Wednesday, 18 July 2012

CINTA LRT - Bab 15

Bab 15

Suasana dipejabat riuh pagi itu, aku tidak tahu mengapa.  Malas hendak ambil tahu, kerana itu bukan urusanku.  Fariha datang menghampiriku.

"Beb, nak tahu tak yang bos kau a.k.a Encik Fareez tu dah bertunang minggu lepas."

"Ya ke? dengan siapa? Syukur Alhamdulillah."

"Kenapa pulak kau cakap macam tu, aku ingat kau sedih, takkan kau takde hati langsung kat dia kot."

"Eh, tolong sikit ye. aku tak hingin.  Lagipun aku pun dah jadi tunangan orang minggu lepas. Ni tengok cincin kat jari aku. Jangan jelous okay." Ujarku kepada Fariha sambil menayangkan cincin platinum dijari manisku.

" Mana..mana, apasal tak cakap pun kat aku.  Nak merajuklah macam ni."

"Kau jangan nak mengada-ngada, aku bertunang pun sebab pilihan mama aku.  Itu pun dalam keadaan tergesa-gesa, so tak sempat nak ajak sesiapapun. Sori ye Fariha."

"Cantiknya cincin tunang kau, kalah cincin tunang aku beb. Jelous tau.  Sape lelaki yang malang tu?"Satu tamparan hinggap dibelakang Fariha. Sampai hati dia cakap lelaki itu malang sebab bertunang dengan aku. Gila aper minah ni.

"Sakitlah beb, ganas betul kau ni sejak bergelar tunangan orang. Kesian pula aku tengok kat tunang kau nanti, hari-hari kena backhand dari bakal isteri dia."

"Sori beb, aku bertunang without knowing the person. Consider macam blind date kot?"

"Kau biar betul beb, takkan kau tak kenal siapa tunang kau. Betul-betul mencabar minda aku ni, siot!"

Belum sempat aku bersuara, kedengaran suara garau dibelakangku.  Serentak kami berdua menoleh, terkejut dengan kehadiran bosku a.k.a Encik Fareez.

"Awak berdua ni tak ada kerja ke? Fariha bos awak dah panggil tu.Fareez memuncung ke arah pintu kaca didepan. 

Kelihatan kelibat Encik Zakuan berdiri disitu.  Cepat-cepat Fariha pergi meninggalkan aku bersama Fareez.  Aku pura-pura mengemas mejaku tanpa memperdulikan kehadiran Fareez disisiku.  Mata Fareez tajam merenungi wajah Fareeza, tiba-tiba mata mereka bertemu.  Ada perasaan aneh menerpa didalam hati Fareeza, cepat-cepat dia menunduk semula tidak mahu bertentang mata dengan Fareez.

"Tahu takut nak lawan pandangan mata dengan aku." Desis hati kecil Fareez sebelum pergi meninggalkan Fareeza sendirian.  

Dalam bilik, Fareez tersenyum-senyum mengenangkan kelakuan Fareeza  tadi.  Gadis itu masih takut hendak bertentang mata dengannya.  Apa akan terjadi jika gadis itu tahu mereka berdua bakal mendirikan rumahtangga dalam masa 5 bulan lagi.  Tentu kecoh satu office malah satu bangunan kot.

Tiba-tiba pintu biliknya dirempuh kasar dari luar, kelihatan wajah Dyana menerpa dihadapannya.  Fareeza yang ada dibelakang gadis itu menunduk  takut bertentang mata dengannya.

"Maaf encik Fareez, saya tak sempat nak tahan cik ni dari terus masuk.

"Tak apa Feeza, you may go now.  And please close the door."

Sebaik saja pintu ditutup, Dyana terus merenggek-rengek dihadapan Fareez.  Dia menghampiri Fareez, baru tangannya hendak mendarat dibahu lelaki itu. Terus ditepis oleh Fareez, tidak suka diri diperlakukan sebegitu lagi.

"Dyana, we don’t have thing to discuss. I hope you leave coz I have a lot of thing to do."

"Sayang, you sekarang ni dah sombong.  Dulu tak macam ni pun, if not mistaken sejak you cakap yang you akan bertunang I guess."

"Yup, sekarang I already become someone fiancée. So, please do me a favour do not come to my office or call me again.  I don’t want my fiancée know about us anymore."

"But sayang, we still can see each other. Don’t we?"

"Nope, my decisison is final. I don’t want my fiancée to know about my past. I’m happy now, so please jangan kacau kebahagiaan yang sedang I ciptakan sekarang."

Dyana mencebik, tidak percaya dengan kata-kata yang terluah dari bibir lelaki itu.  Tanpa sepatah kata dia terus melabuhkan punggungnya di sofa berdekatan.  Sengaja dia duduk menyilangkan kaki agar kelihatan seksi dihadapan Fareez. 

Fareez masih lagi sibuk menaip sesuatu dilaptopnya tanpa memandang ke arah Dyana. 

"Feez, kalau boleh I nak tahu siapa tunang you." Saat mendengar soalan dari bibir merah itu, pantas Fareez memanggung kepalanya. Dia mengeluh, tidak suka bila Dyana sibuk ingin tahu siapa yang telah menjadi tunangannya.


"It’s better not you to know who is she. And now, please leave me alone. I ada banyak kerja yang perlu disettlekan." Selesai saja berbicara, Fareez terus bangun dan membuka pintu biliknya.  Lagaknya seperti menghalau Dyana keluar dari biliknya.  Tapi seperti biasa, Dyana masih tidak mahu berganjak dari tempatnya.  Melihat kedegilan Dyana, gangang telefon diangkat. 

"Feeza, can you please call security to come to my office now."

Dyana begang, terus dia melulu keluar.  Disaat badannya ingin melepasi pintu bilik, Dyana turut bersuara bersama ugutan kepada Fareez.

"You jangan ingat I akan lepaskan you semudah itu, no dear I will come back.  If I tak dapat you, she also won’t get you, that’s my promise."

Fareez tergamam seketika, dia menarik nafas panjang.  Dia takut sesuatu bakal berlaku jika Dyana terus-terusan menganggu hidupnya.  Malah besar kemungkinan nyawa Fareeza bakal menjadi taruhan.  Dia tidak mahu orang kesayangannya terluka sebelum mereka bersatu.  Dia rela jika rahsia ini pecah setelah mereka berdua selesai di ijab kabulkan.  Kerana dia percaya dia boleh memujuk hati gadis yang dia cintai ketika mereka sudah bersama nanti.  Itu doanya setiap kali dia mengerjakan solat.

Ketukkan di pintu mematikan lamunannya, muncul wajah Suffian sahabat karibnya.

"Hey bro, apa mimpi datang ofis aku ni. Jemput duduk."

Suffian tersengeh-sengeh, dia melabuhkan punggungnya disofa yang berdekatan.  Memang ada sebab mengapa dia ke mari, salah satunya  mengenai company mereka dan disamping itu juga dia ingin melihat sendiri wajah tunang Fareez. 

"Bro, budak yang kat depan tadi tu siapa? Secretary baru kau ke?"

"Yup, secretary dan juga tunang aku."

"What? Tunang kau."

"Kau ni bro, janganlah jerit kuat sangat.  Nanti dia tahu matilah aku."

"Kau nikan Reez, dengan tunang sendiri pun nak takut ke?"

"Bukan takut, tapi dia tak tahu yang aku ni tunang dia. So, please behave."

"Macam mana korang bertunang, selama ni aku tengok kau liat nak bersama dengan mana-mana gadis."

"Tulah pasal, actually itu adalah pilihan umi.  Mulanya aku tolak, tapi bila umi tunjuk gambar bakal tunang aku terus aje aku setuju."

"Al-kisahnya, jadi kau memang dah tangkap cinta lah dengan tunang kau ni. Tak gitu bro?"

"Aku dah kenal dia sebelum itu lagi, masa kami sama-sama naik LRT."

"LRT?  bukan ke kau selalu ‘drive’, bila masa kau naik LRT."

"Sejak aku kerja kat sini, malas nak bersesak-sesak kat jalanraya. Lagipun cuba kau tengok office ni betul-betul dekat stesen LRT. "

"Aah lah bro, so macam mana perasaan kau kat dia."

"Aku dah jatuh cinta kat dia sejak hari pertama dia siku perut aku dan juga dia pernah tampar aku masa kita orang terserempak kat Mid Valley beberapa bulan yang lalu."

"Wah, sungguh tragis cerita cinta kau ni bro, siap kena sepak terajang lagi."

"Agak-agak lar, mana ada sepak terajang.  Itu namanya gurau-gurau manja bro."  ujar Fareez sambil tersengih-sengih menayangkan barisan giginya yang tersusun cantik.  Macam buat iklan ubat gigi pulak.

"Apa-apa pun aku ucapkan tahniah, tak sabar aku nak rasa nasi minyak kau nanti. "

"Of course, nanti kau kena jadi pengapit aku on that day. Right!"

"Ya right, by the way. Aku datang sini nak kau semak dan teliti beberapa dokumen."

"Bro, that company is now fully under your responsibility.  So, aku nak kau run the business without my permission.  Unless there is any complicated issue then I shall help you."

"Are you sure bro, aku tak naklah nanti orang kata aku membelakangkan kau pula.  Lagipun kau masih one of the share holder and also business partner."

"Suffian, don’t be.  Aku percaya penuh dengan kewibawaan kau untuk mengendalikan syarikat tu. Mungkin aku akan serahkan semua saham aku kepada kau dengan syarat kau buktikan kepada aku kemampuan kau.  Dan dengan rela hati aku akan undur dari syarikat itu."

"Bro, tak baguslah macam ni.  Kita dah lama bekerjasama untuk membangunkan syarikat tu. Tak kan kau nak tarik diri pula. "

"Suf, aku percaya pada kau. Lagipun papa dah lama bekerja, biarlah dia berehat dan menghabiskan masanya dengan umi.  Aku sebagai anak tunggal wajib mengambil alih tampuk pimpinan dia.  Sebab itu aku kena buktikan kepada dia yang aku mampu."

"Betul juga kata kau tu, siapa lagi yang hendak diharapkan kalau tak kau.  Dah sah-sah kau sebagai anak wajib memikul amanat ini.  Aku sentiasa mendoakan kejayaan kau bro."

"Dah terlanjur kau kat sini, apa kata kita keluar lunch sama-sama."

"Boleh juga, dah dekat pukul 1 ni. Jom, tapi kali ini aku nak kau pula yang belanja aku. Boleh?"

"Alah, setakat perut kau tu tak bankraplah poket aku ni. Come, let’s go."

Fareez dan Suffian bangun dari sofa, mereka berjalan seiring menuju muka pintu.  Namun belum sempat Fareez membuka, pintu dibuka dari luar, kelihatan wajah Fareza dimuka pintu.

"Ye Feeza, ada apa?soal Fareez, manakala Suffian memandangnya dengan pandangan semacam.  Ada sesuatu yang aku tak tahu ke, pelik sungguh.

"Tak bos, saya nak ingatkan yang bos ada meeting jam 2.30 petang nanti dengan Dato’ Harun."

"Okay, nanti awak ikut saya sekali. Suf, come."Fareez menarik tangan Suffian ingin berlalu cepat. Tak mahu nanti rahsianya pecah gara-gara Suffian yang dari tadi tak habis-habis merenung Fareeza.  Cemburu juga dia, manalah tahu suffian ni bukannya boleh disangka.  Dulu masa mereka studi sama di Ireland, Suffian ni boleh dikatakan ‘player’ juga. Tetapi setelah bertemu jodoh dengan Shidah, terus jadi pencinta yang setia.  Kagum juga aku dekat mamat sorang ni.

Fareeza memandang langkah bosnya dengan pandangan seribu pertanyaan, lebih-lebih lagi sikap sahabat bosnya yang suka sangat merenung wajahnya.  Hish, gatal betul mamat sorang tu.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Meeting dengan Dato’ Harun amat membosankan.  Walaupun aku hanya jadi pemerhati, tapi aku juga dikehendaki mencatat segala maklumat dan setiap butir perbincangan.  Aku kalih perhatianku memandang wajah Fareez, kagum melihat caranya bercakap dengan penuh ketegasan dan berkarisma.  Wajahnya yang kacak dan tampan menarik perhatianku juga. 

"Cik Fareeza, are you done? Terkejut aku dengan teguran Fareez menyapa ditelingaku."

Rupa-rupanya meeting sudah habis, dan aku pula hilang tumpuan kerana ralit meilhat wajahnya.  Rasa malu tidak dapat aku gambarkan, macam nak menyorok saja diri ini dibawah meja. 

"Sorry encik Fareez."

"Saya harap awak sempat menulis sesuatu sebelum mengelamun tadi." Ujarnya kepadaku.

"Dah bos, everything okay. Dato’ Harun mana? "

"Dah balik, nasib baik dia tak perasaan yang awak tengah mengelamun tadi. By the way, dah puas awak tenung wajah saya."

"Mana ada saya tengok bos, saya tengah bayangkan wajah tunang saya."

"Yelah tu, tapi kan saya memang tunang awak. Cuma awak saja yang tak tahu." Kata-kata ini hanya terluah didalam hati Fareez.  Takut meletus gunung berapi kalau rahsianya terbongkar, mood si Fareeza ni bukannya boleh dijangka ‘unpredictable’.

"Fareez, awak ni memang kuat berangan kan? "

"Tak salah pun nak berangan bos, free apa."

"Memanglah free, tapi tak semua yang diangankan menjadi kenyataan. So, hargailah realiti dan berpijaklah dibumi yang nyata. Itu pesanan dari saya, assalamualaikum."Terus sahaja Fareez bangun dan keluar dari bilik mesyuarat meninggalkan Fareeza yang masih terpinga-pinga.

"Aku salah dengarkah? No..no.. no. aku masih waras, cuma bos aku yang agak mereng sikit sejak bergelar tunangan orang.  Nasib baik aku bukan tunang dia, kalau tidak sakit jiwa aku asyik melayan karenah dia yang agak gila-gila itu.  Oh tidak? Aku tak rela."

Fareeza sudah tidak tahu apa yang harus dia lakukan. Akal dan fikiranya masih lagi tidak dapat berfungsi dengan baik.  Sikap yang dipamerkan oleh Fareez sejak akhir-akhir ini amat membimbangkannya.

Lantas dia melangkah keluar dari bilik mesyuarat dengan hati yang tidak keruan.  Jam ditangan menandakan sudah hampir waktu 5.30 petang.  Lebih baik dia pergi surau dan menunaikan solat Asar sebelum bersiap untuk pulang ke rumah.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------~Bersambung

No comments:

Post a Comment