Thursday, 20 December 2012

SPEED - Cintaku Bukan Sekadar Di Meter Jalanan (Bab 13)


Bab 13

 “Encik Hakimi Lufti , ada tetamu hendak berjumpa.”kedengaran suara Nani ditalian.

 
 “Siapa Nani?”


“Nama dia Tengku Mikhail Khazi.”Hakimi Lufti  tersentak. 

 
“Minta dia tunggu dibilik mesyuarat, sekejap lagi saya datang.” Arahan Hakimi Lufti  dituruti Nani.  Dia membawa tetamu ke bilik yang berada disebelahnya.


”Silakan Tengku, Encik Hakimi Lufti  akan datang sebentar lagi.”pelawa Nani dengan senyuman manis.

 
“Terima kasih.”Tengku Mikhail turut melemparkan senyuman.  Bukan senyuman nakal, tapi sekadar bersikap sopan dengan Nani.  Hakimi Lufti  muncul di pintu bilik setelah 5 minit Tengku Mikhail menanti kedatangannya.


“Wei bro, what’s up?”pertanyaan Hakimi Lufti  dijawab dengan salam.


“Assalamuailaikum.”Hakimi Lufti  tersengih dengan sikap lepas lakunya. 


“Waalaikumsalam, sorry bro aku teruja sikit sebab kau sudi datang ofis aku.”jawab Hakimi Lufti  pula.  Tengku Mikhail hanya mengumam.

 
“Aku nak serahkan ini pada kau.”sampul surat bertukar tangan.  Hakimi Lufti  membukanya, hampir terbeliak matanya melihat isi kandunga surat itu.

 
“Kazrina nak resign within 24 hour, but why?.”soal Hakimi Lufti . 

 
“Aku yang nak dia berhenti kerja. Disebabkan kesihatannya aku putuskan dia quit from the job.”terang Tengku Mikhail. 

 
“Look Mike, she needs this job.  Otherwise siapa nak tanggung dia nanti.  Duit rumah, makan pakai dan yang lebih penting lagi apabila dia bersalin nanti.  Siapa nak bertangungjawab, Amar Amsyar?”berang Hakimi Lufti .  Tengku Mikhail suka membuat keputusan tanpa bertanyakan pendapat Kazrina.

 
“Aku dah bincang dengan dia semalam.  Lagipun aku tak mahu lihat dia stress mengadap muka Amar Amsyar.  Aku nak dia dapat rehat yang secukupnya sehingga dia selamat bersalin, twice already she admitted. Aku tak mahu apa-apa jadi pada anak aku.”tegas Tengku Mikhail.  Hakimi Lufti  terkejut, “Bila masa anak Kazrina jadi anak Tengku Mikhail.”

 
“Wait..wait..since when Kazrina’s baby become yours.  Did I miss something?”Hakimi Lufti  menuntut kebenaran.  Dia mahu Tengku Mikhail ceritakan semuanya, dia mahukan penjelasan.

 
“Kazrina will be single mom once she delivered her baby. Amar Amsyar dah ceraikan dia, talak dah dilafazkan.  Cuma disebabkan Kazrina mengandung, talak akan jatuh sebaik saja bayi dilahirkan.  Buat sementara waktu, aku akan jaga Kazrina sampai dia selamat melahirkan anaknya.  Aku harap kau faham situasi ini, aku tak mahu Kazrina stress lagi.  Ini akan membahayakan anak yang dikandungnya. “Hakimi Lufti  meraup wajahnya, tindakan Tengku Mikhail mendahuluinya.  Kalau boleh dia juga ingin membantu Kazrina, namun hampa bila Tengku Mikhail bertindak terlebih dahulu darinya.

 
“Okay bro, I’ll approve her application of resignation without her to pay back the notice.”Akhirnya Hakimi Lufti  bersetuju melepaskan Kazrina tanpa membayar notis sebulan bekerja.  Tengku Mikhail lega, Hakimi Lufti  sudi bertolak-ansur.

 
“Thanks bro.  If you need me to pay the notice, then I will.”Tengku Mikhail mengeluarkan buku ceknya.

 
“Hey, kan aku dah cakap tak perlu. Aku dah luluskan tanpa sebarang persoalan.  Satu saja yang aku minta, please take good care of her.”pinta Hakimi Lufti  penuh berharap.  Dia tak mahu Kazrina menjadi mangsa sekali lagi.

 
“Don’t worry Kiemy. Aku akan jaga dia dan baby kami.  Kalau kau nak datang melawat, aku tak kisah.  Kalau boleh masa kau datang aku ada bersama, aku tak mahu dia rasa in secure pula.”Hakimi Lufti  mengganguk, Tengku Mikhail bangkit dari kerusi.  Misinya sudah selesai, tinggal ada beberapa perkara yang perlu dia lakukan.

 
“Thanks Kiemy, aku nak balik dulu.  Ada banyak kerja yang harus aku selesaikan. Anything, just call me. This my card.”Hakimi Lufti  menyambut kad nama dari tangan Tengku Mikhail sebelum lelaki itu beredar meninggalkan ruang pejabatnya.


Hakimi Lufti terduduk, surat perletakkan jawatan Kazrina dipandang sepi.  Dia hampa, harapan untuk mendekati Kazrina Atirah punah.  Tengku Mikhail sudah mendahuluinya, dan dia berputih mata.  


“Kenapalah semua perempuan yang aku inginkan selalu Mike yang dapat.  Apa kurangnya aku, hensemlah juga.”detik hatinya. 

“Tak mengapa, mungkin aku tidak ada jodoh dengannya, tapi suatu hari nanti aku pasti ada seseorang seperti Kazrina Atirah akan menjadi teman hidupku.  Dan itulah doaku setiap hari.” Langkah longlainya dibawa menuju ke ruang pejabatnya.  Teguran dari Nani dan juga pembantunya tidak dihiraukan.  Moodnya berubah, dia harus menangani masalah ini sebaik mungkin.  Cinta tidak semestinya untuk dimiliki, tapi cukup untuk dirasai.

--------------------------

 
Langkah Tengku Mikhail menuju ke bangunan pejabatnya.  Pembantunya Taza terkejut dengan kehadirannya.”Tengku, kata cuti hari ini.”

 
“Memang saya cuti, tapi ada perkara yang perlu saya selesaikan sikit.  Awak boleh tolong panggilkan Encik Amar kebilik saya.”ujar Tengku Mikhail sebelum masuk semula ke pejabatnya.

 
Interkom dimeja berbunyi, Taza ditalian.”Tengku, encik Amar tak datang hari ini.  Menurut setiausahanya dia bercuti selama 2 hari.”

 
“Okay Taza, thanks for the info.”Tengku Mikhail menyandar dikerusi empuknya.  Amar Amsyar bercuti? Kemana sepupunya pergi.  Fikirannya merewang mengenangkan Kazrina, kesian wanita itu.  Jam ditangan dikerling, sudah hampir jam 11 pagi.  Dia perlu pulang ke rumah, ada kontrator akan datang buat perubahan dibilik sebelahnya. Bilik itu akan dijadikan bilik bayi nanti setelah Kazrina selamat melahirkan anaknya.  Pada masa yang sama, dia turut teruja menanti kelahiran anak itu.  Macam dia pula yang mahu jadi daddy, apa salahnya kan.

 
Kazrina bangun lewat, jam menunjukkan hampir pukul 10.30 pagi.  Belum pernah dia bangun selewat ini, gara-gara tidur selepas subuh dia terlajak bangun.  Pintu bilik diketuk, Kazrina bangkit membuka pintunya sedikit.  Kelihatan Mak Jah menatang dulang berisi makanan.

 
“Mak Jah, kenapa susah-susah. Rina boleh ambil sendiri kat dapur.”pintu bilik dibuka luas, Mak Jah masuk dan meletakkan dulang dimeja sisi.

 
“Khail suruh Mak Jah siapkan untuk Rina.  Dia kata Rina tak perlu keluar untuk sarapan, biar Mak Jah bawakan untuk Rina.  Khail pesan jangan bagi Rina banyak bergerak, takut memudaratkan baby pula.”celoteh Mak Jah.  Dia senang melihat perubahan Tengku Mikhail, lelaki itu tidak lagi pulang lewat malam dalam keadaan mabuk-mabuk sejak sebulan yang lalu.  Bila ditanya, Tengku Mikhail kata dia ingin berubah demi seseorang dan yang lebih penting lagi demi anaknya.  Sekarang baru Mak Jah tahu siapakah gerangan yang telah membuatkan Tengku Mikhail berubah.

 
“Mak Jah suka dengan keadaan sekarang, Khail dah jauh berubah dari dulu.  Terima kasih Rina, sebab Rina Khail jadi begini.”ujar Mak Jah sambil melabuhkan punggung dibirai katil.  Kazrina yang duduk disebelah tersenyum manis.

 
“Mikhail berubah kerana dirinya Mak Jah dan bukannya kerana Rina.”jawabku tenang.  Tak mahu Mak Jah fikir yang tidak-tidak.

 
“Betul Rina, Mak Jah tak tipu.  Mikhail benar-benar sudah berubah dan Mak Jah suka dengan perubahan ini.  Kalau Rina nak tahu setiap hari selasa dan khamis, Khail akan ke masjid terdekat untuk belajar mengaji dengan Iman Mahmud.”ujar Mak Jah lagi, “Mak Jah pun terkejut juga, tapi bila rasa perubahan ini membawa kebaikan Mak Jah bersyukur sangat-sangat.”

 
“Err..Mak Jah, Mikhail ada cerita tak siapa Rina sebenarnya.”pertanyaan Kazrina mengundang tawa dibibir Mak Jah.

 
“Tentulah, sebab itu Mak Jah yang cadangkan agar dia bawa Rina tinggal disini.  Mak Jah akan jaga Rina sehingga selamat melahirkan bayi ini.  Mak Jah kenal siapa bekas suami Rina, dia selalu juga datang ke mari sebelum ini.”terang Mak Jah, Rina tersentak. “Maknanya Mak Jah sudah tahu kedudukan aku. Malunya.”desis hati ini.

 
“Rina jangan risau, Mak Jah tahu niat Khail baik.  Memang dulu dia pun nakal juga sama naik dengan Am.  Tapi nakal Am dengan Mikhail tak sama, Am lebih cenderung pada lumba kereta dan wanita yang mengelilinginya semuanya disebabkan kehebatannya.  Tapi Mikhail tidak, dia lebih kepada wanita-wanita cantik untuk dipermainkan hati mereka.  Bab lumba kereta, kalau antara Am dengan Mikhail.  Tentulah Am yang jaguhnya, Mikhail pula sekadar suka-suka saja.”terbit tawa lucu dibibir Mak Jah bila menceritakan perihal dua orang lelaki itu. Aku turut tertawa,  lucu bila Mak Jah membandingkan diantara Tengku Mikhail dan Amar Amsyar.

 
Sedang aku berbual-bual dengan Mak Jah, terdengaran deruman enjin kereta memasuki halaman rumah.”Dah balik pun Khail, Mak Jah keluar dulu ya Rina.  Nak tengok Khail kejap, Rina makanlah dulu.”Mak Jah memohon diri, dia keluar sambil merapatkan daun pintu.  Aku bangkit, langkah menuju ke pintu. Belum sempat aku sampai, pintu bilik diketuk dan tombol pintu dipulas dari luar.  Tersembul wajah Tengku Mikhail disitu, “Sudah bangun tuan puteri?”aku melemparkan senyuman membalas senyuman Tengku Mikhail.

 
“Hari ini puteri malas bangun pagi, sudahnya dekat pukul sepuluh lebih baru bangun.”ceritaku padanya, Tengku Mikhail tertawa lucu.

 
“Boleh Mikhail masuk.”pintanya.  Aku menggangguk, Tengku Mikhail melangkah masuk.  Pintu dibiarkan terbuka luas saat dia melabuhkan duduk dikerusi yang ada berdekatan meja solek.

 
“Macam mana hari ini?”soalan pertama keluar dari mulutnya.

 
“Alhamdulillah, sihat sikit dari semalam.  Terima kasih Mikhail, sebab sudi jagakan saya.”ujar Kazrina lantas melabuhkan duduk dibirai katil.

 
“Good, baby nakal tak hari ini?”tanyanya lagi.  Aku hanya menggeleng kepala.

 
“Hari ini Mikhail masih bercuti, kalau Rina nak kemana-mana Mikhail boleh temankan.”pelawanya. Kazrina mengerut dahi, rasanya memang dia teringin sangat keluar berjalan-jalan.  Tapi kemana ya.

 
“Rina nak keluar, ada barang yang perlu Rina beli.  Khail sudi temankan tak?”tanyaku padanya, tanpa sedar aku sudah memanggilnya’Khail’ dengan panggilan mesra.

 
Dahi Tengku Mikhail mengerut,”Betul kah apa yang aku dengar, Kazrina memanggil aku dengan nama ‘Khail’, itupun dengan intonasi mesra.  Dalam hatinya sudah berbunga.

 
“Rina panggil Mikhail apa tadi?”sengaja Tengku Mikhail bertanya semula pada Kazrina.  Kazrina tersenyum, dia tahu Tengku Mikhail dengar apa yang dia katakan.

 
“Rina tanya, sudikah Khail temankan Rina keluar jalan-jalan hari ini. Itu saja!”rajuk Rina, geram sebab Tengku Mikhail seperti mempermainkan dirinya pula.

 
“Itu Mikhail tahu, tapi tadi Rina panggil Mikhail dengan nama ‘Khail’ kan?”lagi selagi Tengku Mikhail bertanya, Kazrina pula malu.

 
“Ya, Rina panggil Khail, salah ke? atau nak Rina panggil Mikhail jugak ke?”soal Kazrina dalam geram.

 
“Tak..tak.. saya suka bila Rina panggil Khail. Lebih mesra sikit, I like it.”Tengku Mikhail tersengih-sengih suka. Kazrina menunduk,  mukanya pasti sudah merona kemerahan menahan malu.

 
“Atau nak saya panggil ‘Mike’ ke?”ajuk Kazrina lagi, tak mahu mengalah.

 
“That’s name! no.. no.. please, I like when you call me Khail instead of Mikhail or Mike.”pintas Tengku Mikhail pula.

 
“Kenapa pula, selama ini semua orang memanggil Khail, Mike tak gitu.”provoke Kazrina.

 
“Biarlah orang mengenali saya dengan nama itu, tapi untuk Rina saya mahu Rina panggil saya ‘Khail’.  Rasa seperti orang yang baru dilahirkan semula.”rendah suara Tengku Mikhail ketika berkata begitu.

 
“Khail, saya minta maaf.”Kazrina bangun lantas menghampiri Tengku Mikhail.  Bahu lelaki itu diusap perlahan.  Tengku Mikhail mencapai tangan Kazrina, ditarik lantas dikucup lembut.

 
“Terima kasih.”Kazrina melemparkan senyuman manis.

 
“Jom.”ajak Kazrina.

 
“Kemana?”soal Tengku Mikhail, tangan Kazrina masih digengam Tengku Mikhail



“Lah, kata nak ajak Rina keluar tadi. Jomlah.”Tangan Tengku Mikhail ditarik, Tengku Mikhail bangkit dari duduk.

 
“Ni sarapan, siapa nak makan?”ujar Tengku Mikhail sambil menunjukkan ke arah dulang yang berisi sarapan Karina.

 
“Biar Mak Jah yang makan.  Rina nak makan spaghetti bologonies, baby yang nak.”tutur Kazrina sambil mengusap perutnya. Tengku Mikhail tersenyum lebar.

 
“Yelah tu, baby yang nak makan konon.  Entah-entah mama dia yang sibuk nak makan.”ejek Tengku Mikhail.  Kazrina menayang muncung, Tengku Mikhail tertawa riang.

 
“Yelah..yelah.. nanti panjang pula merajuknya. Baby punya pasal, daddy sanggup beli.”Tengku Mikhail mengalah, giliran Kazrina pula tertawa riang.

 
Tengku Mikhail keluar dari bilik diikuti Kazrina, tangannya masih dalam gengaman Tengku Mikhail.  Masing-masing tidak sedar perbuatan mereka dilihat oleh Mak Jah dengan hati senang.”Terima kasih Ya Allah, akhirnya Tengku Mikhail telah menemui insan yang boleh membahagiakan dia.”doa Mak Jah dalam hati.

~Bersambung~

Sunday, 16 December 2012

SPEED - Cintaku Bukan Sekadar Di Meter Jalanan (Bab 12)


Bab 12

Seminggu selepas kejadian dihospital, Tengku Mikhail menyepikan diri.  Kazrina serba-salah, hatinya tidak tenang.  Kebaikan Tengku Mikhail menyenangkan hatinya, dalam masa yang sama perhatian Hakimi Lufti  terhadapnya terasa melampau pula.  Apa yang Hakimi Lufti  cuba buktikan, dia bukannya ada apa-apa hubungan istimewa dengan lelaki itu, hanya hubungan seorang pekerja dengan majikan saja.  Tidak lebih dari itu, tapi kenapa Hakimi Lufti  bersikap begitu.  Pening kepalanya memikirkannya.  Waktu makan tengah hari semakin hampir, perutnya sudah berbunyi.  “Baby lapar ya, nanti kita pergi makan.”ujarnya sambil mengusap lembut perut yang sedikit membuncit.

Dari sebalik dinding kaca, Hakimi Lufti  sedang merenung ke arah Kazrina.  Setiap gerak-geri wanita itu dipandang dengan penuh minat.  Sejak peristiwa dihospital itu, Hakimi Lufti  turut menjauhkan dirinya dari Kazrina.  Ingin didekati wanita itu, tapi takut dimarahi pula. “Apalah nasib aku, jatuh cinta pada wanita mengandung.”keluh hatinya.


“Kau siapa?”kasar sungguh bunyinya.  Hakimi Lufti  tersenyum, Tengku Mikhail membuat pandangan menyampah.

“Siapa aku, tak perlu kau tahu.  Yang pasti aku akan selalu ada buat Kazrina.”jawab Tengku Mikhail angkuh.

“Saya Hakimi Lufti, rakan dan juga merangkap majikan Kazrina. Saudara?” ujar Hakimi Lufti  sambil menghulurkan tangan.  Tengku Mikhail menjeling, huluran tangan Hakimi Lufti  tidak diendah.

“Saya Tengku Mikhail Khazi, orang yang paling dekat dengan Kazrina.” Hakimi Lufti  tersentak, huluran tangan tadi ditarik semula.


“Mike! Kau ke tu? Akulah Kiemy, your same coursemate masa kat London dulu.  Dah lupa?”


Tengku Mikhail tergamam, “Betulkah ini Hakimi Lufti a.k.a Kiemy rakan coursemate dan juga sebilik dengannya dulu.”

Tengku Mikhail masih memandang Hakimi Lufti  atas dan bawah, macam polis pencen pun ada.  “Kau Kiemy, biar betul.  Bukan ke dulu badan kau montel, apa dah jadi sekarang.”Tengku Mikhail lantas memeluk Hakimi Lufti , Kazrina pula terkejut.”Mereka berdua saling mengenali kah?”

“Wei bro, dah lama aku tak dengar cerita kau.  Apa khabar?”pelukan terlerai, baik Hakimi Lufti  mahupun Tengku Mikhail masing-masing saling tersenyum.

“Aku baru aje balik, lepas habis belajar aku kerja sana.  Adalah 4 tahun, lepas itu mummy aku telefon suruh balik.  Katanya company needs me.” Kazrina yang sedari tadi menjadi pendengar setia mula mencelah.”Wait..wait.. you guys know each other?”

“Ya, including your husband.  Three of us same coursemate. Mike tak bagitau Kazrina ke?” Hakimi Lufti  memandang muka Tengku Mikhail, Kazrina turut sama.  Kali ini Tengku Mikhail pula telan liur, pahitnya..

“Rina, I’ll explain to you later.  Now, time to sleep. Get some rest, I and Kiemy need to do some men’s talk.  I’ll see you tomorrow.”Tengku Mikhail menolak badan Hakimi Lufti  agar menuju ke pintu.  Dia tak mahu Kazrina tahu perkara ini, belum masanya lagi.  Hakimi Lufti  yang tidak punya pilihan terpaksa menurut saja perlakuan Tengku Mikhail.  Tinggallah Kazrina keseorangan malam itu tanpa ditemani sesiapa.  Baik Tengku Mikhail mahupun Hakimi Lufti  masing-masing sudah beredar meninggalkan dirinya.  Kazrina menarik selimut, mata yang letih turut sama terpejam.  Ingin melupakan semua kejadian yang berlaku dalam sehari ini.  Dia keletihan, badan dan mindanya juga.  Baby kat dalam pun sama.




“Jauh termenung?”sapa Misya.  Bila masa sahabatnya sudah berdiri disebelahnya pun tidak disedarinya.

“Bila sampai?”Misya melabuh punggung berhadapan Kazrina, sennyuman dilemparkan.

“Dah lama, sempat juga tengok orang tu duk termenung jauh.”seloroh Misya.


“Mana ada. Dahlah, jom order makanan. Baby aku dah lapar nih.”pancing Kazrina, tak mahu Misya terus bertanya lagi.  Misya melambai memanggil pelayan, memesan makanan yang ada dalam buku menu. 

Sedang mereka membuat pesanan, terdengar kecoh dimeja sebelah kiri.  Kazrina dan Misya turut menoleh melihat kejadian itu, alangkah terkejutnya Kazrina melihat lelaki yang ada disebelah perempuan itu.”Amar Amsyar”

“Babe, itu bukan ke bekas suami kau, itu Amar Amsyar kan?”soal Misya bertalu-talu sambil menunjuk-nunjuk ke arah lelaki itu.  Kazrina menunduk, tidak sanggup hendak melihat sandiwara itu.

“Darling, tengoklah ni. Habis baju I dah basah kuyup.”adu Julia manja sambil mencuit-cuit bahu Amar Amsyar.  Wajah Amar Amsyar merah seperti menahan amarah, budak pelayan itu sudah seperti hendak menangis.  Kazrina terpanggil untuk melihat sektsa itu dengan hati sebal.

“Hei you, kalau tak reti buat kerja. Jangan kerja, berhenti lagi bagus.  Sekarang kau cakap, berapa kau nak bayar ganti rugi.”kasar sungguh bahasa Amar Amsyar dipendengaran telinga Kazrina.”Beginikah sebenarnya sikap suamiku.’keluhnya.

“Maaf..maaf.. encik..cik..saya..tak..sengaja..”tergagap-gagap budak pelayan itu menjawab.  Kazrina jatuh kasihan padanya.  Dia lantas bangkit menghampiri meja itu, diletakkan not RM50 sebanyak 6 keping diatas meja.”Ini saya bayarkan ganti rugi, saya harap encik dan cik berpuas hati.”selesai berbicara, Kazrina beredar meninggalkan Amar Amsyar yang masih terpinga-pinga.  Julia disebelah mencebik, Misya turut sama bangun mengejar Kazrina.  Sempat juga Misya meletakkan sekeping note RM50 diatas meja.

“Rina, tunggu…”laung Misya, penat juga dia mengejar ibu mengandung ni.  Kazrina menghentikan langkahnya, nasib baik Misya sempat ‘brek’ kalau tidak sudah tentu dia terlanggar Kazrina.  Misya menarik Kazrina kedalam pelukannya.”Menangislah sahabatku, kalau itu mampu mereda kesakitan yang kau alami.”

Hakimi Lufti  yang kebetulan lalu disitu, menghampiri Misya dan Kazrina yang sedang berpelukan.  Dia juga sempat melihat kejadian didalam restoran itu.”Kazrina, awak kenapa?” sapa Hakimi Lufti .

Misya dan Kazrina melepaskan pelukan, saling memandang ke arah suara yang menyapa mereka. “Encik Hakimi, saya..saya.. tak apa-apa.”bohong Kazrina.  Misya yang dari tadi agak terkejut turut melemparkan senyuman kelat.

“Maaf, encik ini siapa.  Macam mana boleh kenal dengan Kazrina.”soal Misya, ingin tahu bagaimana lelaki kacak ini mengenali Kazrina.

“Saya Hakimi Lufti. Rakan sekerja Kazrina.  Awak tentu Puan Misya, sahabat karib Kazrina.”Hakimi Lufti  memperkenalkan dirinya pada Misya. 

“Panggil saya Misya saje, saya kerja dekat …”

“Saya tahu, awak kerja sama company  dengan Tengku Mikhail kan?”sampuk Hakimi Lufti  pula.

“Macam mana Encik Hakimi kenal Tengku Mihkail, majikan saya.”soal Misya kehairanan.

“Oh! Dia rakan baik saya.”balas Hakimi Lufti .

“Misya, aku tak selera, nak balik ofis.  Aku jalan dulu, nanti aku telefon kau.”ujar Kazrina.  Dia perlukan rehat, mindanya seakan tidak berfungsi pula.

“Encik Hakimi, tolong tengokkan sahabat saya ni.”pinta Misya, Hakimi Lufti  yang mengerti turut menganggukkan kepalanya.  Misya meninggalkan Kazrina bersama Hakimi Lufti , dia perlu kerja masa.  Waktu rehat sudah hampir tamat, dan dia perlu pulang ke pejabat semula.

“Kazrina, awak okay? Nak saya tolong.”cemas saja suara Hakimi Lufti , wajah pucat Kazrina direnung sayu.  Kazrina menggeleng-geleng kepalanya.

“Kiemy, Rina.”panggil Tengku Mikhail.  Dari jauh lagi Tengku Mikhail perasan kehadiran Hakimi Lufti  ketika Misya dan Kazrina berpelukan.  Dia tahu apa yang terjadi, dia pun berada didalam restoran itu.  Amar Amsyar memang sudah melampaui batas. 

“Mike, kau dari mana?”soal Hakimi Lufti .  Tengku Mikhail tidak menjawab pertanyaan Hakimi Lufti , wajah pucat Kazrina menjadi keutamaannya.

“Kiemy, aku nak bawa balik Rina.  Dia tak sihat ni, can you excuss us.”tanpa persetujuan Kazrina, Tengku Mikhail mencempung wanita itu.  Kazrina sudah tidak larat lagi, nasib baik Tengku Mikhail sudi menolongnya.  Dia rela didukung Tengku Mikhail daripada Hakimi Lufti , Tengku Mikhail sudah menjadi pelindungnya kini.

“Sure bro, nanti aku cakap pada bos dia.  Kau bawalah dia balik, kesian aku tengok wajah pucat dia.  Jangan lupa bawa ke klinik juga.”pesan Hakimi Lufti , Tengku Mikhail menggangguk.  Kazrina dalam dukungannya hanya mengangguk lemah, tidak berdaya lagi.  Nasib baik kereta Audi sportnya berada tidak jauh dari situ. 

Tubuh lemah Kazrina diletakkan dalam kereta, Tengku Mikhail menghidupkan enjin kereta lantas menderu pergi meninggalkan bangunan pejabatnya.

Dalam perjalanan, Tengku Mikhail sempat menelefon pembantunya.”Taza, batalkan semua meeting saya petang ini dan juga esok.  Saya cuti kecemasan hari ini dan esok. Oh ya,  please inform Amar Amsyar that I need to see him the day ofter tomorrow.  Tell him, it’s very very urgent.”Selesai memberikan arahan pada pembantunya, Tengku Mikhail memfokuskan pada pemanduannya.

Arahan Tengku Mikhail tadi membuatkan Taza tersentak, “Apa yang urgent sangat, hish susah betul bila angin bos serba tak kena.”bebel Taza dalam hati.


Sampai di pintu klinik, Tengku Mikhail ingin mendukung Kazrina. Tetapi ditolak oleh wanita itu, dia mahu berjalan sendiri.”Degil!”marah Tengku Mikhail.  Kazrina tersenyum pahit.

“Nanti baby pun sama degil macam mama dia.  Suka sangat buat daddy sakit hati.”omel Tengku Mikhail lagi.  Marah-marah pun Tengku Mikhail tetap tidak membiarkan Kazrina berjalan tanpa bantuannya.  Dipapahnya sampai mereka masuk ke dalam klinik.


Dalam bilik pemeriksaan, Kazrina diberikan suntikan untuk menguatkan rahimnya. Wajah Kazrina tidak lagi pucat seperti tadi, sudah beransur pulih seperti biasa.

“Encik, isteri encik ni stress sangat.  Boleh saya apa yang membuatkan dia begitu?”soal doktor yang bernama Tilla.

“Isteri saya ni degil doktor, suruh rehat tak nak. Asyik pentingkan kerja, sampai tak ingat nak makan pun.”bebelan Tengku Mikhail mengundang senyuman dibibir Kazrina.”Macamlah dia betul-betul bapa kepada anaknya.”

“Tak bolehlah macam itu Puan Kazrina, kesihatan haruslah diutamakan.  Kalau boleh, buat masa ini Puan berhenti kerja.  Duduk dirumah sambil rehatkan minda, puan terlalu stress dan ini tidak baik untuk kandungan yang baru mencecah 3 bulan.”Nasihat Doktor Tilla mengundang tawa dihati Tengku Mikhail.”Padan muka.”

“Saya dah cakap, berhenti kerja.  Bukannya saya tak mampu nak tangung dia, lebih dari pun saya boleh bagi.  Tapikan doktor, isteri saya ni memang degil sikit.  Harap-harap baby kami nanti tak sedegil macam mama dia.  Kalau tidak susah daddy dia nak jaga.”adu Tengku Mikhail.  Doktor itu tersenyum, suka melihat keperihatinan lelaki ini.

“Tengok tu puan, beruntung ada suami macam ini.  Puan patut dengar cakap suami puan, insyaallah semuanya akan baik-baik belaka.”Kazrina menunduk, ingin menangis.  Kebaikan Tengku Mikhail meruntun jiwanya, nasihat doktor juga membuatkan dia terharu.  Tapi ini semua tidak sepatutnya berlaku, baby ini bukan kepunyaan Tengku Mikhail.  Amar Amasyar yang patut menjaganya dan bukannya Tengku Mikhail.  Melihat Kazrina diam mebisu membuatkan hati Tengku Mikhail resah. 

“Doktor, I think enough for today. Lagipun mama dan baby pun dah penat.  Saya minta diri dulu.  Terima kasih diatas nasihat doktor, saya akan pastikan isteri saya tidak stress lagi.  Saya akan pantau dia untuk sehari dua ini.  Doktor jangan risau, thanks again.”Tengku Mikhail membantu Kazrina bangun. Setelah mengucapkan terima kasih, Kazrina dan Tengku Mikhail keluar dari bilik doktor Tilla.

Selepas balik dari klinik, kereta Tengku Mikhail meluncur menuju kediaman rumahnya.  Terperanjat Kazrina apabila kereta Tengku Mikhail berhenti disebuah banglo.  Pintu pagar terbuka secara automatik, kelihatan seorang wanita berusia pertengahan 50an keluar menyambut mereka.

“Khail dah balik? Awalnya.”sapa wanita itu ketika melihat Tengku Mikhail keluar dari keretanya.  Tengku Mikhail tersenyum, “Baru Mak Jah, kejap ya.” Tengku Mikhail berlari ke sebelah pintu penumpang.  Dia membantu Kazrina keluar dari perut kereta.  Mak Jah terpegun,”siapa wanita ini?”

“Mak Jah, saya perkenalkan ini Kazrina Atirah.  Mulai hari ini dia akan tinggal bersama-sama kita disini.”Kazrina tersentak, Mak Jah pula tersenyum lebar. 

“Mari masuk Kazrina, hari ini Mak Jah masak gulai asam pedas ikan tenggiri.”pelawa Mak Jah.  Kazrina bersalaman dengan Mak Jah sebelum melangkah masuk.  Tengku Mikhail mengeluarkan beg-beg kepunyaan Kazrina dari boots kereta.

“Beg siapa ni Mikhail?”soal Kazrina setelah terlihat Tengku Mikhail masuk bersama 2 buah beg besar.

“Beg Rina lah, beg siapa lagi.”Kazrina tergamam, “Beg aku?”

“Masa bila Mikhail pergi rumah Rina ambil, dan macam mana Mikhail tahu dimana Rina tinggal.”soal Kazrina bertalu-talu.  Mujur Mak Jah sudah ke dapur, kalau tidak tentu Mak Jah juga pelik dengan pertanyaan Kazrina.

“Masa kita ke klinik, Mikhail suruh pembantu pergi rumah sewa Rina.  So, mereka punggah semua pakaian Rina dan masukkan ke dalam beg.  Lepas tu kami jumpa sekejap masa Rina ke tandas, masa tulah dia orang masukkan beg-beg ini dalam boots kereta.”terang Tengku Mikhail.

“Mikhail, Rina hargai pertolongan yang Mikhail hulurkan.  Tapi ini sudah melampau, kenapa tak tanya dulu pendapat Rina.  Lagipun Rina kan masih isteri Amar Amsyar.”marah Kazrina.  Tengku Mikhail tayang muka tak bersalah, Rina geram.

“Nope dear, you are free as soon your baby born.  Read this!”Tengku Mikhail menyerahkan sampul surat berwarna coklat kepada Kazrina.  Sampul dibuka, satu surat bertarikh semalam dari pejabat agama.  Surat pengesahan perceraian diantara dia dan Amar Amsyar.  Dalam surat itu menyatakan bahawa talak akan jatuh sebaik saja Kazrina melahirkan bayinya.  Tiada tempoh edah dikenakan sebab Kazrina mengandung semasa Amar Amsyar melafazkan talak.

Terduduk Kazrina, saat habis membaca surat itu.  Amar Amsyar benar-benar mengotakan janjinya.  Lelaki itu telah menceraikannya, sampai hati Amar Amsyar berbuat dia begitu.  Tak sayangkah lelaki itu pada anak yang dikandungnya.  Dimana sumpah janji setia ingin hidup bersama dirinya. “Memang betul cinta abang cinta speed.  Sebab itu cinta itu abang ukur mengikut meter dijalanan.  Selepas tamat dijalanan, dibuang begitu saja.”keluhan Kazrina menarik perhatian Tengku Mikhail.  Dia mendekati Kazrina, ingin dipeluk bahu wanita itu tapi ditahan.  Takut Kazrina marah.

“Rina, anggap saja jodoh Am dan Rina tak panjang.  Rina masih muda, perjalanan masih jauh.  Ingat, Rina masih ada baby yang masih memerlukan perhatian mamanya.  Dan Rina tak sendirian, masih ada Mikhail dan baby juga masih ada daddynya.  Walaupun Rina tak suka pada Mikhail, anggap saja pertolongan dari Mikhail adalah pertolongan seorang kawan terhadap kawan yang dalam kesusahan.”panjang lebar Tengku Mikhail berhujah, airmata Kazrina mengalir diseka dengan hujung jarinya.  Tidak akan dibiarkan wanita itu menangis lagi.

“Terima kasih Mikhail.”gengaman tangan Tengku Mikhail dibalas Kazrina.  Dia tidak sendiri lagi, dulu ada Amar Amsyar yang sudi menjaganya, tapi setelah dibuang masih ada yang sudi mengutipnya.  Dulu Kazrina cukup benci dengan sikap kasanova Tengku Mikhail, tetapi setelah mengenali hati budi lelaki ini.  Kazrina percaya Tengku Mikhail tidak sejahat itu, masih ada sifat perikemanusian dalam diri lelaki yang bernama Tengku Mikhail Khazi.

“Khail, mari makan.  Ajak Kazrina sekali.  Mak Jah dah siapkan kat atas meja.”laugan Mak Jah mematikan perbualan mereka.  Tengku Mikhail bangun diikuti Kazrina, hayunan langkah mereka seiring menuju ke meja makan.  Petang itu mereka berdua makan awal, Tengku Mikhail harus pergi menemui seseorang manakala Kazrina perlukan rehat secukupnya.  Selesai makan, Tengku Mikhail membawa Kazrina ke bilik tamu yang berada di sebelah bilik Mak Jah.

“Ini bilik Rina.  Dekat dengan bilik Mak Jah, kalau ada apa-apa senang sikit nak panggil Mak Jah.”beg-beg Kazrina dibawa masuk.  Kazrina terpegun, biliknya sederhana besar menarik perhatiannya.  Ada sebuah meja solek, almari tiga pintu dan meja sisi disebelah katil dan juga bilik ini dilengkapi dengan bilik air.

“Mikhail, bilik ini…’Kazrina berjeda..

“Kecik sangat kah? Nak tukar bilik lain?”soal Tengku Mikhail.  Kazrina menggeleng.

“Bukan..bukan..bilik ini besar juga.  Okay ke saya tinggal kat sini?”pertanyaan Kazrina mengundang tawa dihati Tengku Mikhail.

“Jangan risau, saya tak akan apa-apakan Rina.  Malah privasi Rina pun saya tak akan ceroboh.  Saya cuma nak Rina selesa tinggal disini.  Saya nak Rina duduk rehat saja, jangan pandai-pandai nak buat kerja-kerja rumah.  Kalau Rina perlukan apa-apa, minta saja pada Mak Jah.”Kazrina ingin membantah, tapi ditahan Tengku Mikhail.”No Rina, for this time please listen to me for once.  I don’t want anything happen to you or the baby. Just once, it’s all that I ask from you.”selesai berkata, Tengku Mikhail menutup pintu bilik Kazrina. Kazrina terduduk, kata-kata Tengku Mikhail menerjah cuping telinganya. 

Tengku Mikhail melangkah masuk kebilik tidurnya.  Dibuka laptop, tangan laju menaip surat perletakkan jawatan bagi pihak Kazrina.  Dia akan menghantarnya sendiri pada Hakimi Lufti  esok.  Dia akan uruskan semuanya bagi pihak Kazrina, mulai detik ini dia yang akan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap Kazrina.  Dia ingin buktikan kepada Kazrina, cintanya pada wanita itu melebihi segala-galanya.  Malah anak yang dikandung Kazrina bakal menjadi anaknya juga, dia tidak akan sesekali membenarkan Amar Amsyar menuntut hak ke atas anak itu.

Malam itu tidurnya Kazrina lena sekali, hilang stress.  Dia benar-benar dalam ketenangan, tiada apa lagi yang perlu dirisaukan.  Namun tiba-tiba terlintas dibenaknya tentang keluarganya, apa khabar adik-adiknya Kartina, Kartina dan juga Khairul Azuan.  Apa terjadi pada mereka semua, sudah lama dia tidak mengirimkan berita, lebih 6 bulan lamanya.  Duit pun dia hanya masukkan ke dalam akuan Kartina. Walaupun tidak seberapa duit yang dimasukkan ke dalam akaun Kartina, adiknya itu tidak pernah telefon untuk bertanya.  Kazrina melihat jam dimeja sisi, baru pukul 9 malam.  Dia mengambil telefon bimbitnya, nombor telefon Kartina didail.

“Assalamualaikum Along.”kedengaran suara ceria Kartina ditalian.

“Waalaikumsalam angah, rindunya along pada angah.”Kazrina menguntum senyum.

“Angah pun, along apa khabar?”soal Kartina.

“Along baik, angah dan adik-adik macam mana?”

“Kami disini semuanya baik-baik saja.  Kebetulan satu hari tu ibu sakit, tapi angah dah bawa dia ke klinik dengan bantuan abang Mikhail.”ujar Kartina ceria.  Kazrina tersentak, “Tengku Mikhail”

“Angah.. macam mana abang Mikhail boleh tahu tentang keluarga kita.”soal Kazrina pula.  Pelik, sejak bila Tengku Mikhail ambil tahu tentang sakit pening ahli keluarganya.

“Baru-baru ini saja along, katanya along yang minta dia tengokkan kami.”jelas Kartina.


“Abang Mikhail buat apa lagi?”soal Kazrina lagi.

“Setiap minggu, abang Mikhail datang jenguk kami semua.  Duit belanja semuanya dia tangung termasuklah sewa rumah.  Semuanya abang Mikhail tolong bayarkan.  Dia juga ada pesan, kalau ada apa-apa jangan lupa telefon dia.  Dia siap pesan lagi, yang kami semua ini dibawah tangungjawab dia sekarang.”kata-kata Kartina membuatkan Kazrina menangis.  Sampai begitu sekali Tengku Mikhail sanggup lakukan untuk aku. Tangungjawab yang sepatutnya digalas oleh Amar Amsyar kini dilakukan oleh Tengku Mikhail, apa maksud semuanya ini.  Apa yang Tengku Mikhail cuba lakukan.

“Okaylah angah, nanti kalau along telefon lagi.  Dah malam ni, kirim salam pada adik-adik dan juga ibu.  Kata pada mereka along sayang mereka semua.” Talian dimatikan sebaik saja Kartina mengucapkan selamat malam.  Kazrina termenung, Tengku Mikhail telah banyak berubah.  Dia perlukan penjelasan dari lelaki itu. Esok dia akan bertanyakan sendiri pada lelaki itu.

 ~Bersambung~

Friday, 14 December 2012

SPEED - Cintaku Bukan Sekadar Di Meter Jalanan (Bab 11)


Bab 11

“Kazrina tersedar dari pengsan, dia memandang sekeliling. Hanya dinding bercat putih dan terdapat bau ubat yang menyegat dihidungnya.  Tahulah dia dimana dia berada kini, dia dihospital.  Dipandang sisinya, Tengku Mikhail terlena disebelah kirinya.  Diraba-raba kepalanya, “nasib baik aku masih bertudung.  Kalau tidak sia-sia saja auratku dilihat oleh orang luar.”
 
“Tengku Mikhail,”Kazrina mengejutkan lelaki itu, tiada respon.  Sekali lagi dia mengejutkan lelaki itu, kali ini dengan mengoncangkan sedikit tangan Tengku Mikhail.  Tengku Mikhail tersedar, digosok matanya berkali-kali siap menguap lagi.  Jam ditangan dikerling, sudah hampir pukul 9 malam.
 
“Kenapa Rina, awak lapar ke?”soalnya dengan suara serak basah.  Baru bangun tidur, suara pun seksi.  Kazrina tersenyum, wajah bangun tidur Tengku Mikhail comel pada pandangan matanya.
 
“Lapar juga, tapi sebelum tu saya nak ke bilik air.  Boleh awak tolong saya?”pinta Kazrina.  Tengku Mikhail menghulurkan tangan, Kazrina teragak-agak sama ada mahu menyambutnya ataupun tidak. 
 
“Keadaan darurat, saya faham.  Saya tak akan apa-apakan Rina, percayalah”pujuk Tengku Mikhail, dia mahu Kazrina selesa dan tidak ragu-ragu dengan kebaikannya.
 
Genggaman tangan mereka bersatu, dalam hati Tengku Mikhail sudah berdebar-debar.  Kazrina pula menunduk, mukanya merona kemerahan menahan malu.
 
“Hati-hati”ujar Tengku Mikhail, apabila sampai ke pintu bilik air Tengku Mikhail sempat berpesan.  “Jangan dikunci, rapatkan saja.  Kalau ada apa-apa senang saya nak bantu.”Kazrina mengangguk.
 
Setelah 5 minit berlalu, pintu bilik air dikuak dari dalam. Muncul wajah Kazrina, Tengku Mikhail ingin mendekati tapi dilarang Kazrina.”Saya ada wuduk.” Mengerti kata-kata Kazrina, Tengku Mikhail menjauh.  Perlahan-lahan Kazrina melangkah, akhirnya sampai ke katil dilabuhkan duduknya.
 
“Tengku, boleh tolong ambilkan beg saya.”Dicapai beg Kazrina yang mengandungi telekung lantas dihulurkan kepada wanita itu. 
 
“Awak nak solat sambil duduk ke?” soal Tengku Mikhail.  Kazrina mengangguk.
 
“Tunggu kejap, saya tanya nurse mana arah kiblat.”Tengku Mikhail berlari keluar menuju ke kaunter.  Tak sampai seminit, Tengku Mikhail datang semula bersama seorang nurse disisinya.
 
“Akak nak solat? Ikut arah sini.” Selepas Kazrina mengucapkan terima kasih, nurse bernama Shila itu berlalu pergi.  Tengku Mikhail turut sama keluar dari bilik itu, ingin ke café berdekatan.  Sementara Kazrina sedang bersolat, bolehlah dia pergi memberi makanan untuk mereka berdua.
 
10 minit berlalu, Tengku Mikhail kembali bersama beberapa bungkusan makanan.  Kazrina tersenyum manis, Tengku Mikhail terpana.  Dia melihat seperti bidadari yang sedang tersenyum padanya.
 
“Saya belikan Rina makanan.  Tadi kata lapar.” Tengku Mikhail membuka bungkusan polisterine yang mengandungi nasi goreng.  Diletakkan sudu dan disuakan kepada Kazrina, wanita itu menyambutnya.”Terima kasih.” 
 
Tengku Mikhail turut membuka polisterine yang sama, dia turut menikmati makan malam bersama Kazrina.  Air yang dibeli diletakkan dimeja sisi.  Seumur hidupnya, inilah kali pertama dia makan makanan seperti ini kat hospital pula tu.  Tak pernah dia merasa begitu ceria, seperti malam ini.  Walaupun tanpa meja dan kerusi yang dihiasi mewah, makanan yang lazat serta dilayan oleh pelayan yang eksulsif.  Dia bahagia, kenangan yang tidak akan dia lupakan.  Tanpa sedar, bibir Tengku Mikhail terukir senyuman manis.  Kazrina pelik, “Kenapa Mikhail asyik tersenyum-senyum dari tadi.”
 
“Tengku! Kenapa Tengku asyik tersenyum-senyum dari tadi.”pertanyaan Kazrina mematikan senyuman dibibir Tengku Mikhail.  Wajahnya rasa membahang, panas ke?
 
“Err..Tak..tak ada..apa-apa..”jawab Tengku Mikhail gugup. “Hish, mulut ni pun satu.  Tak reti nak cover langsung.”marahnya dalam hati.
 
“Sedap?”soal Tengku Mikhail, ingin mencari topik perbualan.  Sedari tadi mereka berdua hanya berdiam diri sambil menikmati makanan.
 
“Boleh lah, daripada tak ada.  Terima kasih Tengku.”
 
“Terima kasih untuk apa?”
 
“Sebab tolong bawa saya ke sini, tolong belikan makanan buat saya dan yang paling penting, terima kasih sebab sudi temankan saya disini.  Saya hargai setiap pertolongan Tengku.  Satu hari nanti saya akan balas semua kebaikan Tengku ni”Tengku Mikhail tersenyum lebar, kata-kata Kazrina mencuit hatinya.

“Kalau Rina nak balas senang saja. Sekarang pun boleh”ujar Tengku Mikhail.
 
“Apa dia.”
 
“Untuk mengantikan ucapan terima kasih, Rina kena panggil saya Mikhail. No awak or no Tengku-Tengku.  Hanya Mikhail, deal!” Kazrina telan liur, mampukah dia memanggil nama lelaki itu.  Lama juga Tengku Mikhail menanti jawapan dari mulut Kazrina.
 
“Baiklah Teng..Mikhail, saya setuju.”Tengku Mikhail tersenyum riang, hatinya berbunga bila namanya disebut oleh bibir mungil itu.
 
“Terima kasih.”
 
“Awak..”belum sempat Kazrina habis bercakap, ayatnya dicantas Tengku Mikhail.
 
“Tengok, panggil saya ‘awak’ lagi.  Lain kali kalau Rina panggil Mikhail macam tu , Mikhail nak  denda Rina.”Tengku Mikhail merajuk,  Kazrina tertawa.  Kali pertama melihat lelaki macho merajuk.
 
“Okaylah Mikhail, lain kali Rina tak panggil macam tu lagi. Promise!”janji Kazrina.
 
“Ha..  macam tulah.  Tadi Rina nak cakap pasal apa?” tanya Tengku Mikhail sambil menyuap nasi kemulutnya.
 
“Rina nak tanya, malam ni Mikhail nak tidur dimana?”
 
“Tidur mana lagi, tidur kat sinilah.”
 
“Hah! Mana boleh. Nanti apa kata nurse-nurse kat sini.”pantas Kazrina membantah.
 
“Kenapa tak boleh pula, lagipun siapa yang nak temankan Rina kat sini.  Untuk pengetahuan Puan Kazrina Atirah, semua nurse dan doktor disini dah anggap Mikhail suami Rina.  Jadi tak ada masalah kalau Mikhail nak temankan Rina disini.”terbeliak mata Kazrina mendengar penerangan dari mulut Tengku Mikhail.  Tidak sangka Tengku Mikhail terlebih dahulu memulakan langkah.  Mahu tak mahu terpaksa dia akur dengan keputusan Tengku Mikhail yang berkeras mahu menemaninya disini.
 
“Nanti kalau Mikhail tak selesa jangan salahkan Rina ya.”ugut Kazrina pula.
 
“Kalau tak selesa, Mikhail panjat katil tidur sebelah Rina. Boleh?”satu cubitan hinggap dilengan Tengku Mikhail.”Aduh! mana datangnya semut api ni.” Seloroh Tengku Mikhail. Kazrina ketawa lagi, dan Tengku Mikhail pun turut sama ketawa.  Malam itu, Kazrina tidak kesunyian lagi.  Ada orang yang sudi menemaninya. 
 
“Mikhail, kalau Rina nak tanya satu soalan boleh?”soal Kazrina ketika ketawa mereka reda.
 
“Tanyalah, kalau boleh Mikhail jawab. Kalau tak, esok Mikhail rujuk dalam buku.”seloroh Tengku Mikhail lagi.  Suka benar dia mengusik Kazrina.  Kazrina memuncungkan bibirnya.
 
“Buatlah macam tu selalu, nanti baby pun ikut jadi macam mama dia.  Suka merajuk!”Kazrina menekup bibirnya, takut apa yang dikatakan Tengku Mikhail menjadi kenyataan.
 
“Kenapa Mikhail baik sangat dengan Rina.”Tengku Mikhail mengambil bekas polisterine dari tangan Kazrina.  Ditutup dan deiletakkan dimeja sisi. Pertanyaan Kazrina dibiarkan sepi, tidak tahu bagaimana harus dimulakan.
 
“Rina, Mikhail bukannya baik sangat.  Tapi apabila sepupu sendiri bertindak kejam dengan orang yang Mikhail sayang.  Mikhail terpanggil untuk membantu Rina, ini semua tindakan refleksi yang muncul dalam diri Mikhail.  Dan percayalah, sejak kali pertama Mikhail bertemu dengan Rina.  Mikhail jatuh cinta pada Rina tanpa Mikhail duga.  Maafkan Mikhail kerana berterus-terang dengan Rina.  Mikhail tahu, dulu mesti Rina anggap Mikhail ni lelaki jahat, nakal, kasanova, suka bertukar-tukar teman wanita dan banyak lagilah.”Kazrina tekun mendengar luahan Tengku Mikhail.  Lelaki itu menceritakan tentang dirinya, bagaimana dia terjebak dengan semua ini.
 
“Mikhail mengaku memang Mikhail agak nakal dulu. Suka bertukar-tukar teman wanita, suka mempermainkan hati wanita dan pernah juga Mikhail terlanjur dengan beberapa stok teman wanita Mikhail.  Itu dulu, tapi sejak pertama kali bertemu dengan Rina hati Mikhail mula berubah.  Tiada lagi Lisa, tiada lagi Sherry, tiada lagi Tila dan juga Danille.  Semuanya telah lupus ditelan waktu.  Hanya ada Kazrina Atirah disini.”bicara Tengku Mikhail sambil menunding jari ke dada.  Kata-kata romantis seorang kasanova tetap ada, walaupun dalam versi lain.  Kazrina tersenyum, suka dia melihat Tengku Mikhail Khazi yang baru.  Tawa kecil meletus dibibirnya tanpa Kazrina sedari.
 
“Rina ketawakan Mikhail ya, Lucu sangat ke?”sela Tengku Mikhail dengan muka cemberut.  Merajuk konon, kelakar juga bila seorang kasanova merajuk buat pertama kalinya.
 
“Mikhail ni memang lucu, sebab tu Rina ketawa.  Ayat-ayat kasanova tu masih ada juga ya? Mikhail..Mikhail..sampai bila nak berubah ni.”keluh Kazrina, Tengku Mikhail pula tersengih-sengih.
 
“Ya ke? Mikhail ingat itulah ayat paling romantis yang pernah Mikhail ucapkan pada seorang perempuan yang bernama Kazrina Atirah. Sumpah! Ini kali pertama.”tutur Tengku Mikhail sampai mengangkat tangan kanan ke atas seperti orang mengangkat sumpah pula lagaknya. Sekali lagi meletus tawa dibibir Kazrina.
 
“Dah lah Mikhail, Rina mengantuk ni.  Pergilah balik, nanti larut malam susah pula nak drive.”ujar Kazrina sambil menari selimut keparas dada.  Tengku Mikhail masih tetap disisi Kazrina, tiada tanda-tanda ingin beredar.  Kazrina bangkit semula bersama keluhan.
 
“Kenapa Mikhail, dah malam ni. Balik lah, nanti keluarga Mikhail cari pula.  Rina kat sini baik-baik saja, lagipun ada ramai nurse dan doktor yang boleh tengok-tengokkan Rina disini.”Kazrina terdengar Tengku Mikhail mengeluh, tapi kenapa pula.
 
“Kan Mikhail dah cakap nak temankan Rina malam ni. So, here I am. Rina jangan degil-degil, sekarang tidur.”tegas Tengku Mikhail sambil membetulkan selimut Kazrina hingga ke paras dada.

“Tapi Mikhail…”Kazrina terdiam, Tengku Mikhail terlebih dulu mencantasnya.”Kan Mikhail dah cakap, jangan nak berdegil. Nanti baby tu pun jadi macam mama dia juga, degil! tak dengar cakap daddy.” Marah Tengku Mikhail lagi, tangannya pula sempat menutup tirai tingkap.  Kazrina pura-pura pejamkan mata, tak mahu berbalah dengan Tengku Mikhail lagi.  Tengku Mikhail membiarkan Kazrina tidur dahulu sebelum dia melangkah ke sofa yang ada dalam bilik VIP itu.  Dia melunjurkan kakinya dan tanpa disedari dia turut terlena disofa itu. 
 
Kazrina yang pura-pura tidur perlahan-lahan membuka matanya setelah menyedari Tengku Mikhail terlena disofa.  Dia bangkit lantas menghampiri sofa dimana Tengku Mikhail terbaring.  Diambil  tuala yang dibeli Tengku Mikhail tadi untuk dijadikan selimut.  Dia menyelimut lelaki itu dengan hati-hati, takut Tengku Mikhail terjaga. “Dia memang lelaki kasanova, tapi hatinya baik.  Betulkah dia sepupu kepada suamiku, tapi kenapa perwatakan mereka berdua teramatlah berbeza.  Ya, Allah kau berikanlah aku pertunjuk, kemana harus aku pergi selepas ini.  Kalau benar Amar Amsyar sudah tidak perlukan aku lagi, Kau berilah aku kekuatan untuk menempuh hari mendatang dengan penuh kesabaran bersama anak yang aku kandungkan.”Kazrina mengelap airmata yang mengalir dipipi.  Tanpa Kazrina sedari airmatanya jatuh menitis ke atas lengan Tengku Mikhail, lelaki itu terjaga dalam diam.  Tengku Mikhail tidak mahu bangun, dia hanya membuka sedikit matanya untuk melihat wajah muram Kazrina dalam kelam malam.  Sejak Kazrina bangkit dari katil lagi dia sudah sedar, tapi dibiarkan saja.  Tengku Mikhail ingin melihat apa yang sedang Kazrina lakukan dalam diam.  Hatinya tersentuh takala mendengar rintihan Kazrina tadi.
 
Kazrina melangkah perlahan menuju ke katilnya.  Dia lantas baring dan menyelimutkan dirinya separas dada.  Dipejamkan mata, cuba mengusir rasa kesedihan yang datang.  Dia harus kuat demi anaknya ini.  Jika benar Amar Amsyar tidak memerlukan dirinya lagi, dia masih ada anaknya disisi.  Nasib baik dia masih bekerja, jika tidak dia tidak tahu kemana lagi harus dia mengadu.  Keluarga sendiri sudah membuangnya, ibu masih marah padanya.  Tak mungkin dia kembali kepangkuan keluarga setelah diceraikanAmar Amsyar.
 
Telefon bimbit dicapai, nombor telefon Misya didailnya.  Jam sudah menunjukan pukul 12 tengah malam.  Lama deringan berbunyi barulah kedengaran suara serak Misya.
 
“Sorry babe, aku ganggu kau tengah malam ni.”pohon Kazrina, Misya menguap malas.
 
“Takpe Rina, ada apa telefon malam-malam ni?”soal Misya dengan suara serak.
 
“Aku nak bagitahu yang aku masuk hospital…”belum sempat habis bercakap, Misya disana menjerit.  Kazrina menjauhkan sedikit telefon bimbitnya dar telinga.
 
“Apa?? Kenapa tak inform aku awal-awal.”marah Misya, jeritan Misya menyedarkan Safuan yang sedang lena disebelahnya.  Berpisat-pisat suaminya bangun sambil menggosok matanya.
 
“Misya, boleh tak kau jangan jerit macam tu.  Sakit telinga aku, nasib baik tak terkejut anak aku kat dalam ni.”Misya tertawa kecil, Safuan disebelah menggeleng kepalanya.”Sorry, abang.”  Safuan senyum kelat sebelum baring semula.
 
“Kau kat hospital mana? Nak aku datang ke?” soal Misya bertalu-talu.

“Eh tak, tak..aku cuma nak bagitahu kau saje.  Minta tolong inform rakan sekerja aku cuti sakit seminggu.”terang Kazrina. 
 
“Sekurang-kurangnya kau bagitau aku kau kat hospital mana.  Esok kalau sempat aku singgah lawat kau kejap.”Kazrina terdiam, tidak tahu sama ada perlu atau tidak Misya tahu tentang Tengku Mikhail yang ada menemaninya disini.

“Hospital Serdang, tapi esok aku dah nak discharge. Tak payahlah kau datang.”dalih Kazrina.
 
“Habis tu kau nak balik dengan siapa nanti.  Tak kan nak naik teksi.”pertanyaan Misya membuatkan Kazrina terdiam.  “Nak jawab apa ni?’bebelnya dalam hati.
 
“Tak apa, sebab aku keluar esok pagi-pagi lagi.  So, kau jangan risau ya. Tahulah aku selesaikan masalah ini.”Kazrina harap Misya tidak mendesak lagi.
 
“Okaylah, kalau dah macam tu. Tapi kalau kau perlukan bantuan, telefon saja aku.”Kazrina menarik nafas lega, Misya tidak mendesaknya lagi. 
 
“Babe, thanks ya.  Kaulah sahabat aku yang sejati.”
 
“Tahu pun.”seloroh Misya.
 
“Apa-apa pun thanks a lot. Kalau aku dah start kerja kita jumpa.  Selamat malam, maaf sekali lagi kerana mengganggu kau. Sampaikan salam aku pada Safuan, assalamualaikum.”aku mematikan telefon bimbit sebaik Misya menjawab salamku.  Sedang aku mengelamun, ingatanku terarah kepada GM baru syarikat tempat aku bekerja. “Oh, Encik Hakimi Lufti, aku harus hubungi dia. Macam mana ya, hantar sms ajelah.”putusnya dalam hati.  Kazrina mencari nombor telefon Hakimi Lufti , jumpa juga akhirnya.  Dia menaip sms kepada lelaki itu.
 
Salam, En Hakimi maaf mengganggu.  Sy nak inform yg sy cuti sakit selama seminggu.  Harap maklum.- Kazrina Atirah
 
Tak sampai seminit, telefon bimbitnya berdering mengalunkan irama.  Cepat-cepat Kazrina menjawab, tidak mahu deringan itu menganggu tidur Tengku Mikhail.
 
“Hello”
 
“Assalamualaikum”sapa Hakimi Lufti  ditalian, Kazrina malu.  Salam Hakimi Lufti  dijawab dalam hati.
 
“Kazrina, awak ke tu?”soal Hakimi Lufti , gemesik suara itu menerjah gendang telinga Kazrina.
 
“Ya Encik Hakimi, maaf kalau sms saya tadi menggangu tidur Encik.”Kazrina serba-salah, takut smsnya tadi menjadi sebab lelaki itu bangkit dari lenanya.
 
“Oh! Tak, saya masih berjaga.  Sedang layan tengok DVD, tiba-tiba ada sms masuk.  Awak sakit apa Kazrina sampai seminggu cutinya.”pertanyaan Hakimi Lufti  membuatkan Kazrina membisu seketika.  Nafas ditarik perlahan, keluhan terlepas di perdengaran Hakimi Lufti .
 
“Saya kat hospital Encik, tadi pengsan…”belum sempat habis Kazrina bercakap, talian terputus.  Hakimi Lufti  sudah bangkit, ditutup TV dan DVD lantas kunci kereta dicapai.  Mujur dia memakai t’shirt dan track bottom.  Enjin kereta dihidupkan, sempat juga dia menghantar sms kepada Kazrina.
 
Kazrina terpaku, selepas talian dimatikan dia mendapat sms dari Hakimi Lufti .
 
Sms saya hospital mana, wad berapa, sy on d way sekarang!~Hakimi
 
Kazrina terpana, “habislah aku kali ini!”
 
Kereta Hakimi Lufti  meluncur laju ke Hospital Serdang, dalam hatinya berdebar-debar.  “Mengapa Kazrina cuai sampai pengsan, kenapa pula baru sekarang nak bagitau dia dihospital.”  Berserabut kepalanya memikirkan keadaan bakal ibu muda itu.
 
Tak sampai 20 minit, Hakimi Lufti  sampai.  Berlari dia mendapatkan kaunter pertanyaan, mujur ada pengawal disitu.  Pada mulanya dia tidak dibenarkan masuk, oleh kerana Hakimi Lufti  kata kecemasan sebab isterinya.  Jadi pengawal itu membenarkan dia masuk dengan syarat perlu keluar semula selepas setengah jam.  Hakimi Lufti  mengangguk, sempat juga dia berterima kasih pada pemgawal itu.
 
Langkah kaki Hakimi Lufti  menuju ke Wad VIP yang menempatkan Kazrina.  Saat pintu bilik dibuka, Hakimi Lufti  terpana.  Ada seorang lelaki yang sedang lena disofa, manakala Kazrina masih terbaring diatas katil bersama telefon bimbit ditangan.
 
“Encik Hakimi!”teriak Kazrina, cepat-cepat dia menekup mulutnya.  Nasib baik bilik VIP ini jauh, kalau tidak tentu jeritannya tadi menggangu tidur pesakit lain.  Terkejut dengan kehadiran Hakimi Lufti .  Tengku Mikhail yang sedang tidur-tidur ayam turut terbangun apabila mendengar teriakkan halus Kazrina. Mata Hakimi Lufti  bertentang melawan panahan mata Tengku Mikhail.  Dalam hati masing-masing bersoal jawab “Siapa ni?”
 
Hakimi Lufti  melangkah ke katil Kazrina tanpa menghiraukan mata Tengku Mikhail yang tajam memandang ke arahnya.
 
“Awak tak apa-apa Kazrina?”soalan pertama keluar dari mulut Hakimi Lufti .  Lelaki itu kelihatan amat cemas sekali.  Nafasnya tercunggap-cunggap, mungkin baru lepas berlari.
 
“Saya okay Encik Hakimi. Tapi kenapa pula Encik Hakimi datang kemari?”pertanyaan Kazrina dibalas dengan senyuman.  Hakimi Lufti  tidak tahu bagaimana hendak dia jelaskan, semuanya spontan.  Apabila mendapat sms dari Kazrina, hatinya resah.  Sebab itu dia menelefon wanita ini, tak sampai setengah jam dia sudah pun berada disini dihadapan Kazrina.
 
“Saya risaukan awak, sebab itu saya terus kemari.”jawab Hakimi Lufti  temengah-mengah.  Belum Kazrina menjawab, ada satu suara yang menyapa.
 
“Encik Hakimi tak perlu risau, saya ada untuk Kazrina.”kedua-dua menoleh kesisi. Tengku Mikhail sudah bangun dan bercekak pinggang.  Ada api cemburu dalam tutur nada itu.  Kazrina menelan liur terasa kelat pula.”Janganlah kedua-duanya bertumbuk disini. Ada pulak yang kena tidur kat hospital selain aku.”detik hatinya.
 
~Bersambung~......