Bab 2
Peperiksaan
SPM sudah tiba, aku menjawab soalan dengan lafaz bismillah. Tekad dihati ini menyempurnakan hasrat ayah
dan ibuku agar berjaya dalam pelajaran.
Walaupun mereka berdua sudah tiada di dunia ini, aku masih ada maklong
yang sudah tentu mengharapkan agar aku berjaya dalam hidupku.
”Dira,
macam mana soalan peperiksaan tadi?” soal Nina rakan sekelasku. Pertanyaannya mematikan lamunanku tadi. “Hish, minah brutal sorang ni suka sangat
buat aku terkejut.” Aku lemparkan
senyuman manis kepadanya tanpa mengetahui ada seseorang sedang memerhatikan
tingkah laku ku disebalik dinding.
“Oh!‘so sweet’ senyuman dia, itu yang
membuatkan hati ini tidak keruan. Milik siapakah gadis ini? Adakah aku
berpeluang untuk memilikinya suatu hari nanti?” berbagai persoalan bermain
difikiran Putra. Ya, memang sejak kali
pertama bertemu dan bertentang mata dengan Adira Marissa, hatinya sudah
terpaut. Selama ini dia tidak pernah
jatuh hati pada mana-mana pelajar perempuan.
Tetapi sejak mengenali Adira Marissa, hidupnya tidak pernah aman. Sedang
Putra mengintai gerak-geri Adira, tiba-tiba bahunya ditepuk seseorang. Apa lagi, keluarlah langkah silat sumbang
Putra. Akif sudah ketawa berdekah-dekah, terkejut dengan reaksi spontan sahabatnya
itu. Dari tadi dia melihat sahabatnya
itu mengendap seseorang.
“Kau
ni Akif, tak boleh tengok aku senang. Asyik mengacau aje, potong stim betul lah.” Kali ini belakang badan Akif menjadi mangsa
pukulan Putra. Akif menggosok-gosok
belakangnya yang kesakitan itu. Kuat
jugak pukulan sahabatnya itu, berdetup jugalah bunyinya.
“Kau
tu Putra, dari tadi aku tengok terhendap-hedap disebalik tembok apasal? Kau tengok
siapa?” bertubi-tubi soalan keluar dari mulut Akif. Matanya juga turut melihat siapa yang
dipandang oleh sahabatnya itu.
“Tak
ada sape-sape lah, kau tu aje menyibuk.
Tadi aku cari kau pergi mana, janji nak tunggu aku kat kantin lepas paper BM habis.” Soal Putra pula.
“Macam
biasa, dating kejap dengan admirer aku si Suraya kat belakang dewan.
Nasib baik line clear, kalau tidak
mampus.” Kata Akif sambil tersengih-sengih.
Itu tak lain tak bukan mesti dapat sesuatu punya, siapa yang tak kenal
Akif Aqil si player terkenal di
sekolah ini.
“Kau
ni Kif, dari tadi asyik tersengih-sengih mesti ada sesuatu kan? Macamlah aku
tak kenal kau tu.” Putra seperti sudah tahu akan kenakalan sahabatnya itu. Tapi yang menghairankan dia, pelajar-pelajar
perempuan disini semuanya memang tidak serik dipermainkan oleh romeo sorang ni. Masih juga yang terkejar-kejarkan Akif.
”Mana
ada Putra, aku sekarang ini dah nak break
off dengan semua skandal dan juga
aweks aku.”
“Kenapa
plak? Dah insaf ke bro?”
“Insaf?
Memang aku insaf sejak aku jatuh cinta pandang pertama dengan sorang minah
ni.” Dengan muka serius Akif berkata. Putra masih terpinga-pinga dengan kenyataan
berani mati Akif itu. Terus dia ketuk
kepala sahabatnya itu.
“Aduh,
apa ni bro, sakit daa..” Akif menggosok kepalanya.
“Saja
nak ‘test’ kau okay ke tak? Kalau
tak, aku hantar terus kat Hospital Bahagia Tanjung Rambutan.” Ujar Putra
tersengih-sengih tanpa mengendah kesakitan yang Akif alami.
“Kau
ni, memang mulut bau longkang. Ada ke
patut aku yang hensem dan macho ni kau nak hantar kat sana. Agak-agak lah bro,
nanti menangis semua skandal dan aweks-aweks aku tau.”
“Baik
aku blah, nanti tak pasal-pasal aku pulak kena penyakit gila kau ni. ‘Chow dulu bro’.” selesai sahaja berbicara, Putra melangkah
pergi meninggalkan Akif yang terpinga-pinga.
“Nanti
kau Putra, ada lori ada bas. Kau tunggu saja nanti.” Akif masih tidak puas hati
dengan sikap sahabatnya tadi. Pasti ada
sesuatu atau lebih tepat lagi ada seseorang yang telah mencuri hati Putra
sampai dia lupakan aku. Malas nak fikir yang bukan-bukan terus sahaja
Akif melangkah laju ke kantin sekolah.
Langkah
Akif terhenti seketika, matanya terpandang seraut wajah yang telah mencuri
hatinya. Adira Marissa, gadis yang pada
mulanya dia rasakan biasa-biasa saja rupa-rupanya telah mencuri hatinya dalam
diam. Dia suka melihat mata bundar gadis
itu, dengan seulas bibir yang comel.
Tapi gadis itu langsung tidka tertarik dengannya, itu yang lebih
menghairankanya lagi. Boleh dikatakan
semua pelajar perempuan pasti suka dan
tertarik dengannya, baik dari segi penampilan dan juga kepopularitinya
disekolah ini. Dia juga memiliki seraut
wajah yang tampan dengan ketinggian yang boleh dibanggakan. “Takkan lah Adira
tak terpikat langsung kat aku, agak-agak lah.” Bisik hati kecilnya.
Selepas
peperiksaan tamat, seminggu selepas itu pihak sekolah telah mengadakan
pertandingan puisi diantara kelas. Kelas
5 Dahlia telah menghantar Adira sebagai peserta manakala kelas 6 Gemilang pula
buat pertama kali menghantar Putra sebagai peserta. Pada mulanya ramai yang terkejut dengan
penampilan pertama Putra dalam pertandingan ini. Al maklum lah siapa yang tak kenal dengan ‘side kick’ Akif yang sememangnya tidak
suka menyertai apa-apa pertandingan kecuali bola sepak.
Tapi
hanya Nina seorang sahaja yang tahu mengapa dan kenapa Putra beria-ria hendak
menyertai pertandingan itu. Putra sudah ‘confess’ dengan Nina yang dia meminati
Adira dalam diam, dan Nina pula setuju jika Putra bergandingan dengan
Adira. Dan tanpa pengetahuan sesiapa,
puisi yang akan dibacakan oleh Putra rupa-rupanya adalah luahan isi hatinya
terhadap Adira. Dengan bantuan Nina,
puisi itu ditulis dengan penuh semangat.
Tiba hari pertandingan, nama Putra dipanggil untuk mendeklamasikan
puisinya itu.
“Puisi
ini adalah luahan dari hati saya, kepada si dia saya harap agar dapat mengerti
isi hati saya ini.” Ketika Putra habis berbicara, kedengaran siulan nakal dari
murid-murid lelaki. Gamat juga dewan
sekolah pada hari itu.
Ku kenali dirimu hanya kerna nama
Dari situ hatiku sudah terpaut
Kepolosan wajahnya mememani mimpiku
Hingga aku tidak ingin sedar dari
lenaku
Dia..
Gadis yang ingin aku miliki
Tapi hati ini takut untuk mencuba
Adakah ini yang dinamakan cinta
Perlukah aku berdiam sahaja
Dia..
Ingin ku selami hatinya
Sudah berpunyakah si dia
Tapi aku malu untuk menyatakan
Bahawa aku sudah jatuh cinta
Dia..
Berikanlah aku peluang
Untuk mengenali dirimu
Janganlah engkau menolakku
Kerana aku hanya penanti setia
Kali pertama aku melihat akan dirimu, hatiku sudah terpaut. Namun dek kegoaanku, aku pendamkannya jauh dari sudut hatiku. Moga suatu hari nanti kau akan mengerti betapa aku sudah jatuh cinta padamu ~ Ariffin Putra
Habis sahaja Putra mendeklamasikan sajaknya, gamat sungguh suasana didalam dewan sekolah. Nina menoleh disebelah, ingin melihat reaksi Adira. Air muka Adira berubah, sungguh indah bait-bait puisi yang dibacakan oleh Putra. Ingin sekali dia selami hati pemuda itu, adakah dia sudah berpunya. Tapi bila memikirkan Putra merupakan sahabat baik Akif, dia pendamkan saja.
“Adira,
kau kenapa?” soal Nina. Adira hanya
menggelengkan kepalanya, senyuman terukir dibibir membuatkan Putra yang sedang
memerhatikan tingkah laku mereka berdua terpana. “Sungguh indah ciptaan tuhan, memang tak
salah hati ini terpaut dengannya.” Putra berbicara sendirian.
Lewat
petang itu, Putra menunggu Adira diluar pintu pagar sekolah. Nasib baik Akif tidak pulang bersamanya hari
ini, jadi dia berpeluang untuk mendekati Adira.
Dari jauh Putra lihat kelibat gadis yang dipuja berjalan beriringan
dengan sahabatnya Nina.
“Assalamualaikum”
sapa Putra dengan senyuman terukir bibirnya.
Tersentak Adira dan juga Nina, pandangan mereka bersatu. Ada getaran melanda dihati Putra dan juga
Adira, mata mereka saling bertatapan
tanpa mempedulikan Nina yang setia menanti disebelah mereka berdua.
“Hem..Hemm..”
Nina berdehem, ingin menyedarkan mereka berdua dari lamunan. Putra sudah mengaru-garu kepalanya yang tidak
gatal manakala Adira sudah tunduk memandang ke bawah, malu barangkali.
“Aku
‘chow’ dulu Dira, hari ini kau balik dengan Putra ya.” Nina
sempat mengenyit matanya kepada Putra.
Masing-masing masih diam membisu, langkah diatur meninggalkan
perkarangan sekolah.
“Awak,
terima kasih sebab sudi balik dengan saya hari ini.” Putra memandang wajah gadis
disebelah, ingin melihat reaksi si gadis.
Masih tetap membisu, kenapa ya? Dia tak sudi nak balik dengan aku ke?
Otak Putra masih tidak berfungsi dengan baik, bermacam-macam persoalan muncul
difikirannya.
Dira
melemparkan senyuman manis ke arah Putra. Bukan dia tidak mahu bersuara tapi
dia takut untuk mendekati jejaka ini. Memikirkan dirinya yang serba kekurangan
takut dipermainkan.
“Dira,
saya ikhlas nak berkawan dengan awak.” Luahan Putra. Dira memandang tepat ke
wajah Putra, ingin melihat sendiri keikhlasan jejaka itu.
“Saya..saya..
takut” hanya itu yang mampu keluar dari mulut Dira.
“Takut?
Apa yang awak takutkan. Saya tahu tentu
rakan sekolah ada bercerita tentang kenakalan saya dan Akif. Tapi percayalah,
kami berdua tidak pernah buat tak senonoh pada mana-mana pelajar perempuan
pun. Setakat usik-menyusik tu adalah.”
Panjang lebar penjelasan Putra masih tidak mampu menghakis ketakutan yang ada
dalam diri Adira.
“Maafkan,
saya tak mahu dipermainkan. Sudahlah
takdir hidup saya amat perit, saya tak mahu menderita lagi.” Ujar Adira
sayu. Bukan niatnya ingin meminta
simpati, tapi dia ingin Putra tahu kisah hidupnya.
“Saya
ada dengar juga cerita tentang awak dari Rina. Malah saya kagum dengan awak
yang tabah menghadapi kehilangan kedua-dua ibu dan bapa awak. Berilah saya
peluang untuk menjadi tempat sandaran untuk awak dan sauya janji awak tak akan
menangis lagi.” Putra menghulurkan tangan, mahu menunjukkan
kesungguhannya. Adira masih teragak-agak
ingin menyambut huluran tangan Putra.
Akhirnya, dengan perlahan-lahan Adira menyambut tangan Putra. Dan jejaka
itu mengenggam erat tangan Adira seperti tidak mahu melepaskannya. Dan bermula
saat itu, mereka berdua saling mendukung antara satu sama lain.
Cinta zaman sekolah memang mengasyikan, tapi aku tidak pernah lupa akan matlamatku untuk mengejar cita-citaku. Kau hadir bak angin menyapa dan kemudiannya pergi tanpa pamitan. ~ Adira Marissa
“Jauhnya
mengelamun, dah sampai UK ke Ulu Kelang beb.” Satu tamparan hinggap dibahu
Adira, terbang semua khayalan yang terbias tadi. Digantikan dengan wajah Fazura yang sedang
tersengih-sengih memandang wajah kelat Adira.
“Kau
ni Zura, cuba bagi salam sikit. Ini main terjah aje. Nasib baik aku tak arwah, kalau tidak
menangis hero Malaya semua tau” ujar Adira, sempat juga dia mencubit lengan
sahabatnya itu.
‘Hero
Malaya konon, sape mari sini aku kasi CPR.”
dengan wajah ala-ala mafia Fazura
berkata. Aku menghadiahkannya jelingan
maut. 'Ambik kau'.
“Dahlah
beb, jom makan aku ada beli keow teow
tomyam untuk kau juga.” Fazura menarik tanganku mengikutnya. Langkah kaki ini menurut saja, tapi dalam
fikiranku masih lagi terbayang-bayang akan kisah lalu antara aku dan
Putra. Dimanakah jejaka itu kini, aku sudah
lama tidak berhubung dengannya. Kami
terpisah sejak dia dihantar belajar ke Australia dan aku pula hanya meneruskan
penggajianku disini.
……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………
~Bersambung~
salam singga Has... following blog has from now on... :)
ReplyDeleteThanks Laila, sy pun follower setia blog awak. heheeeee...
DeleteNak lg next n3 please tq.
ReplyDelete