Thursday, 20 December 2012

SPEED - Cintaku Bukan Sekadar Di Meter Jalanan (Bab 13)


Bab 13

 “Encik Hakimi Lufti , ada tetamu hendak berjumpa.”kedengaran suara Nani ditalian.

 
 “Siapa Nani?”


“Nama dia Tengku Mikhail Khazi.”Hakimi Lufti  tersentak. 

 
“Minta dia tunggu dibilik mesyuarat, sekejap lagi saya datang.” Arahan Hakimi Lufti  dituruti Nani.  Dia membawa tetamu ke bilik yang berada disebelahnya.


”Silakan Tengku, Encik Hakimi Lufti  akan datang sebentar lagi.”pelawa Nani dengan senyuman manis.

 
“Terima kasih.”Tengku Mikhail turut melemparkan senyuman.  Bukan senyuman nakal, tapi sekadar bersikap sopan dengan Nani.  Hakimi Lufti  muncul di pintu bilik setelah 5 minit Tengku Mikhail menanti kedatangannya.


Wei bro, what’s up?”pertanyaan Hakimi Lufti  dijawab dengan salam.


“Assalamuailaikum.”Hakimi Lufti  tersengih dengan sikap lepas lakunya. 


“Waalaikumsalam, sorry bro aku teruja sikit sebab kau sudi datang ofis aku.”jawab Hakimi Lufti  pula.  Tengku Mikhail hanya mengumam.

 
“Aku nak serahkan ini pada kau.”sampul surat bertukar tangan.  Hakimi Lufti  membukanya, hampir terbeliak matanya melihat isi kandunga surat itu.

 
“Kazrina nak resign within 24 hour, but why?.”soal Hakimi Lufti . 

 
“Aku yang nak dia berhenti kerja. Disebabkan kesihatannya aku putuskan dia quit from the job.”terang Tengku Mikhail. 

 
Look Mike, she needs this job.  Otherwise siapa nak tanggung dia nanti.  Duit rumah, makan pakai dan yang lebih penting lagi apabila dia bersalin nanti.  Siapa nak bertangungjawab, Amar Amsyar?”berang Hakimi Lufti .  Tengku Mikhail suka membuat keputusan tanpa bertanyakan pendapat Kazrina.

 
“Aku dah bincang dengan dia semalam.  Lagipun aku tak mahu lihat dia stress mengadap muka Amar Amsyar.  Aku nak dia dapat rehat yang secukupnya sehingga dia selamat bersalin, twice already she admitted. Aku tak mahu apa-apa jadi pada anak aku.”tegas Tengku Mikhail.  Hakimi Lufti  terkejut, “Bila masa anak Kazrina jadi anak Tengku Mikhail.”

 
Wait..wait..since when Kazrina’s baby become yours.  Did I miss something?”Hakimi Lufti  menuntut kebenaran.  Dia mahu Tengku Mikhail ceritakan semuanya, dia mahukan penjelasan.

 
Kazrina will be single mom once she delivered her baby. Amar Amsyar dah ceraikan dia, talak dah dilafazkan.  Cuma disebabkan Kazrina mengandung, talak akan jatuh sebaik saja bayi dilahirkan.  Buat sementara waktu, aku akan jaga Kazrina sampai dia selamat melahirkan anaknya.  Aku harap kau faham situasi ini, aku tak mahu Kazrina stress lagi.  Ini akan membahayakan anak yang dikandungnya. “Hakimi Lufti  meraup wajahnya, tindakan Tengku Mikhail mendahuluinya.  Kalau boleh dia juga ingin membantu Kazrina, namun hampa bila Tengku Mikhail bertindak terlebih dahulu darinya.

 
“Okay bro, I’ll approve her application of resignation without her to pay back the notice.”Akhirnya Hakimi Lufti  bersetuju melepaskan Kazrina tanpa membayar notis sebulan bekerja.  Tengku Mikhail lega, Hakimi Lufti  sudi bertolak-ansur.

 
Thanks bro.  If you need me to pay the notice, then I will.”Tengku Mikhail mengeluarkan buku ceknya.

 
“Hey, kan aku dah cakap tak perlu. Aku dah luluskan tanpa sebarang persoalan.  Satu saja yang aku minta, please take good care of her.”pinta Hakimi Lufti  penuh berharap.  Dia tak mahu Kazrina menjadi mangsa sekali lagi.

 
Don’t worry Kiemy. Aku akan jaga dia dan baby kami.  Kalau kau nak datang melawat, aku tak kisah.  Kalau boleh masa kau datang aku ada bersama, aku tak mahu dia rasa in secure pula.”Hakimi Lufti  mengganguk, Tengku Mikhail bangkit dari kerusi.  Misinya sudah selesai, tinggal ada beberapa perkara yang perlu dia lakukan.

 
Thanks Kiemy, aku nak balik dulu.  Ada banyak kerja yang harus aku selesaikan. Anything, just call me. This my card.”Hakimi Lufti  menyambut kad nama dari tangan Tengku Mikhail sebelum lelaki itu beredar meninggalkan ruang pejabatnya.


Hakimi Lufti terduduk, surat perletakkan jawatan Kazrina dipandang sepi.  Dia hampa, harapan untuk mendekati Kazrina Atirah punah.  Tengku Mikhail sudah mendahuluinya, dan dia berputih mata.  


“Kenapalah semua perempuan yang aku inginkan selalu Mike yang dapat.  Apa kurangnya aku, hensemlah juga.”detik hatinya. 

“Tak mengapa, mungkin aku tidak ada jodoh dengannya, tapi suatu hari nanti aku pasti ada seseorang seperti Kazrina Atirah akan menjadi teman hidupku.  Dan itulah doaku setiap hari.” Langkah longlainya dibawa menuju ke ruang pejabatnya.  Teguran dari Nani dan juga pembantunya tidak dihiraukan.  Moodnya berubah, dia harus menangani masalah ini sebaik mungkin.  Cinta tidak semestinya untuk dimiliki, tapi cukup untuk dirasai.

--------------------------

 
Langkah Tengku Mikhail menuju ke bangunan pejabatnya.  Pembantunya Taza terkejut dengan kehadirannya.”Tengku, kata cuti hari ini.”

 
“Memang saya cuti, tapi ada perkara yang perlu saya selesaikan sikit.  Awak boleh tolong panggilkan Encik Amar kebilik saya.”ujar Tengku Mikhail sebelum masuk semula ke pejabatnya.

 
Interkom dimeja berbunyi, Taza ditalian.”Tengku, encik Amar tak datang hari ini.  Menurut setiausahanya dia bercuti selama 2 hari.”

 
“Okay Taza, thanks for the info.”Tengku Mikhail menyandar dikerusi empuknya.  Amar Amsyar bercuti? Kemana sepupunya pergi.  Fikirannya merewang mengenangkan Kazrina, kesian wanita itu.  Jam ditangan dikerling, sudah hampir jam 11 pagi.  Dia perlu pulang ke rumah, ada kontrator akan datang buat perubahan dibilik sebelahnya. Bilik itu akan dijadikan bilik bayi nanti setelah Kazrina selamat melahirkan anaknya.  Pada masa yang sama, dia turut teruja menanti kelahiran anak itu.  Macam dia pula yang mahu jadi daddy, apa salahnya kan.

 
Kazrina bangun lewat, jam menunjukkan hampir pukul 10.30 pagi.  Belum pernah dia bangun selewat ini, gara-gara tidur selepas subuh dia terlajak bangun.  Pintu bilik diketuk, Kazrina bangkit membuka pintunya sedikit.  Kelihatan Mak Jah menatang dulang berisi makanan.

 
“Mak Jah, kenapa susah-susah. Rina boleh ambil sendiri kat dapur.”pintu bilik dibuka luas, Mak Jah masuk dan meletakkan dulang dimeja sisi.

 
“Khail suruh Mak Jah siapkan untuk Rina.  Dia kata Rina tak perlu keluar untuk sarapan, biar Mak Jah bawakan untuk Rina.  Khail pesan jangan bagi Rina banyak bergerak, takut memudaratkan baby pula.”celoteh Mak Jah.  Dia senang melihat perubahan Tengku Mikhail, lelaki itu tidak lagi pulang lewat malam dalam keadaan mabuk-mabuk sejak sebulan yang lalu.  Bila ditanya, Tengku Mikhail kata dia ingin berubah demi seseorang dan yang lebih penting lagi demi anaknya.  Sekarang baru Mak Jah tahu siapakah gerangan yang telah membuatkan Tengku Mikhail berubah.

 
“Mak Jah suka dengan keadaan sekarang, Khail dah jauh berubah dari dulu.  Terima kasih Rina, sebab Rina Khail jadi begini.”ujar Mak Jah sambil melabuhkan punggung dibirai katil.  Kazrina yang duduk disebelah tersenyum manis.

 
“Mikhail berubah kerana dirinya Mak Jah dan bukannya kerana Rina.”jawabku tenang.  Tak mahu Mak Jah fikir yang tidak-tidak.

 
“Betul Rina, Mak Jah tak tipu.  Mikhail benar-benar sudah berubah dan Mak Jah suka dengan perubahan ini.  Kalau Rina nak tahu setiap hari selasa dan khamis, Khail akan ke masjid terdekat untuk belajar mengaji dengan Iman Mahmud.”ujar Mak Jah lagi, “Mak Jah pun terkejut juga, tapi bila rasa perubahan ini membawa kebaikan Mak Jah bersyukur sangat-sangat.”

 
“Err..Mak Jah, Mikhail ada cerita tak siapa Rina sebenarnya.”pertanyaan Kazrina mengundang tawa dibibir Mak Jah.

 
“Tentulah, sebab itu Mak Jah yang cadangkan agar dia bawa Rina tinggal disini.  Mak Jah akan jaga Rina sehingga selamat melahirkan bayi ini.  Mak Jah kenal siapa bekas suami Rina, dia selalu juga datang ke mari sebelum ini.”terang Mak Jah, Rina tersentak. “Maknanya Mak Jah sudah tahu kedudukan aku. Malunya.”desis hati ini.

 
“Rina jangan risau, Mak Jah tahu niat Khail baik.  Memang dulu dia pun nakal juga sama naik dengan Am.  Tapi nakal Am dengan Mikhail tak sama, Am lebih cenderung pada lumba kereta dan wanita yang mengelilinginya semuanya disebabkan kehebatannya.  Tapi Mikhail tidak, dia lebih kepada wanita-wanita cantik untuk dipermainkan hati mereka.  Bab lumba kereta, kalau antara Am dengan Mikhail.  Tentulah Am yang jaguhnya, Mikhail pula sekadar suka-suka saja.”terbit tawa lucu dibibir Mak Jah bila menceritakan perihal dua orang lelaki itu. Aku turut tertawa,  lucu bila Mak Jah membandingkan diantara Tengku Mikhail dan Amar Amsyar.

 
Sedang aku berbual-bual dengan Mak Jah, terdengaran deruman enjin kereta memasuki halaman rumah.”Dah balik pun Khail, Mak Jah keluar dulu ya Rina.  Nak tengok Khail kejap, Rina makanlah dulu.”Mak Jah memohon diri, dia keluar sambil merapatkan daun pintu.  Aku bangkit, langkah menuju ke pintu. Belum sempat aku sampai, pintu bilik diketuk dan tombol pintu dipulas dari luar.  Tersembul wajah Tengku Mikhail disitu, “Sudah bangun tuan puteri?”aku melemparkan senyuman membalas senyuman Tengku Mikhail.

 
“Hari ini puteri malas bangun pagi, sudahnya dekat pukul sepuluh lebih baru bangun.”ceritaku padanya, Tengku Mikhail tertawa lucu.

 
“Boleh Mikhail masuk.”pintanya.  Aku menggangguk, Tengku Mikhail melangkah masuk.  Pintu dibiarkan terbuka luas saat dia melabuhkan duduk dikerusi yang ada berdekatan meja solek.

 
“Macam mana hari ini?”soalan pertama keluar dari mulutnya.

 
“Alhamdulillah, sihat sikit dari semalam.  Terima kasih Mikhail, sebab sudi jagakan saya.”ujar Kazrina lantas melabuhkan duduk dibirai katil.

 
Good, baby nakal tak hari ini?”tanyanya lagi.  Aku hanya menggeleng kepala.

 
“Hari ini Mikhail masih bercuti, kalau Rina nak kemana-mana Mikhail boleh temankan.”pelawanya. Kazrina mengerut dahi, rasanya memang dia teringin sangat keluar berjalan-jalan.  Tapi kemana ya.

 
“Rina nak keluar, ada barang yang perlu Rina beli.  Khail sudi temankan tak?”tanyaku padanya, tanpa sedar aku sudah memanggilnya’Khail’ dengan panggilan mesra.

 
Dahi Tengku Mikhail mengerut,”Betul kah apa yang aku dengar, Kazrina memanggil aku dengan nama ‘Khail’, itupun dengan intonasi mesra.  Dalam hatinya sudah berbunga.

 
“Rina panggil Mikhail apa tadi?”sengaja Tengku Mikhail bertanya semula pada Kazrina.  Kazrina tersenyum, dia tahu Tengku Mikhail dengar apa yang dia katakan.

 
“Rina tanya, sudikah Khail temankan Rina keluar jalan-jalan hari ini. Itu saja!”rajuk Rina, geram sebab Tengku Mikhail seperti mempermainkan dirinya pula.

 
“Itu Mikhail tahu, tapi tadi Rina panggil Mikhail dengan nama ‘Khail’ kan?”lagi selagi Tengku Mikhail bertanya, Kazrina pula malu.

 
“Ya, Rina panggil Khail, salah ke? atau nak Rina panggil Mikhail jugak ke?”soal Kazrina dalam geram.

 
“Tak..tak.. saya suka bila Rina panggil Khail. Lebih mesra sikit, I like it.”Tengku Mikhail tersengih-sengih suka. Kazrina menunduk,  mukanya pasti sudah merona kemerahan menahan malu.

 
“Atau nak saya panggil ‘Mike’ ke?”ajuk Kazrina lagi, tak mahu mengalah.

 
That’s name! no.. no.. please, I like when you call me Khail instead of Mikhail or Mike.”pintas Tengku Mikhail pula.

 
“Kenapa pula, selama ini semua orang memanggil Khail, Mike tak gitu.”provoke Kazrina.

 
“Biarlah orang mengenali saya dengan nama itu, tapi untuk Rina saya mahu Rina panggil saya ‘Khail’.  Rasa seperti orang yang baru dilahirkan semula.”rendah suara Tengku Mikhail ketika berkata begitu.

 
“Khail, saya minta maaf.”Kazrina bangun lantas menghampiri Tengku Mikhail.  Bahu lelaki itu diusap perlahan.  Tengku Mikhail mencapai tangan Kazrina, ditarik lantas dikucup lembut.

 
“Terima kasih.”Kazrina melemparkan senyuman manis.

 
“Jom.”ajak Kazrina.

 
“Kemana?”soal Tengku Mikhail, tangan Kazrina masih digengam Tengku Mikhail



“Lah, kata nak ajak Rina keluar tadi. Jomlah.”Tangan Tengku Mikhail ditarik, Tengku Mikhail bangkit dari duduk.

 
“Ni sarapan, siapa nak makan?”ujar Tengku Mikhail sambil menunjukkan ke arah dulang yang berisi sarapan Karina.

 
“Biar Mak Jah yang makan.  Rina nak makan spaghetti bologonies, baby yang nak.”tutur Kazrina sambil mengusap perutnya. Tengku Mikhail tersenyum lebar.

 
“Yelah tu, baby yang nak makan konon.  Entah-entah mama dia yang sibuk nak makan.”ejek Tengku Mikhail.  Kazrina menayang muncung, Tengku Mikhail tertawa riang.

 
“Yelah..yelah.. nanti panjang pula merajuknya. Baby punya pasal, daddy sanggup beli.”Tengku Mikhail mengalah, giliran Kazrina pula tertawa riang.

 
Tengku Mikhail keluar dari bilik diikuti Kazrina, tangannya masih dalam gengaman Tengku Mikhail.  Masing-masing tidak sedar perbuatan mereka dilihat oleh Mak Jah dengan hati senang.”Terima kasih Ya Allah, akhirnya Tengku Mikhail telah menemui insan yang boleh membahagiakan dia.”doa Mak Jah dalam hati.

~Bersambung~

3 comments:

  1. huhu.. dh makin best....

    nak new n3.. tahniah cik writer

    ReplyDelete
  2. kak has....

    caringnya mike ni... apa jadi dgn amar? kaz sayang ammar ke tidak? xpayah la bagi kaz pada amar tu. dia xpandai hargai! beri je pada org yg lebih menghargai kaz. berebut org mahukan kaz ye dak?

    ReplyDelete