Wednesday 27 June 2012

Novel - Teduhan Kasih oleh Marissa


Salam semua,

Hari ini saya bukan nak promote tapi nak kongsi novel terbaru yang ada dipasaran.  Teduhan Kasih karya Kak Marissa yang kini berada dipasaran sejak sebulan yang lalu. 

Ikhlas saya katakan yang saya sudah jatuh hati dengan novel ini, sungguh! kalau nak tahu sudah berpuluh-puluh kali saya ulang baca novel ini.  Malah hari sabtu 2 minggu yang lepas saya telah berpeluang bertemu dengan Kak Marissa di Padgram Mall, Kelana Jaya.  Saya teruja sangat dapat bertemu dengan penulis novel ini.  Disini saya akan berikan sedikit ulasan mengenai novel ini.






Inilah Kak Marissa, penulis cerita Teduhan Kasih.  (Gambar diambil pada 16/6/12)



Novel teduhan kasih ini ditulis dengan bahasa yang indah dan amat senang kita fahami.  Saya suka dengan watak Ehsan a.k.a Papa Ehsan, seorang lelaki yang hidup bergelumang dengan dosa dan noda akhirnya bertemu jodoh dengan Iffa seorang janda yang sedang dalam kesusahan.  Ehsan jatuh hati kepada seorang wanita yang sedang melahirkan anak, memang tak logik kalau kita fikirkan. Tapi sebenarnya itulah takdir tuhan.  Adam yang dianggap anak sial, rupa-rupanya membawa tuah kepada Iffa.  Ehsan telah jatuh sayang kepada anak kecil yang bernama Adam ini sehingga sanggup meninggalkan kehidupan lamanya hanya kerana ingin bersama Adam dan Iffa.

Saya rasa setakat ini saja ulasan, tak mahu tulis banyak-banyak. Cuma pesan saya, kalau nak tahu lebih lanjut bagaimana kesudahan cerita ini. Dapatkanlah novel ini, tak rugi.

Wasalam...

Luv all ~ HaS 

2 comments:

  1. pg kedai buku semua stok abis....geram betllah...baca kat online sampai bab 8 je...tension betullah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bole order melalui online kat karyaseni. Ada diskaun RM3 dan bayaran pos pun percuma.

      Delete