Mama- Akan aku turuti kemahuanmu jika itu akan membuatkanmu bahagia selalu. ~ Anakmu Fareeza
Bab 12
Tidak, aku tidak akan bercinta lagi. Cukup dengan
kenangan yang pernah arwah hadiahkan kepadaku.
Aku tak ingin melupakan arwah, bagiku dia satu-satunya lelaki yang telah
banyak mengajarku erti kehidupan. Tak
akan ada pengganti sepertinya, kerana dia masih lagi bertahkta dihati ini.
Aku
raup muka, kata-kata yang bermain diminda bersama jeritan kecil hati ini telah
membuatkan aku sedar dari mimpi yang panjang.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Petang
ini aku sudah berjanji ingin pulang bersama-sama Jamie dan Fariha. Kebetulan mereka berdua sudah lama tidak
menaiki kenderaan awam. Aku amat mengalu-alukan terutama Fariha, ingin
sekali berkongsi cerita tentang pertemuanku dengan rakan mayaku kepadanya. Jamie seperti biasa ingin menyibuk sama,
katanya saja-saja ingin menjadi
pendengar setia.
Kami
jalan beriringan tanpa menyedari sebuah kereta Honda CRV menghampiri kami
bertiga. Apabila cermin sebelah
penumpang dibuka, kelihatan wajah Fareez menyapa.
Jom, saya hantar awak balik.
Tak mengapalah Encik Fareez, kami bertiga naik bas
saja. Ujarku kepadanya, ingin menolak pelawaannya.
Takpe, saya hantar ke stesen LRT yang berhampiran.
Kami bertiga ke? soalku
kepadanya.
Why not? Kereta saya muat apa?
Aku
dan Fariha saling memandang antara satu sama lain, manakala wajah Jamie pula
aku lihat sudah berubah.
Feeza, I’m not coming with you. See you tomorrow. Selesai
berbicara, Jamie terus melangkah tanpa menoleh lagi.
Marahkah
dia? Tapi kenapa pula. Aku dan
Fariha menaiki kereta Fareez, dan Fariha pula cepat-cepat menarik pintu
belakang. Aku menjeling kepadanya, tahu
akan jelinganku dia hanya tersengih-sengih.
Aku terpaksa akur duduk disebelah Fareez. Aku capai telefon bimbitku, mahu menghantar
sms kepada Jamie.
+ don’t want to disture both of u - Jamie
+What
do you mean? -Feeza
+never
mind, c u 2morrow k- Jamie
+as
you wish - Feeza
Aku
terus menyimpan telefonku semula, senyuman yang terukir dibibir menarik
perhatian Fareez yang ada disebelahku.
Sms dari siapa, asyik tersenyum aje saja tengok.
Jamie, kenapa?
Nothing, just curious only.
Fareez
meneruskan pemanduannya membelah jalanraya.
Akhirnya destinasi yang ditujui tiba juga. Aku ingin keluar dari kereta,
namun Fareez menahanku dari keluar. Dia
menjengah wajahnya ingin berbicara dengan Fariha.
Fariha, saya hantar awak sampai disini okay. Saya dan
Fareeza ada kerja sikit, hope you tak kisah.
Oh tak, Encik Fareez sila-silalah kidnap kawan baik
saya tu. Asalkan pulangkan dia semula
seperti sediakala.
Aku
menjeling Fariha tanda tidak setuju dengan jawapan yang diberi. Kalau boleh aku ingin mengikutinya pulang,
tidak mahu lama-lama berdua-duaan dengan Fareez.
Thanks Fariha, jalan baik-baik ye. See you tomorrow. Selepas habis berbicara, terus Fareez membawa keretanya meninggalkan
Stesen KL Sentral.
Aku protes dalam
diam, geram dengan Fareez dan juga sedih kerana kawan baikku turut sama
berkomplot mengenakanku. Fareez
menjeling ke arahku, aku balas jelingannya. Marahku sudah tidak dapat dibendung
lagi, lantas aku pandang tingkap sebelahku tidak mahu bertentang mata
dengannya.
Kenapa senyap saja ni, marah ke?
Awak rasa?
Mak aih, nampak sangat awak marah kat saya. Apa salah
saya?
Dah tahu tanya pulak, apa sebenarnya yang Encik Fareez
mahukan dari saya.
Saya mahu awak temankan saya dinner malam ini. Ujarnya
What? Sorry saya on diet.
Takpe, saya makan awak tengok. Boleh?
Tak pernah dibuat orang.
Sebab tak pernahlah saya nak buat sekarang ni.
Encik, tolonglah hantar saya balik.
Fareeza, awak ni kenapa? Bukannya saya nak culik awak
pun.
Itu saya tahu, tapi saya kurang selesa bila berdua-dua dengan Encik.
Sape kata kita berdua, sebaliknya satu kampung saya
bawa termasuk mama dan papa saya.
What? Encik jangan main-main, karang saya terjun dari
kereta ni.
Terjunlah kalau berani, saya cabar awak.
Aku
terus diam, ingin mengertaknya namun diri sendiri digertak pula. Fareez ni memang sengaja cari nahas.
Kami
tiba destinasi yang aku sendiri tidak ketahui, malas nak bertanya. Langkah
kakiku hanya mengekori Fareez, tiba dimeja yang terletak disuatu sudut menarik
perhatianku. Terdapat sejambak bunga
diatas meja itu, sungguh cantik hingga aku tiba-tiba berasa teruja. Fareez mengambil jambangan bunga lalu
dihulurkan kepadaku, lantas aku mengambilnya.
Thanks for this flowers. Saya suka sangat. Ujarku
yang agak teruja dengan pemberian ini.
Sungguh, ini adalah kali pertama aku menerima sejambak bunga dari
seseorang. Tak sangka pula mamat sengal
ni romantis orangnya, aku mencium haruman bunga itu.
Kalau awak suka, hari-hari saya boleh berikan. Dengan syarat awak jadi kekasih saya.
Aku
kalih pandanganku ke arahnya. Terpancar
senyuman gantal Fareez, yeak! Tak mahulah aku.
Daripada jadi kekasih dia, baik aku jadi kekasih orang lain. Maybe Jamie
kot, sebab dia ada aura yang mengenangkanku.
Aku suka sikap Jamie yang macho dan suka membuat aku ketawa.
Maaf, saya tidak terfikir nak jadi ‘couple’ awak sedangkan
dihati ini sudah ada orang lain. Sengaja aku
berkata demikian, tidak mahu Fareez menaruh harapan terhadapku.
Wajah Fareez berubah masam, tidak percaya dengan kata-kata yang terluah dari bibir kepunyaan Fareeza. Sabar Fareez, dia sengaja nak buat ko marah aje.
No more talking, it’s dinner time. Jangan nak rosakan mood saya pula.
Fareez
menarik kerusi, dengan isyarat mata dia menyuruh aku duduk. Dia pula mengambil tempat duduk
dihadapanku. Pesanan makanan aku
serahkan kepada Fareez, bagiku apa yang dipesan aku akan jamah. Sementara menunggu makanan tiba, kami
berbual-bual kosong tanpa menyedari meja kami dihampiri seorang gadis yang amat
seksi pada pandangan mataku. Bahu Fareez
dipeluk dari belakang, tergaman aku dengan aksi spontan gadis itu.
Sayang, kenapa dah lama tak call I.
Rindu tau tak? Gedik sungguh aku melihat aksi
tersebut, rasa macam nak muntah kembali makanan yang belum sempat cerna dalam
perutku ini. Rasa geram dan meluat
bersatu, terus aku palingkan wajahku ke arah lain.
Sorry Dyana, I’m with my wife. Mataku terus membuntang memandang
Fareez, geram kerana dia mengelarkan aku sebegitu. Mengapa dia mengheret aku bersama-sama dalam
permasalahan ini. Terus aku bangun,
berkira-kira hendak pergi dari situ.
Pergelangan tanganku disentap dari belakang, Fareez menggengam erat lenganku. Aku tergaman seketika, tidak rela diperlakukan begitu.
Sayang, you nak kemana? Tunggu abang.
Fareez,
masih lagi berlakon. Aku sudah muak, lalu aku rentap lenganku dan berlari
sejauh mungkin. Tiba disuatu sudut
tembok aku sandarkan badanku, ingin
menyorok dari pandangan Fareez. Sempat
juga aku lihat Fareez disebalik tembok sedang tercari-cari akan diriku.
Padan muka, ingat aku nak sangat jadi wife palsu ko.
Sorry Encik Fareez, saya tidak berminat.
Detik hatiku, lantas aku keluar dari tempat
persembunyian.
Tiba-tiba
pergelangan tanganku ditarik, serentak badanku kebelakang dan aku kini dalam
dakapan seseorang. Aku pandang wajah
lelaki itu, alangkah terkejutnya aku kerana orang itu adalah Fareez
Zafriel. Mata kami bertentangan, hatiku
berdegup kencang. Agak lama juga kami
bergitu sehingga kami mendengar jeritan seseorang. Fareez meleraikan pelukan, aku pula masih
dalam frasa terkejut.
You, kenapa tinggalkan I. Biarlah wife you ni balik sendiri. Dyana merenggek dan tangannya memegang lengan Fareez.
Meluat
aku tengok, ingin rasa berlakon pula. Okay, lets see who is the winner. Fareeza, steady and action!
Abang, jomlah kita balik. Sayang dengan baby dah penat ni. Aku buat-buat muka kesian sambil memegang perutku. Serba salah aku hendak merangkul tangan
Fareez, kerana malu.
Aku
tengok wajah Dyana merah menahan marah agaknya.
Fareez, pula masih dalam keadaan blur dan terkejut. Mungkin tak percaya aku boleh mengeluarkan
suara manja dengan lagak menggoda.
A.. aa..abang
pun sama.
Aku
melemparkan senyuman manis, kelakar juga tengok muka gelabah Fareez. Tapi cute sangat aku tengok mukanya
begitu. Really memang aku pulak rasa
macam dah jatuh hati pulak dengan mamat nih.
Dalam hati dah menyanyi lagu “Jatuh Cinta Lagi” Ah, sudah… jangan nak
mengada Fareeza, Asyraf macam mana? Takkan kau dah dapat lupakan dirinya. Masalah lagi… hati ini dah terpaut dengan
lelaki dihadapanku ini. Dapatkah aku
menyanyanginya seperti mana cintaku terhadap Asyraf Fitri.
Tengah
aku masih mengelamun, lenganku ditarik oleh Fareez. Nasib baik berlapik, kalau
tidak aku karate mamat nih walaupun dihadapan ‘awek’ or ‘ex’ dia ni. Laju langkah aku menurutinya tanpa banyak
soal. Tiba di parking lot, dia menekan alarm kereta lalu membuka pintu
disebelah penumpang. Aik? Baiknya dia.
Dalam
kereta masing-masing masih lagi membisu, baik aku mahupun sidia. Mogok bercakap barangkali kot, biarlah
asalkan aku tak perlu menjawab apa-apa kepadanya tentang tindak-tandukku tadi.
Sampai bila sayang nak mogok bercakap nih, umm?
Aku
memandangnya sekilas, Erk, biar betul
mamat nih. Takkan dalam kereta pun masih nak berlakon lagi. Oi mamat sengal,
stop acting okay. Dyana is not here
anymore okay. Dalam hati sudah berbakul-bakul menyumpah tapi sepatah kata
masih tidak keluar dari mulutku. Protes
ke aper Fareeza. Takkan ko jelous kot
tadi, tak mungkin dowh…
Encik Fareez, please stop acting, kita kat dalam
kereta ni. Ujarku
kepadanya sambil menjeling ke arahnya sekilas sebelum membuang pandanganku
semula keluar tingkap sebelahku.
Kenapa? Tadi bukan main lagi awak panggil saya Abang.
Sejuk hati saya dengar tau. Takkan sekarang tak boleh kot. ‘Cammon’ lah Fareeza
sayang, admit it that you already fall in love with me. Don’t you?
No, I’m not.
Yes, you are
No, no, and no. That’s is my answer Encik Fareez
Zafriel.
I will say yes, yes, yes and yes till my last breath
my dear Fareeza Afrina.
Lantak awaklah Encik Fareeza, it will not affect my
feeling to you either. And now, please
send me home before I jump from this car.
You jump, I jump..
You.. aku mengepal
penumbuk, geram dengan sikapnya yang dari tadi asyik bermain tarik-tali
denganku.
Okay, sweetheart. I hantar you balik. Janganlah marah,
cuba
senyum sikit.
Aku
buat muka, malas nak bertekak lagi dengannya, lantas aku buang pandanganku ke
arah luar tingkap. Kereta meluncur laju
menuju destinasi rumahku, harap-harap lah.
Aku keluar dari kereta tanpa pamitan, malas aku hendak melihat wajahnya. Fareez pula tidak
Aku
terus menapak menuju ke dalam rumah dan tidak mahu lagi berpaling untuk melihat
Fareez pergi meninggalkanku. Perlahan-lahan
airmataku menitis, aku sendiri tidak pasti mengapa dan untuk apa airmata itu. Nasib baik mama tidak dirumah hari ini,
katanya ingin mengikut Makngah ke kedah untuk menghadiri kenduri kahwin. Kalau tidak tentu mama akan bertanya mengapa
anaknya ini menangis. Aku masih lagi
menangis dan menangis disofa, sehingga aku sendiri tidak pasti sampai bila aku
terlena disitu. Telefon bimbitku
berbunyi tanda ada panggilan masuk.
Mama? Baik aku
berlagak seperti biasa.
Assalamualaikum mama
Waalaikumsalam sayang, kat mana?
Dekat rumah mama, baru lepas bangun tido. Ada
apa ma?
Sayang, mama akan balik minggu depan. Makngah ajak
mama pergi singgah Langkawi. Feeza okay
tak duduk rumah sorang-sorang.
Feeza okay ma, tak pun nanti Feeza call Fariha minta
dia tido kat sini. Bolehkan?
Bagus juga tu, lagi satu mama nak cakap penting
sangat. Ada orang merisik kat mama tentang anak mama
ni. Feeza rasa macam mana?
Entahlah ma, kalau ikut hati ni tak mahu. Tapi
terpulanglah kat mama. Feeza setuju
aje. Ujarku
lemah.
Mama bukannya apa sayang, mama kesian tengok anak mama
masih solo walaupun selepas kematian Asyraf.
Apa kata Feeza tengok dulu orangnya baru cakap kat mama.
Takpe ma, kalau mama dah berkenan Feeza setuju ajae.
Feeza percaya pilihan mama tentu yang terbaik untuk Feeza.
Betul tak nak kenal dengannya dulu sebelum mama bagi
kata putus.
It’s okay mama, you can proceed. Nanti bila time tunang nanti kami bolehlah
berkenanlan nanti. Okaylah mama, Feeza
nak mandi dan solat Asar. Assalamualaikum.
Talian
aku matikan setelah mama menjawab salamku.
Aku masih lagi disofa, terkejut dengan permintaan mama. Namun bila difikir semula ada baik juga aku
menerima cadangan mama. Tentu pilihan
mama terbaik dan elok untuk anaknya ini, jadi aku sebagai anak harus menurutinya
dengan senang hati.
Lain
pula di bahagian utara pula, Puan Rohani agak terkejut dengan kata putus yang
diberikan oleh Feeza. Tapi dia percaya kata-kata Kakngah Salmiah yang jodoh ini
adalah yang terbaik untuk puterinya itu.
Macam mana Ani, anak kau setuju tak?
Nampak gayanya dia setuju aje kak. Bila Puan Sri tu nak datang sini?
Kalau tak silap akak, lusa ni. Nanti dia bawa sekali gambar anak bujangnya
tu. Akak percaya ini adalah jodoh yang
telah ditetapkan oleh Allah untuk anak kamu.
Lain-lain kita serahkan kepadaNya Ani.
Insyaallah kak, saya pun hendak yang terbaik untuk
anak saya tu. Mudah-mudahan dia dapat
melupakan bekas tunangnya dulu tu. Dah
lama saya tengok dia macam orang hilang arah kak, sejak si Asyraf tu
pergi. Luahan
Puan Rohani disambut dengan usapan tangan dibelakangnya oleh kakaknya itu.
nsb baik jmp smbungan cter ni.....best la awk cter ni...:-)
ReplyDeleteThanks sebab sudi baca Cinta LRT. Harap awak enjoy..
Delete