3 bulan kemudian…
Abah, projek Free Trade Zone kat Sepang hari itu dah masuk stage ketiga.
So, tak lama lagi boleh mula start landscaping pula. Feez minta maaf sebab sebulan dua ini Fareez
sibuk sikit, jadi masa untuk persiapan weeding itu nanti macam mana?
Aik anak abah, sempat juga dia ingat tentang weeding. Kenapa, dah tak
sabar-sabar ke nak jadi suami orang.
Fareez
tersengih-sengih sambil menggaru kepalanya yang tak gatal.
Bukan Feez, tapi mama yang sibuk-sibuk call Feez tanya bila nak fitting
baju nikah lah, bila nak tengok arrangement pelamin lah, macam-macam lagi sampai naik pening kepala
Feez ni.
Mama kamu tu dah tak sabar-sabar nak terima menantu. Nanti abah bincang
dengan mama supaya tangguhkan dulu, okay tak?
Jangan abah, nanti apa kata orang sebelah sana pula. Kita teruskan, but
in between Feez akan cuba curi masa untuk tolong setakat mana yang
termampu. Lagipun, Feez tak mahu pihak
sana fikir apa pula.
Kalau Feez dah cakap macam tu, abah follow saja. Kalau susah sangat
minta tolong Zakuan atau Khairil bantu Feez nanti.
Boleh, lagipun Feez tengok Khairil itu berpotensi menggantikan tempat
Feez satu hari nanti. Kerja dia pun
bagus juga, kemas dan teratur. He’s a good worker and also perfectionist in
work.
If Feez dah cakap macam itu, abah ikut saja. Lagipun selepas majlis perkahwinan Feez nanti
abah ingat nak serahkan jawatan CEO itu.
Boleh abah berehat kat rumah dan temankan umi kamu tu pergi tunaikan
Umrah dan Haji sekali lagi.
Elok juga tu abah, dah lama umi asyik membebelkan kat Feez kata abah
terlalu obsess dengan kerja.
Ye ke? umi kamu tu kesunyian. Dah tiba masanya abah dan umi berehat
sambil bermain dengan cucu pula.
Perbincangan
kedua beranak itu berakhiri dengan gelak tawa.
Tan Sri Fakhrul yang sudah lama ingin bersara, dan kini tiba masanya Fareez
mengambil alih tempatnya. Dia ingin
sekali meluangkan masa buat isteri tercinta setalah hampir 35 tahun usia
pernikahan mereka berdua. Perkahwinan
Fareez adalah rancangan terakhirnya setelah anak perempuan sulungnya Faizatul
Akma berkahwin 2 tahun yang lalu.
Walaupun begitu, Faizatul masih tidak mempunyai anak, mungkin belum ada
rezeki. Sebab itu dia mahu sangat Fareez berkahwin agar hasratnya ingin
menimang cucu tercapai.
Telefon dimeja
berbunyi, kedengaran suara Zaidatul setiausaha abah ditalian.
Tan Sri, you got visitor.
Who’s Zai?
Puan Sri, can I sent her in?
Of course, please.
Bila terdengar
akan kehadiran umi dipejabat abah, cepat-cepat Fareez membuka pintu. Tangan uminya disalam dan dipeluk wanita
itu. Umi pula menghampiri abah, tangan
dihulur dan dikucup tangan suaminya.
Kenapa umi datang, Nak sport check abah ke?
Hish kamu ni Feez, tak ada maknanya umi nak buat macam tu. Umi percaya
akan kejujuran abah sepenuhnya.
Aku lihat abah
tersenyum, tahu akan dirinya diperkatakan.
Umi memang seorang yang amat memahami abah. Aku juga berharap agar Fareeza juga begitu
apabila kami sah bergelar suami isteri.
Kerana aku tahu kepercayaan terhadap pasangan masing-masing dalam
sesuatu hubungan adalah satu tunggak yang perlu ada.
Terlanjur Mah ada kat sini, abang ada cadangkan nak adakan majlis kat
rumah kita sempena nak menyambut bakal menantu.
Feez setuju tak?
Hah! Biar betul abah, Feez tak sedia lagi. Takut Fareeza pula rasa lain nanti.
Kenapa pulak, kamu belum berterus-terang dengan dia lagi ke Feez?
Belum abah, lagipun umi ingat tak yang Fareeza sendiri tak mahu tahu
siapa bakal suaminya sehingga hari pernikahan kami nanti.
Umi mengambil
tempat bersebelah Fareez, ingin berbincang hati ke hati. Tangan anak terunanya dicapai, lalu digengam
erat.
Umi rasa sudah tiba masanya Fareez berterus-terang dengan Feeza. Umi tak
mahu ada salah faham nanti.
Tapi umi kan tahu yang Feeza tak mahu kenali Feez sebelum majlis
pernikahan kami. Please umi, I can’t
bear to loose her. Not this time umi. Tergambar
riak ketakutan diwajah Fareez, takut akan kehilangan orang tersayang buat kali
kedua.
Melihat
kesungulan bertamu diruang mata Fareez membuatkan Tan Sri Fakhrul menyampuk
perbualan diantara isteri dan anak lelakinya itu.
Feez, abah rasa apa yang umi katakan tadi ada benarnya. Mungkin sudah tiba masanya kalian berdua
mengenali satu sama lain. Abah tak mahu
melihat kesedihan diwajah bakal menantu abah kalau dia dapat tahu hal
sebenarnya ketika majlis pernikahan pula.
Silap-silap terus dia reject Feez pula.
ujar Tan Sri Fakhrul sambil berseloroh, cuba
menghidupkan suasana ceria pula.
Feez sayang, umi akan bantu jika kamu perlukan bantuan. Insyaallah
semuanya akan berjalan dengan lancar.
Perbualan mereka
bertiga terganggu, bunyi intercom dari Zaidatul menyatakan kehadiran Fareeza yang
ingin bertemu dengan Tan Sri. Cepat-cepat Fareez bangun dari duduk, terus
dia kaku seketika.
Tengok tu, baru saja sebut nama. Sekarang tuan empunya badan pula sudah
muncul. Umi harap Fareez dapat tenangkan
fikiran dan berbincanglah elok-elok.
Pintu dikuak dari
luar, kelihatan Fareeza masuk sambil memberikan salam. Agak terkejut juga dia kerana tidak sangka
bakal ibu mertuanya juga ada disini.
Lagi menghairankan Fareeza adalah kehadiran Fareez diruangan ini. Dia menghulurkan tangan untuk bersalaman
dengan bakal mertuanya. Puan Sri Mahani
menarik Fareeza duduk berdekatan dengannya, dia ikut saja walaupun terpaksa
duduk berhadapan dengan Fareez.
Fareez menunduk,
takut hendak bertentang mata dengan Fareeza.
Suasana menjadi sunyi seketika, Fareeza yang agak kekok dengan keadaan
ini hanya mampu melemparkan senyum kepada bakal mertuanya.
Feeza, tujuan umi panggil kamu kesini adalah untuk memperkenalkan bakal
suami Feeza.
Hah, apa umi. Bakal suami, kan Feeza dah cakap nak tunggu sampai hari
pernikahan baru kami bertemu. Fareeza sudah tidak senang duduknya, kenapa
pula hari ini. Dia belum cukup bersedia untuk menghadapi bakal tunangnya. Dah lah pula tu, dengan kehadiran mamat
sengal ni memang melemaskanku.
Umi, Feez kena pergi dulu. Ada perkara yang perlu diselesai. Sejurus
berkata-kata, Fareez terus dan menghilangkan dirinya dibalik pintu. Tidak mahu menghadapi situasi yang tidak
diduga. Biar umi saja yang terangkan,
asal kan bukan dari mulutnya.
Umi? Kenapa mamat
sengal tu panggil ibu mertuaku macam tu.
Jangan-jangan… oh tidak, aku tak boleh terima kalau memang dia adalah
tunangku. Eh, apa salahnya. Lagipun aku memang suka dekat dia sejak dulu lagi.
Feeza, mengelamun ya. Dari tadi umi panggil tak dengar. Aku
tersengih-sengih menyedari kesilapanku.
Taklah umi, cuma Feeza agak keletihan sejak seminggu dua ini. Banyak
kerja yang perlu diselesaikan sebelum majlis itu nanti. Tadi umi kata nak
kenalkan siapa bakal suami Feeza, mana dia?
Lah, yang tadi itu bukan ke bakal suami kamu.
Siapa? Encik Fareez? Agak kuat juga aku jerit, mesti umi
ingat bakal menantu dia ni anak tarzan.
Aku tekup mulutku dengan kedua-dua belah tanganku.
Feeza, kuat sangat menjerit nasib baik telinga umi dengan abah tak
pekak. Ujar Puan Sri
Mahani sambil diperhatikan oleh Tan Sri Fakhrul yang tersenyum melihat reaksi
Feeza dengan berita yang baru diterimanya.
Maafkan Feeza umi, abah. Ditariknya Puan Sri Mahani ke dalam
pelukkannya.
Umi minta maaf juga sebab buat Feeza terkejut. Niat umi hanyalah ingin melihat Feeza gembira
dengan pilihan ini. Feeza tak suka ke?
Tak lah umi, cuma Feeza tak sangka yang Encik Fareez tu bakal suami
Feeza.
Dan sekarang Feeza dah tahu, jadi umi harap kalian berdua dapat
menyesuaikan diri masing-masing sebelum majlis pernikahan yang akan berlangsung
tak lama lagi.
Insyaalallah umi, abah. Feeza akan terima Encik Fareeza seadanya. Dan
Feeza juga harap Encik Fareez terima kekurangan yang ada dalam diri Feeza ini.
Feeza jangan risau, umi percaya 100% yang Feez suka dengan pilihan kami
berdua. Tak gitu abahnya?
Fareeza lihat Tan
Sri Fakhrul menggangguk mengiakan kata-kata isterinya. Tidak mahu mengganggu rancangan yang bakal
diaturkan oleh isterinya itu, dia berlalu menuju ke meja kerjanya, ingin menyambung kembali kerja yang
ditinggalkan tadi. Sesekali terdengar
gelak tawa yang tercetus diantara Fareeza dan isterinya itu. Gembira dia melihat isterinya bebual-bual dengan
baal menantunya itu, sudah lama isterinya tidak ceria sejak anak perempuannya
Faizatul pindah mengikut suaminya.
Kadang-kandang dia kasihan melihat isterinya seorang diri dirumah tanpa
teman untuk berbicara. Hendak harapkan
si Fareez, dia lebih senang tinggal sendiri Cuma sesekali anak terunanya pulang
dihujung minggu untuk menjengah mereka.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Petang itu,
Fareeza sudah berkira-kira ingin bersemuka dengan Fareez. Tetapi nasibnya agak
malang kerana Jamie pula muncul di lobby.
Tidak mahu Jamie ketahui tujuan asalnya, dia lantas mengekori lelaki itu
pulang bersama. Tanpa dia sedari, Fareez
juga turut menyertai mereka berdua.
Hey guy, can I join?
Alangkah
terperanjat Fareeza melihat susuk tubuh Fareez menghampirinya. Wajah lelaki itu masam, mungkin cemburu.
Kalau sudi, apa salahnya. What about you Jamie?
I okay saja Feeza. Dalam
hati Jamie sudah berbakul-bakul marah kerana Fareez telah merosakkan
rancangannya. Dia ingin sekali
berdua-duaan dengan Fareeza, berharap agar hari ini dia dapat meluahkan
perasaannya kepada gadis itu.
Sepanjang
perjalanan sehinggalah sampi distesen Chan Sow Lin, tiada satu patah perkataan
yang keluar dari mulut mereka bertiga dan Jamie pula terpaksa berpisah dengan Fareeza
setelah tiba ke destinasinya. Jamie agak
ralat kerana terpaksa memendamkan lagi perasaanya, tren meluncur meninggalkan
Jamie dengan hati yang luka.
Fareez merapatkan
dirinya dekat Fareeza. Walaupun agak kekok, tapi dia cuba berlagak tenang. Ketika tren menghampiri stesen Bandar Tasik
Selatan, Fareeza sudah bersedia ingin keluar. Tetapi Fareeza menahannya, dia
lantas menggengam tangan Fareeza. Mereka
keluar beriringan sambil berpegangan tangan.
Fareeza ingin menarik tangannyam, tapi Fareez semakin mengeratkan
gengaman tangannya.
Encik Fareez, could you please behave?
What, you are my fiancée. Apa salahnya kan?
Tapi saya bukan tunang Ecik Fareez.
Awak dah lupa ke sayang, bukan ke tengah hari tadi umi dah introduce
siapa bakal suami awak. So, here I am.
Saya nak balik, so please tolong lepaskan tangan saya.
Sayang, saya ada hal nak bincang dengan awak. Apa kata kita masuk TBS
dan cari tempat yang sesuai.
Tak nak, sudah tak ada apa yang hendak dibincangkan lagi. Awak memang penipu. Jeritku kepadanya.
Orang ramai sudah
mula memandang kami berdua. Fareez
mengangkat tangan tanda peace, kelakar pula mamat ni. Aku tarik nafas perlahan-lahan mengawal
amarahku, tidak mahu memalukan diriku dan dirinya juga.
Okay, saya setuju ikut awak. Dengan syarat, tolong lepaskan tangan saya.
Ujarku cuba berkompromi denganya.
Mungkin sudah sampai masanya kami duduk berbicara. Langkah kami teruskan memasuki ruang TBS,
mencari tempat yang sesuai. Restauran
Kenny Rogers menjadi pilihan Fareez, aku hanya mengekorinya dari belakang.
Sambil menanti
pesan tiba, kami berbual kosong. Tidak mahu mencipta suasana sepi antara kami
berdua. Dari sudut pengamatanku, Fareez
merupakan seorang lelaki yang tegas dan berkarisma. Cara percakapan dan pemakaiannya juga boleh
membuatkan mana-mana perempuan tertawan dengannya. Kalau macam inilah dia bakal suami aku,
alamat hari-hari aku makan hati kerana cemburukannya.
Dah puas tenung muka saya, hensem tak?
Perasaannya, dari tengok muka awak baik saya cuci mata tengok lelaki
yang diluar sana.
Sekarang boleh lah, nanti bila kita dah kahwin jangan harap awak boleh
buat macam tu.
Kenapa pulak, tak kan awak nak kurung saya pula.
Sayang, awak jangan lupa. Saya ini bakal suami dan juga merangkap bos
awak, jadi saya berhak ke atas awak sepenuhnya. Aku menjuihkan bibir, malas nak
layan. Fareez tergelak melihat aksi spontanku.
Awak, boleh saya tahu kenapa awak setuju dengan pilihan umi.
Wah! Dah start panggil umi pula kat bakal ibu mertua, ini sudah
bagus. Jadi bila nak panggil ‘abang’
pula?
Encik Fareez, cuba serius. Saya tanya betul-betul ni. Geram aku melihat sikap Fareez yang
cuba mempermainkanku.
Memang pada mulanya saya cuba mengelak setiap kali umi mencari jodoh
buat saya. Tapi kali ini saya setuju kerana saya memang dah jatuh hati kat
awak. Aku terpaku
takala mendengar pengakuan dari mulut Fareez.
Sungguh aku tidak percaya lelaki ini rupa-rupanya sudah lama menaruh
hati kepadaku seperti mana diriku juga.
Saya jatuh hati sejak pertama kali bertemu dengan awak, dan saya jatuh
hati ketika awak siku perut saya dan juga tamparan awaklah menyebabkan saya
tidak tidur lena. Disetiap saat dan
waktu hanya awak yang selalu bermain difikiran saya.
Aku diam membisu,
tidak ada sepatah perkataan yang keluar dari mulutku. Inilah saat-saat yang aku nantikan, ketika
seorang lelaki mengakui mencintaiku kerana diriku dan bukan kerana kecantikan
atapun apa-apa yang berbentuk materialistik.
Tapi kan awak… belum sempat aku meneruskan, satu jari hinggap
dibibirku. Memaksa aku untuk berdiam sehingga dia habis berkata-kata.
Saya, Fareez Zafril mencintai Fareeza Afrina dengan sepenuh hati saya.
Dan saya juga menerima dirinya seadanya baik segi kebaikan mahupun keburukan
dirinya. Selesai melafazkan ikrar itu, Fareez mengucup
tanganku. Terasa menusuk dikalbuku saat
mendengar lafaz ikrarnya itu.
Sungguh saya terharu mendengarnya, dan saya harap awak akan kotakan
janji itu setelah kita berkahwin nanti.
Sayang, saya sudahpun kotakan janji itu, dan yang pertama sekali saya
sudahpun memiliki awak sebagai tunang saya. Tak percaya cuba tengok apa yang
tertulis kat dalam cincin ini. Ujar Fareez sambil menunjuk ke arah
cincin platinium yang ada dijari manisku.
Aku sedari tahu
akan kewujudkan tulisan itu hanya menunduk kebawah. Tidak sanggup menahan
panahan mata Fareez . Perbualan kami
rancak bila Fareez mula menunjukan sikapnya yang sebenar. Rupa-rupanya bakal suamiku ini suka berjenaka
dan juga pandai mengambil hatiku
Tapi kan awak, bukan ke tunang saya tu anak kepada Tan Sri Fakhrul.
Sayang, sayalah anak kepada Tan Sri a.k.a bakal bapa mertua awak
tu. Membuntang mataku
mendengar kata-katanya. Setahu aku Encik Zakuan pun tidak kenal siapa anak Tan
Sri mana mungkin boleh terbabas macam ni.
Jangan-jangan Fareez sengaja nak kenakan aku kot.
Encik Fareez, boleh jangan nak mempermainkan saya lagi. Saya dah tak
sanggup nak terima semua ini dalam sekelip mata.
Fareeza Afrina, saya memang anak kepada Tan Sri Fakhrul. Tapi saya tak
mahu orang kenali saya kerana abah saya.
Sebab saya seorang yang suka berdikari, sebab itu saya masuk syarikat
abah bermula dengan jawatan yang setimpal dengan kelulusan dan pengalaman saya
berkerja.
Maafkan saya awak, saya tak tahu pun awak lelaki macam ini. Setahu saya
semua anak orang kaya akan terus berada diatas kerana warisan keluarga dan
bukan kerana hasil titik peluh mereka sendiri. Tanpa aku sedari
airmataku mula menitis, aku menundukkan wajahku tidak mahu Fareez melihatnya.
Fareez memegang
daguku, perlahan-lahan diangkat lalu mata kami bertentangan. Ada getaran hebat menusuk disanubariku,
renungan matanya memberiku kedamaian.
Saya faham, tapi saya juga ingin minta maaf kerana tidak berterus-terang
kepada awak sejak mula lagi. Tapi
percayalah, saya ikhlas menyanyangi awak sepenuh hati saya. Dan saya harap awak
pun begitu juga.
Pertemuan kami
pada hari itu sememangnya tidak diduga. Akan tetapi aku bersyukur kerana aku
dapat mengenali siapa sebenarnya bakal suamiku ini. Dia seorang lelaki yang sangat sederhana dan
aku percaya dialah imamku nanti.
Malam itu aku
pulang dihantar oleh Fareez, sempat juga aku berpesan kepadanya agar
merahsiakan dahulu perhubungan kami berdua di kalangan rakan sepejabat. Pada mula dia agak keberatan, tapi akhirnya
dia setuju dengan alasan yang aku berikan kepadanya.
Ketika aku buka
pintu pagar rumah, kelihatan kelibat mama dimuka pintu.
Baru balik Feza, siapa hantar?
Aku menghadiahkan
senyuman, lalu kuhulur tangan untuk bersalaman dan aku lantas tarik mama
kedalam pelukanku.
Siapa lagi kalau bukan bakal menantu mama.
Eh, hari itu bukan main lagi Feeza berkeras tak nak tahu siapa dia.
Alih-alih hari ini dah bertemu, mimpi apa?
Bukan mimpi tapi kenyataan. Nanti Feeza ceritakan kat mama. Sekarang
Feeza nak masuk bilik mandi dan solat magrib dulu, lepas kita sambung lagi ya
mama. Dalam hati ingin lari dari mama, takut macam-macam
ditanya nanti tak sempat nak solat pula.
Okay, mama pun belum solat magrib. Lepas tu kita bincang lagi ya sayang.
Mama dah tak sabar-sabar ni.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Malam itu buat
pertama kalinya aku berbual tentang bakal suamiku dengan mama. Rupa-rupanya mama sudah tahu aku bekerja satu
bangunan dengan tunangku. Kata mama, umi
banyak ceritakan tentang Fareez kepadanya.
Siap bawa mama jumpa Fareez, cuma aku sahaja yang tidak tahu komplot
antara mama dengan umi. Pandai betul
mereka berdua jalankan plan ‘match marker’ ni.
Mama, mama, Feeza ingat mama tak kenal siapa bakal suami Feeza. Rupa-rupanya
mama dah lama kenal dengan umi ya. Sampai hati mama tak bagi tahu tentang umi
kat Feeza.
Bukan mama tak nak cerita kat Feeza, lagipun mama dah lama tak jumpa
dengan bakal mertua Feeza tu. Kalau tak silap mama, kami kebetulan berjumpa pun
ketika mama dengan Makngah kat Langkawi hari tu.
Aku tekun
mendengar cerita pertemuan diantara mama dengan bakal mertuaku. Sedar tak sedar jam didinding menunjukkan
sudah pukul 11.00 malam. Deringan
telefon mengganggu perbualan kami dua beranak.
Hampir saja aku ingin menjerit ketika mengetahui Fareez ditalian,
cepat-cepat aku tekup mulutku.
Siapa Feeza? Soal mama kepadaku
Fareez mama, dia telefon handphone Feeza tak dapat. Sebab itu dia
telefon guna talian rumah.
Oo… mama ingat siapa, mama masuk bilik dulu ya. Tak nak ganggu anak mama
tengah bercinta-cintun. Kirin salam mama
kat tunang kamu tu ya, good nite sayang.
Mama menghilang
di balik tembok, aku mengeleng-geleng kepala mendengar omelan mama.
Kadang-kadang mama memang suka berjenaka.
Mungkin ingin menutup lara dihati sejak papa tinggalkan mama 5 bulan
yang lalu.
Awak, mama kirim salam.
Waalaikumusalam, baik betul bakal mak mertua saya ya. Sayang betul dia kat saya.
Jangan nak perasan okay, tapi memang betul mama suka sangat kat bakal
menantu dia yang sorang ni.
Aik mama dia aje ke, anak dia tak suka ke kat tunangnya yang tersayang
ni.
Saya tahu awak masih belum mengenali saya lebih dekat lagi. Tapi untuk
pengetahuan awak, saya kalau sudah jatuh sayang kepada seseorang. Sampai akhir
hayat saya tak akan lupakan orang itu, macam Asyraf Fitri. Ujarku
sayu, tanpa sedar nama Asyraf sudah meniti dibibirku.
Siapa Asyraf Fitri sayang? Kedengaran suara Fareeza agak kasar,
mungkin cemburu kerana aku menyebut nama lelaki lain ketika bercakap dengannya.
Gulp, aku menelan liur. Macam mana nama itu boleh terkeluar.
Masaklah aku nak ‘story’ balik dekat Fareez.
Seseorang yang pernah mengisi hati saya suatu masa dahulu. Nanti kalau
ada masa saya ceritakan kepada awak.
Okay, saya tunggu. Harap-harap awak tak lupa ceritakan kepada saya siapa
mamat tu, kalau tidak saya merajuk.
Insyaallah, nanti saya bawa awak bertemu dengan dia sekali.
Buat apa? Tak nak lah saya, karang ada yang berbenjol kat dahi saya
kerjakan. Aku tergelak mendengar kata-kata yang berbaur cemburu
itu.
Awak janganlah risau, everything will be fine. Saya Cuma nak tunjuk kat
awak lelaki yang pernah menjadi penghuni dihati saya walaupun hanya sekejap.
Suka hati awak lah, dah malam. Nanti kita sambung lagi.
Assalamualaikum..
Aku tergamam, talian
terus dimatikan tanpa aku sambut salamnya. Marah agaknya, aku kuntum senyum.
Suka dengan perubahan pada diri Fareez, kuat cemburu rupanya bakal suamiku ini.
Selesai berbicara
dengan Fareez, hatiku rasa tidak senang. Cepat-cepat aku panjat tangga menuju
kebilikku. Telefon bimbit aku ambil
dimeja sisi katilku, kelihatan 10 miss call dari Fareez.
Oh, sebab itu dia
telefon rumah. Sebab aku tak dengar telefon bimbitku berbunyi. Baik aku hantar
sms mohon maaf, aku tahu dia mesti terasa bila aku sebut nama Asyraf Fitri
tadi. Bisik hati kecilku.
Abang, maaf jika sayang ada berbuat salah kepada abang. Sayang tak
sengaja tersebut nama dia. Maafkan sayang ya. L - Feeza
Tak sampai 5
minit, telefon bimbitku berbunyi menandakan ada sms masuk. Aku lihat di skrin terpapar nama Abang
sayang. Sejak petang tadi, aku sudah
mengubah nama Fareez kepada panggilan ‘Abang Sayang’. Malunya, tapi aku suka.
Gatal kan aku ni, dulu tak suka sekarang dah macam gila bayang pula. heheeee..
Sejuk hati bila sayang panggil ‘abang’ tak jadi nak marah. Tapi promise
besok mesti bawa abang jumpa mamat tu k. - Fareez
Aku senyum lagi,
nampaknya hari ini aku dah banyak senyum. Tapi buka gila tau, lebih kepada
angau. Lantas aku sambung semula menaip
sms.
Sayang janji, esok abang datang jemput sayang kat rumah pukul 8 pagi,
kita sarapan kat luar sekali. Sayang abang, muah.. – Feeza
Fareez sudah
tersenyum-senyum apabila menerima sms balasan dari Fareeza. Sejak mereka berdua sudah berdamai, kata-kata
sayang dan abang menukar kata ganti nama masing-masing. Tapi perlu diingat, hanya ketika mereka
berdua-duaan sahaja. Jika dipejabat, masing-masing akan berlagak seperti
biasa. Alasan tidak mahu rakan sekerja
tahu akan perhubungan mereka .
Belum tiba masanya lagi.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
~Bersambung~-----
No comments:
Post a Comment