Saturday, 1 December 2012

SPEED - Cintaku Bukan Sekadar Di Meter Jalanan (Bab 1)


Bab 1

“Berapa kau speed bro?” soal Taj pada Mike.  Diperhatikan kereta sahabatnya yang sudah tersadai cantik ditepi pokok.

 
About 140 to 160km, why?”pertanyaan Mike dijawab dengan sengihan dibibir Taj.

 
“Patut pun, nasib baik tak kantoi.”

 
“ Kantoi?”

 
“Yelah, tapi tak tahulah sama ada kau terlepas dari camera canggih PDRM kali ini.” Mike tunjuk wajah pelik, Taj ni dah macam polis pencen pulak.

 
“Betul bro, sekarang ni sejak PDRM guna camera terbaru EAS memang susah nak lepas lari.” Beria-ia Taj bercakap siap buat muka ala-ala serius.

 
“Tu aku tahulah, sekarang ni kereta aku macam mana?” marah Mike, geram Taj seakan-akan mempermainkannya.

 
“Macam mana lagi, kena panggil town truck untuk tarik kereta kau ke bengkel lah.”jawab Taj.

 
“Kau buatlah apa yang patut.  Aku nak balik, pinjam kereta kau.” Mike mengalah, malas nak layan karenah Taj.

 
“Kereta aku? Kau boleh pandu ke?” cabar Taj.

 
“Alah, dah namanya kereta tentulah aku tahu nak drive.” Jawab Mike sombong.

 
“Ni kuncinya, kereta tu kat depan sana.” Taj serahkan kunci pada Mike tanpa menoleh wajah Mike.  Alangkah terkejutnya Mike apabila melihat kereta Taj, “Oh no, not this car.” keluhnya dalam hati.  Kereta kancil milik Taj ditilik dari jauh sebelum berjalan menghampiri Taj kembali.

 
“Nah, ambik baik.”diletakkan kunci kereta milik Taj ditapak tangan lelaki itu. 


“Kenapa?”soal Taj sambil menjongket tinggi keningnya. 

 
“Tak mahu aku bawa kereta kecik kau ni. Susah nak drive bro.” Taj tergelak, Mike bengang.

 
“Tulah, aku dah cakap tadi. Kau yang tak nak dengar, rasakan.”ejek Taj.

 
“Dah, jangan nak banyak cakap. Sekarang kau hantar aku balik ke ofis sebelum papa tahu aku mengular tanpa kebenarannya.”Arah Mike kepada Taj.  Menggeleng kepala Taj melayan karenah anak jutawan ni.  Tapi apakan daya, dah memang perangainya sebegini.  

 
Tengku Mikhail Khazi atau panggilan manjanya Mike adalah anak kepada Datuk Tengku Azhar seorang jutawan yang terkenal.  Dia merupakan anak tunggal dan satu-satunya pewaris syarikat Empire Straits Berhad yang terkenal dengan bisnes perkapalan dan juga kereta-kereta import.  Jadi tidak hairanlah jika setiap hari Mike akan bertukar-tukar kereta.  Dia juga mempuyai koleksi kereta-kereta mewah seperti Ferrari, lamborgini, Lotus Elsie dan banyak lagi.  Dia juga gemar berlumba tidak kiralah dimana saja.  Kadang-kala jalanraya biasa pun dia jadikan seperti dilitar lumba. 

 
Mereka meninggalkan kawasan itu selepas town truck membawa pergi kereta Evo Mike ke bengkel Taj.  Sepanjang perjalanan, masing-masing mebisu.  Baik Mike mahupun Taj yang sedang khusyuk memandu.  10 minit kemudian mereka sudah berada dibangunan Straits Empire kepunyaan Datuk Tengku Azhar.

                                            
“Okay bro, kau cepat-cepat siapkan kereta aku tu.  Aku bagi masa 3 hari, everything must be done perfectly.”arahan Mike buat Taj tersenyum lebar.

 
No problem. Dah siap nanti aku suruh pekerja aku straight hantar ke sini.” Habis berkata Taj memandu pulang ke bengkelnya yang terletak di Sungai Buloh.

 
Mike melangkah pantas menuju ke lobi bangunan. Langkahnya terhenti ketika dia disapa seseorang. “Darling.” Dia menoleh melihat siapakah gerangan, Lisa! Stok perempuannya yang entah keberapa.

 
“Lisa, what a pleasant surprise. What bring you here?”soalnya.

 
You” Mike tersenyum. Faham akan kehendak gadis yang berambut perang itu.  Dia menggeleng kepala, tanda tidak mahu.  Dia perlu menghadiri mesyuarat penting sejam lagi, jika tidak pasti dimarahi oleh daddynya nanti.

 
Why darling, I need you.” Si kucing parsi mula menyodol sambil mengusap lengan sasanya tanpa segan silu.  Mike menolak perlahan agar si dia tidak tersinggung.

 
“Not now dear, I need to attend urgent meeting with my dad. Hope you understand.” Perlukan dilengan terungkai, si rambut perang merengus kasar.

 
“You, how about tomorrow?” si rambut perang masih memujuk.  Mike masih menggeleng kepalanya.  I’ll call you then.”katanya.  Sesi pujuk memujuk berlalu hampir 10 minit sebelum si rambut perang beredar dengan hati sebal.  Nak marah tak boleh, nanti banker lari susah pula.

 
“Okay darling, call me ya?” sebelum berlalu sempat lagi si perang melayangkan flying kiss.  Mike tersenyum lebar, namun ada gadis yang duduk berhampiran meja penyambut yang turut menyaksikan adegan itu perasaan meyampah.  Benci dengan sikap kasanova lelaki itu.  Tahulah anak jutawan, tapi perangai mengalahkan bapak jin.  Perempuan keliling pinggang, ada berambut merah, perang, blonde dan ada juga hitam.  Semuanya jenis stok-stok simpanan.  Minta-minta aku tidak tergolong dalam kategori itu.

 
“Yang kau dari tadi asyik tergeleng-geleng kepala tu kenapa?” sergahan Misya buat aku terkejut.  Nasib baik tak melatah, budak ni pun satu datang tak bagi salam.

 
“Kau ni Misya, tak reti-reti nak bagi salam ke?” dada yang berdebar diurut perlahan.  Nasib baik tak terkeluar jantung aku ni. Katanya dalam hati.

 

“Tak bagi salam apa, dari tadi lagi. Sampai nak kering tekak aku ni tau. Kau kenapa?” marah Misya.

 
“Biasalah, kasanova buat telenovela kat depan aku tadi.  Kali ini dengan si rambut perang pula.” Jawabku meluat.

 
“Rambut perang, maksud kau si Lisa Marie tu ke? Misya siap buat gaya ala-ala model gitu.

 
“Siapa lagi, Lisa si biskut marie tu lar.” selarku dengan wajah menyampah. 

 
“Bunyi macam cemburu.  Ada hati juga ke nak jadi salah seorang stok simpanan mamat tu.” Aku menjegilkan mataku,geram dengan kenyataan yang keluar dari mulut Misya.

 
“Mulut kau nikan, takde insuran kan?” marahku, geram dituduh bukan-bukan.

 
“Sorilah beb, aku tak ada niat pun nak cakap macam tu.  Lain kali aku diamkan saja.” Misya memohon maaf sambil menunjukkan aksi menzipkan mulutnya.  Aku tergelak.

 
“Maaf diterima, tapi disebabkan mulut longkang kau tu.  Hari ini kau kena belanja aku.” Kali ini giliran Misya pula menjengilkan matanya.


“Jomlah..”tangannya aku tarik, malas nak bertekak lagi.  Sengaja dia nak permainkan sahabat merangkap teman serumahnya itu.

 
Selesai makan tengah hari aku pulang semula ke pejabatku yang terletak bersebelahan bangunan Empire Straits.  Walaupun aku tidak bekerja dibangunan yang sama dengan Misya mahupun lelaki kasanova itu, tapi semua cerita tentang keburukan lelaki itu sudah tersedia ada dalam poketku.  Mana taknya, asal balik dari kerja telinga ini asyik mendengar Misya cerita tentang anak jutawaan itu.  Sampai aku boleh hafal nama si rambut perang, rambut merah mahupun rambut blonde tanpa ketahui siapa mereka dan juga latar belakang mereka itu. 

 
Petang ini aku sudah janji dengan adikku Kartina untuk bertemu.  Minggu lalu adikku ini meminta duit belanja, dan aku sebagai kakak sulong dipertangungjawabkan untuk menjaga kebajikannya dan dua orang lagi adikku yang belajar disekolah menengah dan rendah.  Sejak 2 tahun yang lalu, aku hidup begini.  Ayah pergi meninggalkan kami akibat kemalangan ngeri itu.  Motor ayah dilanggar sebuah lori dan mayat ayah terpelosok dibawah badan lori.  Sayu hatiku setelah melihat sendiri mayat ayah yang ketika itu baru saja lepas menghantarku ke pejabat.  Ibu menyalahkan aku, menyebabkan aku mengambil keputusan utuk tinggal berasingan.  Namun aku tidak pernah lupa akan tangungjawabku terhadap ketiga-tiga adik-adikku.  Kartina Amira yang kini berada di tahun ketiga disebuah universiti tempatan, Kartika Anina pula ditingkatan lima dan akan mengambil peperiksaan SPM tahun ini. Manakala yang bongsu Khairul Azuan berada ditingkatan 2 bersekolah diasrama penuh.  Dan aku, Kazrina Atirah anak sulong yang kini hidup dalam buangan.  Cuba meraih kemaafan dari seorang ibu sehingga kini masih belum berpeluang berbuat sedemikian.

 
Kartina akan datang bertemu denganku sebulan sekali untuk mengambil duit belanja yang aku serahkan kepadanya secara rahsia.  Aku tahu kalau ibu tahu duit itu datangnya dariku, sudah pasti dia tidak akan mahu menerimanya. Sudah 3 tahun kejadian itu berlaku, tapi sampai sekarang aku tidak tahu sama ada kemarahan ibu masih tetap bersisa ataupun tidak.  Aku redha, cuma apa yang aku harapkan hanyalah satu, agar ibu datang menziarahiku jika aku ditakdirkan tidak ada lagi didunia ini.


“Along, dah lama sampai?” soal Kartina sambil menghulurkan tangan.  Aku tersentak dari lamunan, pantas  aku sambut huluran tangannya.  Tanganku dikucup lembut dan aku meraihnya kedalam pelukkanku.

 
“Baru aje, angah nak minum?” soalku lantas mengamit tangan memanggil pelayan agar mendekatiku.  Pesanan dibuat sebelum aku meneruskan bicara.

 
 “Ibu apa khabar? Dah lama along tak datang tengok adik-adik.”sayu aku berkata, sedih kerana hidup dalam terbuang.  Ingin pulang kepangkuan keluarga tapi aku takut.

 
“Adik-adik semuanya sihat-sihat. Cuma kesihatan ibu sejak kebelakangan ini agar terjejas.”mendengar khabaran seperti itu membuatkan aku sayu.  Ibu sakit?

 
“Kesihatan ibu terjejas, maksud angah?”soalku cemas, ingin tahu keadaan sebenarnya.

 
“Macam along tak tahu, ibu kan ambil upah menjahit.  Tiap-tiap malam ibu akan berjaga semata-mata nak siapkan tempahan.  Bila angah larang ibu berdegil, sebijik macam perangai along.” Omelnya, “Amboi, sesedap rasa aje angah mengata along.” Luahku dalam hati.

 
“Angah cubalah cakap elok-elok dengan ibu.”pintaku agar dia menasihat si ibu.

 
“Nak cakap macam mana lagi along.  Ibu tak nak dengar, akibatnya terpaksalah angah atau Tika yang mengalah.  Nak harapkan dekat adik tak boleh pula, asyik sibuk dengan main bola aje.”rungut si angah.  Kazrina tersenyum, suka mendengar luahan adiknya itu.  Sekurang-kurangnya dia tahu serba sedikit perkembangan tentang keluarganya.

 
“Along harap angah tolong tengok-tengokkan ibu dan adik-adik.  Hanya angah yang along amanahkan buat masa ini.”harapanku agar suatu hari nanti aku pula berpeluang untuk memikul amanat ini.

 
“Along tak nak balik ke? Dah 3 tahun along, angah rasa ibu dah cukup rasa bersalah.”kata-kata Kartina tidak memberi kesan padaku.  Aku tahu dia sekadar ingin menyedapkan hatiku.  Aku tahu kemarahan ibu masih bersisa, jika tidak sudah tentu dia menyuruh Kartina mencariku.

 
“Tak apalah angah, Along dah biasa hidup begini.  Lagipun along dah lali pun.”Kartina menyedut air minumannya.  Dia tahu apa yang bergelodak dihati kakaknya itu.  Jauh disudut hati kakaknya amat merindui keluarga.  Perasaan sayu dan sedih diwajah kakaknya mengambarkan betapa rindunya dia pada keluarga.

 
“Angah sentiasa berdoa agar suatu hari nanti kita sekeluarga akan bersatu semula. Itu janji angah pada along.” Lantas tangan Kazrina diraih dan digenggam erat.  Airmata dipipi Kazrina mengalir tanpa disedari. 

 
Pertemuan diantara kedua beradik itu dilihat dari jauh oleh seseorang.  Sedari tadi dia melihat kelakuan mereka berdua.  Amar Amsyar kaku disatu sudut, matanya tidak sesekali pun beralih dari merenung dua gadis itu.  Perasaan bersalah menerpa, kasihan melihat anak-anak yatim ini. “Aku harus lakukan sesuatu. 3 tahun bukankah satu jangka masa yang singkat.  Bermacam-macam perkara telah berlaku.  Aku harus cepat bertindak.”bisik hati kecilnya. 

 
Kejadian 3 tahun lalu juga telah merubah hidupnya.  Dia tahu kesalahannya telah membuatkan gadis itu terpisah dari keluarga.  Dan disebabkan kesalahannya juga keluarga gadis itu hilang tempat bergantung.  Nasib baik anak sulung keluarga itu sudah bekerja, jadi beban yang ditangung tidaklah berat. Amar Amsyar berdosa kerana menyebabkan gadis itu menderita, dia perlu perbetulkan semula keadaan ini.  Tapi bagimana, di sendiri tidak pasti.  Tanpa dia sedari, hatinya juga telah terpaut pada si kakak.  Kecekalan dan kesungguhan si kakak menjalani kehidupan sendirian dan juga tangungjawab pada keluarga telah mencuit hatinya.  Dalam diam, dia ingin menjadikan si kakak suri hidupnya sekaligus membantu gadis itu pulang semula kepangkuan keluarga.  Idea nakal tercetus ketika dia ternampak kedua gadis itu sedang menuju ke arahnya.  Amar Amsyar dengan sengaja melunjurkan kakinya, dan si kakak yang tidak nampak terus tersepak dan hampir-hampir tersungkur.  Namun belum sempat tubuh itu jatuh, ada tangan sasa yang menyambutnya.  Keduanya terpana, sebelum terdengar suara si adik memarahinya.

 
“Awak ni kenapa, tak nampak ke kami nak lalu. Yang awak pergi lunjurkan kaki tu kenapa?” marah Kartina, berang dengan sikap lelaki ini.  Cepat-cepat Kazrina bangkit dan berdiri disebelah Kartina, dirinya menjauhi lelaki itu.

 
“Maaf cik, saya betul-betul tak sengaja.” Pohon Amar Amsyar kalut dengan perbuatannya sendiri.  Tak sangka si adik garang betul.

 
“Angah, sudahlah tu.  Dia tak sengaja, angah dengarkan tadi.” Kazrina cuba menyabarkan si adik.  Tak mahu ada pertelingkahan berlaku disitu.

 
“Dia memang sengaja long, macam adik tak nampak. Dari tadi dia asyik mengusar tengok kat meja kita.’ Tuduhan Kartina menyebabkan Amar Amsyar tersedak.  Tak sangka si adik nampak perbuatannya.

 
“Angah, tak baik tuduh sebarangan.  Berdosa tau, lagipun dia dah minta maaf .” Kazrina cuba menyabarkan si adik.  Dia tahu kalau Kartina marah, macam-macam perkataan yang tak elok akan terkeluar dari mulut adiknya itu. 

 
“Dahlah along, jom kita balik.  Lama-lama kat sini pun buat sakit hati aje.” Ditariknya tangan si kakak.  Belum sempat Kazrina berkata apa-apa, si adik sudah menonong keluar dengan tangannya tetap menariknya agar beredar dari situ.  Amar Amsyar masih berdiri kaku disitu, tidak ada tanda-tanda ingin bergerak sehinggalah dia dikejutkan oleh seseorang.

 
“Wei bro, kau buat apa kat sini?” Mike menepuk bahu sepupunya. Amar Amsyar terkejut.

 
“Tunggu kau lah!” nasib baik dia cepat-cepat terfikir hendak berkata begitu.  Kalau kantoi tadi, memang kes naya.

 
“Aku ada janji dengan kau ke? Setahu aku tak ada kan.” Mike pelik, selama ini jika sepupunya ingin berjumpa, pasti lelaki itu datang ke pejabatnya.


“Takpelah, apa-apa pun sekarang kita dah jumpa.  Kau nak makan kat sini atau kita pergi tempat lain.” Amar Amsyar tiba-tiba menukar topik perbualan mereka.  Tak mahu Mike bertanya soalan yang bakal menjerutnya nanti.

 
“Aku on aje, kat sini pun okay.” Mike memutuskan agar mereka makan disitu.  Lagipun dia malas nak pergi jauh, keretanya masih dibengkel.

 
“Am, bila nak masuk race semula?” soal Mike, dia tahu sudah lama Amar Amsyar tidak berlumba.  Sejak kejadian 3 tahun yang lalu, sudah banyak kali dia bertanya mengapa tapi sepupunya hanya berdiam diri saja.

 
“Aku dah lama bersara, cukuplah sudah apa yang berlaku dulu.  Aku tak mahu melibatkan nyawa orang lain lagi.” Sahutnya lemah.  Dalam tak sedar dia terlepas cakap.  Mike tercengang, baru kali ini dia mendengar kisah sedih sepupunya.

 
“Kalau tak keberatan, aku nak tahu apa yang berlaku 3 tahun yang lepas.” Pinta Mike agar Amar Amsyar menceritakan kisah itu.  Amar Amsyar menggelengkan kepalanya, tanda tidak mahu menyentuh lagi tentang perkara itu.

 
“Maaf Mike, aku tak cukup kuat nak kongsi perkara ini dengan kau.  Biarlah aku sendiri yang hadapinya.” Kata-kata Amar Amsyar sedikit sebanyak merentap tangkai hati Mike.  Dia tak sangka betapa kerasnya hati sepupunya ini.


“Suka hati kaulah bro, janji minggu ini kau datang tengok game aku.” Amar Amsyar tersenyum, dia tahu tentu Mike mahu dia melihat kehebatan lelaki itu dilitar. 

 
No problem bro, aku pasti datang.” Selepas itu kedua-dua lelaki itu mula menjamah makanan yang terhidang.  Mike makan dengan berselera sekali manakala Amar Amsyar masih lagi menguis-guis makanannya.  Seleranya mati, tapi dia gagahkan juga menerima pelawaan sepupunya untuk makan bersama.

 
Mereka berpisah setelah menjamu selera, Amar Amsyar terus pulang ke kondonya manakala Mike seperti biasa akan menghabiskan masanya dengan mengunjungi kelab –kelab eksklusif di ibu negara.

 


Dalam perjalanan pulang, nasib menyebelahi Amar Amsyar.  Dia terserempak dengan Kazrina.  Gadis itu sedang duduk diperhentian bas, barangkali menunggu kedatangan bas.  Amar Amsyar memberhentikan keretanya, ingin melihat gadis itu dari jauh.  Kazrina tidak perasan dirinya diperhatikaan oleh Amar Amsyar.  Dia masih leka menanti kehadiran bas yang belum tiba. Sehingga beberapa minit berlalu, sebuah bas datang menghampirinya. Amar Amsyar masih ralit memerhatikan gadis itu sehingga bas bergerak.  Dia mengekori bas itu sehingga sampai ke destinasi.  Amar Amsyar tersenyum lebar, akhirnya dia tahu dimana gadis itu tinggal. Dalam hati sudah mula merencanakan sesuatu agar dia dapat mendekati gadis itu.  Selepas selesai tugas tidak rasminya iaitu mengekori Kazrina, dia pulang dengan hati yang ceria.

 
Kazrina perasan ada sebuah kereta yang mengekorinya pulang.  Namun dia tidak mahu menimbulkan syak wasangka lantas dibiarkan saja.  Pertemuan dengan adiknya petang tadi sedikit membuatkan hatinya gembira.  Perkhabaran tentang kesihatan ibunya membuatnya runsing, apa yang harus dia lakukan.  Kesihatan ibu juga disebabkan dirinya, sekali lagi rasa bersalah itu hadir.  Dia memang anak yang tidak berguna, selalu membawa masalah dan malang pada keluarganya.  Sudahlah kematian ayah disebabkan dirinya, dan kini kesihatan ibu pun disebabkan olehnya.  Hatinya menangis dalam diam, bilalah semua ini akan berlalu.  Sampai bilakah semua kesengaraan ini akan berlalu, dan bila pula kebahagianan akan datang.  Semuanya masih kabur, tiada tanda-tanda akan berakhir.

 
“Ibu, maafkan along.”rintih hati kecilnya.  Didada langit kelihatan mendung menandakan hujan akan turun sebentar lagi.  Cepat-cepat dia mendaki anak tangga ke tingkat satu rumah flat yang telah 3 tahun dia dan Misya huni bersama.  Pintu rumah dibuka, tiada tanda-tanda Misya pulang. Mungkin dia masih keluar bersama tunangnya Yasir.  Kazrina melabuh punggungnya dikusyen yang ada diruang tamu.  Lagi 2 bulan Misya akan melangsungkan perkahwinannya, dah selepas itu dia akan tinggal sendirian disini.  Mampukah dia hidup sendirian tanpa sahabat. Dia sendiri tidak pasti kemana kah arah tujuannya selepas itu.

~Bersambung~

1 comment: