Monday, 9 July 2012

CINTA LRT - bab 13


Akhirnya aku dapat memiliki dirimu, tanpa engkau sedari. Dan aku berjanji akan setia menjagamu sehingga akhir hayatku ini ~ Fareez



Bab 13

Suatu petang di Villa Sakura…

Abang ingat lagi tak dengan arwah Firdaus yang tinggal kat Sg Petani Kedah dulu tu?

Yang mana Mah?

Ala, yang rumah dia dekat tepi surau.  Abang ingat tak? Masa tu Fareez umur 3 tahun dia jatuh kat tepi longkang surau tu.

Abang ingat, arwah lah yang susah payah bawa Fareez pergi klinik berhampiran sebab masa tu kebetulan dia ada kat situ.  Kenapa Mah?

Minggu lepas Mah ada jumpa kakak ipar arwah kat Shopping kompleks.  Masa tu dia tengah jalan-jalan dengan isteri arwah.  Kami adalah juga duduk berborak-borak.  Rupa-rupanya isteri arwah dan anak perempuannya tu dah lebih 3 tahun duduk kat KL sejak kematian arwah. 

Ye ke, kenapa Mah, mesti ada yang sesuatu yang Mah nak bincangkan kan? Betul tak.

Pandai abang ni.  Mah ada juga merisik tentang anak arwah.  Kebetulan mama dia ada bawa gambar puterinya tu, cantik bang.  Mah rasa sesuai dengan anak kita si Fareez..

Mah ada gambar dia tak? Biar abang tengok.  Mana tahu kalau Fareez tak nak, boleh pass kat abang pula.  Satu cubitan hinggap di lengan Tan Sri Fakhrul.  Suka benar dia menyakat isterinya itu, walaupun hanya gurau tapi isterinya itu cemburu juga. 

Abang ni, serius boleh tak? nah gambarnya.  Saat terpandang gambar itu, Datuk Fakhrul tersenyum lebar.  Puan Sri Mahani menahan rasa, cemburu melihat suaminya tersenyum ketika melihat gambar calon menantunya itu.

Abang ni kenapa, senyum lebar saya nampak.  Dah berkenan ke?

Saya senyum sebab 2 perkara.  Pertama, saya suka dengan pilihan awak  dan kedua, kalau awak nak tahu budak perempuan ni kerja kat syarikat saya dan kebetulan pula satu department dengan si Fareez. 

Biar betul bang, takkan kebetulan pula.  Kalau macam tu memang mereka berdua berjodoh.  Tak sabar saya nak menimang cucu pulak.

Hish, awak ni Mah. Kesitu pulak dia.  Mereka belum lagi kenali hati budi masing-masing.  Kita biarkan saja ya.

Habis tu, macam mana rombongan meminang tu.  Saya nak teruskan juga.

Pinangan tu kita teruskan, sebab saya suka dengan budak ni.  Fareeza Afrina kan nama dia.

Aah, ye. Cantik namanya secantik tuan empunya.

Puan Sri Mahani sudah merancangkan agar majlis merisik tetap diadakan pada hujung minggu ini dan majlis pertunangan juga akan diadakan serentak tanpa kehadiran Fareez.  Lalu telefon bimbitnya mendail nombor telefon seseorang, setelah bercakap seketika Puan Sri Mahani mematikan talian dengan senyum terukir dibibir.

Alhamdulillah bang, mama Fareeza kata anaknya setuju dengan cadangan kami.  Malam ni Fareez datang rumah makan malam bersama kita.  Jadi boleh lah Mah bincang dengan dia sekali.

Abang ikut saja perancangan Mah, harap-harap semuanya berjalan dengan lancar. Amin

Di dalam fikiran Puan Sri Mahani sudah terbayang akan majlis yang bakal diadakan tidak lama lagi.  Hasratnya untuk melihat anak bujangnya berkeluarga hampir tercapai.  Malam ini pasti mejadi malam yang terindah dalam hidupnya jika anak bujangnya setuju dengan pilihannya. 

Kedengaran deruman bunyi kereta diperkarangan rumah.  Puan Sri Mahani dan Tan Sri Fakhrul menjengah dan terlihat kereta anak kesayangnya diluar. 

Eh tu bukan ke  kereta anak bujang awak. .

Yelah bang, awalnya sampai.  Kata malam baru nak datang.  Sekarang baru jam 5 petang dia dah muncul.  Ada yang tak kena ke?

Salam diberi dan Fareez menyambut huluran tangan Puan Sri Mahani dan mengucupnya.  Dia juga mencium kedua-dua belah pipi Umi kesayangannya.  Kemudian dia menyalami Tan Sri Fakhrul pula.   Fareez melabuh punggung disofa berdekatan dengan orang tuanya.

Umi dengan Abah apa khabar?

Kami berdua alhamdullilah sihat walafiat, Fareez pula macam mana.  Sejak kerja dengan abah, umi tengok bukan main bersemangat lagi. Ada apa-apa ke?

Ah umi ni, biasa-biasa aje.  Makanan dah siap ke umi, Fareez laparlah. 

Dah pergi naik atas, mandi solat pastu turun kita makan sama-sama.

Set. Fareez pergi dulu abah, umi. 

Fareez memanjat anak tangga menuju kebilik tidurnya.  Sudah lama dia tidak datang kemari, entah bagaimana kah keadaan biliknya tidak pula dia ketahui.  Saat dia buka pintu, kelihatan aturan serta persekitarannya masih seperti dulu.  Tiada yang berubah, mungkin umi mahu mengekalkan suasana ketika aku tinggal disini.  Ah, rindu pula pada tilam kesayanganku.  Lantas Fareez membaringkan tubuhnya diatas katil sambil memandang siling.  Didalam fikirannya masih teringat akan gelagat dan tingkah laku Fareeza siang tadi.  Terasa aneh apabila suara manja itu memanggil pangilan ‘abang’, sungguh dia rasa bahagia saat itu.  Tidak mahu melayan perasaan, terus dia bangun dan menuju ke bilik air untuk mandi dan mengambil wuduk. 

Selepas solat magrib berjemaah bersama abah dan uminya, mereka menjamu selera.  Sedap sungguh masakan uminya.  Sudah lama dia tidak merasa masakan sebegitu, apa tidaknya setiap hari dia akan makan diluar sebelum pulang ke rumah ataupun dia makan maggie sekadar mengalas perutnya.  Dia lebih suka pulang ke rumah dan berehat daripada keluar berhibur atau bersama-sama rakan di kelab-kelab. 

Makan malam itu sebenarnya diselitkan dengan agenda Puan Sri.  Uminya telah menyatakan hasratnya ingin melamar anak kenalan mereka.  Arwah papa gadis itu kononnya telah menyelamatkannya ketika jatuh dalam longkang ketika dia berumur 3 tahun semasa keluarganya tinggal di Sg Petani Kedah.  Ya, dia masih ingat lagi dengan arwah Pakcik Firdaus, dia memang seorang yang baik. 

Cuba Fareez tengok wajah gadis ni, umi sure Fareez mesti setuju.

Tapi umi, Fareez tak mahu.  Biarlah Fareez cari sendiri pilihan hati.  Fareez menolak tanpa melihat photo itu.  Dalam hatinya masih teringat akan Fareeza, mana mungkin dia jatuh hati dengan gadis lain.  Abah datang  duduk bersebelahku, dia membawa sekali gambar itu.

Cuba Fareez tengok betul-betul gambar ni.  Abah rasa Fareez akan setuju lepas tengoknya.  Tan Sri Fakhrul menghulurkan gambar itu, perlahan-lahan Fareez mengambilnya.  Alangkah terperanjat dan terkedu ketika melihat seraut wajah yang selalu bermain dimindanya.  Adakah ini yang dinamakan jodoh, jika ya sesungguhnya aku amat bersyukur dengan takdir dan jodoh yang engkau aturkan buatku. 

Takala melihat air muka Fareez berubah, terus Tan Sri Fakhrul dan Puan Sri Mahani bertukar senyum.  Mereka tahu hati anak bujang mereka sudah terpikat dengan gadis itu.  Masakan tidak, lihat sahaja raut wajah Fareez yang tersenyum tanpa henti.

Mana mana, anak umi setuju atau tidak? Kalau tak, umi batalkan saja rancangan kami.

Jangan umi, Fareez setuju.  Jika ini adalah jodoh Fareez, maka dengan senang hati Fareez terima.  Bila kami akan bertunang umi?  Melihat gelagat anak bujang teruja, terus Puan Sri Mahani menyakatnya lagi.

Amboi anak umi, dah tak sabar lagi ke?  Senyuman Puan Sri Mahani masih bersisa takala berpandangan dengan suaminya Tan Sri Fakhrul.

Kalau ikut perancangan umi dengan keluarganya, esok umi akan pergi merisik dan terus bertunang.  Tapi bakal isteri kamu kata dia tak mahu bertemu dan atau berjumpa dengan kamu  sebelum majlis nikah.  Ujar uminya menerangkan rancangannya dengan keluarga bakal mertuanya.

Bagus juga tu umi, Fareez tahu mahu Feeza tolak pula pinangan ini.

Kenapa pulak, Fareez ada buat sesuatu ke kat dia.  Cakap dengan umi!

Tak ada apa-apalah umi, cuma kami berdua ada sikit salah faham 2 hari lepas.  Tapi umi jangan risau, Fareez percaya kalau dah jodoh tak kemana. Okaylah umi, abah Fareez naik atas dulu nak berangan kejap.

Bertuah punya budak, terus umi cubit lengan Fareez.  Terdengar suara anak bujangnya mengaduh kesakitan.  Suka benar dia melihat kegembiraan yang terbit di wajah anaknya itu.  Sudah lama dia merindu sifat Fareeza yang satu itu. 

Sampai dibiliknya, Fareez menghempas badan.  Disaat itu juga dia terbayangkan wajah manis Fareeza yang tersenyum.  Beg sandang ditepi katil diambil, notebook ‘Apple’nya dikeluarkan.  Dia ingin melihat FB jika Fareeza ada ditalian, ingin berbual dengan si dia.  Nasibnya memang baik, Fareeza ada disebelah sana, cepat-cepat dia menaip.

+Salam, x tido lg ke?

+lum lg, sj nk usar FB

+ usar FB aje tau, jgn nk usar pakwe-2 lain tau, sy jelous! L

+ ada sy kisah? :-P

+ Awk x kisah, tp sy x.  Awk milik sy tau

+ Bila masa kita couple

+ Sejak azali lagi, awk aje x tahu

+ Malas lah nk layan awk. Baik sy update FB

+ awk.. sy nk ckp sesuatu

+ Apa?

+ Mggu dpn sy dah jadi tunang org,  pilihan family.

+ So ? ape kena mengena dgn sy

+ Kan awk buah hati sy, xkan x jelous kot

+ Not that I know. Sorry ye Mr Sonata

+ Aduh, remuk hatiku bila Ms Sakura berkata begitu

+ Apa-2 pon tahniah awk, jgn lupa jemput sy tau

+ Insyaallah, majlis sy x akan jd tanpa awk..


Bila terbaca ayat terakhir dari Mr Sonata, jari jemari Fareeza terhenti seketika.  “majlis saya tidak akan jadi tanpa awak” apa maksud lelaki  itu.  Of course dia akan hadir as a friend, but not as a lover.  Macam-macam lah si mamat sengal nih, baik aku sayonara aje dengan dia, karang dilayan lagi melalut.  Tapi apa salahnya jika dia pun bagi tahu kepada lelaki itu tentang majlis pertunangannya yang bakal berlangsung minggu hadapan.


+ Awk, sy pon akan bertunang. Pilihan mama

+ Ye ke? Sape lelaki yg bertuah tuh? Blh sy tahu

+ Entahlah awk, sy x pernah jumpa, malah gambarnya pon sy xnak tgk

+ Kenapa?

+ Biarlah, sy akan kenali dia juga bila tiba masanya nnt

+ betul awk xnak jpa atau tgk gambar bakal tunang awk tu

+ kan sy dh ckp, tggu hari pernikahan pasti kami akan bertemu juga

+ Jgn menyesal, sbb masa tu dh xleh nk patah balik tau

+ Sy percaya, pilihan mama adalah terbaik bt sy.

+ Sy juga harap begitu. 


Fareez suka tersenyum di sebelah sana, walaupun agak sayu mendengar luahan hati Fareeza. Tapi dia percaya apabila tiba masanya nanti, Fareeza akan mencintainya dengan sepenuh hati.  Ketika itu bahagia pasti milik mereka berdua.


+ Awk, sy xleh lama. Mama dh panggil. C u again k

+ of course syg, c u in our dream tonight

+ beranganlah awk nih

+ x salah nak berangan, free aper

+ suka hati awk lah, bye..

+ bye sayang, sweet dream


Fareez menutup laptop, berkira-kira ingin tidur.  Namun telefon bimbitnya berbunyi menandakan sms masuk, terpapar nama Dyana.  Lantas dibuka inbox, sms dibaca.


Syg, I rindu kat you. Can we c 2morrow?-dyana

Fareez menaip sms,

Sorry, I’m busy. Lgpun I’m  getting married soon”-Fareez

Sebaik sahaja melihat sms balasan dari Fareez, terus Dyana campak telefon bimbitnya ke dinding, hancur berderai jadinya Samsung Galaxy SII. You are not getting away from me Fareez, I akan cari tahu siapa bakal isteri you dan sebaik saja I tahu.  She will pay for this.  

Honey, why are you angry?  Terdengar suara garau di sebelah Dyana, lelaki itu baru tersedar dari mimpi indah terkejut saat mendengar jeritannya.  Dyana membalas pelukan lelaki itu, ingin meredakan hati yang sedang marah.

No darling, come let’s finish what we just started.  Sekali lagi Dyana tenggelam dalam lautan asmara yang diciptanya. 


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

No comments:

Post a Comment