Bab
11
“Kazrina tersedar dari pengsan, dia memandang sekeliling. Hanya
dinding bercat putih dan terdapat bau ubat yang menyegat dihidungnya. Tahulah dia dimana dia berada kini, dia
dihospital. Dipandang sisinya, Tengku
Mikhail terlena disebelah kirinya.
Diraba-raba kepalanya, “nasib baik aku masih bertudung. Kalau tidak sia-sia saja auratku dilihat oleh
orang luar.”
“Tengku Mikhail,”Kazrina mengejutkan lelaki itu, tiada respon. Sekali lagi dia mengejutkan lelaki itu, kali
ini dengan mengoncangkan sedikit tangan Tengku Mikhail. Tengku Mikhail tersedar, digosok matanya
berkali-kali siap menguap lagi. Jam
ditangan dikerling, sudah hampir pukul 9 malam.
“Kenapa Rina, awak lapar ke?”soalnya dengan suara serak basah. Baru bangun tidur, suara pun seksi. Kazrina tersenyum, wajah bangun tidur Tengku
Mikhail comel pada pandangan matanya.
“Lapar juga, tapi sebelum tu saya nak ke bilik air. Boleh awak tolong saya?”pinta Kazrina. Tengku Mikhail menghulurkan tangan, Kazrina
teragak-agak sama ada mahu menyambutnya ataupun tidak.
“Keadaan darurat, saya faham.
Saya tak akan apa-apakan Rina, percayalah”pujuk Tengku Mikhail, dia mahu
Kazrina selesa dan tidak ragu-ragu dengan kebaikannya.
Genggaman tangan mereka bersatu, dalam hati Tengku Mikhail sudah
berdebar-debar. Kazrina pula menunduk,
mukanya merona kemerahan menahan malu.
“Hati-hati”ujar Tengku Mikhail, apabila sampai ke pintu bilik air Tengku
Mikhail sempat berpesan. “Jangan
dikunci, rapatkan saja. Kalau ada
apa-apa senang saya nak bantu.”Kazrina mengangguk.
Setelah 5 minit berlalu, pintu bilik air dikuak dari dalam. Muncul
wajah Kazrina, Tengku Mikhail ingin mendekati tapi dilarang Kazrina.”Saya ada
wuduk.” Mengerti kata-kata Kazrina, Tengku Mikhail menjauh. Perlahan-lahan Kazrina melangkah, akhirnya
sampai ke katil dilabuhkan duduknya.
“Tengku, boleh tolong ambilkan beg saya.”Dicapai beg Kazrina yang
mengandungi telekung lantas dihulurkan kepada wanita itu.
“Awak nak solat sambil duduk ke?” soal Tengku Mikhail. Kazrina mengangguk.
“Tunggu kejap, saya tanya nurse
mana arah kiblat.”Tengku Mikhail berlari keluar menuju ke kaunter. Tak sampai seminit, Tengku Mikhail datang
semula bersama seorang nurse
disisinya.
“Akak nak solat? Ikut arah sini.” Selepas Kazrina mengucapkan terima
kasih, nurse bernama Shila itu
berlalu pergi. Tengku Mikhail turut sama
keluar dari bilik itu, ingin ke café berdekatan. Sementara Kazrina sedang bersolat, bolehlah
dia pergi memberi makanan untuk mereka berdua.
10 minit berlalu, Tengku Mikhail kembali bersama beberapa bungkusan
makanan. Kazrina tersenyum manis, Tengku
Mikhail terpana. Dia melihat seperti
bidadari yang sedang tersenyum padanya.
“Saya belikan Rina makanan.
Tadi kata lapar.” Tengku Mikhail membuka bungkusan polisterine yang
mengandungi nasi goreng. Diletakkan sudu
dan disuakan kepada Kazrina, wanita itu menyambutnya.”Terima kasih.”
Tengku Mikhail turut membuka polisterine yang sama, dia turut
menikmati makan malam bersama Kazrina.
Air yang dibeli diletakkan dimeja sisi.
Seumur hidupnya, inilah kali pertama dia makan makanan seperti ini kat
hospital pula tu. Tak pernah dia merasa
begitu ceria, seperti malam ini.
Walaupun tanpa meja dan kerusi yang dihiasi mewah, makanan yang lazat
serta dilayan oleh pelayan yang eksulsif.
Dia bahagia, kenangan yang tidak akan dia lupakan. Tanpa sedar, bibir Tengku Mikhail terukir
senyuman manis. Kazrina pelik, “Kenapa
Mikhail asyik tersenyum-senyum dari tadi.”
“Tengku! Kenapa Tengku asyik tersenyum-senyum dari tadi.”pertanyaan
Kazrina mematikan senyuman dibibir Tengku Mikhail. Wajahnya rasa membahang, panas ke?
“Err..Tak..tak ada..apa-apa..”jawab Tengku Mikhail gugup. “Hish,
mulut ni pun satu. Tak reti nak cover
langsung.”marahnya dalam hati.
“Sedap?”soal Tengku Mikhail, ingin mencari topik perbualan. Sedari tadi mereka berdua hanya berdiam diri
sambil menikmati makanan.
“Boleh lah, daripada tak ada.
Terima kasih Tengku.”
“Terima kasih untuk apa?”
“Sebab tolong bawa saya ke sini, tolong belikan makanan buat saya
dan yang paling penting, terima kasih sebab sudi temankan saya disini. Saya hargai setiap pertolongan Tengku. Satu hari nanti saya akan balas semua
kebaikan Tengku ni”Tengku Mikhail tersenyum lebar, kata-kata Kazrina mencuit
hatinya.
“Kalau Rina nak balas senang saja. Sekarang pun boleh”ujar Tengku
Mikhail.
“Apa dia.”
“Untuk mengantikan ucapan terima kasih, Rina kena panggil saya Mikhail.
No awak or no Tengku-Tengku. Hanya Mikhail,
deal!” Kazrina telan liur, mampukah
dia memanggil nama lelaki itu. Lama juga
Tengku Mikhail menanti jawapan dari mulut Kazrina.
“Baiklah Teng..Mikhail, saya setuju.”Tengku Mikhail tersenyum riang,
hatinya berbunga bila namanya disebut oleh bibir mungil itu.
“Terima kasih.”
“Awak..”belum sempat Kazrina habis bercakap, ayatnya dicantas Tengku
Mikhail.
“Tengok, panggil saya ‘awak’ lagi.
Lain kali kalau Rina panggil Mikhail macam tu , Mikhail nak denda Rina.”Tengku Mikhail merajuk, Kazrina tertawa. Kali pertama melihat lelaki macho merajuk.
“Okaylah Mikhail, lain kali Rina tak panggil macam tu lagi. Promise!”janji Kazrina.
“Ha.. macam tulah. Tadi Rina nak cakap pasal apa?” tanya Tengku
Mikhail sambil menyuap nasi kemulutnya.
“Rina nak tanya, malam ni Mikhail nak tidur dimana?”
“Tidur mana lagi, tidur kat sinilah.”
“Hah! Mana boleh. Nanti apa kata nurse-nurse
kat sini.”pantas Kazrina membantah.
“Kenapa tak boleh pula, lagipun siapa yang nak temankan Rina kat
sini. Untuk pengetahuan Puan Kazrina
Atirah, semua nurse dan doktor disini
dah anggap Mikhail suami Rina. Jadi tak
ada masalah kalau Mikhail nak temankan Rina disini.”terbeliak mata Kazrina
mendengar penerangan dari mulut Tengku Mikhail.
Tidak sangka Tengku Mikhail terlebih dahulu memulakan langkah. Mahu tak mahu terpaksa dia akur dengan
keputusan Tengku Mikhail yang berkeras mahu menemaninya disini.
“Nanti kalau Mikhail tak selesa jangan salahkan Rina ya.”ugut
Kazrina pula.
“Kalau tak selesa, Mikhail panjat katil tidur sebelah Rina.
Boleh?”satu cubitan hinggap dilengan Tengku Mikhail.”Aduh! mana datangnya semut
api ni.” Seloroh Tengku Mikhail. Kazrina ketawa lagi, dan Tengku Mikhail pun
turut sama ketawa. Malam itu, Kazrina
tidak kesunyian lagi. Ada orang yang
sudi menemaninya.
“Mikhail, kalau Rina nak tanya satu soalan boleh?”soal Kazrina
ketika ketawa mereka reda.
“Tanyalah, kalau boleh Mikhail jawab. Kalau tak, esok Mikhail rujuk
dalam buku.”seloroh Tengku Mikhail lagi.
Suka benar dia mengusik Kazrina.
Kazrina memuncungkan bibirnya.
“Buatlah macam tu selalu, nanti baby pun ikut jadi macam mama
dia. Suka merajuk!”Kazrina menekup
bibirnya, takut apa yang dikatakan Tengku Mikhail menjadi kenyataan.
“Kenapa Mikhail baik sangat dengan Rina.”Tengku Mikhail mengambil
bekas polisterine dari tangan Kazrina.
Ditutup dan deiletakkan dimeja sisi. Pertanyaan Kazrina dibiarkan sepi,
tidak tahu bagaimana harus dimulakan.
“Rina, Mikhail bukannya baik sangat. Tapi apabila sepupu sendiri bertindak kejam
dengan orang yang Mikhail sayang. Mikhail
terpanggil untuk membantu Rina, ini semua tindakan refleksi yang muncul dalam
diri Mikhail. Dan percayalah, sejak kali
pertama Mikhail bertemu dengan Rina. Mikhail
jatuh cinta pada Rina tanpa Mikhail duga.
Maafkan Mikhail kerana berterus-terang dengan Rina. Mikhail tahu, dulu mesti Rina anggap Mikhail
ni lelaki jahat, nakal, kasanova, suka bertukar-tukar teman wanita dan banyak
lagilah.”Kazrina tekun mendengar luahan Tengku Mikhail. Lelaki itu menceritakan tentang dirinya,
bagaimana dia terjebak dengan semua ini.
“Mikhail mengaku memang Mikhail agak nakal dulu. Suka bertukar-tukar
teman wanita, suka mempermainkan hati wanita dan pernah juga Mikhail terlanjur
dengan beberapa stok teman wanita Mikhail.
Itu dulu, tapi sejak pertama kali bertemu dengan Rina hati Mikhail mula
berubah. Tiada lagi Lisa, tiada lagi
Sherry, tiada lagi Tila dan juga Danille.
Semuanya telah lupus ditelan waktu.
Hanya ada Kazrina Atirah disini.”bicara Tengku Mikhail sambil menunding
jari ke dada. Kata-kata romantis seorang
kasanova tetap ada, walaupun dalam versi lain.
Kazrina tersenyum, suka dia melihat Tengku Mikhail Khazi yang baru. Tawa kecil meletus dibibirnya tanpa Kazrina
sedari.
“Rina ketawakan Mikhail ya, Lucu sangat ke?”sela Tengku Mikhail
dengan muka cemberut. Merajuk konon,
kelakar juga bila seorang kasanova merajuk buat pertama kalinya.
“Mikhail ni memang lucu, sebab tu Rina ketawa. Ayat-ayat kasanova tu masih ada juga ya? Mikhail..Mikhail..sampai
bila nak berubah ni.”keluh Kazrina, Tengku Mikhail pula tersengih-sengih.
“Ya ke? Mikhail ingat itulah ayat paling romantis yang pernah Mikhail
ucapkan pada seorang perempuan yang bernama Kazrina Atirah. Sumpah! Ini kali
pertama.”tutur Tengku Mikhail sampai mengangkat tangan kanan ke atas seperti
orang mengangkat sumpah pula lagaknya. Sekali lagi meletus tawa dibibir
Kazrina.
“Dah lah Mikhail, Rina mengantuk ni.
Pergilah balik, nanti larut malam susah pula nak drive.”ujar Kazrina sambil menari selimut keparas dada. Tengku Mikhail masih tetap disisi Kazrina,
tiada tanda-tanda ingin beredar. Kazrina
bangkit semula bersama keluhan.
“Kenapa Mikhail, dah malam ni. Balik lah, nanti keluarga Mikhail
cari pula. Rina kat sini baik-baik saja,
lagipun ada ramai nurse dan doktor
yang boleh tengok-tengokkan Rina disini.”Kazrina terdengar Tengku Mikhail
mengeluh, tapi kenapa pula.
“Kan Mikhail dah cakap nak temankan Rina malam ni. So, here I am. Rina jangan degil-degil,
sekarang tidur.”tegas Tengku Mikhail sambil membetulkan selimut Kazrina hingga
ke paras dada.
“Tapi Mikhail…”Kazrina terdiam, Tengku Mikhail terlebih dulu
mencantasnya.”Kan Mikhail dah cakap, jangan nak berdegil. Nanti baby tu pun
jadi macam mama dia juga, degil! tak dengar cakap daddy.” Marah Tengku Mikhail
lagi, tangannya pula sempat menutup tirai tingkap. Kazrina pura-pura pejamkan mata, tak mahu
berbalah dengan Tengku Mikhail lagi. Tengku
Mikhail membiarkan Kazrina tidur dahulu sebelum dia melangkah ke sofa yang ada
dalam bilik VIP itu. Dia melunjurkan
kakinya dan tanpa disedari dia turut terlena disofa itu.
Kazrina yang pura-pura tidur perlahan-lahan membuka matanya setelah
menyedari Tengku Mikhail terlena disofa.
Dia bangkit lantas menghampiri sofa dimana Tengku Mikhail
terbaring. Diambil tuala yang dibeli Tengku Mikhail tadi untuk
dijadikan selimut. Dia menyelimut lelaki
itu dengan hati-hati, takut Tengku Mikhail terjaga. “Dia memang lelaki
kasanova, tapi hatinya baik. Betulkah
dia sepupu kepada suamiku, tapi kenapa perwatakan mereka berdua teramatlah
berbeza. Ya, Allah kau berikanlah aku
pertunjuk, kemana harus aku pergi selepas ini.
Kalau benar Amar Amsyar sudah tidak perlukan aku lagi, Kau berilah aku
kekuatan untuk menempuh hari mendatang dengan penuh kesabaran bersama anak yang
aku kandungkan.”Kazrina mengelap airmata yang mengalir dipipi. Tanpa Kazrina sedari airmatanya jatuh menitis
ke atas lengan Tengku Mikhail, lelaki itu terjaga dalam diam. Tengku Mikhail tidak mahu bangun, dia hanya
membuka sedikit matanya untuk melihat wajah muram Kazrina dalam kelam malam. Sejak Kazrina bangkit dari katil lagi dia
sudah sedar, tapi dibiarkan saja. Tengku
Mikhail ingin melihat apa yang sedang Kazrina lakukan dalam diam. Hatinya tersentuh takala mendengar rintihan
Kazrina tadi.
Kazrina melangkah perlahan menuju ke katilnya. Dia lantas baring dan menyelimutkan dirinya
separas dada. Dipejamkan mata, cuba
mengusir rasa kesedihan yang datang. Dia
harus kuat demi anaknya ini. Jika benar
Amar Amsyar tidak memerlukan dirinya lagi, dia masih ada anaknya disisi. Nasib baik dia masih bekerja, jika tidak dia
tidak tahu kemana lagi harus dia mengadu.
Keluarga sendiri sudah membuangnya, ibu masih marah padanya. Tak mungkin dia kembali kepangkuan keluarga
setelah diceraikanAmar Amsyar.
Telefon bimbit dicapai, nombor telefon Misya didailnya. Jam sudah menunjukan pukul 12 tengah
malam. Lama deringan berbunyi barulah
kedengaran suara serak Misya.
“Sorry babe, aku ganggu
kau tengah malam ni.”pohon Kazrina, Misya menguap malas.
“Takpe Rina, ada apa telefon malam-malam ni?”soal Misya dengan suara
serak.
“Aku nak bagitahu yang aku masuk hospital…”belum sempat habis
bercakap, Misya disana menjerit. Kazrina
menjauhkan sedikit telefon bimbitnya dar telinga.
“Apa?? Kenapa tak inform
aku awal-awal.”marah Misya, jeritan Misya menyedarkan Safuan yang sedang lena
disebelahnya. Berpisat-pisat suaminya
bangun sambil menggosok matanya.
“Misya, boleh tak kau jangan jerit macam tu. Sakit telinga aku, nasib baik tak terkejut
anak aku kat dalam ni.”Misya tertawa kecil, Safuan disebelah menggeleng
kepalanya.”Sorry, abang.” Safuan senyum kelat sebelum baring semula.
“Kau kat hospital mana? Nak aku datang ke?” soal Misya bertalu-talu.
“Eh tak, tak..aku cuma nak bagitahu kau saje. Minta tolong inform rakan sekerja aku cuti sakit seminggu.”terang Kazrina.
“Sekurang-kurangnya kau bagitau aku kau kat hospital mana. Esok kalau sempat aku singgah lawat kau
kejap.”Kazrina terdiam, tidak tahu sama ada perlu atau tidak Misya tahu tentang
Tengku Mikhail yang ada menemaninya disini.
“Hospital Serdang, tapi esok aku dah nak discharge. Tak payahlah kau datang.”dalih Kazrina.
“Habis tu kau nak balik dengan siapa nanti. Tak kan nak naik teksi.”pertanyaan Misya
membuatkan Kazrina terdiam. “Nak jawab
apa ni?’bebelnya dalam hati.
“Tak apa, sebab aku keluar esok pagi-pagi lagi. So, kau jangan risau ya. Tahulah aku
selesaikan masalah ini.”Kazrina harap Misya tidak mendesak lagi.
“Okaylah, kalau dah macam tu.
Tapi kalau kau perlukan bantuan, telefon saja aku.”Kazrina menarik nafas lega,
Misya tidak mendesaknya lagi.
“Babe, thanks ya. Kaulah sahabat aku yang
sejati.”
“Tahu pun.”seloroh Misya.
“Apa-apa pun thanks a lot. Kalau aku dah start
kerja kita jumpa. Selamat malam, maaf
sekali lagi kerana mengganggu kau. Sampaikan salam aku pada Safuan,
assalamualaikum.”aku mematikan telefon bimbit sebaik Misya menjawab
salamku. Sedang aku mengelamun,
ingatanku terarah kepada GM baru syarikat tempat aku bekerja. “Oh, Encik Hakimi
Lufti, aku harus hubungi dia. Macam mana ya, hantar sms ajelah.”putusnya dalam
hati. Kazrina mencari nombor telefon Hakimi
Lufti , jumpa juga akhirnya. Dia menaip
sms kepada lelaki itu.
Salam, En Hakimi maaf
mengganggu. Sy nak inform yg sy cuti
sakit selama seminggu. Harap maklum.-
Kazrina Atirah
Tak sampai seminit, telefon
bimbitnya berdering mengalunkan irama.
Cepat-cepat Kazrina menjawab, tidak mahu deringan itu menganggu tidur Tengku
Mikhail.
“Hello”
“Assalamualaikum”sapa Hakimi
Lufti ditalian, Kazrina malu. Salam Hakimi Lufti dijawab dalam hati.
“Kazrina, awak ke tu?”soal Hakimi
Lufti , gemesik suara itu menerjah gendang telinga Kazrina.
“Ya Encik Hakimi, maaf kalau sms
saya tadi menggangu tidur Encik.”Kazrina serba-salah, takut smsnya tadi menjadi
sebab lelaki itu bangkit dari lenanya.
“Oh! Tak, saya masih
berjaga. Sedang layan tengok DVD,
tiba-tiba ada sms masuk. Awak sakit apa
Kazrina sampai seminggu cutinya.”pertanyaan Hakimi Lufti membuatkan Kazrina membisu seketika. Nafas ditarik perlahan, keluhan terlepas di
perdengaran Hakimi Lufti .
“Saya kat hospital Encik, tadi
pengsan…”belum sempat habis Kazrina bercakap, talian terputus. Hakimi Lufti sudah bangkit, ditutup TV dan DVD lantas kunci
kereta dicapai. Mujur dia memakai
t’shirt dan track bottom. Enjin kereta
dihidupkan, sempat juga dia menghantar sms kepada Kazrina.
Kazrina terpaku, selepas talian
dimatikan dia mendapat sms dari Hakimi Lufti .
Sms saya hospital mana, wad
berapa, sy on d way sekarang!~Hakimi
Kazrina terpana, “habislah aku
kali ini!”
Kereta Hakimi Lufti meluncur laju ke Hospital Serdang, dalam
hatinya berdebar-debar. “Mengapa Kazrina
cuai sampai pengsan, kenapa pula baru sekarang nak bagitau dia dihospital.” Berserabut kepalanya memikirkan keadaan bakal
ibu muda itu.
Tak sampai 20 minit, Hakimi Lufti
sampai.
Berlari dia mendapatkan kaunter pertanyaan, mujur ada pengawal
disitu. Pada mulanya dia tidak
dibenarkan masuk, oleh kerana Hakimi Lufti kata kecemasan sebab isterinya. Jadi pengawal itu membenarkan dia masuk
dengan syarat perlu keluar semula selepas setengah jam. Hakimi Lufti mengangguk, sempat juga dia berterima kasih
pada pemgawal itu.
Langkah kaki Hakimi Lufti menuju ke Wad VIP yang menempatkan
Kazrina. Saat pintu bilik dibuka, Hakimi
Lufti terpana. Ada seorang lelaki yang sedang lena disofa,
manakala Kazrina masih terbaring diatas katil bersama telefon bimbit ditangan.
“Encik Hakimi!”teriak Kazrina,
cepat-cepat dia menekup mulutnya. Nasib
baik bilik VIP ini jauh, kalau tidak tentu jeritannya tadi menggangu tidur
pesakit lain. Terkejut dengan kehadiran Hakimi
Lufti . Tengku Mikhail yang sedang
tidur-tidur ayam turut terbangun apabila mendengar teriakkan halus Kazrina.
Mata Hakimi Lufti bertentang melawan
panahan mata Tengku Mikhail. Dalam hati
masing-masing bersoal jawab “Siapa ni?”
Hakimi Lufti melangkah ke katil Kazrina tanpa menghiraukan
mata Tengku Mikhail yang tajam memandang ke arahnya.
“Awak tak apa-apa Kazrina?”soalan
pertama keluar dari mulut Hakimi Lufti .
Lelaki itu kelihatan amat cemas sekali.
Nafasnya tercunggap-cunggap, mungkin baru lepas berlari.
“Saya okay Encik Hakimi. Tapi
kenapa pula Encik Hakimi datang kemari?”pertanyaan Kazrina dibalas dengan
senyuman. Hakimi Lufti tidak tahu bagaimana hendak dia jelaskan,
semuanya spontan. Apabila mendapat sms
dari Kazrina, hatinya resah. Sebab itu
dia menelefon wanita ini, tak sampai setengah jam dia sudah pun berada disini
dihadapan Kazrina.
“Saya risaukan awak, sebab itu
saya terus kemari.”jawab Hakimi Lufti temengah-mengah. Belum Kazrina menjawab, ada satu suara yang
menyapa.
“Encik Hakimi tak perlu risau,
saya ada untuk Kazrina.”kedua-dua menoleh kesisi. Tengku Mikhail sudah bangun
dan bercekak pinggang. Ada api cemburu
dalam tutur nada itu. Kazrina menelan
liur terasa kelat pula.”Janganlah kedua-duanya bertumbuk disini. Ada pulak yang
kena tidur kat hospital selain aku.”detik hatinya.
~Bersambung~......
Hish kacau jelah hakimi dan mikhail nie. Nak amsyar jugak. Titik.
ReplyDeletebest2
ReplyDeletecerita makin best.. 3 lelaki berebutkan seorang wanita.. really amazing
ReplyDeleteparah2x.... bestnyer jd rebutan kihkih....
ReplyDeleteheehhee..sukanya kalu Kazrina. Jadi rebutan 3 jejaka-jejaka hot
ReplyDelete