Bab
24
“Feza, hop in. I’ll send you home.” jerit si pemandu ketika daun tingkap sebelah
penumpang diturunkan sedikit. Fareeza masih
tidak bergerak dari tempat itu, dalam hati masih berfikir sama ada ingin
menurut atau tidak. Akhirnya, tanpa
berfikir lama Fareeza menarik pintu kereta Jamie dan meloloskan diri kedalam.
“Thanks Jamie, I was waiting for Fareez. But
he didn’t show up.” terang Fareeza sambil mengipas sedikit bajunya yang
kebasahan akibat titisan-titisan hujan yang mula turun. Jamie menghulurkan kotak tissu kepada
Fareeza, gadis itu mengambilnya sambil melemparkan senyuman. “Thanks”.
“I nampak Fareez
dah balik awal lagi. Kebetulan I lalu depan bilik Tan Sri and saw him with Tan Sri.” ujar Jamie kepadaku.
“Ya ke? tapi
kenapa dia suruh I tunggu dia tadi. Hairan pula.” Fareeza sudah menggaru kepalanya
yang bertudung itu, tanpa menyedari
pemuda cina itu sedang merenung tepat kewajahnya.
“Maybe dia dah inform you by sms. Cuba check your phone?”soal Jamie pula sambil
memuncung ke arah telefon bimbit yang dipegang oleh Fareeza. Fareez cepat-cepat
melihat semula telefon bimbitnya, tadi semasa mesyuarat dengan Encik Basir dan
Adlan dia lupa menukar semula silent mode
telefonnya. Alangkah terkejutnya dia,
ada 10 missed call dan 3 sms dari
Fareez.
Sms pertama : Sayang
u kat mana?
Sms kedua: Syg, I need to see Abah for a while. Plse
wait for me.
Sms terakhir: Syg,
so sorry. I & Abah ada appoint with client.
Syg balik sendiri ya, mlm nnt I call you. Luv you syg…
Sms terakhir
selepas 15 minit jam 5.15 petang. Patutlah aku tunggu dia tak muncul. Fareez ni
pun satu. Tak kesian ke kat aku yang terconggok kat sini lebih 20 minit. Geram betul aku kat si Fareez ni, tapi bila
difikirkan balik. Memang salah aku sebab
Fareez cuba call tapi aku pula
terlupa nak tukar balik silent mode. Dah nasib kau Fareez, tapi terima kasih kat
Jamie sebab sudi hantar aku balik.
“Ya lah Jamie, my
phone was in silent mode. Sebab itu tak dengar Fareez call atau sms. Thanks to you,
sebab sudi tumpangkan I.” Aku memandang Jamie yang sedang tenang
memandu. Jamie melemparkan senyuman
kepadaku.
“Anything for you my dear. You tahukan, I always want to be your angel.” Fareeza
terpana, walaupun Jamie bertutur bersahaja, namun meresap ke dalam sanubarinya.
“Takkan Jamie
masih simpan perasaan pada aku lagi. Hish, tak boleh jadi ni.” Desis hati kecil
Fareeza, tak mampu dia luahkan kata-kata itu di depan Jamie
“Please Jamie, I tak mahu you ungkit lagi
tentang hal itu. Remember, I tunang orang and the person is your big boss.” Harap
Jamie mengerti kata-kataku, tak mahu dia menyimpan perasaan itu lagi. Aku dengar Jamie mengeluh, pandanganku masih
dihadapan tidak mahu memandang kekecewaan diwajah Jamie.
“I dengar ada
pekerja baru kat Department you, who is
she?” Aku cuba mengubah suasana suram tadi supaya menjadi lebih
santai.
“Her name is Nicole, she’s my new assistant. Baru
seminggu laporkan diri.” jawab Jamie, tapi matanya masih lagi tertumpu
dijalanraya yang kian sesak.
“Nice name. So, how
is she?” soalku kepadanya.
“What do you mean by that?” soal
Jamie pula. Aku sudah tersengih-sengih,
mamat ni tak faham ke apa yang sedang aku bicarakan. Atau pura-pura.
“Kenapa you tak cuba beramah mesra, at least as friend maybe.” aku cuba mengajar Jamie pula, tapi Jamie
masih tidak beriak. Tetap tenang meneruskan pemanduan. Aku jadi kelu seketika, niat dihati ingin
menceriakan suasana.
“Feza, love is not an easy thing that
come and go. Susah
nak dijangkakan.” Jamie sudah
bermadah pula. Ni yang payah betul bila bercakap dengan orang yang dah
angau. Aku pula mengeluh.
“Jamie, memang
cinta tak mudah datang dan juga pergi. Tapi semuanya berlaku secara semulajadi
dan akan terjadi pada sesiapapun termasuk diri you.” terangku kepadanya.
Jamie kalih memandang wajahku seketika sebelum memandang semula
kehadapan pula.
“I tahu Feza,
tapi dalam hati I masih ada you. And not anyone else but you, my dear.” Jamie
mengeluh lagi. Aku terdiam, susah betul
nak terangkan kepada lelaki ini tentang maksud cinta yang sebenarnya.
“Jamie, cinta
yang datang tak semestinya milik kita. Jadi sebelum itu kita kenalah pastikan
dulu.” kataku kepadanya.
“I do love, to be your friend but not more than that, tapi tak bermakna I jatuh cinta pada you. Cinta I hanya pada Fareez, dan itu yang you perlu tahu. Bagi I, you
adalah sahabat dan juga rakan sekerja yang terbaik pernah I ada sebelum
ini. Dan I mahu kita kekalkan
persahabatan ini sehingga kini.” terangku kepadanya, berharap agar Jamie
mengerti. Aku lihat dia menganggukkan
kepalanya perlahan.
Belum sempat aku
beredar dan menutup pintu keretanya, kedengaran suara Jamie cuba berkata
sesuatu. Aku tunduk, ingin mendengar butir bicara dari bibir lelaki itu.
“If you happy, I’m also happy dear. For me, you are the best thing that happen to
me since knowing you. I’m gald that Fareez do love you so much, but
please let me be you shoulder to cry on
if one day Fareez let you go for good.” Selesai berkata-kata, Jamie
mengisyaratkan matanya agar aku menutup pintu keretanya. Aku tergamam, tak tahu apa yang harus aku
katakan kepadanya. Lidahku kelu, akhirnya persoalan itu terbiar begitu
sahaja. Pintu kereta kututup dan kereta
Jamie meluncur pergi tanpa sempat aku mencerna butir bicara yang keluar dari
bibir lelaki itu.
Tanpa aku dan
Jamie sedari, ada seseorang yang sedang memerhatikan diriku. Fareez memandang tajam dari arah seberang
jalan, matanya sempat melihat biasan wajah keruh Fareeza ketika kereta Jamie meluncur pergi. Rasa cemburu mula menguasai dirinya, niat
dihati ingin melihat kekasih hati, tetapi dia dihidangkan dengan panorama yang
menyakitkan hatinya. Dia memecutkan
keretanya meninggalkan halaman rumah Fareeza dengan hati yang terluka.
Berlainan pula
dengan Jamie, sebaik sahaja keretanya melepasi simpang rumah Fareeza dia terus
berhenti. Ingin menarik nafas panjang,
tanpa dia sedari airmatanya menitis laju.
Dia teramat kecewa tetapi dia harus kuat untuk menghadapinya. Fareez merupakan gadis melayu pertama yang
dia cintai sepenuh hatinya. Dia tidak
pernah mengalami rasa cinta seperti ini walaupun ketika dia bersama Audrey
dulu. Cinta yang hadir ini terlalu
menyakitkan hatinya yang selama ini dia nafikan kewujudannya. Dipegang dadanya yang terasa sakit ketika dia meluahkan rasa hatinya pada gadis
itu, dia tewas dalam permainan
hati. “Aku harus kuat, demi orang yang
aku cintai.” Bisik hati kecilnya.
Airmata yang mengalir disapu dengan harapan dia menyapu sekali dukanya
itu.
=======================================================================
Bab
25
“Ada apa you nak jumpa I. Tak habis-habis lagi ke
nak hancurkan kebahagian I?”soal Fareez kasar, tubuhnya dihenyak dikerusi yang
berhadapan dengan Dyana dan seorang pemuda cina. Dyana memandang Jeffrey, mengisyarat agar
lelaki itu memulakan perbualan.
“Terlebih dahulu,
kenalkan nama I Jeffrey Wang future
husband kepada Dyana.” Jeffrey menghulurkan tangan ingin berjabat tangan
dengan Fareez. Tangan disambut tapi
dalam hati Fareez sudah tidak keruan.
Takut diperdaya lagi oleh Dyana seperti yang sudah berlaku dirumahnya
sebulan yang lepas.
“Tujuan kami
datang kemari adalah ingin memohon maaf.” sambung Jeffrey lagi, “Memohon maaf
diatas perbuatan kami terhadap awak dan juga keluarga awak.” Fareez mengerut
dahi, tidak tahu apa yang berlaku.
“Saya tak faham, please explain.” Fareez sudah tak
sabar-sabar ingin mengetahui apa tujuan sebenar mereka berdua.
“Saya ingin
memohon maaf tentang surat perjanjian hari
itu. Memang surat itu palsu dan saya ..
saya…” belum sempat Dyana meneruskan percakapannya, satu tepukan kuat diatas
meja menyebabkan meja mereka menjadi tumpuan seketika.
“Apa maksud you,
minta maaf. Jangan ingat semudah itu
saya nak maafkan awak.” Fareez bersuara lantang, Jeffrey pula cuba menenangkan
Fareez manakala Dyana sudah teresak-esak dengan jerkahan Fareez itu tadi. Fareez bangun dan ingin beredar, tapi lengan
tangannya ditarik Jeffrey.
“Fareez, calm down. Tujuan kami datang ingin
memohon maaf dan sekaligus membetulkan keadaan seperti sediakala.” Jeffrey
menarik tangan Fareez agar dia duduk semula.
Fareez sudah mengerus tidak puashati.
Wajah sunggul Dyana tidak mendatangkan sedikit rasa belas kasian pun dihatinya. Yang ada hanya rasa menyampah dan geram
dengan perbuatan gadis itu terhadapanya.
“Okay, saya akan
dengar apa yang kalian berdua ingin katakan. But after this, I don’t want to see both of you anymore.” Ujar Fareez berbaur amaran.
“Thanks Fareez, I harap kita dapat
selesaikan perkara ini dengan baik.” Ujar Jeffrey sambil tersenyum.
Setelah Jeffrey
menceritakan sebab dan alasan mengapa Dyana bertindak sedemikian, Fareez begang pada mulanya. Tetapi selepas
mendengar secara terperinci, hati Fareez tersentuh. Baru dia tahu selama ini Dyanalah gadis yang
sering mengelitkan nota-nota ringkas dibukunya.
Masa itu dia agak pemalu dengan perempuan sebab itu dia tidak membaca nota
itu, malah terus membuangnya ke dalam tong sampah. Dyana menyintai dirinya secara diam, tapi
kerana rasa cinta itu tidak pernah wujud jadi cinta gadis itu bertepuk sebelah
tangan. Sekarang baru dia faham mengapa
Dyana nekad berbuat sebegitu terhadapnya.
“Saya harap awak
maafkan saya Fareez, dan saya berjanji tak akan ganggu awak dan tunang awak
lagi.” Kata Dyana sambil mengelap airmatanya.
Hati Fareez
tersentuh lagi, kesian pula dia melihat gadis itu. Akhirnya dia mengganguk kepala menandakan dia
memaafkan perbuataan gadis itu.
“Saya maafkan
awak, dan saya harap awak tak mengulangi kesilapan itu lagi.” Fareez bersuara
tegas sambil memandang tepat ke arah mata gadis itu.
“Jangan risau
Fareez, she will be under my responsible
from now on. Dan saya berani jamin
dia tak akan mengulangi kesilapannya itu.” Janji Jeffrey kepada Fareez dan juga
untuk dirinya.
“Baiklah, saya
pegang pada janji awak Jeffrey. Nice to know you, by the way Dyana. You look
sweet with new image.” Baru Fareez perasan akan perubahan yang ada pada
Dyana. Hari ini gadis itu kelihatan
sopan dengan berbaju kurung warna krim dan berselendang. Harap-harap perubahan ini berkekalan, bisik
hati kecil Fareez.
“Thanks Fareez, ini semua berkat usaha
Jeffrey juga.” Ujar Dyana malu-malu.
Jeffrey pula sudah tersenyum-senyum melihat wajah sang kekasih hati
kelihatan merah menahan malu.
“I need you help
Fareez, I you don’t mind.” Kata-kata Jeffrey mengundang persoalan dihati
Fareez.
“Boleh, asalkan I
tak perlu berkahwin dengan Dyana.” Fareez tersengih-sengih, niat dihati inigin
mengusik pasangan itu.
“Gila kau bro, takkan aku nak bagi future wife aku kahwin dengan kau, habis
tu aku nak kahwin dengan siapa pula.
Tuang kau pun okay juga.” Jeffrey
mengaduh sakit seketika Dyana mencubit lengannya, Fareez pula sudah menjegil
matanya ke arahnya. Tak mungkin dia
berpaling arah, sayangnya pada Dyana sudah melebihi segala-galanya.
“Sorry bro, aku main-main aje. Kesian pulak kat tunang aku nanti.” Giliran
Fareez pula berlawak. Berderai ketawa
mereka bertiga. Sungguh, mereka bertiga kelihatan mesra sekali. Seperti sudah lama mengenali satu sama lain.
“So, nak minta tolong apa? Kalau boleh I tolong, insyaallah I tolong.” Fareez berbicara setelah
ketawa mereka bertiga reda.
“I nak mendalami agama Islam. I
ingin memeluk agama Islam dan kalau boleh I
nak you tolong I
carikan Ustaz untuk bantu I. Please
Fareez, can you help me in this matter.” Jeffrey merayu, dia benar-benar
memerlukan pertolongan dari Fareez.
Hanya Fareez, satu-satunya lelaki melayu yang dia kenali. Dan dia berharap agar Fareez tidak menolak
permintaanya ini.
Fareez diam
sejenak, berkira-kira dalam hati. Dia
tidak kisah untuk membantu Jeffrey mendapatkan seorang Ustaz untuk mengajar
lelaki ini mendalami agama Islam. Malah
dia amat berbesar hati kerana ada seorang lagi insan yang ingin menjadi umat
Nabi Muhammad S.A.W.
“I akan tolong you, tapi I harap you bersungguh-sungguh dalam hal ini.”
Fareez bersuara akhirnya.
“Don’t worry bro, you can count on me. I akan belajar
bersungguh-sungguh demi Dyana dan demi anak-anak kami nanti.” Janji Jeffrey melegakan
hati Fareez. Dia suka dengan perubahan
lelaki ini, dalam diam dia bersyukur hidayah yang Allah S.W.T turunkan untuk
lelaki ini.
“I akan bawa you jumpa Ustaz Azhar, my
friend yang bekerja kat PERKIM. He defenitly will help you in this matter.” Ujar
Fareez sambil menepuk lembut bahu Jeffrey.
“Terima kasih
Fareez, ini kad nama I. Hubungi I
bila-bila masa sahaja. I akan cuba luangkan masa untuk bertemu dengan ustaz
Azhar nanti.” Kad nama Jeffrey dihulurkan kepada Fareez. Lelaki itu
menyambutnya dengan senang hati.
“Fareez, pasal
surat perjanjian itu. I akan bawa Dyana bertemu dengan keluarga you dalam masa
terdekat untuk kita selesaikan perkara ini.
I hope you understand,
sekarang masa tidak mengizinkan.” Sambung Jeffrey lagi, “Dyana pregnant, keadaannya tidak berapa stabil
lagi.”
“What! She’s pregnant? Siapa ayahnya,
sudah tentu bukan I.” Fareez terkejut mendengar satu lagi berita dari mulut
Jeffrey.
“No bro, not you. My baby
and I bertanggungjawab sepenuhnya. Sebab itu I nak sangat jumpa you pasal ni.
Kalau boleh I nak bernikah dengan Dyana sebelum kandungan dia berusia 3
bulan, sekarang ini baru masuk sebulan. “ Jelas Jeffrey lagi, “I ada terbaca
satu artikel mengenai pasangan berzina, dan I malu sangat dengan perbuatan
kami. Sebab itu I perlukan pertolongan
dari you.”
“Jef, I’ll help you. Biar I call my friend dulu. Then we discuss this matter.” Ujar
Fareez sambil mendail nombor telepon Ustaz Azhar rakan sekolahnya dahulu. Setelah beberapa minit bercakap, talian
dimatikan.
“Ustaz Azhar nak
jumpa you esok, boleh kan? I akan
teman you
jumpa dia di pejabatnya nanti.” Fareez sudah membuat persetujuan
bagi pihak Jeffrey, dia mahu menolong lelaki ini. Jeffrey mengganguk kepala tanda setuju. Dyana pula masih menunuduk kepalanya, malu diatas
keterlanjurannya.
”Dyana, saya akan
tolong awak. Jangan risau, rahsia awak
dan Jeffrey akan saya simpan dari pengetahuan orang lain. Saya akan bantu awak berdua demi masa depan
anak yang bakal lahir itu nanti.” Fareez cuba mencari pandangan mata Dyana.
Tapi hampa, mungkin gadis itu berasa teramat malu dengan perbuataannya.
“Terima kasih
Fareez, saya dah tak tahu nak cakap apa lagi. Saya malu, saya..saya dah banyak
menyusahkan awak.” Kata Dyana diiringi esakkan halus. Jeffrey menggengam erat tangan Dyana cuba
menyadur kekuatan kepada gadis itu.
Fareez dapat melihat kesungguhan dalam diri Dyana dan juga Jeffrey. Mereka berdua menyesal dengan apa yang
berlaku, Fareez harap taubat mereka akan diterima oleh Allah S.W.T suatu hari
kelak.
Perbualan mereka
bertiga tidak berakhir disitu, malah Fareez sendiri akan membawa Jeffrey
bertemu dengan Ustaz Azhar keesokkan harinya.
Fareez juga sudah berjanji akan membantu mereka berdua sehingga perkara
ini selesai, dan Jeffrey pula terharu dengan kesungguhan Fareez yang ingin
membantunya dan Dyana pulang ke pangkal
jalan.
-----------------------------------~Bersambung~--------------------------------------------------------------------
No comments:
Post a Comment