nina pula setuju jika Putra bergandingan dengan Adira.  Dan tanpa pengetahuan sesiapa, puisi yang akan dibacakan oleh Putra rupa-rupanya adalah luahan isi hatinya terhadap Adira.  Dengan bantuan Nina, puisi itu ditulis dengan penuh semangat.  Tiba hari pertandingan, nama Putra dipanggil untuk mendeklamasikan puisinya itu.
“Puisi ini adalah luahan dari hati saya, kepada si dia saya harap agar dapat mengerti isi hati saya ini.” Ketika Putra habis berbicara, kedengaran siulan nakal dari murid-murid lelaki.  Gamat juga dewan sekolah pada hari itu.
 
Dia…
Ku kenali dirimu hanya kerna nama
Dari situ hatiku sudah terpaut
Kepolosan wajahnya mememani mimpiku
Hingga aku tidak ingin sedar dari lenaku
 
Dia..
Gadis yang ingin aku miliki
Tapi hati ini takut untuk mencuba
Adakah ini yang dinamakan cinta
Perlukah aku berdiam sahaja
 
Dia..
Ingin ku selami hatinya
Sudah berpunyakah si dia
Tapi aku malu untuk menyatakan
Bahawa aku sudah jatuh cinta
 
Dia..
Berikanlah aku peluang
Untuk mengenali dirimu
Janganlah engkau menolakku
Kerana aku hanya penanti setia

 
Kali pertama aku melihat akan dirimu, hatiku sudah terpaut.  Namun dek kegoaanku, aku pendamkannya jauh dari sudut hatiku.  Moga suatu hari nanti kau akan mengerti betapa aku sudah jatuh cinta padamu ~ Ariffin Putra


Habis sahaja Putra mendeklamasikan sajaknya, gamat sungguh suasana didalam dewan sekolah.  Nina menoleh disebelah, ingin melihat reaksi Adira.  Air muka Adira berubah, sungguh indah bait-bait puisi yang dibacakan oleh Putra.  Ingin sekali dia selami hati pemuda itu, adakah dia sudah berpunya.  Tapi bila memikirkan Putra merupakan sahabat baik Akif, dia pendamkan saja.
 
“Adira, kau kenapa?” soal Nina.  Adira hanya menggelengkan kepalanya, senyuman terukir dibibir membuatkan Putra yang sedang memerhatikan tingkah laku mereka berdua terpana.  “Sungguh indah ciptaan tuhan, memang tak salah hati ini terpaut dengannya.” Putra berbicara sendirian.
 
Lewat petang itu, Putra menunggu Adira diluar pintu pagar sekolah.  Nasib baik Akif tidak pulang bersamanya hari ini, jadi dia berpeluang untuk mendekati Adira.  Dari jauh Putra lihat kelibat gadis yang dipuja berjalan beriringan dengan sahabatnya Nina.
 
“Assalamualaikum” sapa Putra dengan senyuman terukir bibirnya.  Tersentak Adira dan juga Nina, pandangan mereka bersatu.  Ada getaran melanda dihati Putra dan juga Adira,  mata mereka saling bertatapan tanpa mempedulikan Nina yang setia menanti disebelah mereka berdua.
 
“Hem..Hemm..” Nina berdehem, ingin menyedarkan mereka berdua dari lamunan.  Putra sudah mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal manakala Adira sudah tunduk memandang ke bawah, malu barangkali.
 
“Aku ‘chow’ dulu Dira,  hari ini kau balik dengan Putra ya.” Nina sempat mengenyit matanya kepada Putra.  Masing-masing masih diam membisu, langkah diatur meninggalkan perkarangan sekolah.
 
“Awak, terima kasih sebab sudi balik dengan saya hari ini.” Putra memandang wajah gadis disebelah, ingin melihat reaksi si gadis.  Masih tetap membisu, kenapa ya? Dia tak sudi nak balik dengan aku ke? Otak Putra masih tidak berfungsi dengan baik, bermacam-macam persoalan muncul difikirannya.
 
Dira melemparkan senyuman manis ke arah Putra. Bukan dia tidak mahu bersuara tapi dia takut untuk mendekati jejaka ini. Memikirkan dirinya yang serba kekurangan takut dipermainkan.
 
“Dira, saya ikhlas nak berkawan dengan awak.” Luahan Putra. Dira memandang tepat ke wajah Putra, ingin melihat sendiri keikhlasan jejaka itu.
 
“Saya..saya.. takut” hanya itu yang mampu keluar dari mulut Dira.
 
“Takut? Apa yang awak takutkan.  Saya tahu tentu rakan sekolah ada bercerita tentang kenakalan saya dan Akif. Tapi percayalah, kami berdua tidak pernah buat tak senonoh pada mana-mana pelajar perempuan pun.  Setakat usik-menyusik tu adalah.” Panjang lebar penjelasan Putra masih tidak mampu menghakis ketakutan yang ada dalam diri Adira.
 
“Maafkan, saya tak mahu dipermainkan.  Sudahlah takdir hidup saya amat perit, saya tak mahu menderita lagi.” Ujar Adira sayu.  Bukan niatnya ingin meminta simpati, tapi dia ingin Putra tahu kisah hidupnya.
 
“Saya ada dengar juga cerita tentang awak dari Rina. Malah saya kagum dengan awak yang tabah menghadapi kehilangan kedua-dua ibu dan bapa awak. Berilah saya peluang untuk menjadi tempat sandaran untuk awak dan sauya janji awak tak akan menangis lagi.” Putra menghulurkan tangan, mahu menunjukkan kesungguhannya.  Adira masih teragak-agak ingin menyambut huluran tangan Putra.  Akhirnya, dengan perlahan-lahan Adira menyambut tangan Putra. Dan jejaka itu mengenggam erat tangan Adira seperti tidak mahu melepaskannya. Dan bermula saat itu, mereka berdua saling mendukung antara satu sama lain.   


Cinta zaman sekolah memang mengasyikan, tapi aku tidak pernah lupa akan matlamatku untuk mengejar cita-citaku.  Kau hadir bak angin menyapa dan kemudiannya pergi tanpa pamitan. ~ Adira Marissa
 
 
“Jauhnya mengelamun, dah sampai UK ke Ulu Kelang beb.” Satu tamparan hinggap dibahu Adira, terbang semua khayalan yang terbias tadi.  Digantikan dengan wajah Fazura yang sedang tersengih-sengih memandang wajah kelat Adira.
 
“Kau ni Zura, cuba bagi salam sikit. Ini main terjah aje.  Nasib baik aku tak arwah, kalau tidak menangis hero Malaya semua tau” ujar Adira, sempat juga dia mencubit lengan sahabatnya itu.
 
‘Hero Malaya konon, sape mari sini aku kasi CPR.”  dengan wajah ala-ala mafia Fazura berkata.  Aku menghadiahkannya jelingan maut. 'Ambik kau'.
 
“Dahlah beb, jom  makan aku ada beli keow teow tomyam untuk kau juga.” Fazura menarik tanganku mengikutnya.  Langkah kaki ini menurut saja, tapi dalam fikiranku masih lagi terbayang-bayang akan kisah lalu antara aku dan Putra.  Dimanakah jejaka itu kini, aku sudah lama tidak berhubung dengannya.  Kami terpisah sejak dia dihantar belajar ke Australia dan aku pula hanya meneruskan penggajianku disini.
……………………………………………………………………………………………………………
~Bersambung~

Tuesday, 9 October 2012

CINTA LRT - Bab 23


Bab 23

 “Oh Jef, I’m so happy.” Dyana terus memeluk Jeffrey.  Lelaki itu tersenyum lebar, gembira kerana dapat menggembirakan buah hatinya. 

Rantai tangan yang dibeli khas ketika di Jarkarta  cantik berada di tangan kanan Dyana.  Memang dia  sudah niat ingin memberli untuk kekasih hatinya.  Cintanya pada Dyana terlalu dalam sehingga dia sanggup berbuat apa saja untuk gadis pujaanya itu. 

“You like it, then it’s yours my dear. I bought this special  for you.”ujarnya lagi  “Will you marry me?”  Dyana tergamam, dia sendiri tidak tahu apa yang harus dia katakan kepada lelaki ini.  Dia cintan dan sayangkan Jeffrey, tapi dalam masa yang sama dia juga menyayangi Fareez.  Walaupun Fareez tidak pernah melafazkan kata cinta padanya, tapi cinta itu masih untuk Fareez.

 “Jef, you kan tahu I masih cintakan Fareez.” Jeffrey terkedu apabila mendengar jawapan dari sang kekasih hati. 

 “Tapi sampai bila you nak tunggu Fareez honey, dia kan sudah ada tunang. Lagipun dia tak pernah cintakan you, tapi I love you since we meet.” Gelenggan kepala Dyana merusingkan fikiran Jeffrey.

“No Jef, you tak faham.” Dyana sudah bangun ingin berlalu dari sofa yang mereka duduk tadi.  Tiba-tiba pergelangan tangan Dyana disambar kemas oleh Jeffrey.  Dyana menoleh, terbias sinar cinta diwajah Jeffrey. 

“Than explain to me, make me understand. If  your hurt, let me heal  you.” Sayu suara Jeffrey yang masih memujuk si kekasih hati.  Jeffrey bangun lantas memeluk Dyana erat sekali dan gadis itu turut membalas pelukkannya.  Perlahan-lahan esakkan halus kedengaran didada lelaki itu, tahulah Jeffrey yang Dyana sedang menangis.

“Honey, don’t cry. I tak mahu you terluka lagi.  Lupakan semua kisah lalu, lupakan Fareez dan lepaskanlah diri you dari semua permasalahan ini.  I janji akan bahagiakan you sehingga akhir hayat I. just let me in your heart, then I will make you the happiest women in this world.”  Itu janji dan ikrar Jeffrey kepada Dyana.  Dia mahu gadis itu tahu betapa dia tulus menyintai Dyana sepenuh hatinya.

Sedang mereka duduk berbincang, tiba-tiba tekak Dyana terasa mual.  Dia berlari ke tandas, disinki dimuntahkan segala isi perut.  Jeffrey mengekori turut membantu mengosok-gosok belakang Dyana.

“Are you okay honey?” soal Jeffrey ketika Dyana sudah berkumur mulutnya. Dyana mengambil tisu yang dihulur Jeffrey, dikesat-kesat mulut dan seluruh mukanya. 

“I’m fine Jef, tapi tekak I mual sejak petang semalam lagi. Maybe gastrik kot.”  Ujar Dyana cuba bergerak menuju ke sofa berdekatan, Jeffrey turut membantu.

“Jom, I hantar  you ke klinik. Nanti melarat susah pula.” Dyana sudah menggeleng tidak mahu, tapi tidak diendahkan oleh Jeffrey. Tubuh wanita itu dicempung lalu dibawa keluar.  Pintu kereta dibuka dan diduduknya Dyana disebelah pemandu.  Jeritan halus gadis itu dibiarkan saja, sebaik sahaja enjin dihidupkan kereta meluncur laju menuju ke klinik yang berdekatan.

“Tahniah Encik, you wife is pregnant.” Sebaik sahaja mendengar kata-kata yang terbit dari mulut doktor  yang bernama Syidah, mata Jeffrey membuntang.  Dyana pula sudah menelan liurnya, terkejut.

”Are you sure doc?” soal Jeffrey seakan tidak percaya.  Tapi dalam hatinya sungguh gembira sekali sebab selepas ini Dyana pasti menjadi miliknya.

“Yes, about 4 weeks. Jaga wife you baik-baik. Jangan bagi dia stress dan yang paling penting beri dia makan makanan yang berkhasiat.  Saya akan bagi ubat tahan muntah dan sedikit vitamin untuk dia.” Nasihat Doktor Syidah diambil serius oleh Jeffrey, dia tahu ini amat penting untuk pertumbuhan anak dalam kandungan Dyana.  Dan dia pasti itu adalah anaknya dan bukan kepunyaan orang lain. 

 Selepas berterima kasih kepada doktor yang merawat Dyana, Jeffrey terus memandu pulang ke kondonya semula.  Manakala lain pula yang difikirkan oleh Dyana.  Dia terkejut dan tidak percaya apa yang dikatakan oleh doktor itu tadi.   Hancur sudah harapan untuk dia merampas semula cinta Fareez dan yang lebih teruk lagi tentang surat perjanjian palsu itu.  Bagaimana hendak dia selesaikannya, kepalanya udah buntu.

“Honey, are you okay? Dari tadi diam saja, you tak gembira ke?” Jeffrey mencapai tangan Dyana lantas dikucup lembut.  Dyana masih seperti tadi, diam tidak berkutik.

“Honey.” Kereta diberhenti dibahu jalan, lantas Jeffrey mengalih tubuhnya kekiri mengadap Dyana.  Kedua-dua belah tangan Dyana diraih, dikucup lembut dan dibawa ke dada.  Gadis itu pula tetap membeku, namun terbit juga esakkan halus dari bibir itu.  Jeffrey membawa Dyana kedakapannya, digosok-gosok belakang gadis itu untuk meredakan tangisan.  Semakin kuat tangis bergema dari bibir itu, lama juga mereka begitu.  Akhirnya pelukan terlerai, Jeffrey menyapu sisa-sisa airmata diwajah Dyana.  Diangkat dagu Dyana perlahan, lantas dia mengucup dibibir itu lama.

“I akan jaga you, please marry me. Lupakan Fareez, kita bina hidup baru.” Ujar Jeffrey.

“Tapi Jef, bagaimana dengan surat perjanjian  itu.  I kena berterus-terang dengan Fareez dan juga Family dia.  I  takut.” Jeffrey tersenyum, faham akan kebimbangan dihati Dyana.    

“I akan tolong you, asalkan you terima I. Dan kita sama-sama akan pergi berjumpa dengan Family Fareez untuk selesaikan masalah ini.  Don’t worry, I’ll protect  you.” Itu saranan yang Jeffrey berikan kepada Dyana untuk menyelesaikan permasalahan ini secara baik.

“Promise?” Dyana sudah menunjukkan jari kelinkingnya, dan Jeffrey dengan senang hati mengait jari  itu sambil ketawa.  Wajah masam dan risau Dyana bertukar menjadi ceria, dia akan berubah demi Jeffrey dan juga anak yang dia kandungkan ini.

“Dan I nak you janji tak akan ganggu hidup Fareez lagi, and also please do not wear this type of cloth again. Nanti kita pergi shopping beli clothing yang lebih sopan untuk bakal isteri I ni.” Jeffrey mencuit dagu Dyana.  Dan gadis itu mengganguk tanda setuju, dia juga ini berubah demi lelaki disisinya ini dan juga demi anak yang bakal lahir ini.

Hari itu merupakan sejarah dalam hidup Dyana mahupun Jeffrey, demi anak yang bakal lahir ini mereka berubah dan berjanji akan saling sayang menyanyangi satu sama lain.  Dyana juga akan lupakan niat buruknya dan ingin membina hidup baru bersama Jeffrey.

Petang itu mereka habiskan masa berbual-bual dan juga merancang masa depan mereka bersama si kecil yang ada dalam perut mummynya.  Kegembiraan terukir diwajah mereka berdua, waluapun anak ini ada sebelum mereka bernikah, tapi Jeffrey amat bersyukur kerana anak inilah dia akan memiliki gadis yang dicintainya. 

Petang itu di banglo mewah milik keluarga Jeffrey bergegar seakan gempa bumi pula, suara garau milik Daddynya berselang seli dengan suara nyaring kepunyaan mummynya bergema.  Masing-masing terkejut dengan berita yang disampaikan oleh anak lelaki mereka.

“No Jeffrey, I won’t let you marry to that malay girl.” Suara garau Mr James Wang bergema, si isteri pula sudah menangis disofa.

“I love her dad, you can’t do this to me?” Jeffrey masih tidak mahu mengalah.  Tujuan di pulang ke rumah seminggu selapas itu adalah untuk meminta persetujuan dari daddy dan mummynya mengenai rancangan pernikahannya dengan Dyana.

“I’m your father, I can do anything.  Whater you like it or not.” Mr James Wang masih berkeras tidak setuju dengan rancangan gila anaknya itu.

“She has my baby, I can’t just leave her.  Please, it’s the seek of the baby and I also in love with her.”rayu Jeffrey, kini dia sudah melutut dihadapan kedua-dua orang tuanya.

“Love? Are you sure that she love you. Or maybe she just want to trap you because of  your family wealth.” Mr James Wang cuba memutar fakta, dia takut jika perkara itu benar.

“No dad, she love me too.  And I really in love with her and my baby.” Kata Jeffrey yang masihlagi duduk melutut dihadapan kedua orang tuanya.

“Jef, how about our religion.  Don’t you think our great-great grandmother will agreed with you crazy ideas.” Mr James Wang masih lagi tidak puashati kerana anaknya sanggup meninggalkan agama yang telah mereka anuti selama berkurun lamanya.

“I don’t care, I did it because of my baby.” Jeffrey masih lagi berkeras.

“Ask her to abort it, then you will be free.” cadangan gila Mr James Wang membuatkan Jeffrey tersentak.

“I won’t ask her to do such thing, I want my baby and I want her too.  I will marry her no matter what, and I don’t care about  your blessing.” Selesai berkata demikian, Jeffrey terus melangkah keluar dari rumah itu.  Jeritan dan tangisan Madam Jenny bergema,  Mr James Wang memeluk tubuh isterinya. 

Ketika kereta Jeffrey meninggalkan perkarangan rumah, kakaknya Jesicca muncul bersama-sama suaminya Alan Wee. 

“What happen dad?”soalnya.

“You brother, he want to get married.” Ujar Mr James Wang.

“That’s a good news.  But why so sudden? And mum, why are you crying?” Jecissa sudah melabuh punggung disebelah Madam Jenny

Belum sempat Madam Jenny membuka mulut, Mr James Wang sudah membidas terlebih dahulu.

“Your brother wanted  to marry to a malay girl. That’s why your mummy so sad.”

“ Jess, bring your mum to upstairs and let her rest. Let me and Dad solve this problem.” Alan meminta isterinya membawa ibu mertuanya ke atas.  Dia akan berbicara mengenai persoalan ini dengan bapa mertuanya secara baik-baik.  Dia tahu apa yang berlaku, Jeffrey ada menemuinya 2 hari lepas sebelum dia kemari.


Dua hari yang lalu…

“Alan, I need your help.” Wajah runsing Jeffrey dipandang sekilas.  Adik iparnya datang bertemu denganya hari ini tentu ada perkara yang ingin dibincangkan.  Alan dan Jeffrey pernah menjadi sahabat baik ketika mereka sama-sama belajar di luar negara.  Dia mengenali isterinya juga melalui Jeffrey, malah kerana Jeffrey jugalah dia dapat berkawan dengan Jecissa sehingga mereka berkahwin dan dikurniakan anak perempuan yang comel bernama Anna.

“I’m in love with someone?”  kata Jeffrey sambil menunduk ke lantai, Alan kehairannya.

“So, what’s the problem bro?” soal Alan semula.

“She’s malay and I will sacrifice everything just because of  her and our baby.” Alan terkejut besar.  Tidak sangka Abang Iparnya bakal berkahwin dengan perempuan melayu dan lebih memeranjatkan lagi Jeffrey bakal menjadi daddy pula.

“But how this happen? Are you out of your mind. What Daddy and Mummy will says.  I..I scare that because of  this matter you will be out of Wang’s family.”Alan sudah bimbang akan pemerimaan kedua-dua mertuanya nanti.  Lagipun, Jeffrey merupakan satu-satunya anak lelaki dalam keluarga Wang.

“Then, I’ll take the risk.  I cannot afford to loose her or my baby.  Please, Alan I need you help badly.” Jeffrey merayu kepada Alan agar mengerti situasi yang dia hadapi kini. 

“Jef, I’ll try my best to console daddy and mummy. In mean time, why don’t you go and see them ask for blessing.  If they still not accept this, I’ll talk to them later.” Jeffrey menarik nafas lega, Alan pasti akan membantunya.     

“How is she?” soal Alan ingin sekali bertanya siapa gerangan perempuan melayu yang sudah berjaya menawan hati sahabatnya itu.  Jeffrey mengeluarkan gambar Dyana dari dompetnya dan dihulurkan kepada Alan.

“Her name is Nur Dyana Alina Binti Ahmad Husni.” Saat terpandang gambar yang dihulurkan, Alan sudah tahu mengapa Jeffrey terlalu menyanyangi gadis itu.  Wajah Dyana yang bujur sireh dengan alis mata yang lentik.

“Don’t worry, daddy and mummy will love her soonest.  Just let me handle for you, thing will get better.  I hope you won’t forget us as your family even you already  married to this girl.  Remember, you parents is still your parents no matter you have converted your religion.” Nasihat  Alan kepada Jeffrey. Dia mahu lelaki itu tahu walau seteruk apapun keadaannya, keluarga mertuanya tetap orang tua yang telah menjaga Jeffrey dari kecil sehingga kini. 

“I will, don’t worry bro. They are still my parents no matter what happen.”lega hati Jeffrey setelah meluahkan apa yang terbuku dihatinya.  Dia juga amat berterima kasih kepada Alan kerana sudi membantunya.  Terasa ringan beban yang dia tanggung, kini dia perlu belajar mengenai islam dan akan cuba mengubah cara hidupnya secara eransur-ansur.  Dia ingin menjadi seorang muslim, suami dan juga ayah yang baik untuk anak-anaknya nanti. 

Perbualan mereka tidak sahaja berkenaan Jeffrey, tetapi juga mengenai diri Alan dan keluarganya.  Selama 2 jam mereka berbual-bual sehingga Jeffrey terlupa dia sepatutnya ada temujanji dengan Fareez sekejap lagi.  Lantas dia meminta diri, Alan dan Jeffrey berpelukkan seketika sebelum masing-masing pergi meninggalkan cafĂ©’ tersebut.

-----------------------------------------------~Bersambung~ --------------------------------------------------------