Bab 12
Seminggu selepas kejadian dihospital, Tengku Mikhail menyepikan diri. Kazrina serba-salah, hatinya tidak tenang. Kebaikan Tengku Mikhail menyenangkan hatinya, dalam masa yang sama perhatian Hakimi Lufti terhadapnya terasa melampau pula. Apa yang Hakimi Lufti cuba buktikan, dia bukannya ada apa-apa hubungan istimewa dengan lelaki itu, hanya hubungan seorang pekerja dengan majikan saja. Tidak lebih dari itu, tapi kenapa Hakimi Lufti bersikap begitu. Pening kepalanya memikirkannya. Waktu makan tengah hari semakin hampir, perutnya sudah berbunyi. “Baby lapar ya, nanti kita pergi makan.”ujarnya sambil mengusap lembut perut yang sedikit membuncit.
Dari sebalik dinding kaca, Hakimi Lufti sedang merenung ke arah Kazrina. Setiap gerak-geri wanita itu dipandang dengan penuh minat. Sejak peristiwa dihospital itu, Hakimi Lufti turut menjauhkan dirinya dari Kazrina. Ingin didekati wanita itu, tapi takut dimarahi pula. “Apalah nasib aku, jatuh cinta pada wanita mengandung.”keluh hatinya.
“Kau siapa?”kasar sungguh bunyinya. Hakimi Lufti tersenyum, Tengku Mikhail membuat pandangan menyampah.
“Siapa aku, tak perlu kau tahu. Yang pasti aku akan selalu ada buat Kazrina.”jawab Tengku Mikhail angkuh.
“Saya Hakimi Lufti, rakan dan juga merangkap majikan Kazrina. Saudara?” ujar Hakimi Lufti sambil menghulurkan tangan. Tengku Mikhail menjeling, huluran tangan Hakimi Lufti tidak diendah.
“Saya Tengku Mikhail Khazi, orang yang paling dekat dengan Kazrina.” Hakimi Lufti tersentak, huluran tangan tadi ditarik semula.
“Mike! Kau ke tu? Akulah Kiemy, your same coursemate masa kat London dulu. Dah lupa?”
Tengku Mikhail tergamam, “Betulkah ini Hakimi Lufti a.k.a Kiemy rakan coursemate dan juga sebilik dengannya dulu.”
Tengku Mikhail masih memandang Hakimi Lufti atas dan bawah, macam polis pencen pun ada. “Kau Kiemy, biar betul. Bukan ke dulu badan kau montel, apa dah jadi sekarang.”Tengku Mikhail lantas memeluk Hakimi Lufti , Kazrina pula terkejut.”Mereka berdua saling mengenali kah?”
“Wei bro, dah lama aku tak dengar cerita kau. Apa khabar?”pelukan terlerai, baik Hakimi Lufti mahupun Tengku Mikhail masing-masing saling tersenyum.
“Aku baru aje balik, lepas habis belajar aku kerja sana. Adalah 4 tahun, lepas itu mummy aku telefon suruh balik. Katanya company needs me.” Kazrina yang sedari tadi menjadi pendengar setia mula mencelah.”Wait..wait.. you guys know each other?”
“Ya, including your husband. Three of us same coursemate. Mike tak bagitau Kazrina ke?” Hakimi Lufti memandang muka Tengku Mikhail, Kazrina turut sama. Kali ini Tengku Mikhail pula telan liur, pahitnya..
“Rina, I’ll explain to you later. Now, time to sleep. Get some rest, I and Kiemy need to do some men’s talk. I’ll see you tomorrow.”Tengku Mikhail menolak badan Hakimi Lufti agar menuju ke pintu. Dia tak mahu Kazrina tahu perkara ini, belum masanya lagi. Hakimi Lufti yang tidak punya pilihan terpaksa menurut saja perlakuan Tengku Mikhail. Tinggallah Kazrina keseorangan malam itu tanpa ditemani sesiapa. Baik Tengku Mikhail mahupun Hakimi Lufti masing-masing sudah beredar meninggalkan dirinya. Kazrina menarik selimut, mata yang letih turut sama terpejam. Ingin melupakan semua kejadian yang berlaku dalam sehari ini. Dia keletihan, badan dan mindanya juga. Baby kat dalam pun sama.
“Jauh termenung?”sapa Misya. Bila masa sahabatnya sudah berdiri disebelahnya pun tidak disedarinya.
“Bila sampai?”Misya melabuh punggung berhadapan Kazrina, sennyuman dilemparkan.
“Dah lama, sempat juga tengok orang tu duk termenung jauh.”seloroh Misya.
“Mana ada. Dahlah, jom order makanan. Baby aku dah lapar nih.”pancing Kazrina, tak mahu Misya terus bertanya lagi. Misya melambai memanggil pelayan, memesan makanan yang ada dalam buku menu.
Sedang mereka membuat pesanan, terdengar kecoh dimeja sebelah kiri. Kazrina dan Misya turut menoleh melihat kejadian itu, alangkah terkejutnya Kazrina melihat lelaki yang ada disebelah perempuan itu.”Amar Amsyar”
“Babe, itu bukan ke bekas suami kau, itu Amar Amsyar kan?”soal Misya bertalu-talu sambil menunjuk-nunjuk ke arah lelaki itu. Kazrina menunduk, tidak sanggup hendak melihat sandiwara itu.
“Darling, tengoklah ni. Habis baju I dah basah kuyup.”adu Julia manja sambil mencuit-cuit bahu Amar Amsyar. Wajah Amar Amsyar merah seperti menahan amarah, budak pelayan itu sudah seperti hendak menangis. Kazrina terpanggil untuk melihat sektsa itu dengan hati sebal.
“Hei you, kalau tak reti buat kerja. Jangan kerja, berhenti lagi bagus. Sekarang kau cakap, berapa kau nak bayar ganti rugi.”kasar sungguh bahasa Amar Amsyar dipendengaran telinga Kazrina.”Beginikah sebenarnya sikap suamiku.’keluhnya.
“Maaf..maaf.. encik..cik..saya..tak..sengaja..”tergagap-gagap budak pelayan itu menjawab. Kazrina jatuh kasihan padanya. Dia lantas bangkit menghampiri meja itu, diletakkan not RM50 sebanyak 6 keping diatas meja.”Ini saya bayarkan ganti rugi, saya harap encik dan cik berpuas hati.”selesai berbicara, Kazrina beredar meninggalkan Amar Amsyar yang masih terpinga-pinga. Julia disebelah mencebik, Misya turut sama bangun mengejar Kazrina. Sempat juga Misya meletakkan sekeping note RM50 diatas meja.
“Rina, tunggu…”laung Misya, penat juga dia mengejar ibu mengandung ni. Kazrina menghentikan langkahnya, nasib baik Misya sempat ‘brek’ kalau tidak sudah tentu dia terlanggar Kazrina. Misya menarik Kazrina kedalam pelukannya.”Menangislah sahabatku, kalau itu mampu mereda kesakitan yang kau alami.”
Hakimi Lufti yang kebetulan lalu disitu, menghampiri Misya dan Kazrina yang sedang berpelukan. Dia juga sempat melihat kejadian didalam restoran itu.”Kazrina, awak kenapa?” sapa Hakimi Lufti .
Misya dan Kazrina melepaskan pelukan, saling memandang ke arah suara yang menyapa mereka. “Encik Hakimi, saya..saya.. tak apa-apa.”bohong Kazrina. Misya yang dari tadi agak terkejut turut melemparkan senyuman kelat.
“Maaf, encik ini siapa. Macam mana boleh kenal dengan Kazrina.”soal Misya, ingin tahu bagaimana lelaki kacak ini mengenali Kazrina.
“Saya Hakimi Lufti. Rakan sekerja Kazrina. Awak tentu Puan Misya, sahabat karib Kazrina.”Hakimi Lufti memperkenalkan dirinya pada Misya.
“Panggil saya Misya saje, saya kerja dekat …”
“Saya tahu, awak kerja sama company dengan Tengku Mikhail kan?”sampuk Hakimi Lufti pula.
“Macam mana Encik Hakimi kenal Tengku Mihkail, majikan saya.”soal Misya kehairanan.
“Oh! Dia rakan baik saya.”balas Hakimi Lufti .
“Misya, aku tak selera, nak balik ofis. Aku jalan dulu, nanti aku telefon kau.”ujar Kazrina. Dia perlukan rehat, mindanya seakan tidak berfungsi pula.
“Encik Hakimi, tolong tengokkan sahabat saya ni.”pinta Misya, Hakimi Lufti yang mengerti turut menganggukkan kepalanya. Misya meninggalkan Kazrina bersama Hakimi Lufti , dia perlu kerja masa. Waktu rehat sudah hampir tamat, dan dia perlu pulang ke pejabat semula.
“Kazrina, awak okay? Nak saya tolong.”cemas saja suara Hakimi Lufti , wajah pucat Kazrina direnung sayu. Kazrina menggeleng-geleng kepalanya.
“Kiemy, Rina.”panggil Tengku Mikhail. Dari jauh lagi Tengku Mikhail perasan kehadiran Hakimi Lufti ketika Misya dan Kazrina berpelukan. Dia tahu apa yang terjadi, dia pun berada didalam restoran itu. Amar Amsyar memang sudah melampaui batas.
“Mike, kau dari mana?”soal Hakimi Lufti . Tengku Mikhail tidak menjawab pertanyaan Hakimi Lufti , wajah pucat Kazrina menjadi keutamaannya.
“Kiemy, aku nak bawa balik Rina. Dia tak sihat ni, can you excuss us.”tanpa persetujuan Kazrina, Tengku Mikhail mencempung wanita itu. Kazrina sudah tidak larat lagi, nasib baik Tengku Mikhail sudi menolongnya. Dia rela didukung Tengku Mikhail daripada Hakimi Lufti , Tengku Mikhail sudah menjadi pelindungnya kini.
“Sure bro, nanti aku cakap pada bos dia. Kau bawalah dia balik, kesian aku tengok wajah pucat dia. Jangan lupa bawa ke klinik juga.”pesan Hakimi Lufti , Tengku Mikhail menggangguk. Kazrina dalam dukungannya hanya mengangguk lemah, tidak berdaya lagi. Nasib baik kereta Audi sportnya berada tidak jauh dari situ.
Tubuh lemah Kazrina diletakkan dalam kereta, Tengku Mikhail menghidupkan enjin kereta lantas menderu pergi meninggalkan bangunan pejabatnya.
Dalam perjalanan, Tengku Mikhail sempat menelefon pembantunya.”Taza, batalkan semua meeting saya petang ini dan juga esok. Saya cuti kecemasan hari ini dan esok. Oh ya, please inform Amar Amsyar that I need to see him the day ofter tomorrow. Tell him, it’s very very urgent.”Selesai memberikan arahan pada pembantunya, Tengku Mikhail memfokuskan pada pemanduannya.
Arahan Tengku Mikhail tadi membuatkan Taza tersentak, “Apa yang urgent sangat, hish susah betul bila angin bos serba tak kena.”bebel Taza dalam hati.
Sampai di pintu klinik, Tengku Mikhail ingin mendukung Kazrina. Tetapi ditolak oleh wanita itu, dia mahu berjalan sendiri.”Degil!”marah Tengku Mikhail. Kazrina tersenyum pahit.
“Nanti baby pun sama degil macam mama dia. Suka sangat buat daddy sakit hati.”omel Tengku Mikhail lagi. Marah-marah pun Tengku Mikhail tetap tidak membiarkan Kazrina berjalan tanpa bantuannya. Dipapahnya sampai mereka masuk ke dalam klinik.
Dalam bilik pemeriksaan, Kazrina diberikan suntikan untuk menguatkan rahimnya. Wajah Kazrina tidak lagi pucat seperti tadi, sudah beransur pulih seperti biasa.
“Encik, isteri encik ni stress sangat. Boleh saya apa yang membuatkan dia begitu?”soal doktor yang bernama Tilla.
“Isteri saya ni degil doktor, suruh rehat tak nak. Asyik pentingkan kerja, sampai tak ingat nak makan pun.”bebelan Tengku Mikhail mengundang senyuman dibibir Kazrina.”Macamlah dia betul-betul bapa kepada anaknya.”
“Tak bolehlah macam itu Puan Kazrina, kesihatan haruslah diutamakan. Kalau boleh, buat masa ini Puan berhenti kerja. Duduk dirumah sambil rehatkan minda, puan terlalu stress dan ini tidak baik untuk kandungan yang baru mencecah 3 bulan.”Nasihat Doktor Tilla mengundang tawa dihati Tengku Mikhail.”Padan muka.”
“Saya dah cakap, berhenti kerja. Bukannya saya tak mampu nak tangung dia, lebih dari pun saya boleh bagi. Tapikan doktor, isteri saya ni memang degil sikit. Harap-harap baby kami nanti tak sedegil macam mama dia. Kalau tidak susah daddy dia nak jaga.”adu Tengku Mikhail. Doktor itu tersenyum, suka melihat keperihatinan lelaki ini.
“Tengok tu puan, beruntung ada suami macam ini. Puan patut dengar cakap suami puan, insyaallah semuanya akan baik-baik belaka.”Kazrina menunduk, ingin menangis. Kebaikan Tengku Mikhail meruntun jiwanya, nasihat doktor juga membuatkan dia terharu. Tapi ini semua tidak sepatutnya berlaku, baby ini bukan kepunyaan Tengku Mikhail. Amar Amasyar yang patut menjaganya dan bukannya Tengku Mikhail. Melihat Kazrina diam mebisu membuatkan hati Tengku Mikhail resah.
“Doktor, I think enough for today. Lagipun mama dan baby pun dah penat. Saya minta diri dulu. Terima kasih diatas nasihat doktor, saya akan pastikan isteri saya tidak stress lagi. Saya akan pantau dia untuk sehari dua ini. Doktor jangan risau, thanks again.”Tengku Mikhail membantu Kazrina bangun. Setelah mengucapkan terima kasih, Kazrina dan Tengku Mikhail keluar dari bilik doktor Tilla.
Selepas balik dari klinik, kereta Tengku Mikhail meluncur menuju kediaman rumahnya. Terperanjat Kazrina apabila kereta Tengku Mikhail berhenti disebuah banglo. Pintu pagar terbuka secara automatik, kelihatan seorang wanita berusia pertengahan 50an keluar menyambut mereka.
“Khail dah balik? Awalnya.”sapa wanita itu ketika melihat Tengku Mikhail keluar dari keretanya. Tengku Mikhail tersenyum, “Baru Mak Jah, kejap ya.” Tengku Mikhail berlari ke sebelah pintu penumpang. Dia membantu Kazrina keluar dari perut kereta. Mak Jah terpegun,”siapa wanita ini?”
“Mak Jah, saya perkenalkan ini Kazrina Atirah. Mulai hari ini dia akan tinggal bersama-sama kita disini.”Kazrina tersentak, Mak Jah pula tersenyum lebar.
“Mari masuk Kazrina, hari ini Mak Jah masak gulai asam pedas ikan tenggiri.”pelawa Mak Jah. Kazrina bersalaman dengan Mak Jah sebelum melangkah masuk. Tengku Mikhail mengeluarkan beg-beg kepunyaan Kazrina dari boots kereta.
“Beg siapa ni Mikhail?”soal Kazrina setelah terlihat Tengku Mikhail masuk bersama 2 buah beg besar.
“Beg Rina lah, beg siapa lagi.”Kazrina tergamam, “Beg aku?”
“Masa bila Mikhail pergi rumah Rina ambil, dan macam mana Mikhail tahu dimana Rina tinggal.”soal Kazrina bertalu-talu. Mujur Mak Jah sudah ke dapur, kalau tidak tentu Mak Jah juga pelik dengan pertanyaan Kazrina.
“Masa kita ke klinik, Mikhail suruh pembantu pergi rumah sewa Rina. So, mereka punggah semua pakaian Rina dan masukkan ke dalam beg. Lepas tu kami jumpa sekejap masa Rina ke tandas, masa tulah dia orang masukkan beg-beg ini dalam boots kereta.”terang Tengku Mikhail.
“Mikhail, Rina hargai pertolongan yang Mikhail hulurkan. Tapi ini sudah melampau, kenapa tak tanya dulu pendapat Rina. Lagipun Rina kan masih isteri Amar Amsyar.”marah Kazrina. Tengku Mikhail tayang muka tak bersalah, Rina geram.
“Nope dear, you are free as soon your baby born. Read this!”Tengku Mikhail menyerahkan sampul surat berwarna coklat kepada Kazrina. Sampul dibuka, satu surat bertarikh semalam dari pejabat agama. Surat pengesahan perceraian diantara dia dan Amar Amsyar. Dalam surat itu menyatakan bahawa talak akan jatuh sebaik saja Kazrina melahirkan bayinya. Tiada tempoh edah dikenakan sebab Kazrina mengandung semasa Amar Amsyar melafazkan talak.
Terduduk Kazrina, saat habis membaca surat itu. Amar Amsyar benar-benar mengotakan janjinya. Lelaki itu telah menceraikannya, sampai hati Amar Amsyar berbuat dia begitu. Tak sayangkah lelaki itu pada anak yang dikandungnya. Dimana sumpah janji setia ingin hidup bersama dirinya. “Memang betul cinta abang cinta speed. Sebab itu cinta itu abang ukur mengikut meter dijalanan. Selepas tamat dijalanan, dibuang begitu saja.”keluhan Kazrina menarik perhatian Tengku Mikhail. Dia mendekati Kazrina, ingin dipeluk bahu wanita itu tapi ditahan. Takut Kazrina marah.
“Rina, anggap saja jodoh Am dan Rina tak panjang. Rina masih muda, perjalanan masih jauh. Ingat, Rina masih ada baby yang masih memerlukan perhatian mamanya. Dan Rina tak sendirian, masih ada Mikhail dan baby juga masih ada daddynya. Walaupun Rina tak suka pada Mikhail, anggap saja pertolongan dari Mikhail adalah pertolongan seorang kawan terhadap kawan yang dalam kesusahan.”panjang lebar Tengku Mikhail berhujah, airmata Kazrina mengalir diseka dengan hujung jarinya. Tidak akan dibiarkan wanita itu menangis lagi.
“Terima kasih Mikhail.”gengaman tangan Tengku Mikhail dibalas Kazrina. Dia tidak sendiri lagi, dulu ada Amar Amsyar yang sudi menjaganya, tapi setelah dibuang masih ada yang sudi mengutipnya. Dulu Kazrina cukup benci dengan sikap kasanova Tengku Mikhail, tetapi setelah mengenali hati budi lelaki ini. Kazrina percaya Tengku Mikhail tidak sejahat itu, masih ada sifat perikemanusian dalam diri lelaki yang bernama Tengku Mikhail Khazi.
“Khail, mari makan. Ajak Kazrina sekali. Mak Jah dah siapkan kat atas meja.”laugan Mak Jah mematikan perbualan mereka. Tengku Mikhail bangun diikuti Kazrina, hayunan langkah mereka seiring menuju ke meja makan. Petang itu mereka berdua makan awal, Tengku Mikhail harus pergi menemui seseorang manakala Kazrina perlukan rehat secukupnya. Selesai makan, Tengku Mikhail membawa Kazrina ke bilik tamu yang berada di sebelah bilik Mak Jah.
“Ini bilik Rina. Dekat dengan bilik Mak Jah, kalau ada apa-apa senang sikit nak panggil Mak Jah.”beg-beg Kazrina dibawa masuk. Kazrina terpegun, biliknya sederhana besar menarik perhatiannya. Ada sebuah meja solek, almari tiga pintu dan meja sisi disebelah katil dan juga bilik ini dilengkapi dengan bilik air.
“Mikhail, bilik ini…’Kazrina berjeda..
“Kecik sangat kah? Nak tukar bilik lain?”soal Tengku Mikhail. Kazrina menggeleng.
“Bukan..bukan..bilik ini besar juga. Okay ke saya tinggal kat sini?”pertanyaan Kazrina mengundang tawa dihati Tengku Mikhail.
“Jangan risau, saya tak akan apa-apakan Rina. Malah privasi Rina pun saya tak akan ceroboh. Saya cuma nak Rina selesa tinggal disini. Saya nak Rina duduk rehat saja, jangan pandai-pandai nak buat kerja-kerja rumah. Kalau Rina perlukan apa-apa, minta saja pada Mak Jah.”Kazrina ingin membantah, tapi ditahan Tengku Mikhail.”No Rina, for this time please listen to me for once. I don’t want anything happen to you or the baby. Just once, it’s all that I ask from you.”selesai berkata, Tengku Mikhail menutup pintu bilik Kazrina. Kazrina terduduk, kata-kata Tengku Mikhail menerjah cuping telinganya.
Tengku Mikhail melangkah masuk kebilik tidurnya. Dibuka laptop, tangan laju menaip surat perletakkan jawatan bagi pihak Kazrina. Dia akan menghantarnya sendiri pada Hakimi Lufti esok. Dia akan uruskan semuanya bagi pihak Kazrina, mulai detik ini dia yang akan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap Kazrina. Dia ingin buktikan kepada Kazrina, cintanya pada wanita itu melebihi segala-galanya. Malah anak yang dikandung Kazrina bakal menjadi anaknya juga, dia tidak akan sesekali membenarkan Amar Amsyar menuntut hak ke atas anak itu.
Malam itu tidurnya Kazrina lena sekali, hilang stress. Dia benar-benar dalam ketenangan, tiada apa lagi yang perlu dirisaukan. Namun tiba-tiba terlintas dibenaknya tentang keluarganya, apa khabar adik-adiknya Kartina, Kartina dan juga Khairul Azuan. Apa terjadi pada mereka semua, sudah lama dia tidak mengirimkan berita, lebih 6 bulan lamanya. Duit pun dia hanya masukkan ke dalam akuan Kartina. Walaupun tidak seberapa duit yang dimasukkan ke dalam akaun Kartina, adiknya itu tidak pernah telefon untuk bertanya. Kazrina melihat jam dimeja sisi, baru pukul 9 malam. Dia mengambil telefon bimbitnya, nombor telefon Kartina didail.
“Assalamualaikum Along.”kedengaran suara ceria Kartina ditalian.
“Waalaikumsalam angah, rindunya along pada angah.”Kazrina menguntum senyum.
“Angah pun, along apa khabar?”soal Kartina.
“Along baik, angah dan adik-adik macam mana?”
“Kami disini semuanya baik-baik saja. Kebetulan satu hari tu ibu sakit, tapi angah dah bawa dia ke klinik dengan bantuan abang Mikhail.”ujar Kartina ceria. Kazrina tersentak, “Tengku Mikhail”
“Angah.. macam mana abang Mikhail boleh tahu tentang keluarga kita.”soal Kazrina pula. Pelik, sejak bila Tengku Mikhail ambil tahu tentang sakit pening ahli keluarganya.
“Baru-baru ini saja along, katanya along yang minta dia tengokkan kami.”jelas Kartina.
“Abang Mikhail buat apa lagi?”soal Kazrina lagi.
“Setiap minggu, abang Mikhail datang jenguk kami semua. Duit belanja semuanya dia tangung termasuklah sewa rumah. Semuanya abang Mikhail tolong bayarkan. Dia juga ada pesan, kalau ada apa-apa jangan lupa telefon dia. Dia siap pesan lagi, yang kami semua ini dibawah tangungjawab dia sekarang.”kata-kata Kartina membuatkan Kazrina menangis. Sampai begitu sekali Tengku Mikhail sanggup lakukan untuk aku. Tangungjawab yang sepatutnya digalas oleh Amar Amsyar kini dilakukan oleh Tengku Mikhail, apa maksud semuanya ini. Apa yang Tengku Mikhail cuba lakukan.
“Okaylah angah, nanti kalau along telefon lagi. Dah malam ni, kirim salam pada adik-adik dan juga ibu. Kata pada mereka along sayang mereka semua.” Talian dimatikan sebaik saja Kartina mengucapkan selamat malam. Kazrina termenung, Tengku Mikhail telah banyak berubah. Dia perlukan penjelasan dari lelaki itu. Esok dia akan bertanyakan sendiri pada lelaki itu.
~Bersambung~
ooo diorng bertiga ni kawan baik rupanya.... patutlah! kak has.... i mitk kebenaran letak link dekat fb i ya! :)
ReplyDeleteBoleh sayang..apa-apa je lah. Glad you like the story.
Delete