Monday, 16 July 2012

CINTA LRT - Bab 14


Bab 14

Majlis merisik dan bertunang diadakan secara ringkas, itu adalah kehendakku.  Mulanya mama agak terkilan, tapi bila aku beritahu akan kesuntukkan masa.  Mama akhirnya menerima, dengan syarat majlis perkahwinanku nanti hendaklah diadakan secara  meriah.  Aku setuju kerana tidak mahu melukakan perasaan mama, biarlah aku lihat mama bahagia sekali ini. 

Nasib baik bakal tunangku tidak hadir, tapi aku hairan melihat CEO syarikatku ada bersama-sama rombongan meminang.  Rupa-rupanya Tan Sri Fakhrul merupakan bakal bapa mertuaku, sungguh aku terkejut dengan berita ini.  Ketika upacara menyarungkan cincin, Puan Sri Mahani iaitu bakal ibu mertuaku datang menghampiriku.  Cincin platinum bertakhtah sebutir belian disarungkan ke jariku, dan sejurus itu aku menerima kucupan didahi olehnya.  Bakal mertuaku memelukku dan mencium kedua-dua belah pipiku.  Aku terharu dengan penerimaannya terhadap diriku.  Kelipan cahaya camera merakam momen indah dalam hidupku.  Selesai bergambar bakal mertuaku membisikkan sesuatu ditelingaku.

Umi harap, Fareeza sudi menjadi menantu kami.

Feeza Puan Sri, panggil aje Feeza.

Apa pulak Puan Sri,  panggil saja umi.  Kan tak lama lagi Feeza nak jadi menantu umi kan.

Aku malu-malu, lalu aku kucup tangan umi.  Selesai upacara menyarung cincin, tetamu dijemput menjamu selera.  Aku kagum melihat bakal mertuaku ini, tidak kekok berada dikalangan kami orang kampung.  Sebelum tetamu jemputan pulang, aku menghampiri bakal mertuaku. 

Abah, umi terima kasih kerana sudi menerima Feeza sebagai menantu.  Insyaallah, Feeza akan cuba menjadi menantu yang abah dan umi harapkan. Ujarku sambil memegang erat tangan umi. 

Abah dan umi senang mendengar kata-kata Feeza.  Kami dah tak sabar-sabar nak tunggu kehadiran Feeza dalam keluarga kami.

Giliran mama pula menyalam umi.

Terima kasih kak, sebab sudi terima anak saya yang tak seberapa ni. Saya harap akak dapat membimbing dia kelak.

Aku lihat mama dan umi saling berpelukkan.  Mesranya mereka, itulah yang aku harapkan sebelum aku melangkah frasa rumahtangga nanti.  Harap-harap anak teruna umi pun seperti uminya.  Mungkinkah?

Rasa penat terasa setelah rombongan meminang pulang.  Aku tolong mama mengemas sebelum naik ke bilik untuk mandi dan tunai solat asar.

Malam itu, aku duduk disofa bersebelahan mama.  Mataku tertumpu dikaca tv, drama Vanila Coklat menarik perhatianku.  Gelagat Amir lakonan Aiman Danish bergandingan dengan Zara lakonan Izara Aisyah mencuit hatiku.  Kisah remaja yang berkahwin atas pilihan keluarga sedikit sebanyak terkena dengan kisahku.  Cuma yang pasti mereka tahu siapa pasangan mereka, tapi aku pula tidak.  Bukannya mama atau bakal mertuaku iaitu umi, tidak mahu memperkenalkan kami berdua, tapi aku yang menolaknya.  Alasan, biarlah kami bertemu semasa upacara akad nikah nanti.  Aku ingin bercinta setelah kami berdua selamat diijab kabulkan, tidak mahu bercinta dan kecewa lagi. 

Cincin dijari aku renungi, dengan berhati-hati aku tanggalkan.  Aku tilik keseluruhan cincin paltinum itu, tiba-tiba mataku terlihat satu ukiran nama didalamnya. ”Reez luv Eza”, aku terpana seketika.  Adakah itu singkatan bagi nama Fareez kah, no it can’t be. Tak mungkin,lagipun lelaki itu juga bakal melangsungkan pertunangan dengan pilihan keluarganya. Hati kecilku cuba mengindakkannya.  Aku menoleh memandang mama, ingin mengajukan pertanyaan mengenai tunangku. Tapi tak terkeluar ayat yang ingin aku tanyakan. 

Kenapa Feeza, mama tengok dari tadi asyik tenung cincin dijari tu. Tengah bayangkan wajah tunang ke?

Usikan mama membuatkan aku tersenyum.  Malas hendak menyiakan kerana tidak mahu mama salah sangka.  Biarlah ia menjadi rahsia dihati ini.

Taklah mama, cuma Feeza agak teruja melihat ukiran didalam cincin. Mesti idea umi kan?

Sape kata, mertua kamu cakap itu idea anak teruna dia.  Katanya ingin diabadikan nama kalian berdua dalam cincin tu.  Malah cincin kahwin nanti pun ada terukir nama kamu dan dia. Ala-ala romantik gitu katanya.

Pandailah mama, entah-entah mama sengaja nak beli hati Feeza kot.

Betul ape, kalau tak percaya kamu telefon tunang kamu tu pastu Tanya sendiri kat dia.

 Tak naklah, malu.

Betul Feeza tak mahu tahu siapa dia.

Tak apa lah mama, nanti-nanti pun Feeza akan tahu juga.  Cuma cepat atau lambat aje. Okaylah mama, Feeza dah mengantuk ni.  Feeza masuk tidur dulu ye, esok kita sambung lagi.  Selamat malam mama.

Lantas aku cium kedua-dua belah pipi mama sebelum beredar ke bilikku.  Sampai dibilik aku rebahkan diri diatas katil, penat menguruskan majlis petang tadi kini terasa.  Letak saja kepala aku terus tidur dengan lena.

Di Vila Sri Sakura…

Mata Fareez masih lagi terkebil-kebil memandang siling, tangannya memeluk tubuh sambil merenung jauh.  Wajah manis Fareeza terbayang dimata, gambar-gambar ketika majlis pertunangan mereka petang tadi telah pun dia uploadkan dalam laptop.  Mujur sepupunya Faris sudi menjadi ‘cameraman’ nya yang tidak bertauliah.  Dapat juga dia menatap wajah kesayangannya dari jauh.  Cantik sungguh bakal isterinya ini, akhirnya tercapai juga impiannya ingin memiliki gadis ini sebagai suri hidupnya.

Tapi apakah reaksi Fareeza nanti jika tahu dia adalah tunangnya. Adakah gadis itu akan mengamuk dan marah kerana mempermainkan dirinya. Harap-harap tidak, kerana dia tak mahu kehilangan gadis itu.  Matanya sudah mengantuk, ingin tidur dan mimpikan saat indah yang bakal dilalui dengan tunang tersayang.  Matanya dirapatkan bersama senyum terukir dibibir.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

No comments:

Post a Comment