Bab 24
Hakimi Lufti mendongak memandang bangunan yang
menempatkan syarikat Astana Mega
kepunyaan keluarganya. Hari ini
dia sepatutnya melaporkan diri sebagai Naib CEO sebelum menggantikan
tempat Walidnya nanti. Pada mulanya dia agak keberatan, tapi sejak
terlihat Kartina tempoh hari fikirannya berubah. Dia tahu gadis itu kini bekerja disyarikat
milik keluarganya selepas ditemuduga oleh Uncle Jalaluddin.
“Selamat pagi Encik Hakimi. Dan selamat bertugas disini.”sapa Ain
penyambut tetamu disitu. Sejak minggu
lepas lagi, Encik Jalaluddin sudah memberitahu akan kedatangan Encik Hakimi Lufti sebagai Penolong CEO
disini.
“Selamat pagi Ain, cantik baju baju kurung awak.”puji Hakimi
Lufti sopan. Ain tertawa kecil, suka
bila dipuji begitu oleh anak CEO mereka.
“Terima kasih Encik Hakimi. By the way, Encik Jalaludin pesan pada saya suruh Encik Hakimi
Lufti jumpa dia sebaik saja Encik sampai.”Hakimi Lufti mengangguk kepala
sebelum beredar menuju ke bilik Encik Jalaluddin.
Langkah kakinya terhenti saat matanya tertancap pada raut
wajah yang dirindui, Kartina Amira.
Gadis itu bekerja dibawah Encik Tahir iaitu bahagian land and property. Dia kenal siapa Encik Tahir, orangnya gendut.
Isteri sudah ada dua tapi dengar khabar tengha mencari yang ketiga pula. Jangan Kartina Amira dijadikan sasarannya
sudah, kalau tidak mahu dia mengamuk.
Kartina yang sedang tekun bekerja dilihat dibalik tembok yang memisahkan
mereka.
Wajah manis Kartina direnung, cantik dan memukau walaupun
hanya mengenakan solekan nipis terserlah keayuannya. Agak lama juga dia merenung ke arah gadis
itu, tanpa dia sedari ada seseorang dibelakangnya.
“Kenal gitu-gitu aje Walid. Jom, kita masuk bilik Walid. Kimi ada benda nak tanya pada Walid.”ajakkan Hakimi
Lufti mengundang tanda hairan dihati Dato’’ Hakim. Anaknya tidak pernah sebegini, tentu ada
perkara serius yang nak disampaikan padanya.
“Ada
apa-apa yang Walid perlu tahu ke?”serkap Dato’’ Hakim membuatkan Hakimi Lufti terkedu.
“Walid, sinilah.
Kimi nak cakap sikit.”Hakimi Lufti mengamit agar Dato’’ Hakim
menghampirinya disofa. Ada keluhan terlepas dibibir tua itu,
macam-macam anak aku ni.
“Takut gadis pujaan disambar orang ke?”geli hati Dato’’Hakim
bila anaknya seperti penasaran pula. Hakimi
Lufti tersengih-sengih.
“Are you sure son?
She’s the right person.”pertanyaan Dato’’Hakim mengenudang tawa dibibir Hakimi
Lufti .
“Belum cuba ,
belum tahu Walid. Kita serahkan pada
Allah. Sebelum itu, Kimi nak Walid dan
ummi pergi berjumpa dengan keluarganya, kalau boleh terus pinang dia untuk
Kimi.”cadangan Hakimi Lufti mengundang tawa dihati Dato’’ Hakim. Anaknya memang sudah angau rupa-rupanya.
“Betul Kimi tak main-main? Nak Walid dan ummi pergi jumpa
keluarga dia.”pertanyaan Dato’’Hakim dijawab dengan anggukan kepala. Dato’’Hakim pula yang pening kepala.
“Please, Walid. I really-really love her very much. Infact, Kimi dah pernah tercium dia. Kalau boleh, biarlah Kimi menjadi orang yang
pertama dan terakhir yang pernah mencium dia.
Dan bukannya orang lain.”walaupun perlahan kata-kata Hakimi Lufti ,
tetap membuatkan Dato’’Hakim tersentak.
Memang anaknya dah parah, mahu tak mahu dia dan isterinya perlu meminang
gadis ini untuk anak bujangnya.
“Okay young man, Walid
setuju. But promise me you will work hard to win her heart. Pasal perminangan itu, Walid dan ummi
akan settle kan .
Insyaallah, jika tidak ada aral melintang, kamu akan bertunang dengan
dia.”janji Dato’’Hakim. Dia pun suka
dengan Kartina Amira, budaknya baik dan sopan santun pula. Walaupun Kartina baru bekerja sebulan
disyarikatnya, tapi keayuaan gadis itu menambat hatinya. Nasib baik Hakimi Lufti mengenali gadis ini, senang hatinya.
“Thank you Walid.”dipeluk tubuh Walidnya
erat. Dato’’Hakim turut gembira melihat
anaknya bersungguh-sungguh ingin mendirikan rumahtangga.
“Sekarang Walid nak Kimi teruskan kerja. Jangan main-main lagi, ingat! Tak lama lagi
awak tu nak jadi suami orang. Kena
berkerja keras sikit untuk masa depan bakal isteri dan juga bakal anak-anak
kamu nanti.”pesan Dato’’Hakim. Hakimi
Lufti masih tersengih-sengih menayang giginya yang cantik tersusun.
“Pelajaran pertama hari ini, Walid nak kamu pergi jumpa
Uncle Jalaluddin. Bagi memo ini pada
dia, dan uncle Udin akan bereskan semuanya untuk kamu. Walid tak mahu dengar apa-apa rungutan dari
uncle Udin ataupun orang lain.
Faham!”tegas Dato’’Hakim pada anaknya.
“Kartina..duduk. Saya ada sesuatu hendak bincang dengan
awak.”pelawa Encik Jalaluddin sambil memberi isyarat agar Kartina duduk
disebelah lelaki itu.
“Hai,
bertemu lagi kita.”sebaik saja Kartina duduk, suara yang amat dia kenali
menyapa.
“Awak?”serentak itu, kaki Kartina terpaku. Duduknya tidak selesa, pandangan Hakimi Lufti
membuatkan dirinya tidak tentu hala.
“Kartina, Ini Encik Hakimi Lufti. Beliau adalah bos baru awak mulai esok.”
Sampuk Encik Jalaluddin pula. Sekali
lagi Kartina rasakan dirinya diawang-awangan, tidak berpijak dibumi yang
nyata. Tiba-tiba bilik ini terasa panas
membahang, penyaman udara rosak ke?
“Bila..”Kartina kelu.
“Macam Encik Jalal bagitahu tadi, esok awak akan bekerja
dibawah saya. Saya mahu awak menjadi
pembantu khas saya. Tiada sebarang
bantahan, jika tidak awak boleh cari kerja lain.”jelas Hakimi Lufti tegas. Encik Jalaluddin menjeling sekilas, “macam
ada apa-apa diantara mereka berdua ni.”tebaknya dalam hati.
“Tapi saya..saya..”tergagap-gagap Kartina ingin meluahkan
sesuatu.
“Tak ada tapi-tapi, this
is an order. Kalau tak setuju, Cik Kartina boleh pohon kerja tempat
lain.” Bantah Hakimi Lufti. Kartina menelan liur, kelat rasanya sekelat
hatinya.
“Kenapa Kartina,
ada masalah ke?”soal Encik Jalaluddin.
Wajah kelat Kartina mengundang tanda tanya dihatinya.
“Itu yang saya takutkan Encik Hakimi. Saya baru kerja sebulan disini, dan masih
dalam proses belajar. Banyak kekurangnya
berbanding orang lama seperti Kak Syam dan Kak Hilda. Mereka dah expert.”luah Kartina lembut.
Hakimi Lufti tertawa kecil, geli hati mendengar luahan ikhlas Kartina.
Tak akan ku biarkan kau pergi dariku. Sesungguhnya dalam hati ini sudah tertulis namamu. Hanya tuhan saja tahu betapa aku cinta padamu Kartina Amira. ~ Hakimi Lufti
“Uncle nak tanya pasal apa?”soal Hakimi Lufti, pura-pura
tidak tahu.
“Uncle sentiasa mendoakan yang terbaik buat kamu Kimi. Uncle dah anggap kamu macam anak uncle
sendiri.”jawab Encik Jalaluddin.
Kartina menghempas duduk dikerusi meja kerjanya. Keputusan tadi menyesakkan mindanya, hatinya
tidak mahu tapi apakan daya itu arahan pihak atasan. Nak marah tak boleh, nak berhenti? Oh,
no. Kerja zaman sekarang susa h nak dapat. Kalau nak difikirkan semula, kerja yang dia
dapat disini pun setelah hampir 10 kali pergi temuduga. Kalau dia tidak bekerja, siapa yang nak
tangung keluarganya. Adiknya Kartika baru sahaja habis mengambil
peperiksaan SPM, dan si bongsu pula masih ditingkat 2. Ibu pula sejak akhir-akhirnya tidak berapa
sihat.
“Hakimi Lufti ni pun satu, kalau tak membuli memang tak
sah.”marahnya dalam hati. Barang-barang keperluan dikemas masuk ke dalam kota k supaya senang untuk
dipindahkan ke pejabat Hakimi Lufti.
“Cik Kartina, tahniah!”sapa satu suara dari arah
belakang. Kartina menoleh, wajah Encik
Tahir berada betul-betul dibelakangnya.
Lelaki itu tersengih-sengih, geli geleman dia melihatnya.
“Sayang ya, kalau tidak boleh kita bekerjasama lebih lama
lagi. Saya pun belum habis tackle awak lagi.”ayat –ayat gatal dari seorang
lelaki yang berbini dua. Meluat Kartina menden garnya.
“Oh really! Saya
ni bukannya taste Encik Tahir. Tak cantik malah tak seksi pun.”ujarku.
“Err..Encik Tahir, saya dah nak keluar. Minta diri ya.”cepat-cepat Kartina meloloskan
dirinya dari halangan lelaki gatal itu. Nam un
langkahnya pincang, tangan Kartina kemas dalam pegangan Encik Tahir.
“Apa ni Encik Tahir? Tolong lepaskan.”pinta Kartina
cemas. Lelaki itu tersengih nakal, suka
melihat wanita merayu-rayu begitu padanya.
“Jeritlah, semua oran g
dah keluar. Hanya kita berdua saja
disini.”sengihan nakal Encik Tahir menyeramkan Kartina. Dia cuba menarik pergelangan tangannya,
namun gagal. Kudrat perempuan tentulah
tidak sama dengan kudrat seorang lelaki seperti Encik Tahir.
“Saya Hakimi Lufti, tunang Kartina Amira.”jawapan Hakimi
Lufti buat Kartina dan juga Encik Tahir tersentak. “Hah”
No comments:
Post a Comment