Bab 26
Perjalanan ke tempat yang hendak ditujui mengambil masa
kurang setengah jam. Kereta Hakimi Lufti
berhenti dihadapan banglo mewah. Dalam
hatinya tertanya-tanya siapa tuan rumah yang memiliki banglo secantik ini. Ketika Kartina keluar dari kereta, Hakimi
Lufti turut sama keluar mengekori gadis itu.
Hakimi Lufti menarik hujung baju Kartina, “Rumah siapa
ni?”soalnya sambil menjungkit kening.
“Rumah abang saya.”terlopong mulut Hakimi Lufti ketika
Kartina menuturkan kata-kata itu.
Digeleng-geleng kepalanya tanda tidak percaya. Kartina yang mengerti, turut tersenyum.
“Rumah abang angkat saya lah..”tutur Kartina agar jelas
difikiran Hakimi Lufti. Salam diberi
tidak bersahut, lantas ditekan loceng.
Skrin TV kecil berukuran 5 inci disebelah loceng berfungsi, wajah
seorang wanita tua terpamer.
“Nak cari siapa?”soal wanita itu. Mungkin pembantu rumah disini.
“Saya Kartina Amira, adik Kazrina Atirah.”Mak Jah
tersenyum, dia kenal dengan suara itu.
Gadis itu merupakan adik kepada Kazrina.
Hakimi Lufti tersentak, “Kazrina Atirah”
“Ya, itu kakak sulong saya.”jawab Kartina lurus tanpa
mengesyaki apa-apa.
“Betul ke dia kakak awak?”soal Hakimi Lufti lagi minta
penjelasan.
"Ada ke dia kata aku pekak."bebel Hakimi Lufti dalam hati.
Membuntang mata Hakimi Lufti takala mendengar pengakuan polos dari Kartina Amira. "Sungguh awak tak tahu siapa Tengku Mikhail Khazi?"soal Hakimi Lufti. Kartina Amira menggelengkan kepalanya tanda dia benar-benar tidak tahu akan nama sebenar lelaki itu.
“Kalau awak nak tahu, nama sebenar dia Tengku Mikhail
Khazi Bin Tengku Azhar. Anak Jutawan
perkapalan yang terkenal di Malaysia
ni.”terang Hakimi Lufti panjang lebar.
Kartina terpaku.
“Angah.”Kazrina melulu memeluk adiknya itu tanpa
menyedari kehadiran Hakimi Lufti disitu.
“Encik ni siapa?”soal Mak Jah.
“Saya Hakimi Lufti, rakan baik Tengku Mikhail dan juga
majikan kepada adik Kazrina makcik.”Hakimi Lufti memperkenalkan dirinya sambil
menghulur salaman.
“Oh begitu, masuklah.
Rina, sudah-sudahlah tu. Mari
masuk, hari dah mendung, macam nak hujan pula.”ajakkan Mak Jah menghentikan
adegan peluk Kartina dan Kazrina.
Saat pelukan terlepas, Kazrina terpegun.”Ini Encik Hakimi
kan ?”tebak
Kazrina.
“Ya Kazrina, saya Hakimi Lufti. Ingatkan awak dah lupa. Apa khabar?”soal Hakimi Lufti ramah.
“Baik..baik..Marilah masuk Encik Hakimi.”pelawa Kazrina. Hakimi Lufti mengekori belakang ketiga-tiga wanita itu. Rasa kekok pula, maklumlah ini pertama kali dia menjejak kaki rumah kepunyaan Tengku Mikhail.
Kazrina melabuh duduk disofa berhadapan Hakimi
Lufti. Disebelahnya pula Kartina yang
dari tadi tidak lepas memeluk pinggang kakaknya itu.”Manja.”gerus Hakimi Lufti
dalam hati.
“Dah berapa lama Rina tinggal disini?”Hakimi Lufti
memulakan bicara setelah Mak Jah dan Kartina menghilang ke dapur.
“Sejak saya
diberhentikan kerja.”jawab Kazrina dalam riak kecewa.
“Woh.woh..chup.chup..sejak bila Rina diberhentikan? Setahu
saya Tengku Mikhail yang hantar surat
perletakan jawatan Rina kepada saya.”selar Hakimi Lufti.
Ya, memang Tengku Mikhail yang tega berbuat begitu,
menyuruh Kazrina berhenti dari syarikat itu tanpa persetujuan wanita itu.
“Sama lah tu. Nak
buat macam mana, terpaksalah. Mikhail
tak mahu saya stress memikirkan soal kerja dan juga..”tidak terluah nama
itu. Kazrina menunduk memandang lantai.
“Saya faham.
Mungkin inilah jalan yang terbaik untuk awak. Saya tengok Tengku Mikhail sayang betul pada
awak. “ujar Hakimi Lufti. Matanya tidak
lepas pandang melihat perut Kazrina yang agak sedikit memboyot.
“Hmmm…mungkin. Oh
ya, macam mana awak kenal dengan Kartina.
Setahu saya dia kerja di Astana Mega dan awak pula kerja sama tempat
dengan saya dulu.”Hakimi Lufti tersenyum, nampaknya dia terpaksa
berterus-terang.
“Astana Mega adalah syarikat milik keluarga saya. Saya sudah berhenti kerja dari tempat lama
seminggu yang lepas. Walid panggil saya
kerja dengan dia, terpaksalah saya akur.”
“Oh..gitu.”
Sedang rancak berbual-bual, kereta mercedes CLK kepunyaan Tengku
Mikhail meluncur masuk ke perkarangan rumah.
Tergesa-gesa Mak Jah menyambut kepulangan tuannya. Wajah Tengku Mikhail tersenyum lebar
menyambut tetamunya walaupun dalam keletihan.
“Dah lama sampai.”soalnya
“Tak lama pun, baru setengah jam lepas. Aku datang kebetulan hantar budak kecil ni
kemari, katanya dah rindu nak jumpa kak longnya.”sahut Hakimi Lufti sambil
menunjuk ke arah Kartina.
“Abang Mikhail.”tangan kanan dihulurkan, Tengku Mikhail
menyambutnya.
“Apa khabar angah? Sihat?”
“Angah sihat. Ibu
dan adik-adik pun sama juga.”jawab Kartina ceria. Hakimi Lufti yang menyaksikan kemesraan
diantara Tengku Mikhail dengan Kartina turut gembira. Tidak sangka, Tengku Mikhail ada tokoh jadi
abang ipar yang baik.
“Baguslah kalau macam tu.”jawab Tengku Mikhail lantas
melabuhkan duduk disebelah kanan Kazrina. Walaupun tidak begitu rapat, namun
Kazrina dapat juga menghidu bau wangian dari minyak wangi yang dipakai Tengku
Mikhail. Naluri wanitanya bergetar saat
terpandang senyuman manis dari Tengku Mikhail.
“Aba ng
Mikhail, betul ke kata Hakimi nama sebenar abang Tengku Mikhail.”tiba-tiba
tercetus persoalan itu dari bibir Kartina.
“Kalau betul kenapa Ngah?”soal Kazrina pula, pelik bila
adiknya bertanya tentang nama sebenar Tengku Mikhail.
“Kalau betul, maknanya Angah bertuah sebab dapat
mengenali siapa sebenar Tengku Mikhail Khazi.”jawab Kartina bangga. Hakimi Lufti disebelah dijeling, wajah lelaki
itu sedikit masam. Cemburukah?
“Angah jangan puji sangat abang Mikhail ni, karang ada
yang tak mandi petang sebab perasan diri terlebih hensem.”usik Kazrina, sengaja
hendak melihat reaksi Tengku Mikhail.
“ Eh, dah memang Mikhail hensem. Nak buat macam mana? Kan Kimi.”balas Tengku Mikhail pula.
Tengku Mikhail tak senang duduk, cerita lama semasa zaman
kejahilannya dibuka semula. Dia tidak
begitu selesa apabila mengenangkan peristiwa dulu.
“Itu dulu Kimi, sekarang tidak. Saya dah berubah, dunia saya hanya disini
bersama Kazrina dan juga bayi yang akan dilahirkannya nanti.”ujar Tengku
Mikhail perlahan.
“Saya percayakan awak Mikhail.”sambut Kazrina. Tangannya diletakkan diatas bahu lelaki
itu. Hakimi Lufti turut mengangguk
setuju dengan kata-kata Kazrina.
“Sudahlah, tak perlu dikenangkan kisah lalu. Sekarang masa untuk hari depan, dan saya tak
akan sesekali menoleh lagi kebelakang.”tekad Tengku Mikhail.
Jemari Kazrina diatas bahunya digenggam erat dan Kazrina
turut membalasnya. Hakimi Lufti gembira
melihat kebahagian yang terbentang dihadapannya. Dia gembira kerana Kazrina sudah ada tempat berlindung,
dan dia juga akan merasainya nanti dengan Kartina Amira.
Kartina pelik, Hakimi Lufti sedari tadi merenung ke
wajahnya tanpa berkelip. Rasa malu pula
bila direnung sebegitu rupa. Lantas
diawang-awangkan tangannya didepan muka Hakimi Lufti.
”Hello, dah sampai planet
mana?”Hakimi Lufti yang malu bila ditegur begitu cepat-cepat tersedar akan
keterlanjurannya itu.
Petang itu mereka berempat berbual-bual mesra. Macam-macam cerita, dari zaman sekolah
sehinggalah ketika mereka belajar keluar negara. Kartina yang dari tadi menjadi pendengar
setia hanya memerhatikan tingkah laku Hakimi Lufti dalam diam. Dia terpesona dengan raut wajah lelaki itu,
tutur kata dan juga karisma yang ada dalam diri lelaki itu. Dia juga turut membayangkan jika mereka
berdua berpasangan. Tentu bahagia
sekali, seperti kebahagian yang kaklongnya alami sekarang ini dengan Tengku
Mikhail.
“Dah sampai mana tu? Melbourne ,
Perth atau Queensland ?”soal Hakimi Lufti betul-betul
berada disebelahnya Dapat juga Kartina
rasakan hembusan nafas Hakimi Lufti hangat menyapa telinganya. Jantungnya tiba-tiba berdetak hebat, apakah
perasaan ini?
“Err..err..saya..saya…”tidak terkata Kartina. Nasib baik hanya mereka berdua saja yang ada
diruangan itu. Tengku Mikhail sudah lama
berlalu ke biliknya ditingkat atas, manakala Kazrina didapur membantu Mak Jah
menyediakan makan malam mereka nanti.
“Apa yang awak angankan, sampai jauh perginya.”pertanyaan
Hakimi Lufti tidak dijawab, malu rasanya bila ditangkap ketika merenung wajah
lelaki itu.
“Err..mana..mana Aba ng
Mikhail dengan along?”nasib baik otaknya sempat berfikir, kalau tidak dia tentu
kan toi lagi.
“Mikhail naik atas dibiliknya. Kakak awak ada didapur, dan awak
pula….”sempat juga Hakimi Lufti berjeda sebelum meneruskan kata.
“Dan kenapa pula dengan saya?”Kartina rasa tidak selesa
ditinggalkan berdua dengan lelaki ini.
“Dan awak.. ditinggalkan disini..bersama..saya..”jawab
Hakimi Lufti lambat-lambat. Muka Kazrina
memerah, menahan malu.
Disebalik tembok yang memisahkan ruangan dapur dengan
ruang tamu, Kazrina dengan Tengku Mikhail sedang asyik memerhatikan merpati
sejoli itu.
“Khail rasa Kimi memang suka tak dengan Angah .”Tengku
Mikhail mengangguk,
“Tak syak lagi, Kimi dah jatuh hati dekat Angah.”Kazrina juga turut mengakui kata-kata Tengku Mikhail.
“Khail suka ke?”Tengku Mikhail kehairanan, Kazrina tanya
aku suka apa?tak faham.
“Suka apa?”pertanyaan Karina dibalas dengan pertanyaan
juga.
“La.. Angah dengan Hakimi Lufti lah. Khail ingat Rina tanya apa.”cantas Kazrina
geram bila lihat Tengku Mikhail seperti blur saja.
“Khail ingat Rina
tanya Khail suka dekat Angah ke.”Kazrina menjegilkan matanya, tak percaya
fikiran Tengku Mikhail sampai kesitu pula.
Ditolaknya kepala Tengku Mikhail lembut, “Sampai ke situ pula, habis tu
Rina ni macam mana?”
“Angah tu Khail buat spare,
manalah tahu kot-kot Rina reject Khail. Boleh Khail tackle Kartina pula.”usik Tengku Mikhail, satu cubitan hinggap
dilengannya.
“Padan muka! Ada hati nak tackle adik Rina.”marah Kazrina tanpa menyedari langkah kaki Hakimi
Lufti dan Kartina menuju ke arah mereka berdua.
“Ni apa main sembunyi-sembunyi, kalau nak main ajaklah
kami join sama.”terkejut Kazrina,
tersengih-sengih Tengku Mikhail bila ditangkap sedang menyintip Hakimi Lufti
dengan Kartina.
“Hah! Along, buat apa ni? Dah nak jadi mak budak pun
masih nak main sorok-sorok, Abang Khail pun sama.”Kartina merujuk ke arah
Tengku Mikhail pula.
“Abang Khail tak! Tapi dah Kaklong kamu yang ajak. Abang Khail follow aje.”Kali ini Kazrina tak sempat mencubit Tengku Mikhail,
lelaki itu sudah pun menjauhi dirinya.
Terburai tawa mereka bertiga melihat aksi geram Kazrina yang tidak berjaya mencubit Tengku Mikhail.
~Bersambung~
best2.. smbng lgi
ReplyDeleteSUKA .
ReplyDeletecpt smbg dh lame tggu...
ReplyDelete