CINTA HINGGA HUJUNG NYAWA
“Kau
ni memang tak sedar diuntung, sudahlah mama aku pungut kau ditepi jalan.
Sekarang kau nak bunuh mama aku pula. Manusia jenis apa kau ni hah!” serentak
tangan kanan Mukriz melayang ke muka Rosdi.
Terteleng muka Rosdi akibat ditampar oleh anak tirinya itu. Mana taknya? Kalau nak dibandingkan kekuatan,
dia dan Mukriz jauh bezanya. Lengan
Mukriz memang lebih sasa dari badannya yang kurus.
“Maafkan
Pak Dee, kebetulan masa tu Pak Dee tengah solat.” ujar lelaki yang bernama
Rosdi itu terketar-ketar. Sakit akibat
tamparan itu masih terasa, dia menggosok perlahan-lahan pipinya.
“Kau
kan tahu mama tak boleh dibiarkan sendirian, yang kau tinggalkan dia kenapa?”
soal Mukriz keras. Dia tak puashati bila
mendapat panggilan telefon dari Maziah menyatakan yang mamanya jatuh dalam
bilik air. Wajah lelaki yang bernama Pak
Dee direnung tajam, Pak Dee hanya menunduk memandang lantai.
“Kalau
macam nilah, baik aku upah jururawat supaya senang sikit. Kau boleh keluar dari
rumah ini.” Sebaik mendengar ayat itu keluar dari bibir anak tirinya, airmata
Rosdi mengalir. Dia sayangkan isterinya,
tak mungkin dia tega menaniaya wanita itu.
“Jangan
Mukriz!” semua yang berada didalam bilik tergamam, Puan Rahimah sudah sedar
dari pengsan. Mukhriz melulu ke arah
mamanya.
“Mama
tak apa-apa? Mam nak minum?”kalut Mukriz memangku kepala mamanya. Airmata lelakinya menitis laju.
“
Semuanya salah mama, Pak Dee kau tak salah.
Mama nampak Pak Dee tengah solat, tapi mama nak sangat ke tandas. Sebab
itu mama gagahkan diri untuk bangun, tapi mungkin sebab lantai licin sebab itu
mama terjatuh. Mama tak apa-apa, jangan
kamu salahkan Pak Dee.” Puan Rahimah teresak, dia kesian bila suami barunya
sering kali menjadi mangsa amarah anak lelakinya itu.
“Memang
salah saya Im, saya yang tak jaga awak betul-betul.” Rosdi bersuara kesal. Rahimah mengamit agar Rosdi
menghampirinya. Mukriz meletakkan semula
kepala mamanya diatas bantal empuk, memberi ruang kepada Rosdi.
Rosdi
duduk bersebelah isterinya, dia mengusap perlahan rambut Rahimah, dimatanya
tertumpah seluruh kasih dan sayang buat isterinya itu. “Saya minta maaf, lain
kali saya akan pastikan keperluan awak terlebih dulu.” Sayu sungguh suara
lelaki itu. Dia cintakan isterinya lebih
dari segala-galanya.
“Kalau
mama dah tak apa-apa, Mukriz balik dulu.
Lagipun banyak lagi kerja dipejabat yang perlu Mukriz lakukan.” Mukriz
menyapa tangan kanan Puan Rahimah lalu dicium dan juga dahi wanita itu.
“Mukriz,
mama harap kamu jangan nak salahkan Pak Dee.
Dia lelaki yang baik, mama harap suatu hari nanti kamu akan terima dia
seadanya seperti mana mama terimanya dalam hidup mama.” Usai berbicara, tangan
anaknya dilepaskan. Mukriz melemparkan
senyuman pahit.
=========================
“Puan,
boleh saya bantu?” soal lelaki muda itu.
Puan Rahimah agak terkejut dengan sapaan lelaki itu. Cepat-cepat dia mengenggam kuat beg
tangannya. Rosdi tersenyum, dia tahu
wanita itu ketakutan. Memang patut pun,
dengan wajahnya yang tidak terus pasti orang akan menyangka dia penangih
dadah.
“Puan
jangan takut, saya hanya ingin membantu.” Puan Rahimah menarik nafas lega tapi masih dalam keadaan
berjaga-jaga.
“Takpe
dik, akak baik-baik saja. Terima kasih.”
Rosdi tersenyum, dia mengganguk kepala lalu beredar dari situ. Tiba-tiba Rosdi terdengar suara wanita
meminta tolong, dia paling kebelakang dan terlihat seorang lelaki sedang
menarik beg tangan wanita itu tadi.
Cepat-cepat dia berlari semula ke arah wanita itu, dia menumbuk wajah
peragut itu tanpa belas kasihan.
Terjelumpuk jatuh lelaki kurus itu, penangih dadah barangkali. Di tarik kolar t’shirt lelaki itu dan ditolak
ketepi. Orang ramai mula mengerumun
melihat insiden itu. Tidak lama kemudian
datang 2 anggota polis merelaikan pergelutan Rosdi dengan perangut itu.
“Puan,
sila ikut kami ke balai Dang Wangi untuk buat laporan. Dan Encik diminta juga ke balai untuk diambil
keterangan. “ ujar polis yang bernama Fakri.
Puan Rahimah dan Rosdi mengangguk kepala masing-masing sebelum 2 orang
polis itu berlalu meninggalkan mereka.
“Terima
kasih ya dik, akak minta maaf sebab ingat adik..” Puan rahimah tak jadi
menyambung katanya apabila Rosdi sudah dulu mencantasnya. “Takpe Puan, saya
faham. Kita jumpa dibalai nanti.”
“Adik
nak pergi dengan apa? Mari kita saing sekali naik kereta akak.” Puan Rahimah
mempelawa, cuba membalas budi lelaki muda ini.
“Takpe
Puan, saya naik motor saja. Kita jumpa
kat sana, assalamualaikum.” Rosdi berlalu menuju ke motornya yang berada tidak
jauh dari tempat kejadian. Niatnya untuk
membeli barang keperluan terbantut akibat kejadian tadi. Puan Rahimah menjawab salam didalam
hati. Dia terharu dengan kebaikan yang
ada dalam diri lelaki muda itu tadi.
Lebih
kurang 3 jam juga mereka berada dibalai polis Dang Wangi, setelah Puan Rahimah
membuat laporan dan keterangan diambil dari Rosdi mereka berdua keluar dari
balai beriringan. Masing-masing masih
berdiam diri, tiada suara yang kedengaran dari bibir mereka. Puan Rahimah merasa bersalah, dia belum
sempat mengucap terima kasih diatas pertolongan lelaki itu. Rosdi sudah pun menderu laju menaiki
motornya.
Kenapalah aku sombong sangat, apa
salahnya cakap terima kasih. Ini tak,
diam aje, rasa bersalah pula, keluh hati kecilnya.
Pulang ke rumah, Mukriz sudah menunggu dipintu
depan dengan wajah bimbang.
“Kenapa
mama lambat balik?” soal anaknya.
“Tadi
mama kena ragut, lepas ada seorang lelaki tolong. Kami ke balai polis buat laporan sebab itu
mama lambat sampai.” Mukriz terlopong, mamanya kena ragut. Dia meraup wajahnya, kesal kerana tidak
menemani mamanya keluar berbelanja hari ini sedangkan dia bercuti seharian
dirumah.
“Mama
ni, lain kali ajak Mukriz sekali. Jangan nak mengada-gada pergi sorang-sorang,
nasib baik tak jadi apa-apa. Kalau tak?” Mukriz membebel memarahi Puan Rahimah.
“Mukriz
jangan risau, mama tak apa-apa. Lagipun
mama tahu Mukriz kena jaga Fauziah tengah sarat mengandung.” Puan Rahimah tahu
anak lelakinya ini memang bertanggungjawab orangnya. Sebab itu Mukriz rela tinggal disini
bersamanya walaupun anaknya sudah berkahwin.
“Mukriz
risau, mama pun perlukan perhatian. Apa
kata mama berkahwin, ada juga orang yang akan menjaga mama nanti.” Puan Rahimah
mencubit peha Mukriz, lelaki itu menyinga kesakitan.
“Mama
tak perlukan pengganti arwah papa kamu.
Cukup dengan anak-anak yang sentiasa ada disisi mama.” Mukriz tersenyum,
sudah banyak kali dia mengutarakan persoalan ini. Calon sudah ada, mama aje yang menolak. Bermacam-macam alasan yang diberi, tapi
mamanya rela hidup sendiri. Mungkin hati mama belum terbuka lagi untuk
mana-mana lelaki, fikir Mukriz.
========================
“Rosdi
Bin Romly, aku nikahkah akan dikau dengan Suriati binti Samsuri dengan mas
kahwin RM100 tunai.”
“Aku
terima nikahnya, Suriati Bin Samsuri
dengan Mas Kahwin RM100, tunai.”
“Sah”
“Sah”
Akhirnya
sang kekasih hati menjadi suri dalam hidupnya.
Setelah hampir 2 tahun mereka bertunang, Suriati kini menjadi
miliknya. Wajah isteri dipandang
sekilas, terlihat akan airmata kegembiraan yang mengalir dipipi mulus itu.
Upacara
pembatalkan wuduk dilakukan cukup sempurna, si isteri mengucup tangannya dan
dia menngucup dahi itu lama. Kelipan
cahaya flash dari kamera membuatkan
suasana lebih meriah. Majlis perkahwinan
yang sudah lama diimpikan olehnya, tapi sayang semua terkubur sebaik sahaja dia
menerima panggilan telefon dari pihak hospital petang itu.
“Kau
mengelamun lagi Rosdi?” sapa Fahmi yang baru melabuhkan punggung disofa itu.
Rosdi beristigfar perlahan, cuba mengembalikan semangatnya yang hilang.
“Kau
Mie, lain kali bagilah salam dulu. Nasib baik aku tak mati terkejut.” Bahu
rakannya ditepuk kuat, Fahmi mengiya kesakitan.
“Dah
lama aku bagi salam. Kau tu yang dok mengelamun tak sudah. Udah-udah le De, yang pergi tetap pergi. Kita
yang hidup kenalah teruskan hidup.” Nasihat Fahmi kepada rakanyanya yang
dikenali sebagai Rosdi atau De.
“Aku
okay Mie. Cuma kadang-kadang bila aku teringat kat dia, rindu datang lagi.”
keluhan Rosdi menyapa ditelinga
Fahmi.
“Banyak-banyakkan
berdoa, sedekahkan Al-Fatihah kat arwah. Insyaallah, dia tenang dan kau juga
akan tenang. Cuba kau alihkan sedikit perhatian
kepada benda yang lain.” Muka Rosdi berkerut, apa yang temannya sedang katakan,
dia tidak mengerti.
“Contohnya?”
soal Rosdi pula.
“Cubalah
bukakan hati kau untuk menerima insan lain.
Dah 3 tahun kejadian itu berlaku, aku rasa sudah sampai masanya kau cari
cinta baru.” Bahu Rosdi ditepuk perlahan, Fahmi bangkit ingin naik kebiliknya.
“Mie,
aku..” Fahmi menggeleng, dia tahu rakannya itu pasti memberikan jawapan yang
sama. “Aku masih cinta dan kasih pada arwah isteriku, dan tiada orang lain yang
boleh gantikan tempatnya.”
Rosdi
terkaku, dia tahu pasti Fahmi sudah muak mendengar ayat yang sama dituturkannya
jika persoalan itu timbul. “Aku masih cinta dan kasih pada arwah isteriku, dan
tiada orang lain yang boleh gantikan tempatnya.” Airmatanya menitis lagi, lantas dia bangkit
menuju kebiliknya ingin bersolat dan sedekah Al-Fatihah buat arwah isteri
tercinta.
=============================
Suatu hari di Giant Supermarket..
“Aduh!”
tin sardine dirak atas terjatuh mengena dahinya ketika dia sedang tunduk mengambil
barang yang terjatuh.
“Maaf
encik, saya tak sengaja.” Kedengaran suara lembut meminta maaf. Rosdi angkat kepala ingin melihat siapa
gerangan itu. Alangkah terkejutnya dia melihat seorang wanita yang amat dia
kenali, tidak disangka dia akan bertemu dengan wanita ini lagi. Rahimah terpegun, lelaki muda ini lagi.
“Dik,
akak betul-betul minta maaf. Sakit ke?” soalnya lagi, barangkali kalut bila
melihat Rosdi masih tidak berganjak dari situ.
“Saya
okay kak, sikit aje ni. Salah saya juga sebab tunduk, sebab itu aka tak nampak
saya.” Rosdi tersengih sambil menggosok dahinya. Ada sedikit kesan merah disitu.
“Patut
pun akak tak nampak adik, sebab troli ini menghalang.” Rahimah senyum, Rosdi
terpana. Senyuman wanita itu
mengingatkan dia pada arwah isterinya.
Dia sekali lagi terlontar ke alam yang lain.
“Dik,
dik..” Rahimah mengawang tangannya.
Lelaki itu masih merenung wajahnya, tidak perasan kelakuan lelaki itu
membuatkan wajah Rahimah memerah. Malu
ditenung sebegitu, sudah lama dia tidak merasa debaran didadanya.
“Oh,
maaf kak.” Rosdi menunduk wajahnya, malu barangkali.
“Takpe
lah dik, akak pergi dulu.” Rahimah ingin berlalu, tapi bila teringat dia belum
berterima kasih kepada lelaki itu. Dia
toleh kebelakang semula, “Oh, akak nak ucapkan terima kasih diatas pertolongan
adik tempoh hari. Maaf sebab tak sempat
nak ucapkan hari itu.” Lantas dia terus berlalu tanpa menunggu lagi, dan Rosdi
masih seperti tadi tergamam dan terkelu.
Bila Rosdi tersedar, wanita pertengah umur itu sudah menghilang dari
pandangannya.
Terlepas lagi, apa kena dengan kamu
ni Rosdi. Dah jatuh jatuh hati ke?
soalnya dalam hati. Troli ditolak
perlahan-lahan, ingin terus membeli barang keperluan dapur.
Selesai
membeli barang keperluan, tiba diparking lot Rosdi sekali lagi terpegun. Wanita itu berada disebelah keretanya, sedang
tercari-cari sesuatu dibeg tanganya.
Rosdi menghampiri wanita itu, “Kenapa kak, boleh saya bantu?” Rahimah
mengangkat kepalanya saat terdengar suara yang menyapa.
“Ni
hah, akak tengah cari kunci kereta. Tak tahu kat mana?” kata wanita itu yang masih
lagi mengorek beg tangannya. Rosdi
tersenyum, matanya tertancap ditangan kiri wanita itu. Kunci sudah jumpa,
wanita ini barangkali terlupa ditangan kirinya sudah ada kunci itu.
“Akak,
kat tangan kiri akak tu bukan ke kunci kereta?” Rosdi memuncung mulutnya
menghala ke tangan kiri wanita itu.
Rahimah tersentak, dia mengangkat tangan kiri dan memang benar kunci itu
disitu diamnya. Dia malu, Rosdi tertawa
kecil melihat wajah itu yang memerah.
================
Rosdi
merenung siling rumahnya, macam lah boleh tembus sampai keluar. Wajah wanita itu bermain diminda. Sudah 2 kali dia bertemu dengan wanita itu,
dan 2 kali itulah berbagai insiden berlaku.
Satu keluhan terlepas dibibirnya, dia tidak tahu mengapa. Hatinya benar-benar terusik, senyuman wanita
itu mencuit hati kecilnya. Persis
senyuman yang Suriati hadiahkan padanya dulu, tapi wanita dia perasaan wajah
itu dibayangi kesedihan silam. Pernah
dulu dia terserempak ketika wanita itu duduk sendiri dibangku café melayani
perasaan. Wajah sayu itu mengelamun jauh
seperti mengenangkan seseorang.
Siapakah wanita itu, walaupun usianya
dalam 45an. Wajahnya tetap berseri,
senyumannya mampu memihat hatiku. Tercetus ayat itu dibibirnya,
dia sendiri berasa hairan dengan tingkah lakunya kini. Jatuh cintakah aku? Tapi mengapa dengan
wanita yang sudah berusia, ka banyak lagi wanita yang sesuai.
Sedang
Rosdi mengelamun, telefon bimbitnya berbunyi.
“Encik
Rosdi, boleh kita jumpa hari ini.” Rosdi mengeluh, dia fikir Rahman sudah
lupakan akan tentang hal itu. Akan
tetapi lelaki itu tetap mencarinya, dan dia perlu selesaikannya segera.
“Baiklah
Rahman, kita jumpa di Wangsa Walk jam 5 petang nanti.” Talian terus dimatikan,
dia bangkit lalu menghala ke bilik air.
Ingin mandi dan menunaikan solat Asar sebelum keluar bertemu dengan
peguam keluarganya.
==================================
“Encik
Rosdi, bila nak start kerja
semula. Sudah lama Encik biarkan
syarikat beroperasi tanpa kehadiran encik.” Rosdi meraup mukanya, satu keluhan
berat dilepaskan. Dia hilang minat
berkerja sejak kehilangan isteri tercinta.
Segala urusan syarikat dibiarkan Rahman uruskan, dan dia hanya datang
sekali-sekala untuk menandatangani dokumen-dokumen ataupun cek yang memerlukan
tandatangannya.
“Saya
masih belum bersedia Rahman, fikiran saya masih kacau.” Kataku.
“Tapi
encik, sampai bila? Arwah isteri encik
dah lama meninggal, sekarang masa untuk encik teruskan hidup.” Rahman memegang
lembut bahu Rosdi.
“Saya
tak kuat Rahman.”akuiku.
“Encik
harus kuatkan semangat, saya akan bantu encik.
Jangan biarkan syarikat encik tanpa pengawasan. Nanti encik juga akan
rugi, ikutlah nasihat saya.” Rahman masih memujukku.
“Beri
saya masa lagi seminggu, insyaallah saya akan kembali bekerja semula.” Janjiku
padanya. Rahman mengangguk kepala, dia
harap agar ini kali terkahir aku berjanji padanya. Senyuman kelat aku lihat terbias dibibirnya.
“Baiklah
kalau macam tu, saya harap encik pegang pada janji. Minggu depan kita jumpa dipejabat.” Rahman
menghulurkan salaman sebelum beredar pergi meninggalkanku. Aku kembali ke dunia khayalanku sekali
lagi. Tiba-tiba mejaku diketuk perlahan,
aku panggung kepala melihat siapa gerangan.
Wanita itu lagi, kali ini dia tersenyum manis ke arahku.
“Boleh
akak duduk?”soalnya padaku.
“Duduklah,
lagipun saya sendirian.” Aku mempelawanya lantas bangun mempersilanya duduk
dikerusi hadapanku.
“Dah
lama akak tengok kamu mengelamun, kenapa?” sungguh merdu aku rasakan suara itu
menerjah ditelingaku. Mata kami
bertentangan seketika, namun sekejap sahaja apabila sidia menunduk malu.
“Oh
ya, kita belum berkenalan lagi. Nama saya Rosdi, panggil saja Dee. Awak?”
soalku sambil menghulur tangan ingin bersalaman. Wanita itu tidak menyambut huluranku, aku
menarik kembali tanganku. Barangkali dia
segan sebab aku bukan muhrimnya. Betul juga, hish! apalah aku ni.
“Nama
akak Rahimah, panggil kak Imah.”ujarnya masih ingin aku memanggilnya
kakak. Aku pula tak mahu memanggilnya
begitu, tak selesa barangkali.
“Kalau
Dee panggil Im boleh?” soalku padanya. Wanita itu mengerut dahinya, mungkin
hairan dengan soalan yang aku ajukan.
“Kan
lebih selesa diletakkan akak dihadapan, lagipun akak lebih tua dari Dee.”masih
mahu aku menggelarnya akak juga.
“Tapi
saya lebih suka panggil Im, mesra sikit.” Ajuku pula. Wanita itu tersenyum manis, geli hati
agaknya.
“Yang
mana elok untuk Dee, akak ikut saja.”
“Aaa,
tengok tu. Masih nak ber akak-akak pula dengan saya. “ Lantas ketawa kecil meletus dibibir mereka berdua.
Petang
itu, hati Rosdi ceria. Dia seperti menemui sesuatu yang hilang setelah sekian
lama. Rahimah telah memberikan sinar
baru dalam hidupnya. Disaat dia merasa
kehilangan, dia dipertemukan dengan seseorang yang mampu membuatnya tersenyum
semula. Dia benar-benar sudah jatuh hati
pada wanita ini. Biarpun usia mereka
jauh berbeza, tapi itu tidak membataskan keinginan yang ada dihatinya. Dia telah menemui seseoran gyang mampu
membawa sinar baru dalam hidupnya.
Rahimah
pun begitu juga, sudah lama dia tidak ketawa sebegitu. Lelaki muda ini telah mengubati hatinya yang
lara. Dalam diam, dia bersyukur kepada
ilahi kerana telah menemukannya dengan sinar baru. Sebelum ini hidupnya seakan terumbang-ambing,
ada anak tapi masing-masing sibuk. Dia
yang kehilangan cuba mengubati luka lara sendirian, tapi kini tidak lagi. Kehadiran lelaki muda yang bernama Dee
sedikit sebanyak membantunya melalui keperitan hidupnya.
“Suami
saya meninggal 5 tahun yang lalu. Sejak
itu hati saya kosong, saya cuba isikan dengan menumpukan perhatian pada
keluarga. Tapi hati ini masih berduka, sehinggalah saya temui awak.” Sayu suara
itu menyentuh jiwa Rosdi. Dia mengerti bagaimana rasanya kehilangan kerana dia
sendiri mengalaminya.
“Saya
pun begitu, sudah 3 tahun isteri saya meninggal. Hingga hari ini saya masih
terasa kehilangannya. Lama juga saya
cuba mengubati hati yang lara, tapi masih tidak berjaya sehinggalah hari ini.”
Ayat itu sengaja dibiarkan tergantung, tidak mahu wanita disebelah terasa hati. Tapi Rosdi silap, wanita ini terkisma. Sunyi sepi seketika, masing-masing sedang melayani
perasaan.
“Im,
saya minta maaf kalau saya tersalah cakap.” Rahimah panggung kepala, menanti
butiran yang keluar dari mulut lelaki itu.
“Saya
rasa…saya ..dah jatuh hati pada awak.” Fuh! Akhirnya dapat juga dia melafazkan
khalimah itu. Rahimah terpana, Rosdi
pula menarik nafas lega.
“Dee..
saya.. saya…tak.. tahu… nak cakap apa” terketar-ketar ayat itu keluar dari
mulut Rahimah. Sungguh dia amat terkejut
dengan pengakuan lelaki itu.
=====================
“Mama
betul-betul nak bernikah dengan lelaki itu ke?” soal Mukriz. Dia amat terkejut apabila Puan Rahimah
menyatakan hasratnya itu.
“Kenapa
Mukriz, salah ke mama nak bernikah semula.”
“Tak
salah, Cuma lelaki itu lebih muda dari mama.
Mama tak malu ke?” kali ini anak perempuannya Marziah pula bersuara.
“Cinta
tak kenal usia Ziah, mama dah lama sendiri.
Izinkan mama mengecapi kebahagian sebelum mama menutup mata.” Puan
Rahimah berkata lemah, sayu hatinya bila kedua-dua anaknya menetang
perhubungannya dengan Rosdi.
“Memanglah
cinta tak kenal usia, tapi lelaki ini pasti ingin mengambil kesempatan dalam
kesempitan.” Mukriz masih lagi dengan amarahnya.
“Kesempatan
apa? Kesempitan apa? Dia pun ada kerjayanya sendiri, dan tak mungkin dia
mengharapkan harta mama.” Tahap kesabaran Puan Rahimah sudah tidak dapat
dibendung lagi. Anak-anak tidak mengerti
akan isi hatinya, mereka mementingkan ego masing-masing.
“Mama,
dia sebaya Mukriz. Takkan lah mama masih tak faham lagi. Mukriz tak kisah kalau mama nak kahwin, tapi please find the right man. Pakcik Dahlan selalu mengharapkan mama.”
Mukriz masih tidak mahu mengalah.
Hatinya panas bila mamanya tidak mahu menerima Pakcik Dahlan sebaliknya
ingin berkahwin dengan lelaki yang lebih muda.
“Yelah
ma, Pakcik Dahlan tu dah lama menunggu mama.
Ziah rasa diacalon yang terbaik untuk mama.” Kata Marziah pula cuba
mengiakan kata abangnya itu.
“Korang
berdua tak kenal siapa Dahlan sebenarnya, tapi kenapa kalian bersungguh-sungguh
nak mama kahwin dengan dia.”Rahimah kesal, anak-anaknya lebih suka dia
berkahwin dengan lelaki yang terang-terang ingin memiliki kekayaaannya dan
bukan ingin membahagiakannya.
“Kalau
macam tu, ikut suka mama. Mukriz dah tak
mahu masuk campur, kalau mama berkahwin juga dengan lelaki tu. Mukriz akan keluar dari rumah ini.” Mukriz
mengugut mamanya.
“Ziah
pun, biar mama dengan suami baru mama tu.
Kalau apa-apa yang terjadi, mama tanggung sendiri.” Ugutan dari anak-anaknya
tidak sedikit pun membuatkan Rahimah berganjak dengan keputusannya. Dia akan mengahwini Rosdi, kerana dia tahu
lelaki itu boleh membahagiakannya. Dalam
diam dia tetap berdoa agar suatu hari nanti anak-anaknya akan menerima
kehadiran Rosdi dalam keluarga ini.
“Im,
kenapa termenung ni. Ubat dah makan?” soal suaminya, terbang semua khayalan
muncul pula kenyataan. Sudah 3 bulan
usia perkahwinannya dengan Rosdi, tidak ada seorang pun dari anaknya yang
datang ketika majlis itu. Dia akur,
malah Rosdi sendiri faham akan situasi itu.
“Belum,
Im tunggu Dee. Baru pulang?” soal Rahimah, dia mengapai tangan kanan suaminya
lantas dikucup lembut. Rosdi membalas
dengan mengucup ubun-ubunnya, terasa diri dikasihi.
“Lain
kali jangan tunggu Dee, Im makan dulu ya.
Sejak akhir-akhir ini banyak pula kerja dipejabat yang perlu Dee
uruskan.” Rosdi melabuh punggung bersebelahan isterinya.
“Dee
penat? Mari Im tolong urutkan.” Rahimah memegang lembut bahu suaminya,
perlahan-lahan dipicit. Rosdi memejamkan
matanya, dia rasa selesa begitu. Urutan
lembut isterinya membuatkan dia terbuai seketika.
“Dahlah
Im, Dee nak naik mandi kejap. Im siapkan makan malam boleh?” Rosdi bangkit,
satu ciuman dihadiahkan dipipi isterinya sebelum berlalu menuju ke bilik tidur
mereka. Rahimah tersenyum, dia
bahagia. Suaminya memang romantis
orangnya, senyuman masih terukir dibibirnya
sehinggalah tubuh sang suami hilang pada pandangan mata.
Rahimah
menyiapkan makan malam mereka dibantu oleh Kak Gayah pembantu rumah
mereka. Rosdi sengaja mencari pembantu
rumah untuk membantu Rahimah membuat kerja-kerja dirumah. Dia tak mahu isterinya penat, dia ingin
wanita kesayangannya menghabiskan masa bersamanya.
========================
Akhir-akhir
ini kesihatan Rahimah tidak menentu. Dia
kerap mengalami demam dan lemah badan.
Sudah banyak kali Rosdi membawanya bertemu dengan doktor, tetapi tahap
kesihatannya masih begitu. Sehinggalah
suatu hari Rahimah diserang minor strok.
Rahimah
hanya terlantar dikatil, tidak boleh bergerak seperti biasa. Semua keperluaannya dijaga oleh suaminya,
sedikit pun tidak dibenarkan pembantu rumah menolongnya. Rosdi amat perihatin, kasih sayangnya terhadap
Rahimah terbukti. Dia sanggup berjaga
semalaman jika Rahimah diserang demam.
Makan, minum semuanya dibuat sendiri oleh Rosdi. Malah jika Rahimah buang air kecil atau besar
semuanya dicuci oleh Rosdi. Kerja
dipejabat ditinggalkan sementara, dia ingin menjaga isterinya sepenuh masa.
Suatu
hari rumah mereka dikunjungi anak-anak Rahimah, Rosdi mengalu-alukan kedatangan
mereka walapun mereka berdua tidak menyukainya.
“Dah
berapa lama mama sakit?” soal Mukriz kasar.
“Lebih
kurang sebulan.”jawab Rosdi. Mukriz
merengus kasar, marah kerana Rosdi tidak memberitahunya tentang kesihatan mama
padanya.
“Pak Dee nak telefon, tapi mama kamu tak
bagi.” ujar Rosdi.
“Ya
ke? atau kau memang nak mama aku mati baru nak telefon kami.” Soal Marziah
pula.
“Astagfirulllah…
apalah dosa Pak Dee sampai macam tu kamu tuduh Pak Dee.” Rosdi beristigfar,
terkejut dengan tomahan anak-anak tirinya.
“Manalah
tahu, lepas mama takde Pak Dee bolehlah bolot semua harta mama.” Marziah
sengaja menaik kemarahan Rosdi. Lelaki
itu tetap tenang, dia tidak mahu kecoh-kecoh dihadapan isterinya. Biarlah mereka semua menuduhnya bukan-bukan
asalkan isterinya tahu akan kebaikannya.
Rahimah
terjaga, suara-suara bising mengganggu tidurnya. Ketika dia membuka matanya, wajah Mukriz yang
pertama menyapa dihadapannya. Dia terkejut, kemudian dia kalih disisi ingin
melihat wajah suaminya pula. Kesian dia
melihat wajah muram itu, barangkali dimaki dan dihendik oleh anak-anaknya.
“Korang
berdua datang kenapa? Mama tak suruh pun datang.” Rahimah bersuara dingin,
ingin marah tapi tidak berdaya.
“Im,
jangan cakap macam tu. Anak-anak Im
datang nak tengok keadaan mama dia orang.”suara lembut suamiku membuatkan aku
ingin menangis. Dia ingat aku tak dengar
masa anak-anak aku mencacinya, aku sedih.
Airmataku mengalir, Rosdi menyapu lembut pipiku.
“Dahlah
Abang, mama tak suka kita datang. Ziah nak balik, kalau abang nak stay. Suka
hati abang.” Marziah bergegas keluar dari bilik tanpa menoleh lagi. Mukriz masih berdiri kaku, dia ingin memeluk
mamanya. Tapi rasa ego mengatasi segalanya, dia perlu teguhkan pendiriannya.
“Mama,
Mukriz balik dulu. Insyaallah, nanti
Mukriz datang lagi.” Lantas tangan Rahimah dikucup dan dahi mamanya juga
dikucup lembut. Mukriz juga keluar
tanpa pamitan pada Rosdi. Rahimah sedih,
anak-anaknya masih enggan mahu menerima Rosdi dalam keluarga mereka.
“Sudahlah
Im, Dee tak ralat. Yang penting Im
sentiasa berada disisi Dee, itu sudah cukup buat Dee.” Dahi isterinya dikucup
lembut. Dia rebah disisi isterinya,
ingin merasa kehangatan tubuh isterinya.
Mata dipejamkan, mahu mengusir rasa yang mencengkam dihati. Biarlah anak-anak tirinya tidak sudi
menerimanya, tapi yang pasti dia bahagia bersama isterinya.
=============================
“Encik
Rahman, saya ada buat surat wasiat.” Kata Rosdi ketika peguamnya datang ke
pejabatnya.
“Wasiat,
Tapi kenapa?” soal peguamnya. Rosdi melemparkan senyuman, sudah tiba masanya
dia menyerahkan syarikat miliknya kepada seseorang. Dia dapat merasakan umurnya tidak
panjang. Dia ingin melepaskan semua harta
dunia dan beridah untuk mencari keredhaan ilahi bersama isternya.
“Saya
rasa sudah tiba masanya. Biarlah orang
lain yang menguruskannya, saya ingin menumpukan ibadah saya pada yang Maha Esa
pula.” Rosdi masih lagi ingin berahsia.
Dia tak mahu Rahman bertanya lagi, dia mahu Rahman menjalankan
amanahnya.
Surat
Wasiat yang ditulis semalam diserahkan kepada Rahman, dia siap menandatangani
surat itu dihadapan peguamnya itu.
Rahman mengambil surat wasiat itu lantas dimasukkan kedalam sampul dan
ditutup rapat. Surat itu bakal dibaca
jika terjadi sesuatu pada diri majikannya.
Dibelakang sampul tertera nama-nama yang perlu dihadir ketika pembacaan
wasiat itu nanti.
“Insyaallah,
saya akan pastikan amanat Encik Rosdi akan saya tunaikan.” Rahman menyimpan surat
wasiat itu didalambeg kerjanya. Dia
bangun lantas berjabat tangan dengan Rosdi.
“Terima
kasih Rahman, saya hargai segala budi baik awak. Jangan lupa pesanan saya, jika mereka tanya
awak kata yang ini amanah dari saya.” Rahman mengangguk.
Rosdi
menyandar dikerusi empuknya, dia memandang siling pejabatnya. Fikirannya bercelarau, sudah dua malam
berturut-turut dia bermimpi melihat isterinya memakai jubah putih. Dan dua malam itu juga dia bangun mengerjakan
solat tahjud ketika isterinya nyeyak tidur.
Dia risau melihat tahap kesihatan isterinya yang kian merundum, sudah
banyak pakar merawat tapi masih begitu.
Kini dia mencuba pula perubatan alternative, tak salah dia mencuba. Perubatan dalam Islam juga dituntut, malah
ada juga yang masih mengamalkannya asalkan tidak bercanggah dengan rukun Islam.
Telefon
dimeja berbunyi, kedengaran suara setiausahanya ditalian.
“Encik
Rosdi, ada panggilan dari Encik Fahmi.”
“Sambungkan,
Assalamualaikum Mie.”
“Waalaikumusalam
Dee, kau sihat?”
“Aku,
alhamdulillah sihat. Cuma kesihatan isteri aku yang kurang memuaskan.” Keluh Rosdi
ditalian.
“Kenapa
dengan isteri kau Dee?” soal Fahmi pula.
“Sebulan
lepas dia demam, pastu kena pula minor
strok tu yang teruk sikit.”
“Habis
tu siapa yang jaga dia sekarang?”
“Aku
upah jururawat untuk pantau kesihatan dia, tapi bila time aku kat rumah aku
pula yang pantau keperluan dia.”
“Oh
gitu, aku doakan semoga isteri kau cepat sembuh. Aku tahu kau sangat menyanyangi dia, tabahkan
hati. Banyakkan berdoa ya.” Nasihat Fahmi.
Rosdi tersenyum, dia bangga kerana mempunyai rakan yang benar-benar
mengambil berat tentang kehidupannya.
“Terima
kasih Mie, kau saja yang tahu kesusahan yang aku alami.” Talian telefon dimatikan. Rosdi mengeluh, dia
redha dengan takdir yang Allah berikan. Dia sayangkan isterinya walaupun
dibenci oleh anak-anak tirinya. Tapi dia
harus kuat, isterinya memerlukan dirinya sepertimana dia memerlukan isterinya
juga.
Hari
ini kerja dipejabat membebankannya, tapi dia harus siapkan semuanya sebelum
pulang ke rumah. Dia tidak mahu pulang
dengan bebanan kerja, dia ingin pulang dengan wajah ceria. Risau dan takut , sang isteri turut berduka
jika melihat dirinya yang tidak terurus.
Perlaha-lahan
computer riba dimatikan, dia bangkit dari kerusi. Beg kerja diambil serta kunci kereta dicapai
ingin pulang ke rumah segera, risau akan keadaan isterinya dirumah.
==========================
“Dee,
Im minta maaf. Im dah banyak menyusahkan
Dee.” Sayu sungguh suara isterinya meomohon kemaafan. Rosdi melemparkan senyuman manis, ingin
mengusir keresahan dihati sang isteri.
“Im
tak perlu minta maaf, Dee ikhlas.
Bercinta dan seterusnya berkahwin dengan Im adalah satu anugerah yang
paling indah Allah berikan pada Dee.
Biarpun perkahwinan kita tidak direstui, tapi Dee bahagia sekali. Im adalah bidadari yang Allah turunkan buat
Dee, dan Dee amat bersyukur dengan kurniaan Ilahi. Cinta Dee pada Im tak pernah mati, dan Dee
berjanji akan jaga Im selama-lamanya.
Tiada orang lain yang boleh memisahkan kita, hanya Allah S.W.T
percayalah.” Bersama ucapan kudus itu,
Rosdi mencium ubun-ubun isterinya.
Airmata Rahimah yang mengalir diseka dengan hujung jari Rosdi.
“Im
pun, terima kasih kerana sudi menerima diri Im yang serba kekurangan ini. Hanya Allah saja yang tahu bertapa Im sangat
kasihkah Dee. Cinta dan sayang Im hanya
untuk Dee.” Rahimah mengucup lembut tangan Rosdi.
“Sudahlah
Im, mari kita tidur. Esok Dee nak bawa Im suatu tempat.” Rosdi membaringkan
isterinya, Rahimah menurut.
“Dee,
kita nak kemana esok?” soalannya disambut dengan ciuman dibibir. Senyuman manis terukir dibibir suaminya,
bersama isyarat dibibir “Rahsia”.
Malam
itu, Rahimah tidur lena dalam pelukkan suaminya yang tercinta. Dalam hati dia berdoa semoga kebahagian ini
berkekalan hingga ke akhir nafasnya. Dia
amat berterima kasih kerana Allah sudi memberinya peluang untuk menikmati cinta
dari insan yang bernama suami setelah sekian lama dia hidup keseorangan.
Rahimah
tersedar dari mimpi indah, dia kalih sebelah. Suaminya tiada disisi. Perlahan-lahan dibangkit dari katil. Dia terpandang sekujur tubuh milik suaminya
sedang mengadap ilahi. Sayu sungguh
suara lelaki itu berdoa kepada Allah.
“Ya
Allah, Ya Rabbi, aku mohon engkau kekalkanlah jodohku hingga ke akhir
hayatku. Janganlah kau ambil dia dariku,
aku masih memerlukan dia berada disisiku.
Aku sangat menyintainya seperti mana aku menyintai diriMu Ya Allah. Dia adalah anugerah yang paling indah yang
telah Engkau hadirkan dalam hidupku. Ya
Allah, Ya Rabbi, aku sujud padamu agar kau peliharakanlah imanku agar aku redha
dalam menghadapi segala ujianmu. Hanya
padamu aku berserah kerana aku tahu hanya Engkau Yang Maha Mengetahui. Amin..”
belum sempat habis berdoa, Rosdi terdengar jeritan nyaring dari bilik air. Cepat-cepat dia bangun dan mendapatkan
isterinya yang sudah terlentang didalam bilik air.
“Im,
bangun, kenapa ni sayang?” soal Rosdi cemas, kepala isterinya dipangku. Dia meraba-raba kepala isterinya, ada cairan
pekat mengalir laju. Darah! Rosdi berteriak
meminta tolong dan keadaan menjadi kelam-kabut selepas itu.
Tiba
dihospital, Rahimah diberi rawatan kecemasan.
Rosdi cemas, dia mudar-mandir diluar bilik ICU. Dia cuba menelefon
anak-anak tirinya, namun tiada jawapan.
Akhirnya dia memutuskan untuk sms mereka saja. Rambutnya diraup kasar, hatinya resah
memikirkan kecuaianya yang menyebabkan isterinya terjatuh. Memang dia sepatutnya lebih peka, tapi
perkara dah terjadi dan dia merasa amat kesal.
“Mana
mama aku? Apa yang kau dah buat kat dia?” suara keras menampar keras peluput
telinga Rosdi. Dia mengangkat muka,
terbias wajah bengis Mukriz dihadapannya yang sedang bercekak pinggang.
“Pak
Dee.. Pak Dee.. minta maaf. Masa itu Pak Dee tengah solat. Tak perasan bila
mama kamu bangun dan ke bilik air.” Ujar Rosdi dengan suara
terketar-ketar. Tahap kemarahan Mukriz
memuncak, ingin ditumbuk wajah lelaki itu tetapi sempat dihalang oleh
seseorang.
“Kau
ni siapa hah?” Mukriz bengang.
“Saya
kawan encik Rosdi, saya harap encik hormati dia. Walaupun Encik tak boleh terima dia sebagai
bapa tiri, tapi terimalah hakikat yang dia adalah suami mama encik. “ Rahman
melepaskan pegangan tangan Mukriz. Mukriz
merenggus kasar, dia beralih duduk disebelah Marziah yang sedang menangis.
Pintu
bilik ICU terbuka, kelihatan seorang doktor pertengah umur keluar dari
situ.
“Siapa
waris pesakit?” soal doktor itu. Rosdi
cepat-cepat bangun, “Saya suami dia doktor, macam mana dengan keadaanisteri
saya?” soal Rosdi cemas.
“Buat
masa ini isteri encik masih dalam keadaan koma, kami masih menunggu tindakbalas
dari ubat yang kami masukkan dalam badannya.
Harap-harap dalam masa 24 jam ini dia sedar, Cuma saya harap agar encik
banyakkan lah berdoa. Mintalah pada Allah, saya hanya mampu menolong setakat
ini, yang lain kita serahkan saja pada Yang Maha Esa. Saya pergi dulu.”
Kata-kata doktor itu menyentap sanubari Rosdi.
Tanpa segan silu airmata lelakinya gugur, dia menangis.
Rahman mengusap bahu sahabat merangkap majikannya.
“Sabarlah
Rosdi, banyakkan berdoa. Insyaallah, dipermudahkan segala-galanya.” Rahman
masih setia mengusap bahu Rosdi. Dia
mengerti perasaan Rosdi, dulu masa isteri pertama lelaki itu pergi mengadap
illahi dia ada bersama-sama lelaki itu.
“Aku..tak
tahu nak buat apa Man, dunia aku kelam. Aku tak mahu kehilangan buat kali
kedua. Cukup dulu aku kehilangan Suriati, tak mahu kehilangan Rahimah pula.
“mendayu-dayu suara Rosdi menangisi nasib yang menimpanya kini.
“Rosdi,
ingat janji Allah. Dia Maha Mengetahui dan juga Maha Melihat. Berdoalah semoga
semuanya berjalan dengan lancar.” Rahman masih cuba menenangkan sahabatnya
itu. Dia faham perasaan yang Rosdi
alami. Tapi dia mahu Rosdi redha dan
bertawakal.
Mukriz
dan Marziah sudah lama pulang, kini tinggal dia sendirian menunggu isterinya di
wad ICU. Dia mendapat kebenaran untuk
berada disisi isterinya, dan dia tidak langsung lepaskan peluang. Rosdi duduk disebelah isterinya, tangan sejuk
itu dicapai dan digenggam seeratnya.
Airmatanya masih laju mengalir tanpa henti, dia mengucup tangan itu.
“Im,
maafkan Dee. Dee cuai, Dee janji tak
akan ulangi lagi. Im bangunlah sayang,
jangan tinggalkan Dee. Dee tak mahu
hidup sendirian lagi. “ rintih hatinya.
Rahimah tetap kaku, Rosdi pasrah.
Perlahan-lahan dia bangkit dari kerusi dan tidur disebelah isterinya,
ingin memeluk kekasih hatinya. Pipi
mulus itu dicium, satu ucapan kudus terluah dari bibirnya, “Kalau sudah janji
tuhan, Dee pasrah. Dee relakan Im pergi,
tapi jauh disudut hati Dee. Dee minta
jika Allah ingin membawa Im pergi, maka bawalah Dee sekali. Dee rela dengan sepenuh hati.” Selesai
berbicara, Rosdi memeluk isterinya erat dan menyebut kalimah Allah ditelinga
isterinya. Dan dia sendiri turut
memejamkan matanya disebelah isterinya yang tercinta.
4.30pagi….
“Encik?
Encik?” jururawat bertugas cuba membangunkan Rosdi yang terbaring disebelah
isterinya. Namun tiada respone, dia mencuba
sekali lagi. Jururawat bernama Yasmin
cuba memeriksa pergelangan tangan Rosdi, ingin memastikan denyutan nadinya.
“Ya
Allah!” Jururawat Yasmin keluar bersama jeritan, dia cemas kerana lelaki yang
disangka sedang tidur itu rupa-rupanya telah meninggal dunia bersama-sama
isterinya diatas katil yang mereka kongsi bersama.
Maha
suci Allah, lagi Maha Mengetahui. Rahimah pergi meninggalkan suaminya ketika
koma, tapi yang lebih dasyat lagi suaminya Rosdi turut sama pergi mengikutnya
ke Alam Barzakh.
Keadaan
hospital pagi itu kecoh, para doktor cuba untuk menyelamatkan mereka berdua.
Tapi sayang, Allah lebih menyanyangi mereka berdua. Itulah cinta mereka, cinta yang kekal hingga
ke hujung nyawa.
===============================
Jenazah
kedua-dua selamat dikebumikan dalam satu liang lahad. Itu adalah permintaan Rosdi dan Rahman telah
menjalankan tanggungjawabnya. Mukriz
sedih, Marziah meraung tetapi apakan daya mereka berdua tidak sempat memohon
maaf dari kedua-duanya.
“Encik
Mukriz, Cik Marziah. Saya ada satu permintaan, sila datang ke pejabat saya esok
untuk pembacaan surat wasiat Arwah Rosdi.”pinta Rahman. Mukriz dan Marziah menggangguk kepala.
Keesokkan
harinya, Mukriz dan Marziah datang ke pejabat Rahman. Mereka berdua diminta tunggu sehingga Rahman
selesai mesyuarat dengan klien.
“Maaf
kerana menunggu, boleh kita teruskan.” Soal Rahman.
“Teruskan
encik Rahman”jawab Mukriz.
“Seminggu
sebelum Encik Rosdi meninggal, dia ada membuat surat wasiat. Surat wasiat ini
dibuat ketika dia masih waras. Saya
diamanahkan untuk membaca surat ini selepas pemergian beliau. “ sambung Rahman
lagi, “Encik Rosdi telah mewasiatkan jawatannya CEO kepada Encik Mukriz Bin
Muzar bersama 35% saham syarikat.
Manakala, Cik Marziah Binti Muzar diberikan 20% saham yang ada di Zillion
Holdings. Kalian berdua hendaklah
bersama-sama membangunkan Zilion Holdings
sehingga ke anak cucu. Encik
Rosdi juga telah menukarnama pemilik rumah banglonya di Kota Damansara ke atas
nama Encik Mukriz dan juga Cik Marziah.
Akhir kata, Encik Rosdi berpesan agar kalian berdua memaafkan diatas
segala kesilapan yang pernah dia lakukan.” Selesai urusan pembacaan wasiat itu,
Mukriz dan Marziah beredar meninggalkan pejabat Rahman dengan beribu
persoalan. mereka hairan mengapa bapa
tirinya begitu kaya sehingga sanggup mewariskan hartanya kepada dua anak tiri
yang sama sekali tidak pernah menyukainya.
Mukriz
terkedu, Marziah terkaku. Kedua-duanya
tidak menyangka yang mereka akan perolehi harta yang banyak. Keinsafan mula bertamu, baik Mukriz mahupun
Marziah.
“Abang
Riz, Pak Dee betul-betul sayangkan mama.” Marziah bersuara sayu, ketika itu
mereka berada ditanah perkuburan mama dan juga bapa tirinya.
“Ya
Ziah, Abang Riz betul-betul insaf. Kita sepatutnya terima Pak Dee dari dulu
lagi. Dia memang benar-benar sayangkan
mama kita.” Ujar Mukriz. Kepala Marziah diusap perlahan, ingin
meredakan kesedihan adiknya itu.
“Mama,
Pak Dee, ampunilah kami berdua. Kami
khilaf, sehingga tidak tahu mana yang betul dan mana yang salah.” Pinta Mukriz.
“Memang
betul kata Pak Dee, cinta Pak Dee pada mama mengatasi segala-galanya. Sebab itu
Pak Dee turut pergi meninggalkan kami untuk bersama mama. Sungguh, Ziah kagum cinta tulus yang Pak Dee
persembahkan pada mama. Cinta Hingga
Hujung Nyawa.”
Awan
berarak mendung, kelihatan titis-titisan hujan mula menimpa bumi. Mukriz dan Marziah bangkit meninggalkan
kawasan perkuburan. Dalam diri
masing-masing tersemat janji, janji akan selalu mengunjung pusara arwah mama
dan juga arwah Pak Dee.
Al-
Fatihah…
~Tamat~