Sunday, 24 March 2013

SPEED - Cintaku Bukan Sekadar Di Meter Jalanan (Bab 26)


Bab 26

            Perjalanan ke tempat yang hendak ditujui mengambil masa kurang setengah jam.  Kereta Hakimi Lufti berhenti dihadapan banglo mewah.  Dalam hatinya tertanya-tanya siapa tuan rumah yang memiliki banglo secantik ini.  Ketika Kartina keluar dari kereta, Hakimi Lufti turut sama keluar mengekori gadis itu.

            Hakimi Lufti menarik hujung baju Kartina, “Rumah siapa ni?”soalnya sambil menjungkit kening.

            “Rumah abang saya.”terlopong mulut Hakimi Lufti ketika Kartina menuturkan kata-kata itu.  Digeleng-geleng kepalanya tanda tidak percaya.  Kartina yang mengerti, turut tersenyum.

            “Rumah abang angkat saya lah..”tutur Kartina agar jelas difikiran Hakimi Lufti.  Salam diberi tidak bersahut, lantas ditekan loceng.  Skrin TV kecil berukuran 5 inci disebelah loceng berfungsi, wajah seorang wanita tua terpamer.

            “Nak cari siapa?”soal wanita itu.  Mungkin pembantu rumah disini.

            “Saya Kartina Amira, adik Kazrina Atirah.”Mak Jah tersenyum, dia kenal dengan suara itu.  Gadis itu merupakan adik kepada Kazrina.

            Hakimi Lufti tersentak, “Kazrina Atirah”

            “Ya, itu kakak sulong saya.”jawab Kartina lurus tanpa mengesyaki apa-apa.

            “Betul ke dia kakak awak?”soal Hakimi Lufti lagi minta penjelasan.

             “Ya, dia kakak sulong saya.  Awak ni pekak ke atau pura-pura pekak, hah!”marah Kartina.  Wajah kelat Hakimi Lufti dipandang lama.
             "Ada ke dia kata aku pekak."bebel Hakimi Lufti dalam hati.

            “Kalau Kazrina Atirah kakak sulong awak, bermakna ini rumah Tengku Mikhail Khazi lah ya.”kali ini Kartina pula tersentak.

             “Siapa Tengku Mikhail Khazi? Setahu saya abang Mikhail adalah.”jawab Kartina polos.  Sungguh, dia hanya mengenali lelaki itu dengan nama Abang Mikhail dan bukan Tengku Mikhail.

             Membuntang mata Hakimi Lufti takala mendengar pengakuan polos dari Kartina Amira. "Sungguh awak tak tahu siapa Tengku Mikhail Khazi?"soal Hakimi Lufti.  Kartina Amira menggelengkan kepalanya tanda dia benar-benar tidak tahu akan nama sebenar lelaki itu.

            “Kalau awak nak tahu, nama sebenar dia Tengku Mikhail Khazi Bin Tengku Azhar.  Anak Jutawan perkapalan yang terkenal di Malaysia ni.”terang Hakimi Lufti panjang lebar.  Kartina terpaku.

             “Macam..macam..mana..awak kenal dengan..Abang Mikhail. Eh, Tengku..Mikhail.”terketar-ketar suara Kartina. Belum sempat Hakimi memjawab, muncul Kazrina bersama Mak Jah setelah pintu gate terbuka luas.

            “Angah.”Kazrina melulu memeluk adiknya itu tanpa menyedari kehadiran Hakimi Lufti disitu.

            “Encik ni siapa?”soal Mak Jah.

            “Saya Hakimi Lufti, rakan baik Tengku Mikhail dan juga majikan kepada adik Kazrina makcik.”Hakimi Lufti memperkenalkan dirinya sambil menghulur salaman.

            “Oh begitu, masuklah.  Rina, sudah-sudahlah tu.  Mari masuk, hari dah mendung, macam nak hujan pula.”ajakkan Mak Jah menghentikan adegan peluk Kartina dan Kazrina. 

            Saat pelukan terlepas, Kazrina terpegun.”Ini Encik Hakimi kan?”tebak Kazrina.

            “Ya Kazrina, saya Hakimi Lufti.  Ingatkan awak dah lupa.  Apa khabar?”soal Hakimi Lufti ramah.

            “Baik..baik..Marilah masuk Encik Hakimi.”pelawa Kazrina.  Hakimi Lufti mengekori belakang ketiga-tiga wanita itu.  Rasa kekok pula, maklumlah ini pertama kali dia menjejak kaki rumah kepunyaan Tengku Mikhail.

            Kazrina melabuh duduk disofa berhadapan Hakimi Lufti.  Disebelahnya pula Kartina yang dari tadi tidak lepas memeluk pinggang kakaknya itu.”Manja.”gerus Hakimi Lufti dalam hati.

            “Dah berapa lama Rina tinggal disini?”Hakimi Lufti memulakan bicara setelah Mak Jah dan Kartina menghilang ke dapur.

            “Sejak saya  diberhentikan kerja.”jawab Kazrina dalam riak kecewa.

            “Woh.woh..chup.chup..sejak bila Rina diberhentikan? Setahu saya Tengku Mikhail yang hantar surat perletakan jawatan Rina kepada saya.”selar Hakimi Lufti. 

            Ya, memang Tengku Mikhail yang tega berbuat begitu, menyuruh Kazrina berhenti dari syarikat itu tanpa persetujuan wanita itu.

            “Sama lah tu.  Nak buat macam mana, terpaksalah.  Mikhail tak mahu saya stress memikirkan soal kerja dan juga..”tidak terluah nama itu.  Kazrina menunduk memandang lantai.

            “Saya faham.  Mungkin inilah jalan yang terbaik untuk awak.  Saya tengok Tengku Mikhail sayang betul pada awak. “ujar Hakimi Lufti.  Matanya tidak lepas pandang melihat perut Kazrina yang agak sedikit memboyot.

            “Hmmm…mungkin.  Oh ya, macam mana awak kenal dengan Kartina.  Setahu saya dia kerja di Astana Mega dan awak pula kerja sama tempat dengan saya dulu.”Hakimi Lufti tersenyum, nampaknya dia terpaksa berterus-terang. 

            “Astana Mega adalah syarikat milik keluarga saya.  Saya sudah berhenti kerja dari tempat lama seminggu yang lepas.  Walid panggil saya kerja dengan dia, terpaksalah saya akur.”

            “Oh..gitu.”

            Sedang rancak berbual-bual, kereta mercedes CLK kepunyaan Tengku Mikhail meluncur masuk ke perkarangan rumah.  Tergesa-gesa Mak Jah menyambut kepulangan tuannya.  Wajah Tengku Mikhail tersenyum lebar menyambut tetamunya walaupun dalam keletihan.

            “Dah lama sampai.”soalnya

            “Tak lama pun, baru setengah jam lepas.  Aku datang kebetulan hantar budak kecil ni kemari, katanya dah rindu nak jumpa kak longnya.”sahut Hakimi Lufti sambil menunjuk ke arah Kartina.

            “Abang Mikhail.”tangan kanan dihulurkan, Tengku Mikhail menyambutnya.

            “Apa khabar angah? Sihat?”

            “Angah sihat.  Ibu dan adik-adik pun sama juga.”jawab Kartina ceria.  Hakimi Lufti yang menyaksikan kemesraan diantara Tengku Mikhail dengan Kartina turut gembira.  Tidak sangka, Tengku Mikhail ada tokoh jadi abang ipar yang baik.

            “Baguslah kalau macam tu.”jawab Tengku Mikhail lantas melabuhkan duduk disebelah kanan Kazrina. Walaupun tidak begitu rapat, namun Kazrina dapat juga menghidu bau wangian dari minyak wangi yang dipakai Tengku Mikhail.  Naluri wanitanya bergetar saat terpandang senyuman manis dari Tengku Mikhail.

            Abang Mikhail, betul ke kata Hakimi nama sebenar abang Tengku Mikhail.”tiba-tiba tercetus persoalan itu dari bibir Kartina.

            “Kalau betul kenapa Ngah?”soal Kazrina pula, pelik bila adiknya bertanya tentang nama sebenar Tengku Mikhail.

            “Kalau betul, maknanya Angah bertuah sebab dapat mengenali siapa sebenar Tengku Mikhail Khazi.”jawab Kartina bangga.  Hakimi Lufti disebelah dijeling, wajah lelaki itu sedikit masam.  Cemburukah?

            “Angah jangan puji sangat abang Mikhail ni, karang ada yang tak mandi petang sebab perasan diri terlebih hensem.”usik Kazrina, sengaja hendak melihat reaksi Tengku Mikhail.

            “ Eh, dah memang Mikhail hensem.  Nak buat macam mana? Kan Kimi.”balas Tengku Mikhail pula.

             Actually, he’s right Kazrina.  Masa kami kat Cambridge dulu, antara saya, Amar Amsyar dan Tengku Mikhail.  Stok teman wanita dia lebih banyak dari kami berdua, kadang-kadang sempat juga dia ‘pas’ kat kami.  Kesian sebab kami berdua memang sukar nak dapat teman wanita seperti dia.”akui Hakimi Lufti jujur. 

            Tengku Mikhail tak senang duduk, cerita lama semasa zaman kejahilannya dibuka semula.  Dia tidak begitu selesa apabila mengenangkan peristiwa dulu.

            “Itu dulu Kimi, sekarang tidak.  Saya dah berubah, dunia saya hanya disini bersama Kazrina dan juga bayi yang akan dilahirkannya nanti.”ujar Tengku Mikhail perlahan. 

            “Saya percayakan awak Mikhail.”sambut Kazrina.  Tangannya diletakkan diatas bahu lelaki itu.  Hakimi Lufti turut mengangguk setuju dengan kata-kata Kazrina.

            “Sudahlah, tak perlu dikenangkan kisah lalu.  Sekarang masa untuk hari depan, dan saya tak akan sesekali menoleh lagi kebelakang.”tekad Tengku Mikhail. 

            Jemari Kazrina diatas bahunya digenggam erat dan Kazrina turut membalasnya.  Hakimi Lufti gembira melihat kebahagian yang terbentang dihadapannya.  Dia gembira kerana Kazrina sudah ada tempat berlindung, dan dia juga akan merasainya nanti dengan Kartina Amira.

            Kartina pelik, Hakimi Lufti sedari tadi merenung ke wajahnya tanpa berkelip.  Rasa malu pula bila direnung sebegitu rupa.  Lantas diawang-awangkan tangannya didepan muka Hakimi Lufti.

            ”Hello, dah sampai planet mana?”Hakimi Lufti yang malu bila ditegur begitu cepat-cepat tersedar akan keterlanjurannya itu.

            Petang itu mereka berempat berbual-bual mesra.  Macam-macam cerita, dari zaman sekolah sehinggalah ketika mereka belajar keluar negara.  Kartina yang dari tadi menjadi pendengar setia hanya memerhatikan tingkah laku Hakimi Lufti dalam diam.  Dia terpesona dengan raut wajah lelaki itu, tutur kata dan juga karisma yang ada dalam diri lelaki itu.  Dia juga turut membayangkan jika mereka berdua berpasangan.  Tentu bahagia sekali, seperti kebahagian yang kaklongnya alami sekarang ini dengan Tengku Mikhail.

            “Dah sampai mana tu? Melbourne, Perth atau Queensland?”soal Hakimi Lufti betul-betul berada disebelahnya  Dapat juga Kartina rasakan hembusan nafas Hakimi Lufti hangat menyapa telinganya.  Jantungnya tiba-tiba berdetak hebat, apakah perasaan ini?

            “Err..err..saya..saya…”tidak terkata Kartina.  Nasib baik hanya mereka berdua saja yang ada diruangan itu.  Tengku Mikhail sudah lama berlalu ke biliknya ditingkat atas, manakala Kazrina didapur membantu Mak Jah menyediakan makan malam mereka nanti.

            “Apa yang awak angankan, sampai jauh perginya.”pertanyaan Hakimi Lufti tidak dijawab, malu rasanya bila ditangkap ketika merenung wajah lelaki itu.

            “Err..mana..mana Abang Mikhail dengan along?”nasib baik otaknya sempat berfikir, kalau tidak dia tentu kantoi lagi.

            “Mikhail naik atas dibiliknya.  Kakak awak ada didapur, dan awak pula….”sempat juga Hakimi Lufti berjeda sebelum meneruskan kata.

            “Dan kenapa pula dengan saya?”Kartina rasa tidak selesa ditinggalkan berdua dengan lelaki ini.  
            “Dan awak.. ditinggalkan disini..bersama..saya..”jawab Hakimi Lufti lambat-lambat.  Muka Kazrina memerah, menahan malu. 

            Disebalik tembok yang memisahkan ruangan dapur dengan ruang tamu, Kazrina dengan Tengku Mikhail sedang asyik memerhatikan merpati sejoli itu.

            “Khail rasa Kimi memang suka tak dengan Angah .”Tengku Mikhail mengangguk,

            “Tak syak lagi, Kimi dah jatuh hati dekat Angah.”Kazrina juga turut mengakui kata-kata Tengku Mikhail.

            “Khail suka ke?”Tengku Mikhail kehairanan, Kazrina tanya aku suka apa?tak faham.

            “Suka apa?”pertanyaan Karina dibalas dengan pertanyaan juga.

            “La.. Angah dengan Hakimi Lufti lah.  Khail ingat Rina tanya apa.”cantas Kazrina geram bila lihat Tengku Mikhail seperti blur saja.

             “Khail ingat Rina tanya Khail suka dekat Angah ke.”Kazrina menjegilkan matanya, tak percaya fikiran Tengku Mikhail sampai kesitu pula. 
              Ditolaknya kepala Tengku Mikhail lembut, “Sampai ke situ pula, habis tu Rina ni macam mana?”

            “Angah tu Khail buat spare, manalah tahu kot-kot Rina reject Khail.  Boleh Khail tackle Kartina pula.”usik Tengku Mikhail, satu cubitan hinggap dilengannya.

             ”Aduh! apa ni sayang.  Sakitlah.”Tengku Mikhail menggosok-gosok lengannya yang dicubit  Kazrina.

            “Padan muka! Ada hati nak tackle adik Rina.”marah Kazrina tanpa menyedari langkah kaki Hakimi Lufti dan Kartina menuju ke arah mereka berdua.

            “Ni apa main sembunyi-sembunyi, kalau nak main ajaklah kami join sama.”terkejut Kazrina, tersengih-sengih Tengku Mikhail bila ditangkap sedang menyintip Hakimi Lufti dengan Kartina.

            “Hah! Along, buat apa ni? Dah nak jadi mak budak pun masih nak main sorok-sorok, Abang Khail pun sama.”Kartina merujuk ke arah Tengku Mikhail pula.

            “Abang Khail tak! Tapi dah Kaklong kamu yang ajak.  Abang Khail follow aje.”Kali ini Kazrina tak sempat mencubit Tengku Mikhail, lelaki itu sudah pun menjauhi dirinya.

            Terburai tawa mereka bertiga melihat aksi geram Kazrina yang tidak berjaya mencubit Tengku Mikhail. 

~Bersambung~

Monday, 18 March 2013

SPEED - Cintaku Bukan Sekadar Di Meter Jalanan (Bab 25)

Bab 25

             Airmata Kartina menitis laju.  Dia kesal kerana tidak mencegah dari awal.  Jika dia tahu hanya dia dan Encik Tahir yang ada dipejabat, tentu dia sudah lama keluar.  Muka lebam-lebam Encik Tahir tidak sekalipun dipandang, benci dan meluat pun ada.  Nasib baik Hakimi Lufti tiba tepat pada masanya.  Jika tidak, maruahnya tentu tercemar dan dimana hendak dia letakkan mukanya nanti. 

            Wajah ibu, Along dan adik-adik terbayang diruang matanya.  Esakkan yang halus bertukar menjadi tangisan, nasib baik ada Kak Rodiah ada bersama-samanya dalam bilik ini.  Bilik Encik Jalaluddin menjadi tempat dimana Hakimi Lufti, Kartina amira dan Encik Tahir berdebat. 

            “Encik Tahir, awak adalah salah seorang Senior Manager disini.  Tapi perangai awak tidak mencerminkan jawatan yang awak sandang kini.  Awak tak malu ke, pihak syarikat tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tata-tertib terhadap awak”tegas Encik Jalaluddin, wajah Encik Tahir direnung tajam.

            “Apa yang dah saya lakukan? Ini semua salah faham.  Dan Encik ini datang tanpa diundang terus saja menumbuk muka saya, apa kes?”marah Encik Tahir, cuba menegak benang yang basah. 

            Hakimi Lufti begang, tangannya mengenggam penumbuk.  Nasib baik mereka berada didalam bilik Encik Jalaluddin, jika tidak pasti satu lagi tumbukan dilayangkan ke muka lelaki tidak sedar itu.

            Encik Jalaluddin menoleh ke sisi, dipandang wajah sungul Kartina Amira.”Kartina, cuba awak ceritakan apa yang berlaku.  Saya mahukan kepastian.”soal Encik Jalaluddin.  Kartina memandang wajah Encik Tahir, gerund dia melihat wajah bengis lelaki itu.

            “Jangan risau, saya ada.  Awak ceritakan apa yang berlaku.”Hakimi Lufti yang berdiri disebelah Encik Jalaluddin tadi kini berada disebelahnya.  Tangan Kartina diulus lembut, bagai mengalirkan kekuatan oada gadis itu.

            Kartina menceritakan kejadian yang berlaku dalam esakkan halus.  Hakimi Lufti yang mendengarnya turut merasa geram.  Lelaki ini perlu diberi pengajaran, bini ada dua, anak sedozen.  Tapi masih lagi hendak berfoya-foya ketika waktu pejabat.  Umur makin meningkat, tapi miangnya pula tidak surut-surut.

            “Encik Jalal, saya tak salah.  Kartina yang menggoda saya, dia nak naik pangkat cepat.  Saya lelaki, tentulah tidak tahan digoda.”balas Encik Tahir bersama senyuman sinis.  Kartina terpana, dia pula dituduh perempuan murahan.

            “Encik Tahir, awak memang dah melampau.”satu lagi tumbukan hingga dimuka lelaki itu.  Sekali lagi Encik Tahir jatuh terduduk ke lantai. 

             Encik Jalal cemas, keadaan menjadi semakin tidak terkawal.  Cepat-cepat dia memeluk Hakimi Lufti.  “Sabar Kimi, sabar.”pujuknya.

            “Saya tak boleh sabar uncle.  Kalau ini melibatkan maruah Kartina, saya sanggup masuk penjara kerana memukul lelaki durjana ni.”bentak Hakimi Lufti.  Nafasnya turun naik menahan amarah yang memuncak. Kartina pula masih terkaku dalam dakapan Kak Rodiah. 

            Sabar Kimi, biar uncle selesaikan semuanya dengan baik.  Tak perlu kita bergaduh, perkara dah pun berlaku.  Sekarang apa yang perlu kita buat, kita serahkan dia pada pihak berkuasa.”pujuk Encik Jalaluddin lagi. “Serahkan kepada pihak berkuasa? Oh tidak, Kartina tidak mahu melibatkan maruah keluarganya pula.”

            “Tidak Encik Jalal, saya tak setuju.  Cukup sampai disini saja, saya tak mahu perkara ini diperbesarkan lagi.  Saya tak mahu maruah keluarga saya pula tercemar, biarlah ianya menjadi rahsia kita-kita yang ada disini.”pinta Kartina Amira dalam tangisan hiba.  Suara merayu-rayu itu meruntun kalbu Hakimi Lufti. 

            “Kartina..tak kan awak nak biarkan lelaki ini terlepas.  Hari ini dia buat perkara tak senonoh kat awak, dan tak mustahil dia akan lakukan lagi pada awak mahupun pekerja wanita yang lain pula.”ujar Hakimi Lufti seraya memujuk agar Kartina menerima saranan Encik Jalaluddin itu tadi.

            “Encik Hakimi, please jangan perbesarkan masalah ini lagi.  Saya mohon, kita habiskan disini saja.  Kesian pada saya Encik Hakimi, keluarga saya masih perlukan saya.”pohon Kartina dalam linangan airmata yang tidak henti-henti turun sejak tadi.

            See! She’s not going to do anything or say nothing. Maknanya dia suka pada saya.”telah Encik Tahir.

            “Minta maaf Encik Tahir, saya berdiam diri demi maruah keluarga saya.  Tapi suatu hari nanti, akan ada balasannya dari Allah pada orang yang teraniaya.  Dan saya pasti, Allah bayar dengan CASH!”selarku padanya dengan nada kegeraman.  Tiada lagi suara esakkan mahupun tangisan, hanya rasa marah yang membuak-buak terhadap lelaki yang bernama Tahiruddin Alwi.

            “Sebagai permulaannya, saya Hakimi Lufti.  Naib CEO dan juga anak kepada Dato’’ Hakim Hashim dengan ini memecat awak Tahiruddin Alwi dari jawatan Senior Manager disyarikat Astana Mega berkuatkuasa serta-merta.”dengan sekali nafas, Hakimi Lufti memberikan arahan manDato’ri kepada pekerjanya yang telah melakukan kesalahan berat iaitu sexual harassments terhadap pekerja wanita.

            Encik Tahir mahupun Kartina Amira, masing-masing tercengang.  Tidak percaya dihadapan mereka ini adalah pewaris tunggal Astana Mega iaitu anak kepada Dato’’ Hakim.  Encik Jalaluddin mengangguk kepala, dia setuju dengan keputusan yang telah dibuat oleh Hakimi Lufti.  Dan dia sebagai General Menager di bahagian sumber manusia akur dengan arahan dari pihak atasan.

            “Rodiah, sediakan surat pemecatan untuk Encik Tahiruddin Alwi dan kira gaji terakhirnya sehingga tarikh hari ini.  Selepas itu bawa surat itu untuk ditandatangani oleh Encik Hakimi Lufti,  naib CEO Astana Mega.”arah Encik Jalaluddin kepada pembantunya Rodiah.  Terkocoh-kocoh wanita itu keluar dari bilik itu.

            Tidak sampai 10 minit, Rodiah masuk bersama file ditangannya.  Diberikan kepada Encik Jalaluddin untuk disemak sebelum diberikan kepada Hakimi Lufti.  File bertukar tangan setelah Encik Jalaluddin berpuas hati dengan hasil kerja Rodiah.

            Only this much his salary?”pertanyaan Hakimi Lufti dijawab dengan anggukkan kepala oleh Rodiah.

            After deduct his expenses and also loan that his took from company.”jawab Rodiah.

            “Okay, suratnya sudah saya tandatangani.  Mana ceknya?”soal Hakimi Lufti pada Rodiah.

            Ada didalam file tu Encik Hakimi.  Encik hanya perlu tandatangan saja dan semuanya akan selesai.”terang Rodiah lagi. 

            Hakimi Lufti tersenyum senang, musuh dalam selimut berjaya dihapuskan dengan mudah tanpa perlu dia mencari bukti yang lain.  Dari dulu lagi dia sudah mensyaki Tahiruddin Alwi ada menyeleweng duit syarikat.  Tetapi disebabkan tidak ada bukti yang kukuh, terpaksalah dia berdiam diri dulu.

            “Encik Tahiruddin, ini surat permecatan awak dan juga gaji terakhir awak.  Selepas ini  saya tidak mahu melihat muka awak disini lagi. And now, leave before I call security.”dilayangkan sampul surat bersama sekeping cek dihadapan muka Tahiruddin.  Lelaki itu mengutipnya, tanpa rasa bersalah.

            “Kau jaga Hakimi Lufti, kau tak akan selamat.  Aku akan balas setiap apa yang kau lakukan pada aku hari ini.  Masa itu, kau akan melutut meminta maaf padaku.  Aku akan ludah muka kau dengan senang hati..hahaha..haha..hahaaa..”tutur Tahiruddin Alwi dengan gelak jahatnya.

            “Kau perempuan, kau tunggu saja pembalasan dari aku.  Hidup kau tak akan tenang, aku akan hadir seperti mimpi buruk dalam hidup kau.”ditundingkan jari ke wajah Kartina Amira.  Kartina ketakutan, dia trauma.

            Encik Jalaluddin memanggil beberapa sekuriti masuk, takut  melihat perubahan Tahiruddin.  Dia bimbang akan terjadi lagi pergelutan antara Hakimi Lufti dan juga Tahiruddin Alwi.  Ketika sekuriti membawa Tahiruddin keluar, sempat dia menyumpah Kartina dan juga Hakimi Lufti. 

            Tangan Kartina yang mengeletar tidak dapat lari dari pandangan mata Hakimi Lufti.  Dia kasihan pada gadis ini, tentu Kartina benar-benar dalam ketakutan yang amat.

            “Uncle, apa yang berlaku didalam bilik ini bialah menjadi rahsia kita berempat.  Kimi tak mahu Walid tahu tentang perkara ini.  Anggap saja kejadian ini tidak pernah berlaku, jika Walid tanya mengapa Tahiruddin Alwi berhenti kerja secara tiba-tiba.  Uncle cakaplah disebabkan hal peribadi.”pinta Hakimi Lufti.  Dia tidak mahu ada pekerja-pekerja lain yang bergosip tentang hal ini.  Maruah Kartina haruslah dijaga.

            “Kimi jangan risau, tahulah uncle nak cakap macam mana dengan Dato’’ Hakim.”sahut Encik Jalaluddin.

            “Kamu Rodiah, ingat hanya kita berempat saja yang tahu.  Jangan sesekali kamu dedahkan pada sesiapapun. Kalau tidak…”pesan Encik Jalaluddin ada pembantunya.

            “Encik Jalal jangan risau, saya pegang amanah ini sehingga akhir hayat saya.  Lagipun saya dah anggap Kartina ni macam adik saya.  Takkan sesekali saya gadaikan maruahnya dikhalayak ramai.”balas Rodiah sambil mengusap lembut rambut Kartina yang lurus.

            “Terima kasih kak.”ucap Kartina lantas dipeluk tubuh gempal Rodiah.

            “Sama-sama dik.”

            “Sekarang semuanya dah selesai.  Saya harap semuanya akan pulih seperti sediakala, tempat Encik Tahiruddin yang kekosongan itu uncle carilah candidate yang sesuai.  Saya ikut saja, asalkan orang itu berwibawa dan tegas dalam menguruskan jabatan itu.”

            “Kimi serahkan pada uncle.  Masih banyak lagi orang yang sesuai untuk jawatan itu.  Dan uncle percaya, orang itu lebih baik dari Tahiruddin Alwi.” ujar Encik Jalaluddin dengan penuh keyakinan.

            “Kimi percayakan uncle. Oh ya, Kimi nak bagi Cik Kartina kita ni cuti seminggu.  Bermula esok, Kimi mahu dia berehat secukupnya.”kata-kata Hakimi Lufti membuatkan Kartina terpanggil untuk berkata sesuatu.

            “Mana boleh Encik Hakimi.  Saya masih dalam probation, mana ada cuti.  Nanti gaji saya kena potong mana cukup untuk perbelanjaan saya nanti.”selar Kartina Amira.

            “Tak mengapa Cik Kartina. Kalau 2nd bos dah bagi arahan kenalah ikut.  Kalau tidak…”sengaja Kak Rodiah mengantung ayatnya disitu. 

            “Kalau tidak apa kak?”soal Kartina polos.  Ketiga-tiga orang yang ada didalam bilik itu ketawa sakan apabila mendengar soalan polos dari Kartina Amira.  Baik Encik Jalaluddin mahupun Kak Rodiah, mereka berdua ketawa tak ingat.  Hakimi Lufti turut ketawa, tapi tidak lah sekuat mereka berdua.  Ada sengihan nakal terbit dari bibir lelaki itu, Kartina tersenyum malu.

 

            Mengapa aku selalu saja menjadi mangsa rakus lelaki.  ~ Kartina Amira.

           
             Sejak peristiwa yang berlaku dipejabatnya, Kartina banyak termenung.  Sindiran dari ibu tidak diendah biarpun cuping telingannya sakit mendengarnya.

             “Ibu bukannya apa Ngah, kamu baru saja kerja tak sampai sebulan dah cuti panjang.  Nanti kerja entah kemana alih-alih kena buang kerja pula.”bebel ibunya.

            “Ibu, berapa kali dah Angah cakap, bos angah bagi cuti seminggu.  Cuti yang bergaji, bukannya Angah suka-suka nak cuti.”balas Kartina.  Geram bila hampir setiap hari terpaksa menandah telingan mendengar bebelan ibunya.

            “Kamu ni Kartina, macam kaklong kamu juga.  Suka sangat melawan cakap ibu.  Dahlah hampir 4 tahun tak balik ke rumah, dimana dia tinggal pun ibu tak pasti.  Balik 6 bulan lepas bawa suami konon.  Sekarang apa dah jadi? Suami kemana, dia pun entah kemana.”Hati Kartina sakit, tuduhan ibunya terhadap kaklongnya tidak berasas.  Dia kenal Kazrina, dia kenal kaklongnya yang cekal dan tabah mengharungi hidup.

            “Ibu aje yang tak kenal anak ibu sendiri.  Tapi Angah kenal siapa Along dan angah tahu apa yang dah dia lalui ibu.  Along sengsara, along derita, along keseorangan semuanya angah tahu ibu.  Hanya angah yang tahu dan tidak ibu.”bentak Kartina.

            Airmata yang bercucuran dibiarkan mengalir, hatinya sakit.  Teramat sakit ketika berbicarakan tentang kehidupan kakak sulongnya itu.   Kartina bangkit, dicapai beg tangan lantas langkah kaki dihayun keluar dari rumah.  Jeritan dan laungan ibunya tidak dipedulikan, apa yang dia inginkan adalah keluar dari situ. 

            Sampai diperhentian bas, Kartina menanti kedatangan bas.  Agak lama juga dia disitu sehingga tiba-tiba sebuah kereta CRV berhenti tepat dihadapannya.  Dia pura-pura tidak mengenali pemandu itu, walhal dia  kenal empunya kereta itu. “Hakimi Lufti”.

            Hakimi Lufti keluar dari keretanya, dia tahu Kartina sengaja berpura-pura tidak mengenali dirinya.

            “Assalamualaikum, boleh saya duduk?”salam Hakimi Lufti dijawab dalam hati. Nak pelawa duduk, jauh sekali. 

            “Awak buat apa sorang-sorang kat sini? Bukan ke awak masih bercuti.”pertanyaan Hakimi Lufti dibiarkan saja.  Hakimi Lufti mengeluh, gadis ini memang susah hendak diajak berbual.

            “Awak!”Hakimi Lufti berpaling, Kartina meneruskan kata tanpa sedikit pun memandang ke arah Hakimi Lufti.”free tak?”

            Hakimi Lufti cepat-cepat mengangguk, “Ada peluang baik ni.”balasnya dalam hati.

            “Kenapa?”

            “Saya nak ke suatu tempat, dah lama saya tak jumpa dengan orang tu.”

            So”balas Hakimi Lufti selamba. Namun dalam hati sudah teruja sangat dengan permintaan Kartina.

            Kartina toleh sisi, wajah Hakimi Lufti dipandang pelik.  Macam tak sudi aje.

            “Kartina..yang awak pandang saya macam tu kenapa? Saya tanya saja.”Hakimi Lufti masih berwajah bersaja.

            “Saya takut awak tolong saya tak ikhlas.  Lepas tu minta balasan yang bukan-bukan, tak mahu saya.”ujar Kartina risau.

            “Cik Kartina Amira, muka saya ni nampak muka orang jahat sangat ke?”soal Hakimi Lufti serius.

            “Manalah saya tahu, walaupun awak bakal CEO dan juga merangkap majikan saya.  Tak mustahil awak pun seperti Encik Tahir juga.”balas Kartina pula.

            “Muka saya ni macam muka suami orang ke? muka bapa kepada anak seseorang ke? tak bukan.”bentak Hakimi Lufti, geram bila Kartina menyamakan dirinya dengan Tahiruddin Alwi. 

            “Adalah sikit-sikit.”komen Kartina.  Hakimi Lufti membuntangkan matanya, tidak percaya dengan kata-kata yang terbit dari bibir comel itu.

            “Dah..dah.. jangan kita nak bertekak kat sini.  Jom, mana awak nak pergi saya boleh tolong hantarkan.’pelawa Hakimi Lufti lantas di bangkit berjalan menuju ke keretanya.

            “Betul awak nak hantarkan saya ke sana? Sungguh?”berseri-seri wajah Kartina apabila Hakimi sudi menghantarnya ke sana.

            “Yea, saya hantarkan. Cepat, hari dah nak mendung. Karang hujan susah pula nanti.”sebaik saja Hakimi Lufti habis berbicara, dia masuk ke dalam perut kereta bersama-sama dengan Kartina Amira.

            “Terima kasih awak.”terluah juga ucapan terima kasih itu dari bibir Kartina.  Hakimi Lufti sembunyi senyuman dibibir, takut Kartina perasan hatinya yang dilanda bahagia tidak bertepi.
 
 
 
Walau sejauh mana pun kau berlari, akan aku kejar demi meraih cintamu.~Hakimi Lufti
 
 

~Bersambung~

Friday, 15 March 2013

My Girl - Prolog & BAB 1

Kerana ketamakkan, dua beradik bersengketa.  Nasib seorang gadis yang tidak berdosa dijadikan taruhan.  Siapakah diantara kedua beradik ini yang berhak mendapatkan harta kepunyaan Toh Puan Aini, Tok Wan mereka.  Apakah yang membuatkan Thomas Aiden Anderson mengalah dengan Vincent Alan Anderson semua ini akan terjawab nanti. 

Vince - Tok Wan nak serahkan harta dia pada Tom.  Habis aku macam mana? apakah selama ini usaha aku tidak pernah dihargai  Tok Wan.  Memang aku bukan cucu sebenar Tok Wan, tapi aku juga berhak untuk mendapatkannya.  Harta itu milik aku dan bukannya Thomas Aiden Anderson.

Tommy @ Aiden -  Jejak saja kaki disini, Tok Wan dah suruh carikan calon.  Apa ni Tok Wan, Aiden belum start kerja dah suruh nikah.  Pening-pening, kenapa tak suruh abang saja nikah dulu.
Why me? Aiden tak mahu Tok Wan.

Nyla - Encik dan abang encik dah beli saya,  terima kasih saya ucapkan. Sekurang-kurangnya saya tidak dijadikan pelacur.  Tapi kalau betul encik ingin bernikah dengan saya demi Tok Wan, saya terima walapun saya tahu siapa diri saya yang sebenarnya dimata encik.

Insp Dazim - Awak gadis pertama yang mampu buat saya begini.  Saat pertama kali melihat wajah awak, hati saya sudah terpaut.  Namun disebabkan dunia kita berbeza, saya terpaksa dan akur bahawa awak tidak akan menjadi milik saya.

Slyvia -  Dunia kita memang berbeza.  Saya tidak layak untuk dijadikan pemaisuri dihati seorang insan bernama Dazim Zulkarnain, walaupun hati ini meronta menginginkannya.  Setiap kali kau datang, hatiku sentiasa berdebar-debar.  Namun terpaksa juga aku lepaskan kau pergi demi untuk kebaikan semua.





Siapalah aku tanpa dirimu.  Hidup dan matiku hanyalah untukmu, kerana kaulah syurgaku dunia dan akhirat.~ Aiyatul Nyla
 

 
Saat pertama kali aku melihat wajahmu, kala itu hatiku sudah terpaut.  Biarpun aku cuba sembunyikan rasa hatiku padamu.  Ia tetap disitu untukmu. ~Thomas Aiden Anderson

 
Kita beli dia untuk kabuli mata tua Tok Wan.  Yang kau sibuk-sibuk nak bela dia kenapa? aku ni abang kau, tapi kenapa kau sanggup buang aku.~Vincent Alan Anderson
 
 

Saya suka awak, tapi sayang dunia kita berbeza.  Maaf kerana pernah menyimpan perasaan pada awak, sebab saya tahu saya tak layak untuk lelaki sebaik awak.~ Slyvia

 
Demi komited dalam perkerjaan , saya terpaksa melepaskan awak pergi.  Bukan saya tak pernah menyimpan perasaan itu, saya terpaksa mengalah demi kebaikan kita semua. ~ Insp Dazim Zulkanain  





Prolog

            “Sayang saya tak?”tanya sang suri pada sang kekasih hati.

            “Tak!”jawab sang kekasih selamba.

            “Apa? Cuba ulang sekali lagi?”cuping telinga terasa panas bila perkataan itu terbit dari bibir orang tersayang.

            “Tak! Tak! Tak!..tapi rindu ada lah.”tercetus tawa dari bibir sang kekasih.  Marah bila dipermainkan sang suri menampar keras peha sang kekasih hati.

            “Aduh! sakitnya.  Macam ni ke nak ucap terima kasih kat saya.”tanya sang kekasih, peha yang sakit digosok perlahan.

            “Padan muka! Suka sangat mainkan perasaan saya.  Kan dah kena, baru lega hati.”ucap sang suri hati.

            “Apa yang lega? Sakit hati atau tangan yang sakit?”sekali lagi ada hati nak mengusik si dia.  Sang kekasih memeluk erat bahu permaisuri hati, mahu menzahirkan rasa cintanya.

            “Dua-dua.”jawabnya pula.

            “Kalau macam tu mari sini, giliran abang pula yang buat kat sayang.”ditarik lengan sang suri agar mendekati dirinya.

            “Tak naklah, sakitlah bang.”rengeknya manja.

            “Tahu pun sakit.  Buat kat abang tadi tak sakit? Ingat peha abang ni bantal ke yang oi.”omel sang kekasih hati.  Kini giliran sang suri tersengih-sengih pula.

            “Ala, sikit pun nak berkira.”masih lagi merajuk sang kekasih hati, minta dipujuk lah tu.

            “Sikit sayang kata? Cuba tengok peha abang ni.”diselak sedikit seluar bemuda keatas, kononnya nak tunjuk peha yang sakit dek ditampar oleh sang suri hati.

            “Eh..eh…tak..tak, tak yah.  Nanti tergoda pula bila tengok peha seksi abang tu.”tolaknya takut tak tahan dengan godaan itu.  Sang kekasih hati pula lagi giat hendak mengusik.

            “Abang sayang  Nyla selamanya.  Hanya Nyla saja dalam hati abang, dari dulu hingga sekarang.”senyuman terukir dibibir masing-masing.  Itulah harapan mereka berdua setelah lama menderita akibat perpisahan.

            “Nyla cintakan abang, sayangkan abang dan juga si kecil ni.  Tak ternilai anugerah yang Allah berikan kepada Nyla bila kita dapat bersama-sama semula.”Aiden mengeratkan lagi pelukan, dikucup lembut ubun-ubun si isteri.

            “Abang pun sayang.  Hadirnya Refa dalam hidup kita membuktikan betapa kukuhnya cinta kita walaupun dilanda badai sebelum ini.  Abang amat bersyukur, nasib baik tak terjadi apa-apa pada sayang dan juga Refa.”Nyla memandang tepat ke wajah suaminya, mata bundar itu bersinar menyinarkan rasa cinta yang tidak ternilai harganya buat dirinya seorang.

            “Terima kasih bang.”dan Nyla terus hanyut dalam pelukan suaminya sehinggalah tangisan si kecil memecah kesunyian malam itu.

            “Ala Nia, time ni jugaklah anak papa nak meragam.  Tak kasi can langsung kat Papa.”omel Aiden, satu tamparan lembut hinggap dilengannya.

            “Tak baik cakap macam tu abang, anak pun nak bermanja juga dengan mama dia.”balas si isteri lantas bangkit dari sofa.

            “Tapi buat masa sekarang, papa dia lebih memerlukan mama dia.”sambut Aiden bersama kenyitan mata yang tampak nakal.  Tangan Nyla diselar, seperti tidak mahu membenarkan si isteri pergi.

            “Hish! Dengan anak pun nak berebut.”tangan dalam gengaman suami ditarik lembut. 

            “Bukan berebut sayang, sekadar hendak mengingatkan sayang tentang kehadiran suami tercinta ni.  Kalau tak, sayang asyik duk melekat dengan anak aje.  Jelous tau abang.”komen si suami mengudang senyuman dibibir. 

            “Jangan risau, abang tetap nombor satu dalam semua hal.  Tiada orang yang nak pertikaikan kedudukan abang dihati Nyla.”tutur si isteri sebelum menghilang dibalik pintu bilik tidur mereka.

            Tiba dibilik, ada sesuatu yang menantinya..

            “Abang tolong!” dengan cemas Aiden bangkit dari sofa, langkah kaki laju menuju ke bilik tidur mereka.   Saat matanya terpandang wajah ketakutan isterinya, dia terpaku.

            “Ya Allah!”jerit Aiden.  Anak dan isterinya diacukan pistol dikepala oleh seseorang yang telah lama menjadi buruan polis.

          Hello my dear brother, how are you?”sapa suatu suara yang amat dia kenali.  Aiden terpaku, wajah itu direnung lama tanpa berkelip. 

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bab 1

            “Taiko, ini perempuan baru semalam datang.  Fresh lagi, lu mau ka?”Vincent menjongket kening, wajah perempuan berusia lingkungan 20an itu diteliti dari atas ke bawah.

            “Lu biar betul Chai, wa tengok dia macam tak cukup makan.  Kurus sangat.”komen Vincent sambil matanya sibuk meratah tubuh si gadis itu.  Si gadis pula diam tidak berkutik, barangkali takut dengan Chai.

            “Wa nak lu pakai ini baju sekarang.  Kalu tak, wa suruh orang-orang wa rogol sama lu sikarang.”ugut Chai bila gadis itu melemparkan semula baju sendat yang diberikan olehnya.

            “To..to..long, saya nak balik. “rintih gadis itu bersama linangan airmata.  Tidak sudi bila disuruh memakai pakaian yang tidak serupa pakaian itu.

            “Hey, lu pekak ke? wa cakap pakai, lu pakai la.”marah Chai lagi.  Terkebil-kebil gadis itu  apabila kepalanya diketuk oleh Chai. 

            Keletuk bunyinya, sakit tak usah dikata.  Terlalu sakit, sehingga berair airmata ini.  Baju yang dilempar dikutip semula, lantas disarungkan ketubuh.

            “Woi perempuan, aku suruh pakai elok-elok.  Bukan pakai sekali dengan baju kurung kau ni.”sekali lagi kepalanya diketuk.  Lama-lama boleh pecah tempurung kepala ni akibat diketuk oleh lelaki ini.

            “Sa..sa..ya..nak..tu..kar..da..lam..bi..lik..a..air.”terketar-ketar suaranya menyuarakan sesuatu.  Malas hendak memekak lagi, Chai mengheret gadis itu menuju ke bilik air.

            “Pergi masuk dan cepat-cepat tukar itu baju.”gadis itu menapak perlahan masuk ke bilik mandi.  Baju seksi itu dipegang kemas bersama airmatanya yang laju mengalir membasahi pipi gebunya.

            “Chai, wa ambik dia.  Kautim sama lu sekarang.  Cincai wa bayar RM5K, setuju?”

            “Err…apa lu cakap Vince, wa tarak dengar.”sejenak Vince seperti hilang arah.  Wajah cantik bak bidadari menyesakkan jiwa lelakinya.

            “Okay, sekarang lu suruh ini perempuan masuk kereta wa.”terus Chai menarik tangan Nyla supaya berjalan mengekorinya.  Terkulat-kulat Nyla apabila ditarik kasar oleh Chai.

            “Hey perempuan, cepat jalan boleh tak?’marah Chai bila Nyla seakan tidak mahu berganjak.  Geram bila tidak diendahkan, Chai bertindak mahu menampar pipi mulus Nyla.  Namun belum sampai tangan itu mendarat ke pipi Nyla, ada satu tangan menghalangnya.

            Come on la bro, jangan berkasar dengan perempuan.  Kalu muka dia cacat, macam mana mau dapat customer.”Chai merengus.

            “Lu sapa mau ajar wa.”soal Chai keras.

            “Dia adik gua, Tommy.”jawab Vince bagi pihak adiknya.

            “Vince, lu cakap sama adik lu.  Gua bole handle, jangan masuk campur.”marah Chai lagi.

            “Chai, lu cool boleh tak?”pujuk Vince.

            “Wa tak suka orang kacau kerja wa.”balas Chai lagi.

            “Chai, look! Ini perempuan abang gua sudah beli.  Barang sudah beli jadi hak milik gua.  Jadi wa tak suka lu kasar sama dia.”pulang paku buah keras Tommy.  Vince mengisyaratkan agar Tommy beredar dari situ, biar dia selesaikan dengan Chai disini.

            “Suka hati lu lah, nah! Ambik ini perempuan.”ditolaknya badan Nyla kasar tepat ke dada Tommy.  Nasib baik sempat disambut lelaki itu, jika tidak sudah selamat muka Nyla mendarat ke jalan bertar.

            “Huh! Lu memang gila!”luah Tommy lantas beredar dari situ.  Bergerak-gerak rahang Chai marah bila dipanggil begitu.  Rasa mahu ditumbuk muka adik Vince itu, namun sempat dihalang oleh Vince.

            Sorry lah bro, adik wa memang macam tu.  Kita kira settle disini saja, okay.”Vince cuba meleraikan perbalahan ini tanpa sebarang pergaduhan.

            “Kali ini wa lepaskan adik lu.  Lain kali wa tak kisah dia adik lu ke atau siapa pun, wa belasah saja.  Next time, masa kita berusan jangan bawa dia bersama.”pesan Chai keras sebelum melangkah pergi meninggalkan Vince disitu.

            Vince menggeleng-geleng kepalanya, satu kepala batu dan satu lagi keras kepala.  Susahlah kalau hendak berusan lagi kalau begini jadinya.

            “Lu nak buat apa dengan itu perempuan?”soal Chai kasar.  Tidak pernah-pernah Vince minta dia carikan wanita seperti cirri-ciri itu.

            “Adalah, yang pasti bukan untuk gua.  Tadi lu nampak adik gua, dia yang nak itu perempuan.  Gua tolong cari untuk dia saja.”Chai tersengih-sengih, tidak percaya adik Vince yang baik pun suka perempuan macam itu.

            “Lu jaminkan itu perempuan muda dan masih dara.”soal Vince ingin kepastian.  Itu salah satu requirement adiknnya untuk melaksanakan misi mereka.

            “Wa jamin, ni tengok dia punya ic.  Lagipun wa dapat dia dari orang yang boleh dipercayai.”dengan megah Chai berkata.  Vince meneliti ic gadis itu, baru berumur 18 tahun.  Kenapa nak jadi pelacur, tak sayang diri sendiri kah?

            “Siapa orang tu?”soal Vince ingin tahu lebih lanjut.

            “Orang tu kawan wa.  Dia jumpa ini budak tengah cari kerja, so dia pun offer ini perempuan kerja sama dia.”cerita Chai menarik perhatian Vince.  Terlalu mudah benar nak perangkap gadis-gadis muda sekarang.

            “Habis itu dia terima lah.”soal Vince seakan tidak percaya.

            “Bro, sekarang zaman sekarang orang tak kisah.  Janji boleh dapat duit.”sangkah Chai bila melihat wajah tidak percaya Vince.  Selalunya teman dia ini tidak banyak soal jawab, tapi kali ini terlalu banyak pula pertanyaannya.

            “Sampai macam itu sekali.”keluh Vince lagi.

            “Ala bro, lu macam tak pernah buat ini kerja.  Sekarang macam menyesal pula, apa kes?”lancar saja mulut Chai mengejek rakannya ini.

            “Duit wa mana?”soal Chai bila Vince membisu.

            “Nah”sampul surat berisi wang bertukar tangan.  Chai membuka dan mengira sekilas jumlah wang didalamnya.  Senyuman mekar terbit dari bibirnya.

            Nice to doing business with you.  Nanti kalau mau lagi, lu cakap sama wa saja.  Semua ada, yang kecil, yang besar, yang putih, yang hitam, macam-maca pun ada.”promote Chai mengenai bisness anak ayamnya.

            “Lu ni Chai, jual orang macam jual ikan lagaknya”ucap Vince bersaja.

            “Betul apa ma.  Kerja wa jual orang, bukan jual barang.”sahut Chai bersama ketawa berdekah-dekah. 

            “Suka hati lu lah Chai, wa mahu campur.  Yang penting bila gua nak lu mesti dapatkan itu barang. “ujar Vince malas hendak berbahas.

            “Lain kali wa dapat barang baik, terus wa telefon lu.”Vince tersengih, tahu Chai tidak pernah menghampakan dirinya.

            “Tengoklah nanti, sekarang aku nak ke pejabat.  Ada banyak kerja yang kau kena buat.  Gua chow dulu.”langkah kaki dibawa meninggalkan kelab malam Chai dengan seribu persoalan.  Dia sendiri tidak mengerti mengapa dia terlalu banyak bertanyakan tentang gadis ini.  Sedangkan dulu dia tidak pernah begini, dapat saja terus ngap dan guna selama mungkin sebelum diserahkan kembali kepada Chai untuk diguna pakai semula.

            Kejadian 2 minggu lepas menganggu fikirannya, ketika adiknya datang menemuinya dipejabat.  Wajah sunggul adiknya merpa di muka pintu biliknya.

            “Apa ada bro, you look so awful today?”wajah kelat adiknya ditenung.  Dari mula wajah Tommy muncul dimuka pintu, dia sudah menyesaki sesuatu.

            “Tok Wan.”sepatah jawab Tommy.

            “Kenapa dengan Tok Wan?”soal Vince lalu melabuh duduk berhadapan adiknya disofa.

            “Tok Wan sakit, dia nak Tom cepat-cepat berkahwin sebelum dia menutup matanya.”jawab Tommy sayu.  Vince ketawa, mula-mula perlahan lama-lama kuat pula bunyinya.  Tommy tergamam, “Giler apa abang dia ni.  Orang tengah susah hati dia lagi mahu ketawa.”

            “Vince, stop laughing.  I’m dead serious!”marah Tommy bersama jelingan tajam.

            “Tak bro, aku tak ketawakan pasal Tok Wan.  Tapi aku ketawakan pasal Tok Wan suruh kau kahwin, itu yang kelakarnya.”ujar Vince bersama sisa tawa dibibir.

            “Apa yang lucu dengan bab tu?”soal Tommy dengan wajah cemberut.

           “Yelah, bila kau cakap Tok Wan suruh kau kahwin.  Wajah kau macam budak umur 12 tahun nak kena sunat.  Macam itulah wajah kau bro.”komen Vince.  Tommy merengus, geram bila merasa dirinya dipermainkan.

            “Aku serius bro, aku tak nak kahwin.  Belum masanya lagi dan yang pasti aku tak ada satu calon pun yang berkenan.  Aku masih nak hidup single, tak mahu terikat dengan mana-mana perempuan pun.”luah hati Tommy. 

            Memang benar dia suka hidup bersendirian dari terikat oleh mana-mana perempuan.  Baginya hidup single mudah, tiada apa yang harus difikirkan.  Tiada isteri yang membebel setiap kali dia lewat pulang dari kerja, tiada suara riuh anak yang menganggu ketika dia ingin berehat dan yang paling penting tiada orang boleh mengatur kehidupannya.  Dia bebas melakukan apa saja yang dia mahukan tanpa rasa tertekan.
            “Then fine someone yang boleh kau jadikan sebagai sandaran.”cadang Vince.

            “Maksud kau?”

            “Apa susah, cari seorang gadis buat jadi isteri sementara.  Lepas itu bila Tok Wan dah tak ada, kau lepaskan dia.  Kan senang.”jelas Vince.

            “Maksud kau aku nikah kontrak sementara tunggu Tok Wan masih hidup.  Lepas tu, bila Tok Wan dah tak ada aku boleh ceraikan dia.  Macam tu?”mata Tommy terbeliak, tak sangka Vince boleh mengutarakan idea yang bodoh segitu.

            “Yay..itulah salah satu cara untuk kau selesaikan masalah ini.  Nasib baik aku bukan dari keluarga betul kau , kalau tidak aku pun jadi mangsa kahwin paksa oleh Tok Wan.”Tommy menjeling tajam, ayat terakhir itu sedikit sebanyak menganggu dirinya.

            “Mana aku nak cari perempuan macam tu?”kali ini Tommy sudah termakan pujukan dari Vince.  Walaupun idea itu boleh dikatakan idea gila, tapi tak salah kalau dia ikut sekadar untuk memuaskan hati Tok Wan nya.

           “We Wait and see.”gumam Vince dibibir.  Tommy pula masih diam menanti butiran lanjut dari bibir abangnya itu.
~Bersambung~