Tuesday, 9 October 2012

CINTA LRT - Bab 23


Bab 23

 “Oh Jef, I’m so happy.” Dyana terus memeluk Jeffrey.  Lelaki itu tersenyum lebar, gembira kerana dapat menggembirakan buah hatinya. 

Rantai tangan yang dibeli khas ketika di Jarkarta  cantik berada di tangan kanan Dyana.  Memang dia  sudah niat ingin memberli untuk kekasih hatinya.  Cintanya pada Dyana terlalu dalam sehingga dia sanggup berbuat apa saja untuk gadis pujaanya itu. 

You like it, then it’s yours my dear. I bought this special  for you.”ujarnya lagi  Will you marry me?”  Dyana tergamam, dia sendiri tidak tahu apa yang harus dia katakan kepada lelaki ini.  Dia cintan dan sayangkan Jeffrey, tapi dalam masa yang sama dia juga menyayangi Fareez.  Walaupun Fareez tidak pernah melafazkan kata cinta padanya, tapi cinta itu masih untuk Fareez.

 Jef, you kan tahu I masih cintakan Fareez.” Jeffrey terkedu apabila mendengar jawapan dari sang kekasih hati. 

 “Tapi sampai bila you nak tunggu Fareez honey, dia kan sudah ada tunang. Lagipun dia tak pernah cintakan you, tapi I love you since we meet.” Gelenggan kepala Dyana merusingkan fikiran Jeffrey.

“No Jef, you tak faham.” Dyana sudah bangun ingin berlalu dari sofa yang mereka duduk tadi.  Tiba-tiba pergelangan tangan Dyana disambar kemas oleh Jeffrey.  Dyana menoleh, terbias sinar cinta diwajah Jeffrey. 

Than explain to me, make me understand. If  your hurt, let me heal  you.” Sayu suara Jeffrey yang masih memujuk si kekasih hati.  Jeffrey bangun lantas memeluk Dyana erat sekali dan gadis itu turut membalas pelukkannya.  Perlahan-lahan esakkan halus kedengaran didada lelaki itu, tahulah Jeffrey yang Dyana sedang menangis.

“Honey, don’t cry. I tak mahu you terluka lagi.  Lupakan semua kisah lalu, lupakan Fareez dan lepaskanlah diri you dari semua permasalahan ini.  I janji akan bahagiakan you sehingga akhir hayat I. just let me in your heart, then I will make you the happiest women in this world.”  Itu janji dan ikrar Jeffrey kepada Dyana.  Dia mahu gadis itu tahu betapa dia tulus menyintai Dyana sepenuh hatinya.

Sedang mereka duduk berbincang, tiba-tiba tekak Dyana terasa mual.  Dia berlari ke tandas, disinki dimuntahkan segala isi perut.  Jeffrey mengekori turut membantu mengosok-gosok belakang Dyana.

Are you okay honey?” soal Jeffrey ketika Dyana sudah berkumur mulutnya. Dyana mengambil tisu yang dihulur Jeffrey, dikesat-kesat mulut dan seluruh mukanya. 

I’m fine Jef, tapi tekak I mual sejak petang semalam lagi. Maybe gastrik kot.”  Ujar Dyana cuba bergerak menuju ke sofa berdekatan, Jeffrey turut membantu.

Jom, I hantar  you ke klinik. Nanti melarat susah pula.” Dyana sudah menggeleng tidak mahu, tapi tidak diendahkan oleh Jeffrey. Tubuh wanita itu dicempung lalu dibawa keluar.  Pintu kereta dibuka dan diduduknya Dyana disebelah pemandu.  Jeritan halus gadis itu dibiarkan saja, sebaik sahaja enjin dihidupkan kereta meluncur laju menuju ke klinik yang berdekatan.

Tahniah Encik, you wife is pregnant.” Sebaik sahaja mendengar kata-kata yang terbit dari mulut doktor  yang bernama Syidah, mata Jeffrey membuntang.  Dyana pula sudah menelan liurnya, terkejut.

Are you sure doc?” soal Jeffrey seakan tidak percaya.  Tapi dalam hatinya sungguh gembira sekali sebab selepas ini Dyana pasti menjadi miliknya.

“Yes, about 4 weeks. Jaga wife you baik-baik. Jangan bagi dia stress dan yang paling penting beri dia makan makanan yang berkhasiat.  Saya akan bagi ubat tahan muntah dan sedikit vitamin untuk dia.” Nasihat Doktor Syidah diambil serius oleh Jeffrey, dia tahu ini amat penting untuk pertumbuhan anak dalam kandungan Dyana.  Dan dia pasti itu adalah anaknya dan bukan kepunyaan orang lain. 

 Selepas berterima kasih kepada doktor yang merawat Dyana, Jeffrey terus memandu pulang ke kondonya semula.  Manakala lain pula yang difikirkan oleh Dyana.  Dia terkejut dan tidak percaya apa yang dikatakan oleh doktor itu tadi.   Hancur sudah harapan untuk dia merampas semula cinta Fareez dan yang lebih teruk lagi tentang surat perjanjian palsu itu.  Bagaimana hendak dia selesaikannya, kepalanya udah buntu.

“Honey, are you okay? Dari tadi diam saja, you tak gembira ke?” Jeffrey mencapai tangan Dyana lantas dikucup lembut.  Dyana masih seperti tadi, diam tidak berkutik.

“Honey.” Kereta diberhenti dibahu jalan, lantas Jeffrey mengalih tubuhnya kekiri mengadap Dyana.  Kedua-dua belah tangan Dyana diraih, dikucup lembut dan dibawa ke dada.  Gadis itu pula tetap membeku, namun terbit juga esakkan halus dari bibir itu.  Jeffrey membawa Dyana kedakapannya, digosok-gosok belakang gadis itu untuk meredakan tangisan.  Semakin kuat tangis bergema dari bibir itu, lama juga mereka begitu.  Akhirnya pelukan terlerai, Jeffrey menyapu sisa-sisa airmata diwajah Dyana.  Diangkat dagu Dyana perlahan, lantas dia mengucup dibibir itu lama.

“I akan jaga you, please marry me. Lupakan Fareez, kita bina hidup baru.” Ujar Jeffrey.

“Tapi Jef, bagaimana dengan surat perjanjian  itu.  I kena berterus-terang dengan Fareez dan juga Family dia.  I  takut.” Jeffrey tersenyum, faham akan kebimbangan dihati Dyana.    

“I akan tolong you, asalkan you terima I. Dan kita sama-sama akan pergi berjumpa dengan Family Fareez untuk selesaikan masalah ini.  Don’t worry, I’ll protect  you.” Itu saranan yang Jeffrey berikan kepada Dyana untuk menyelesaikan permasalahan ini secara baik.

“Promise?” Dyana sudah menunjukkan jari kelinkingnya, dan Jeffrey dengan senang hati mengait jari  itu sambil ketawa.  Wajah masam dan risau Dyana bertukar menjadi ceria, dia akan berubah demi Jeffrey dan juga anak yang dia kandungkan ini.

“Dan I nak you janji tak akan ganggu hidup Fareez lagi, and also please do not wear this type of cloth again. Nanti kita pergi shopping beli clothing yang lebih sopan untuk bakal isteri I ni.” Jeffrey mencuit dagu Dyana.  Dan gadis itu mengganguk tanda setuju, dia juga ini berubah demi lelaki disisinya ini dan juga demi anak yang bakal lahir ini.

Hari itu merupakan sejarah dalam hidup Dyana mahupun Jeffrey, demi anak yang bakal lahir ini mereka berubah dan berjanji akan saling sayang menyanyangi satu sama lain.  Dyana juga akan lupakan niat buruknya dan ingin membina hidup baru bersama Jeffrey.

Petang itu mereka habiskan masa berbual-bual dan juga merancang masa depan mereka bersama si kecil yang ada dalam perut mummynya.  Kegembiraan terukir diwajah mereka berdua, waluapun anak ini ada sebelum mereka bernikah, tapi Jeffrey amat bersyukur kerana anak inilah dia akan memiliki gadis yang dicintainya. 

Petang itu di banglo mewah milik keluarga Jeffrey bergegar seakan gempa bumi pula, suara garau milik Daddynya berselang seli dengan suara nyaring kepunyaan mummynya bergema.  Masing-masing terkejut dengan berita yang disampaikan oleh anak lelaki mereka.

“No Jeffrey, I won’t let you marry to that malay girl.” Suara garau Mr James Wang bergema, si isteri pula sudah menangis disofa.

“I love her dad, you can’t do this to me?” Jeffrey masih tidak mahu mengalah.  Tujuan di pulang ke rumah seminggu selapas itu adalah untuk meminta persetujuan dari daddy dan mummynya mengenai rancangan pernikahannya dengan Dyana.

“I’m your father, I can do anything.  Whater you like it or not.” Mr James Wang masih berkeras tidak setuju dengan rancangan gila anaknya itu.

“She has my baby, I can’t just leave her.  Please, it’s the seek of the baby and I also in love with her.”rayu Jeffrey, kini dia sudah melutut dihadapan kedua-dua orang tuanya.

“Love? Are you sure that she love you. Or maybe she just want to trap you because of  your family wealth.” Mr James Wang cuba memutar fakta, dia takut jika perkara itu benar.

“No dad, she love me too.  And I really in love with her and my baby.” Kata Jeffrey yang masihlagi duduk melutut dihadapan kedua orang tuanya.

“Jef, how about our religion.  Don’t you think our great-great grandmother will agreed with you crazy ideas.” Mr James Wang masih lagi tidak puashati kerana anaknya sanggup meninggalkan agama yang telah mereka anuti selama berkurun lamanya.

“I don’t care, I did it because of my baby.” Jeffrey masih lagi berkeras.

“Ask her to abort it, then you will be free.” cadangan gila Mr James Wang membuatkan Jeffrey tersentak.

“I won’t ask her to do such thing, I want my baby and I want her too.  I will marry her no matter what, and I don’t care about  your blessing.” Selesai berkata demikian, Jeffrey terus melangkah keluar dari rumah itu.  Jeritan dan tangisan Madam Jenny bergema,  Mr James Wang memeluk tubuh isterinya. 

Ketika kereta Jeffrey meninggalkan perkarangan rumah, kakaknya Jesicca muncul bersama-sama suaminya Alan Wee. 

“What happen dad?”soalnya.

“You brother, he want to get married.” Ujar Mr James Wang.

“That’s a good news.  But why so sudden? And mum, why are you crying?” Jecissa sudah melabuh punggung disebelah Madam Jenny

Belum sempat Madam Jenny membuka mulut, Mr James Wang sudah membidas terlebih dahulu.

“Your brother wanted  to marry to a malay girl. That’s why your mummy so sad.”

“ Jess, bring your mum to upstairs and let her rest. Let me and Dad solve this problem.” Alan meminta isterinya membawa ibu mertuanya ke atas.  Dia akan berbicara mengenai persoalan ini dengan bapa mertuanya secara baik-baik.  Dia tahu apa yang berlaku, Jeffrey ada menemuinya 2 hari lepas sebelum dia kemari.


Dua hari yang lalu…

“Alan, I need your help.” Wajah runsing Jeffrey dipandang sekilas.  Adik iparnya datang bertemu denganya hari ini tentu ada perkara yang ingin dibincangkan.  Alan dan Jeffrey pernah menjadi sahabat baik ketika mereka sama-sama belajar di luar negara.  Dia mengenali isterinya juga melalui Jeffrey, malah kerana Jeffrey jugalah dia dapat berkawan dengan Jecissa sehingga mereka berkahwin dan dikurniakan anak perempuan yang comel bernama Anna.

“I’m in love with someone?”  kata Jeffrey sambil menunduk ke lantai, Alan kehairannya.

“So, what’s the problem bro?” soal Alan semula.

“She’s malay and I will sacrifice everything just because of  her and our baby.” Alan terkejut besar.  Tidak sangka Abang Iparnya bakal berkahwin dengan perempuan melayu dan lebih memeranjatkan lagi Jeffrey bakal menjadi daddy pula.

“But how this happen? Are you out of your mind. What Daddy and Mummy will says.  I..I scare that because of  this matter you will be out of Wang’s family.”Alan sudah bimbang akan pemerimaan kedua-dua mertuanya nanti.  Lagipun, Jeffrey merupakan satu-satunya anak lelaki dalam keluarga Wang.

“Then, I’ll take the risk.  I cannot afford to loose her or my baby.  Please, Alan I need you help badly.” Jeffrey merayu kepada Alan agar mengerti situasi yang dia hadapi kini. 

“Jef, I’ll try my best to console daddy and mummy. In mean time, why don’t you go and see them ask for blessing.  If they still not accept this, I’ll talk to them later.” Jeffrey menarik nafas lega, Alan pasti akan membantunya.     

“How is she?” soal Alan ingin sekali bertanya siapa gerangan perempuan melayu yang sudah berjaya menawan hati sahabatnya itu.  Jeffrey mengeluarkan gambar Dyana dari dompetnya dan dihulurkan kepada Alan.

“Her name is Nur Dyana Alina Binti Ahmad Husni.” Saat terpandang gambar yang dihulurkan, Alan sudah tahu mengapa Jeffrey terlalu menyanyangi gadis itu.  Wajah Dyana yang bujur sireh dengan alis mata yang lentik.

“Don’t worry, daddy and mummy will love her soonest.  Just let me handle for you, thing will get better.  I hope you won’t forget us as your family even you already  married to this girl.  Remember, you parents is still your parents no matter you have converted your religion.” Nasihat  Alan kepada Jeffrey. Dia mahu lelaki itu tahu walau seteruk apapun keadaannya, keluarga mertuanya tetap orang tua yang telah menjaga Jeffrey dari kecil sehingga kini. 

“I will, don’t worry bro. They are still my parents no matter what happen.”lega hati Jeffrey setelah meluahkan apa yang terbuku dihatinya.  Dia juga amat berterima kasih kepada Alan kerana sudi membantunya.  Terasa ringan beban yang dia tanggung, kini dia perlu belajar mengenai islam dan akan cuba mengubah cara hidupnya secara eransur-ansur.  Dia ingin menjadi seorang muslim, suami dan juga ayah yang baik untuk anak-anaknya nanti. 

Perbualan mereka tidak sahaja berkenaan Jeffrey, tetapi juga mengenai diri Alan dan keluarganya.  Selama 2 jam mereka berbual-bual sehingga Jeffrey terlupa dia sepatutnya ada temujanji dengan Fareez sekejap lagi.  Lantas dia meminta diri, Alan dan Jeffrey berpelukkan seketika sebelum masing-masing pergi meninggalkan café’ tersebut.

-----------------------------------------------~Bersambung~ --------------------------------------------------------

No comments:

Post a Comment