Bab
26
Fareeza
keresahan, sejak semalam Fareez tidak menghubungi dia. Sepatutnya dia dan Fareez keluar hari ini,
sms dari tunangnya menyatakan dia ingin bertemu dengan kawan lama memaksanya untuk membatalkan pertemuan
mereka.
“Feza tak keluar
ke hari ini?” sapa mama ketika melabuh punggung disisi Fareeza.
“Tak ma, Fareez
kata dia ada hal. Nak jumpa kawan lama.
Mama dari mana tadi?” Fareez pelik melihat mamanya ayang kelihatan
cantik mengenakan baju kurung pasak dan bertudung putih susu.
“Mama baru lepas
jumpa bakal mertua kamu. Dia kirim kat
kamu.”ujar mama sambil membuka tudungnya.
“Waalaikumusalam,
mama keluar dengan Umi, Pergi mana?” soal Fareeza pula.
“Saja pergi butik
pengantin, nak tengok koleksi baju dan juga pelamin untuk majlis kamu dengan
Fareez nanti.” Aku menelan air liur, terasa kelat pula. Takut bila mama dan umi sudah mula merancang
untuk perkahwinan aku dengan Fareez nanti.
“Mama, ada
sesuatu yang Feza nak cakap.” Aku berhati-hati mengeluarkan ayat yang bakal
mencetus kemarahan mama nanti. Terpaksa,
kalau tidak sekarang bila pula.
“Feza nak cakap
apa, cakap lah mama dengar.” Mama menyandar kepalanya, barangkali mencari
keselesaan setelah penat berjalan hari ini.
Harap-harap mood mama baik,
bisik hatiku.
“Feza dah jumpa
dengan papa.” Berhati-hati aku berbicara. Badan mama yang menyandar tiba-tiba
bangun menegak. Matanya membuntang
memandangku, terkejut juga.
“Apa.. apa..
Feza.. cakap.. cuba.. ulang.. sekali.. lagi...” Suara mama sudah bergetar
bunyinya.
“Feza dah jumpa
dengan papa. Dah sebulan dia tinggal
dirumah bujang Fareez ma.” Aku masih lagi bercakap dalam nada berhati-hati,
takut hati mama terguris lagi.
“Kenapa Feza tak
cakap dengan mama, kenapa?”soal mama dalam nada yang masih bergetar.
“Feza takut mama
benci kat papa. Feza takut kebencian
mama akan membuatkan hubungan kita sekeluarga musnah sekali lagi.” Mendatar
suaraku kedengaran dicuping telinga mama.
“Sayang,
mama..mama.. sebenarnya tak marah dengan papa.
Mama cuma terkilan sebab papa sanggup tinggalkan kita berdua disebabkan pujuk rayu seorang perempuan muda.
Sebab itu mama cuba lupakan papa, tapi mama tak berdaya. Setiap kali mama menunaikan solat, doa
mama hanya satu ingin menyatukan semula
keluarga kita. Minta pertunjuk dari Allah agar membawa kembali suami mama pulang
kepangkuan keluarga.” Terang mama, terdengaran esakan halus dibibirnya.
“Betul mama?
Betulkah Mama masih sayangkan papa.” soal Fareeza semula, inginkna kepastian
dari mamanya. Anggukkan dikepala mama
menjawab persoalan yang diutarakan oleh Fareeza. Hatinya lega, kerana mamanya sudi memaafkan
kesalahan yang papa lakukan.
“Feza bawalah
papa pulang ke rumah kita, tak baik biarkan papa tinggal kat rumah Fareez. Nanti apa kata keluarga mertua Feza nanti.”
Fareeza memeluk Puan Rohani, gembira sebaik sahaja mendengar persetujuan dari
mulut mamanya.
“Terima kasih
mama, nanti Feza bagitau kat Fareez tenang perkara ni.” Fareeza lantas bangun
melangkah menuju ke tingkat atas. Dia
berkira-kira ingin menelefon Fareez.
Talian
Fareez sibuk, sudah berkali-kali dia
mendail tetap tidak dapat disambungkan.
Lantas sms ditaip dan dihantar kepada Fareez.
Selesai berbual
dengan Ustaz Azhar mengenai rancangannya ingin membantu Jeffrey dan Dyana,
terdengar isyarat sms masuk ditalian bimbitnya.
Skrin dipandang, tertera nama tunangnya.
Salam, sy nak jpa
awk. Ada hal penting.~ Feza
Fareez merengus,
sisa-sisa kemarahan masih ada. Dia masih
marahkan tunangnya yang pulang bersama Jamie Leong tempoh hari. Walaupun Fareeza sudah menerangkan kepadanya
berkali-kali mengenai perkara itu, dia tetap cemburu. Tapi bila difikirkan semula, memang salahnya
juga kerana mungkiri janji. Sepatutnya hari itu dia pulang bersama-sama
tunangnya, tetapi Abah pula mengajak dia untuk menemaninya bertemu dengan Tan
Sri Hamid. Dan dia sepatutnya
berterus-terang dengan Abah yang dia perlu menghantar Fareeza pulang terlebih
dahulu, ini tidak dia pula hanya sekadar menghantar sms pada tunangnya. Siapa yang tak marah, kalau dia pun tentu dia
marah juga.
Sms Fareeza
dibalas,
Jpa kat mana? Pukul
berapa?~Fareez
Fareeza berkerut,
mak ai! Garangnya. Dahlah kasar betul bahasa, sapa yang sedang merajuk
sebenarnya. Aku ke dia? Pening-pening kepalaku.
Lagi sejam, tunggu sy kt dpn rmh awk~Feeza
Selesai menghantar sms, beg tangan dicapai
dan kunci kereta mama diambil dari atas meja.
Langkah kaki dihayun menuju ke luar rumah. Sempat dia mengetuk pintu bilik mama sekadar
ingin memberitahu dia mahu keluar bertemu dengan Fareez.
Enjin kereta
dihidupkan dan kemudian dia memandu keluar dari perkarangan rumah dan menuju ke
rumah bujang Fareez. Dalam hati sudah
tidak sabar hendak bertemu dengan papanya.
Ingin memberitahu berita gembira tentang persetujuan mama untuk menerima
papa kembali.
Fareez memandang
skrin telefon bimbitnya, Fareeza mahu kemari. Tentu ingin bertemu dengan
papanya. Apa yang harus dia katakan
kepada gadis itu, papanya sudah lari? Tentu dia akan dimarahi oleh
tunangnya. Sebenarnya sudah 2 hari papa
Fareeza menghilangkan diri dari kondonya.
Kali terakhir dia bertemu dengan lelaki itu sebelum dia ke pejabat,
lelaki itu masih lagi tidur dibilik tamu.
Tapi kini, papa Fareeza sudah
pergi dari rumah ini. Dan dia tak tahu
bagaimana harus diterangkan kepada Fareeza nanti, sebab salah rasanya. Sedang Fareez mengelamun, telefon bimbitnya
berbunyi, tertera nama Fareeza skrin.
“Assalamualaikum,
awak saya dah ada kat depan rumah awak. “ kedengaran suara Fareeza ditalian.
“Waalaikumsalam,
tunggu kejap lagi saya sampai.” Talian dimatikan, dia sempat mengambil jaket
dan cap yang tergantung dinding
pintu. Kunci kereta dicapai juga. Bergegas Fareez turun menggunakan tangga,
tidak mahu menanti lift. Lagipun
rumahnya berada ditingkat tiga dan berdekatan tangga pula.
Fareeza tersenyum
sebaik sahaja terlihat kelibat Fareez.
Isyarat tangan Fareez mahu Fareeza memakir kereta berdekatan diseberang
jalan, dia mahu Fareeza naik keretanya.
Setelah mereka
berdua berada dalam kereta Fareez, masing-masing masih membisu. Baik Fareez mahupun Fareeza tiada satu suara
yang keluar dari mulut mereka berdua. Akhirnya
setelah lama berkeadaan begitu, Fareeza bersuara.
“Awak masih marah
lagi kat saya ke?” Fareez masih diam, pandangan tetap fokus ke hadapan ter arah
ke jalanraya. Pertanyaan Fareeza
dibiarkan saja, tiada tanda-tanda ingin menjawab persoalan itu.
“Awak, saya minta
maaf. Saya janji tak akan buat lagi.”
Fareeza masih berusaha memujuk Fareez. Tapi lelaki itu masih tetap membisu.
“Fareez, please jangan buat saya macam ni. Saya
sayangkan awak” pujuk ku lagi. Terdengar
keluhan dari bibir Fareez, Feza buntu lantas esakan perlahan tercetus dari
bibirnya.
Kereta yang
dipandu berhenti dibahu jalan, Fareez kalih pandang ke sisi. Tangannya mencapai dagu Fareez dan memaksa
gadis itu mendongak. Terbias wajah sedih
diwajah tunangnya itu, Fareez merasa bersalah kerana membuat gadis itu
menangis.
“Sayang, saya tak
marahkan awak. Tak mungkin sebab perkara
kecil itu saya marah, Cuma saya agak terkilan sebab awak tak beritahu saya yang
awak pulang tumpang Jamie Leong. Itu yang buat saya rasa sakit hati.” Feza
pandang tepat ke wajah Fareez, ingin mencari keikhlasan yang terbit dari mulut
lelaki itu.
“Fareez, Jamie
Leong hanya rakan sekerja yang saya anggap tak lebih dari seorang kawan. Lagipun, dia selalu tumpangkan saya sejak
dari dulu lagi sebelum saya mengenali awak. Memang betul dia ada menyimpan
perasaan terhadap saya, tapi itu dulu. Sekarang kami berkawan dan tidak lebih
dari itu.” Sayu suara Fareeza yang cuba menerangkan kedudukan sebenar antara
dia dan Jamie Leong.
“Okay, saya janji
tak akan cemburu lagi. Tapi dengan syarat, awak mesti inform saya setiap kali awak balik dengan dia.” Macam satu arahan
mandatori pula si Fareez ni. Teringin pula nak mempermainkan dia.
“Orait bos.” jawabku
sambil memberi tabik hormat pada Fareez.
Apa lagi, pecah tawa Fareez melihat gelagatku yang tak ubah macam askar
pencen pula. Selepas itu tiada lagi
wajah masam terukir hanya gelak dan tawa serta gurau senda memenuhi ruangan
dalam kereta itu. Sehingga Fareeza
terlupa akan tujuan asal dia bertemu dengan Fareez.
Di Condo Miharja…
“Kenapa aku tak
boleh lupakan dia, senyumannya, malah gelak tawanya selalu bermain
dimindaku.” Jamie Leong meraup wajahnya, dia bingung kerana asyik memikirkan
tentang cintanya yang tidak kesampaian.
Dia rindukan gadis itu, sejak hari pertama kali mereka
diperkenalkan.
“Feeza!” terucap
nama itu dibibirnya, dikala ini dia benar-benar dalam kerinduan.
“Jatuh cintakah
aku padanya, kenapa dan mengapa? aku seringkali salah jatuh cinta. “ Jamie
Leong menangis, murah sungguh airmatanya sejak akhir-akhir ini. Inilah kali pertama dia menangis kerana
seorang gadis. Telefon bimbitnya
berbunyi, tertera nama Kah Seng sahabat karibnya.
“Helo!”
“Bro, jom keluar
makan. Hari ni gua mahu belanja sama lu.” Kedengaran suara ceria Kah Seng ditalian.
“Sorry lah Kah
Seng, hari ini gua lagi susah hati.” Jamie Leong menolak.
“Lu masih ingat
sama itu pompuan ka? Sudahlah bro, itu budak melayu susah lu nanti.” Kah Seng
menyuarakan pendapatnya.
“Apa yang susah
Kah Seng, gua memang sudah tangkap cintan sama dia. Wa tarak kisah dia melayu
ka, cina ka, janji hati wa sudah suka.” kata Jamie Leong lagi, “Tapi sayang,
dia sudah jadi milik orang lain. Sekarang wa sudah patah hati.”
“Woo… bro, lu
jangan nak bunuh diri. Nanti apa wa mahu
cakap sama lu punya family.” Kah Seng
sudah ketakutan, dia kenal Jamie Leong sejak sekolah lagi. Lelaki ini amat nekad dalam apa jua yang dia
lakukan.
Jamie Leong
menjengilkan matanya, “Lu gila ka Kah Seng, wa tarak la sampai mahu bunuh diri.
Tapi wa kecewa sebab dia sudah pilih orang lain. Lu mahu tahu tak? Wa sanggup naik LRT
tiap-tiap hari sebab mau balik sama dia.”
“Lu lah gila,
sampai sanggup ikut dia balik naik LRT.
Kereta you simpan buat apa? Lain kali lu ajak la dia naik sekali. Lagi
syok ma..” Kah Seng cuba memancing Jamie Leong agar membuat kerja sia-sia.
“Mana boleh Kah
Seng, dia tak suka naik kereta. Dia
lebih suka naik LRT, itu sebab wa ikut sama dia balik.” Jamie Leong sudah
begang, Kah Seng memang tak boleh diharap.
“Suka hati lu
lah, sekarang you nak ikut sama wa ka tak?” Kah Seng sudah malas nak berbalah
lagi, dia ingin segera mematikan telefon.
“Tak, wa sudah
cakap lu ma. Lagi mau tanya.” terus Jamie Leong tutup telefon, malas nak dengar
bebelan suara Kah Seng lagi. Dah lah
fikirannya bercelaru, Kah Seng pula menambahkan lagi kecelaruan yang ada.
“Gila ini orang!
Wa mahu tolong dia tak mau, sekarang sendiri sudah susah.” Kah Seng membebel
sendirian. Dalam hatinya sudah tekad
ingin melihat siapa gerangan perempuan melayu yang telah membuatkan sahabatnya
patah hati. “Sapa lu pompuan, wa akan
cari lu sampai jumpa. Bila dah jumpa, wa
pula akan kenakan lu pompuan. Cilaka!” marah Kah Seng.
Jamie Leong cuba
lelapkan matanya, tanganya diletak diatas dahi manakala matanya begitu asyik
merenung kearah siling rumah sewanya.
Itulah rutinnya setiap hati, pulang dari kerja dia akan mengelamun
sehingga dia sendiri ketiduran. Memang
parah jika dia terus begini, tapi apakan daya dia sendiri tidak perdulikan
tentang dirinya lagi. Akhirnya dia
terlelap disofa seperti biasa.
suke sgt citer nie...x sabar tg sambungan...cepat skit yer.... :)
ReplyDelete-zuera-
Terima kasih, nanti sy upkan sambungannya minggu depan.
Delete